You are on page 1of 7

KEJURUTERAAN JALAN RAYA

PENGENALAN
Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan
boleh menyebabkan kematian.

Tanah runtuh

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah,
seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun
graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor
tambahan lain:

 Hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
 Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
 Gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh
(lihat pencairan (liquefaction)
 Letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
 Gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan
keruntuhan cerun lemah.
 Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau
bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan
kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
 Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
 Pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium
kepada batu asas.

Oleh hal demikian, pembinaan penstabilan cerun harus dilakukan bagi mengelakkan kejadian
tanah runtuh terus terjadi.
KEJURUTERAAN JALAN RAYA

CERUN

Pembentukan cerun adalah disebabkan oleh lereng semulajadi atau lereng buatan manusia.
Cerun yang curam ialah cerun yang tidak stabil. Ketidakstabilan ini boleh menyebabkan
pergerakan tanah kebawah lereng yang dikenali sebagai kegagalan cerun. Kegagalan boleh
menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.
KEJURUTERAAN JALAN RAYA

TEKNIK-TEKNIK UNTUK MENSTABILKAN


CERUN
A- MEMBINA TEMBOK PENAHAN (RETAINING WALL)

Untuk menyokong tanah supaya berada dalam keadaan stabil di samping mengelakkan
gelinciran tanah berlaku pada cerun.

Kaedah untuk membina tembok penahan:

1. Potong bahagian cerun yang runtuh.


2. Bersihkan bahagian yang telah dipotong.
3. Ratakan bahagian yang telah dibersihkan.
4. Bina acuan untuk asas tembok penahan.
5. Letakkan tetulang bagi asas dan tuang konkrit kedalamnya.
6. Pastikan asas cukup keras sebelum dibuang acuannya.
7. Kemudian bina acuan untuk dinding tembok penahan.
8. Letakkan acuan di atas asas tembok penahan.
9. Masukkan kerangka tetulang dinding tembok penahan dan masukkan lubang leleh
pada dinding tembok.
10. Disekeliling laluan masuk lubang leleh diletakkan bahan berbutir tergred untuk
memudahkan pergerakan air.
11. Lubang leleh hendaklah tidak tersumbat.
12. Tuangkan konkrit kedalam acuan dan hendaklah memastikan ia cukup kuat dan keras
sebelum dibuang acuannya.
13. Buangkan acuan dan timbus semula dengan tanah.
14. Akhir sekali, tanam rumput diatasnya untuk menambahkan lagi kekuatan.
KEJURUTERAAN JALAN RAYA

B- MEMBINA TEMBOK GABION


1. Buangkan bahagian tanah yang runtuh.
2. Bersihkan kawasan tanah runtuh dan ratakannya.
3. Kemudian sangkar jaring dibina.
4. Kaki cerun dipotong bersesuaian dengan saiz tapak tembok dan sangkar jaring
disusun diatasnya sebelum batu granit dimasukkan.
5. Tembok gabion disusun bertangga atau berbentuk hamparan.
6. Ia lebih kukuh dan stabil.
7. Kemudian batu granit yang mempunyai ketebalan antara 300mm-600mm digunakan.
8. Masukkan batu granit kedalam sangkar jaring dan dipadatkan.
9. Ia dimasukkan dengan menggunakan jentera.
10. Sangkar jaring ditutup dengan sempurna diatasnya.
11. Bersihkan kawasan tersebut sebelum jalan dapat digunakan.
KEJURUTERAAN JALAN RAYA

C- MEMBINA SISTEM PENAMBAT

1. Bersihkan kawasan cerun yang runtuh.


2. Ratakan cerun mengikut kaedah penstabilan yang ingin digunakan.
3. Kemudian bina tetulang bagi pembinaan sistem penambat.
4. Letakkan
tetulang di
dinding
cerun.
5. Masukkan
penambat di
dalam tanah
yang dikenali
sebagai
tendom.
6. Hujungnya
ditanam di
dalam tanah
dengan

menggunakan turapan simen atau tanah berturap.


7. Hujung satu lagi ditambat pada plat galas di atas struktur yang akan disokong.
8. Kemudian konkrit dituang di atas cerun menggunakan kaedah hamparan.
9. Konkrit biasanya ditutup dengan menggunakan plastik putih.
10. Untuk mengelakkan konkrit gelongsor dan supaya konkrit keras secara rata.
11. Akhir sekali, plastik putih dibuang.
KEJURUTERAAN JALAN RAYA

D- MENANAM RUMPUT

Penanaman rumput atau tanaman tutup bumi merupakan kaedah yang paling mudah
dilaksanakan di cerun-cerun. Selain menstabilkan cerun, rumput yang ditanam juga mampu
menghalang hakisan tanah di samping mengurangkan kelajuan air larian permukaan. Pelbagai
kaedah penanam rumput di laksanakan. Antaranya ialah penampalan rumput pada permukaan
cerun.

Kaedahnya:

I. Buangkan cerun yang runtuh.


II. Bersihkan cerun dan ratakan. RUMPUT
III. Rumput yang hendak digunakan hendaklah masih
segar.
IV. Rumput yang digunakan mestilah tidak pecah.
V. Rumput hendaklah ada tanah di bawahnya.
VI. Rumput ditanam.
VII. Jarak antara setiap keping rumput lebih kurang 5cm.
VIII. Akhir sekali, rumput dibiarkan disitu sehingga ia
tumbuh.

Selain itu, kaedah yang terkini juga di gunakan seperti hidro


pembenihan melalui semburan benih pada permukaan cerun
atau semburan benih pada hamparan bahan gentian.

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada Monocots
pangkat)
(tiada Commelinids
pangkat)
Order: Poales
Keluarga: Poaceae
Genus: Axonopus
Spesies: A. fissifolius
Nama binomial
KEJURUTERAAN JALAN RAYA

E- MEMASANG GEOSINTETIK

Fungsi utama geosintetik adalah untuk mengukuhkan tanah semulajadi dan menstabilkan
binaan geoteknik seperti asas, subgred dan cerun. Antara istilah geosintetik yang paling awal
dan meluas digunakan ialah geotekstil.

Geoteknik merupakan fabrik berliang yang bertindak sebagai penuras, pemisah, tetulang dan
pengawal hakisan. Bila digunakan sebagai bahan pemisah, geotekstil diletakkan di antara dua
jenis bahan yang berbeza. Contohnya tanah dan batu baur yang berfungsi untuk menghalang
percampuran antara keduanya. Penuras geotekstil digunakan sebagai batu berliang di
sekeliling paip bawah tanah, di bawah struktur pengawal hakisan, belakang tembok penahan
dan khususnya sebagai pengganti batu berbutir tergred dalam projek pembinaan kerja tanah
seperti empangan.

Memandangkan tanah mempunyai tegasan mampatan, kekuatan jisim tanah boleh


dikukuhkan dengan menggunakan tetulang tegasan regangan. Tetulang di letakkan dibawah
tanah tambak yang digunakan untuk membina tembok penahan berfabrik.

You might also like