Tazkira Ramadan 8 Hari 22 ; Hari 23 dan Hari 24

Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM )

1

Hari 22 Lima surah sedia panduan bernegara.Ayat dimulakan dengan hamdalah iktibar ummah capai kejayaan di dunia membawa ke akhirat Segala puji bagi Allah s.w.t . Salam dan juga selawat buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Ada sesuatu yang menarik daripada lima surah al-Quran yang bermulakan dengan lafaz hamdalah dengan catatan bahawa basmalah tidak termasuk awal ayat Surah al-Fatihah. Kelima-lima surah ini ialah 1. al-Fatihah, 2. al-An'am, 3. al-Kahf, 4. Saba dan 5. Fatir.

2

Jika membuka mushaf dan membaca kelima-lima surah ini, anda akan dapati permulaannya dengan ayat berikut mafhumnya:

· Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. · Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka. · Segala puji tertentu bagi Allah yang sudah menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad), kitab suci al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).

3

· Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi-Nyalah juga segala puji di akhirat dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. · Segala puji tertentu bagi Allah yang mencipta langit dan bumi yang menjadikan malaikat utusan bersayap: dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang dicipta-Nya apa juga yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.´ Semua surah di atas dimulakan dengan lafaz hamdalah, Alhamdulillah yang maksudnya: ³Segala puji tertentu bagi Allah.´ Bagi ulul albab yang mempunyai sifat selalu berzikir dan bertafakur tentu mencari rahsia kenapa kelima-lima ayat ini dimulakan dengan hamdalah. Apakah hubung kait antaranya?

4

Apakah hikmah dan pengajaran yang boleh diambil daripadanya? Bagaimanakah penyatuan makna kelima-lima surah itu boleh dijadikan panduan untuk mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi? Siapakah yang boleh dan mesti mengambil peranan untuk menjayakannya? Banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan dalam menyingkap rahsia hubungan kelimalima surah di atas. Urutan surah al-Quran seperti pada mushaf hari ini ± bermula dengan al-Fatihah dan berakhir dengan al-Nas adalah tauqifi yakni sudah ditetapkan Allah s.w.t tidak ada ijtihad daripada siapa pun dalam menentukannya dan tidak ada kena mengena dengan apa pun. Urutan itu seperti yang ada di Luh Mahfuz sebelum diturunkan hampir 23 tahun masa kenabian junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w . Al-Fatihah (pembuka atau mula) surah nombor satu, al-An¶am (binatang ternak) keenam, al-Kahfi (gua) ke-18, Saba (negeri Saba) ke-34, dan Fatir (pencipta) ke-35.

5

Dalam Tafsir Pimpinan Arrahman dinyatakan pada nota dua: ³Pujian itu ialah cara atau keadaan yang menzahirkan sesuatu sifat yang baik dan sempurna kepada yang dipuji seperti kecantikan, keindahan, kejayaan, kesempurnaan, kebesaran dan keagungan. Oleh kerana segala kesempurnaan dan kebesaran serta keagungan dan kekuasaan hanya ada pada zat Allah Yang Maha Kuasa; maka hanya Allah s.w.t berhak menerima pujian seperti Allah s.w.t juga berhak memuji zat-Nya sendiri.´ Daripada kelima-lima surah di atas kita boleh mengambil iktibar demi kejayaan pelaksanaan kehidupan bermasyarakat dan negara berpandukan ajaran dan petunjuk al-Quran. Iktibar ini dilihat sama ada daripada nama surah dan inti sari permulaan ayat dan surah dengan mengambil contoh dilakukan pengarang kitab Asrar Tartib al-Quran (Rahsia urutan surah al-Quran) oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti.

6

Iktibar daripada nama surah agar bermasyarakat dan negara boleh berjaya berpandukan al-Quran mesti mempunyai visi (al-Fatihah); kenderaan atau alat (al-An¶am); tempat (al-Kahfi); masyarakat atau kelompok (Saba) dan pemimpin atau pentadbir (Fatir). Iktibar daripada sudut inti sari awal ayat dalam surah yang dikhaskan untuk matlamat ialah matlamat global atau makro ada dalam hamdalah surah al-Fatihah kerana disebutkan sesudahnya: ³Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.´ Matlamat mikro ada dalam hamdalah surah al-An¶am kerana disebutkan sesudah µyang menciptakan langit dan bumi.¶ Penciptaan langit dan bumi hanya sebahagian daripada sekalian alam. Kedua-dua matlamat ini yakni makro dan mikro memerlukan buku panduan dan ia ada pada hamdalah surah al-Kahfi yang menyebut sesudahnya: ³«««.yang sudah menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad), Kitab Suci al-Quran.´
7

Buku panduan ini mesti dirasa milikan dan dikuasai tuntutannya agar matlamat bermasyarakat dan negara boleh dicapai. Iktibar ini boleh kita ambil daripada hamdalah surah Saba yang menyebut sesudahnya: ³.............yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.´ Agar matlamat berkenaan berhasil, diperlukan jentera pelaksana yang dapat kita peroleh daripada hamdalah surah Fatir yang menyebut sesudahnya: ³..................yang menjadikan malaikat utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakan-Nya apa juga yang dikehendaki-Nya.´ Seperti kita akui, malaikat ialah makhluk Allah s.w.t maksudnya: ³Mereka tidak menderhaka kepada Allah s.w.t dalam segala yang diperintah-Nya dan mereka tetap melakukan segala yang diperintah.´ Surah al-Tahrim: 6

8

Memuji dan mengagungkan Allah s.w.t ialah kewajipan manusia kerana Dialah yang menciptakan mereka dan menjadikan semua di bumi untuk kepentingan dan keperluan mereka. Firman Allah s.w.t bermaksud: ³Tidakkah engkau melihat bahawa Allah s.w.t sudah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi.´ Surah Luqman: 20 Hassan al-Banna dalam Usul Ishrin menggariskan: ³Islam ialah sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek hidup. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah seperti ia juga adalah akidah yang benar dan ibadat yang sah.´

9

Dalam perkara kedua dinyatakan juga: ³al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w ialah sumber rujukan bagi setiap Muslim dalam memahami hukum Islam. ³Al-Quran perlu difahami mengikut kaedah bahasa Arab tanpa memberatkan dan tidak pula membabi buta. Sunah pula difahami melalui periwayat hadis yang thiqah.´ Sebagai negara merdeka dan berdaulat, negara Islam perlu mempunyai falsafah negara merangkumi asas ideal mengenai pandangan dan cara hidup dalam negara dan berbangsa yang dapat mengukuhkan perpaduan, meningkatkan ketahanan nasional dan mengekalkan kelangsungan bangsa.

10

Daripada mencari dan meniru falsafah yang tidak sesuai dengan corak hidup masyarakat Islam, sepatutnya difahami falsafah kenegaraan daripada sumber agama Islam iaitu al-Quran dan sunah serta amalan generasi ulung Islam terdahulu dengan mengambil iktibar daripada kelima-lima surah al-Quran yang dirujuk di dalam takzirah ini. Pengambilan iktibar ini ialah sebagai cara untuk menzahirkan memuji Allah s.w.t dengan melafazkan Alhamdulillah. Wallahu a'lam.

11

Hari 23 Muslihat jahat Israel kuasai Masjid al-Aqsa

PADA perhimpunan ilmiah tokoh agama dan cendekiawan semua agama di Mesir dilontarkan satu isu siapakah antara penganut agama samawi (Yahudi, Kristian dan Islam) layak masuk syurga. Pertanyaan ini ditanya kepada tokoh agama Yahudi, Kristian dan Islam yang berada di atas pentas.

12

Tokoh agama Yahudi dan Kristian tidak berani menjawab dan menyerahkan jawapannya kepada ulama Islam yang menjawab dengan mudah bahawa yang layak masuk syurga daripada semua penganut agama ialah Muslim. Kemudian beliau menjelaskan bagi orang Yahudi yang layak masuk syurga ialah siapa saja yang beriman kepada Nabi Musa a.s dan bagi orang Kristian yang layak masuk syurga ialah sesiapa saja yang beriman kepada Nabi Isa a.s. Tetapi bagi umat Islam yang layak masuk syurga ialah yang beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w dan semua nabi, termasuk Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ³Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada Rasul-Rasul-Nya.´ Surah al-Baqarah: 285

13

Tentera rejim Israel menceroboh Masjid al-Aqsa dan mencemari kesuciannya. Perkara ini bukan pertama kali dilakukan pengganas itu dan bukan juga yang terakhir kerana selagi ada Israel di sana, selama itu pula Masjid alAqsa berada dalam bahaya. Kejadian pertama yang menimpa Masjid al-Aqsa dalam sejarah moden ialah pada 21 Ogos 1969. Pada hari itu, seorang lelaki berbangsa Australia, Dennis Michael Rohan membakar Masjid al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbar besarnya yang dibina sejak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada zaman pemerintahannya.

14

Api berkobar dengan dahsyat seolah-olah seluruh Masjid alAqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan bomba juga tidak menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Selepas itu orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan yang mendakwa dia diutuskan oleh Allah s.w.t untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita daripada Kitab Zakaria. Kemudian Rohan dibebaskan Yahudi dengan alasan gila. Sejak itu, 21 Ogos diangkat sebagai Hari al-Quds sedunia.

15

Seorang paderi di Baitulmaqdis, Atallah Hanna yang juga tokoh Kristian Ortodoks Greek mendesak semua gereja di dunia membantu membela Masjid al-Aqsa daripada serangan Israel. Paderi itu menyeru seluruh umat Islam dan Kristian bersatu dalam mencegah serangan dan pencemaran terhadap Masjid al-Aqsa. Seruan ini datang selepas pasukan khas Israel menyerang Masjid al-Aqsa di wilayah pendudukan Baitulmaqdis Timur dengan menembak peluru dan gas pemedih mata. Zionis juga melarang penduduk Palestin masuk ke kompleks Masjid al-Aqsa untuk melaksanakan ibadat. Masjid al-Aqsa ialah kiblat umat Islam yang pertama dan juga tempat berlaku peristiwa Israk Mikraj.

16

Masjid ini mempunyai pertalian sejarah dengan semua agama sejak zaman Nabi Allah Sulaiman a.s. Malangnya. ia silih berganti dijajah oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi hingga pada zaman Umar abad ke-7, ianya dibebaskan daripada belenggu penjajahan. Pada awal abad ke-12 Masihi, Masjid al-Aqsa kembali dijajah tentera salib, namun akhirnya dibebaskan oleh Salahudin Al-Ayyubi. Kini sejak 1948, Masjid al-Aqsa sekali lagi dijajah tentera Zionis. Ianya adalah masjid ketiga paling suci. Melalui dalil hadis yang sahih, diriwayatkan oleh al-Tabrani menyatakan sesiapa yang bersolat di masjid ini mendapat 500 kali ganda pahala.

17

Pada akhir zaman nanti, akan berdirinya ibu negara umat Islam di bumi ini dan kemajuannya akan membawa kepada tanda akhir zaman. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w diriwayatkan Nu¶aim Hammad dalam kitabnya al-Fitan. Al-Quds ialah nama lain bagi Baitulmaqdis iaitu kota lama terletak di Palestin dan wilayah Syam. Ia dinamakan al-Quds selepas penaklukan kembali umat Islam terhadap bumi Palestin. Di sebelah timur kota ini terletak Masjid al-Aqsa, manakala di baratnya terletak gereja Nativity di kawasan Khan al-Zeit.

18

Kota ini dianggap sebagai kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi kerana ketiga-tiga agama ini mempunyai nilai kudus pada kota berkenaan. Bagi penganut Kristian, berdasarkan akidah mereka di sanalah tempat kelahiran Jesus dan di situ juga juga Jesus disalib dan akan dibangkitkan menjelang kiamat kelak. Yahudi pula mendakwa kota ini adalah janji tuhan Yahweh dan muncul Messiah yang dinantikan. Tamat peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan Amerika Syarikat, tentera Zionis memasuki Masjid al Aqsa dan menawannya. Kejayaan mereka dianggap sebagai mukjizat yang berupa petanda berakhirnya agama Islam. Mereka menyambutnya dengan menari sambil menyanyikan lagu: ³Letakkan aprikot ke atas epal, agama Muhammad sudah hancur dan musnah. Muhammad sudah mati, yang tinggal hanya anak perempuan yang lemah.´

19

Ketika itu juga Zionis mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa (Tembok Buraq) sebagai milik mereka. Perlu diingat, penawanan Tembok Buraq bukan bererti penamat dan tindakan terakhir dalam perjuangan mereka menakluki al-Quds tetapi ia permulaan bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula The Mount Temple atau Haykal Sulayman. Isu penaklukan Palestin dan kemusnahan Masjid Al Aqsa semakin parah apabila Eropah dilanda kebangkitan golongan Kristian Protestan yang melakukan penyemakan semula kitab suci mereka. Antara akidah yang disemak semula ialah perihal kedatangan Jesus di Baitulmaqdis menjelang alaf kedua tahun Kristian.

20

Melalui penyemakan semula kitab suci itu, mereka mendakwa Jesus hanya muncul dalam suasana seperti ia muncul buat kali pertama di Baitulmaqdis. Beliau tidak akan muncul selepas tegaknya Haykal yang disebut dalam Old Testment. Oleh itu, untuk menyambut kemunculan semula kelahiran Jesus, Haykal perlu dibina dan orang Yahudi perlu dikumpulkan semula di Baitulmaqdis untuk disembelih oleh Jesus kerana golongan Yahudi membunuh Jesus.

21

Hari 24 Teknologi moden saluran baru untuk berdakwah. Pendakwah patut guna instrumen komunikasi ajak belia kembali kepada cara hidup Islam

Di mana saja, kita menyaksikan keruntuhan akhlak, sama ada yang tinggal di kampung, pekan atau bandar besar. Disenaraikan beberapa gelagat keruntuhan akhlak belia termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, berkelakuan tidak senonoh, wanita berpakaian tetapi seperti telanjang, budaya minum arak, ketagih muzik mengkhayalkan, terbabit kegiatan sumbang, menyalahi undang-undang, lumba haram, samseng, peras ugut dan menjual maruah.

22

Dalam kajian keagamaan Islam, senarai keruntuhan akhlak itu dimasukkan dalam kategori sifat fasik. Jika keadaan belia kita demikian maka sahlah kebenaran ucapan Baginda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Umamah, marfu' bermaksud: "Bagaimana kamu, jika isteri-isterimu telah berbuat zina, dan pemuda-pemudanya telah fasik, dan kamu telah meninggalkan jihad?" Sahabat bertanya, "Apakah itu akan terjadi wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab, "Ya, demi Dzat yang diriku ada ditangan-Nya, lebih daripada itu pun akan terjadi." Sahabat bertanya, "Apa yang lebih berat daripada itu wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w bersabda, "Bagaimana kamu jika kamu tidak melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar?" Mereka bertanya, "Apakah itu akan terjadi wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w bersabda, "Ya, demi Dzat yang diriku berada di tanganNya, lebih daripada itu pun akan terjadi!"

23

Mereka bertanya, "Apakah yang lebih daripada itu wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w bersabda, "Bagaimana kamu jika kamu melihat yang makruf menjadi mungkar dan yang mungkar menjadi makruf?" Mereka bertanya, "Apakah itu akan terjadi wahai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Ya, demi Dzat yang diriku berada di tangan-Nya, yang lebih daripada itu pun akan terjadi !" Mereka bertanya, "Apa yang lebih daripada itu wahai Rasulullah?" Nabi bersabda, "Bagaimana pendapat mu jika kamu memerintahkan yang mungkar dan melarang yang makruf?" Mereka bertanya, "Apakah itu akan terjadi wahai Rasulullah?" Nabi menjawab, "Ya, demi Dzat yang diriku berada di tanganNya, lebih daripada itu pun akan terjadi!"

24

Dalam konteks tulisan ini yang disoroti dalam hadis adalah jelas pemuda terbabit sudah fasik yang mana kita istilahkan pada hari ini sebagai µkeruntuhan akhlak¶. Subhanallah! Benar adanya ucapanmu, wahai Rasulullah. Subhanallah! Terbukti sudah wahyu Tuhanmu, wahai Rasulullah. Di sinilah teramat berat tugas pendakwah pada seluruh peringkat bukan hanya orang yang kita lihat sebagai pendakwah saja kerana dalam Islam kita diwajibkan untuk berdakwah dalam menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Oleh itu, sudah sepatutnya mereka mendapatkan pendidikan agama yang memadai agar mereka boleh menjadi pendakwah yang berkesan setakat kemampuan masing-masing.

25

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: ³Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu hendaklah merubahnya dengan katakata dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya, dan mencegah dengan hati adalah selemah-lemahnya iman." Hadis riwayat Muslim Dakwah yang berasal daripada kata µda¶a ± yad¶u¶ mempunyai erti memanggil, menyeru, mengajak atau berdoa. Namun, pengertian umum dakwah yang dimaksudkan di sini adalah panggilan, seruan atau ajakan untuk manusia mengakui kebesaran Allah Yang Maha Kuasa serta perlunya manusia hidup berlandaskan peraturan yang ditetapkan berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Hal ini adalah inti pati dakwah bagi membina manusia yang bertakwa kepada Allah s.w.t dalam erti kata yang sebenarnya dan seluas-luasnya.

26

Rasulullah s.a.w tidaklah diutus melainkan dengan tugas-tugas mulia dan Allah s.w.t mengamanahkan kepada mereka supaya melaksanakan dakwah. Dalam surah an-Nahl, ayat 36, Allah s.w.t berfirman maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): ³Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut." Barang siapa yang melaksanakan tugas dakwah maka dia akan mendapat pujian daripada Allah s.w.t berdasarkan firman-Nya dalam surah Fussilat ayat 33 bermaksud: ³Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: ³Sesungguhnya aku adalah daripada orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).´

27

Pendakwah mesti mempunyai kepekaan yang tinggi dalam menggunakan dan memanfaatkan instrumen-instrumen komunikasi moden. Dr Al-Sayyid A Hamid al-Mahdaly yang balik dari Mesir bercerita bagaimana kebebasan penyiaran di Mesir terbalik di mana pada mulanya ditujukan untuk merosak akhlak belia tetapi yang terjadi sekarang pemuda yang teruja dengan rancangan keagamaan yang dikemaskinikan sesuai dengan peredaran zaman. Kita masih ingat bagaimana kerajaan Hamas menggunakan saluran televisyen dalam perjuangan dakwah mengembalikan hak mereka menentang penjajah Israel. Rancangan yang dikhaskan untuk kanak-kanak demi menjana pemikiran perjuangan mereka itu mendapat bantahan daripada pihak Israel dan Barat.

28

Dalam program itu, tokoh bernama Farfur yang rupanya mirip µMickey Mouse¶ dan seorang gadis cilik, menyeru perlawanan terhadap Israel dan Amerika Syarikat sekali gus menekankan pentingnya solat dan minum susu. Rancangan-rancangan kembali kepada agama secara keseluruhannya seperti inilah yang digeruni Barat. Mereka merancang agar belia kita jauh daripada ajaran agama. Mereka mengerahkan seluruh pemikiran dan harta mereka demi menjayakan program mereka. Mereka bermaharajalela dalam menerkam, membaham dan melilit belia Muslim bukan saja di negara Islam bahkan di negara mereka sendiri. Kita membaca bagaimana di Britain orang Islam di sana yang kebanyakannya terdiri daripada belia yang diawasi secara diam-diam oleh 1,600 ejen. Walaupun program mengawasi secara diam-diam umat Islam ini dikecam oleh kalangan ahli akademik, ketakutan pihak tertentu di Britain kepada Islam mengalahkan kewarasan fikiran masyarakat ilmu.

29

Seperti siarkan akhbar Daily Telegraph , persatuan ahli akademik Britain, University and College Union (UCU) menyatakan mereka menolak rancangan kerajaan agar mengawasi secara diam-diam mahasiswanya, terutama Muslim. Mereka berpendapat perbuatan berkenaan adalah tindakan tidak rasional dan anti-Muslim. Ahli akademik ini juga menegaskan bahawa mereka menentang segala bentuk tindakan mengawasi secara diam-diam siswa dan kakitangan berdasarkan etniknya, untuk tujuan imigresen dan alasan keamanan. Mereka mengecam keupayaan kerajaan yang ingin memanfaatkan anggota UCU untuk melakukan aktiviti mata-mata. Gerakan ahli akademik ini sebagai tindak balas terhadap tindakan Kementerian Pendidikan Inggeris yang dikeluarkan pada November 2006. Kementerian Pendidikan meminta pensyarah dan staf di universiti berkenaan mengintai mahasiswanya yang Muslim, kerana kononya adanya "ektremisme Islam" di kampus.

30

Dalam kita berasa prihatin dan runsing atas keadaan belia kita yang terlepas dikendali atau kawalan, kita juga ditimpa kemalangan fikiran yang menganggap semua gerakan kembali kepada agama sebagai musuh kemajuan dan perosak ketamadunan. Gerakan yang dipelopori pendakwah selalu dilihat serong dan dipencilkan oleh masyarakat amnya. Justeru, pendakwah adalah kelompok penyelamat belia yang runtuh akhlaknya itu. Malangnya, pendakwah dituduh sebagai fundamentalis dan ekstremis yang posisinya selalu tertuduh walaupun hakikatnya mereka adalah orang yang beramar makruf dan bernahi mungkar dalam kapasiti pelindung dan pembangkit agama Allah s.w.t , suara mereka masih tetap kuat bersama kebenaran (yang dibawanya), meskipun suara kebatilan di sekelilingnya terus bergema.

31

Jika sebahagian manusia dewasa ini berbicara mengenai pentingnya membentuk pandangan umum dan pengaruhnya dalam mengawasi dan memelihara prinsip umat, akhlak, moral dan kepentingannya serta meluruskan apa-apa yang dianggap bengkok (tidak benar) daripada masalah kehidupannya, maka kewajipan beramar makruf dan bernahi mungkar adalah saranan terbaik yang menjamin tercapainya tujuan itu untuk membentuk pandangan umum bersandar pada standard akhlak Islami, tata susila yang paling benar, paling adil, paling kekal dan paling kuat kerana standard itu diambil daripada al-Haq yang 'azali dan abadi, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sudah tiba masanya subjek-subjek pelajaran yang ditujukan kepada belia harapan bangsa dan umat berorientasikan dakwah amar makruf nahi mungkar agar kita kekal menjadi sebaik-baiknya umat. Allah rajauna Insyallah . Kita bertemu lagi di Takzira di Hari 25, Hari 26 dan Hari 27 Musbri Mohamed 2010
32

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful