You are on page 1of 10

Dapatan Kajian

~Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi


~Sumbangan Kegiatan Ekonomi Di Jalan Kelochor & Singapura.
~Kesan-Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Di Jalan Kelochor &
Singapura.
~Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam
Sekitar Di Jalan Kelochor.

Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi


Melalui kajian yang telah dijalankan, saya mendapat tahu bahawa kegiatan ataupun
aktiviti-aktiviti di sini boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis, di mana kegiatan
tersebut boleh dirujuk daripada jadual di bawah

Perniagaan
15 Orang
Respoden

Jenis-Jenis
Kegiatan
Ekonomi Yang
Dijialankan

Pendidikan Industri Kecil


4 Orang 2 Orang
Responden Responden
Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi Yang Dijalankan Di Jalan Kelochor

16
14
12
Bilangan 10
8
Responden
6
4
2
0
Perniagaan Pendidikan Industri Kecil

Jenis Pekerjaan

Sektor Perniagaan:
Bentuk muka bumi kawasan kajian saya ialah tanah pamah,ini telah memudahkan
pembinaan kedai-kedai.Kawasan kajian saya berpotensi sebagai pusat perniagaan
kerana terdapat banyak kedai yang menjalankan perniagaan di kawasan ini.Antara
perniagaan yang paling banyak terlibat di sini adalah perniagaan menjual makanan
dan minuman.

Senarai contoh-contoh Makanan dan Minuman yang dijual:

Makanan Harga
Nasi Ayam RM2.50
Nasi//Mee/Bihun/Kuei Tiao Goreng RM2.50
Loh Kuei Tiao/Bihun RM3.00
Mee Tom Yam RM3.00
Mee Kicap(Tidak Halal) RM3.00

Minuman Harga
Air Laici RM1.20
Milo Ais RM1.20
Teh Oh Ais RM0.90
Kopi RM1.30
Teh Tarik RM1.10
Teh Bergas RM1.50
Gerai makanan banyak terdapat di sekitar Jalan Kelochor kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan persekolahan. Banyak pelajar akan menjamu selera di gerai
makanan tersebut apabila tamat persekolahan.Selaian itu ia juga terletak dalam
bandar dan memudahkan para perkerja untuk mengunjungi gerai mereka.
Seterusnya,terdapat juga kedai buku dan kedai runcit di kawasan kajian saya.

Contoh barang-barang yang dijual di kedai runcit dan kedai buku.

Kedai runcit menjual barangan keperluan pada setiap hari seperti makanan
ringan,minuman dan lain-lain lagi kepada penduduk-penduduk dan pelajar-pelajar
ataupun guru-guru.Mereka tidak perlu pergi ke pasar raya yang lebih jauh untuk
Kedai Runcit Kedai Buku
Gula-Gula Buku Rujukan
Ais-Krim Buku Cerita
Makanan Ringan Majalah
Minuman Bergas Surat Khabar

membeli barang-barang keperluan ini.Di samping itu,terdapat juga kedai buku yang
menjalankan perniagaan di kawasan ini.Kedai buku diwujudkan untuk memudahkan
pelajar-pelajar dan guru-guru dari sekolah-sekolah yang berhampiran.Mereka boleh
membeli buku dan alat tulis.

Sektor Pendidikan
Terdapat banyak tempat yang menjalankan perkhidmatan pendidikan di kawasan
kajian saya.Tempat-tempat ini terdiri daripada tadika-tadika,sekolah-sekolah dan
pusat-pusat tuisyen.Bentuk muka bumi tanah pamah yang rata telah memudahkan
pembinaan bangunan-bangunan.

Pendidikan

Tadika dan Sekolah Pusat Tuisyen

Peta Minda yang menunjukkan perkhidmatan pendidikan yang terdapat di


kawasan kajian saya
Sekolah-sekolah dan tadika-tadika berfungsi untuk menawarkan ilmu pendidikan,
pengetahuan,dan bahan sukatan pelajar kepada pelajar-pelajar yang dating ke sekolah
untuk belajar.Sekolah-sekolah di kawasan kajian saya terletak di Jalan Kelochor ,Jalan
AtasBanggol dan Jalan Merbau.Sekolah-sekolah dan tadika-tadika yang terdapat di
kawasan kajian saya adalah Tadika,Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Chung-Cheng;Tadika ,Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Chung Hwa;Sekolah Menengah Zainab(1),Sekolah Agama Islam
Ar-Nur,Tadika Tiny Tots.
Tadika di kawsan kajian saya adalah tempat belajar bagi kanak-kanak berumur 3-6
Tahun.Bayaran harus dibagi.Contonhnya di tadika Chung-Cheng,bayaran sebanyak
RM40 sebulan harus dibagi Masa belajar kanak kanak di Tadika Chung-Cheng adalah
Pukul 1.20p.m. hingga 4.40p.m.
Sekolah Rendah adalah pelajar-pelajar berrumur 7-12 tahun.Sekolah Rendah
memberi pendidikan dari darjah 1 hingga darjah 6.Waktu persekolahannya adalah
dari pukul 7:30a.m. hingga 1:20p.m.
Sekolah Menengah pula adalah untuk pelajar-pelajar yang berumur 13 hingga 20
tahun Sekolah Menengah memberi pendidikan dari tingkatan peralihan hingga
tingkatan 5 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa turut menawar
pendidikan hingga tingkatan 6.Waktu persekolahannya adalah dari pukul 7:30a.m.
hingga 1:20 p.m. atau 2:00 p.m.
Terdapat banyak tempat tuisyen di kawasan kajian saya.Fungsi tempat tuisyen
adalah menawarkan ulangkaji apa yang dipelajari di sekolah kepada pelajar ataupun
memberi pendidikan tentang ilmu yang pelajar tidak dapat belajar di sekolah.Tempat-
tempat tuisyen di kawasan kajian saya memberi pendidikan tentang mata pelajaran
Sains,Matematik,Bahasa Cina,Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu dan lain-lain lagi.

Pendidikan Kekerapan Bilangan Peratus


Sekolah //// / 6 38%
Tadika /// 3 19%
Pusat Tuisyen //// // 7 43%
Jumlah 16 100%

Jenis Pendidikan Di Kawasan Kajian Saya

Sekolah
Pusat Tuisyen 38%
43% Tadika
19%

Carta Pai di atas mennunjukkan Pendidikan di kawsan kajian saya


Sektor Industri Kecil
Lantaran itu, terdapat beberapa jenis industri kecil di kawasan kajian saya iaitu kilang
membuat mee dan kilang membuat keropok. Kilang membuat mee menghasilkan mee
untuk dibekalkan di sekitar Kota Bharu dan juga sekitar Terengganu. Kilang yang
menghasilkan keropok pula terdapat di rumah tumpangan di kawasan Jalan Kelochor..
Keropok yang dijual dihasilkan sendiri atau dikatakan ‘Home Make’.Pelanggannya
terdiri daripada penduduk setempat dan juga pelancong-pelancong yang mengunjungi
Bandar Kota Bharu. Keropok yang dihasilkan termasuklah keropok ikan, eropok
udang, ikan sotong.
Sumbangan Kegiatan Ekonomi Di Jalan Kelochor
Kegiatan ekonomi yang pesat di Jalan Kelochor telah memberi pelbagai manfaat
kepada responden-responden.Jadual di bawah telah menunjukkan manfaatnya.

Membekalkan
Peluang
Pekerjaaan

Sumbangan
Kegiatan
Ekonomi
Di Jalan
Kelochor

Meningkatkan
Meningkatkan
Taraf Hidup
Pendapatan

Membekalkan Peluang Pekerjaan


Kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya yang pesat telah banyak mewujudkan
peluang pekerjaan kepada respondennya.Perkembangan kegiatan ekonomi yang pesat
ini telah mengurangkan kadar pengangguran penduduk di kawasan kajian saya ini.
Pertambahan peluang pekerjaan juga membolehkan responden mempunyai
pendapatan yang tetap dan stabil. Kegiatan ekonomi yang pesat, yang membawa
kepada kestabilan kehidupan penduduk dan residen-residen ini, juga akan
memperbaik nama negara di persada dunia. Fakta ini bermakna, reputasi negara kita
ni mata dunia akan dipertingkat. Ekonomi negara kita akan menjadi lebih mapan dan
kukuh. Kegiatan komersil seperti ini juga akan menjalin hubungan diplomatik antara
negara.
Meningkatkan Taraf Hidup
Kemajuan yang pesat dalam bidang ekonomi telah meningkatkan taraf hidup
penduduk.Peningkatan taraf hidup dapat dilihat daripada petunjuk taraf hidup seperti
jumlah pendapatan keluarga ,perumahan,kesihatan dan kemudahan-kemudahan lain.
Peningkatan dari segi pendapatan telah membolehkan responden:
>Menduduki rumah yang lebih selesa.Mereka juga dapat menikmati kemudahan yang
moden dan lengkap.
>Berupaya membiayai anak-anak mereka melanjutkan pendiddikan di peringkat yang
lebih tinggi.

Meningkatkan Pendapatan
Pertambahan peluang pekerjaan membolehkan penduduk memperoleh pendapatan.
Kegiatan ekonomi yang dijalankan di Jalan Kelochor telah dapat meningkatakan
pendapatan penduduk.Jadual di bawah menunjukkan peratusan pendapatan responden
antara RM2000 ke bawah dan RM2000 ke atas dalam sebulan.

Pendapatan Responden Dalam Sebulan Peratus


RM2000 ke atas 70%
RM2000 ke bawah 30%

Peratusan Pendapatan Responden antara RM2000 ke bawah


dan RM 2000 ke atas dalam sebulan.

80%
60%
Peratus 40%
20%
0%
RM2000 ke atas RM2000 ke bawah

Kesan-Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Di Jalan Kelochor.


Kegiatan Ekonomi memberi sumbangan kepada responden.Namun demikian,kegiatan
Ekonomi juga memberi kesan negatif terhadap alam sekitar.Antara kesan negatifnya
adalah:
Kesan-Kesan
Kegiatan Ekonomi
Terhadap Alam
Sekitar

Perubahan Pandang
Pencemaran. Darat. Peningkatan Suhu

Jadual di atas menunjukkan kesan-kesan kegiatan ekonomi


terhadap alam Sekitar

Pencemaran
Percemaran juga berlaku akibat kegiatan ekonomi.Antara pencemaran yang berlaku di
kawasan kajian saya adalah pencemaran udara,pencemaran air dan juga pencemaran
bunyi.

Pencemaran

Udara Air Bunyi

Pencemaran Udara
Pencemaran udara telah menjejaskan tahap kualiti udara.Kualiti udara terjejas akibat
Pelepasan asap,gas dan partikel habuk ke udara daripada kilang.Pembakaran hutan
untuk tujuan pertanian dan pembakaran jerami padi selepas musium menuai juga
mencemar udara.Kerja-kerja merata atau menambak kawasan binaan turut mencemar
udara.
Pencemaran air
Pembuangan pelbagai jenis sisa industri,pertanian,sisa pertenakan,dan domestic pula
menyebabkan pencemaran air.Pencemaran air juga disebabkan oleh kegiatan
pembalakan dan perlombongan.

Pencemaran bunyi
Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kenderaan telah menyebabkan pencemaran bunyi.
Selain itu,bunyi mesin,jentera,pembinaan,bangunan dan kauri juga menyebabkan
pencemaran bunyi
Perubahan Pandang Darat (Landskap)
Kegiatan ekonomi yang rancak di kawasan kajian saya telah menyebabkan perubahan
darat di kawasan ini.Pada zaman dahulu,kawasan ini merupakan kawasan penanaman
tetapi pada masa kini,kawasan ini dipenuhi dengan rumah-rumah kediaman dan
kedai-kedai perniagaan.Kawasan –kawasan lapang yang ditumbuhui dengan pokok-
pokok hijiau dan flora fauna pula ditebusguna untuk dijadikan bangunan sekolah
ataupun rumah-rumah kediama.Kegiatan perlombongan dan pembalakan tersebut
telah menyebabkan perubahan pandang darat.

Peningkatan Suhu
Kegiatan ekonomi yang pesat menyebabkan suhu meningkat.Penebangan tumbuh-
tumbuhuan juga menyebabkan peningkatan suhu.Selain itu,pelepasan asap dari
kilang-kilang dan kenderaan juga menyebabkan peningkatan karbon dioksida di
udara semakin bertambah.Lapisan karbon dioksida dan bahan-hbahan pencemar lain
akan menghalang pembalikan haba ke atmosphere.Oleh itu, suhu akan terus naik.

Kesan-Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Di Singapura


Kagiatan Ekonomi yang dijalankan di Singapura juga telah banyak memberi kesan
Kepada alam sekitarnya.Antarannya telah ditunjukkan di peta minda di bawah.

Kesan-Kesan Kegiatan
Ekonomi Terhadap
Alam Sekitar Di
Singapura

Kesan Rumah Hijau


Peningkatan Suhu Dan Pencemaran Udara
Pulau Haba

Sebab Peningkatan Suhu,Kesan Rumah Hijau DanPulau Haba


Antaranya sebab yang menyebabkan peningkatan suhu,kesan rumah hijau dan juga
plau haba di Singapura adalah bnayak pokok-pokok telah ditebang untuk memberi
pembangunan.Pada masa terkini,di Singapura hanya tinggal satu kawasan hutan
simpanan sahaja,iaitu Hutan Simpan Bukti Timah yang mempunyai keluasan 164
hektar.

Sebab Pencemaran Udara


Pencemaran udara di singapura dating daripada industri.Gas yang dikeluar dari
Industri seperti gas sulfur dioksida,nitrogen dioksida,karbon monosida,ozon dan juga
Hidrokarbon telah mencemarkan udara.
Perbandingan kesan-kesan negatif kegiatan ekonomi yang dihadapai di kawasan
kajian dengan Singapura.
Kesimpulannya,Singpura mengahdapi kesan-kesan negatif kegiatan ekonomi yang
lebih serius berbanding dengan kawasan kajian.Antara sebabnya adalah,Singapura
merupakan negara yang kecil tetapi ia mempunyai kegiatan ekonomi yang padat.Oleh
sebab ini,berlakulah pulau haba yang serius.

Langkah-langkah Untuk Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap


Alam Sekitar Di Jalan Kelochor.
Kegiatan ekonomi banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi.
Walau Bagaimanapun,kegiatan ekonomi turut memberi kesan negatif terhadap alam
sekitar jika tidak diurus dengan terancang dan sistematik.Oleh itu,langkah-langkah
pemeliharaan alam sekitar dan pemuliharaan alam sekitar perlu dilakukan bagi
mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.Langkah-langkah tersebut adalah:

1)Penghutanan Semula
Penghutanan semula dilakukan dengan cara menanam semula pokok-pokok di
Kawasan yang telah ditebang untuk ditebang untuk pembalakan..Pokok-pokok yang
ditanam terdiri daripada pokok yang berharga,cepat matang,dan tahan daripada
serangan penyakit.Kawasan yang dilakukan penghutanan semula akan menjadi hutan
semula.

2)Kitar Semula
Kitar semula ialah langkah mengumpulkan dan memproses semula barang-barang
Terpakai dan terbuang untuk dijiadikan barangan baru.Amalan kitar semula dapat
menjimatkan penggunaan sumber,memelihara alam sekitar daripada dan juga
mengurangkan pembaziran.

3)Pendidikan Alam Sekitar


Melalui program pendidikan alam sekitar ,pelajar-pelajar sekolah diharap akan
mempunyai perasaan sayang akan alam sekitar dan mencintai keindahan alam sekitar
Pelajar-pelajar juga dapat mengetahui kepentingan alam sekitar dan cara-cara menjaga
alam sekitar.

Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap


Alam Sekitar Di Singapura.
Melalui kegiatan ekonomi,Singapura mengalami masalah pencemaran udara dan
kekurangan air.Antara langkah-langkah yang dapat mengurangkan kesan kesan
tersebut adalah seperti berikut.

>menaikkan kos memilkiki kenderaan sendiri.Harga kereta telah dinaikkan supaya


dapat mengurangkan kenderaan yang terdapat di jalan raya.
>memperbaiki system pangangkutan awam.Memperkenalkan MRT atau kereta api
elektrik yang mesra alam.

>menanam lebih banyak pokok.Langkah-langkah ini dapat mencantikkan lanskap dan


juga dapat mengurangkan kesan pulau haba yang hasil daripada kegiatan ekonomi
yang dijialankan

>memperkenalkan air rawatan yang semula bagi menampung air minuman yang
Semakin meningkat.