Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM

EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241

_________________________________________________________________________________________
Anda ingin CEMERLANG Pengajian AM STPM 2010???.... Sertailah BENGKEL TEKNIK MENJAWAB dan PERSEDIAAN PEPERIKSAAN
PENGAJIAN AM A STPM 2010… Program dijalankan bulan September / Oktober 2010.
Soalan Latihan Percubaan Pra-Pertengahan Tahun / Semester STPM 2010

Bahagian A


Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah
perkataan.

[ 25 ]

1. Produk makanan segera semakin mendapat sambutan kerana orang ramai gemar mengambil
makanan segera sebagai menu harian walaupun ternyata tabiat ini tidak sepatutnya diamalkan.
Bincangkan.

2. Kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah dikaitkan dengan manisfestasi ketidakupayaan pihak
sekolah menangani kes ini, namun langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk
membendung masalah ini.
Bincangkan.

3. Isu pembuangan bayi semakin mengemparkan dan membimbangkan. Selain faktor terhakisnya
penghayatan ajaran agama, tidak dinafikan masih banyak faktor lain yang mendorong berlakunya
gejala ini.
Bincangkan.

4. Bangunan-bangunan warisan di Malaysia mempunyai nilai-nilai sejarah dan keseniannya. Oleh itu,
pengekalan bangunan warisan haruslah diberi perhatian yang serius.
Bincangkan.

5. Majoriti gejala vandalisme melibatkan golongan remaja. Budaya ini membebankan negara.
Bincangkan.

6. Perusahaan kraftangan harus diberi sokongan oleh semua pihak. Pelbagai langkah telah
dijalankan untuk memajukan perusahaan tersebut.
Bincangkan.

7. Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat hari ini semakin meningkat dan menjadi
keperluan sesetengah anggota masyarakat. Walaubagaimanapun, penggunaan kad kredit
menimbulkan implikasi ekonomi kepada pengguna.
Bincangkan.

8. Proses globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah mendatangkan manfaat dan implikasi kepada
sesebuah negara.
Bincangkan.

9. Kes jenayah kanak-kanak yang melibatkan penculikan dan pembunuhan telah meningkat sejak
kebelakangan ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini.
Bincangkan.

10. Pengguna dan pihak berkuasa pada hakikatnya memiliki kuasa untuk menentukan turun naik harga
barangan.
Bincangkan.


T
E
R
H
A
D

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 04-7323062 / 012-4425241

_________________________________________________________________________________________
Anda ingin CEMERLANG Pengajian AM STPM 2010???.... Sertailah BENGKEL TEKNIK MENJAWAB dan PERSEDIAAN PEPERIKSAAN
PENGAJIAN AM A STPM 2010… Program dijalankan bulan September / Oktober 2010.
Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah
perkataan.
[ 25 ]

1. Krisis bekalan makanan berkhasiat dunia kian meruncing. Pendekatan sains dan teknologi didapati
mampu menangani krisis tersebut.
Huraikan pernyataan ini.

2. Sikap masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja yang suka makan makanan
segera boleh menjadi punca penyakit. Walaubagaimanapun, premis makanan segera semakin
mendapat sambutan.
Jelaskan pernyataan di atas.

3. Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu dalam kalangan masyarakat moden
hari ini. Pengambilan makanan yang tidak seimbang bukanlah penyebab utama berlakunya
penyakit tersebut.
Bincangkan.

4. Pertanian organik merupakan suatu sistem pertanian mesra alam. Kaedah ini dapat mengimbangi
penggunaan bahan kimia yang memberi kesan kepada kehidupan dan alam sekitar.
Bincangkan.

5. Kebelakangan ini bilangan penduduk negara mengalami sakit mental semakin meningkat, justeru
pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya.
Bincangkan.

6. Bahan buangan sisa-sisa pertanian boleh diproses untuk kegunaan manusia, namun
ketidakcekapan pengurusan pembuangan sisa-sisa pertanian boleh menimbulkan pelbagai
masalah kepada manusia dan alam sekitar.
Bincangkan.

7. Diabetes merupakan penyakit di Malaysia yang semakin meningkat. Hal ini wajar diambil tindakan
sebelum menjadi lebih mencabar.
Bincangkan.

8. Kejadian bencana alam yang berlaku sama ada dalam negara atau di luar negara berpunca
daripada perubahan cuaca dunia.
Jelaskan bencana alam yang diakibatkan oleh perubahan cuaca dan kesannya terhadap
kehidupan manusia.

9. Perubatan berasaskan tumbuhan herba boleh dikembangkan sebagai alternatif kepada perubatan
moden walaupun terdapat kesan sampingan kepada pengguna.
Bincangkan.

10. Tindakan manusia disedari merangsang bencana tanah runtuh. Bencana ini tentunya merugikan
manusia sendiri.
Jelaskan.

”MASA.....lebih berharga daripada emas.
Masa adalah degupan jantung kita dan juga kehidupan kita.
Anda akan GAGAL jika sekiranya masih membuang masa”.
Cikqu SEZALI DIM
I99I ~ Z0I0
I Moc Z0I0
7.0Z pm

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.