You are on page 1of 5

Pelajar lelaki di IPTA diberitakan semakin merosot bilangannya dari tahun ke tahun.

Sebenarnya
bukan sahaja di IPTA, malahan di IPTS dan kolej-kolej swasta juga situasi ini dilaporkan
berlaku. Ini membimbangkan ramai pihak. Jika keadaan ini berterusan, bermakna bekalan tenaga
kerja profesional lelaki akan berkurangan di pasaran bagi tahun-tahun mendatang. Apa yang
lebih menyedihkan, keadaan ini lebih ketara jika statistiknya dilihat dari segi bangsa Melayu.
Jumlah pelajar lelaki Melayu, amat ketara berkurangan berbanding pelajar perempuan
Melayu.Mengapakah ini berlaku?.

Apabila hal ini di bawa kepada perbincangan umum, pelbagai pendapat dan rumusan dibuat.
Namun sehingga kini, tiada satu langkah berkesan yang telah dilaksanakan bagi merubah situasi
yang membimbangkan ini. Ada pihak berpendapat situasi ini wujud kerana perubahan budaya
semasa. Dalam perbincangan seterusnya, kita akan lebih menumpukan kepada pelajar-pelajar
Melayu. Berkaitan perubahan budaya ini ialah perubahan akibat proses urbanisasi yang ketara
dan pesat membawa kepada satu sikap baru dalam masyarakat Melayu iaitu sikap mementingkan
kebendaan (materialistik). Dalam dunia mengejar kebendaan ini, wang sentiasa berada di
hadapan apabila keputusan ingin dibuat. Jadi tidak hairanlah apabila tamat persekolahan
menengah atas (tingkatan 5), para pelajar Melayu, bersegera mendapatkan kerja. Apabila sudah
bekerja dan mendapat wang, mereka mula membeli dan membelanjakan wang yang diperolehi
untuk apa yang mereka idamkan selama ini. Akhirnya mereka mula seronok dengan corak
kehidupan yang memang jauh menyeronokkan berbanding suasana di zaman persekolahan yang
dikatakan tersekat (tidak bebas), kesempitan wang, dipenuhi peraturan dan sebagainya lagi.

Seterusnya, minat mereka terhadap pelajaran dan langkah untuk melanjutkan pelajaran semakin
berkurangan. Dalam keadaan sebegini, remaja perempuan Melayu dikatakan bersikap lebih
matang. Mereka memandang lebih jauh ke hadapan. Mereka masih melihat proses melanjutkan
pelajaran sebagai satu keperluan. Mereka telah mula berfikir mengenai kehidupan bekeluarga
yang memerlukan persediaan yang lebih baik. Bermakna pelajaran perlu diteruskan untuk
potensi kehidupan yang lebih baik.

Sebaliknya pelajar lelaki, khasnya remaja lelaki Melayu, lebih mementingkan keseronokan yang
mereka telah perolehi. Ingin bebaskan minda mereka dari segala sekatan dan kongongan yang
dialami semasa di sekolah dulu. Boleh dikira dengan jari, berapa orang remaja lelaki pada umur
sebegini yang mula memikirkan lebih jauh tentang kehidupan du masa depannya. Tentang
keluarga yang akan dibinanya dan sebagainya lagi. apa yang kerap terpacul dari mulut mereka
ialah "Enjoy!!!". Jika dibandingkan dengan bangsa lain, khasnya remaja Cina, kebanyakan
mereka menghabiskan masa luang sementara menunggu peperiksaan ini untuk mempelajari
ilmu-ilmu yang tidak mereka pelajari semasa di sekolah seperti menimba pengetahuan komputer,
mengikuti kursus menaip dan trengkas, kursus meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris,
mengikuti kursus-kursus teknikal, menguruskan perniagaan keluarga dan sebagainya lagi yang
bukan sahaja mendatangkan keseronokan semata, tetapi memberi impak positif untuk kehidupan
masa depan mereka.

Ada pihak pula menyatakan nisbah penduduk sekarang menjadi punca pelajar lelaki berkurangan
di pusat pengajian tinggi. Kajian oleh JAWI menunjukkan nisbah lelaki perempuan adalah 1:14,
yakni satu lelaki bagi setiap 14 orang wanita. Jika hal ini benar (dan memang telah dinyatakan
bahawa suatu masa nanti nisbah lelaki wanita akan meningkat menjadi 1:50), maka kesannya
tentulah seperti situasi yang berlaku sekarang ini. Tapi ini tidak dapat membuktikan kenapa
apabila ada sekolah, jumlah calon yang mengambil SPM adalah seimbang antara lelaki dan
perempuan, tetapi selepas keputusan ke IPT diumumkan, hanya sebilangan kecil calon lelaki
berjaya menjejakkan kaki ke IPT.

Ada pula pihak menyatakan, sikap memilih lelaki dan suka mengambil jalan mudah merupakan
satu lagi faktor penyumbang kepada kemerosotan ini. Pelajar-pelajar lelaki yang memohon ke
IPT memohon kursus bukannya mengikut kelulusan dan pencapaian mereka, sebaliknya
mengikut populariti dan bidang pekerjaan yang boleh diceburi selepas ikuti pengajian. Akibatnya
mereka tersalah membuat pilihan, diletakkan dalam senarai calon simpanan yang panjang dan
tempat di IPT tidak diperolehi. Jika selepas tamat SPM, mereka juga memilih jenis kerja, mereka
juga memilih jenis kursus yang hendak diikuti, terlalu memilih universiti dan sebagainya lagi.
Akhirnya, sikap memilih mereka memakan diri. 

Ada pihak yang mengemukakan hujah yang lebih logik dan jelas berlaku, iaitu pencapaian lemah
pelajar-pelajar  lelaki ketika peringkat SPM menjadi sebab utama mereka kandas ke IPTA dan
IPTS. Faktor ini memang nyata kebenarannya. Tapi kita masih tercari-cari kenapa para pelajar
lelaki lepasan SPM, peratus yang berjaya dalam peperiksaan berkenaan juga nampaknya makin
merosot. Jelasnya, dengan jumlah calon lelaki yang makin berkurang dan ditambah lagi dengan
sikap sentiasa 'enjoy' dan ambil mudah menyebabkan mereka kandas selepas SPM dan tidak
dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Hanya pelajar-pelajar lelaki yang rajin, tekun
berusaha serta tahu impian dan matlamat masa depan mereka berjaya ke sana.
KE MANA perginya pelajar lelaki? Pertanyaan ini memang kerap saya lontarkan dalam semua
kelas yang saya masuki pada setiap kali semester baru bermula. Soalan ini tidak dapat saya elak-
kan kerana senario beginilah yang menangkap perhatian saya sejak beberapa tahun kebelakangan
ini.

Umumnya, daripada sejumlah 30 pelajar di dalam sesebuah kelas misalnya, yang pasti 70 peratus
pelajar perempuan dan selebihnya lelaki, malah ada ketikanya tiada pelajar lelaki langsung?

Dengan nada sinis dan nakal segelintir pelajar perempuan yang mendominasi bilangan pelajar
dalam kelas pantas menjawab bahawa lelaki lebih bertumpu di pusat serenti. Namun, adakah itu
jawapan sebenarnya. Mungkin ada sedikit kebenarannya justeru lelaki memang majoriti di sana.

Beberapa orang pelajar lelaki yang be- rat untuk bersetuju dengan pandangan nakal ini
melahirkan rasa bosan dan tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan negara yang
didakwanya tidak praktikal.

Sistem persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogokkan dengan ‘belajar setakat
hendak lulus periksa” se- lain daripada pembelajaran yang lebih tertumpu kepada membaca dan
hafal dilihat tidak relevan dan tidak memenuhi minat mereka.

Kaedah pembelajaran lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada hands on dan tidak setakat
membaca dan menghafal yang seterusnya dimuntahkan dalam kertas jawapan peperiksaan.
Selepas itu, dalam banyak keadaan apa yang dipelajari selama empat tahun di universiti
sebenarnya tidak membantu langsung dalam pemilihan dan perkembangan kerjaya mereka.

Justeru itu, kebanyakan penuntut lelaki mencari jalan keluar dengan memilih bidang pekerjaan
atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Institut Kemahiran, Institut Latihan
Perindustrian (ILP), politeknik dan sebagainya.

Ini disokong oleh fakta bahawa bilangan pelajar lelaki yang mengikuti pengajian vokasional atau
teknikal di Politeknik dan Kolej Komuniti mewakili 60 peratus. Menyedari keadaan ini,
Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya membina lebih banyak institusi serupa ini agar dapat
memenuhi keperluan pelajar lelaki.

Bagaimanapun, ini tentunya berbeza dengan pelajar perempuan yang kelihatannya lebih
berminat serta tekun untuk membaca dan menghafal segala fakta dan teori yang terkandung
dalam buku teks. Walaupun dianggap kes terpencil, namun pelajar yang hebat dalam akademik
tidak dinafikan banyak yang gagal dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam dunia
pekerjaan sebenar. Kaedah pembelajaran “kakaktua” ini bukanlah sesuai lagi dalam keadaan
sekarang.

Apabila isu kekurangan penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini
ditimbulkan sekali lagi oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sul- tan Idris (UPSI), Prof. Dr.
Aminah Ayob jurang perbezaan yang semakin melebar memang sudah dijangka kerana sejak
tempoh lima tahun lalu, dominasi penuntut perempuan di IPTA memang sudah ketara.
Cuma apa yang lebih mengejutkan kini ialah trend penguasaan pelajar lelaki da- lam bidang
teknikal termasuk kejuruteraan di universiti awam kian merosot tetapi didominasi pula oleh
pelajar perempuan.

FenomenaFakta bahawa bilangan lelaki yang memang lebih sedikit berbanding perempuan di
negara ini sekarang walaupun boleh diterima sebagai sebahagian daripada penyumbang kepada
fenomena ini, faktor- faktor lain yang berkait rapat sewajarnya dikenal pasti dan seterusnya
ditangani.

Meletakkan pelajar lelaki dalam kelompok yang bermasalah sosial tentunya tidak adil justeru
bilangan mereka yang terbabit dalam jenayah dan penagihan dadah begitu kecil jika
dibandingkan dengan penduduk negara ini yang berjumlah 26 juta orang.

Masalah keluarga yang kurang berkemampuan untuk membiayai pengajian universiti selain
daripada tekad pelajar lelaki yang lebih cenderung untuk mencari pekerjaan bagi menanggung
adik beradik yang lain juga turut menyumbang kepada keadaan ini.

Pandangan sebahagian besar ibu bapa bahawa anak perempuan wajar mempunyai kerjaya yang
boleh memperuntukkan lebih masa dengan keluarga juga turut menyumbang kepada jurang
perbezaan ini. Justeru itu anak-anak perempuan digalakkan untuk memilih bidang yang bersifat
akademik dan tidak menghairankan jumlah mereka terus meningkat di universiti.

Malah ada pandangan yang menyatakan sistem meritokerasi yang di amalkan sejak beberapa
tahun lalu menjadi punca kepada jurang yang semakin melebar ini. Walaupun ada saranan
supaya sistem kuota digunapakai bagi membendung fenomena ini, namun ia bukanlah langkah
terbaik.

Membenarkan pelajar lelaki masuk ke IPTA atas alasan menyempitkan jurang dengan
mengorbankan aspek kualti dan minat hanya akan meruntuhkan imej universiti sebagai penjana
graduan cemerlang dan berkualiti.

Kecemerlangan pelajar perempuan seharusnya menyuntik semangat kepada pelajar lelaki untuk
bersaing secara sihat, bukan mempertikaikan pemilihan jumlah pelajar perempuan yang ramai di
IPTA. Persaingan secara sihat untuk mendapat tempat di mana-mana IPT harus diteruskan kalau
kita mahu melahirkan modal insan yang benar-benar cemerlang.

Namun begitu apa yang digusarkan ialah masalah ini jika dibiarkan berlarutan bakal melahirkan
masalah ketidakseimbangan dari segi pekerjaan pula. Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi
suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai IPT terus berlaku.

Suka tidak suka dan mahu tidak mahu satu hari nanti wanita yang berkerjaya tinggi akan
berkahwin dengan mana-mana lelaki yang lebih rendah taraf kerjayanya hatta termasuk mereka
yang tidak bekerja.
Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga
manakala wanita keluar bekerja. Fenomena ini telah pun berlaku sekarang walaupun
kelihatannya tidak manis dan menyalahi adat.

Kalau tidak pun bilangan wanita yang berjawatan tinggi akan semakin ramai kekal bujang kerana
tidak menemui lelaki yang setaraf dengan mereka dan fenomena ini sedang berlaku dengan
pesatnya!

You might also like