Tazkira Ramadan 4 Hari 10; Hari 11 dan Hari 12

Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM )

1

10. JAUH DENGAN MANUSIA DEKAT DENGAN ALLAH Segala puji bagi Allah s.w.t . Salam dan juga selawat buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Masa berlalu meninggalkan kita. Sorotan kembali kira-kira 50 atau 60 tahun yang lampau kita adalah seorang bayi yang tidak tahu apa-apa kecuali melaungkan tangisan apabila berasa lapar dan tidak selesa. Selepas 15 atau 20 tahun kemudian itu kita pula adalah seorang remaja yang mempunyai ramai kenalan dan sahabat handai. Kemudian kita menjadi dewasa langsung menempuh banyak pengalaman pahit dan yang manis. Dan akhirnya kita menjadi seorang tua yang sudah lemah anggota dan tidak setampan atau secantik dulu. Ketika itu orang ramai sudah mulai menjauhkan diri dari kita, bahkan anak-anak kita sendiri kadangkala tidak suka bergaul atau melayan kita seperti kebiasaan.
2

Inilah hakikat hidup yang dikatakan tipu daya. Tidak ada yang kekal. Paras yang tampan tidak kekal lama, akhirnya berkedut. Gigi yang penuh dan putih berseri lamakelamaan mulai rapuh dan rongak, rambut hitam yang segar kini menjadi putih dan lesu, deria telinga yang tajam mula pula berkurangan. Begitu juga tubuh yang sasa sudah mula lemah dan berpenyakit. Ingatlah amaran Allah s.w.t telah tiba - bahawa dunia akan meninggalkan kita dan kita sedang menuju alam lain iaitu alam kubur (barzakh) dan kemudian ke alam akhirat yang abadi. Di alam inilah kita akan hidup selama-lamanya. Kita akan tinggal di syurga atau neraka, bergantung kepada amalan semasa proses kehidupan kita di dunia.

3

Allah s.w.t bersifat dengan Rahman (Pengasih kepada semua) dan Rahim (Penyayang khusus kepada orang mukmin). Semasa peringkat bayi, Allah s.w.t menugaskan kepada ibu bapa untuk menjaga dan membesarkan kita. Mereka mengasuh dan mendidik serta mentarbiah dengan akhlak dan agama. Semasa remaja, kita beramal dengan ilmu yang kita perolehi melalui usaha mereka dan juga yang tersedia di persekitaran masyarakat sekeliling. Ketika dewasa, kita pula bertanggungan sendiri serta menjadi pembimbing kepada anak dan kemudiannya cucu berserta orang-orang lain. Ibarat pokok asalnya benih disirami air, kemudian membesar mengeluarkan bunga dan akhirnya mengeluarkan buah untuk dimakan oleh manusia dan haiwan.

4

Tetapi apabila kita sudah tua dan tidak bermaya lagi, kita tidak begitu diperlukan. Kita mula disisih dari orangramai. Pergerakan kita terhad. Minda kita mula merosot. Ingatan sudah tidak begitu kuat. Kesihatan kita makin terjejas. Apakah ini menjadi tanda bahawa Allah s.w.t sudah tidak menyayangi kita lagi? Tidak sekali-kali! Malahan kesayangan Allah s.w.t tetap sama. Apabila Allah s.w.t renggangkan manusia daripada kita, itu bermakna Allah s.w.t hendakkan kita mendampingi diriNya supaya hati kita bertambah tertambat dan lebih bertawakkal kepadaNya saja. Penyerahan diri hanya kepada Allah s.w.t apabila manusia sudah mula renggang daripada kita. Masa tua kita banyak menyendiri dan tidak disibukkan dengan pelbagai urusan dunia. Jadi amatlah sesuai untuk kita melipatgandakan amalan sambil bertafakkur, berzikir dan muhasabah diri tentang amalan yang kita buat selama ini. Kita punya masa yang banyak untuk bertaubat. Selagi nyawa belum sampai di khalqum , pintu taubat masih terbuka buat kita.

5

Amalan kita yang biasa kita lakukan semasa muda atau ketika sihat, walaupun sudah tidak mampu dilakukan lagi kerana sudah uzur, namun pahalanya tetap kita perolehi meskipun kita tidak lakukan. Contohnya semasa muda, sudah menjadi amalan atau budaya untuk bersolat jemaah atau menghadiri majlis ilmu di masjid. Tetapi apakan daya amalan itu tidak dapat dilakukan lagi semasa tua. Sungguhpun begitu pahala amalannya itu terus diperolehi walaupun kita tidak membuatnya.

6

Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan supaya kita merebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Di antaranya ialah beramal ketika muda sebelum datang masa tua. Masa muda ialah masa yang amat baik untuk beramal kerana ketika itu badan dan jiwa kita masih kuat. Jadi apabila sudah tua, amal yang kita buat akan terus mengalir walaupun kita tidak membuatnya. Masa muda ibarat masa menanam dan tua ialah masa untuk kita tuai hasilnya.

7

Meskipun demikian kita seharusnya berdoa supaya tidak menjadi seorang tua yang tidak sedarkan diri. Semakin tua semakin kacau. Biang keladi, makin tua makin menjadi. Umur sudah menjangkau 50 tapi masih merasakan seolah-olah masih remaja. Usia sudah tua tapi berperangai macam orang muda. Inilah yang kita takuti kerana hati kita mudah terbalik. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda sekiranya umur sudah mencapai 2/3 (40 tahun) tetapi kejahatan lebih banyak daripada amal kebajikan, maka bersiap sedialah untuk menempah tempat di neraka. Kita juga seharusnya berdoa supaya umur kita tidak terlalu panjang sehingga menjadi nyanyuk dan kembali seperti perangai bayi yang tidak dapat membezakan sesuatu.

8

"Ya Allah, kami memohon kepadaMu supaya hidupkan kami sekiranya ianya baik bagi kami. Dan Engkau matikanlah pula kami sekiranya ianya baik bagi kami. Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah Engkau berikan kepada kami. Ampunilah kami di atas kelemahan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul-khatimah dan janganlah Engkau akhiri hidup kami dengan suul-khatimah. Akhirkanlah lisan kami dengan kalimah Lailahaillah, semoga Engkau masukkan kami di dalam golongan Abrar. Sepeninggalan kami kelak, ya Allah Engkau jadikanlah anak dan cucu kami sebagai pewaris Nabi yang menegakkan kalimah dan agamaMu di saat mana manusia telah banyak melupakanMu. Akhirnya Ya Allah, berkatilah saki baki umur kami yang tinggal sedikit ini untuk berbakti kepadaMu dan Engkau redhailah kami menjadi hambaMu. Amin ya Rabbal Alamin...

9

10

11. MALU SEPARUH IMAN

Sabda Rasulullah s.a.w ; malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah s.w.t. Yakni malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan solat. Jika malu itu 50% daripada iman , mana 50% lagi ? Yang selebihnya ialah takwa . Malu dan takwa adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah s.w.t tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah' yakni amal makruf nahi mungkar.

11

Jika sekadar takut saja tidak akan menjadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak akan bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah s.w.t mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi laranganNya. Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat malu dan takwa yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita.

12

13

Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah s.w.t ) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.

14

Proses musyahadah perlu dilakukan secara berterusan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah s.w.t dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah s.w.t jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya. Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah s.w.t. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah s.w.t disebabkan oleh keredhaan Allah s.w.t terhadap diri kita.

15

Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakukan muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah s.w.t dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu dan wajib menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah s.w.t dan juga sesama manusia.

16

Dalam hubungan ini, Allah s.w.t sering mengingatkan kita supaya berjalan atau berziarah serta melawat di muka bumi Allah s.w.t dengan niat melihat kebesaran Allah s.w.t sambil memerhatikan balasan yang Allah s.w.t timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri. Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri sebagai orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin.

17

12. LELAKI PEMIMPIN WANITA

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah s.w.t berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.

18

Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anakanak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.

19

Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak di waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

20

Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya ianya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.

21

Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Jumlah wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan di bidang akademik. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.

22

Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan mudamudi.

23

Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya. Wallahualam. Bertemu lagi di Takzira di Hari 13, Hari 14 dan Hari 15 Musbri Mohamed 2010

24

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful