P. 1
tdm5

tdm5

|Views: 617|Likes:
Published by Ainie Abdullah

More info:

Published by: Ainie Abdullah on Aug 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2010

pdf

text

original

ihatan Awam Bahagian Pergigian Bahagian Perubatan Bahagian Farmasi Pejabat Pengarah Bahagian Pengurusan Unit Pengurusan Am Unit

Perkhidmatan dan Perjawatan Unit Kewangan Unit Teknologi Maklumat Unit Pembangunan Unit Kaunseling Unit Latihan Bahagian Kesihatan Awam Unit Inspektorat dan Perundangan (UIPN) Unit Kualiti Kesihatan Awam Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga (MCH) Unit Pemakanan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (Epidemiologi) Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit Unit Keselamatan & Kualiti Makanan Unit Vektor Unit Kejuruteraan Unit AIDS / STD Unit Pendidikan Kesihatan / Promosi Kesihatan Bahagian Perubatan Unit Kualiti Perubatan Unit Rekod Perubatan Unit Kejururawatan Unit Kualiti Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) Bahagian Perkhidmatan Farmasi Unit Kuatkuasa Unit Amalan dan Perkembangan Farmasi PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL

Perkhidmatan farmasi klinikal yang paling asas dan disediakan di semua Hospital dan Klinik Kesihatan dalam Negeri Selangor adalah:
y y

Pendispensan ubat untuk pesakit luar/ klinik harian Pendispensan ubat pesakit dalam dan bekalan ubat wad

Dengan pertambahan bilangan Pegawai Farmasi serta kemudahan perkhidmatan, beberapa

3. aminophylline dan Phenytoin. Di antara ubat yang dimonitor adalah ubat-ubat yang mempunyai kesan toksik jika diambil berlebihan serta ubat-ubatan yang mempunyai julat terapeutik yang kecil seperti Digoxin. Di Farmasi Pesakit Dalam. kekerapan serta tempoh masa yang tertulis adalah betul. kakitangan farmasi bertanggungjawab menyaring setiap preskripsi yang diterima bagi memastikan ianya adalah preskripsi yang sah dan dos. Therapeutic drug monitoring (TDM) Pemonitoran paras ubat dalam darah (Therapeutic Drug Monitoring/ TDM) bagi memastikan paras ubat dalam darah pesakit adalah didalam julat terapeutik atau bagi menentukan sama ada ketoksikan berlaku atau tidak. sebelum mendispense ubat kepada pesakit. Kini perkhidmatan ini turut disediakan di Hospital Selayang dan Hospital Kajang. Admikstur Ubat Intravena Penyediaan ubat-ubatan suntikan intravena secara aseptik digunakan apabila campuran ubat perlu diberi kepada pesakit secara intravena bagi tempoh masa tertentu. Pegawai Farmasi boleh mengesyorkan pengubahsuaian dos berdasarkan keputusan ujian TDM. Perkhidmatan ini disediakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Klang. kekuatan ubat. . 6. Kaunseling Perkhidmatan Kaunseling ubat-ubatan secara individu dijalankan di semua hospital serta Klinik Kesihatan yang ada Pegawai Farmasi. sesi kaunseling berkumpulan turut diadakan untuk pesakit. Ini juga menjimatkan kos rawatan di mana satu ubat suntik µmultidose¶ boleh digunakan untuk rawatan beberapa pesakit. 7. Aktiviti ini mula diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. 4. 5. Di beberapa hospital. 2. Klang. Cara ini mempunyai kelebihan darii segi kepastian pencegahan kontaminasi dan ketepatan dos yang diberi.perkhidmatan lain telah dapat dikembangkan. Pendispensan Kaunseling Pemonitoran Ubat Terapeutik/Therapeutic Drug Monitoring (TDM) Admikstur Ubat Intravena Total Parenteral Nutrition (TPN) Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) Pharmacotherapy Ward Round Pendispensan Di Farmasi Pesakit Luar dan Farmasi Pesakit Dalam. sistem µUnit of Use¶ dan µUnit Dose¶ digunapakai bagi memastikan pemberian ubat yang lebih teratur dan terkawal. 1. Semua Jabatan Farmasi juga mengamalkan Quality Assurance bagi memastikan pengisian dan pelabelan ubat adalah betul dan tiada kesilapan berlaku.

Melalui rondaan wad bersama Pegawai Perubatan. Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) Penyediaan ubat-ubat sitotoksik secara aseptik dilakukan dalam bilik aseptik dengan sekitaran yang terkawal bagi mengurangkan risiko kontaminasi dan kesan sitotoksik kepada pekerja. Klang (turut menyediakan untuk pesakit Hospital Kajang) dan Hospital Selayang.Selayang dan Hospital Kajang. Total Parenteral Nutrition (TPN) Penyediaan larutan nutrisi parenteral secara aseptik serta pemonitoran keperluan nutrisi pesakit yang menerima larutan TPN dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Hospital Selayang. Bekalan TPN bagi pesakit di Hospital Kajang pula disediakan secara µoutsourced¶ dari Hospital Kuala Lumpur. perbincangan dan penelitian kes-kes pesakit serta rawatan yang terbaik dapat diberikan Fungsi Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal/Therapeutic Drug Monitoring (TDM) y mengukur kepekatan paras serum ubat dalam darah y memberikan maklumat yang tepat dalam aspek keselamatan & efikasi terapi y meminimakan risiko ketoksikan y membantu dalam pengubahsuaian regimen dos pesakit dalam meningkatkan kesan farmakologi drug yang diingini y penting bagi drug yang berjulat terapeutik rendah seperti digoxin dan aminoglikosid . Klang dan Hospital Selayang. Perkhidmatan ini disediakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Pharmacotherapy ward round Aktiviti ini mula dijalankan pada tahun 2004 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Sejak beroperasi selama lebih 3 tahun didapati kemajuannya amat memberangsangkan di mana bilangan kes yang dikendalikan meningkat tahun demi tahun. Awang @ Saibun. Ia juga melibatkan penentuan parameter-parameter farmakokinetik tertentu ubatubatan agar pengubahsuaian dos (sukatan) ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit dapat dilakukan. Phenytoin.³Therapeutic Drug Monitoring´ . ginjal atau paruparu. Pemonitoran Terapeutik Ubat-Ubatan (TDM) adalah perkhidmatan farmakokinetik klinikal yang melibatkan pengukuran paras kandungan ubat-ubatan di dalam darah pesakit. Sejajar dengan perkembangan teknik analitis yang automatik dan terkini. iaitu pengecaian ubat. Sodium Valproate) dan . pengedaran ubat ke dalam tisu-tisu badan. Ini kerana terapi ubat yang optima adalah selari dengan perhubungan kepekatan ubat yang diukur dengan kesan terapeutik ubat tersebut. metabolisme ubat ke bentuk aktif atau tidak aktif. Hospital Kangar Penggunaan ujian biokimia sebagai sumber bantuan dalam penilaian klinikal pesakit semakin mendapat perhatian sejak dua dekad yang lalu. Perkhidmatan TDM ini akan hanya memantau paras ubat-ubatan tertentu sahaja iaitu ubat-ubatan yang mempunyai pelbagai ciri farmakokinetik dan mempunyai indeks terapeutik yang sempit umpamanya ubat-ubatan dari kelas ³Cardiac Glycosides´ (contohnya Digoxin). Phenobarbitone.Ph Pegawai Farmasi. interpretasi keputusan dan pengurusan terapeutik. R. Namun begitu pada penghujung tahun 1998. Selain itu ia juga dapat mengenalpasti kebioperolehan ubat yang pelbagai jenama dan bentuk dosejnya. Secara umumnya perkhidmatan TDM melibatkan 4 peringkat iaitu tujuan penentuan kepekatan ubat. beberapa proses akan berlaku kepada ubat tersebut di dalam badan pesakit. serta seterusnya ubat tersebut mengalami proses perkumuhan melalui hati. ubat-ubatan Antiepileptik (contohnya Carbamazepine. menilai kesan terapeutik atau kesan toksik (bahaya) ubat kepada pesakit. Apabila seseorang pesakit mengambil ubat. Objektif pengukuran paras ubat dalam darah adalah untuk menilai tahap komplians (kepatuhan) pesakit kepada rawatan. penyerapan ubat ke dalam peredaran darah. ubat-ubatan merawat asma (contohnya Theophylline atau Aminophylline). menentukan regimen dos (sukatan) ubat kepada pesakit yang mengalami gangguan ginjal atau hati dan pesakit yang menjalani hemodialisis. ketepatan persampelan dan prosedur pengukuran paras ubat. Demikian adalah bertujuan untuk mendapatkan faedah klinikal yang maksima dan pada masa yang sama untuk mencegah kesan toksik (kesan bahaya) ubat-ubatan. Perkhidmatan TDM telah dilaksanakan di Hospital Kangar sejak tahun 1995 dengan kerjasama Unit Biokimia Hospital Kangar dan Farmasi Hospital Alor Setar. maka perkhidmatan farmakokinetik klinikal diwujudkan untuk memantau tahap penjagaan pesakit secara optima. Sehubungan itu maka penggunaan paras ubat dalam darah pesakit diperlukan sebagai salah satu cara untuk menentukan dos (sukatan) ubat pesakit. perkhidmatan ini dijalankan sepenuhnya di Farmasi Hospital Kangar.TDM Paezaiton bt.

tidak seharusnya mengenepikan kemungkinan kegagalan pengubatan menggugat rawatan pesakit. . Amikacin). Jadi kelangsungan dan kemajuan perkhidmatan ini adalah wajar untuk mencapai tahap kualiti perawatan yang membanggakan semua pihak. jantung atau keabnormalan hematologi yang dikenalpasti oleh doktor. Bagi menjamin keberkesanan kos rawatan. Selain itu pengukuran paras keracunan Paracetamol juga dilakukan bagi kes-kes pengambilannya dalam kuantiti yang terlalu banyak. Oleh itu TDM adalah salah satu daripada pelbagai cara untuk mempastikan keberkesanan rawatan. hati. pemilihan pesakit untuk keperluan TDM ialah pesakit yang mengalami kegagalan ginjal. Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan kepada pesakit.antibiotik (Gentamicin.

FUNGSI/ AKTIVITI UTAMA 1) Stor Integrasi Aktiviti utama Stor Integrasi adalah menguruskan perolehan dan pembekalan ubat. aset bukan perubatan. peralatan perubatan.bahan kimia dan gas perubatan untuk semua unit di Hospital Teluk Intan dan klinik-klinik . alat pakai buang consumables .

00ptg 12. Sistem pembekalan adalah melalui Farmasi Satelit untuk bekalan suntikan dan tablet. Preskripsi dari hospital universiti akan dirujuk kepada Jabatan Pesakit Luar.45ptg 5. ubat titis mata/telinga/hidung dan IV Drips adalah melalui Farmasi Bekalan Wad.Ahad Khamis : 8.kesihatan di Daerah Hilir Perak.00ptg 12.00pg : 9.30pg 5. Perkhidmatan disediakan setiap hari termasuk hari cuti dan hujung minggu saperti berikut : Hari Isnin Hari Jumaat Hari Sabtu. 2) Farmasi Pesakit Luar Farmasi Pesakit Luar berfungsi untuk membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit luar dari Jabatan Pesakit Luar hospital. Total Parenteral Nutirition(TPN) dan rekonstitusi ubat sitotoksik(CDR). Program Hospital Inventory System (HIS) telah digunakan bagi memperolehi barangbarang standard (AP) dengan memesan terus kepada Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd. Perkhidmatan disediakan pada waktu hari bekerja sahaja. Penyediaan adalah mengggunakan fasiliti 2 unit bilek bersih iaitu bilek bersih untuk TPN dan bilek bersih untuk CDR.00pg : 9. Perkhidmatan disediakan setiap hari saperti berikut : Hari Isnin Jumaat : 8. Jabatan Kecemasanm rujukan SPUB klinik kesihatan/hospital kerajaan yang lain dan pesakit hospital yang discaj.00ptg 12. klinik-klinik pakar hospital.30tgh ( termasuk cuti umum) Hari Sabtu.30pg 5.Ahad 4) Farmasi Aseptik Unit ini menyediakan perkhidmatan yang meliputi sediaan yang memerlukan prosedur aseptik saperti sediaan ubat titis mata.00pg : 8. Pembekalan ubat adalah hanya melalui peskripsi KKM. 2.30tgh ( termasuk cuti umum) 3) Farmasi Pesakit Dalam Unit ini bertanggungjawab keatas bekalan ubat untuk kegunaan pesakit dalam di wad/unit .15tgh. Sementara itu bekalan sediaan galenikal. 5) Farmasi Wad .

ia dapat membantu di dalam memberikan terapi dan rawatan yang optimum kepada pesakit. Dengan aktiviti ini.Aktiviti yang dijalankan diuit ini ialah adalah berteraskan konsep penjagaan farmaseutikall (Pharmaceutical Care Concept). iii) Mendapatkan maklumat sejarah pengubatan yang lengkap dari pesakit Maklumat sejarah pengubatan pesakit yang lengkap terutama yang melibatkan alahan kepada ubat dan penggunaan ubat yang bukan dari KKM amat penting untuk dititikberatkan. Oleh yang demikian. perbincangan mengenai semua aspek rawatan pesakit paling diutamakan ii) Pemantauan kes secara berterusan dan aktiviti case-study Melalui aktiviti ini. duplikasi terapeutik dan . Di dalam rondaan wad. pesakit akan dipantau secara berterusan dan segala permasalahan terutama yang melibatkan drug-related-problem akan dibincangkan bersama antara pegawai farmasi dan pegawai perubatan supaya rawatan yang diberi tidak membawa kesan yang mudarat kepada pesakit. perkhidmatan unit farmasi wad diwujudkan untuk memenuhi objektif yang berikut: i) ii) Memastikan pemberian dan penggunaan ubat kepada pesakit adalah optimum Mempraktikkan Pharmaceutical Care Concept khususnya dan pesakit luar umumnya terhadap pesakit dalam wad iii) Meningkatkan komplians pesakit terhadap rawatan ubat-ubatan dengan memberikan maklumat yang lengkap melalui kaunseling iv) Mengenalpasti masalah pesakit berkaitan pengendalian ubat (Drug Related Problem) v) Memberikan maklumat kepada pegawai perubatan tentang rawatan yang paling kos efektif vi) Mewujudkan hubungan yang baik dan komunikasi yang berkesan di antara wad dan farmasi Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti: i) Rondaan Wad Aktiviti ini dilaksanakan dengan menyertai rondaan wad pegawai perubatan dan rondaan wad bersama pegawai farmasi. Ianya adalah satu amalan yang akan memastikan pesakit menerima ubat yang betul. dos yang selamat dan cara pemberian yang betul agar kesan terapeutik adalah optimum dan kesan samping adalah minimum. sekiranya pesakit keliru dan berlaku insiden yang tidak diingini seperti kejutan anafilaksis. Ini kerana.

ia bukan sahaja menjejaskan rawatan sedia ada bahkan boleh menerukkan keadaan pesakit. Pegawai Farmasi terlibat bukan sahaja menjalankan kaunseling kepada pesakit tetapi juga mengenalpasti isu-isu berkaitan masalah penggunaan ubatan pesakit dan berbincang dengan pakar atau pegawai perubatan bagi meningkatkan tahap komplians pesakit dan seterusnya memperbaiki `clinical outcomes pesakit. 6)Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal(TDM) Aktiviti utama unit ini ialah menguji dan memantau tahap kepekatan ubat tertentu dalam darah pesakit. Ini membolehkan keracunan dapat dikesan awal dan rawatan kecemasan dapat diberikan dengan secepat mungkin. Dengan kerjasama semua pihak terutama pegawai perubatan dan kakitangan kejururawatan ianya banyak membantu dalam meningkatkan mutu penjagaan farmaseutikal pesakit 7) Medicine Therapy Adherence Clinic(MTAC) Fungsi utama unit ini ialah untuk meningkatkan tahap komplians pesakit terhadap ubat yang dibekalkan kepada mereka. rawatan melibatkan ubat warfarin. Ini dapat mempercepatkan keputusan ujian dicapai dan meningkatkan mutu penjagaan pesakit. Justeru. Di samping menguji tahap kepekatan ubat di dalam plasma serta memberikan cadangan. Selain itu.sebagainya. . unit juga menguji dan memantau kes keracunan paracetamol dan digoxin walaupun di luar waktu pejabat dengan mengadakan giliran tugas atas panggilan (on-call) di kalangan pegawai farmasi. Pesakit yang telah dikaunseling dan discaj akan dirujuk kepada Farmasi Pesakit Luar atau Farmasi Klinik Kesihatan untuk dipantau tahap kepatuhan dan kesihatan pesakit. Ini dicapai dengan pernglibatan Pegawai Farmasi di Klinik-klinik khas bagi rawatan atau penggunaan ubat tertentu. pesakit yang memerlukan kaunseling oleh pegawai farmasi seperti kaunseling penggunaan inhaler dan teknik insulin. dapat mengurangkan kematian disebabkan keracunan. unit ini juga semakin giat menjalankan aktiviti klinikal iaitu mengadakan clerking dan cadangan dos ubat secara terus di wad-wad serta memantau keadaan pesakit. Unit ini sudah berjaya menguji kebanyakan ubat-ubat dan tidak perlu menghantar sampel untuk diuji di Hospital Ipoh. program rehabilitasi jantung dan sebagainya akan diberikan penerangan di dalam wad. iv) Kaunseling pesakit di dalam wad Melalui aktiviti.

00tgh di Jabatan Psikiatri. aduan tentang produk dan permohonan ubat-ubat yang memerlukan kelulusan khas dari Ketua Pengarah Kesihatan (KPK). Perkhidmatan disediakan dari jam 8.00pg 1tgh di Jabatan Perubatan. Klinik Metadon Jabatan Psikiatrik dan Klinik HIV Jabatan Perubatan.00ptg. 8) Pusat Maklumat Ubat dan Racun Dan Latihan(DPIS) Aktiviti aktiviti Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun (DPIS) meliputi menjawab pertanyaan tentang ubat-ubatan.00pg 5. Klinik Metadon dilaksanakan setiap hari dari jam 7.Perkhidmatan yang telah disediakan oleh Pegawai Farmasi di klinik terbabit ialah di Klinik Warfarin Jabatan Perubatan. menerbitkan Pharma Info (Buletin Farmasi). menyelenggarakan aduan Kesan Adverse Ubat (ADR). Perkhidmatan MTAC Klinik Warfarin dilaksanakan setiap hari Rabu pada jam 9. mengendalikan program menambah pengetahuan tentang ubat-ubatan di kalangan anggota.30pg 1. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->