TEMU RAMAH

Yung May: Selamat pagi, ibu. Ibu: Selamat pagi. Yung May: Bolehkah saya menemu ramah ibu tentang Pahlawan di negeri Pahang, iaitu Datuk Bahaman supaya dapat menyempurnakan kerja kursus Sejarah saya? Ibu: Boleh, dipersilakan. Yung May: Apakah nama sebenar Datuk Bahaman? Ibu: Nama sebenar Datuk Bahaman ialah Datuk Bahaman bin Tok Noh, dan beliau berasal dari Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Yung May: Apakah gelaran Datuk Bahaman dan mengapakah anugerah tersebut diberikan kepada beliau? Ibu: Gelaran Datuk Bahaman adalah Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Beliau dianugerahkan gelaran tersebut kerana kegagahan dan keberaniannya yang ditunjukkan oleh beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor. Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara. Sejak awal lagi Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang. Yung May: Apakah sebab-sebab yang menyebabkan Datuk Bahaman bangun dan memulakan kebangkitan Pahang terhadap British? Ibu: Faktor-faktor penentangan Datuk Bahaman adalah kehilangan hak untuk mengutip hak cukai. Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya.Selain itu, pembinaan balai polis di Lubuk Terua dan perlucutan gelaran juga menyebabkan Dato’ Bahaman bangun menentang penjajah orang Inggeris. Yung May: Adakah penentangan Dato’ Bahaman berhasil? Ibu: Malangnya, penentangan Dato’ Bahaman tidak berhasil. Beliau tidak mampu menyekat kemaraan kuasa British. Walaubagaimanapun, mereka telah memperlihatkan keberanian menentang British. Semangat patriotisme yang ada dalam jiwa mereka telah berjaya menggugat kedudukan British di Pahang.

Kebangkitan selama empat tahun ( 1891–1894) telah menyebabkan British menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad juga dipaksa membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut. Yung May: Baiklah. Masa pun dah tiba. Terima kasih kerana ibu sudi ditemu ramah: Ibu: Sama-sama.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful