www.lamanpelajarislam.blogspot.

com Menjayakan Remaja Dengan Cara Islam

Pembentangan suatu projek adalah suatu pekara biasa yang dilakukan oleh pelbagi lapisan umur, tak
kira tua dan muda. Sampaikan pelajar sekolah rendah pun membentangkan sesuatu. Hal ini adalah untuk melatih para pelajar berani bercakap dihadapan ramai. Cara pembentangan yang betul hendaklah mengandungi beberapa perkara iaitu:

-Pecakapan haruslah jelas- Percakapan adalah suatu aspek yang penting, dimana gaya dan cara
persembahan adalah yang perlu diketengahkan untuk menghairahkan penonton untuk mendengar apa yang akan dibentangkan. Hal ini akan menyebabkan para penonton tertunggu untuk mendengar apa yang ingin anda sampaikan. Adalah perlu dititik beratkan cara percakapan itu dimana percakapan haruslah jelas dan menghormati penonton. Kurangkan atau hapuskan gaya cakap tidak sopan seperti: Aku, mu,hoi dan lain-lain lagi. Kata ganti nama diri seperti hendaklah ditukar dengan kata ganti nama diri seperti ini Saya,para hadirin, wahai dan lain-lain lagi.

-Lihat kepada penonton- Pembentangan kurang menarik dan meyebabkan penonton naik bosan
jika pembentang hanya melihat kepada apa yang dibentangkan. Mereka yang membentang hendaklah melihat penonton dengan gaya yang hebat iaitu dengan melihat sambil melemparkan senyuman. Hal ini adalah penting untuk menarik minat penonton. Disamping itu juga penonton juga akan terkesan dengan pembentangan kita itu. Jika pembentang hanya melihat kepada apa yang dibentangkan jadi apa gunanya penonton. Biarlah mereka merasakan mereka sebagai penonton. Harus diingatkan bahawa melihat kepada penonton sangat penting untuk menjayakan sesebuah pembentangan.

-Menyusun ayat dengan kemas agar mudah difahami- Salah satu faktor yang
menyebabkan penonton tertarik dengan pembentangan kita ialah dengan bahasa yang menarik (magnetic language). Cara untuk membuat gaya bahasa yang menarik adalah dengan cara meringkaskan ayat dengan memperbanyakkan isi. Hal ini menyebabkan masa dapat disingkatkan. Tapi awas! Jangan kerana terlalu ghairah dengan meringkaskan ayat anda menyebabkan anda kehilangan isi penjelasan terhadap isi. Oleh kerana ini, penonton akan mudah memahami apa yang hendak anda sampaikan.

-Beri alasan(hujah) terhadap pembentangan anda-Kata pepatah melayu lama

kalau

tiada angin masakan pokok bergoyang . Kalau ada isi tanpa alasan(hujah) apakah gunanya?. Jika anda mengatakan isi ini bakal menjayakan anda! Maka mana buktinya?..Hujah adalah faktor yang penting

untuk menarik keyakinan penonton dan bakal menambahkan lagi semangat penonton menonton pembentangan anda. Contohnya jika seseorang itu menggunakan isi atau pembentangan yang palsu atau diragui, adalah penonton akan menerima atau mengambil apa yang anda bentangkan..?Hujah anda hendaklah disertakan dengan riak muka yang meyakinkan penonton. Hal ini penting sekali bagi meyakinkan penonton.Jika anda menunjukkan riak muka yang tidak meyakinkan adakah penonton anda akan yakin kebolehhasilan pembentangan anda itu.

-Pakaian hendaklah kemas-Pakaian merupakan faktor yang penting bagi menjayakan sesuatu
pembentangan. Penampilan diri bermula daripada gaya pemakaian kadangkala juga menggambarkan penampilan seseorang. Disamping itu, pakaian merupa suatu alat yang penting dalam kehidupan. Pemakaian seseorang yang akan membentangkan sesuatu projek atau selainnya hendaklah kemas dan menarik. Tapi awas! Jangan terlalu melebih-lebih dalam pemakaian kerana ia menyebabkan percakapan penonton (buah mulut). Bagi pembentang perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dari hujung rambut hingga hujung ibu jari kaki. Hal ini akan menyebabkan suatu pembentangan berjalan dengan lancar dan diberkati Allah. -Suara hendaklah jelas tanpa ada gangguan- Biasanya, gangguan terhadap suara bermula apabila seseorang itu hilang keyakinan atau gugup(berdebar). Suara adalah anugerah Allah yang amat bernilai yang tidak dapat dibeli oleh nilai mata wang. Dikala membentangkan sesuatu pembentangan hendaklah dengan suara yang jelas yang boleh didengari oleh para penonton. Supaya para penonton tidak menganggap kita bercakap berseorangan(cakap sorang-sorang). Suara mempunyai dua jenis iaitu: y y Suara mulut Suara pena( melalui penulisan)

-Membenarkan apa yang dicakapkan- Semestinya wajib para pembentang membenarkan apa
yang dibentangkan, contohnya: mereka berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya $50 dalam sehari isi pembentangan y y saya cukup yakin dengan sistem ini bakal menghasilkan wang dalam masa yang singkat InsyaAllah Saya tak berapa pasti semada sistem ini akan membuahkan hasil dalam masa yang singkat tapi memakan masa yang lama Kedua-dua ayat diatas ialah percakapan pembentang tentang isi pembentangan mereka. Point yang pertam itu ialah ayat isi (yakin terhadap isi) yang baik untuk dicontohi. Point yang kedua itu adalah kurang menepati format pembentangan. Hal ini belaku kerana ayat yang tidak yakin akan isi yang dibentangkan. Penggunaan perkataan InsyaAllah adalah digalakkan untuk memberkati pembentangan kita.

-Tahu sejarah(asal-usul) yang dicakapkan- Saya merasakan bahawa hanya segelintir sahaja
yang mengambil berat tetang hal ini. Mereka menganggap bahwa sejarah isi yang dibentangkan tidak penting. Mereka tersilap besar bahkan merugikan mereka sendiri saja. Mereka telah menghilangkan semangat penonton mereka. Sejarah ialah penting untuk menarik minat penonton bahkan pelanggan. Dengan adanya sejarah tentang isi yang dibentangkan ia dapat meyakinkan penonton. Ciri-ciri sejarah yang perlu dicakapkan ialah: y y y y y y y Bila mula dipekenalkan Siapa yang melakukan Mengapa? Sejauh mana?(berapa lama) Tarikh bermula Dimana? Bagaimana