You are on page 1of 178

E5122/U1/1

SISTEM KOMUNIKASI

PENSUISAN
DAN PENGISYARATAN
E5122/U1/2
SISTEM KOMUNIKASI

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui dan memahami pensuisan dan pengisyaratan dalam sistem


telefoni

Objektif Khusus :

♦ Menakrif dan menghuraikan prinsip asas dan fungsi ibusawat


♦ Mengenal rangkaian pensuisan serta istilah “concentrator”, “distributor”
“expander” dan multipleks
♦ Melukis dan melabelkan rajah blok bagi pensuisan SPC
♦ Menghuraikan ciri-ciri, kelebihan dan kelemahan serta kendalian
panggilan bagi SPC.
♦ Mengenal dan menghuraikan prinsip pengisyaratan iaitu:
i. jenis-jenis pengisyaratan
ii. jenis-jenis isyarat dalam pengisyaratan antara ibusawat dengan
pelanggan
iii. jenis-jenis pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat
E5122/U1/3
SISTEM KOMUNIKASI

Cuba teka bagaimana talian


telefoni ini disambungkan……

1.0.Pengenalan

Tele berasal daripada perkataan Greek iaitu jarak jauh , manakala Foni bererti
bunyi atau pertuturan . Perhubungan telefoni bermaksud penghantaran pertuturan
pada jarak yang jauh, dimana di bahagian pemancar gelombang suara ditukarkan
kepada bentuk isyarat elektrik. Isyarat elektrik tersebut dipancarkan melalui talian
penghantaran dan di bahagian penerima pula, isyarat tersebut ditukarkan kembali
kepada gelombang suara.

Lebar jalur frekuensi yang digunakan bagi perkhidmatan telefoni ialah 300-
3400Hz yang mana ia merupakan frekuensi suara manusia. Oleh itu, semua
peralatan telefoni dan talian sambungan di antara peralatan-peralatan tersebut
mestilah berupaya berkendali di dalam lebar jalur tersebut. Di Malaysia, stesen
yang menghubungkan di antara satu pengguna dengan pengguna yang lain di
kenali sebagai ibusawat (exchange). Penghimpunan ibusawat-ibusawat dalam
rangkaian telefoni akan menghasilkan satu Hiraki Kebangsaan, seperti di Rajah
1.1.

1.1. Ibusawat

Ibusawat merupakan satu pusat di mana semua talian telefon dapat disambungkan
bagi membolehkan perhubungan pertuturan tercapai. Peralatan yang terdapat pada
ibusawat berfungsi sebagai suis untuk menyenangkan proses penyambungan .
Kini, kebanyakan ibusawat adalah jenis GSC (Group Switching Centre).
E5122/U1/4
SISTEM KOMUNIKASI

PPU

PPZ PPZ

PPK PPK PPK PPK

PPT PPT PPT PPT PPT PPT PPT PPT

P P P P P P P P P P P P P P P P

PPU - Pusat Pensuisan Utama PPZ - Pusat Pensuisan Zon


PPK – Pusat Pensuisan Kawasan PPT – Pusat Pensuisan Tempatan
P – Pelanggan – Kabel dua dawai

Rajah 1.1 Hiraki Kebangsaan

Ibusawat boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :


i. ibusawat tempatan – terdapat dalam satu kawasan yang sama
ii.ibusawat tandem – menghubungkan dua atau lebih ibusawat
tempatan dan ciri utamanya tidak disambungkan
kepada pelanggan
iii. ibusawat antarabangsa – ibusawat yang menghubungkan ibusawat
tandem
keseluruh negara.

Antara fungsi utama ibusawat adalah :-


i.Mencatit meter pelanggan yang membuat penggilan, bermula dari
panggilan dibuat, masa, nombor telefon yang dipanggil bagi
panggilan ke ibusawat yang lain, dan juga panggilan ke ibusawat
utama yang sama.
E5122/U1/5
SISTEM KOMUNIKASI

ii. Mengawasi proses penyuisan antara pelanggan dan


ibusawat.
iii. Mencatit permintaan pelanggan seperti menyediakan
nombor telefon, membuat permotongan meter untuk sementara dan
sebagainya.
iv. Menyediakan isyarat penyeliaan seperti nada dail, dering,
sibuk, nada gangguan dan nombor yang tidak dapat dihubungi .
v. Mengawal kualiti perbualan serta merekodkan mutu
perkhidmatan ibusawat.

1.2. Rangkaian Pensuisan

Pernakah anda terfikir, bagaimana maklumat suara anda dihantar kepada


penerima panggilan ? Ya, proses penghantaran maklumat ini memerlukan
beberapa rangkaian pensuisan seperti “concentrator”, “distributor”, “expander”
dan “multiplexer”. Jadi, gandingan rangkaian ini akan mengujudkan sistem
Public Switching Telephony Network (PSTN) yang lengkap.

Macam mana nak


sambung, ini…

(a) Concentrator (Penumpuan)


Rajah 1.2 menunjukan konsep penumpuan dalam rangkaian PSTN. Di
mana, penyambungan litar-pensuisan secara tetap dilakukan dalam
E5122/U1/6
SISTEM KOMUNIKASI

rangkaian PSTN. Unit penumpu ini dikawal oleh ibusawat pensuisan


tempatan secara langsung. Maka, semua pengguna telefon dapat
dihubungkan pada masa yang sama serta pada saluran yang berbeza.
Untuk pengetahuan anda, penumpu ini mampu mengendalikan beribu-ribu
pengguna dalam masa yang sama. Jadi, ia dapat mengurangkan kos
penggunaan talian berulang, repeater dan lain-lain.

Pengagih

Pengguna Concertrator (Penumpu)

Rajah 1.2 Penumpuan trafik dalam rangkaian PSTN

(b) Distributor (Pengagih)


Pengagih (distributor) merupakan peranti di antara penumpu
(concentrator) dan expander (Rajah 1.3). Peranti ini menghubungkan
ribuan pengguna dalam rangkaian PSTN secara berperingkat. Di mana,
lebihkurang 1000 talian tempatan akan memasuki penumpu dan hanya
mengeluarkan 100 talian keluaran sahaja. Seterusnya, kesemua 100 talian
akan memasuki pengagih Ini bermakna, setiap pengagih mampu
mengendalikan 100 talian daripada penumpu. Kemudian, talian daripada
pengagih ini, akan memasuki expander.
Expander

Saluran masukan Saluran keluaran


Penumpu

Talian tempatan 1 Talian tempatan 1

Pengagih

Talian tempatan 1000 Talian tempatan 1000


E5122/U1/7
SISTEM KOMUNIKASI

Rajah 1.3 Rangkaian pensuisan PSTN


(c) Expander
Unit ini mengembalikan bilangan talian asal yang memasuki penumpu.
Daripada pengagih, kesemua 100 talian akan memasuki expander dan
mengeluarkan semula sebanyak 1000 talian pengguna di destinasi
bersingan. Proses pensuisan expander dan penumpu bergantung kepada
bilang talian yang diaktifkan secara serentak, rujuk Rajah 1.3.

(d) Multipleks (Multiplexer)


Peranti in merupakan suatu alatan yang mampu mengurangkan bilangan
talian kabel yang hendak digunakan dalam suatu proses penghantaran dan
penerima isyarat maklumat. Proses ini dilakukan dengan mengabungkan
beberapa isyarat maklumat masukan dan seterusnya, menghasilkan satu
keluaran sahaja, rujuk Rajah 1.4. Teknik pengabungan ini dikenali sebagai
pemultipleksan (multiplexing). Antara kaedah-kaedah pemultipleksan
yang lazim digunakan ialah Time Division Multiplexing (TDM) dan
Frequency Division Multiplexing (FDM).

Maklumat yang telah digabungkan, perlu dipisahkan semula kepada


keadaan asal maka, teknik penyahmultipleksan (Demultiplexing) akan
digunakan.
DEMUX
MUX

Isyarat maklumat 1 Isyarat maklumat 1


Isyarat maklumat 2 Isyarat maklumat 2

Isyarat maklumat 10 Isyarat maklumat 10


Rajah 1.4 Teknik pemultipleksan dan penyahmultipleksan
E5122/U1/8
SISTEM KOMUNIKASI

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


1.A jawap soalan berikut.

Berapakah lebar jalur suara anda ?


Dalam sistem komunikasi ibusawat dirujuk sebagai ……………….
Nyatakan jenis-jenis ibusawat yang digunakan di Malaysia

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 17).
E5122/U1/9
SISTEM KOMUNIKASI

1.3. Pensuisan (Switching)

Sistem pensuisan dan pengisyaratan, merupakan keperluan kepada operasi


rangkaian telekomunikasi. Fungsi yang dihasilkan oleh sistem pensuisan atau sub-
sistemnya, bertujuan untuk menyediakan perkidmatan kepada pelanggan yang
dikenali sebagai fasiliti. Sepanjang perkembangan sistem komunikasi, rekabentuk
sistem pensuisan telah menjadi semakin canggih. Ia bertujaan untuk menyediakan
kemudahan tambahan yang membolehkan rangkaian komunikasi menyediakan
lebih perkhidmatan kepada pengguna serta mengawasi operasi dan
penyenggaraan. Jenis pensuisan yang digunakan di Malaysia ialah Stored
Program Control (SPC). Selain daripada SPC, teknik agihan saluran berperingkat
juga digunakan.

1.3.1. Pensuisan SPC

SPC merupakan kaedah pensuisan ibusawat telefoni, di mana ia


menggunakan kawalan komputer bagi memproses panggilan secara
automatik. Komputer akan beropersai mengikut aturcara yang telah
ditetapkan dan, aturcara ini boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa.

Fungsi setiap blok dalam Rajah 1.6;

 Ingatan (Memory)
- menyimpanan status aktiviti pengguna dalam bentuk perisian.

 Pengarah kawalan (Control Director)


- aturcara yang mengawal dan mengarah keseluruhan sistem

 Fail (File)
- menyimpan maklumat bayaran
- menyediakan jadual-jadual khas untuk perkhidmatan istimewa
atau perkhidmatan-perkhidmatan lain

 DTMF/decodic
- menyahkod isyarat yang dihasilkan semasa proses mendail.

 Pengimbas (scanner)
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI

- mengesan status ganggang telefon dan pengisyaratan dari talian


selular.

 Pemacu (driver)
- menyambung/memutuskan suis.
- memberi laluan kepada isyarat nada dan isyarat dail.

 CPU (unit pemprosesan pusat)


- mengawal dan melaksanakan aturcara yang telah diprogramkan
.
 Penjana nada/pendering
- menghasilkan isyarat pemberitahuan atau tanda panggilan.

Unit Talian Pensuisan Unit Saluran

#1 #1

#2
#M

Penjana Nada
DTMF/ Decadic
#n

Pengimbas Pemacu

1 2 n

Pendering CPU

Ingatan Pengarah Fail


Kawalan

Rajah 1.6 Gambarajah blok pensuisan SPC


Proses kendalian ibusawat SPC;
E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI

i.Apabila pemanggil A mengangkat gangang, talian pemanggil A


akan menjadi aktif dan dengan automatik dapat dikesan oleh
pengimbas.
ii. Pengimbas akan mengenalpasti kedudukan dan keadaan A
pada CPU.
iii. Apabila laporan diterima, CPU akan menyemak laporan
tentang A dan disimpan dalam ingatan.
iv. Selepas itu CPU akan menyambungkan laluan antara A
dengan peralatan pensuisan melalui pemacu.
v. Nada dail daripada penjana nada dail akan dihantar ke A
vi. Apabila A mula mendail, nada dail akan dihentikan oleh
DTMF (Dual Tone Multi Frequency)
vii. Digit-digit nombor yang didial akan dihantar dan disimpan
di dalam ingatan.
viii. CPU akan mengenal pasti jenis panggilan dan menentukan
destinasi.
ix. Selepas nombor dial dihantar, pemacu akan memacu
peralatan pensuisan untuk menyediakan laluan antara A dan B.
x. CPU akan memberi arahan kepada pendering untuk
menghasilkan nada dering dan dihantar kepada penerima B. Pada
masa yang sama, nada dering juga dihantar ke A.
xi. Apabila B mengangkat ganggang, pengimbas akan
mengesan isyarat menjawap dan dihantar kepada CPU. CPU akan
mengarahkan pendering untuk memberhentikan nada dering dan
mula mencatit masa dan lokasi panggilan.
xii. Selepas perbualan, apabila samada A atau B meletakkan
ganggang pengimbas akan mengesan isyarat pelepasan dan dihantar
kepada CPU.
xiii. CPU pula akan menyediakan bil (bayaran) dan rekod
disimpan dalam fail.

Kelebihan SPC

a) Memudahkan kerja penyelenggaran dan pengawasan


kerana cara kendalian ibusawat boleh diubah pada bila-bila masa
dengan mengubah kawalan aturcara terstor.
b) Pengisyaratan dari ibusawat dapat dikendalikan dengan
lebih mudah dan berkesan. Pertambahan talian tidak memerlukan
pertambahan alat pengisyaratan.
c) Kos penyelenggaraan yang rendah.
d) Prosesnya lebih cepat daripada kaedah manual.
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI

Keburukan SPC.

a) Kerosakan yang sedikit boleh menyebabkan pemberhentian


operasi ibusawat.
b) Memerlukan khidmat peralatan bangunan tambahan
(contohnya bilik berhawa dingin dan aturcara)
c) Perlu melatih semua pekerja mengenai teknik baru dan cara
pengendalian
d) Penyelenggaran terlalu bergantung kepada pembekal.

1.4. Pengisyaratan

Hello, hello…… Tak


dengarlah. Talian putus
kot.

Pengisyaratan ditakrifkan sebagai pemindahan atau pertukaran arahan atau


maklumat antara bahagian-bahagian yang berbeza yang terdapat di dalam satu
sistem telekomunikasi. Dalam sistem telefoni, bahagian-bahagian yang terlibat
dengan pengisyaratan adalah di antara (rujuk Rajah 1.7):

♦ Pemanggil dengan ibu sawat


♦ Ibusawat dengan ibusawat
♦ Ibusawat dengan yang dipanggil
E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI

Pemanggil Ibusawat A Ibusawat B Penerima

Pengisyaratan Isyarat hadapan Isyarat Kembali

Rajah 1.7 Proses pengisyaratan

Dalam proses komunikasi di antara dua pengguna telefon, terdapat dua jenis
pengisyaratan yang biasa digunakan iaitu;
i. Pengisyaratan antara pemanggil atau yang dipanggil dengan
ibusawat.
ii.Pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat

1.4.1. Pengisyaratan antara pemanggil atau yang dipanggil dengan


ibusawat

Kaedah ini merupakan cara komunikasi di antara si pemanggil atau si


penerima, dengan ibusawat yang bertindak sebagai media perantaraan.
Jenis-jenis pengisyaratan adalah seperti berikut;

a) Antara pemanggil kepada ibusawat

Jenis isyarat Maksud


Isyarat merampas (seizure) isyarat apabila ganggang diangkat (off-
hook)
Isyarat ‘clear forward’ isyarat apabila ganggang diletakkan (on-
hook)
Isyarat ‘address’ Denyut-denyut pendailan ke ibusawat.
E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI

b) Antara ibusawat kepada yang dipanggil

Jenis isyarat Maksud


Isyarat deringan Isyarat yang menunjukan adanya
panggilan masuk

c) Antara yang dipanggil kepada ibusawat

Jenis isyarat Maksud


Isyarat menjawab Apabila yang dipanggil mengangkat
ganggang telefon (off-hook)
Isyarat ‘clear back’ Apabila yang dipanggil meletakkan
ganggang (on-hook)

d) Isyarat daripada ibusawat kepada pemanggil atau yang dipanggil


(nada-nada khidmat piawai)

Jenis nada Maksud


Nada dail Nada yang terhasil pada pemanggil
setelah pemanggil mengangkat
ganggang. Bunyi nada yang
berpanjangan (contoh ; tuuuuuuuuuu…)
Nada sibuk Nada yang akan diterima oleh pemanggil
apabila nombor yang didial sedang
digunakan (contoh ; tuut,tuut,tuut……)
Nada tiada nombor Suatu pesanan suara akan dihasilkan
apabila nombor yang didial tiada dalam
perkhidmatan (contoh ; Harap maaf,
nombor yang anda dial tiada dalam
perkhidmatan)
Nada dering Nada yang diterima oleh pemanggil
apabila panggilan yang dibuat berjaya
disambungkan. (contoh ; tut tuut, tut tuut,
tut tuut,…………)
E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI

1.4.2. Kaedah pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat.

Apabila si pemanggil membuat panggilan jarak jauh yang memerlukan


lebih daripada satu ibusawat sebagai perantara maka, setiap ibusawat
tersebut mestilah mampu untuk menghantar dan menerima isyarat antara
satu sama lain. Dalam pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat dua
kaedah pengisyaratan boleh digunakan iaitu:

a) Pengisyaratan Saluran Bersekutu (Channel Associated Signalling,


CAS)
CAS merupakan satu kaedah pengisyaratan dimana isyarat suara
dan isyarat kawalan dihantar pada saluran atau litar yang sama.
Kaedah ini boleh dikawal oleh ibusawat digital atau bukan digital.
Kelajuan pengisyaratan adalah rendah.

Ibusawat A Ibusawat B
Litar trafik

Penghantar atau Penerima Pengisyaratan

Rajah 1.8 Pengisyaratan Saluran Bersekutu - CAS

b) Pengisyaratan Saluran Sepunya(Common Channel Signalling,


CCS)
CCS merupakan satu kaedah pengisyaratan dimana isyarat suara
dan isyarat kawalan dihantar melalui saluran yang berlainan.
Isyarat kawalan akan dikesan dan melaksanakan tugas kawalan
serta pensuisan talian. Kaedah ini dikawal sepenuhnya oleh
komputer. CCS bertindak sebagai rangkaian data/isyarat yang
berasingan untuk melaksanakan pertukaran isyarat-isyarat kawalan
antara komputer-komputer. (used only for control signal)
E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI

Ibusawat C Ibusawat D
Litar trafik

Talian Pengisyaratan

Penghantar dan Penerima Pengisyaratan

Rajah 1.9 Pengisyaratan Saluran Sepunya - CCS

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


1.B jawap soalan berikut.

Apa yang dimaksudkan dengan pensuisan ?


Nyatakan 2 kebaikan dan keburukan SPC.
Jelaskan pengisyaratan dalam sistem komunikas.
Jelaskan pengisyaratan yang digunakan di antara pemanggil dengan ibusawat

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 14).
E5122/U1/17
SISTEM KOMUNIKASI

PENILAIAN
Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.
KENDIRI

1. Nyatakan 3 fungsi utama ibusawat.


Lukiskan gambarajah blok sistem pensuisan SPC dan terangkan fungsi setiap
blok.
Terangkan proses kendalian panggilan menggunakan ibusawat SPC.
Nyatakan bahagian-bahagian yang terlibat dengan pengisyaratan didalam
sistem telefoni.
Terdapat dua kaedah pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat.
Nyatakan dan terangkan kedua-dua kaedah tersebut. (Bantuan gambarajah
digalakkan).

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 17).
E5122/U1/18
SISTEM KOMUNIKASI

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


1.A dibawah.

300 Hz hingga 3.4 kHz


Stesen yang menghubungkan di antara satu pengguna dengan pengguna yang
lain
Ibusawat tandem, tempatan, antarabangsa

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


1.B dibawah.

Suatu proses menghubungkan pelanggan-pelanggan dari satu lokasi ke lokasi


yang lain melalui ibusawat sebagai media perantaraan.
Rujuk nota 1.2.1.
Pengisyaratan ditakrifkan sebagai pemindahan atau pertukaran arahan atau
maklumat antara bahagian-bahagian yang berbeza yang terdapat di dalam
satu sistem telekomunikasi
Rujuk nota 1.3.1. (a).

RESPON
Semak jawapan anda.
KENDIRI

Rujuk nota 1.1, fungsi ibusawat


Rujuk nota 1.2.1, Rajah 1.3
Rujuk nota 1.2.1, proses kendalian ibusawat
Pemanggil dengan ibusawat, ibusawawt dengan ibusawat, dan ibusawat
dengan yang dipanggil.
CAS dan CCS, untuk penerangan sila rujuk nota 1.3.2.
E5122/U1/19
SISTEM KOMUNIKASI

PENSUISAN
DAN PENGISYARATAN
E5122/U1/20
SISTEM KOMUNIKASI

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui dan memahami konsep asas Kejuruteraan Teletrafik dalam


Sistem Telefoni.

Objektif Khusus :

• Menakrifkan unit trafik.


• Mengenalpasti dan menerangkan jenis-jenis trafik dan simbol.
• Menakrifkan istilah, maksud dan pengiraan bagi ‘traffic intensity’(A),
‘call intensity’(Y), ‘average call duration’(S), ‘observation in 1 hour’(T),
‘number of call atemps’(N), dan ‘Grade of Service’(B)
E5122/U1/21
SISTEM KOMUNIKASI

Kenapa lama sangat,


trafik light ini merah !!!

2.0.Pengenalan

Dalam kejuruteraan teletrafik, istilah saluran (trunk) digunakan untuk


menerangkan sebarang talian yang membawa suatu panggilan. Ianya mungkin
boleh terdiri dari litar antarabangsa yang panjangnya beribu kilometer ataupun
beberapa meter wayar yang menyambung antara ibusawat dalaman yang sama
sahaja.

Bagi sistem telekomunikasi yang besar seperti ibusawat, sekiranya pemantauan


dibuat untuk beberapa panggilan yang berlangsung dalam masa beberapa minit,
graf yang akan terhasil adalah seperti Rajah 2.1.
Panggilan dalam proses

Rajah 2.1 Perubahan trafik bagi jangka masa pendek

1 2 3 4
Masa dalam minit
E5122/U1/22
SISTEM KOMUNIKASI

Dari Rajah 2.1 dapati, panggilan yang dibuat berubah secara rawak, apabila
pemanggil memulakan dan menamatkan panggilan untuk seketika. Jika perubahan
secara rawak ini dikaji secara purata, maka didapati bilangan panggilan dibuat
berubah sepanjang hari seperti di Rajah 2.2. Dari Rajah 2.2, didapati hanya
beberapa panggilan sahaja dibuat di waktu malam. Tetapi keadaan sebalik berlaku
pada waktu siang, di mana bilangan panggilan meningkat pada waktu kerja
bermulanya dan kemudian, menjadi maksimum di pertengahan pagi. Manakala, di
waktu tengahari graf menurun dan selepas waktu tengahari ia mula meningkat
semula sehingga waktu petang. Pada waktu petang pula, bilangan panggilan mula
menurun kerana orangramai sibuk pulang dari kerja. Graf mula menaik sekali lagi
pada waktu malam kerana orangramai mula membuat panggilan persendirian.
Panggilan dalam proses

Rajah 2.2 Perubahan trafik bagi tempoh sehari


1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23

Masa dalam sehari

2.1. Trafik

Keamatan Trafik (Traffic intensity) didefinisikan sebagai bilangan purata


panggilan yang sedang berlangsung. Unit ukuranya ialah Erlang, sempena nama
A.K Erlang, orang yang pertama mangkaji teori trafik dalam telefoni.
E5122/U1/23
SISTEM KOMUNIKASI

Bagi satu kumpulan saluran (trunk), purata bilangan panggilan yang berlangsung
bergantung kepada bilangan panggilan yang dibuat dan jangkamasanya.
Jangkamasa panggilan biasanya dipanggil tempoh penahanan (holding time),
sebab ia menahan saluran talian telefon bagi masa tersebut. Dari definisi Erlang,
trafik yang dibawa oleh satu kumpulan saluran diberi sebagai :-

A = Ch . [2.1]
T

A - Keamatan Trafik dalam Erlang


C - Purata bilangan panggilan sepanjang masa, t.
h - Purata panggilan bagi tempoh penahanan (holding time)

Contoh 2.1
Secara purata, ketika waktu sibuk, satu syarikat membuat 120 panggilan keluar
dalam jangkamasa purata 2 minit. Ia menerima 200 panggilan masuk dalam
jangkamasa purata 3 minit. Kirakan trafik keluar, masuk dan jumlah trafik.

Penyelesaian

Trafik keluar, A = Ch = 120 panggilan x 2 minit


T 60 saat

= 4E

Trafik masuk, A = Ch = 200 panggilan x 3 minit


T 60 saat

= 10 E

Jumlah trafik = 4 E + 10 E = 14 E

Nota : Secara purata, 4 panggilan keluar dibuat dalam masa purata 2 minit dan 10
panggilan diterima dalam masa purata 3 minit
E5122/U1/24
SISTEM KOMUNIKASI

Adalah tidak praktikal untuk menyediakan peralatan yang secukupnya untuk


membawa ke semua trafik yang berkemungkinan ditawarkan oleh sistem
telekomunikasi. Secara teorinya kebarangkalian seseorang pelanggan membuat
panggilan pada masa yang sama melalui ibusawat adalah tinggi. Oleh yang
demikian, keadaan sebegini tidak dapat dielakkan tetapi boleh dikurangkan.

Keadaan sebegini boleh terjadi apabila kesemua saluran sibuk dan tidak boleh
menerima panggilan lain, status ini dikenali sebagai kesesakan talian
(congestion). Dalam sistem pensuisan seperti di ibusawat, sebarang pendailan
terhadap satu kumpulan saluran yang sesak tidak akan berjaya. Keadaan ini
dipanggil sistem kehilangan-panggilan (lost-call system). Ketika sistem
kehilangan-panggilan berlaku, yang diakibatkan oleh kesesakan saluaran, jumlah
saluaran yang dibawa adalah kurang daripada yang ditawarkan. Maka, ia dapat
diringkaskan seperti berikut :-

Trafik yang dibawa = (Trafik yang ditawarkan) – (Trafik yang hilang) [2.2]

Perkadaran bagi panggilan yang hilang atau lengah yang disebabkan oleh
kesesakan, diukur berdasarkan kepada perkhidmatan yang dibekalkan. Ianya
dipanggil sebagai gred perkhidmatan - B (grade of service - B). Bagi sistem
kehilangan-panggilan, gred perkhidmatan (B) boleh didefinisikan sebagai :-

B = Bilangan panggilan yang hilang .

Bilangan panggilan yang ditawarkan

= Trafik yang hilang . [2.3]


Trafik yang ditawarkan

Macam mana nak guna


formula-formula ni, ya…. !
E5122/U1/25
SISTEM KOMUNIKASI

Contoh 2.2
Semasa sibuk, 1200 panggilan ditawarkan kepada satu kumpulan saluran dan 6
panggilan telah hilang. Purata masa panggilan ialah 3 minit. Cari :
i. trafik yang ditawarkan
ii. trafik yang dibawa
iii. trafik yang hilang
iv. gred perkhidmatan
v. jumlah jangka masa kesesakan

Penyelesaian

i. Trafik ditawarkan, A = Ch = 1200 panggilan x 3 minit


T 60 saat

= 60 E

ii. Trafik yang dibawa = (1200 – 6)panggilan x 3 minit


60 saat

= 59.7 E

iii. Trafik yang hilang = 6 panggilan x 3 minit


60 saat

= 0.3 E

iv. B = Bilangan panggilan yang hilang .

Bilangan panggilan yang ditawarkan

= 6
1200

= 0.005

v. Jumlah jangkamasa kesesakan = B x tempoh sejam dalam saat


= 0.005 x (60 x 60)
= 18 saat
E5122/U1/26
SISTEM KOMUNIKASI

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


2.A jawap soalan berikut.

Takrifkan keamatan trafik dan nyatakan unitnya.

Secara keseluruhan rangkaian telefon bagi satu tempat yang kerap mengalami
kesesakan talian telah membuat panggilan keluar sebanyak 180 panggilan
selama 330 saat. Manakala, panggilan masuk adalah 200 panggilan masa
purata 240 saat. Kirakan trafik keluar, masuk dan jumlah trafik.

Trafik jam sibuk yang ditawarkan = 100E, tempoh purata panggilan ialah 3
minit. Jika terdapat 10 panggilan hilang dalam tempoh jam sibuk, kirakan:

Bilangan panggilan yang ditawarkan


Gred perkhidmatan
Bilangan panggilan yang dibawa

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 14).
E5122/U1/27
SISTEM KOMUNIKASI

2.2. Istilah dan Kiraan Teletrafik

Jangan
potong
Q
Hello, kawan
orang lain pun lahhh�
mahu pergi
kerja.

Dalam keadaan yang sebenar, penggunaan talian secara optimum oleh seseorang
pengguna sangat terhad kerana bilangan pengguna bertambah secara mendadak
pada sesuatu masa tertentu. Oleh yang demikian, talian mula menjadi sesak dan
seterusnya, mengakibatkan kesesakan trafik. Untuk mengatasi masalah ini, pihak
pembekal perlulah mengkaji statistik pengguna terkini dan di masa yang akan
datang. Justeru itu, ia dapat mengurangkan kesesakan talian untuk jangka masa
panjang

2.2.1. Keamatan Panggilan (Call Intensity, Y)

Secara teorinya, keamatan panggilan, Y, bermaksud jumlah panggilan


yang ditawarkan per unit masa. Ia diperlukan apabila menghitung
keamatan trafik. Berikut merupakan formula yang digunakan untuk
mendapatkan keamatan panggilan, λ.

λ = A/s [2.4]
E5122/U1/28
SISTEM KOMUNIKASI

di mana;
A - keamatan trafik
s - tempoh purata perkhidmatan panggilan

2.2.2. Pemerhatian Dalam 1 Jam (Observation in 1 hour, T)

Dalam melakukan pengiraan untuk menentukan keamatan trafik, tempoh


masa yang tertentu adalah amat penting. Dengan melakukan pemerhatian
dalam masa 1 jam yang mana selalunya diberi unit T, kita boleh
memperolehi purata keamatan trafik dalam satu saluran. Ia dikira dalam
unit jam-Erlang. Rajah 2.3 menunjukkan contoh pemerhatian dalam masa
1 jam.
Bilangan talian sibuk, n(t)

C
D

Rajah 2.3 Graf kesesakan trafik

Daripada Rajah 2.3, pemerhatian dalam 1 jam menunjukan;


T adalah tempoh masa dalam T t
1 jam manakala, C menunjukkan keamatan
Tempoh
trafik dalam bilangan saluran yang tertentu. Tempoh pemerhatian ini
merupakan satu cara untuk menetapkan saiz masa bagi memudahkan
penghitungan purata keamatan trafik.
E5122/U1/29
SISTEM KOMUNIKASI

2.2.3. Tempoh Purata Panggilan (Average Call Duration, S)

Dalam sistem penghantaran data, tempoh perkhidmatan tidak


dibincangkan, tetapi yang penting adalah kehendak sistem penghantaran.
Sesuatu kerja boleh dihantar melalui unit S samada dalam bit atau bait.
Manakala kelajuan kapasiti sistem dikira dalam unit saat. Maka, tempoh
perkhidmatan ini adalah bit/saat. Dalam sistem telefoni, tempoh purata
perkhidmatan panggilan, S, merupakan penghantaran data suara dalam
saat pada satu-satu saluran yang digunakan.

2.2.4. Bilangan Panggilan Yang Dicuba (Number of call attemps, N)

Bilangan panggilan yang dicuba oleh pengguna merupakan bilangan yang


tidak terhad. Ia merupakan bilangan panggilan yang dibuat oleh pengguna
pada satu-satu masa tetapi tidak berjaya disambungkan akibat kesibukan
talian. Pada keadaan di mana keamatan trafik adalah maksima, bilangan
panggilan yang dicuba pada jam sibuk akan meningkat secara berterusan.
Ini seterusnya menyebabkan kesesakan talian. Namun bilangan panggilan
yang dicuba ini amat sukar diperolehi memandangkan pengguna
mempunyai kekerapan yang tinggi dalam mencuba mendapatkan
panggilan. Ia hanya boleh diukur secara tepat dengan mengawasi setiap
talian pengguna secara individual.

Tiada jawapan Pn

Sekatan dan
A Ralat-A B - Sibuk Pb
ralat teknikal

B - menjawab Pa
Pe Ps

Rajah 2.4: Kemungkinan status ini akan berlaku dalam membuat panggilan

Merujuk kepada Rajah 2.4, berikut merupakan kemungkinan situasi


kerosakan yang akan dihadapi ketika membuat panggilan:
E5122/U1/30
SISTEM KOMUNIKASI

i) Pe merupakan kemungkinan pemanggil A mengalami


kerosakan
ii) Ps merujuk kepada kemungkinan kesesakan talian dan
kerosakan teknikal
iii) Pn merujuk kepada ketiadaan jawapan dari yang dipanggil
iv) Pb merujuk kepada talian sedang digunakan
v) Pa merujuk kepada talian berjaya disambungkan

2.2.5. Bilangan Panggilan Yang Berjaya

Bilangan panggilan yang berjaya, membawa maksud bilangan pendailan


yang berjaya dicapai atau bilangan panggilan yang mana pengguna yang
dipanggil berjaya dihubungi. Bilangan ini adalah penting bagi
memperolehi gred perkhidmatan yang ditawarkan.

Gred perkhidmatan, B= P – T [2.5]


P

dimana;
P - Bilangan panggilan mencuba pada jam sibuk
T - Bilangan panggilan yang berjaya pada jam sibuk

Contoh 2.3:
Sebanyak 2000 bilangan panggilan yang telah dicuba pada satu kumpulan
saluran pada jam sibuk. Hanya 500 panggilan yang berjaya dilakukan pada jam
sibuk tersebut. Kirakan gred perkhidmatan bagi saluran tersebut.

Penyelesaian

Gred perkhidmatan, B = 2000 – 500


2000

= 1500
2000

= 0.75
E5122/U1/31
SISTEM KOMUNIKASI

Contoh 2.4:
Dapatkan keamatan panggilan bagi sistem telefoni yang mempunyai kesesakan
trafik sebanyak 2000 dan purata masa kesesakan adalah 2 minit.

Penyelesaian

Keamatan trafik, λ = A/s

= 2000
(2 x 60)

= 16.67

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


2.B jawap soalan berikut.

1. Berikan definisi keamatan panggilan.

2. Nyatakan maksud bagi bilangan panggilan yang berjaya.

3 Suatu talian mempuyai gred perkhidmatan sebanyak 0.25 dan,


ia hanya mampu membenarkan 820 panggilan yang keluar ketika
talian sibuk. Dapatkan jumlah panggilan yang mampu dikendalikan
oleh talian ini.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 14).
E5122/U1/32
SISTEM KOMUNIKASI

PENILAIAN
Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.
KENDIRI

1. Satu kumpulan 20 saluran didapati 10 saluran mengalami kesesakan


pada pukul 10.00 pagi, 15 saluran pada pukul 10.10 pagi, 16 saluran
pada pukul 10.20 pagi dan 11 saluran pada 10.30 pagi. Kirakan
purata keamatan trafik pada tempoh tersebut.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kehilangan panggilan.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 14).
E5122/U1/33
SISTEM KOMUNIKASI

RESPON Sila semak jawpan anda dengan jawapan


2.A dibawah.

Bilangan purata panggilan yang sedang berlangsung, unitnya ialah Erlang.


16.5 E, 13.3 E, 29.8 E
i. 2000E
0.005
99.5 E

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


2.B dibawah.

1. Jumlah panggilan yang ditawarkan per unit masa


2 bilangan pendailan yang berjaya dicapai atau bilangan
panggilan yang mana pengguna yang dipanggil berjaya dihubungi
3 1093 panggilan

RESPON
Semak jawapan anda.
KENDIRI

13 E
Sebarang pendailan terhadap satu kumpulan saluran yang sesak tidak akan
berjaya.
E5122/U1/34
SISTEM KOMUNIKASI

SISTEM SELULAR
E5122/U1/35
SISTEM KOMUNIKASI

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui dan memahami prinsip serta ciri-ciri sistem radio


selular, saluran radio dan antena.
- Memahami gambarajah blok sistem radio selular.

Objektif Khusus :

• Mengenali sistem radio selular


• Menerangkan prinsip serta ciri-ciri radio selular
• Melukis gambarjah blok komunikasi ‘mobile’
• Menerangkan fungsi bagi setiap blok komunikasi mobile
• Membezakan saluran kawalan dan saluran suara
• Mengenali jenis-jenis dan ciri-ciri antena
E5122/U1/36
SISTEM KOMUNIKASI

3.0 Pengenalan

Sistem Komunikasi Radio Selular merupakan satu bentuk komunikasi dua hala
antara pengguna unit mobile dengan menggunakan penghantaran gelombang
radio. Selain daripada, radio selular atau telefon biasa yang dipasang di kereta,
juga terdapat model telefon selular mudah-alih yang boleh dibawa kemana-mana.
Setiap telefon selular, membenarkan penggunanya disambungkan dengan sistem
telefon talian, yang membolehkan mereka membuat panggilan ke serata dunia.

Syarikat ‘Bell Telephone Company’, bahagian AT&T telah mereka sistem radio
selular diakhir tahun 70-an dan dilaksanakan sepenuhnya pada awal 1980. Pada
masa sekarang, perkhidmatan telefon radio selular boleh didapati di seluruh dunia.
Ianya dikenali sebagai ‘Advanced Mobile Phone Service’(AMPS).

Agaknya macam mana telefon


yang tak ada kabel ni boleh
digunakan untuk bercakap.

3.1. Prinsip Radio Selular

Konsep asas sistem radio selular, selain menyediakan satu kawasan dengan
pemancar dan penerima, sistem ini membahagikan perkhidmatannya kepada
kawasan yanag lebih kecil yang dipanggil sel seperti dalam Rajah 3.1
E5122/U1/37
SISTEM KOMUNIKASI

MTSO

Sel

Rajah 3.1 Pembahagian sel dan kedudukan stesen selular

Setiap sel terdiri dari penerima dan pemancar berkuasa rendahnya sendiri yang
dipanggil ‘Radio Base Station’(RBS) bagi membolehkan ia menyediakan
perkhidmatan kepada penggunanya dalam liputan beberapa kilometer persegi.
Setiap sel disambungkan dengan talian telefon atau gelombang mikro kepada
Pusat Kawalan Utama yang dikenali sebagai ‘Mobile Telephone Switching
Office’(MTSO).

Ciri-ciri Sistem Komunikasi Radio Selular ;


♦ Apabila kenderaan bergerak keluar dari satu sel kepada sel yang lain,
maka secara automatik sistem akan mensuiskan kepada RBS yang berikutnya.
♦ Penerima pada setiap sel akan mengawasi kekuatan isyarat unit mobile
tersebut. Apabila kekuatan isyarat jatuh ke paras bawah daripada aras yang
ditetapkan atau rujukan, maka ia secara automatik akan disuiskan pada paras
yang lebih tinggi melalui RBS yang terdekat.

Komponen-komponen asas Sistem Komunikasi Radio Selular yang terdapat


dalam perkhidmatan komunikasi ialah Unit mobile, Radio Base Station (RBS) dan
Mobile Telephone Switching Office (MTSO). Fungsi-fungsi bagi komponen asas
ini adalah seperti berikut ;
E5122/U1/38
SISTEM KOMUNIKASI

i) Unit Mobile
♦ Merupakan peralatan pengguna yang digunakan untuk membuat
dan menerima panggilan.

ii) Radio Base Station (RBS)


♦ Merupakan stesen sel pengawal-luar ‘site controller’yang
berfungsi mengikut arahan-arahan dari MTSO.
♦ Menggunakan setiap saluran radio yang terdapat dalam setiap sel
yang merangkumi saluran suara dan saluran kawalan.
♦ Menyelia panggilan yang merangkumi pengawasan terhadap
kualiti percakapan dan pengukuran terhadap kekuatan isyarat suara.
♦ Menghantar dan menerima isyarat suara dan data daripada dan
kepada pengguna.
♦ Bertindak sebagai perantaramuka di antara pengguna dan sistem.

iii) Mobile Telephone Switching Office (MTSO)


♦ Merupakan pusat pensuisan telefon berdigit yang bertindak sebagai
jantung kepada sistem
♦ Melaksanakan pensuisan iaitu penyambungan dan pemutusan
antara rangkaian selular dengan rangkaian telefon awam.
♦ Menerima dan memproses data-data yang diterima daripada RBS
merangkumi status unit-unit mobile, data-data diagnostik, maklumat-
maklumat bil, data-data berteks dan sebagainya.
♦ Melaksanakan pengaliran bagi menentukan sel-sel yang sesuai dan
saluran radio yang diperlukan apabila panggilan hendak dibuat.
♦ Melaksanakan penyeliaan yang menentukan dan mengemaskini
lokasi-lokasi unit mobile apabila berlaku pergerakan daripada satu sel
ke sel yang lain.

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


3.A jawap soalan berikut.

Nyatakan ciri-ciri sistem komunikasi radio selular.


Berikan fungsi asas bagi RBS dan MTSO

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 13).
E5122/U1/39
SISTEM KOMUNIKASI

3.2. Unit Telefon Selular

Rajah 3.2 menunjukan gambarajah blok asas bagi unit radio selular. Ia boleh
diaplikasikan kepada unit yang besar seperti unit yang dipasang di dalam
kenderaan (mobile radio) atau unit mudah-alih seperti telefon bimbit (telefon
mudah-alih). Namun, kedua-dua unit mempunyai fungsi yang sama, tetapi unit
yang besar ini menggunakan kuasa yang amat besar berbanding dengan telefon
bimbit.

Telefon ini mengandungi lima bahagian utama iaitu pemancar, penerima,


synthesizer, unit logik dan unit kawalan. Radio mobile dan telefon bimbit
berkongsi satu antena untuk proses penghantaran dan penerimaan.

Fungsi setiap blok bagi Rajah 3.2 ;

i. Pemancar
• Merupakan pemancar FM berkuasa rendah, berjulat frekuensi 825
MHz hingga 845 MHz.
• Terdapat 666 saluran penghantaran pada jarak 30 kHz antara satu
sama lain. Contohnya, Saluran 1 berfrekuensi 825.03 MHz, Saluran 2
pada 825.06 MHz; maka perbezaan frekuensinya adalah 30 kHz dan ia
akan berterusan sehingga 666 saluran.
• Kuasa pancaran bagi antena radio mobile ialah 3 W manakala, bagi
telefon bimbit kuasa pancarannya ialah 500 mW.

ii. Penerima
• Merupakan penukar-berkembar (dual-conversion) superhetrodin.
• Semasa penerimaan isyarat dari RBS, kuasa penerimaan unit
telefon selular adalah rendah. Maka, penguat RF digunakan dalam
penerima untuk menaikan paras kuasa.
• Julat frekuensi bagi penerima ialah 870.03 MHz hingga 870.98
MHz.
• Juga, terdapat 666 saluaran penerima pada jarak frekuensi 30 kHz
antara satu sama lain.
• Bagi setiap saluran, frekuensi pemancaran dan penerimaan
dibezakan pada jarak 45 MHz. Contohnya; pada Saluran 1 frekuensi
E5122/U1/40
SISTEM KOMUNIKASI

pemancaran adalah 825.03 MHz manakala, frekuensi penerimaan bagi


Saluran 1 adalah 870.03 MHz, maka nila perbezaan antara kedua-
duanya ialah 45 MHz.

Pemancar

Frequency
Synthesizer

Penerima

Unit Logik

Unit Kawalan

Telefon bimbit

Rajah 3.2 Blok asas bagi radio selular.

iii. Frequency Synthesizer


• Merupakan bahagian yang menjana isyarat bagi penggunaan
pemancar dan penerima.
• Unit ini menggunakan litar PLL (Phasa Locked Loop), dimana
osilator hablor akan menyediakan frekuensi yang diperlukan.
• Apabila satu unit selular hendak menerima panggilan, komputer di
MTSO akan memilih saluran yang tidak digunakan. Kemudian, MTSO
akan menghantar isyarat berkod digit kepada penerima.
E5122/U1/41
SISTEM KOMUNIKASI

iv. Unit Logik


• Ia mengandungi litar kawalan utama bagi unit selular.
• Bahagian ini menggunakan mikroprosessor iaitu RAM dan ROM.
• Selain itu, ia mengandungi litar tambahan yang digunakan untuk
mentafsirkan isyarat dari MTSO atau sel, serta menjana isyarat
kawalan bagi pemancar dan penerima.

v. Unit Kawalan
• Terdiri daripada speaker dan mikrofon, serta litar pendailan nada-
sentuh (touch-tone).
• Mikroprosessor di Unit Kawalan mengawal paparan LCD dan
penunjuk-penunjuk di unit telefon bimbit.
• Di samping itu, ingatan dalam mikroprosessor di Unit Kawalan
mampu menyimpan nombor yang kerap dipanggil dan juga sistem
pendailan automatik.

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


3.B
jawap soalan berikut.

1. Senaraikan 5 bahagian utama unit telefon selular.


2. Nyatakan perbezaan frekuensi diantara pemancar dan penerima.
3. Kuasa keluaran maksimum bagi pemancar unit mobile ialah ……….
4. Frekuensi pemancar berjulat dari ……………… hingga …………….

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 13).
E5122/U1/42
SISTEM KOMUNIKASI

3.3. Saluran Radio

Saluran radio merupakan laluan dua arah pencaran radio antara RBS dan unit
mobile. Setiap saluaran menggunakan frekuensi yang berlainan untuk pancaran
daripada RBS dan satu lagi pancaran dari unit moblie ke RBS. Frekuensi yang
berbeza digunakan bertujuan untuk mengelakkan gangguan atau pertindihan
isyarat penghantar dan penerima. Namun begitu, frekuensi atau saluran yang sama
boleh digunakan oleh sel-sel yang lain yang berada jauh antara satu sama lain.

Terdapat dua jenis saluran radio iaitu:


i) Saluran kawalan
ii) Saluran suara

3.3.1. Saluran Kawalan


♦ Setiap sel mempunyai satu saluran kawalan yang hanya digunakan
untuk penghantaran data (bukan suara).
♦ Saluran kawalan mengawal aliran data secara berterusan apabila
unit mobile di‘ON’kan.
♦ Apabila pengguna bergerak dari satu sel ke sel yang lain,
terminalnya akan diselaraskan kepada satu saluran kawalan yang baru.
Pertukaran ini berlaku secara automatik oleh kesemua sistem kawalan
yang beroperasi dalam sistem tersebut.
♦ Saluran kawalan dengan kualiti penerimaan yang terbaik akan
dipilih dan terminal set mobile seterusnya akan diselaraskan kepada
saluran ini sehinggalah kualiti penerimaannya berkurangan.

3.3.2. Saluran Suara


E5122/U1/43
SISTEM KOMUNIKASI

♦ Ialah saluran yang membawa isyarat perbualan dan ianya


digunakan semasa perbualan berlangsung.
♦ Setiap sel biasanya mempunyai antara 7 hingga 23 saluran suara.

♦ Disamping membawa isyarat perbualan, saluran ini juga berfungsi


sebagai laluan untuk:
a) penjana nada SAT (Supervisory Audio Tone)
b) pesanan data
c) pengesanan pengisyaratan nada
d) penghantaran ringging order

Untuk makluman anda, antena digunakan


sebagai media perantaraan di antara
penghantar dan penerima isyarat.

3.4. Antena

Terdapat dua jenis antena yang digunakan di RBS iaitu omnidirectional dan
directional.

i. Omnidirectional
• Merupakan antena yang mempunyai keseimbangan dalam
penghantaran dan penerimaan isyarat.
• Ianya digunakan di kawasan kurang penduduk
• Kawasan liputannya berbentuk bulat dan setiap penghujung
bulatan kawasan liputan akan bertindih antara satu sama lain,
rujuk Rajah 3.3.
• Hanya menggunakan satu elemen sahaja
E5122/U1/44
SISTEM KOMUNIKASI

Kawasan liputan

RBS

Rajah 3.3 Kawasan liputan antena omnidirectional.

ii. Keberarahan (Directional)


• Suatu antena yang mempunyai sifat keberarahan, di mana
pemancaran adalah pada arah-arah yang tertentu.
• Memerlukan tiga antena yang disusun secara berdekatan
supaya setiap antena mempunyai sudut 1200 liputan, rujuk
Rajah 3.4.
• Ianya digunakan dikawasan yang luas penggunaanya
seperti di bandar-bandar.

Antena

Sel
E5122/U1/45
SISTEM KOMUNIKASI

Rajah 3.4 Antena directional.

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


3.C jawab soalan berikut.

Terangkan konsep saluran kawalan


Jelaskan konsep antena directional.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 13).
E5122/U1/46
SISTEM KOMUNIKASI

PENILAIAN
Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.
KENDIRI

Berikan fungsi RBS dan MTSO.


Lukiskan gambarajah blok asas bagi sistem selular.
Terangkan fungsi bagi setiap blok di atas.
Berikan perbezaan di antara antena omnidirectional dan directional.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 14).
E5122/U1/47
SISTEM KOMUNIKASI

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


3.A dibawah.

- Apabila kenderaan bergerak keluar dari satu sel kepada sel yang lain, maka
secara automatik sistem akan mensuiskan kepada RBS yang berikutnya.
- Penerima pada setiap sel akan mengawasi kekuatan isyarat unit
mobile tersebut. Apabila kekuatan isyarat jatuh ke paras bawah
daripada aras yang ditetapkan atau rujukan, maka ia secara automatik
akan disuiskan pada paras yang lebih tinggi melalui RBS yang
terdekat.

2. Rujuk nota 3.1.

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


3.B dibawah.

Pemancar, penerima, synthesizer, unit logik dan unit kawalan


45 MHz
3 Watt
825 – 845 MHz

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


3.C dibawah.

rujuk nota 3.3.1.


rujuk nota 3.4.(ii)
E5122/U1/48
SISTEM KOMUNIKASI

RESPON
Semak jawapan anda.
KENDIRI

Rujuk nota 3.1, (i) dan (ii).


Rujuk Rajah 3.2.
Rujuk nota 3.2.
4.
OmnidirectionalDirectionalKawasan liputan berbentuk bulatan dan bertindih
antara satu sama lainKawasan liputan seimbang dna tersusun secara heksagon
dan tidak bertindihKawasan pancaran antena 3600 perRBS.Kawasan pancaran
antena 1200 perRBSRBS berkedudukan ditengah-tengah selRBS
berkedudukan dipinggir sel.Digunakan di kawasan pendalamanDigunakan di
kawasan bandar atau pengguna ramai.
E5122/U1/49
SISTEM KOMUNIKASI

SISTEM SELULAR
E5122/U1/50
SISTEM KOMUNIKASI

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui dan memahami istilah-istilah dalam radio selular dan prosedur membuat
panggilan.
- Mengetahui pengunaan frekuensi radio selular dalam Malaysia dan teknologi WAP.

Objektif Khusus :

• Mentakrifkan maksud bagi penggunaan frekuensi tetap, pemecahan sel, “hand-off”,


nisbah S/N dan “paging”.
• Menerangkan prosedur membuat panggilan dan menerima panggilan.
• Mengenali spektrum frekuensi.
• Menyenaraikan pengendali-pengendali sistem selular di Malaysia.
• Mengenali penggunaan sistem WAP
E5122/U1/51
SISTEM KOMUNIKASI

4.0 Pengenalan

Tahukah anda, hampir kesemua pembekal talian


selular berada pada takat maksimum. Keadaan ini
disebabkan oleh kekurangan ruang spektrum di
atmosfera yang disebabkan oleh perkembangan
teknologi yang pesat.

Seperti mana yang anda telah ketahui, sistem radio selular beroperasi dari
800 MHz hingga 900 MHz, yang mana frekuensi ini diperuntukkan bagi
saluaran tv UHF. Pada dasarnya, terdapat 666 saluran berlebar jalur 33 kHz
dupleks-penuh (full-duplex) dalam perhubungan selular. Namun begitu, kini,
pelbagai pendekatan telah digunakan bagi memaksimumkan lagi
penggunaan julat frekuensi, antaranya ialah penggunaan semula frekuensi
pemecahan sel, hand-off, nibah S/N dan paging.

4.1. Penggunaan Semula Frekuensi

Konsep ini membenarkan frekuensi saluran yang telah


digunakan untuk satu sel digunakan semula pada sel-
sel yang lain
E5122/U1/52
SISTEM KOMUNIKASI

Walaubagaimanapun, kedudukan sel-sel hendaklah jauh antara satu sama lain


untuk menggelakkan gangguan. Sila rujuk Rajah 4.1. Dengan penggunaan semula
frekuensi, sistem selular dapat mengendalikan sejumlah besar sambungan secara
serentak, jauh melebihi jumlah saluran yang diperuntukan.

S4 S2 S5 S4

S1 S3 S3

S5 S4 S1 S5
S3 S2 S2

S2 S5 S4 S1

S1 S3 S3

Rajah 4.1 Penggunaan frekuensi-semula dalam sel.

Rajah 4.1 jelas menunjukan penggunaan frekuensi-semula, di mana sel-sel bersebelahan tidak
mungkin akan menggunakan frekuensi yang sama tetapi sel-sel berikutnya akan menggunakan.
Katakan peruntukan frekuensi bagi RBS S1 - 988.2 MHz, S2 - 988.3 MHz, S3 - 988.4 MHz, S4 -
988.5 MHz dan S5 - 988.6 MHz, maka dengan pengagihan frekuensi sebegini, ia dapat
mengelakkan pertindihan di antara satu sama lain. Seterusnya, frekuensi tersebut dapat diguna
semula di sel yang tidak bertindih dengan frekuensi yang hendak diguna semula tadi.

4.2. Pemecahan Sel

Konsep ini membolehkan sel yang besar dibahagikan kepada sel-sel kecil yang
dilengkapi dengan penghantar (RBS) berkuasa kecil. Oleh itu jarak ulangan
penggunaan semula frekuensi menjadi lebih rendah dan jumlah saluran di antara
kawasan akan bertambah jauh melebihi kapasiti satu sel besar yang asal, rujuk
Rajah 4.2. Keadaan ini disebabkan oleh lebih banyak pengguna di suatu kawasan.
Kebiasaan, pemecahan sel dilakukan di kawasan bandar, di mana penggunaan
telefon selular adalah lebih meluas. Oleh yang demikian, lebih banyak stesen RBS
dan saluran disediakan. Keadaan ini jelas kita dapat lihat di bandar-bandar seperti
Kuala Lumpur, Shah Alam, Georgetown, Ipoh dan Johor Bahru, di mana
E5122/U1/53
SISTEM KOMUNIKASI

kepadatan sel adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan luar bandar seperti
Rawang, Teluk Intan, Segamat dan lain-lain, lihat Gambarajah 4.3.

Kawasan bandar

Kawasan luar
bandar

Rajah 4.2 Pemecahan sel besar ke sel kecil.

Gambarajah menunjukan taburan


pengguna telefon bimbit (kawasan
berbintik-bintik).

Gambarajah 4.3 Pemecahan sel di Semenanjung Malaysia


4.3. Paging
Ketika anda menerima panggilan, telefon selular anda akan memberi isyarat yang bermaksud ada
panggilan masuk. Proses ini dipanggil paging. Ia merupakan pesanan saluran kawalan yang
mengandungi Nombor Identiti Telefon Selular (Mobile Identification Number) dan secara tidak
langsung, ia memberitahu bahawa adanya panggilan masuk. Nombor yang dihantar oleh
pemanggil kepada penerima akan diperiksa oleh MTSO. Kemudian, MTSO tersebut akan
menghantar isyarat nombor yang dipanggil kepada semua MTSO lain. Setelah kedudukan
penerima dikenalpasti, MTSO berhampiran akan menghantar Nombor Identiti Telefon Selular
kepada RBS pemanggil. RBS tersebut akan menghubungi nombor yang dipanggil. Penerima akan
E5122/U1/54
SISTEM KOMUNIKASI

menerima paparan nombor si pemanggil pada telofon selularnya. Pada masa yang sama,
pemanggil juga akan menerima paparan nombor yang dipanggil melalui RBSnya.

4.4. Hand-Off

Hello, kawan I tengah


drive ini dari KL ke JB

Apabila pengguna bergerak keluar dari sel asal ke sel berdekatan, beliau akan kehilangan
perhubungan radio pada saluran kawalan sel asal. Terminalnya akan diselaraskan secara automatik
pada saluran kawalan sel yang baru. Proses ini berlaku sangat cepat sehingga tidak disedari oleh
pengguna. Ketika perbualan sedang berlangsung, pengguna hanya akan mendengar bunyi ‘beep’
yang sekejap, sewaktu Hand-Off dilakukan, rujuk Rajah 4.4.

RBS MSTO Ke PSTN

SALURAN
Kawalan Baru
Kedudukan asal (Hand-Off)
telefon bimbit

RBS

Kedudukan baru
bagi telefon bimbit
E5122/U1/55
SISTEM KOMUNIKASI

Rajah 4.4 Proses hand-off dari suatu RBS ke suatu RBS


4.5. Nisbah Isyarat per Hingar (SNR)
Nisbah SNR adalah sangat penting untuk menentukan keberkesanan pengoperasian atau
kebolehan sistem selular untuk memperbaiki semula isyarat yang lemah. Selain daripada itu, SNR
juga boleh mengesan kekuatan isyarat berbanding dengan hingar yang tidak diperlukan. Nisbah
SNR dinyatakan dalam bentuk dB di mana;

SNR (dB) = 10 log Isyarat (S) [4.1]


Hingar (N)
di mana; S – kuasa isyarat
N – kuasa hingar

Jika isyarat yang diterima adalah lemah maka, ia perlu dikuatkan dengan menggunakan penguat.
Tetapi, ia akan menyebabkan julat isyarat dan juga hingar dinaikkan secara serentak. Keadaan ini
tidak diingini. Pada hakikatnya, hanya isyarat sahaja yang perlu ditinggikan dan bukan hingar.

Untuk memperolehi isyarat yang baik, nisbah SNR perlulah tinggi. Di mana, gandaan isyarat
melebihi gandaan hingar. Jika, gandaan hingar tinggi, maka nisbah SNR akan rendah, akibatnya,
isyarat yang diterima akan mengalami lebih banyak gangguan.

Untuk memantapkan pemahaman anda sila jawap


AKTIVITI 4.A
1. soalan
Nyatakan dua berikut.
sebab mengapa terdapat lebih banyak saluran
dalam sistem selular pada masa kini berbanding dahulu.
2. Telefon selular beroperasi dengan menggunakan dupleks-
penuh. (Betul/ Salah).
3. Untuk memperolehi SNR yang baik, gandaan hingar mestilah
___________ dan gandaan isyarat mestilah _____________.
4. Jika sistem selular yang digunakan mempunyai kuasa isyarat
sebanyak 18 W serta nilai kuasa bagi gangguan ialah 0.5 W. Kirakan
SNR bagi sistem tersebut.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 18).
E5122/U1/56
SISTEM KOMUNIKASI

4.6. Proses Panggilan

Agaknya macam mana mereka ini


boleh berkomunikasi antara selular
dengan selular atau selular dengan
telefon

Panggilan telefon melalui rangkaian selular memerlukan penggunaan dua saluran suara dupleks-
penuh serentak iaitu saluran pengguna dan saluran kawalan. Stesen RBS memancarkan dan
menerima isyarat menggunakan saluran-saluran yang dipanggil saluran kawalan hadapan dan
saluran suara hadapan. Manakala unit selular pula memancarkan dan menerima isyarat
menggunakan saluran kawalan belakang dan saluran suara belakang.

Melengkapkan panggilan menerusi sistem radio selular adalah lebih kurang sama dengan
rangkaian pensuisan telefon awam. Apabila unit selular mula di aktifkan, ia akan melaksanakan
satu siri prosedur memula (start-up) dan kemudiannya mensampelkan kekuatan isyarat yang
diterima pada saluran pengguna. Unit ini akan menala secara automatik kepada saluran yang
isyarat yang paling kuat/baik dan seterusnya, mengawal data yang dihantar oleh RBS. Unit ini
akan menterjemahkan data tersebut dan seterusnya, memerhatikan saluran kawalan.

Dalam sistem radio selular, panggilan boleh dilakukan antara pengguna telefon awam dengan
pengguna telefon selular atau antara dua pengguan telefon selular. Berikut menunjukan carta alir
(Carta Alir 4.1, Carta Alir 4.2, dan Carta Alir 4.3) bagi panggilan menggunakan unit selular.
E5122/U1/57
SISTEM KOMUNIKASI

MTSO terima panggilan daripada pemanggil melalui PSTN.

MTSO akan memeriksa digit pendailan dan menentukan samada unit selular
tersebut digunakan atau tidak.

Jika digunakan (on-hook), MTSO akan suiskan secara ‘paging’ kepada


pengguna selular dan cuba mendapatkan saluran bebas serta
mengarahkannya supaya menala kepada saluran tersebut

Unit selular akan menghantar pengesahan saluran kepada MTSO melalui


RBS dan kemudiannya menghantar nada progres panggilan yang
menghasilkan deringan.

MTSO akan memberhentikan nada ini apabila ia menerima isyarat positif


bahawa pengguna selular telah menjawab panggilan dan perbualan boleh
dimulakan.

Carta Alir 4.1 Cara panggilan dari PSTN ke unit selular


E5122/U1/58
SISTEM KOMUNIKASI

Pengguna selular mendail nombor yang dikehendaki dan menekan butang


‘SEND’. Tindakan ini akan menyebabkan nombor yang didail dan pendail
selular akan dihantar ke MTSO

Jika nombor pengenalan sahih, MTSO akan menyambungkan panggilan


tersebut kepada rangkaian PSTN. Seterusnya melengkapkannya kepada
pengguna yang dipanggil

Melalui RBS, MTSO akan mendapatkan saluran pengguna yang tidak sibuk
dan mengarahkan unit selular supaya menalakan kepada saluran tersebut

Selepas MTSO menerima pengesahan bahawa unit selular tersebut menala,


pengguna selular akan menerima nada progres daripada MTSO.

MTSO akan memberhentikan nada ini apabila pengguna selular mula


Carta Alirmenjawab panggilandari
4.2 Cara panggilan danunit
perbualan
selularpun bermula.
ke PSTN

Carta Alir 4.2 Cara panggilan dari PSTN ke unit selular


E5122/U1/59
SISTEM KOMUNIKASI

Pengguna selular yang ingin memanggil akan mendail nombor yang


dikehendaki dan menekan butang ‘SEND’.

MTSO akan menerima nombor pengenalan pemanggil dan nombor yang


dipanggil kemudiannya diperiksa kesahihannya serta ia menentukan samada
yang dipanggil sedang mengunakan unit selular (on-hook) atau tidak (off-
hook).

MTSO akan menghantar arahan ‘paging’ kepada semua RBS dan pengguna
yang dipanggil akan menerima arahan tersebut

Isyarat positif daripada pengguna yang dipanggil akan menyebabkan MTSO


cuba mendapatkan saluran pengguna yang bebas dan mengarahkan kedua-
dua pengguna menalakan kepada saluran masing-masing. Kemudian unit
selular yang dipanggil akan berdering.

MTSO akan memberhentikan deringan ini apabila pengguna yang dipanggil


mula menjawab dan perbualan boleh dimulakan oleh kedua-dua pengguna.
Carta Alir 4.3 Cara panggilan dari unit selular ke unit selular lain.

Carta Alir 4.3 Cara panggilan dari PSTN ke unit selular


E5122/U1/60
SISTEM KOMUNIKASI

4.7. Pelepasan Panggilan (Call Release)


Ia merupakan satu proses dimana pemanggil menamatkan panggilannya. MTSO akan mencari
status yang baru kepada unit selular tersebut yang kini dalam keadaan normal, iaitu ia boleh
menerima dan membuat panggilan yang lain, rujuk Carta Alir 4.4.

Pengguna selular menamatkan panggilan dengan menekan butang ‘END’.


Maklumat ini akan dihantar kepada RBS dan seterusnya dihantar kepada
MTSO.

Apabila isyarat penamatan diterima oleh MTSO, tempoh panggilan untuk


proses bayaran dilakukan.

RBS akan menghentikan penghantaran maklumat pada saluran pengguna


tersebut dan kini ia berada dalam keadaan normal.

Pengguna selular juga akan menghentikan penghantaran maklumat dan cuba


untuk mendapatkan saluran kawalan yang terbaik pada sesebuah sel.

Carta Alir 4.4 Cara-cara pelepasan panggilan yang dibuat oleh unit selular
E5122/U1/61
SISTEM KOMUNIKASI

4.8. Spektrum Frekuensi

60 20k 500k 50M 1G 300G Hz


Radio

Infrared

Ultra violet
TV
Audio/Sound

X-ray
Visible Light
Komunikasi
Radar & Data

Penerima (MHz) Pemancar (MHz)

Rajah 4.5 Spektrum frekuensi bagi sistem selular

Sistem selular telah menetapkan julat frekuensi untuk pengoperasianya. Daripada Rajah 4.5, kita
dapat lihat, pengendali A dan B dibenarkan menggunakan sejumlah 25 MHz daripada spektrum
radio pemancar dan penerima yang telah ditetapkan. Daripada julat 25 MHz pemancar, ianya
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu julat 12.5 MHz untuk frekuensi pemancar pengendali A dan
julat 12.5 MHz untuk frekuensi pemancar bagi setiap pengendali B. Saluran radio yang digunakan
dalam sistem selular dijarakkan sebanyak 30 kHz setiap satu saluran. Setiap pengendali
mempunyai julat 12.5 MHz bagi pemancar dan 12.5 MHz bagi penerima. Ini bermakna setiap
E5122/U1/62
SISTEM KOMUNIKASI

pengendali mempunyai 416 saluran radio (12.5 MHz/30 kHz = 416 saluaran). Daripada 416
saluran, ia dibahagikan kepada 395 saluran suara dan 21 saluaran kawalan.

4.9. Pengendali Sistem Selular Di Malaysia

Daripada pengetahuan anda,


agak-agak ada berapa
pengendali sistem selular di
Malaysia !

Di Malaysia terdapat beberapa pengendali telefon selular yang giat mengembangkan teknologi
sistem selularnya. Antara pengendali-pengendali tersebut adalah seperti di dalam Jadual 4.1.

Syarikat Sistem Frekuensi(MHz) Standard Kod

Celcom ART 900 900 ETACS 010


Time Telekom ATUR 450 450 NMT 011
Maxis Mobile Maxis 900 GSM 012
STM TM Touch 1800 PCN 013
Digi 1800 Digi 1800 1800 PCN 016
Time Cel Time Cel 1800 PCN 017
Mobikom Mobifon 800 800 AMPS 018
Celcom Celcom GSM 930 GSM 019

Jadual 4.1 Pengendali telefon selular di Malaysia

4.10. Teknologi WAP


Perkembangan teknologi dalam telekomunikasi telah membuka lembaran baru dalam era
penciptaan telefon bimbit, dan salah satunya ialah teknologi WAP. WAP atau Wireless
Application Protocol, merupakan peranti mudahalih tanpa wayar, yang menyediakan
perkhidmatan mengakses maklumat terus dari sumber. Antara peranti-peranti mudahalih yang
mampu mengendalikan teknologi WAP adalah telefon bimbit, pager, radio dua-hala, smartfon dan
komunikator.
E5122/U1/63
SISTEM KOMUNIKASI

WAP mampu mengendalikan rangkaian-rangkaian tanpa wayar seperti GSM, PDC, PHS, CDPD,
CDMA, TDMA, DataTAC, iDEN dan lain-lain. Manakala, sistem pengoperasi yang mampu
mengendalikan WAP adalah PalmOS, EPOC, Windows CE, FLEXOS, OS/9 dan JavaOS. Oleh
kerana, pengaksesan maklumat daripada WAP adalah dalam bentuk teks, gambar dan lain-lain,
maka skrin yang besar serta padat perlu disediakan. Contohnya, katakan anda ingin melayari
halaman web (internet), maka, microbrowsers perlu digunakan untuk mengakses halaman
tersebut. Dalam konteks ini, browser membawa maksud suatu fail kecil yang menggunakan
ingatan (memory) yang kecil sahaja. Maka, lebar jalur frekuensi penghantaran maklumat juga akan
menjadi kecil. Ini memudahkan penggunaan peranti mudahalih ini.

Syarikat yang mula-mula sekali bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan


teknologi WAP adalah Unwired Planet, Nokia, Motorola dan Ericsson,

Rajah 4.6 Teknologi WAP daripada Nokia

Untuk memantapkan pemahaman anda sila jawap


AKTIVITI 4.B
soalan berikut.
1. Lakarkan carta alir bagi penggunaan sistem selular ke
selular.
2. Berapakah julat frekuensi yang digunakan bagi komunikasi
selular.
3. Nyatakan frekuensi bagi sistem PCN dan GSM.
E5122/U1/64
SISTEM KOMUNIKASI

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 18).
PENILAIAN
KENDIRI
Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.

1. Terangkan konsep pemecahan sel dalam sistem selular


2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ‘hand-off’.
3. Terangkan proses panggilan dari PSTN ke selular

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


mukasurat akhir bagi unit ini (mukasurat 18).
E5122/U1/65
SISTEM KOMUNIKASI

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


4.A dibawah.

Penggunaan semula frekuensi, terdapatnya lebih banyak ruang spektrum frekuensi


Betul
rendah, tinggi
15.56 dB

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


4.B dibawah.

1. Rujuk Carta Alir 4.3


2. 825 – 845 MHz
3. 1800 MHz dan 900 MHz

RESPON
Semak jawapan anda.
KENDIRI

1. Rujuk Nota 4.2. Pemecahan Sel


2. Rujuk nota 4.4. Hand-off
3. Rujuk Carta Alir 4.1.
E5122/U1/66
SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN OPTIK
E5122/U1/67
SISTEM KOMUNIKASI

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Memahami sistem gentian optik dari sudut rajah blok dan jenis-jenis mod yang lazimnya
digunakan.

Objektif Khusus :

• Melukis serta melabelkan rajah blok bagi sistem gentian optik.


• Menerangkan fungsi setiap blok dalam gentian optik.
• Mengenalpasti jenis-jenis mod gentain optik.
• Melakar dan membezakan kriteria bagi mod Indeks Langkah Pelbagai-Mod, Indeks Gred
Pelbagai-Mod dan Mod Tunggal.
• Membandingkan persamaan dan perbezaan antara jenis-jenis mod gentian optik.
• Menyatakan jenis-jenis penyambungan dan penggandingan.
E5122/U1/68
SISTEM KOMUNIKASI

5.0 Sejarah dan Pengenalan Gentian Optik


Sebelum kita mempelajari tentang gentian optik, mari kita melihat sejarah gentia
optik. Pada 1870 John Tyndall, seorang ahli falsafah peribumi yang tinggal di
England telah pun membuktikan Sistem Cahaya yang pertama kepada ‘Royal
Society Experiment’. Ujikajinya telah menggunakan air sebagai suatu medium dan
membuktikan sinaran cahaya dalam air adalah melengkung.

Semasa awal 1950s, seorang penyelidik menggunakan kajian rod kaca boleh
dilentur untuk memeriksa organ-organ di dalam tubuh manusia. Pada tahun 1958,
Charles Townes dan Arthur Schawlow dari ‘Bell Laboratories’ telah membuat
teori penggunaan ‘Laser’ sebagai keamatan punca cahaya. Pada 1960, Theodore
Maiman dari ‘Hughes Research Laboratory’ telah membuat eksperimen yang
pertama tentang laser. Pada 1962, semikonduktor laser yang pertama wujud
sebagai tunas permulaan.

Pada tahun 1973, ‘Airbone Light Optical Fiber Technology’


(ALOFT) telah melaksanakan program penggantian 302 kabel
yang beratnya 40 kg dengan gentian fiber yang beratnya hanya
1.7kg. Di akhir 1970 dan awal 1980, hampir kesemua syarikat
telekomunikasi telah menggunakan sistem gentian optik yang
mempunyai kecekapan yang lebih tinggi.

Gentian optik, apa tu ?


E5122/U1/69
SISTEM KOMUNIKASI

Untuk pengetahuan anda, era pembangunan gentian optik telahpun bermula pada
awal 60-an dan menjadi semakin pesat kini. Kini, gentian optik digunakan sebagai
medium penghantaran isyarat dalam bentuk gelombang cahaya melalui gentian
kaca atau plastik. Gelombang cahaya yang bergerak dalam gentian optik
mematuhi Prinsip Hukum Snell’s iaitu pada kelajuan cahaya iaitu 3 x 108 m/s.

Di Malaysia, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) telah menggunakan gentian optik
sebagai litar sambungan jarak jauh dan juga sebagai sistem penghantaran data. Ini kerana, gentian
optik mempunyai kehilangan kuasa yang kurang, kos yang murah dan senang diselenggarakan.

Terdapat 3 elemen utama dalam sistem komunikasi gentian optik iaitu sumber cahaya (Pemancar),
gentian optik dan pengesan cahaya (Penerima). Rajah 5.1 dibawah menunjukkan elemen asas bagi
sistem gentian optik.

Sumber Pengesan
Cahaya Cahaya

Pemancar Gentian Optik


Penerima

Rajah 5.1. Elemen asas bagi sistem gentian optik

Dalam pemancar gentian optik, punca-punca cahaya boleh dihasilkan melalui LED (Light
Emitting Diode) atau ILD (Injection Laser Diode). Manakala, di bahagian penerima, pengesan
cahaya digunakan untuk mengesan cahaya yang dipancarkan oleh punca cahaya. Pengesan cahaya
yang biasa digunakan adalah Pin Diod, Avalanche Photo Diode (APD) atau Photo Transistor.

Pernahkah anda melihat tali tangsi (tali yang


digunakan untuk memancing) ?

5.1. Talian Gentian Optik

Untuk pengetahuan anda, rupabentuk dan warna gentian optik adalah hampir
serupa dengan tali tangsi. Manakala, saiz diameter gentian optik adalah lebih
halus daripada sehelai rambut, kebiasaanya lebihkurang 120 µ m.
E5122/U1/70
SISTEM KOMUNIKASI

Struktur binaan gentian optik terdiri daripada teras kaca (core) yang
dilindungi oleh lapisan salutan (cladding). Teras kaca berfungsi sebagai
media yang merambatkan gelombang cahaya. Manakala, lapisan salutan
pula menghalang cahaya menebus keluar daripada teras kaca. Ini
disebabkan oleh indeks pembiasan bagi lapisan teras dan salutan berbeza
(Rajah 5.2). Untuk meningkatkan kecekapan pergerakkan cahaya dalam
gentian, teras kaca mestilah tulen atau tiada bendasing semasa penghasilan
gentian tersebut. Kebiasaanya, bahan yang digunakan untuk pembuatan
gentian ialah:
i. Kaca berasaskan silika
ii. Silika berbagai campuran dan plastik berkualiti tinggi.

Jaket Pelindung
Salutan (Cladding)

Teras (Core)

Tahukah Anda?

a) Teras Tunggal (Single Core)


Kabel gentian optik jenis
plastik adalah lebih murah
dan fleksibel berbanding
dengan kaca.

Salut Politin
Gentian optik
Dawai Besi
Salut
Aluminium

b) Pelbagai Teras (Multi Core)

Rajah 5.2 Stuktur binaan gentian optik.


E5122/U1/71
SISTEM KOMUNIKASI

Merujuk kepada Rajah 5.2 :

• teras dikelilingi oleh pelindung yang dikenali sebagai salutan (cladding).


Bahagian ini digunakan untuk penghantaran maklumat dalam bentuk cahaya.

• salutan mempunyai indeks biasan yang lebih rendah daripada teras. Ia bertujuan
untuk memastikan pengantaramukaan yang sesuai dicapai dan gelombang cahaya
kekal melalui teras. Selain itu, pelindung bertujuan untuk menambahkan ketahanan
teras gentian. Lapisan ini diperbuat daripada plastik yang berfungsi sebagai penebat.

Oleh kerana, struktur binaan gentian adalah bebas daripada bendasing, isyarat tenaga
yang hilang adalah kecil iaitu lebih kurang 0.1 – 0.6 dB per kilometer. Jika dibandingkan
gentian optik dengan kabel logam, gentian optik mempunyai ciri-ciri yang jauh lebih baik
daripada kabel logam. Ini jelas dapat dilihat dalam Jadual 5.1 dan Gambarajah 5.1.

Ciri-Ciri Gentian Optik Kabel Logam


Kehilangan 0.1-0.6 dB/km 18 dB/km

Lebar Jalur Melebihi 1GHz bagi gentian Lebih kurang 600MHz bagi kabel
optik tunggal sepaksi
Diameter 0.125mm 9.5mm

Berat 40 km per 1 kg 0.7 km per 1 kg

Aruhan Gelombang Tidak terdapat Akibatnya ketara


Elektromagnet

Kos Untuk jangka masa panjang, kos Kos pembuatan yang tinggi
menurun.
Bahan Mentah Tak Terhingga Semakin berkurangan

Kualiti maklumat Baik Terdapat gangguan

Jadual 5.1 Perbandingan di antara gentian optik dengan kebel logam

Kabel Sepaksi
Gentian Optik –
Pelbagai Teras
E5122/U1/72
SISTEM KOMUNIKASI

Gambarajah 5.1 Perbandingan rupabentuk fizikal di antara gentian optik dan kabel sepaksi

Untuk memantapkan pemahaman anda sila


AKTIVITI 5.A
jawap soalan berikut.

Gentian optik diperbuat daripada __________ atau ______________.


Kelebihan utama gentian optik berbanding dengan kabel logam ialah
____________________________.
Pada jarak yang jauh kabel gentian optik mengalami kehilangan yang
tinggi berbanding dengan kabel logam. (Betul/Salah).
Kabel gentian optik adalah lebih kecil, ringan dan kuat berbanding
dengan kabel logam (Betul/Salah).
Nyatakan dua punca cahaya yang kerap digunakan dalam gentian optik.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 22).
E5122/U1/73
SISTEM KOMUNIKASI

5.1Sistem Gentian Optik Dan Kendaliannya

denyut

Isyarat Pengkod atau Penghantar


masukan Penukar Punca Cahaya

Gentian optik

denyut
Maklumat
Pembentuk Penyahkod asal

Pengesan Penguat
Cahaya
Rajah 5.4 Rajah blok asas bagi sistem komunikasi gentian optik

Rajah 5.4 menunjukan sistem gentian optik asas bagi penghantaran maklumat melalui gentian.
Isyarat yang hendak dihantar melalui penghantar boleh terdiri daripada isyarat suara, video atau
data komputer. Kendalian bagi Rajah 5.4 adalah seperti berikut ;

• Isyarat maklumat asal dalam analog akan ditukarkan ke dalam bentuk denyut-denyut
digital. Proses ini dilakukan dengan menggunakan penukar analog ke digital (Analog
Digital Converter, ADC).

• Di bahagian Penghantar Punca Cahaya, denyut-denyut tersebut akan ditukarkan dari


bentuk voltan kepada arus dengan menggunakan penukar voltan ke arus. Seterusnya, arus
ini akan ditukarkan kepada bentuk cahaya dengan menggunakan punca cahaya seperti
LED atau ILD. Keamatan cahaya bergantung kepada jumlah arus yang mengalir.
• Penganding digunakan untuk menyambung punca cahaya dengan gentian optik.
• Kini, sumber cahaya tersebut akan disalurkan ke dalam gentian optik di mana, cahaya ini
akan dipantulkan sepanjang talian.
• Di bahagian penerima, pengganding sekali lagi digunakan sebagai penyambung antara
gentian dan pengesan cahaya. Komponen pengesan cahaya seperti foto-sel, foto transistor
atau APD akan digunakan sebagai pengesan sumber cahaya dari gentian. Cahaya tersebut
akan ditukarkan semula ke bentuk arus dan seterusnya, ditukarkan ke bentuk voltan.
• Isyarat voltan yang terhasil akan dikuatkan dengan menggunakan penguat.
E5122/U1/74
SISTEM KOMUNIKASI

• Isyarat voltan yang dihasilkan selepas penguat tidak mempunyai bentuk denyut yang
sebenar (rujuk Rajah 5.5). Oleh yang demikian, pembentuk (shaper) diperlukan untuk
membentuk semula denyut tersebut.

Isyarat denyut sebelum


memasuki pembentuk

Isyarat denyut selepas 5V


pembentuk
0V

Rajah 5.5 Rupabentuk denyut sebelum dan selepas memasuki pembentuk (shaper).

• Isyarat denyut-denyut berdigit kini ditukarkan ke bentuk analog dengan menggunakan


penyahkod. Hasil keluarannya adalah isyarat maklumat asal.

5.3 Mod Gentian Optik

Cuba….. cuba, ya! Macam mana nak


mengklasifikasikan gentian optik, fikirkan…………

Sebenarnya, terdapat 2 cara untuk mengklasifikasikan jenis-jenis gentian optik iaitu melalui
indeks pembiasan dan melalui mod-mod yang terdapat pada setiap kabel. Di mana, mod-mod ini
boleh dirujuk kepada tindakan yang diambil oleh sesuatu sinaran cahaya yang dipancar melalui
kabel gentian optik. Kedua-dua cara kelasifikasi ini akan digabungkan untuk membezakan jenis
kabel gentian optik. Terdapat dua cara untuk menerangkan perubahan indeks pembiasan yang
melalui sesuatu kabel gentian optik iaitu Indeks Langkah (Step Index) dan Indeks Gred (Graded
Index).

Tahu tak apa itu, indeks lamgkah


dan indek gred !!!!! Kalau ingin
tahu mari kita lihat bersama-
sama
E5122/U1/75
SISTEM KOMUNIKASI

5.3.1 Indeks Kabel Gentian


Indeks kabel gentian optik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

(i) Indeks Langkah (Step Index)

Indeks Langkah merujuk kepada indeks pembiasan antaramuka bagi teras dan
salutan. Ini bermakna teras mempunyai indeks pembiasan yang malar, N1.
Manakala, pula salutan mempunyai indeks pembiasan yang malar, N2. Gabungan
kedua-dua indeks pembiasan ini (N1 dan N2) akan menghasilkan perbezaan
langkah. Jika anda, plotkan lengkungan untuk menunjukan indeks pembiasan
bagi N1 dan N2, maka anda akan memperolehi suatu keadaan menegak dari kiri
ke kanan, lihat Rajah 5.6.

Salutan
Antaramuka

Teras

Indeks N1
Pembiasan (N)
N2

Rajah 5.6 Keratan rentas dan lengkungan indeks pembiasan bagi indeksSalutan
langkah
Indeks pembiasan teras
yang berubah-ubah

Indeks Pembiasan
(N)
E5122/U1/76
SISTEM KOMUNIKASI

Rajah 5.7 Keratan rentas dan lengkungan indeks pembiasan bagi indeks gred

(ii) Indeks Gred


Bagi Indeks Gred, indeks pembiasan bagi teras adalah tidak tetap manakala,
bagi salutan gentian adalah tetap. Indeks pembiasan teras berubah dengan
perlahan-lahan dan berterusan berpandukan kepada diameter teras gentian optik.
Apabila anda menghampiri pada titik tengah teras, indeks pembiasannya akan
meningkat secara perlahan-lahan, mencapai tahap maksimum di titik tengah
teras dan kemudiannya mula menurun selepas melalui titik tengah tersebut. Ini
akan membentuk satu separuh bulatan saiz seperti diameter teras. Ini dapat
dilihat seperti dalam Rajah 5.7.

Untuk memantapkan pemahaman anda sila


AKTIVITI 5.B
jawap soalan berikut.

Isyarat suara dan video ditukarkan ke bentuk _____________ sebelum


dipancarkan dalam bentuk sinaran cahaya.
Peranti yang berfungsi sebagai penukar denyut cahaya kepada isyarat elektrik
ialah ______________.
Nyatakan dua jenis indeks yang terdapat pada gentian optik

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 22).
E5122/U1/77
SISTEM KOMUNIKASI

5.3.2 Mod Kabel Gentian


Mod adalah merujuk kepada bilangan saluran bagi pancaran cahaya yang terdapat pada
sesuatu gentian optik. Terdapat 2 kelasifikasi mod iaitu Mod Tunggal (single mode) dan
Mod Pelbagai (multimode). Dalam mod tunggal, sinaran cahaya hanya mengikut satu
laluan tunggal untuk melalui pada teras gentian manakala bagi mod pelbagai pula,
sinaran cahaya dapat melalui beberapa laluan di dalam teras gentian optik. Setiap jenis
kabel gentian optik dapat dibezakan dengan kadar indeks dan mod. Terdapat 3 jenis kabel
gentian optik yang biasa digunakan iaitu Indeks Langkah Pelbagai-Mod (Multimode
Step Index), Indeks Gred Pelbagai-Mod (Multimode Graded Index) dan Mod Tunggal
(Single Mode).

(i) Indeks Langkah Pelbagai-Mod (Multimode Step Index)

Indeks Langkah Pelbagai-Mod merupakan jenis gentian optik yang


mempunyai satu teras berdiameter daripada 50 µ m hingga 100
µ m. Saiz diameter yang besar ini menjadi pendorong kepada
penumpuan cahaya dan memancarkannya dengan berkesan. Ini
bermakna punca cahaya yang murah seperti LED boleh digunakan
untuk menghasilkan denyut-denyut cahaya. Cahaya boleh bergerak
dalam teras dengan melalui beribu-ribu laluan, seperti di Rajah 5.8.

Dispersion
Jaket
Pelindung

Teras

C
Punca A
Cahaya
B

Salutan

Rajah 5.8 Laluan cahaya dalam Indeks Langkah Pelbagai-Mod

Perhatikan Rajah 5.8, apa yang anda


nampak
E5122/U1/78
SISTEM KOMUNIKASI

Anda dapat lihat bahawa sinaran cahaya bergerak dalam bentuk


zigzag. Disebabkan cahaya bergerak dalam laluan yang pelbagai
maka setiap laluan mempunyai jarak yang berbeza. Ini jelas dilihat
pada, cahaya A, B dan C. Dalam jenis gentian optik ini, pelbagai
maklumat dapat dihantar dalam bentuk cahaya pada masa yag
sama tetapi denyut-denyut cahaya tersebut akan sampai ke
penghujung kabel pada masa yang berlainan bagi setiap laluan.
Dari Rajah 5.8, Cahaya A akan sampai ke penghujung gentian
dahulu, diikuti oleh cahaya B dan C. Keadaan ini dinamakan
Modal Dispersion, dimana denyut yang sampai ke penghujung
gentian mempunyai amplitud yang rendah. Ini disebabkan oleh
pelemahan (attenuation) di sepanjang talian gentian dan kenaikkan
dalam tempoh, akibat daripada denyut cahaya yang sampai pada
masa yang berlainan. Oleh yang demikian, kabel gentian ini hanya
sesuai digunakan untuk jarak dekat dan sederhana.

(ii) Indeks Gred Pelbagai-Mod (Multimode Graded Index)

Gentian Indeks Gred Pelbagai-Mod mempunyai banyak mod, atau


laluan bagi penghantaran denyut cahaya melalui kabel gentian.
Rajah 5.9 menunjukan pergerakan cahaya di dalam kabel gentian
ini. Gentian ini mempunyai indeks pembiasan yang berubah-ubah
secara berterusan di sepanjang teras maka, sinaran cahaya dengan
perlahan-lahan akan naik membengkok dan menurun semula
hingga menumpu di suatu titik, proses ini akan berulang di
sepanjang kabel gentian. Cahaya yang berada di pinggir teras akan
mengambil laluan yang lebih jauh tetapi bergerak dengan kelajuan
yang lebih tinggi. Ini disebabkan oleh indeks pembiasan pada
pinggir teras adalah rendah. Kesemua mod atau laluan cahaya cuba
untuk sampai ke satu titik secara serentak. Ini akan menyebabkan
kurangnya berlaku modal dispersion. Oleh sebab itu, gentian ini
boleh digunakan pada kadar denyutan yang sangat tinggi maka,
lebih banyak maklumat boleh dihantar. Gentian in berdiameter
teras antara 50 -85 µ m.
E5122/U1/79
SISTEM KOMUNIKASI

Salutan

Teras

Pergerakan
cahaya

Rajah 5.9 Laluan cahaya dalam Indeks Gred Pelbagai-Mod

(iii) Mod Tunggal (Single-Mode)

Mod Tunggal ialah satu gentian kaca tunggal yang mempunyai


hanya satu mod untuk pancaran cahaya dengan diameter teras dari
7 - 10 µ m. Cahaya hanya bergerak melalui laluan tengah teras,
seperti di Rajah 5.10. Gentian ini mengalami pembiasan yang
kecil. Denyut keluaran mempunyai tempoh yanng sama dengan
denyut masukan. Jadi, kadar ulangan denyut tersebut boleh
ditinggikan. Hasilnya, lebih banyak maklumat dapat dibawa pada
jarak yang lebih jauh.

Salutan

Teras

Pergerakan
cahaya

Rajah 5.10 Laluan cahaya dalam Mod Tunggal

5.4 Perbandingan Antara Ketiga-Tiga Mod


E5122/U1/80
SISTEM KOMUNIKASI

Inginkah anda tahu


perbezaan ketiga-tiga
mod tersebut?
Sila rujuk Jadual 5.2
dan telitikanya

Pelbagai-Mod

Indeks
Ciri-Ciri Mod Tunggal
Lan
Indeks Gred
gka
h
Saiz teras 50 - 100 µ m 50 -85 µ m 7 - 10 µ m
Sudut pantulan lebih kurang sama seperti
Lebih tajam. linear dan kurang pemantulan
cahaya bentuk gelombang.
Kecil (15 MHz/km – 500 MHz/km – 1500 Luas dan lebar sehingga
Lebar jalur
50 MHz/km.) MHz/km. beberapa ribu MHz/km.
Jarak jarak jauh ( lebihkurang 500
Jarak dekat dan sederhana (lebihkurang 50 km)
Penghantaran km)
Penghantaran
300 M bit per saat 1 G bit per saat
isyarat
Panjang
850 nm dan 1300 nm. 1300 nm dan 1550 nm.
gelombang (λ )
Menggunakan ultraviolet sebagai pembawa cahaya berkuasa tinggi seperti
Sumber cahaya maklumat, kerana ia berkemampuan membawa lebih cahaya laser untuk
banyak data. penghantaran jarak yang jauh.
Penyenggaraan
penyambungan adalah rumit,
Penyambungan kerana gentian yang halus
dan murah, serta mudah diperbaiki. serta memerlukan mikroskop
penyenggaraan untuk memudahkan
penglihatan semasa
menjalankan kerja.
Jarang digunakan, sesuai
Banyak digunakan untuk penghantaran jarak dekat
Aplikasi untuk kegunaan komersil
seperti bangunan, pejabat,LAN.
seperti Syarikat Telefoni.

Jadual 5.2 Perbandingan di antara mod gentian optic


E5122/U1/81
SISTEM KOMUNIKASI

Agak-agak macam
mana nak sambungkan
gentian optik, haa!!

Mesir

Australia
USA

5.5 Penyambungan Dan Penggandingan


Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan teknik penyambungan dan penggandingan.
Apabila kabel gentian yang panjang diperlukan, dua atau lebih gentian perlu disambungkan.
Proses penyambungan ini didahului dengan teknik splicing, kemudian kedua-dua penghujung
gentian dicantumkan sejajar dihujung gentian dan dilakurkan (fusion) dengan menggunakan
kepanasan. Terdapat pelbagai jenis penyambung yang boleh digunakan bagi memudahkan proses
splicing dan seterusnya, mencantumkannya kepada gentian lain, pemancar, penerima dan
pengulang (repeaters)

Terdapat pelbagai jenis penyambungan yang digunakan bagi kegunaan yang berlainan tetapi yang
biasa digunakan ialah

i. Sejajaran lurah V (V grove allignment)


- Empat rod bulat mengelilingi gentian membentuk empat lurah dan empat titik sentuhan
untuk memegang gentian agar tetap di kedudukannya, rujuk Rajah 5.11.

ii. Pengisian menggunakan bahan-bahan anjal mengelilingi gentian, rujuk Rajah 5.12.
Melalui rajah tersebut, kita dapat melihat gentian berada di antara logam anjal. Logam ini
terletak di dalam taper bush di kedua-dua hujung. Taper akan menekan logam anjal
supaya ia dapat masuk kedalam bushnya. Daya tekanan ini akan menyebabkan
penyambung bercantum sejajar pada satah yang sama.
E5122/U1/82
SISTEM KOMUNIKASI

Lengan

Pin penentu
kedudukan
Rajah 5.11 Sejajar lurah V

Logam anjal Gentian

Taper bushing
Logam anjal

Rajah 5.12 Pengisian


menggunakan logam anjal

Logam
dimampatkan
kedalam bush

Gambarajah 5.13 Jenis-jenis


penyambung

Dari Gambarajah 5.13, dapat dilihat beberapa jenis penyambung dan pengganding yang sering
digunakan dalam gentian optik, antaranya Penyambung SMA, SC, ST dan FC.
E5122/U1/83
SISTEM KOMUNIKASI

(i) Penyambung SMA, merupakan penyambung yang digunakan pada


peringkat awal, bermulanya era gentian optik. Kini, ianya kurang
popular.

(ii) Penyambung SC (Snap-in Single-Fibre Connectors), digunakan


untuk penyambungan gentian optik Mod Tunggal. Kosnya murah,
berkualiti sederhana dan mempunyai daya ketahanan yang baik. Ia
memberikan kedudukan yang tepat dengan pemegang logam
(ferrule), Rajah 5.14 (a) menunjukan contoh penyambung SC dan
Gambarajah 5.15 (d) menunjukan pengganding SC.

(a) Penyambung SC (b) Penyambung ST (c) Penyambung FC/PC

Rajah 5.14 Contoh-contoh penganding gentian optik

(iii) Penyambung dan pengganding ST (Twist on Single) seperti di Rajah 5.14 (b)
dan Gambarajah 5.15 (a) dan (b), menyerupai pengganding BNC (Banana Jack
Connector). Ia digunakan pada gentian optik Mod Tunggal dan Mod-Pelbagai.
Pengganding ini menggunakan spring dan kekunci untuk disambungkan dengan
baik.

(iv) Pengganding FC (Fiber Connector) seperti di Gambarajah 5.16, juga dikenali


sebagai pengganding PC. Binaan asas bagi penyambung ini hampir sama dengan
ST tetapi tidak mempuyai kekunci. Malah digantikan dengan bebenang skru.
Pengganding FC digunakan pada Mod Tunggal sahaja.
E5122/U1/84
SISTEM KOMUNIKASI

(a) Penyambung SC (b) Pengganding FC

(c) Pengganding terus (d) Pengganding Double- SC

Gambarajah 5.15 Penyambung dan Pengganding gentian optik


E5122/U1/85
SISTEM KOMUNIKASI

Untuk memantapkan pemahaman anda sila


AKTIVITI 5.C
jawap soalan berikut.

1. Indeks pembiasan adalah tinggi di bahagian


(a). teras
salutan
2. Nyatakan tiga jenis kabel gentian optik.
3. Pemanjangan denyut cahaya dipanggil _____________
4. Senaraikan dua jenis gentian di mana wujudnya
pemanjangan denyut cahaya.
5. Denyut berfrekuensi tinggi boleh dihantar melalui kabel
gentian optik bermod _____________________.
6. Teras Mod Tunggal mempunyai julat diameter
100 – 1000 mikrometer
50 - 100 mikrometer
2 – 15 mikrometer
Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di
bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 22).
E5122/U1/86
SISTEM KOMUNIKASI

PENILAIAN
KENDIRI
Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.

1. Berikan empat perbezaan antara gentian optik dan kabel logam.


2. Lukiskan gambarajah blok bagi sistem gentian optik dan terangkan fungsi blok
tersebut.
3. Terangkan cara pergerakan cahaya bagi kabel gentian optik dalam Indeks
Langkah Pelbagai-Mod.
4. Nyatakan perbezaan bagi ketiga-tiga mod gentian optik dari aspek panjang
gelombang dan lebar jalur.
5. Bagaimanakah penghujung gentian optik dan penyambung (connector)
dapat disambungkan ?

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


mukasurat akhir bagi unit ini (mukasurat 23).
E5122/U1/87
SISTEM KOMUNIKASI

RESPON Sila semak jawpan anda dengan jawapan


5.A dibawah.

kaca, plastik
lebar jalur yang luas
Salah
Betul
LED, Laser

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


5.B dibawah.

1. digital
2. fotosel atau pengesan cahaya
3. indeks langkah, indeks pelbagai

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


5.C dibawah.

1. (a)
2. Indeks Langkah Pelbagai-Mod, Indeks Gred Pelbagai-Mod, Mod Tunggal.
3. Modal dispersion
4. Indeks Langkah Pelbagai-Mod, Indeks Gred Pelbagai-Mod
5. Mod Tunggal
6. (c)
E5122/U1/88
SISTEM KOMUNIKASI

RESPON
Semak jawapan anda.
KENDIRI

1. Rujuk Jadual 5.1


2. Rujuk nota 5.3. Gambarajah Blok Sistem Gentian Optik dan
Kendalian
3. Rujuk nota 5.4.2.1. Indeks Langkah Pelbagai-Mod
4.
PerbezaanIndeks LangkahIndeks GredMod TunggalLebar jalur15 MHz/km – 50
MHz/km.500 MHz/km – 1500 MHz/km.Luas dan lebar sehingga beberapa ribu
MHz/km.Panjang gelombang (λ )850 nm dan 1300 nm.1300 nm dan 1550 nm.

5. Proses penyambungan ini didahului dengan teknik splicing,


kemudian kedua-dua penghujung gentian dicantumkan sejajar
dihujung gentian dan dilakurkan (fusion) dengan menggunakan
kepanasan.
E5122/U1/89
SISTEM KOMUNIKASI

GENTIAN OPTIK
E5122/U1/90
SISTEM KOMUNIKASI

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui dan memahami kaedah splicing dan kehilangan dalam gentian optik
- Mengaplikasikan prinsip jarak, kehilangan dan kuasa yang diterima dalam gentian optik

Objektif Khusus :

• Menyatakan jenis-jenis splicing : Fusion Splicing dan Mechanical Splicing.


• Menerangkan kaedah-kaedah splicing Fusion Splicing dan Mechanical Splicing.
• Menerangkan jenis-jenis kehilangan dalam gentian optik : kabel, penyambung,
pengganding, splicing dan bahan.
• Mengira jarak, kehilangan dan kuasa yang diterima dalam gentian optik
E5122/U1/91
SISTEM KOMUNIKASI

Aduh!!! Panasnya arka elektrik ini…

6.0 Pengenalan
Seperti yang telah anda ketahui, gentian optik merupakan talian berdiameter kecil dan mudah
lentur. Sekiranya, talian tersebut putus atau ingin disambungkan supaya ia menjadi lebih panjang
maka satu proses yang dikenali sebagai splicing diperlukan. Adakah anda ingin tahu, apa yang
dikatakan dengan splicing dan jenis-jenisnya ? Sila teruskan pembacaan anda bagi unit ini.

6.1 Proses Splicing

Kita mengetahui bahawa, setiap talian yang panjang memerlukan proses


penyambungan di antara kedua-dua penghujung talian. Oleh yang demikian,
dalam gentian optik proses splicing digunakan untuk menyambung kedua-dua
penghujung gentian optik. Kaedah splicing ini dapat mengurangkan kadar
kehilangan maklumat dalam talian serta dapat memperbaiki kecekapan sistem
gentian tersebut, dan ia hanya sesuai dilakukan di tempat-tempat yang tidak perlu
pengubahsuaian talian.

Untuk makluman anda, kaedah splicing ini terbahagi kepada dua jenis iaitu
Fusion Splicing dan Mechanical Splicing. Tujuan kedua-dua kaedah ini adalah
untuk mengoptimumkan proses splicing dari segi penyambungan kedua-dua
penghujungan gentian (contoh; mengurangkan kadar kehilangan “insertion”).
Lazimnya, kadar kehilangan splicing insertion bagi gentian Mod-Pelbagai adalah
E5122/U1/92
SISTEM KOMUNIKASI

0.1 dB hingga 0.2 dB dan julat kehilangan ini amat minimum berbanding dengan
penyambungan menggunakan penyambung (connectors).

6.1.1 Kaedah Fusion Splicing

Aduiiiiii, panasnya arka elektrik


ini, kena kat badan saya.

Kaedah ini dicapai melalui proses peleburan di permukaan gentian optik


dengan menggunakan haba yang tinggi, contohnya; penggunaan percikkan
elektrik, di mana kedua-dua permukaan dileburkan agar ia menjadi lembut
dan seterusnya, disambungkan secara sejajar. Oleh kerana, bahagian teras
dalam gentian optik sahaja yang perlu disambungkan maka permukaan
luar seperti penebat, pelapis atau pelindung boleh dibuang. Ini bertujuan
untuk memperolehi pelarasan serta kedudukkan yang betul bagi kedua-dua
penghujung gentian.

Rajah 6.1 (a) menunjukan kedudukan gentian optik dalam lurah


pembolehubah dan tetap. Kedua-dua penghujung gentian ditetapkan
kedudukan yang sejajar melalui pembolehubah-mikro. Setelah dirapatkan
dan dibetulkan kedudukan maka berlakulah proses pencatuman melalui
arka elektrik. Manakala, Rajah 6.1 (b) memaparkan proses pengarkaan
berperingkat seperti:

1. Peringkat permulaan
Gentian diletakkan secara lurus dan selari.

2. Peringkat penyusunan permukaan gentian


Elektrod yang berada bertentangan dengan gentian akan
mengeluarkan arka bertenaga rendah. Ini bertujuan untuk
menyediakan satu permukaan yang sama rata pada kedua-
dua penghujung dan meleburkan bahagian cladding dan
penebat.
3. Peringkat pencantuman
Dengan hanya adanya bahagian teras gentian sahaja maka
proses pencantuman akan dilakukan di mana, suatu arka
bertenaga tinggi akan dibekalkan disekeliling gentian. Ini
E5122/U1/93
SISTEM KOMUNIKASI

bertujuan untuk meleburkan permukaan teras gentian dan


seterusnya, dicantumkan.

4. Peringkat akhir
Setelah dicantum maka ia dibiarkan sejuk untuk seketika.
Pada ketika ini, elektrod tidak akan mengeluarkan sebarang
arka. Kini dapat dilihat proses pencantuman yang sejajar
selesai.

Elektrod
Blok bergerak
Blok Tetap
Gentian

Lurah pembolehubah
gentian

Lengan henti
Lengan
Penolak

Pembolehubah
mikro

(a) Spring

Elektrod Elektrod
1) Permulaan 3) Pencantuman
gentian gentian
Pecikan Elektrik

2) Penyusunan
permukaan gentian 4) Lengkap Proses Elektrod
Splicing
gentia
Rajah 6.1 nFusion splicing menggunakan arka elektrik
gentian
Pecikan
(a) Peralatan fusion splicing, (b) ilustrasi skematik bagi teknik splicing.
6.1.2 Kaedah Elektrik
Mechanical Splicing
(b)

Pada pandangan anda, apakah yang terlintas dalam


pemikiran jika disebutkan mengenai Mechanical
Splicing?

Untuk penerangan yang lebih lanjut mari kita lihat


sama-sama 厖�
E5122/U1/94
SISTEM KOMUNIKASI

Jika anda telitikan dengan jelas, kita akan mendapati kaedah ini lebih mudah daripada
fusion splicing dan merupakan satu teknik penyambungan kedua-dua hujung gentian
optik yang akan disusun dalam satu garis lurus dan, celah di antara gentian optik tersebut
akan diisi dengan epoksi atau lebih dikenali dengan‘epoxy resin’. Kaedahnya adalah
dengan menggunakan tuib kapilari di mana, hujung gentian optik akan dimasukkan ke
dalam tiub kapilari dan sedikit epoksi akan diletakkan ke salah satu hujung gentian optik
sebelum ia dimasukkan ke dalam tuib. Kaedah ini juga boleh dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu :

i. Splicing tiub kapilari yang diketatkan


Rajah 6.2 (a) menunjukan penggunaan tiub kapilari jenis bulat dan
mempunyai saiz diameter dalaman tiub tersebut yang sedikit lebih
besar daripada saiz diameter gentian optik. Ini bertujuan untuk
memudahkan penyuntikkan epoksi jenis lutsinar iaitu epoxy resin, di
antara gentian optik dan tiub kapilari. Epoksi ini akan mengukuhkan
pelekatan di antara gentian tersebut secara mekanikal. Teknik ini
mempunyai kadar kehilangan sisipan yang rendah sehingga 0.1 dB bagi
gentian optik multimod gred indeks dan juga mod tunggal.

ii. Splicing tiub kapilari longgar


Kaedah ini menggunakan tiub kapilari jenis segiempat serta saiz
diameter kapilari yang lebih besar, untuk memudahkan proses
cantuman gentian optik.
Pada peringkat permulaan epoksi akan dimasukan dalam kapilari dan
seterusnya, diikuti dengan gentian optik. Manakala, penghujung
gentian yang satu lagi akan diletakkan ke dalam kapilari tersebut dan
ditolak ke dalam sehingga ia bertemu dengan penghujung gentian yang
sediada. Pada ketika ini, kedua-dua penghujung gentian tersebut akan
berada di penjuru kapilari, ini dapat dilihat dalam Rajah 6.2 (b).

Kapilari kaca atau seramik Kertan rentas kapilari

Gentian optik

Keratan rentas
Gentian optik

(a) (b)
E5122/U1/95
SISTEM KOMUNIKASI

Rajah 6.2 Teknik splicing bertiub, (a) Splicing tiub diketatkan, (b) Splicing tiub longgar dengan
menggunakan kapilari segiempat

Selain daripada, kaedah splicing tiub diketatkan dan splicing tiub longgar, juga terdapat
teknik penggunaan splicing lurah-V di mana, kedua-dua penghujung gentian
dimampatkan. Rajah 6.3 (a) menunujukan penggunaan lurah-V dalam proses
pencantuman gentian optik secara mekanikal. Teknik ini dibuat agar ia dapat
dicantumkan untuk selama-lama dengan menggunakan epoksi resin.

Dalam teknik splicing ini (Rajah 6.3), kedua-dua penghujung gentian akan diletakkan
dibawah lurah-V dan seterusnya, dimampatkan dengan menggunakan plat kaca yang
mempunyai permukaan yang rata. Setelah proses pemampatan selesai, maka wujudlah
satu gentian yang panjang. Selain daripada teknik lurah-V, juga terdapat pelbagi teknik
splicing mechanical seperti elastomeric splicing, springroove splicing, splicing
menggunakan kapilari kaca bagi mod perlbagai., splicing berputar untuk mod tunggal dan
lain-lain.

Epoksi

Plat kaca rata

Penghujung
Lurah substrak gentian

(a)

Substrak kaca
lurah-V
Sambungan penghujung
gentian

(b)
E5122/U1/96
SISTEM KOMUNIKASI

Rajah 6.3 Splicing menggunakan lurah-V

Untuk memantapkan pemahaman anda sila


AKTIVITI 6.A
jawap soalan berikut.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses splicing?


Nyatakan kelebihan menggunakan teknik splicing.
Berapakah kadar kehilangan sisipan gentian bagi teknik penyambungan
menggunakan splicing tiub kapilari ketat?
Dalam prosos pencantuman kedua-dua penghujung gentian dengan
menggunakan kaedah splicing mekanikal, anda memerlukan sejenis pelekat
yang dikenali ………………………..

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 19).
E5122/U1/97
SISTEM KOMUNIKASI

6.2 Kehilangan Dalam Gentian Optik


Seperti yang kita sedia maklum, semasa penghantaran maklumat melalui sebarang talian
penghantaran akan berlaku kehilangan isyarat. Kehilangan isyarat ini boleh disebabkan oleh
beberapa faktor dalaman dan luaran. Keadaan ini juga berlaku kepada talian gentian optik tetapi
kadar kehilangan isyarat bagi gentian optik adalah rendah. Untuk pengetahuan anda, terdapat
beberapa jenis kehilangan dalam gentian optik antaranya ialah kehilangan dalam kabel,
penyambung, penganding, splicing dan bahan yang digunakan. Anda ingin mengetahui setiap
satunya, sila tumpukan perhatian anda dalam input yang seterusnya.

6.2.1 Kehilangan Dalam Kabel


Kehilangan dalam gentian dikenali sebagai kehilangan instrinsik Kehilangan instrinsik
ini disebabkan oleh faktor dalaman kabel itu sendiri. Antara kehilangan di dalam kabel
adalah disebabkan oleh ialah :

(a) Kesilapan penumpuan bagi teras


 Dengan merujuk kepada Rajah 6.4 (a), apabila paksi teras dan gentian
tidak sejajar, ia menyebabkan berlaku kehilangan isyarat.
 Ini kerana teras tidak berada di tengah gentian.
 Masalah ini ialah masalah untuk gentian mod pelbagai dan mod tunggal

(b) Bentuk teras kelihatan elips


 Walaupun gentian yang dihasilkan adalah selalunya tetap, namun
begitu, sering terjadi ‘ellipticity’ iaitu penghasilan teras yang berbentuk
elips.
 Apabila gentian dipotong dan disambung kembali kepada orientasi
teras, selalunya teras tetap tidak akan sepadan. Sedikit sinaran atau cahaya
akan hilang
 Sila rujuk Rajah 6.4 (b)
E5122/U1/98
SISTEM KOMUNIKASI

(a) Kesilapan penumpuan bagi teras (b) Bentuk teras kelihatan elips

(c) Diameter teras yang tidak sama (d) Diameter pelindung (cladding) yang tidak
sama

Rajah 6.4 Jenis-jenis kehilangan dalam kabel gentian

(c) Diameter teras yang tidak sama


 Merujuk kepada Rajah 6.4 (c), kita dapat melihat diameter teras yang
berbeza, ini akan menyebabkan kehilangan sinaran
 Tetapi jika berlaku keadaan di mana, sinaran bergerak dari teras
berdiameter kecil ke teras berdiameter besar maka tiada kehilangan yang
akan berlaku.
 Teras yang berbeza diameter selalu digunakan unutk menghantar
sinaran sahaja. Contohnya, teras gentian 62.5µ m disambungkan kepada
teras gentian 50µ m, kerana kebanyakan peralatan komunikasi data
menggunakan gentian MM 62.5 micron.

(d) Diameter pelindung yang tidak sama


E5122/U1/99
SISTEM KOMUNIKASI

 Rajah 6.4 (d) menunjukan penurapan pelindung (cladding) tidak


seimbang. Ini akan menyebabkan saiz diameter pelindung yang berbeza di
antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Akibatnya, berlakulah ketidak
sejajaran pada teras.

6.2.2 Kehilangan Dalam Splicing


Kehilangan ini disebabkan oleh proses penyambungan di antara dua
gentian. Ianya boleh dibahagikan kepada lima jenis kehilangan iaitu
(Rajah 6.5):
a) Ketidaksejajaran longitud (Longitudinal misallignment)
Kehilangan ini juga dikenali sebagai pemisahan hujung permukaan dan,
mempunyai dua kesan kehilangan iaitu:

i. Kehilangan kuasa isyarat yang disebabkan oleh sinaran dari


permukaan yang terkeluar dan tersebar ke luar (bergantung kepada
jumlah penyebaran)
ii. Penyebaran hujung permukaan ini akan menjadikan keadaan
Fabry-Perot interferometer yang bergantung kepada panjang
gelombang dan jarak sebenar untuk hujung permukaan.

b) Ketidaksejajaran mendatar (Lateral misallignment)


Kehilangan ini adalah disebabkan oleh dua penghujug gentian yang tidak
disambungkan dengan betul atau sejajar semasa proses splicing dilakukan.

c) Hujung gentian yang tidak dipotong secara lurus (Fiber end not cut square)
Apabila salah satu hujung gentian tidak dipotong secara lurus, ini menyebabkan
kedua-dua gentian tidak dapat disambung walaupun berada pada jarak yang
paling dekat.

d d) Ketidaksejajaran sudut (angular misallignment)


Apabila kedua-dua penghujung gentian optik tidak disambungkan secara tepat
atau mendatar maka akan wujudlah satu sudut bukaan di antara kedua-dua
gentian optik tersebut. Ini akan menyebabkan kehilangan sinaran cahaya dari
satu gentian ke gentian yang lain.

e) Hujung gentian yang tidak rata (Fibre end irregular or rough)


Apabila, hujung gentian tidak rata, maka ia akan menyebabkan kedua-dua
hujung gentian tidak dapat didekatkan dan seterusnya, menyebabkan kehilangan
sinaran cahaya.

(a)
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI 0

(b)

(c)

(d)

(e)

Rajah 6.5 Kehilangan dalam splicing

6.2.3 Kehilangan Disebabkan oleh Penyambung


Penggunaan penyambung bagi satu gentian optik selalunya menyebabkan lebihan
kehilangan yang dikenali sebagai kehilangan sisipan (insertion loss). Punca utama
berlakunya kehilangan ini adalah disebabkan oleh kesilapan dalam penjajarannnya,
permukaan gentian optik yang tidak elok atau kesilapan dalam memilih alat
penyambungan.

6.2.3.1 Kehilangan Disebabkan Oleh Crimping


Punca kehilangan ini adalah disebabkan oleh pencacatan dalam
geometri teras itu sendiri. Renyukkan pada gentian akan menyebabkan
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI 1

sinaran terlepas dari pelindung (cladding) . Kewujudan kehilangan ini


pada amnya mempunyai hubungan dengan penggunaan peralatan
‘crimping’ yang tidak sesuai.

Pemegang
Pelindung Penyambung

Pelindung
optik

Bahagian yang tidak rata


disebabkan oleh kesan himpitan
Teras
dari penyambung

Rajah 6.6 Kesan penyambungan pada gentian optik

6.2.3.2 Kehilangan Disebabkan Oleh Jarak


Sinaran dari pemancar gentian akan terpancar dalam bentuk kon yang
mana separuh sudut dari puncak adalah bersamaan dengan θ max. Oleh
kerana itu penerimaan sinaran yang lebih baik di penerima akan
diperolehi apabila jarak perpisahan di antara dua gentian, d, adalah
kecil. Dengan menganggap bahawa terdapat penyebaran kuasa yang
sekata di dalam gentian, kehilangan kuasa tersebut boleh ditentukan
dengan membandingkan di antara bahagian penerimaan masukan di
bahagian penerima gentian, bahagian teras dan kawasan yang
menerima cahaya dari pemancar gentian. Kehilangan di tentukan dalam
unit dB berdasarkan formula yang berikut:-

[6.1]
η jarak
= - 10 log 10 1 + 2d tan θ max
²
D

Di mana D adalah diameter teras fiber dan d pula adalah jarak.


Kehilangan adalah berkadaran dengan jarak sekiranya jarak adalah
kecil (d < D/6).
Bagi keadaan dimana diameter teras gentian optik adalah 1mm dan
Numerical Appreture adalah 0.5, keputusan berikut akan diperolehi :-
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI 2

Untuk d = 100µ η dist = - 0.94 dB


Untuk d = 10µ m η dist = - 0.09 dB

Sinaran yang
θ terlepas
max

Teras optik yang Teras optik yang Sinaran


memancar d D terjodoh
memerima

D + d tan θ max
2

Rajah 6.7 Pemisahan secara mendatar

6.2.4 Kehilangan Disebabkan Bahan

Kewujudan bahan asing dipermukaan teras gentian optik akan menyebabkan


kehilangan yang disebabakan oleh penyerapan dan penyerakan cahaya. Oleh itu
adalah perlu untuk memastikan permukaan ini bersih. Faktor yang menyebabkan
rosotan kuasa optik dalam gentian optik ialah:
a) Serapan Intrinsik
- Serapan yang disebabkan oleh bahan yang digunakan umtuk membuat
gentian seperti silikon oksida (SiO2)
- Penyerapan sebahagian daripada tenaga cahaya oleh molekul-molekul
kaca.

b) Serapan Ekstrinsik
- Serapan yang disebabkan oleh bahan–bahan asing yang tidak
diperlukan semasa membuat bahan gentian optik. Tetapi wujud dalam gentian
optik di mana bahan-bahan ini adalah susah untuk dikeluarkan

6.2.5 Kehilangan Isyarat


Salah satu perkara yang penting dalam sisitem perhubungan data adalah
mengesan ralat bagi isyarat yang telah dihantar. Dalam gentian optik juga terdapat
ralat atau lebih dikenali sebagai kehilangan. Walaubagaimanapun gentian optik
mempunyai keupayaan yang tinggi bagi penghantaran maklumat jarak jauh
dengan kadar ralat yang kecil.
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI 3

Contoh 6.1
Diberi kabel gentian optik jenis mod tunggal, di mana kehilangan pada gentian optik sahaja adalah
1.5dB/km. Manakala, kehilangan pada penyambungan pula bernilai 0.5dB dan pada peranti penyambung
(patch cord) pula mempunyai nilai kehilangan yang normal sebanyak 0.5 dB. Dapatkan jumlah kehilangan
sekirannya panjang gentian optik sepanjang 10km dan menggunakan dua patch cord?

Penyelesaian

Kehilangan pada gentian : 10 km x 1.5 dB = 15 dB

Kehilangan pada patch cord : 2unit x 0.5 dB = 1 dB

Kehilangan pada splicing : 2 unit splicing x 0.5 dB= 1 dB

Maka jumlah keseluruhan : 15 dB + 1dB + 1 dB = 17 dB

Contoh 6.2

Penyambungan kabel gentian optik pada jarak 15km mempunyai kehilangan sebanyak 0.5dB/km. Setelah
diperiksa dengan menggunakan meter kuasa, didapati jumlah keluaran adalah 20W manakala, kuasa
masukan adalah separuh daripada kuasa keluaran. Kirakan jumlah kuasa yang hilang dalam gentian?

Penyelesaian

Kehilangan kabel : 15km x 0.5 db = 7.5 dB

Kuasa keluaran : Po = 20W


Kuasa masukan : Pi = ½ x Po = 10W

Maka :

dB = 10 log Po/Pi

dB = 10 log 20W/10W
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI 4

dB = 10 log 2

dB = 3.01 dB

Jumlah kehilangan = (3.01 + 7.5) dB


= 10.6 dB

Contoh 6.3

Satu gentian optik telah di pasang dengan menggunakan kaedah hujung ke hujung (end to end). Gentian
tersebut mempunyai kehilangan sebanyak 8.1 dB dan dan patch cord berkehilangan sebanyak 0.5dB maka
dapatkan jumlah kehilangan talian tersebut?

Penyelesaian

Dengan kaedah pengiraan “hujung ke hujung”,

Kehilangan = Kehilangan dalam gentian - Kehilangan patch


= 8.1 dB + 0.5 dB
= 8.6 dB

Untuk memantapkan pemahaman anda sila


AKTIVITI 6.B
jawap soalan berikut.

Kehilangan dalam gentian optik yang disebabkan oleh faktor talian tersendiri
dikenali sebagai ………………………..

Suatu talian gentian optik dipasang dengan kaedah suapbalik sepanjang 10km
dan diketahui bahawa kehilangan pada patch cord adalah sebanyak 0.5dB
manakala, kehilangan suapbalik bernilai separuh daripada kehilanagn patch
cord. Kirakan nilai kehilangan yang disebabkan oleh peranti perantaraan
dalam sistem tersebut jika gentian tersebut mempunyai kehilangan 1.5
dB/km.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 19).
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI 5

PENILAIAN
KENDIRI
Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.

Berikan dua jenis splicing yang terdapat dalam sistem gentian optik?
Terangkan kaedah mekanikal splicing yang menggunakan tiub kapilari ketat.
Apakah yang di maksudkan dengan kehilangan sisipan?

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di mukasurat 20
unit ini.

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


6.A dibawah.

untuk menyambung kedua-dua penghujung gentian optik


dapat mengurangkan kadar kehilangan dan memperbaiki kecekapan gentian.
0.1 dB
epoksi resin
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI 6

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


6.B dibawah.

Instrinsik
Kehilangan kabel = 10km x 1.5dB/km
= 15dB

Kehilangan patch back = 0.5 dB


Kehilangan suapbaliak = 0.5/2 dB

Kehilangan disebabkan oleh peranti perantaraan


= 15dB – 0.5 dB – 0.5 dB /2
= 14.25 dB.

RESPON
Semak jawapan anda.
KENDIRI

Fusion spicing dan Mechanical splicing


Rujuk Rajah 6.2 (a), ia menunjukan penggunaan tiub kapilari jenis bulat dan
mempunyai saiz diameter dalaman tiub tersebut yang sedikit lebih besar
daripada saiz diameter gentian optik. Ini bertujuan untuk memudahkan
penyuntikkan epoksi jenis lutsinar iaitu epoxy resin, di antara gentian optik
dan tiub kapilari. Epoksi ini akan mengukuhkan pelekatan di antara gentian
tersebut secara mekanikal.
Penggunaan penyambung bagi satu gentian optik yang akan menyebabkan
lebihan kehilanganya
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI 7

SISTEM KOMUNIKASI
SATELIT
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI 8

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui dan memahami sistem komunikasi satelit angkasa dan satelit


bumi.

Objektif Khusus :

♦ Mengenali dan menakrifkan sistem komunikasi satelit


♦ Melukis gambarajah blok bagi satelit angkasa dan menerangkan fungsi
setiap blok
♦ Melukis gambarajah blok bagi satelit bumi dan menerangkan fungsi setiap
blok
♦ Menerangkan ‘transponder’ serta kegunaannya.
♦ Menerangkan kaedah pensaluran (channelization) bagi ‘transponder’.
♦ Mengenali jalur-jalur frekuensi dalam komunikasi satelit.
E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI 9

Siapa
kenal saya
…..

7.0.Pengenalan

Sistem komunikasi satelit merupakan satu bentuk komunikasi yang sangat penting
dan canggih kepada semua penduduk bumi. Perkembangan sistem komunikasi ini
dapat dilihat hari ini dengan terdapat banyak antena-antena atau parabola yang
dipasangkan pada rumah-rumah kediaman untuk tujuan penerimaan isyarat
televisyen satelit.

Di samping berkebolehan membawa banyak saluran telefon dan saluran


televisyen, sistem komunikasi satelit juga menawarkan beberapa ciri penting yang
tidak terdapat pada sistem-sistem komukikasi yang lain. Antaranya ialah
pertambahan keluasan kawasan yang liputan. Oleh kerana sistem komunikasi
satelit dapat merangkumi kawasan yang sangat luas, maka ia boleh membentuk
satu rangkaian bintang yang menyambungkan ramai pengguna secara serentak
walaupun dipisahkan secara geografi.

Oleh kerana kos pada peringkat permulaan adalah sangat tinggi, maka sistem ini
lebih ekonomi jika digunakan untuk jangka masa yang lama. Secara
keseluruhannya, sistem komunikasi satelit adalah lebih fleksible berbanding
sistem-sistem komunikasi yang lain.

Satelit adalah satu objek fizikal yang bergerak mengelilingi bumi. Satelit terjadi
samada secara semulajadi atau secara buatan manusia. Contohnya, bumi dan
planet lain adalah satelit yang mengelilingi matahari. Manakala bulan pula adalah
satelit kepada bumi. Satelit buatan manusia yang dilancarkan ke angkasa lepas
mempunyai banyak kegunaan, dan yang paling penting adalah untuk tujuan
komunikasi.

Kebolehan satelit mengelilingi bumi pada orbitnya adalah kerana daya pecutan
bagi satelit yang seimbang dengan daya tarikan graviti bumi. Lebih dekat
kedudukan suatu satelit dengan permukaan bumi, maka daya tarikan graviti bumi
E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI 0

adalah lebih kuat untuk menariknya ke bumi. Oleh itu, suatu satelit perlu
mempunyai kelajuan yang tinggi untuk mengekalkan kedudukan di orbit.

Secara praktikal, orbit yang paling rendah ialah 100 batu dari permukaan bumi.
Pada ketinggian ini, kelajuan satelit adalah pada anggaran 17,500 batu sejam
untuk membolehkan ia kekal pada orbit. Dengan kelajuan ini, satelit akan
mengelilingi bumi dalam masa 1 ½ jam.

Bagi tujuan komunikasi, kebiasaanya satelit perlu berada pada orbit yang lebih
tinggi iatu pada kedudukan 22,282 batu. Pada ketinggian ini, satelit perlu bergerak
pada kelajuan 6800 batu sejam untuk kekal pada orbit dan ia akan berputar
mengelilingi bumi dalam masa 24 jam iaitu sama dengan masa putaran bumi.
Di samping keseimbangan antara daya pecutan satelit dan daya tarikan graviti
bumi, satelit juga perlu dipastikan berada pada kedudukannya yang betul dari
masa ke semasa. Ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya adalah
daya tarikan dari matahari dan bulan. Begitu juga dengan daya tarikan graviti
bumi yang tidak sama pada semua permukaan. Oleh yang demikian, satelit perlu
dilaraskan pada masa-masa yang tertentu.

Kebanyakan satelit mempunyai roket kecil yang dipanggil ‘thruster jet’ yang
digunakan untuk memberi daya tolakan samada untuk meningkatkan kelajuan
ataupun sebaliknya bagi mengimbangi masalah hanyut. Semua arahan untuk
mengaktifkan mekanisma ini dilakukan dari pusat kawalan bumi. Proses ini
dikenali sebagai ‘station keeping’.

Selain daripada mengatasi masalah hanyut, satelit juga perlu dilaraskan pada
kedudukan yang tertentu supaya dapat memaksimakan keupayaannya. Pelarasan
ini dikenali sebagai ‘altitude control’ dan ia perlu dikawal supaya antena boleh
dihalakan ke bumi pada kedudukan yang betul. Ini adalah juga untuk memastikan
panel solar diarahkan kepada matahari supaya kuasa maksima dapat dihasilkan
serta distorkan dari masa ke semasa.

7.1. Prinsip Komunikasi Satelit

Charlie transponder
contact, Charlie
earth station, come
in pleaseee…
E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI 1

Untuk tujuan komunikasi, satelit ditakrifkan sebagai stesen komunikasi angkasa


yang berada pada orbit tertentu diatas permukaan bumi yang berkeupayaan untuk
menerima isyarat, menukarkan nilai frekuensi kepada nilai yang berbeza,
menguatkan dan seterusnya memancarkan semula isyarat gelombang radio
tersebut antara stesen-stesen di bumi.

Stesen pemancar di bumi akan menghantar isyarat ke satelit di angkasa pada


frekuensi up-link. Penerima di satelit akan menerima isyarat tersebut, menguatkan
dan menukarkannya kepada frekuensi down-link sebelum dipancarkan semula ke
stesen penerima di bumi. Kebiasannya frekuensi down-link adalah lebih rendah
daripada frekuesi up-link. Bagi sistem 4/6 GHz dan 12/14 GHz, 4 GHz dan 12
GHz adalah frekuensi-frekuensi down-link manakala 6 GHz dan 14 GHz pula
adalah frekuensi-frekuensi up-link. Rajah 7.1 dibawah menunjukkan konsep asas
bagi komunikasi satelit.

Transponder
komunikasi

Uplink 6GHz

Downlink 4GHz

Stesen Pemancar Stesen Penerima


E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI 2

Rajah 7.1 Penggunaan satelit sebagai media pemancar dan penerima

Panel Solar

Bekalan kuasa sub-sistem

Bateri & Pengatur : Pelindung Penukar DC/DC


Pengecas & Pensyaratan Pengubah DC/AC

Bekalan DC untuk Bekalan DC & AC untuk


semua sub-sistem semua sub-sistem khas

Sub-sistem komunikasi
Sub-sistem
Penerima Penukar Pemancar kawalan
frekuensi attitude

Transponder

Transponder lain

Sub-sistem
antena

Masukan Sub-sistem
Antena Telemeteri, Pemacu Daya
daripada
komunikasi Pengesan & sub- Gerakan
senser
pengkalan
sistem kawalan

AKM
Pengawal
Antena telemetri isyarat
kepada Jet
semua
sub-sistem
E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI 3

Rajah 7.2 Gambarajah blok asas bagi sistem komunikasi satelit

7.2. Satelit Angkasa

Ah, u tau tak Aaaaa!!!!


tv Astro kita Sejak bila
guna tuu……..
satelit……..

Secara lazimnya, sistem komunikasi satelit terdiri dari dua bahagian utama iaitu:
satelit angkasa dan stesen bumi. Satelit angkasa bertindak sebagai pengulang
radio atau stesen pengulang. Manakala, dua atau lebih stesen bumi boleh
berhubung antara satu sama lain melalui satelit. Satelit komunikasi beroperasi
dengan kuasa yang dibekalkan oleh sejumlah bateri yang telah dicaskan, yang
diperolehi daripada panel-panel solar.

a) Sub-sistem Komunikasi
Ia terdiri daripada beberapa buah transponder.yang menerima isyarat
daripada bumi. Sub-sistem komunikasi terdiri daripada:

i) Penerima – menerima isyarat asal (Up-link). Isyarat


yang biasa diterima adalah isyarat suara, video atau data
komputer.

ii) Penukar frekuensi – menukar frekuensi yang


diterima kepada frekuensi yang tertentu dengan
mencampurkan isyarat yang diterima tadi dengan isyarat
yang dihasilkan oleh osilator tempatan.

iii) Pemancar - isyarat yang ditukar tadi, dipancarkan


semula ke stesen bumi.
E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI 4

Biasanya bagi Jalur-C isyarat up-link ialah 6 GHz dan isyarat down-link
pula 4 GHz. Tujuan pertukaran frekuensi dibahagian penukar frekuensi
adalah untuk mengelakkkan daripada frekuensi yang dipancar sama
dengan frekuensi yang diterima, yang mana boleh menyebabkan
gangguan.
b) Sub-sistem Bekalan Kuasa

Bahagian ini berfungsi sebagai pembekal tenaga elektrik kepada sistem-


sistem dalam transponder, ianya terdiri daripada:

i) Panel Solar – menukarkan tenaga cahaya kepada


tenaga elektrik, seterusnya membekalkan tenaga elektrik
kepada bahagian Sub-sistem bekalan.

ii) Bateri dan Pengecas – merupakan sistem sokongan,


jika berlakunya bekalan kuasa terputus.

iii) Pengatur – membekalkan arus terus (dc) kepada


semua bahagian subsistem

iv) Penukar DC/AC & Penukar AC/DC –


membekalkan arus terus (dc) atau ulangalik (ac) kepada
sistem yang menggunakannnya.

c) Telemeteri, Pengesan dan Kawalan Sub-sistem

Bahagian ini membolehkan stesen di bumi mengawasi dan mengawal


peralatan dalaman yang terdapat di dalam satelit.

i) Telemeteri – digunakan untuk menghantar laporan


semasa, berkenaan satelit dari ruang angkasa ke stesen
bumi.

ii) Pengesan dan Kawalan Sub-sistem – membolehkan


stesen dibumi mengawal peralatan dan kendalian dari bumi.
Pengawalan ini dilakukan dengan menggunakan kod-kod
tertentu. Ia dikawal dengan menggunakan Aturcara
Kawalan Induk (Master Control Program) melalui
komputer.

d) Aplikasi Sub-sistem

Terdiri daripada beberapa komponen yang istimewa, membolehkan


sesebuah satelit itu menjalankan tugas-tugas tertentu. Contohnya satelit
E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI 5

komunikasi terdiri dari transponder yang digunakan untuk perhubungan.


Untuk meninjau keadaan suhu dan cuaca ia akan menggunakan senser
infra-merah.

7.3. Satelit Bumi

Inikah yang di
namakan satelit
bumi

a) Pengantaramuka
 Sebagai antaramuka yang menyambungkan komponen antara
stesen bumi dengan rangkaian “terrestrial” (daratan).

b) Pemprosesan Jalur Laluan


 Memproses isyarat baseband dan hantar isyarat ke pemodulat dan
menerima isyarat dari penyahmodulat.
 Mengabungkan semua saluran telefon lalu menghasilkan isyarat
berformat multipleks.

c) Pemodulat
 Isyarat multipleks dimodulat dengan gelombang pembawa untuk
menghasilkan frekuensi IF (Intermediate Frequency), biasanya 70
MHz.

d) Penukar Tinggi (Up converter)


 Isyarat modulat digubah (up-converted) untuk menghasilkan
frekuensi pembawa gelombang mikro yang diperlukan, (6 GHz
atau 14 GHz).
E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI 6

e) HPA, High Power Amplifier


 Selepas melalui penukar tinggi, isyarat pembawa akan dicampur
dan isyarat jalur-lebar (wideband) lalu akan dikuatkan.
 Isyarat kuasa jalur-labar diganding kepada antena melalui
pendupleks, dimana antena yang berfungsi sebagai penghantaran
dan penerimaan.

Pemodulat Penukar-tinggi HPA

Dari/Ke sistem
Bumi Pemproses Sistem
Pengantaramuka
Jalur Laluan penyuap

Penyahmodulat Penukar-rendah LNA

Sistem Pemacu
Pengesan Motor

Rajah 7.3 Sistem satelit bumi

f) Sistem Suap
 Menerangkan pemantul utama
 Memisahkan jalur penghantar dan penerima.
 Memisah atau mencampur polarisasi dalam sistem dual
pengkutuban (polarized).
 Memberi isyarat ralat bagi sebahagian dari sistem pengesan satelit.
E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI 7

g) LNA, Low Noise Amplifier


 Dalam cawangan penerima, isyarat wideband yang diterima akan
digunakan oleh LNA dan dihantar kepada pembahagi (diveder
network) untuk memisahkan isyarat pembawa mikro yang tertentu.

h) Penukar-Rendah (Down-convertor)
 Menukar isyarat pembawa gelombang mikro kepada jalur IF dan
hantar ke blok multipleks.
i) Penyahmodulat
 Isyarat multipleks dinyahmodulat untuk isyarat yang
diperlukan oleh rangkaian bumi.

j) Sistem Pengesan
 Pengesan penting untuk mengerakkan satelit. Ia mengesan serta
mengerakkan antena ke arah isyarat terima.
 Memberi isyarat kepada pengerak motor.

k) Pemacu Motor
 Mengerakkan antena secara mendatar dan menegak mengikut
azimuth dan elevation yang diberi oleh sistem pengesan (tracking
system).

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


7.A jawap soalan berikut.

Terangkan konsep asas sistem satelit.


____________ merupakan frekuensi yang digunakan untuk penghantaran
isyarat dari stesen bumi ke satelit angkasa.
Nyatakan subsistem-subsistem yang wujud bagi satelit angkasa.
Apakah fungsi blok up-converter dan down-converter bagi rajah blok stesen
bumi

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 17).
E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI 8

7.4. Transponder

Inginkah anda tahu bagaimana


saya berfungsi……….
Ikut pembelajaran seterusnya

Kombinasi penghantar-penerima pada satelit dikenali sebagai transponder. Fungsi


asas transponder adalah sebagai penguat dan penterjemah atau penukar frekuensi.
Penukaran frekuensi perlu dilakukan kerana transponder tidak boleh menghantar
dan menerima isyarat pada frekuensi yang sama. Dengan penukaran frekuensi ini,
gangguan antara penghantar dan penerima tidak akan berlaku. Isyarat asal yang
dipancar oleh stesen bumi dikenali sebagai up-link dan isyarat yang dipancarkan
balik dikenali sebagai down-link.

Transponder mengandungi lebar jalur yang besar supaya ia dapat menerima dan
memancar lebih dari satu isyarat. Walaupun transponder mempunyai lebar jalur
yang luas, ia hanya digunakan dengan satu isyarat up-link dan down-link untuk
meminimumkan perantaramuka dan meningkatkan kebolehan berkomunikasi.
Untuk lebih ekonomi, sesebuah satelit itu mestilah boleh menyediakan beberapa
saluran.

Kebanyakan satelit mempunyai banyak transponder dan setiap transponder


beroperasi dengan frekuensi yang tertentu. Kebiasaannya, satelit perhubungan
E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI 9

mempunyai 12, 24 atau lebih transponder dan setiap transponder disambungkan


dengan saluran komunikasi yang sendiri mengikut frekuensi-frekuensi tertentu.

Kebanyakan satelit beroperasi pada frekuensi gelombang mikro yang


menggunakan lebar jalur C dan Ku. Rajah 7.4 menunjukkan perhubungan satelit
menggunakan jalur C. Antena penerima menerima isyarat asal iaitu up-link,
kemudiannya isyarat tersebut ditapis oleh Low-noise amplifier (LNA). Isyarat
yang ditapis tadi kemudiannya akan dicampurkan dengan isyarat yang dihasilkan
oleh pengayun tempatan (Local Oscillator) dibahagian pencampur. Isyarat yang
telah dicampur tadi kemudiannya akan dikuatkan oleh power amplifier dan
seterusnya dihantar oleh antena pemancar ke stesen bumi.

Antena Pemancar Penerima Antena

Penguat Berkuasa
Mixer

LNA 4 GHz

2 GHz

Pengayun
Tempatan

Rajah 7.4 Transponder satelit asas.

7.5. Kaedah Pensaluran (Channelization)

Semua jalan sesak,


kan baiknya jika ada
sistem halaan jalan
yang teratur,
pensaluran
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI 0

Kita mengetahui bahawa frekuensi Jalur-C mempunyai julat 500 MHz, dimana
5925-6425 MHz diperuntukkan untuk up-link manakala 3700-4200 MHz
digunakan untuk down-link. Julat 500MHz ini mampu menampung pelbagai
isyarat dalam proses penghantaran dan penerimaan. Kita boleh anggapkan bahawa
julat ini mampu merangkumi spektrum radio VLF hingga VHF, sedangkan kita
hanya memerlukan salah satu jalur radio tersebut untuk mendapat siaran.

Oleh kerana julat 500MHz agak besar maka ia dibahagikan kepada 12 saluran
penghantar dimana setiap saluran berukuran 36 MHz lebar. Disamping itu, julat
4MHz digunakan sebagai jalur pemisah (Guard Band) Tujuan penggunaan jalur
pemisah adalah untuk mengurangkan gangguan saluran bersebelahan (adjacent
channel), keadaan ini jelas dapat dilihat dalam Rajah 7.5.

Walaupun julat 36 MHz bagi setiap saluran agak sempit tetapi ia mampu
membawa banyak maklumat dan data sekaligus. Sebagai contoh, satu transponder
mampu mengendalikan 1000 komunikasi telefon analog dalam sehala, bersamaan
dengan satu jalur penuh siaran TV warna. Selain daripada itu, setiap saluran
mampu membawa data berdigit dengan halaju yang tinggi iaitu lebih kurang 60
Mbit/s dalam satu saluran bersaiz 36 MHz.

7.6. Jalur-Jalur Frekuensi Dalam Komunikasi Satelit

Kebanyakan komunikasi satelit beroperasi di dalam spektrum frekuensi


gelombang mikro. Spektrum gelombang mikro ini dibahagikan kepada beberapa
jalur frekuensi. Untuk memahami secara terperinci tentang jalur frekuensi, mari
kita lihat Jadual 7.1.

Frekuensi (MHz) Jalur


225 – 390 MHz P
350 – 530 MHz J
1530 - 2700 MHz L
2500 - 2700 MHz S
3400 - 6425 MHz C
7250 - 8400 MHz X
10.95 - 14.5 GHz Ku
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI 1

17.7 - 21.2 GHz Kc


27.5 - 31 GHz K
36 - 46 GHz Q
46 - 56 GHz V
56 - 100 GHz W

Jadual 7.1 Jalur-jalur frekuensi

Lebar Jalur Penerima - 500MHz

3700 MHz 4200 MHz

Satu saluran-
36MHz Jalur pemisah-
4MHz

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

3760
3840 3920 4000 4080 4160

3720 3800 3880 3960 4040 4120

Saluran Pemancar

Rajah 7.5 Lebar jalur penerimaan dan pemancaran bagi Jalur-C sistem satelit

Jalur C merupakan jalur frekuensi yang digunakan secara meluas dalam sistem
komunikasi satelit. Frekuensi up-link adalah dalam julat 5.925-6.425 GHz
manakala frekuensi down-link berada dalam julat 3.7-4.2 GHz. Tetapi untuk
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI 2

tujuan perbincangan selalunya frekuensi up-link dirujuk sebagai 6 GHz dan


frekuensi down-link dirujuk sebagai 4 GHz.

Walaupun kebanyakan komunikasi satelit menggunakan jalur C, perkembangan


teknologi sekarang menyebabkan sistem komuniaksi satelit menggunakan
frekuensi yang lebih tinggi. Dalam tahun 1989 sistem satelit telah beralih arah ke
jalur Ku. Frekuensi up-link berada dalam julat 14-14.5 GHz dan frekuensi down-
link berada dalam julat 11.7-12.2 GHz. Selalunya, semasa membincangkan jalur
Ku bagi komuniakasi satelit, ianya dirujukkan sebagai 14/12 GHz. Pada masa
kini, hampir kebanyakan sistem komunikasi satelit berkendali dalam julat Ku. Ini
adalah disebabkan oleh jular-C telah menjadi terlalu padat.

Dua lagi jalur yang mendapat perhatian adalah jalur X dan jalur L. Pihak tentera
menggunakan jalur X bagi komunikasi satelit dan radar, manakala jalur L
digunakan dalam bidang marin, komunikasi angkasalepas dan juga radar.

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


7.B jawap soalan berikut.

Hampir kebanyakan sistem satelit beroperasi pada julat frekuensi …..


Sistem satelit tentera beroperasi pada jalur frekuensi ……………
Nyatakan litar masukan bagi transponder.
Litar yang membuat pensaluran dalam transponder dikenali sebagai
………………….
Bekalan kuasa utama dalam satelit adalah ……………..

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 17).
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI 3

PENILAIAN
Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.
KENDIRI

Pembetulan attitude dilakukan oleh ……………….


Senaraikan tiga fungsi utama transponder di obit.
Nyatakan fungsi komponen mixer dalam transponder.
Satu Jalur-C mampu membawa ………….. saluran dan setiap saluran
mempunyai lebar …………..MHz.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 17).
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI 4

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


7A dibawah.

Rujuk nota 7.1


Up-link
Communication Subsystem, Power Subsystem, Telemetry, Command and
Control Subsystem (TC&C) subsystem, Application Subsystem.
Rujuk nota 7.3

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


7B dibawah.

Gelombang mikro
X
Low Noise Amplifier
Penapis Laluan Jalur (Bandpass filter)
Panel solar

RESPON
Semak jawapan anda.
KENDIRI

Jet Thrust
Penguat isyarat, penukar frekuensi, penguat berkuasa
litar yang menukarkan frekuensi uplink kepada downlink
12, 36
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI 5

SISTEM KOMUNIKASI
SATELIT
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI 6

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Memahami istilah-istilah yang digunakan dalam sistem komunikasi satelit.

Objektif Khusus :

♦ Menakrifkan istilah dan maksud bagi ‘up-link’, ‘down-link’, ‘footprint’,


sudut dongak dan sudut azimuth.
♦ Menyatakan contoh-contoh penggunaan satelit: ‘Global Positioning
System’, Sistem Pertahanan dan Maklumat Kajicuaca.
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI 7

8.0. Pengenalan

I would like too.


Name me the place
Hello dear, how are
and I fix the time.
you, would you like to
have dinner with me to
night !!!

Pernahkah anda terfikir bagaimana isyarat dihantar dan diterima melalui sistem
satelit. Di mana sistem ini mempunyai kebolehan yang unik, dari segi membuat
liputan secara menyeluruh. Fenomena ini telah mendorongkan perkembangan
teknologi satelit secara berterusan, seperti menyediakan perkhidmatan komunikasi
mudahalih kepada kapal layar, kapal terbang, kenderaan serta individu; dan
rangkaian penyiaran bunyi/pengguna tv dan pengagihan/pengumpulan data dari
teminal pengagih.

Di Unit 7, kita telah melihat konsep sistem satelit bumi dan angkasa, serta media
pemancar dan penerima isyarat dengan menggunakan transponder. Maka dalam
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI 8

unit ini, kita akan melihat secara terperinci bagaimana isyarat tersebut dipancar,
diterima serta sudut dongakkan.

8.1. Istilah dan Maksud

Ruang Pengetahuan
Negara China mencipta roket yang pada tahun 1232.
Manakala, sistem satelit “geostationary” pertama sekali
digunakan adalah pada tahun 1957 oleh Rusia.

8.1.1. ‘Up-link’ dan ‘Down-link’

Transponder
Uplink

Downlink

Stesen Bumi
E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI 9

Rajah 8.1 : Penghantaran isyarat secara ‘Up-link’ dan ‘Down-link’

Rajah 8.1 menunjukan pengoperasian sistem satelit asas, di mana, stesen


bumi akan menghantar maklumat ke satelit angkasa. Pada masa yang
sama stesen angkasa tersebut akan menerima serta menguatkan
maklumat dan seterusnya, menukarkan kepada frekuensi baru. Frekuensi
baru ini akan di pancar ke stesen penerima bumi.

Isyarat asal yang dipancarkan dari stesen bumi ke satelit angkasa dikenali
sebagai ‘up-link’, dan isyarat berfrekuensi baru yang dipancarkan semula
ke stesen bumi melalui satelit dikenali sebagai ‘down-link’. Kebiasaanya
nilai frekuensi down-link lebih rendah berbanding dengan frekuensi up-
link. Contohnya; frekuensi up-link menjangkau lebih kurang 6 GHz,
manakala frekuensi down-link pula bernilai lebih kurang 4GHz. Ini jelas
dapat dilihat pada Jadual 8.1;

Frekuensi (GHz) Agihan frekuensi Penghantaran Penggunan


6 5925-6425 MHz Up-liknk Komersial
4 3700-4200 MHz Down-link
8 7900-8400 MHz Up-liknk Ketenteraan
7 7250-7750 MHz Down-link
14 14.0-14.5 GHz Up-liknk Komersial
11 11.7-20.2GHz Down-link
30 27.5-30.5 GHz Up-liknk Komersial
20 17.7-20.2 GHz Down-link
30 30.0-31.0 GHz Up-liknk Ketenteraan
20 20.2-21.2 GHz Down-link
44 43.5-45.5 GHz Up-liknk Ketenteraan
20 20.2-21.2 GHz Down-link

Jadual 8.1 Penggunaan frekuensi

8.1.2. Footprint
E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI 0

Penggunaan satelit dapat menghubungkan lebih banyak pengguna pada


sesuatu masa. Ini memudahkan perhubungan di antara dua hala (dupleks).
Untuk mewujudkan perhubungan sebegini, satelit angkasa mestilah
mampu mempunyai keluasan liputan yang luas di muka bumi. Liputan ini
di kenali sebagai ‘footprint’. Footprint yang dimaksudkan adalah patern
radiasi atau kawasan liputan bagi sesebuah satelit. Oleh yang demikian,
semua stesen bumi diletakkan di bawah kawasan liputan satelit angkasa.
Saiz ‘footprint’ dipengaruhi oleh rekabentuk antena dan kuasa
penghantaran. Pancaran antena satelit akan membentuk kawasan liputan
yang tertentu, seperti di Rajah 8.2.

Rajah 2.4 : Footprints

Rajah 8.2 Footprint satelit

8.1.3. Sudut Dongak (Elevation Angle)


Aduh!!! Sakitnya
kepala
mendongak…
E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI 1

Sudut dongak bagi satelit adalah sudut yang wujud di antara garisan
tangen dari antena stesen bumi ke permukaan bumi, dan di antara stesen
bumi ke transponder. Ia merupakan sudut putaran menegak bagi antena
yang bersudut antara 0º hingga 90º, rujuk Rajah 8.3.

Sudut dongak juga merupakan darjah pengarahan antena di antara stesen


bumi dan satelit. Sekiranya sudut dongak tersebut adalah terlalu kecil,
maka sinaran gelombang yang dipancarkan melalui stesen bumi akan
mengalami kemerosotan isyarat, gangguan hinggar, jarak pancaran yang
jauh serta kehilangan tenaga yang tinggi. Ini disebabkan oleh perggerakan
gelombang pancaran yang terpaksa menembusi lapisan atmosfera yang
tebal dari stesen bumi ke transponder.

Transponder

Stesen bumi
Sudut dongak

Orbit
E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI 2

Rajah 8.3 Sudut dongakan

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


8.A jawap soalan berikut.

Isyarat yang dihantar dari satelit angkasa ke stesen bumi dikenali sebagai
…………………
Nyatakan satu perbezaan frekuensi yang menunjukan ia adalah up-link dan
down-link.
Terangkan maksud footprint.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 17).
E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI 3

8.1.4. Sudut Azimuth

Tahukah Anda ?
Saya berputar secara
mendatar mengelilingi
bumi pada garisan
Khatulistiwa

Sudut Azimut diistilahkan sebagai pengarahan secara mendatar bagi


antena (0º - 360º). Biasanya ia diukur mengikut arah jam dari kutub utara
00, di mana kutub utara dijadikan sebagai rujukan.

Utara, 00
Arah Antena

Sudut Azimuth
0
270 900

1800
E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI 4

Rajah 8.4 Sudut azimuth

Contoh 8.1

Rajah 8.5 menunjukan kedudukan stesen bumi dan cara mengesan kedudukan
stesen tersebut.

Penyelesaian

Berpandukan kepada sudut azimuth pada longitud, stesen bumi berkedudukan 770
ke barat (770 W) pada garis khatulistiwa. Manakala, sudut dongakan pada latitud,
390 ke utara (390 N) dari khatulistiwa.

770 W
Kedudukan 00
stesen bumi

Sudut
latitud

Khatulistiwa (00)

Sudut longitud

S
E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI 5

Rajah 8.5 Mencari kedudukan sesebuah stesen bumi

8.2. Aplikasi Sistem Satelit

Pencetusan idea menggunakan tiga satelit geostationary mampu membuat liputan


secara menyeluruh pada permukaan bumi. Kewujudan sistem satelit ini telah
memudahkan komunikasi secara global dan pengaplikasian pelbagai, contohnya;
perhubungan video-conference, Radarsat, GPS, kajian cuaca, sistem pertahanan,
komunikasi selular, komunikasi data dan lain-lain.

8.2.1. Global Positioning System (GPS)

Sistem ini merupakan penentu kedudukan menyeluruh atau sistem


pelayaran yang pertama kali membekalkan ketepatan kedudukan tiga
dimensi pada jarak 33 kaki (10 meter) pada ketepatan halaju 0.1 kaki/s
(0.03m/s), dan pada julat masa atomik. Sistem ini turut membekalkan
satelit, stesen kawalan dan peralatan penggunaan. Oleh demikian, sistem
ini perlu dibekalkan sebanyak 18 satelit aktif yang mengelilingi orbit
(Rajah 8.6). Dimana stesen utama dan stesen pengawasan satelit
mengawal penghantaran data pada setiap satelit. Penggunaan teknologi
yang tinggi memudahkan pemeriksaan GPS pada setiap peringkat. Maka
peralatan pengguna ini dipasang pada objek yang bergerak seperti; kapal
terbang, kapal layar dan kenderaan bergerak.
E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI 6

Rajah 8.6 Satelit pada orbit untuk sistem GPS

Gambarajah 8.7 menunjukan salah satu jenis satelit GPS bernama


NAVSTAR. Ia mempunyai lapan sub-sistem utama serta lebih daripada
33,000 komponen dalaman dan mampu bertahan selama lima tahun. Ciri-
ciri utama sistem GPS ini adalah sentiasa menentukan ketepatan masa.
Selain daripada itu, ia juga digunakan sebagai alat pengintipan tentera,
semasa melakukan operasi pada kawasan yang sukar untuk menentukan
arah atau posisi, contohnya di padang pasir dan lautan. GPS juga
digunakan pada kenderaan seperti kereta kebal, kapal terbang, helikopter,
pesawat pejuang dan sebagainya.

Gambarajah 8.7 Satelit GPS di orbit


E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI 7

Selain daripada di atas, GPS juga digunakan dalam bidang lain seperti;
i. Kegiatan luar
Digunakan sebagai alat untuk menentukan kedudukan dan arah
dari suatu tempat pada muka bumi, seperti pengembaraan, dan
sukan bermotor ‘Rally Paris-Dakkar’.

ii. Bidang maritin


GPS dipasang pada kapal yang digunakan sebagai maritin laut
yang dapat menunjukkan arah dan posisi kapal pada muka bumi,
dan juga untuk keperluan penangkapan ikan dengan penambahan
alat sonar.

8.2.2. Sistem Pertahanan Satelit

Dalam bidang pertahanan, penggunaan satelit amat popular demi


keselamatan sesebuah negara. Contohnya, negara Rusia mempunyai
bilangan satelit dua kali ganda daripada negara Amerika dan hampir
kesemua satelit tersebut digunakan untuk komunikasi pelayaran,
meterologi, goedesy, pengujian nuklear, pengesanan radiasi dan
penyelidikan teknologi.

Sistem komunikasi yang pantas, berkesan dan cekap mendorong


memperbaiki keperluan serta permintaan dalam bidang ketenteraan. Ini
disebabkan kos pembinaan tinggi serta reka bentuk yang canggih
berteknologi mempercepatkan pembangunan satelit komunikasi
ketenteraan. Ini dapat dibuktikan dengan pelancaran satelit Initial Defense
Communication Satellite Program (IDCSP), pada tahun 1962 dan 1968.
Satelit ini menggunakan Jalur-X untuk berkomunikasi dengan stesen
bumi. Setelit IDCSP mampu menyediakan frekuensi perhubungan
bergerak di darat, laut dan udara. Selain daripada itu, ia juga dapat
menentukan kedudukan/lokasi sesuatu sasaran.

Sistem Fleet Satellite Communications (FLTSATCOM) seperti di


Gambarajah 8.8 dan Satellite Data System (SDS) adalah salah satu
bahagian daripada Komunikasi Satelit Tentera Udara (AFSATCOM),
untuk berkomunikasi sepenuh masa di antara pihak yang membuat
keputusan serta elemen-elemen ketenteraan. Pesawat ini mempunyai 23
saluran komunikasi dan sepuluh daripada ditempatkan di tentera laut
untuk pengawasan udara, darat dan laut. Manakala dua belas daripadanya,
E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI 8

dibekalkan kepada angkatan udara sebagai AFSATCOM, untuk


pengawasan secara menyeluruh dan mengawal nuklear. Dan satu saluran
lagi sebagai simpanan untuk National Command Autorities. Selain
daripada itu, AFSATCOM juga boleh menggunakan pesawat angkasa
dalam penerbangan untuk berkomunikasi dengan kapal laut dan stesen
bumi, yang berada sejauh 1000 batu.

Gambarajah 8.8 Fleet Satellite Communications (FLTSATCOM)

8.2.3. Satelit Kajicuaca

Satelit cuaca boleh mengukur pancaran lebar spektrum dalam panjang


gelombang elektromagnet. Melalui satelit cuaca, para pengkaji cuaca
boleh mendapat maklumat/data tambahan dengan mengkaji bentuk
keadaan kelompak awan dengan menggunakan ‘visual sensor’, permukaan
bumi, awan, suhu serta kelembapan lapisan atmosfera.

i. Visual
Imej yang diterbitkan daripada data visual menunjukkan warna
kelabu, hitam dan putih. Visual sebegini boleh digunakan dalam
mengesan asas bentuk awan dan struktur awan secara terperinci.
Walaubagaimanapun, data yang diperolehi tidaklah setepat dengan
E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI 9

ketebalan awan sebenar. Dengan menggunakan bahan visual


sebegini, pengkaji cuaca oleh mengumpul/mendapat
maklumat/data mengenai kekuatan dan lokasi sistem cuaca,
contohnya; pergerakan kilat dengan mengkaji bentuk awan

ii. Mengukur angin


Dengan adanya satelit geosynchronous, kita dapat mengesan
kedudukan elemen awan di sepanjang masa. Secara andaian, kita
dapat menukarkan pergerakan awan kepada pengukuran angin.
Kaedah ini dapat menentukan pergerakan angin peringkat rendah
(perlahan), khasnya kawasan laut tropika. Selain daripada itu, ia
juga dapat mengesan angin peringkat tinggi iaitu ribut petir.

iii. Ribut petir


Ribut petir wujud akibat daripada putaran angin di atmostera serta
haba yang tidak seimbang. Untuk mengetahui ramalan ribut petir
yang akan berlaku, satelit digunakan sebagai media pemerhati
disepanjang masa, di mana pertemuan di antara angin mengikut
arah lawan jam dari hemisfera utara dan angin mengikut arah jam
dari hemifera selatan, akan mengakibatkan berlakunya taufan atau
hurricane. Daripada pergerakan angin tersebut, kita dapat
menganggarkan bila, dimana dan bagaimana ribut petir atau taufan
akan berlaku, rujuk Gambarajah 8.9
E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI 0

Gambarajah 8.9 Contoh gambar satelit yang menunjukan pergerakan awan


E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI 1

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


8.B jawap soalan berikut.

Apakah maksud sudut azimuth?


Nyatakan maksud sistem GPS
Nyatakan aplikasi teknologi GPS.
Berikan kegunaan sistem satelit kajicuaca.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 17).
E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI 2

PENILAIAN
Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.
KENDIRI

Apakah yang dimaksudkan sudut dongakan?


Bagaimanakah cara untuk menentukan kedudukan yang bersesuaian
bagi sesebuah stesen bumi.
Nyatakan bilangan sub-sistem satelit yang terdapat pada sistem GPS.
Sebagai tugasan, anda dihendaki mencari kedudukan orbit (longitud),
jalur frekuensi dan pengendali bagi satelit yang terdapat diorbit.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 17).
E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI 3

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


8.A dibawah.

Down-link
Sila rujuk Jadual 8.1
Patern radiasi atau kawasan liputan bagi sesebuah satelit, maka semua stesen
bumi diletakkan di bawah kawasan liputan satelit angkasa.

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


8.B dibawah..

Pengarahan secara mendatar bagi antena (0º - 360º), diukur mengikut arah
jam dari kutub utara 00, di mana kutub utara dijadikan sebagai rujukan.
Penentu kedudukan menyeluruh atau sistem pelayaran, dari aspek ketepatan
jarak, halaju dan masa.
Ketenteraan, kenderaan bermotor, kapal terbang, pelayaran dan
telekomunikasi.
Mendapat maklumat/data tambahan dengan mengkaji bentuk keadaan
kelompak awan dengan menggunakan ‘visual sensor’.

RESPON
Semak jawapan anda.
KENDIRI

Sudut yang wujud di antara garisan tangen dari antena stesen bumi ke
permukaan bumi, dan di antara stesen bumi ke transponder.
Sila rujuk Rajah 8.5.
8 unit
E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI 4

SISTEM KOMUNIKASI
RADAR
E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI 5

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Memahami prinsip asas sistem radar dan penggunaan di dalam bantuan


pelayaran dan penerbangan.

Objektif Khusus :

♦ Menerangkan prinsip asas radar sebagai satu kaedah pengesanan sasaran.


♦ Menerangkan prinsip asas radar sebagai satu kaedah mengira jarak
sasaran.
♦ Menerangkan prinsip asas radar sebagai satu kaedah menentukan arah atau
bering.
♦ Menerangkan kendalian radar prima dan radar sekunder dengan
menggunakan bantuan gambarajah blok.
E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI 6

9.0.Pengenalan

Pernahkah anda melihat radar, jika ia, kenapa antena radar berputar atau
mengimbas dan memaparkan bintik-bintik pada skrin pengawasan. Ya, untuk
pengetahuan anda, ahli saintis German pada tahun 1930 merupakan kumpulan
yang pertama sekali mendemontrasikan operasi sistem radar dengan
menggunakan pergerakkan kapal di laut. Sistem radar mengalami perkembangan
pesat pada ketika Perang Dunia Pertama dan seterusnya, mula digunakan sebagai
alat pengesan dan penentu jarak dalam bidang perkapalan, penerbangan dan lain-
lain.

Hai, jumpa
juga kapal
orang asing
masuk
perairan
kita.

Pada kebiasaannya, radar menggunakan gelombang radio untuk mengesan sesuatu


objek serta mencari destinasi pada sesuatu kawasan yang tiada petanda. Walau
bagaimanapun, radar selalunya digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan dan
juga perkapalan. Ini adalah kerana, bagi syarikat-syarikat penerbangan, laluan
mereka adalah di udara dan seperti yang diketahui di udara sememangnya tidak
petanda laluan. Maka dengan adanya sistem radar, mereka dapat mengesan
sesuatu objek dihadapan mereka. Selain daripada itu, ia juga dapat mengelakkan
dari berlakunya kemalangan di udara. Begitu juga dengan syarikat perkapalan,
dengan keadaan lautan yang sungguh luas, mereka yang terlibat dalam bidang ini
amat memerlukan radar untuk mengawal pelanggaran. Justeru itu, dapatlah kita
menterjemahkan bahawa radar adalah satu kumpulan peralatan gelombang mikro
E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI 7

yang digunakan untuk memancarkan gelombang radio serta menerimanya


kembalinya. Selepas menerima isyarat tersebut, maklumat akan diproses dan
seterusnya, memperolehi keputusan di terminal keluaran atau penunjuk radar.

Radar membawa maksud Radio Detection And Ranging, Gambarajah 9.1


menunjukan antena radar. Dalam sistem penerbangan, kebiasaannya radar
digunakan untuk mengesan cuaca bagi memastikan laluan yang dilalui oleh
pesawat itu berada dalam keadaan selamat. Radar juga berkebolehan untuk
mengesan cuaca pada jarak yang tertentu dan seterusnya, memaparkan cuaca yang
dikesan tersebut pada PPI (Plan Polar Indicator) sebagai panduan kepada
pemandu pesawat. Kebanyakkan radar yang digunakan, menggunakan teknik
pemodulatan denyut (pulse modulated). Antena yang digunakan mestilah
mempunyai ciri-ciri pengarahan serta polasinaran yang kecil, supaya pengesanan
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan

Gambarajah 9.1 Antena radar jenis pengimbas udara


E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI 8

9.1 Radar

Radar melibatkan pemancaran denyut-denyut gelombang elektromagnetik melalui


pengarahan antena di mana, sebahagian daripada denyut-denyut gelombang
elektromagnetik dipantul semula ke radar apabila terkena pada sesuatu permukaan
objek atau sasaran, seperti yang digambarkan dalam Rajah 9.2. Oleh itu,
kedudukan sasaran dapat dikesan degan tepat. Jika gelombang elektromagnetik
yang dipancarkan itu dalam bentuk rangkaian denyut maka, jarak di antara
sasaran dari antena pemancar boleh dikira dengan mudah. Kita dapat mengiranya
dengan menggunakan halaju gelombang elektromagnetik dalam udara pada Vc = 3
x 108 m/s.

Dengan ini kita dapat menyatakan bahawa radar amat popular dalam aspek
pengesanan sasaran, pengiraan jarak sasaran dan menentukan arah atau bering
sasaran

9.1.1. Pengesan Sasaran


Kita perlu memahami bahawa radar bukanlah pembawa maklumat,
sebagaimana sistem komunikasi yang lain, tetapi membantu kita untuk
mendapatkan maklumat seperti jarak, ketinggian dan sebagainya. Kaedah
pengukuran dapat dilihat dalam Rajah 9.3.

Denyut Pancar

Sasaran
Denyut Gema

Radar
E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI 9

Rajah 9.2 Konsep asas Sistem Komunikasi Radar

Denyut Pancaran

Denyut Gema
Sasaran

Radar
Rajah 9.3 Pengesanan sasaran

Daripada Rajah 9.3, kita dapat mengetahui bahawa radar merupakan


media pemancar isyarat serta penerima isyarat secara serentak. Di mana,
antena radar memancarkan denyut pancaran dan ia mengena pada sasaran.
Setelah denyut pancaran terkena pada sasaran, maka ia akan dipantul
semula dan diterima oleh antena yang sama, isyarat tersebut dikenali
sebagai denyut pantulan atau gema. Denyut pancaran dan denyut pantulan
kemudian dikesan di atas skrin paparan. Daripada denyut gema yang
diperolehi, maka dapatlah diketahui kedudukan sesuatu sasaran. Sela masa
di antara denyut pancaran dan denyut pantulan akan terpapar pada skrin
paparan, maka masa di antara dua denyut tersebut merupakan jumlah masa
yang diambil oleh isyarat tersebut mengena sasaran dan kembali ke stesen
radar. Sela denyut pancaran dan pantulan adalah seperti di Rajah 9.4.

Denyut Pancaran
Denyut Gema

t- selang masa diantara denyut pancar dan denyut gema.


E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI 0

Rajah 9.4 Denyut pancar dan denyut gema bagi sistem radar
9.1.2. Mengira Jarak Sasaran

Jarak sasaran diketahui melalui pengukur sela masa di antara pemancaran


dan penerimaan isyarat sasaran (Rajah 9.4). Masa ditentukan dari
pertengahan denyut pemancar hingga pertengahan denyut gema. Melalui
denyut pemancar dan denyut gema yang diterima oleh radar, kedudukan
atau jarak sesuatu sasaran dapat diketahui dengan menggunakan formula
berikut;

Jarak = Halaju x Masa (meter)


2
s = v x t (meter) [9.1]
2

s – jarak sasaran dalam meter


v – halaju perambatan, 3 x 108 m/s
t – perambatan masa dalam satu kitar (saat)

Contoh 9.1

Bagi satu sistem komunikasi radar, masa yang diambil untuk denyut pergi
dan balik adalah 1µ s, dapatkan jarak sasaran.

Penyelesaian

s = v x t (meter)
2

s = (3 x 108 m/s) x (1µ s)


2

= 150 m

Sasaran berada 150 m dari stesen radar

Contoh 9.2
E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI 1

Sasaran ditemui pada tempoh 129.30 µ s selepas radar memancar isyarat.


Kirakan jarak dari radar ke sasaran dalam batu notika, rujuk Rajah 9.5

pemancar gama

masa

Tempoh perambatan satu kitar, 129.30 µ s

Rajah 9.5

Penyelesaian

s = v x t (meter)
2

s = (3 x 108 m/s) x (129.30µ s)


2

= 19395 m

Jarak sasaran adalah 19.395 km. Kita mengetahui bahawa 1852 m


bersamaan dengan satu batu notika, maka;

Jarak sasaran (batu notika) = 19395 m


1852 m

= 10.47 nmi
E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI 2

9.1.3. Menentukan Arah (Bearing)

Tuan tau tak kito


kat mano!!! Entah-
entah kito dah
sesat kot

Kebiasaanya, antena mempunyai ciri-ciri pengarahan yang tinggi. Oleh


yang demikian, ia diputarkan supaya dapat mengimbas keseluruhan satah
secara mendatar pada setiap pusingan. Semasa antena berputar, bering
relatif utara akan ditukarkan kepada bentuk isyarat elektrik analog ataupun
digital. Seterusnya, isyarat tersebuut disuapkan kepada unit paparan,
seperti mana ditunjukkan dalam Rajah 9.6 dan Gambarajah 9.7.

00
N
3300 300
Surihan yang berputar mengikut
jam menunjukkan bering
sasaran
3000
600
Surih terang disebabkan oleh denyut
pantulan dari sasaran

W
2700 E 900

2400 1200

Bulatan ditentukur mengikut


jarak dari pusat
2100 1500
S
1800
E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI 3

Rajah 9.6 Paparan yang menunjukkan bering sasaran

Gambarajah 9.7 Imej sasaran kapalterbang sebenar dalam skrin paparan radar

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


9.A jawap soalan berikut.

Singkatan radar membawa maksud ���..


Isyarat gema ialah����.
Jika satu kapal layar berada 1 km dari darat, maka berapakah masa yang
diambil oleh radar untuk megesan kewujudan kapal tersebut.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 18).
E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI 4

9.2. Kendalian Dan Gambarajah Blok Radar

Ahh… Skrin
bulat putih
itulah yang
dinamakan skrin
paparan radar

Dalam dunia teknologi radar, kita dapat lihat pelbagai penggunaan, jenis radar
dan mod radar. Walaubagaimanapun tugas utama radar adalah untuk mengesan
objek dan mengukur parameter sesaran seperti kedudukan, halaju dan ketepatan.
Lazimnya tugas sesuatu radar ditentukan berasaskan kepada ukuran-ukuran yang
hendak diperolehi.

9.2.1. Radar Primer


E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI 5

Radar primer merupakan unit yang mana isyarat dihantar pada sasaran dan
dikembalikan semula kepada antena melalui proses pantulan, rujuk Rajah
9.8. Sasaran radar primer boleh terdiri secara kelompok, neutral atau
samar.

Sasaran

Isyarat
pantulan

Isyarat dari
antena

Antena Radar

Rajah 9.8 Radar primer

Antena/Kawalan Antena

Sasaran

Penghantar/ Penjana Frekuensi,


Pemodulat Pemasa & Kawalan

Dupleks
Pemproses Pemproses Data,
Penerima Isyarat Paparan & Lain-lain
E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI 6

Rajah 9.9 Rajah blok radar primer


Rajah 9.9 menunjukkan komponen-komponen terkandung di dalam rajah
blok radar primer. Berikut adalah fungsi setiap blok.

i. Penjana frekeuensi, pemasa dan kawalan


Blok ini menjana frekuensi dan isyarat segerak. Ini untuk
menentukan masa untuk pemancar menembak isyarat,
menyeragamkan sela masa bagi sistem lain. Untuk makluman
anda, peranti ini tidak dihubungterus dengan peranti lain.

ii. Penghantar
Penghantar menjana isyarat radio untuk dipancarkan pada sasaran.
Penghantar juga boleh bertindak sebagai penguat untuk
menguatkan isyarat rendah dan seterusnya, dipancarkan.

iii. Pemodulat
Pemodulat bertindak sebagai suis pembuka dan penutup bagi
menghantar denyut pada sasaran.

iv. Dupleks (Duplexer)


Ia bertindak sebagai suis yang mengaktifkan pemancar atau
penerima pada masa yang berlainan. Oleh kerana, masa pensuisan
yang perlu dilakukan adalah dalam nano saat maka suis elektronik
digunakan sebagai media pensuisan

v. Antena
Antena akan menumpukan isyarat pancaran pada alur sempit
(narrow beam) dan seterusnya dipancarkan ke sasaran. Manakala
isyarat gema yang diterima dari sasaran akan ditumpukan pada
antena dan seterusnya dihantar ke penerima.

vi Kawalan antena
Unit ini akan mengawal kedudukan antena dari sudut dongakan
dan azimuth agar sasaran dapat ditemui.

vii Penerima
Isyarat yang diterima akan dikuatkan serta ditapiskan daripada
hinggar dan jalur frekuensi yang tidak dikehendaki. Ini
membolehkan isyarat yang diterima adalah optimum.

viii. Pemproses data


Ia memproses dan menyimpan data yang diperolehi. Kemudian
data tersebut digunakan untuk mengenalpasti kedudukan sasaran
E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI 7

dalam kordinat. Penterjemahan data dalam bentuk kordinat yang


tepat, dilakukan secara elektronik.

ix. Paparan
Menunjukan kedudukan satu sasaran pada skrin. Maklumat
diperolehi daripada pemproses data.

Kendalian Rajah 9.9;

Sistem penjana frekuensi dan pemasa akan menyebabkan


pemancar menghasilkan letusan atau denyut dalam bentuk
elektromagnetik. Parameter denyut ditentukan mengikut misi, jenis
radar, dan mod pengoperasianya. Ia mungkin berjulat kuasa di
antara miliwatt hingga megawatt tetapi kadar penjanaan denyut
(pulse repetition frequency, PRF) hampir mencapai beribu denyut
persaat.

Semasa penghantaran denyut, pemasa mula diaktifkan. Di mana


denyut pancaran dari antena akan ditumpukan oleh gandaan antena
dan seterusnya dirambat ke sasaran. Denyut ini berada di atmosfera
pada halaju cahaya dan mempunyai medan elektrik dan magnetik
pada kadar 120π (377 ohm). Apabila gelombang denyut terkena
pada sasaran maka ciri-ciri medan magnetik dan elektrik akan
terganggu, akibatnya terdapat pantulan daripada sasaran.
Gelombang pantulan ini kemudian akan bergerak menuju ke
antena. Antena mula menumpukan gelombang tersebut dan
seterusnya, menukarkan kepada isyarat denyut.

Penerima akan menapis isyarat yang tidak dikehendaki dan seterusnya,


menguatkan isyarat tersebut. Isyarat pantulan kini, diproses dan
diterjemahkan pada skrin paparan. Pada masa yang sama denyut pantulan
akan dibandingkan dengan denyut penghantaran dengan menggunakan
pemasaan.

9.2.2. Radar Sekunder

Radar sekunder mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan radar


primer, tetapi isyarat gema tidak dipantul. Sebenarnya, isyarat dipancar
oleh antena, manakala isyarat yang diterima adalah isyarat respon dari
sasaran. Di mana isyarat respon ini diperolehi akibat daripada picuan
E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI 8

komponen aktif pada sasaran. Sistem ini hanya digunakan untuk sasaran
berkelompok.

Daripada Rajah 9.10, kita dapat melihat bahawa antena radar akan
menghantar satu isyarat berkod kepada transponder diorbit atau dikenali
sebagai sasaran beacon. Kemudian, transponder tersebut akan mengesan
sasaran objek dan seterusnya, maklumat yang diperolehi akan dihantar
semula dalam bentuk kod ke antena radar di bumi. Untuk mengelakkan
pertembungan di antara isyarat pancaran dari antena radar dan isyarat
pancaran dari transponder, maka kedua-dua isyarat tersebut dibezakan
dengan menggunakan frekuensi yang berlainan. Transponder atau beacon
juga digelar sebagai RACON, atau radar beacon.

Isyarat pancaran
ke sasaran
Isyarat pancaran
transponder

Isyarat pantulan
Isyarat dari dari sasaran
Antena Radar antena

Rajah 9.10 Radar Sekunder

Sistem radar primer juga dikenali sebagai monostatik. Manakala, radar


sekunder dikenali sebagai bistatik. Fungsi bistatik hampir sama dengan
monostatik, hanya bistatik tidak mempunyai dupleks. Oleh yang demikian,
bistatik mungkin akan menghadapi masalah penyegerakan masa bagi
setiap sub-sistem, jika jarak sasaran agak jauh.

Kendalian Rajah 9.11;


E5122/U1/15
SISTEM KOMUNIKASI 9

Dalam perbincangan ini, kita akan menggunakan Semi-Active


Radar Homing (SACH) sebagai radar bistatik. Di mana rajah blok
ini terdiri daripada peluru berpandu, pelantar pemancar dan
sasaran. Pelantar pemancar peluru merupakan radar pemancar
manakala penerima pula diletakkan pada peluru antena hadapan
penerima. Kini pemancar pelantar akan menghantar isyarat ke
sasaran, akibat daripada itu, hasil pantulan isyarat daripada sasaran
akan diterima oleh antena hadapan peluru berpandu.

Pada masa yang sama pelantar pemancar akan menghantar isyarat


pancaran kepada antena rujukan belakang, peluru berpandu.
Apabila kedua-dua isyarat tersebut telah diterima oleh peluru
berpandu maka kedua-dua isyarat tersebut akan dikuatkan. Denyut
dari penerima hadapan dan penerima rujukan akan dibandingkan
oleh pemproses isyarat dan seterusnya, disimpan.

Nilai perbandingan kedua-dua isyarat tersebut akan menghasilkan


anjakan doppler. Anjakan doppler ditakrifkan sebagai perubahan
nilai frekeuensi akibat daripada pantulan sasaran dan dirujuk
kepada frekuensi asal (denyut pemancar).

Antena
Pelantar
Pemancar

Pemancaran
rujukan
belakang

Sistem rujukan

Penerima Pemproses Penerima rujukan


hadapan isyarat belakang
Antena hadapan
Peluru berpandu
E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI 0

Rajah 9.11 Gambarajah blok radar sekunder SARH


9.2.3. Perbezaan Radar Primer Dengan Sekunder

Radar Primer Radar Sekunder


• Menggunakan satu antena • Menggunakan lebih daripada dua
untuk tujuan penghantaran antena dibahagian pemancar dan
dan penerimaan isyarat. penerima untuk penghantaran dan
penerimaan isyarat.
• Menggunakan suis dupleks • Menggunakan talian segerak sebagai
sebagai pensuisan antara pengantara antara bahagian
bahagian pemancar dan penghantar dan bahagian penerima
penerima.
• Sistem agak ringkas dan • Sistem lebih komplek dan hanya
mudah dikendalikan. pakar dalam bidang tersebut mampu
mengendalikannya.
• Sasaran memantulkan isyarat • Sasaran bertindak sebagai
dan dikesan oleh antena dan transponder yang menerima dan
menerima melalui antena menghantar isyarat. Isyarat yang
yang sama. dihantar oleh antena penghantar
akan diterima oleh antena
dibahagian penerima.

Jadual 9.1 Perbandingan antara radar primer dan sekunder

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


9.B jawap soalan berikut.

Radar primer juga dikenali sebagai ……………… dan radar sekunder pula
dikenali sebagai ……………
Nyatakan fungsi duplexer dalam radar primer.
Singkatan RACON membawa maksud ………….
Nyatakan perbezaan antara radar bistatik dan monostatik.
Nyatakan satu perbezaan yang amat ketara di antara radar primer dan
sekunder.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 18).
E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI 1

PENILAIAN
Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.
KENDIRI

Takrifkan formula bagi jarak sasaran.


Kapal X telah berlayar sejauh 20 nmi dalam tempoh 30 minit,
Kirakan halaju kapal tersebut.
Nyatakan fungsi utama penjana frekuensi, pemasa dan kawalan dalam
radar primer.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila


rujuk di bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 18).
E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI 2

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


9.A dibawah.

Radio Detection And Ranging


denyutan pantulan dari sasaran ke antena radar
6.67 µ s

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


9.B dibawah..

Monostastik, bistatik
Ia bertindak sebagai suis yang mengaktifkan pemancar atau penerima pada
masa yang berlainan. Masa pensuisan dilakukan adalah dalam nano saat
Radar Beacon
Bistatik tidak mempunyai unit duplexer
Sila rujuk Jadual 9.1

RESPON
Semak jawapan anda.
KENDIRI

1. Jarak = Halaju x Masa (meter)


2
s = v x t (meter)
2
2. 41.15 m/s
3. Blok ini menjana frekuensi dan isyarat segerak. Ini untuk
menentukan bila sepatutnya pemancar menembak isyarat, dan sistem
lain berfungsi pada sela masa yang seragam. Kesemua blok akan
berkomunikasi antara satu sama lain melain blok ini
E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI 3

SISTEM KOMUNIKASI
RADAR
E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI 4

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui kategori radar dan contoh-contoh penggunaan radar.

Objektif Khusus :

• Menerangkan kendalian dua kategori radar iaitu: radar gelombang-terus ‘Continuous


Wave’ (CW) dan radar denyut.
• Menyatakan contoh-contoh penggunaan radar.
E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI 5

10.0 Pengenalan

Halaju dikesan – 100km/h

Halaju sebenar – 105km/h

Sebelum unit ini, kita sudah mengetahui konsep radar dan kini mari kita melihat kegunaan
seharian. Untuk makluman anda, radar ini bukan sahaja digunakan dalam teknologi penerebangan
malah turut digunakan dalam mengesan halaju sebagai perangkap laju, mengesan kelajuan angin
dan arah, sudut kedudukan suatu objek dan lain-lain. Sebagai contoh terdekat, cuba lihat karton di
atas, ia menyatakan pengesanan halaju kereta pada sudut 17.50. Sistem radar ini boleh
dikategorikan kepada dua jenis iaitu radar gelombang-terus (continuous wave, CW) dan radar
denyut.

Radar Gelombang-Terus (CW)

Dalam radar CW, isyarat yang dipancarkan dalam bentuk gelombang sinus. Gelombang sinus ini
merupakan gelombang mikro dengan amplitud yang tetap dan berterusan. Gema yang dihasilkan
juga dalam bentuk gelombang sinus dengan amplitud tetap pada frekuensi yang sama. Tetapi
dalam denyut gema, amplitudnya adalah lebih kecil. Gelombang sinus amplitud tetap bergerak
berterusan pada unit radar. Ia mengesan pergerakan kapal terbang, kapal laut, kereta dan lain-lain
E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI 6

dengan isyarat terpantul mengalami perubahan frekuensi. Perubahan frekuensi di antara isyarat
terpancar dan isyarat terpantul digunakan untuk menentukan kelajuan sasaran. Ini adalah merujuk
kepada kesan doppler.

Kesan doppler merupakan anjakan frekuensi yang berlaku apabila terdapat pergerakan relatif di
antara stesen pemancar dan objek sasaran. Nilai frekuensi adalah tinggi apabila jarak stesen
pemancar dan objek sasaran berjauhan. Pengukuran perbezaan jumlah frekuensi di antara isyarat
terpancar dan isyarat terpantul dapat menentukan kelajuan di antara unit radar dan objek yang
dilihat. Perkaitan ini dapat dilihat melalui persamaan di bawah:

V = 1.1 fλ [10.1]

dimana:
f = perbezaan frekuensi di antara isyarat terpancar dan terpantul dalam Hz.
λ = panjang gelombang bagi isyarat terpancar dalam meter.
V = kelajuan relatif di antara dua objek dalam mi/h

Dalam radar CW, kesan doppler menyediakan pemodulatan frekuensi pembawa.


Untuk membolehkan frekuensi berubah, objek yang dilihat mestilah bergerak
kehadapan atau semakin jauh daripada unit radar. Ini kerana jika objek bergerak
selari dengan unit radar, tiada perubahan relatif berlaku di antara dua objek dan
tiada pemodulatan frekuensi berlaku.

Kebaikan radar CW adalah ia berkebolehan untuk mengukur kelajuan objek


sasaran. Ianya biasa digunakan oleh polis untuk mengukur kelajuan kereta dan
trak. Sesetengah sistem radar menggunakan menggunakan kombinasi denyut dan
kesan doppler untuk memperbaiki prestasi dan kebolehan pengukuran.

Antena

Pemancar Keluaran

Pembeza

Penerima Masukan

Keluaran
E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI 7

Rajah 10.1. Radar ‘Continuous Wave’

Kendalian bagi blok Rajah 10.1

a) Antena Keluaran & Antena Masukan


 Antena ini membuat pusingan denyut daripada pemancar, bersinar di dalam alur
yang lurus (directional beam), mengambil semula gema dan menghantarnya ke
penerima dengan kehilangan yang rendah.
 Sistem Antena ini merangkumi talian penghantaran pandu gelombang daripada
pemancar ke antena dan talian penghantaran pandu gelombang dari antena ke
penerima.

(b) Penerima
 Semasa penerima mengesan sasaran, ia menerima isyarat gema yang lemah
daripada antena masukan kemudian menguatkannya,mengesan sampul denyut,
menguatkan isyarat denyut dan menghantarnya ke paparan.
 Salah satu daripada fungsi utama penerima ialah menukarkan frekuensi isyarat
gema yang diterima kepada frekeunsi yang rendah supaya mudah untuk di
kuatkan. Ini kerana frekuensi radar adalah tinggi, sukar untuk dikuatkan.
Frekuensi yang rendah ini dikenali sebagai frekuensi pertengahan.

(c) Pemancar
 Pemancar menjana denyut yang berkuasa tinggi. Kuasa yang diperlukan, ia
diperolehi dengan menggunakan pengayun gelombang mikro berkuasa tinggi.
Contohnya magnetron atau klystron.

d) Pembeza
 Membezakan antara isyarat masukan dengan isyarat yang hendak
dipancarkan.

e) Keluaran
 Digunakan untuk menerima isyarat yang masuk daripada penerima untuk
menghasilkan maklumat paparan .

10.2 Radar Denyut

Radar denyut, hemmm.


Apakah benda itu sebenarnya, mari kita
lihat sama-sama……
E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI 8

Radar Denyut ini merupakan jenis Radar yang paling biasa digunakan. Isyarat
yang dipancarkan adalah dalam bentuk satu denyut seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 10.2.

PRT

Isyarat
terpancar

W W

Gema

Masa Lengah,
Rajah T10.2 : Isyarat denyut radar

Isyarat terpancar dan gema bergerak secara berjujukan (denyut gema berlaku
selepas denyut terpancar). Lebar (W) denyut adalah pendek iaitu bergantung
kepada kegunaan. Ianya kurang daripada mikrosaat (μs) atau beberapa mikrosaat.
Melalui Rajah 10.2, kita mendapati;

• masa diantara denyut terpancar dikenali sebagai masa pengulangan denyut (PRT –
pulse repetition time).
• dari PRT, nilai frekuensi pengulangan denyut (PRF – pulse repetition frequency)
boleh ditentukan.

Persamaan 10.2 memberikan perkaitan antara PRT dan PRF.

PRF = 1/PRT [10.2]


E5122/U1/16
SISTEM KOMUNIKASI 9

• Nisbah lebar denyut, W berbanding PRT dikenali sebagai kitar pusingan (duty cycle).
Kitar pusingan biasanya dinyatakan dalam bentuk peratus seperti ditunjukkan dalam
persamaan 10.3.

Kitar kerja = W/PRT x 100% [10.3]

Prestasi dan kegunaan radar ditentukan oleh lebar denyut terpancar dan PRT.
Radar dalam julat pendek menggunakan lebar denyut yang sempit dan PRT yang
pendek. Ini kerana jika objek berada pada jarak dekat, masa gema juga pendek.

Lebar denyut yang sempit memastikan denyut terhenti sebelum gema mencapai
sasarannya. Jika denyut terlalu panjang, isyarat yang kembali berkemungkinan
bertopeng bagi denyut terpancar. Jika PRT terlalu pendek digunakan berbanding
jarak sasaran, gema tidak akan kembali pada masanya. Ianya hanya kembali
selepas denyut terpancar yang kedua. Keadaan ini dinamakan julat berkembar
(double range or second return echo). Oleh itu, lebar denyut adalah berkadaran
dengan PRT. Jika julat radar panjang, maka lebar denyut turut dipanjangkan dan
nilai PRT yang lebih panjang digunakan.

Antena Bekalan
Penguat RF Pemodulat Kuasa

a
r
r Suap Penjana
Penapis & Exciter Isyarat
a
Dupleks
y

Pemproses Pemproses
RF Pre- Penguat IF
pandu alur Isyarat
Amp &
Mixer

Pemproses Kawalan
Paparan
Pengesan Komputer

Rajah 10.3 Gambarajah blok bagi radar denyut

Dalam radar denyut operasi, kendalian dikawal oleh penyegerak, di mana ia


memulakan denyut bagi pemancar. Dan pada masa yang sama, penyegarak juga
E5122/U1/17
SISTEM KOMUNIKASI 0

mengawal logik picuan, pemproses isyarat (signal processor) dan pemapar


(display). Penyegerak juga berfungsi sebagai frekuensi rujukan yang digunakan
dalam exciter untuk menjana isyarat pandu RF. Frekuensi pembawa (fo) ke
pemancar adalah merupakan isyarat pengayun tempatan yang digunakan untuk
penukaran isyarat tersebut ke frekuensi pertengahan (fc) dalam penerima
superheterodin. Sistem ini berkaitan dengan tempoh secara logik kerana exciter
menetapkan frekuensi pemancaran fasa sejajar dengan isyarat pengayun
tempatan.

Denyut pemancaran dijanakan dengan pemacu exciter (fr), ketika denyut


dibekalkan oleh pemodulat dan pemancar oleh penyegerak. Maka denyut ini,
akan dihantar ke antena melalui pendupleks. Pada masa yang sama, RF suis
akan menyambungkan pemancar dengan antena ketika denyut penghantaran.
Antena yang digunakan adalah jenis pemantul parabola yang mengarah secara
mekanikal. Isyarat yang diterima, daripada antena akan dihantar ke penerima
melalui pendupleks, yang mana tidak menghubungkan pemancar dengan
meletakkan laluan kehilangan-rendah pada terminal penerima. Penguat
gangguan rendah digunakan pada masukan penerima.

Mixer akan membuat penukaran ke frekuensi pertengahan (IF). Mengikut


penguatan dalam unit desibel (dB), isyarat yang dihantar ke pemprosesan
isyarat, adalah untuk memperolehi nilai optimumnya. Keluaran di paparan
terdiri daripada gema sasaran, kemunculan pada lokasi, kedudukan dan sudut
sasaran. Array radar diprogramkan untuk melaksanakan berbagai fungsi sepeti
rangkaian pantas, penjejakan sasaran serta panduan bagi galangan peluru
berpandu.
E5122/U1/17
SISTEM KOMUNIKASI 1

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


10 A jawap soalan berikut.

Pemancar dan penerima dalam sistem radar berkongsi antena yang sama.
Betul atau Salah
Dua jenis radar utama ialah …………………..
Jarak boleh diukur dengan menggunakan CW radar. Betul atau Salah

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 15).
E5122/U1/17
SISTEM KOMUNIKASI 2

10.3 Penggunaan Radar

Saya ada banyak kegunaan seperti


mengesan kelajuan, kedudukan,
kaji cuaca dan lain-lain

Untuk memahami secara terperinci mengenai radar, mari kita lihat penggunaanya
dalam era globalisasi ini, antaranya ialah :
i. Radar cuaca
- Jumlah titisan hujan diperolehi daripada ukuran kabus dan embun yang hampir
tidak kelihatan pada pandanagn manusia. Untuk pengetahuan anda, ukuran yang
diperolehi ini hanya beberapa mm sahaja.
- Untuk pengukur menggunakan radar, panjang gelombang yang berukuran 3 cm
kebawah sahaja dapat memberi semua jenis pembacaan bagi hujan.
- Sebuah radar berukuran 3 cm memperlihatkan suatu polar yang bagus dari
geme-gema yang jauhnya 160 km atau lebih pada sesaat angin ribut yang berlalu.
- Mata angin ribut dapat di kesan dengan intensitinya.
- Kegunaan radar secara efektif di dalam meramalkan kaji cuaca adalah amat
terbatas, kerana ia hanya dapat mengesan setakat angin ribut sahaja.
- Selain daripada itu, ia juga dapat mengesan hujan dan salji dapat keadaan
atmosfera yang kurang menyenangkan, kerana lapisanya tidak setebal ribut taufan
atau lain-lain.
- Kesimpulan, peramal cuaca akan mendapatkan informasi yang tepat dan boleh
dipercayai tentang keadaan cuaca sejauh beratus-ratus km, dan juga masa bila hujan
akan turun disesuatu wilayah/kawasan.
ii. Radar astronomi
E5122/U1/17
SISTEM KOMUNIKASI 3

- Kesesuaian radar telah membawa kepada perkembangan ilmu perbintangan,


yang dikelolakan dengan radar astronomi.
- Dalam konsep ini, sesuatu denyut radar akan dikirimkan ker uang angkasa.
Ketika denyut itu terkena atau terhentam pada sesuatu yang keras atau suatu media
gas maka, gema akan terhasil lalu dikembalikan ke stesen asal. Gema yang kembali
akan membawa banyak informasi tentang sasaran-sasaran angkasa.
- Manakala, dengan yang terpantul daripada bulan akan menunjukkan seluk-belok
permukaan bulan. Hasilnya, suatu gambar maya akan menunjukan permukaan bulan
yang tidak rata.
- Juga, aliran-aliran gas yang diionisasikan oleh matahari, berjaya dianalisakan
oleh para saintis dengan menggunakan denyut pantulan radar.
- Radar astronomi juga telah membuktikan keberkesanan dalam penyelidikan
meteor-meteor di angkasa.
- Ketika meteorit meluncur melewati lapisan asmosfera, metorit itu akan
meninggalkan suatu jejak gas yang terionias, yang mana dapat dikesan oleh radar.
Maka, dengan menganalisa gema-gema jejak meteor, para pengamat dapat
memperhitungkan ukuran, garis edar, serta kelajuan meteorit yang meninggalkan
jejak di dalam lapisa asmosfera.

iii. Radar untuk keselamatan pelayaran.

Gambarajah 10.1 Contoh paparan bagi radar di


lautan

− Kepentingan radar dalam pelayaran adalah untuk menjamin keselamatan di lautan.


− Alat ini dapat memberikan informasi tentang kapal-kapal lain, daerah
sekitarannya, tepi-tepi pantai dan posisi-posisi pelampung.
− Pelampung-pelampung yang menggunakan pemantul jenis logam, mampu
meningkatkan pengesanan tempat pelampung–pelampung tersebut, melalui radar.
− Selain daripada itu, penggunaan radar juga dapat mempercepatkan perjalanan
sesuatu kapal laut pada waktu malam serta mengawal kesesakan lalulintas.

iv. Radar pengukur ketinggian.


E5122/U1/17
SISTEM KOMUNIKASI 4

− Piawaian pengukuran ketinggian tekanan, atau indikator ketinggian, digunakan


pada kapal terbang, bertujuan untuk menentukur ketinggian paras penerbangan
yang sebenar.
− Untuk pengetahuan anda, tekanan akan berkurangan di atmosfera pada ketinggian
melebihi permukaan aras laut. Semakin tinggi di atmosfera maka, semakin rendah
tekanan udara.
− Alat ini juga mampu menunjukkan kedudukan serta ketinggian kapal terbang.
− Alat yang digunakan untuk menunjukkan jarak ketinggian yang sebenarnya
dikenali sebagai radar altimeter, yang juga disebut radio altimeter.
− Alat ini beroperasi dengan menghantar suatu gelombang denyut ke permukaan
bumi dari kapal terbang. Gelombang yang dihantar tersebut akan dipantulan
semula ke kapal terbang pada sela masa yang berlainan. Hasil daripada perbezaan
sela masa tersebut, kita dapat menterjemahkan jarak ketinggian penerbangan
sesuatu kapal terbang.

v. Radar kawalan lalulintas udara


− Radar kawalan lalulintas udara biasanya dipasang di pusat-pusat kawalan kapal
terbang di setiap lapangan terbang.
− Radar ini dapat mengesan jarak sesebuah kapalterbang di antara 50 batu hingga
300 batu jauh, iaitu jarak yang telah ditetapkan dalam sistem ini.
− Ia biasanya menggunakan PRF yang rendah dan DOPPER bagi mengesan
pergerakan objek.
− Semasa pengoperasian, sistem kawalan lalu-lintas udara ini akan menggunakan 2
radar supaya dapat menguatkan punca-punca pengesan.
− Tujuan kawalan lalulintas udara diwujudkan adalah untuk membantu atau
memudahkan proses pendaratan dan penerbangan di setiap destinasi.

Gambarajah 10.2 Radar Kawalan


Lalulintas Udara

− Selain daripada itu, ia bertindak sebagai pengawal trafik udara, demi melicinkan
operasi sesebuah pesawat.
− Sebuah sistem radar juga dikenali sebagai satu pusat penerbangan yang
dikendalikan dari darat yang berfungsi untuk menunjuk arah tuju sesebuah
kapalterbang yang hendak mendarat dan berlepas, ketika cuaca buruk atau
keadaan yang dapat menghalang penglihatan para juruterbang.
− Lazimnya, ia diletakkan berdekatan dengan hujung landasan iaitu tempat yang
paling strategik untuk mengawal perjalanan sesebuah kapal terbang.
E5122/U1/17
SISTEM KOMUNIKASI 5

− Radar ini berfungsi apabila terdapat objek yang masuk ke dalam kawasan
imbasannya. Tanda-tanda seperti sekumpulan titik-titik pada layar radar akan
menunjukkan bahawa terdapat objek seperti kapalterbang yang akan mendarat
atau menuju ke lapangan.
− Selepas mendapat isyarat bahawa terdapat kapalterbang yang hendak mendarat,
radar tersebut akan memeriksa kawasan landasan kapal terbang bagi memastikan
tiada perselisihan di antara setiap pesawat.
− Jika terdapat kapal terbang yang menggunakan landasan untuk berlepas maka,
pesawat yang hendak melakukan pendaratan akan diminta oleh pengawal trafik
udara untuk berlegar-legar buat sementara waktu diudara sehingga diberi
kebenaran untuk mendarat.
− Dari kita dapat melihat betapa pentingnya radar bagi mengawal lalulintas di udara
yang berisiko tinggi.
− Dalam sistem radar penerbangan yang terdahulu, proses pendaratan pesawat
dilakukan dengan cara operator menara kawalan akan memberi petunjuk-petunjuk
secara berterusan kepada juruterbang sehinggalah juruterbang dapat mencapai
laluan pendaratan yang ditetapkan.
− Dalam peningkatan sistem radar pada era moden, juruterbang mungkin dapat
mendaratkan pesawat dengan sendirinya kerana telah terpasang radar di semua
bandar-bandar utama sepertimana yang terpasang di pesawat-pesawat yang
canggih masakini

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


10.B jawap soalan berikut.

Sebagai aktiviti kelas, anda dikehendaki mendapatkan dua contoh lain dari
segi penggunaan radar.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 15).
E5122/U1/17
SISTEM KOMUNIKASI 6

PENILAIAN
Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.
KENDIRI

Nyatakan komponen-komponen yang terdapat dalam rajah blok CW


serta terangkan dua daripadanya.
Terangkan konsep bagi kesan doppler.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 15).

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


10.A dibawah.

Betul
Gelombang-terus dan denyut
Salah
E5122/U1/17
SISTEM KOMUNIKASI 7

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


10.B dibawah.

Sila rujuk kepada pensyarah anda bagi setiap contoh yang telah anda perolehi.

RESPON
Semak jawapan anda.
KENDIRI

Rujuk nota Rajah 10.1 dan peneranganya


Anjakan frekuensi bagi bunyi, radio atau gelombang cahaya yang terjadi
disebabkan oleh pergerakan pemantulan di antara objek.
E5122/U1/17
SISTEM KOMUNIKASI 8