KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang saya pilih ialah Taman Seri Serdang,43300 Petaling,Selangor. Pandang darat fizikal ialah sekolah,kedai, jalanraya dan lain-lain lagi.Jarak diantara taman Seri Serdang dan pekan Seri Kembangan kira-kira 8 kilometer atau lebih kurang 10 hingga 15 minit perjalanan menaiki kereta ke sana.Jika menaiki bas awam, tambangnya hanya RM 1.00.Taman Seri Serdang terletak di kawasan Petaling. Sebahagian besar dari tanahnya merupakan tanah rata yang membolehkan jaringan sistem pengangkutan mudah dibina.