You are on page 1of 2

Sekolah Menengah Sultan Badlishah diasaskan pada 8 Januari 1948 di

bangunan Kedah Volunteer Force


Drill, Kulim dan dikenali pada mulanya sebagai Government English
School untuk menampung pelajar-pelajar kelas "Special Malay" dari
daerah-daerah Sik, Kulim dan Bandar Baharu. Tidak lama selepas
ditubuhkan sekolah ini telah dikategorikan sebagai Sekolah Perdana
(Premier School).

  Enrolment Pertama - 80 orang pelajar terdiri daripada 2 kelas primary


satu (20 x 2 orang) dan 1 kelas "Special Malay" (40 orang). Pengetua
pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Samsudin b. Mohd. Yusof.
Uniform sekolah pada waktu itu kemeja putih dan seluar pendek biru
gelap.

  Dalam tahun 1953 sekolah ini sekali lagi menempa sejarahnya apabila
namanya bertukar kepada Badlishah School sempena lawatan pertama
Kebawah DYMM Sultan Badlishah pada Hari Ucapan dan Penyampaian
Hadiah dan ditambah menjadi Sultan Badlishah School pada tahun 1959.
Mulai tahun 1959 juga pelajar perempuan mula diterima masuk sebagai
pelajar.

  Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah merupakan sebuah


sekolah menengah asrama harian yang mula menampakkan prestasi
akademik yang membanggakan di antara tahun 1970 hingga 1980.
Tingkatan Enam aliran Sastera ditubuhkan dalam tahun 1974 manakala
aliran Sains pula dimulakan dalam tahun 1977. Dalam tempoh sepuluh
tahun pembangunan fizikal berkembang dengan pesat. Ini dapat dilihat
dengan pertambahan blok makmal (1 tingkat) dan blok makmal baru (2
tingkat). Di antara tahun 1981 hingga 1990 SMKSB terus mencipta
sejarahnya. Proses pengajaran dan pembelajaran melalui pengantara
Bahasa Melayu dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Enam telah
dilaksanakan. Blok baru tiga tingkat dibina untuk menampung keperluan
bilik darjah. Apabila sekolah ini semakin berkembang dan semakin
dikenali, Jabatan Pendidikan Kedah telah membuat keputusan
menjadikannya sebagai Sekolah Kawalan (Control School) di Negeri
Kedah. Dengan perkembangan ini prestasi akademik sekolah semakin
meningkat dan bermutu. Pencapaian SRP/PMR mencecah 100% selama
tiga belas tahun berturut-turut (1987-1999).

   Seterusnya antara tahun 1991 hingga kini prestasi akademik pelajar-


pelajar SMKSB dalam peperiksaan SPM/STPM berada di tahap "top 3"
dan "top 5" di dalam negeri Kedah dari segi kuantiti dan kualiti.
Pencapaian SMKSB terus cemerlang apabila dua kali dalam sejarah
SMKSB keputusan peperiksaan SPMnya mencecah 100 % iaitu pada
tahun 1996 dan 1999, menjadikannya setanding dengan mana-mana
sekolah berasrama penuh di Malaysia. Pembinaan blok-blok baru tiga
tingkat Bilik Darjah, Asrama Puteri, Dewan Makan dan Kantin
menambahkan lagi keceriaan dan kemegahan SMKSB.
Pada tahun 1998 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah
mencapai usia 50 tahun dan menyambut perayaan Jubli Emas. Dalam
keputusan PMR 1998, SMKSB telah mencipta sejarah sebagai sekolah
harian terbaik di Malaysia. Ini adalah merupakan satu kejayaan yang
melengkapkan sambutan Jubli Emas pada tahun berkenaan. Mulai tahun
1998 juga, SMKSB menjadi sekolah sains harian dengan pengambilan
pertama semua tingkatan empat aliran sains.

   Pada tahun 1999 SMKSB telah memulakan sejarah barunya sebagai


salah sebuah dari 90 sekolah perintis dalam projek rintis sekolah bestari
Kementerian Pendidikan Malaysia. SMKSB adalah sekolah bestari dalam
kategori B. Justeru itu pelbagai usaha gigih pengurusan sekolah disertai
komitmen semua pihak termasuk stake holders dapat dilihat ke arah
menjayakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia tersebut

You might also like