You are on page 1of 6

c 

m 
Peringkat permulaan, pembaca diperkenalkan dengan watak Nomi yang mana
merupakan adik kepada Azman. Beliau merupakan pelajar tingkatan lima yang
mana akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan begitu aktif dalam
beberapa persatuan. Beliau juga merupakan seora ng pelajar yang pintar dan
dikenali oleh seluruh pelajar serta guru -guru di sekolahnya. Nomi merupakan
seorang penolong ketua pengawas yang cukup tegas dan berdisiplin . Selain itu, dia
juga seorang ahli sukan dan banyak memegang jawatan dalam persatuan yang
dianggotainya. Dia selalu menolong rakan -rakannya jika mereka didalam kesusahan
terutamanya hal pelajaran. Nomi juga seorang yang periang.

Seterusnya ialah Fazli. Beliau merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang
Kaji Sawat di salah sebuah university tempatan di Skudai. Beliau amat aktif dalam
beberapa persatuan dan sukan. Dia juga merupakan anak jati Kelantan.

Azman pula merupakan abang kepada Nomi. Beliau merupakan sahabat baik
Fazli dan tinggal satu rumah dengan Fazli. Azman juga merupakan pelajar tahun
akhir dalam bidang Kaji Sawat di salah sebuah university tempatan di Skudai.

m   


Cerita berkembang apabila Fazli mengikut Azman ke rumahnya pada cuti hujung
minggu. Pada awalnya Fazli enggan mengikut Azman ke rumahnya tetapi setelah
beberapa kali di pujuk oleh Azman akhirnya Fazli mengikut Azman ke rumahnya.
Fazli kemudiannya diperkenalkan kepada ayah dan ibu Azman. Peristiwa itu tela h
membongkarkan satu rahsia besar yang tersimpan sekian lama. Konflik mula
berlaku apabila Fazli menceritakan serba sedikit tentang asal -usulnya kepada ayah
dan ibu Azman ketika mereka sedang menjamu selera.
Cerita terus berkembang apabila Fazli men dapat tahu bahawa gadis yang
menjadi pujaannya selama ini adalah adik kepada kawan baiknya iaitu Azman. Fazli
berkonflik dengan dirinya sendiri apabila kerana mendapat tahu bahawa Nomi itu
adik kepada Azman. Konflik terus -terusan berlaku dalam diri Fazli apabila dia
dengan tidak sengaja mengetahui tentang Suraya yang selama ini dirahsiakan oleh
Azman. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pergaduhan kecil antara Azman dan
Fazli. Konflik ini terlerai apabila Azman membawa Fazli berjumpa dengan keluarga
Suraya dan seterusnya menceritakan hal sebenar kepada Fazli.

Konflik turut berlaku antara Fazli dan Kartina kerana dalam diam -diam Kartina
menyimpan perasaan terhadap Fazli tetapi Fazli hanya menganggap Kartina
sebagai sahabat sahaja. Hal ini telah men yebabkan Kartina menuduh Fazli seorang
yang sombong kerana setiap kali Kartina mempelawa Fazli makan bersama pasti
Fazli akan menolak pelawaannya. Konflik ini berlanjutan apabila Katrina bertindak
mengadu perihal Fazli kepada orang tua Fazli.

J  

Cerita sampai dikemuncaknya ( klimaks ) apabila Nomi nyaris -nyaris di langgar oleh
abang kepada Fazli iaitu Farid. Nomi terlantar di hospita l selama beberapa hari dan
dari sinilah terbongkarnya penyakit Nomi iaitu tekanan darah rendah. Peristiwa ini
telah membawa kepada pertemuan antara dua keluarga yang sekian lama terpisah
akibat dari perbezaan fahaman politik antara ayah Fazli dan ayah Azman.

m 
 

Cerita sampai diperingkat pengakhiran apabila kedua -dua keluarga tersebut datang
melawat Nomi yang berada di hospital. Pada masa yang sama juga Fazli berada
bersama Nomi di hospital tersebut. Pengarang menamatkan cerita ini dengan
meninggalkan tanda tanya kepada pembaca mengenai apa yang akan berlaku
terhadap hubungan Nomi dan Fazli apabila mereka meng etahui bahawa mereka
adalah saudara sepupu.
Ôeknik plot

Imbas kembali

Ôeknik ini walaupun menyebabkan berlakunya pematahan plot dan bentuk plot
menjadi tidak kronologi tetapi dapat memanjangkan cerita. Ôeknik ini dapat
menjelaskan peristiwa masa lalu dan h ubungannya dengan peristiwa masa kini.

Encik Hamid teringat akan peristiwa dia bertengkar dengan abangnya akibat
fahaman politik.

 Dia masih ingat bagaimana abangnya bertindak ke atasnya apabila


mengetahui fahaman politiknya berbeza dengan fahaman politik
abangnya. Sama sekali dia tidak menyangka abangnya bertindak
sejauh itu. Kerana abangnya itulah dia ditugaskan berkhidmat di
Johor. Kecil betul hatinya apabila abangnya sendiri membezakan
kasih saudara lantaran Encik Hamid berlainan ibu dengannya. Dia
hanya mempunyai seorang abang yang bernama Wahid dan orang
itu ialah ayah Fazli.

Azman teringat kembali sewaktu mula -mula dia terlibat dalam kemalangan.

 Dia masih ingat lagi bagaimana keadaan Suraya sewaktu mula -mula
terlibat dalam kemalangan itu. Dia cuba mengelak daripada sebuah
kereta yang berhenti secara mengejut dan ini menyebabkan dia
terbabas ke kiri jalan lalu melanggar Suraya yang sedang berjalan di
tempat itu.
Ôeknik dialog

Ôeknik ini dapat mengembangkan cerita melalui perbualan antara seorang watak
dengan watak yang lain. Ôeknik ini dapat mengurangkan campur tangan pengarang
kerana setiap watak bebas bercakap dan berinteraksi mengikut peranan masing -
masing. Dengan menggunakan dialog, cerita bergerak pantas kerana pembaca turut
berdialog semasa membacanya.

Dialog antara Cikgu Sabariah dan Encik Hamid

 ³ Ôapi abang perlu ingat, Fazli tu darah daging abang, masih terlalu
dekat dengan kita. Cerita lama tu biarlah berlalu. Sekarang kita
sudah tua. Ôak elok kita biarkan mereka tidak mengetahui cerita yang
sebenarnya,´ ( m/s 52 )

Dialog antara Azman dan Encik Wahid

 ³ Adik saya terlibat dalam kemalangan. Sudah tiga hari terlantar di


sana. Mujurlah dia tidak mengalami kecederaan,´ ( m/s 140 )
Ô     

Ôeknik ini dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan kerana
pembaca senantiasa diserang oleh perasaan ingin tah, berdebar -debar, dan berlaku
ketegangan emosi. Pembaca ingin tahu peristiwa yang akan berlaku seterusnya.

Apakah rahsia yang selama ini disimpan oleh Azman?


Siapakah Suraya yang sebenarnya?
Apakah hubungan ant ara Encik Hamid dan Encik Wahid?
Apakah sebenarnya punca pergaduhan antara Encik Hamid dan Encik
Wahid?
Apakah kesudahan hubungan Nomi dan Fazli?

Ô   

Ôeknik kejutan ialah satu cara pengarang mengemukakan sesuatu peristiwa, iaitu
secara tiba-tiba atau kemunculan sesuatu peristiwa yang tidak disangka -sangka oleh
pembaca, tempo cerita berubah, dan cerita cepat berkembang.

Encik Hamid dan Cikgu Sabariah terkejut apabila men dengar tentang
asal-usul Fazli.
Fazli terkejut apabila mendapat tahu bahawa Nomi yang menjadi
pujaannya selama ini adalah adik kepada Azman.
Encik Wahid terkejut apabila isterinya memberitahu bahawa Encik Hamid
telah mengimkan salam saudara kepadanya.
Fazli terkejut apabila mendapat tahu bahawa Nomi terlantar di hospital.
Nomi dan Fazli terkejut apabila mendapat tahu bahawa mereka adalah
bersaudara.
Ô     

Ôeknik ini bermakna bahawa pengarang memerihalkan sesuatu atau menceritakan


sesuatu secara langsung.

Mereka segera bangun dan berlari -lari anak ke dewan tidak jauh dari
situ. Sudah hampir separuh dewan dipenuhi pelajar -pelajar tingkatan
lima. Pelajaran pada sebelah pagi dibatalkan kerana ada taklimat
daripada beberapa orang mahasiswadar i sebuah university bagi
menerangkan tentang peperiksaan dan kemasukan ke university.
( m/s 1 )
Ôerasa bengkak otaknya yang cuba meningati pelajaran yang sedang
dibacanya. Kertas kerja masih beberapa helai lagi yang belum siap.
Buku-buku yang akan dijadikan bahan rujukan bertimbun -timbun dan
hampir-hampir menjadikan meja di perpustakaan itu sebagai miliknya
seorang. ( m/s 42 )