You are on page 1of 7

MANUAL PERMOHONAN

KE TINGKATAN SATU (1)


SEKOLAH BERASRAMA
PENUH (SBP)
KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
1. PENDAHULUAN

Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh adalah


merupakan aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Bahagian
Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Sistem ini digunakan bagi permohonan kemasukan
murid-murid Darjah Enam (6) Sekolah Kebangsaan ke Tingkatan Satu (1) di
Sekolah Berasrama Penuh di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. TUJUAN PANDUAN

2.1. Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk memudah dan


membantu jika terdapat sebarang permasalahan bagi
Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh melalui Sistem
Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1).

3. CAPAIAN SISTEM

Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama


Penuh (SST1 Online) boleh dicapai melalui mana-mana komputer yang
mempunyai kemudahan internet.
4. PANDUAN PENGGUNA
4.1. Menu Utama
4.1.1. Muka Depan

Arahan:
Anda dikehendaki mengklik butang Permohonan bagi membuat
permohonan.

4.1.2. Paparan Login

Arahan:
1. Anda dikehendaki memasukkan Angka Giliran bagi
membolehkan anda mendapat paparan seterusnya.
2. Pastikan Angka Giliran yang dimasukkan adalah yang
tercatat di dalam Slip Pendaftaran UPSR 2010
Arahan:
Jika paparan di atas muncul bermakna katalaluan yang
dimasukkan adalah salah dan anda perlu memasukkan semula
kata laluan tersebut dengan menekan klik untuk login.

4.1.3. Paparan Panduan Permohonan

Paparan JPN / PPD seperti di bawah akan muncul jika katalaluan


yang dimasukkan adalah benar.

Arahan:
Anda harus menandakan ruangan YA dan mengklik pada butang
masuk sistem bagi paparan permohonan.
4.1.4. Paparan Permohonan

Arahan:
Pemohon hendaklah mengisi butiran-butiran yang diperlukan seperti
di atas. Medan yang bertanda * adalah medan yang mesti diisi
oleh pemohon. Kemudian setelah semua butiran diisi, pemohon
hendaklah mengklik butang Hantar Permohonan
4.1.5. Paparan Butiran Permohonan

2
Arahan:
Sekiranya terdapat pengemaskinian, sila klik pada butang Semakan
(1), namun sekiranya tiada pengemaskinian sila klik pada butang
cetakan (2) bagi membuat cetakan.
PERHATIAN :
Pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat

4.1.6 : Paparan Cetakan

Arahan:
Pemohon perlu mencetak 2 salinan permohonan. Salinan Pertama
dihantar kepada Guru Besar Sekolah Asal pemohon. Salinan Kedua
dihantar kepada Pengetua SBP yang menjadi pilihan pemohon.

You might also like