P. 1
RASUAH

RASUAH

|Views: 2,952|Likes:
Published by SofiaLingRose

More info:

Published by: SofiaLingRose on Aug 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/04/2015

pdf

text

original

TINDAKAN

Gejala rasuah bukan suatu fenomena yang baru. Sejarah rasuah boleh disusuri dari masa manusia mulai membentuk masyarakat bersosial sejak beribu-ribu tahun lalu. Dr Syed Hussein Al-Attas dalam kajiannya telah mengupas kejadian rasuah di peradaban lama seperti Roman, Greek dan Cina. Amalan rasuah sangat ditegah oleh agama Islam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui salahnya. Secara ringkasnya, gejala rasuah yang menular bukan sahaja menghakis kemoralan sesuatu masyarakat, mencabuli hak sosial dan ekonomi golongan miskin dan terpinggir, mencabar keluhuran undang-undang dan kesannya ialah pembangunan masyarakat yang terbantut. Kawalan undang-undang terhadap rasuah adalah melalui penguatkuasaan Akta Pencegahan Rasuah 1997, Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat No 22, 1970, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Kanun Keseksaan dan Akta Kastam 1967. Bahagaian III Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) secara intipati adalah sama dengan kesalahan-kesalahan yang diperuntukan dalam Bahagian II Akta Pencegah Rasuah 1961 (Akta 57). Seksyen 10,11,12,13 dan 14 Akta 575 adalah in pari materia dengan Seksyen 3,4,6,7 dan 9 Akta 57. Seksyen 15 Akta 575 pula mengandungi kesalahan yang sama dengan seksyen 2 Ordinan 22. Satu perbezaan ketara antara Akta 575 berbanding Akta 57 dan Ordinan 22 ialah penalti hukuman pemenjaraan dan denda telah ditingkatkan. Bagi kesalahan rasuah di bawah Ordinan 22, tiada had pemenjaraan minimum. Sebagai contoh, dalam kes Pendakwa Raya lawan Datuk Tan Cheng Swee, tertuduh disabitkan atas kesalahan Seksyen 2(1) Ordinan 22 iaitu menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam untuk keuntungan kewangan, Mahkamah Persekutuan hanya mengenakan hukuman denda RM2000 sahaja terhadapa beliau.

sebatan hanya dikenakan ke atas pesalah yang menggunakan kekerasan. denda atau melucuthakan harta. jika dapat dinilaikan. Seksyen 36 dan 37 berkenaan dengan pelucuthakan harta yang dibuktikan menjadi hal perkara rasuah. sekiranya seksyen 16 hendak digunakan. Dengan ini. Bagi Akta 575 pula. melalui Kertas Pemberitahuan semasa Bacaan Ketiga Rang Undang-undang tersebut. Penalti pemenjaraan minimum yang dicadangkan semasa Bacaan Kali Pertama dan Kedua Rang Undang-undang Pencegahan Rasuah 1997 di Dewan Rakyat adalah 6 bulan. penalti pemenjaraan minimum dikurangkan menjadi 14 hari. Tetapi. Apa yang dimaksudkan ialah Mahkamah masih boleh guna budi bicaranya dalam menggunakan kuasa di bawah seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah iaitu pelepasan ikat jamin dengan syarat supaya berkelakuan baik. adalah disimpulkan niat Parlimen ialah mengenakan pemenjaraan minimum yang pendek dan mahkamah diberi budi bicara untuk menentukan tempoh pemenjaraan berdasarkan fakta kes.Di bawah Akta 57 (yang sudah dimansuh). Mahkamah menyatakan pemenjaraan dan denda diharus dibaca secara bersama iaitu tafsiran secara konjuktif. Tiada had pemenjaraan minimum di bawah Akta 57. mengikut yang manamana yang lebih tinggi. tempoh maksimum pemenjaraan ialah 7 tahun atau denda 10 ribu ringgit atau kedua-duanya. Mahkamah juga turut menambah tafsiran konjuktif sedemikian tidak bermakna bahawa perkataan “boleh apabila disabitkan“ adalah mandatori. Di sini timbulnya pengecualiaan apabila Parlimen meluluskan Kanun Keseksaan (Pindaan) 1993 dengan mengenakan sebatan ke atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang (seksyen 403 dan 404). Tetapi. tiga jenis penalti dikenakan iaitu pemenjaraan. Intepretasi tersebut berdasarkan rujukan terhadap Rang Undang-Undang. Secara umumnya. atau sepuluh ribu ringgit. Seksyen 16 memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh minimum 14 hari dan tempoh maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang ditawarkan atau diterima. Seperkara yang menarik ialah tiada hukuman sebatan ke atas kesalahan rasuah. Tiada elemen . pecah amanah jenayah (seksyen 406-409) dan menipu (seksyen 420). Tafsiran terhadap penghukuman di bawah Seksyen 16 Akta 575 dibincangkan dalam kes Pendakwa Raya lwn Mohd Salim Hamiddulrahman Mahkamah Tinggi menafsirkan Seksyen 16 sebagai “mana-mana orang yang didapati bersalah … boleh apabila disabitkan … dipenjarakan dan didenda“. maka kedua-dua denda dan pemenjaraan harus dikenakan bersama.

Untuk kesalahan spesifik yang dinyatakan dalam Akta tersebut. maka adalah mustahil untuk mendapatkan perangkaan tentang kes rasuah yang sebenarnya berlaku. Walaupun hukuman mati dikenakan.kekerasan digunakan dalam seksyen-seksyen tersebut. hukuman pemenjaraan ditingkatkan kepada maksimum 7 tahun. Persoalan disini adalah adakah hukuman gantung ke atas pemberi dan penerima boleh membendung gejala rasuah? Ahli Juris zaman dulu telah mencuba pelbagai pendekatan untuk membendung gejala rasuah. jelaslah bahawa hukuman mati bukanlah satu hukuman yang berkesan untuk membendung rasuah. Tempoh pemenjaraan maksimum kesalahan rasuah di Singapura adalah jauh lebih pendek daripada tempoh maksimum 20 tahun Akta 575 Malaysia. Hukuman mati juga dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam rasuah di Cina purba.32 daripada skala 10 bagi tempoh 1996-2003. Di Malaysia. Pengalaman Singapura membuktikan pengurangan gejala rasuah bukan disebabkan oleh hukuman berat sahaja. rotan yang digunakan ke atas kesalahan seksyen tersebut ialah rotan halus.000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. namun gejala rasuah masih lagi menular. Kedudukan Malaysia adalah jauh di belakang dengan negara jiran kita. Oleh kerana rasuah adalah satu jenayah yang dilakukan secara sulit. Indeks tersebut diperolehi dengan soal-selidik untuk mendapatkan perspektif ahli perniagaan asing terhadap rasuah dalam sektor awam. Seksyen 5 Akta Pencegahan Rasuah Singapura memperuntukkan bahawa hukuman am bagi rasuah ialah denda tidak melebihi S$100. Singapura yang mencapai markah melebihi 9 dan berkedudukan dalam senarai 10 negara yang paling kurang rasuah. Di bawah Seksyen 288(4) Kanun Prosedur Jenayah. Berdasarkan pengalaman sejarah. Kedudukan Malaysia ialah dalam lingkungan 4. mencolek (Seksyen 364 Kanun Keseksaaan atau . Undang-undang Hammrabi misalnya telah menetapkan hukuman mati bagi pegawai awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah tertentu. hukuman mati dikenakan ke atas 4 jenis kesalahan sahaja iaitu kesalahan membunuh (Seksyen 302 Kanun Keseksaan). Indeks Persepsi Rasuah yang diterbitkan oleh Transparency International merupakan sumber berwibawa.8 hingga 5. Sebagai alternatif. persepsi terhadap kejadian rasuah seringkali digunakan sebagai kayu ukur.

justifikasinya adalah untuk membendung aktiviti sindiket pengedaran dadah supaya bekalan dadah tidak berleluasa sehingga melumpuhkan masyarakat. Disamping itu. Secara umumnya. Confucius: “Sekiranya rakyat jelata dikawal dengan undang-undang. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) dan pengedaran dadah merbahaya (seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952). Kita harus merenungi apa yang dikatakan oleh ahli falsafah Cina. Hukuman terlampau berat adalah tidak adil kepada pesalah. Elemen keganasan melampau wujud dalam tiga kesalahan pertama tersebut. Bagi kesalahan mengedar dadah pula. Dengan kata lain. memiliki senjata api (Seksyen 57. Saya berhujah hukuman mati adalah terlampau berat dan tidak adil bagi pesalah rasuah. Objektif hukuman mati yang lain ialah bertujuan pencegahan secara am iaitu untuk menakutkan mereka yang ada kecenderungan melakukan jenayah dan masyarat secara amnya. Kelaziman hukuman dijatuhkan akan menjadi amaran berterusan kepada masyarakat. Hal ini kerana tujuan hukuman ialah untuk mengambil kira keuntungan tidak adil yang diambil oleh pesalah. Jika mereka . formula pencegahan terhadap berlakunya jenayah ialah kepastian terhadap tangkapan dan hukuman dan bukan keberatan hukuman per se. Hukuman mati tidak memberi peluang kepada pesalah untuk menjadi seorang warga yang baik semula. Hukuman tersebut wajar digantikan dengan konsep hukuman secara moden adalah berdasarkan pemulihan. Mereka yang dianggap berbahaya kepada masyarakat akan diasingkan secara kekal dengan masyarakat. Objektifnya ialah membalas balik secara fizikal perbuatan si penjenayah. Pesalah harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan. maka mereka akan cuba sedaya upaya untuk tidak diheret ke penjara dan mereka tidak akan berasa malu untuk melakukan kesalahan. Hujah-hujah tentang keberkesanan tindakan polis dan pendakwaan untuk memastikan pesalah disabitkan mempunyai impak yang lebih besar berbanding hukuman berat adalah sangat releven. Perubahan harus dilakukan terhadap dasar kerajaan ini.Seksyen 3(1) Akta Mencolek 1961). hukuman yang diambil haruslah berkadaran dengan kesalahan. Saya berhujah kesalahan rasuah tidak boleh digolongkan dalam kategori ini. Hukuman setimpal harus dikenakan untuk memusnahkan keuntungan tidak adil yang dinikmati oleh pesalah. salah satu objektif hukuman mati adalah berdasarkan konsep balasan iaitu “hutang darah dibayar darah”. Hukuman mati juga akan mematahkan keupayaan secara kekal.

.” Akhir kata.dididik dengan moral dan etika. maka mereka akan berasa malu untuk melakukan kesalahan dan akan menjadi orang yang baik. Kita harus menerimapakai nasihat Confucius dengan pendekatan bersepadu yang merangkumi pendekatan undang-undang dan bukan undang-undang. barulah kita dapat memupuk nilai integriti sebagai budaya nasional untuk menentang gejala rasuah. hukuman gantung terhadap pemberi dan penerima rasuah bukanlah formula untuk membendung rasuah. Dengan ini.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->