PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA

• Sebagai sebuah tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan Tanah Melayu tentunya pernah menjadi tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di sini (Malaysia). • Kebanyakan ahli sejarah dan anthropologi sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia. Lim (1973) menyatakan bahawa tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di Semenanjung Malaysia.

Definisi Masyarakat

• Masyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial dimana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung dan perlu memerlukan antara satu sama lain. • Umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur.

Masyarakat Majmuk

• Masyarakat majmuk (Plural society) yang bermaksud masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial society) adalah merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang sama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara sama. • Masyarakat majmuk dalam sesebuah negara seperti Malaysia pada kebiasaannya terdiri daripada beberapa kelompok majoriti (1-3), disusuli oleh subsub etnik (kelompok minoriti) lain yang lebih kecil dan kurang berpengaruh.

Kategori Masyarakat: Pengkelasan Baru
• Ada kalangan para pengkaji bidang anthroplogi dan sosiologi moden yang cuba untuk mengklasifikasikan masyarakat berdasarkan cara hidup mereka. Justeru lahir istilah seperti : 1. masyarakat petani. 2. masyarakat industri. 3. Masyarakat pasca-industri. 4. masyarakat maklumat.

Konsep Masyarakat Majmuk
• Menurut Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonominya. Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu “bercampur tetapi tidak bergabung”. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komunitikomuniti dalam masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan.

Ciri-ciri Masyarakat Majmuk
• J.S. Furnival (1956) dalam bukunya Colonial Policy and Practice : A Comparative Study of Burma & Netherlands India menggariskan ciri-ciri masyarakat majmuk sebagai berikut :
1. 2. 3. 4. 5. 6. Terdapat pelbagai jenis manusia (bangsa, ras, etnik) seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Mereka bercampur tetapi tidak bercantum atau bersatu. Hidup berdekatan tapi terpisah dalam sistem unit politik yang sama. Setiap kumpulan bangsa berpegang kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Bertemu di pasar ketika membeli belah dan kemudian balik ke tempat masing-masing. Dalam sektor pekerjaan terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara mengikut kaum.

Ciri Masyarakat Majmuk (samb)

• Harry Eckstein (1966) dalam “Division and Cohesion in Democracy” menulis bahawa masyarakat majmuk adalah masyarakat yang terpisah kerana segmensegmen yang berasingan yang meliputi – Ras/Kumpulan etnik – Budaya – Bahasa – Kepercayaan agama – Ideologi

Faktor Penghijrahan/ Kewujudan Masyarakat Majmuk
Push and Pull factor 1. Penolak (negara Asal)
– – – Tiada pekerjaan dan peluang ekonomi – kebuluran dan kemiskinan Masalah politik seperti revolusi dsb. Masalah alam semulajadi seperti Kemarau, Banjir dan Gempa Bumi

1.
– – – –

Penarik (Destinasi penghijrahan)
Peluang ekonomi Dasar kerajaan Inggeris di TM Keamanan Masyarakat Malaysia yang dianggap baik.

1. 2.

Perkahwinan politik cth: Sultan Melaka + Hang Li Po Faktor Umum seperti mengembara, hanyut dan sesat

Definisi Budaya
• Istilah Budaya (culture) secara amnya memberi maksud cara hidup manusia. Budaya juga dilihat sebagai satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud "budi+daya"; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. • Budaya bermaksud cara hidup sesebuah masyarakat. Budaya juga memberi maksud tamadun, peradaban dan kemajuan

Definisi Budaya (samb)

• Modern Dictionary of Sociology mentafsirkan budaya sebagai cara hidup manusia yang hidup berkelompok sama ada yang berbentuk material (ciptaan manusia) dan bukan material (adat resam, kepercayaan, undang-undang dll) • Edward B. Taylor pula menerangkan budaya sebagai satu himpunan
– – – – Ilmu pengetahuan Kesenian Adat resam Kemahiran yang dimiliki dan diamalkan oleh manusia dalam sesuatu masyarakat.

Definisi Budaya (samb)
• A.L Kroebor & Clyde Kluckdan mendefinisikan budaya sebagai segala amalan, peneimaan dan kepercayaan oleh sesuatu masyarakat yang dipraktikkan secara berterusan atau diulangi oleh generasi yang seterusnya. • A.L Kroebor & Clyde Kluckdan juga turut menyenaraikan elemen-elemen penting yang membentuk budaya iaitu kelengkapan hidup, sistem ekonomi, keagamaan, bahasa, kesenian dan ilmu pengetahuan

Struktur & Komposisi Masyarakat Malaysia
• Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk – terdiri daripada pelbagai etnik/kaum/bangsa. • Rumpun bangsa utama yang membentuk masyarakat Malaysia ialah Melayu (termasuk Bumiputera), Cina dan India di samping kaum-kaum minoriti yang lain.Di Sabah, etnik terbesar ialah Kadazan, Dusun dan Bajau. Di Sarawak kelompok terbesar ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kelabir dan juga Penan. Hakikatnya ini bukan gambaran sebenar yang dapat menerangkan struktur masyarakat kerana terdapat lebih 40 etnik berbeza di Sabah dan Sarawak. • Mengikut statistik 2004, jumlah penduduk Malaysia adalah seramai 25 juta orang. (Melayu 54%, Cina 30%, India 13% dan lain-lain 2%) Kadar pertambahan penduduk Malaysia berada pada kadar 2.4% setahun.

Penduduk Malaysia 2005

Penduduk Malaysia 2005 Mengikut Umur

Melayu, Cina, India 2005

Bumiputera, Lain-lain, Bukan Warganegara 2005

Melayu
• Perlembagaan Malaysia (Perkara 160) mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang mengamalkan adat-istiadat Melayu. • Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tanpa mengira agama, bahasa, dan adat istiadat yang masing-masing diikuti dan dipraktikkan oleh rumpun masing-masing. • Subetnik Melayu adalah terdiri daripada Melayu Bugis (Sulawesi), Mendeling, Melayu Kampar, Jawa, Banjar, Minang, keturunan syed termasuklah masyarakat bumiputra.

Cina
• Kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia berasal dari sebelah selatan cina. • Berhijrah sekitar abad ke 15 dan 19. • Keturunan Hokkien yang berasal dari wilayah Fujian, Hakka dan Kantonis yang berasal dari Kwangtung, Teochew, Hailam termasuk masyarakat Baba dan Nyonya. • Kategori pengijrah terdiri daripada petani, pekerja ladang, pekerja lombong, pelarian yang menuntut suaka politik dan ahli kongsi gelap.

India
• Kebanyakan masyarakat India yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari sebelah pantai Timur India. • Berhijrah sekitar abad ke 18 dan 19 • Golongan imigran terdiri dari keturunan Tamil (Tamil Naidu) Malayali (Kerala/Pantai Malabar) Telegu (Andhra Pradesh) Sikh (Punjab) Tamil Chettiar (Tamil Naidu) Gujrati (India Utara) • Kategori pengijrah terdiri daripada golongan pemodal (chetty), golongan profesional, askar, pekerja ladang dan landasan keretapi.

Kepelbagaian Etnik sebagai kesan asimilasi budaya
• Melayu-Arab • Peranakan Cina • India Muslim (masyarakat india yang datang dari India dan berkahwin dengan wanita tempatan. Dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka. • Peranakan Jawi (Hasil perkahwinan campur antara golongan India–Muslim dengan wanita Melayu Pulau Pinang. Dikenali sebagai anak mami) • Serani

Masyarakat Bumiputera dan Orang Asli
• Terdiri daripada 3 kelompok utama iaitu
1. Negrito (Kensui di Baling, Kintak dan Lanoh di Hulu Perak, Bateq di Kuala Lipis, Besut dan Kuala Krai) 2. Senoi (Temiar di Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Gua Musang, Semai di Kuala Lipis, Raub, Hulu Selangor, Semaq Beri di Jerantut dan Hulu Trengganu, Mehmeri di Kuala Langat, Sepang dan Klang) 3. Orang Asli (Jakun di Johor dan Pahang, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Selatar di sekitar Kota Tinggi, Batu Pahat dan Pontian)

Mereka terlibat dalam penjualan rotan, buluh dan sebahagiannya mengusahakan tanaman getah.

Perubahan Masyarakat Majmuk

Perubahan boleh berlaku dalam konteks masyarakat majmuk jika berlaku perubahan dalam
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Perubahan Sistem Pentabiran dan Kepimpinan dalam negara seperti pada peristiwa Malayan Union. Perlembagaan Perundangan Dasar Kerajaan Tolak ansur budaya Penyelarasan sistem pendidikan Toleransi politik

Kesan Perubahan Masyarakat Majmuk

• • • • •

Percampuran budaya Perubahan hak (Pertambahan/Pengurangan) Perubahan status sesuatu masyarakat atau bangsa. Satu bangsa satu negara Kehilangan budaya asal sesuatu kaum

Kebudayaan Malaysia
• Kebudayaan Masyarakat Melayu • Kebudayaan Cina • Kebudayaan India • Kebudayaan Masyarakat Bumiputera dan Orang Asli • Kebudayaan Masyarakat Sabah & Sarawak • Kebudayaan kelompok minoriti yang lain
– Sikh – Serani

• • • • • • • • •

Keagamaan Perayaan Pakaian Makanan Seni bela diri Tarian Adat Pertunangan Adat Perkahwinan Adat Menyambut Kelahiran • Upacara Kematian • Perubatan

Hubungan Etnik di Malaysia
• Pada asasnya hubungan antara kaum adalah baik. Bagaimanapun adakalanya hubungan antara kaum dan etnik boleh menjadi tegang. • Contoh peristiwa : 13 Mei 1969, Taman Medan 2000. • Faktor penyumbang kepada masalah integrasi atau faktor mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia
– – – – – – – Dasar Pecah dan Perintah Politik Perkauman (Communalism) Perbezaan fahaman dan orientasi politik. Perbezaan agama, sistem kepercayaan dan kebudayaan Penggunaan akhbar berbeza-beza Sistem persekolahan yang beraneka ragam Sikap prasangka

Konsep Perpaduan dan Integrasi
• Perpaduan dan Integrasi secara umum adalah merujuk kepada proses menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit. – Perpaduan – Merujuk kepada hubungan luaran. (Campur)
• Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik & latarbelang sosial serta budaya yang berlainan ke dalam satu entiti fizikal yang dilaksanakan melalui struktur dan peraturan yang diperkenalkan supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan sayangkan tanah air.

– Integrasi – berlaku dalam konteks yang lebih luas dan dan lebih kukuh kerana ia adalah hasil daripada hubungan dalaman (Gaul)
• Proses penyatuan kumpulan yang pelbagai latarbelakang ke dalam satu entiti yang diikuti norma, nilai dan kepentingan yang seragam. Elemen terpenting dalam integrasi adalah perasaan sense of belonging yang dimiliki oleh setiap individu yang akhirnya akan mewujudkan ikatan dalaman yang lebih kukuh.

Tahap Hubungan Antara Kaum Secara Umum
1. 2. Tinggal Bersama (Stage of co-existance) Kekerapan kontak luaran (Stage of frequent external contact) – sekerap mana mereka bertemu untuk suatu keperluan dan kepentingan tertentu seperti berniaga dan mendapatkan barang keperluan asas bagi kehidupan seharian Tahap Kompromi (Stage of Compromise) Tahap Perpaduan (Stage of Unity) Tahap Integrasi (Stage of Integration)

3. 4. 5.

Teori & Tahap Hubungan Kaum
Proses Integrasi Mengikut Peringkat Rendah - Tinggi Low Level of Integration High Level of Integration

Acculturation (3) Segregation Ab+B+C=Ab+Bb+Cb Assimilation Amalgamation Asimilasi Budaya A+B+C=D (2) A+B+C=A Accomodation Ai+B+C=Ai+Bi+Ci A+B+C=A+B+C Asimilasi Struktur (Pluralisme)

(1)

(4)

Hubungan Antara Etnik
• Hubungan etnik boleh dilihat dan diukur dari segi tahap kedekatan atau darjah kehampiran. • Di peringkat awal hubungan antara etnik pada kebiasaannya bermula dengan satu bentuk hubungan yang berasingan dan terpisah (segregasi) sehinggalah kepada satu tahap hubungan yang berbentuk kukuh dan sebati (Amalgamasi) di peringkat akhir.

Tahap Segregasi
• Segregasi adalah merujuk kepada proses atau suasana pengasingan dan juga pemisahan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya (seperti dasar aparthied di Afrika).

Akomodasi
• Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yang lain tetapi pada masa yang sama tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing (Pluralisme) • Formula: A+B+C=A+B+C • dimana A, B & C adalah merujuk kepada budaya

Akomodasi (samb)
• Proses Akomodasi berlaku apabila apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan atau mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman dan damai sama ada untuk sementara atau kekal. Suasana kompromi ini seterusnya membolehkan kelompokkelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan. • Diamalkan secara meluas di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik). • Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

Pluralisme
• Formula : • • • • • • A + B + C= A + B + C ABC kekalkan ciri kelompok dan budaya masing-masing Konsep ini mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik dalam masyarakat. Bertentangan dengan konsep asimilasi & amalgamasi Berasaskan teori kepelbagaian punca kekuatan Percantuman pelbagai etnik akan mengayakan lagi warisan sesebuah masyarakat 2 jenis : Pluralisme Kebudayaan & Pluralisme Ubahsuaian

Pluralisme Kebudayaan
• Formula: • • • • • • • Ab + Bb + Cb= Ab + Bb + CAb Masih kekalkan kepelbagaian kump etnik tetapi serba sedikit terpengaruh dengan budaya etnik lain hasil dari interaksi setempat Pengubahsuaian berlaku bila etnik yang mempertahankan kepelbagaian menerima sedikit budaya etnik lain Proses integrasi yang menekankan pengekalan kebudayaan pelbagai etnik termasuk etnik minoriti Integrasi masih boleh dicapai walaupun setiap etnik cenderunguntuk mengekalkan identiti kehidupan masing-masing Andaian asas: setiap etnik punyai hak kekalkan warisan psikologi masing-masing. Lebih-lebih lagi perbezaan & kepelbagaian budaya dalam masyarakat adalah sesuatu yang lazim & susah dielak, Akhirnya kepelbagaian jadi pemangkin untuk kukuhkan negara Antara faedahnya adalah kepelbagaian budaya menyebabkan Malaysia jadi tumpuan pelancong

Pluralisme Ubahsuaian
• Berdasarkan Formula : A + B + C = A1 + B1+C1 • A1,B1 & C1 merupakan etnik asal yang sudah mengubah amalan budaya asal kesan interaksi sosial dengan masyarakat setempat • Proses kepelbagaian cara hidup dimana sesuatu kumpulan etnik terpengaruh dengan budaya lain • Proses integrasi yang paling banyak dan meluas di Msia • Contoh dapat dilihat melalui pertukaran budaya antara bangsa Melyu, Cina dan India dalam soalan pilihan makanan. Orang Melayu menerima roti canai, Orang India dapat menerima Yong Tau Fu, manakala Orang Cina dapat menerima nasi lemak

Asimilasi
• Proses Asimilasi adalah merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kelompok atau individu yang datang dari etnik dan kebudayaan yang berlainan supaya menjadi satu dengan etnik yang dominan. • Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok yang berfikir, berperasaan secara berlainan, akhirnya bersatu dlm kesatuan sosial serta budaya yang sama. • Formula: A+B+C=A • A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan etnik minoriti. • Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti

Asimilasi (samb)
• Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaks yang erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama. • Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting:
– Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka. – Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain. – Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. – Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.

Asimilasi (samb)
• Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. • Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.
– Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai.

• Asimilasi terbahagi 2= Budaya & Struktur

Asimilasi Budaya
• Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. • Formula : Ab + B + C = Ab + Bb+ Cb
– ‘A’ mewakili kelompok etnik majoriti ; – ‘B + C’ mewakili kelompok etnik minoriti; – ‘b’ mewakili budaya

• Kelompok minoriti hanya pelajari & amal aspek budaya shj dr kelompok majoriti. Cth adat resam, ilmu pengetahuan & bahasa • Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal. • Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg bersifat kebendaan

Asimilasi Struktur
• Formula : Ai + B + C= Ai + Bi + Ci
– ‘A’ mewakili kelompok majoriti – ‘B + C’ mewakili kelompok etnik minoriti – ‘i’ mewakili institusi

• Kelompok minoriti menyertai institusi utama; Contohnya penyertaan dalam institusi politik, sosial, ekonomi dan pendidikan. • Kumpulan minoriti tidak kehilangan identiti asal cuma mengalami perubahan dengan menyertai struktur majoriti - DEB, sekolah kebangsaan, BN

Amalgamasi
• Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. • Formula: A+B+C=D
– A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan. – D mewakili kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A, B dan C.

• Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Arah Pergerakan Dalam Hubungan Kaum

Sorotan Sejarah dalam hubungan Kaum di Malaysia antara 1500-2000

Halangan Integrasi Nasional
1. Sifat Prasangka 2. Fahaman perkauman – Perbezaan bangsa, bahasa, agama, budaya, pendidikan, fahaman dan orientasi politik. 3. Ethnosentrisme

Cabaran pembinaan negara bangsa
1. 2. 3. 4. 5. Mewujudkan Perpaduan Kehilangan budaya dan identiti kaum Cabaran mewujudkan identitit nasional Kekuatan dan jati diri. Agihan kekayaan secara adil

Kaedah Menyatupadukan Masyarakat Malaysia
1. Strategi Perundangan
– Peruntukan Perlembagaan – Penguatkuasaan undang-undang yang berperanan mencegah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Hasutan.

2. Strategi Politik
– Politik perikatan – Rukunegara

3. Strategi Ekonomi
– Agihan kekayaan secara adil dan penghapusan jurang kemiskinan relatif. Cth: DEB.

Kaedah Menyatupadukan Masyarakat Malaysia (samb) 4. Strategi Sosial
– Satu bahasa – Satu akhbar – Sistem persekolahan dan kandungan silibus yang seragam – Pengenalan matapelajaran wajib LAN – Garis panduan penyiaran yang seragam

Penutup
• Perbincangan berkenaan soal perpaduan dan integrasi diikuti dengan pemahaman yang mendalam betapa perlunya keamanan negara dipelihara dan dikekalkan adalah amat penting kerana secara umumnya tidak akan ada kemajuan tanpa keamanan.

Rujukan

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan(1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit UPM. Furnivall, J.S. (1948) Colonial Policy and Practices. London : Cambridge University Press. Nazaruddin Hj. Mohd Jali, et.al (2003). Malaysian Studies : Nationhood and Citizenship. Edisi ke-1 Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful