P. 1
Kajian Kes Aplikasi Model Rekabentuk Instruksional dalam P&P (Koswer Pendidikan)

Kajian Kes Aplikasi Model Rekabentuk Instruksional dalam P&P (Koswer Pendidikan)

4.95

|Views: 5,391|Likes:
Published by Rosiadi84
Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme, perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu adalah disebabkan oleh pengalaman. Pembelajaran adalah dari hasil tindakbalas pelajar dengan rangsangan luar yang diterima dalam suasana pembelajaran. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan.
Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme, perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu adalah disebabkan oleh pengalaman. Pembelajaran adalah dari hasil tindakbalas pelajar dengan rangsangan luar yang diterima dalam suasana pembelajaran. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan.

More info:

Published by: Rosiadi84 on Jun 28, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

Kajian Kes Aplikasi Model Rekabentuk Instruksional dalam P&P

Tajuk : CHEMISTRY FORM 4 TEACHING COURSEWARE Oleh : ROSIADI BIN TAJUDIN MOHD FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI NOORASHIKIN BINTI NAZIR SITI HUZAIMA BINTI JAMRI

ISI KANDUNGAN
Muka Surat
1. MAKLUMAT PORTAL

1

2. PERKAITAN DENGAN TEORI PEMBELAJARAN 2.1. BEHAVIORIST 2.2. COGNITIVIST 2.3. CONSTRUCTIVIST 3. APLIKASI STRATEGI INSTRUKSIONAL 3.1. STRATEGI YANG DIGUNAKAN 3.2. HURAIAN STRATEGI 4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
5. KAEDAH PENGINTEGRASIAN

1-3 3-5 6-7

8 8-16 17-19 20-25 26

BAHAN RUJUKAN

BAHAGIAN A: MAKLUMAT CD-ROM Tajuk Matapelajaran Peringkat Penerbit : CHEMISTRY FORM 4 Teaching Courseware : Chemistry : SPM : Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia

BAHAGIAN B: PERKAITAN DENGAN TEORI PEMBELAJARAN

a) Behaviorist

Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme, perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu adalah disebabkan oleh pengalaman. Pembelajaran adalah dari hasil tindakbalas pelajar dengan rangsangan luar yang diterima dalam suasana pembelajaran. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan.

Di dalam perisian kursus Chemistry Form 4 ini, kami mendapati terdapat beberapa penerapan unsur-unsur behaviorisme di dalamnya. Paling nyata, secara umum kita dapat melihat peranan atau keupayaan perisian kursus ini dalam mengubah tingkah laku pelajar daripada keadaan tidak tahu atau tidak memahami konsep kimia kepada memahami konsep yang terdapat dalam matapelajaran kimia itu sendiri.

Perisian kursus ini mengandungi beberapa komponen bagi setiap tajuk yang dikemukakan. Komponen-komponen tersebut termasuklah Introduction, Content, Activity, Evaluation, Summary dan Extension. Di dalam komponen Introduction, koswer ini telah menyatakan secara jelas objektif pengajaran yang ingin dicapai bagi setiap topik. (Rajah 1.1). Objektif pembelajaran menerangkan tingkah laku yang diharapkan daripada pelajar. Objektif pembelajaran ini dinyatakan sebagai rangsangan kepada pelajar untuk cuba memahami kandungan yang ingin disampaikan di dalam topik tersebut.

Objektif Pembelajaran

Rajah 1.1 Koswer ini menyediakan capaian kandungan berbentuk non linear. Ini bererti pelajar boleh memilih mana-mana topik atau latihan yang ingin mereka pelajari. Pelajar mempunyai ruang untuk membuat latihan sendiri berdasarkan kehendak mereka. Selain itu, koswer ini juga membenarkan proses pengulangan dilakukan. Pengulangan ini boleh dilakukan dengan mengklik pada butang Replay (Rajah 1.2). Seperti yang kita ketahui, pengulangan merupakan konsep penting dalam teori

behaviorisme. Proses pengulangan membantu pelajar untuk memahami konsep yang cuba disampaikan dengan lebih jelas.

Rajah 1.2

Pengulangan (Replay)

Dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai subjek, mazhab ini menganggap pembelajaran adalah satu hal latihan. Latihan adalah perlu untuk mewujudkan kebiasaan atau sesuatu tabiat. Penggunaan bahan-bahan sokongan, contoh-contoh yang jelas dan rancangan-rancangan pembelajaran yang menarik dan berkesan perlu disediakan untuk mendapatkan kesan rangsangan gerak balas yang sempurna (Kamarudin & Siti Hajar, 2004). Koswer ini juga turut menyediakan latih tubi untuk pelajar menjawab beberapa bentuk soalan bagi menguji penguasaan pelajar terhadap topik-topik tertentu yang

terdapat dalam koswer tersebut.

Bagi setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar,

maklum balas diberikan secara automatik kepada mereka. Penglibatan dan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran atau maklum balas dengan tujuan untuk memotivasikan mereka bagi mengikuti pembelajaran seterusnya. Setiap respon pelajar perlu diberikan maklumbalas yang positif. Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi motivasi. Setiap kali pelajar berjaya melakukan sesuatu aktiviti ataupun memberikan respon yang betul atau baik maka ia perlu diberikan ganjaran untuk mengekalkan minat pelajar bagi meneruskan pembelajaran berikutnya. (Rajah 1.3).

Maklum balas positif

Rajah 1.3 b) Cognitivist Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Perubahan tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan

perubahan dalaman yang sukar untuk diperhatikan seperti pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran.

Unsur-unsur kognitif banyak diterapkan dalam perisian kursus ini. Misalnya dibahagian permulaan pembelajaran setiap topik, terdapat komponen Introduction. Komponen ini bertindak sebagai set induksi kepada topik yang tersebut. Di dalam set induksi ini, perkaitan di antara di antara apa yang telah dipelajari dengan apa yang bakal diiajar dibuat. Di samping itu, perkaitan juga turut dibuat dengan pengalaman sedia ada pelajar. Apabila pelajar dapat membuat perkaitan di antara apa yang telah dipelajari atau apa yang telah diketahui, maka ini akan dapat memudahkan mereka membuat perkaitan dan seterusnya memahami isi pengajaran yang cuba disampaikan.

Contohnya, komponen

Introduction yang terdapat dalam Lesson 61. Di sini

terdapat satu aktiviti ringkas yang memerlukan pelajar mengelaskan beberapa jenis bateri ke dalam kategori Reachargeable dan Non-rechargeable. Pengetahuan pelajar mengenai jenis bateri ini telah dipelajari dalam topik yang sebelumnya iaitu Lesson 60. Secara tidak langsung pelajar dapat membuat perkaitan di antara kedua-dua topik tersebut. Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman mereka dalam topik sebelumnya. (Rajah 1.4)

Rajah 1.4

Selain itu, koswer ini juga menyokong pembelajaran pelajar dengan menggabungkan pelbagai elemen multimedia. Penggunaan pelbagai elemen ini dapat membantu pelajar menstrukturkan pengetahuan dan seterusnya memahami isi pengajaran yang disampaikan dengan jelas. Misalnya dalam Rajah 1.5 di bawah menunjukkan proses terhasilnya tenaga elektrik daripada voltaic sel mudah. Penerangan kepada proses ini ditunjukkan dengan jelas melalui penggunaan grafik berserta animasi pergerakan elektron di samping sokongan daripada elemen teks dan juga suara latar yang menerangkan proses tersebut.

T eks

Grafik dan animasi

Rajah 1.5 Selain daripada itu, bahan pengajaran setiap topik disusun daripada yang pengajaran yang senang ke sukar. Susunan sebegini mampu meningkatkan pemahaman pelajar dan membantu pelajar menstrukturkan pengetahuan dengan lebih baik. Dengan cara ini, pengetahuan pelajar dapat dibina secara berperingkat sekaligus mengukuhkan lagi pemahaman mereka. Koswer ini juga mengandungi komponen Summary. Di dalam komponen ini, kandungan bagi setiap topik dirumuskan dalam bentuk poin-poin penting. Dengan ini, ia dapat membantu pelajar menstrukturkan maklumat supaya maklumat boleh disimpan dalam ingatan dan dicapai dengan mudah. Pelajar juga akan dapat mengingat semula apa yang telah dipelajari dengan baik. (Rajah 1.6)

Rajah 1.6 Koswer ini juga mengandungi komponen Glossary. Ruangan ini membenarkan pengguna untuk mengetahui maksud bagi istilah-istilah tertentu yang terdapat dalam koswer tersebut. Ini dapat membantu pelajar memahami isi pengajaran yang disampaikan dengan lebih jelas lagi. (Rajah 1.7)

Rajah 1.7 c) Constructivist

Di dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Secara umumnya, pelajar akan belajar melalui pengalaman yang diperolehi secara sendiri. Menurut Jonassen(1991), pengetahuan seseorang individu berasaskan kepada persepsi fizikal dan pengalaman sosial yang difahami oleh akal fikiran seseorang. Manakala menurut Perkins (1986), pengetahuan adalah terbina hasil dari reka bentuk pelajar di dalam minda di mana pengetahuan dibentuk apabila pelajar terlibat secara aktif di dalam proses pembentukan pengetahuan dan bukan hanya menginterpretasi dan menerima apa yang diberikan kepada mereka.

Menurut Merrill (1992) terdapat beberapa andaian yang boleh dibuat terhadap konstruktivisme iaitu:

i. ii. iii. iv. v.

Pengetahuan dibentuk melalui pengalaman. Pembelajaran adalah interpretasi individu terhadap persekitarannya. Pembelajaran adalah satu proses yang aktif yang dibina melalui pengalaman seseorang. Perkembangan konsep dibentuk melalui perkongsian pandangan dan pembelajaran secara kolaboratif. Pembelajaran dibina di dalam situasi sebenar.

Berdasarkan prinsip tersebut kami mendapati bahawa unsur-unsur ini banyak terdapat dalam koswer ini. Misalnya penggunaan contoh buat tomato sebagai contoh bateri di mana ditunjukkan bagaimana jam LCD boleh dikuasakan menggunakan bateri yang terkandung dalam sebiji buah tomato. Contoh sebegini dapat membantu pelajar untuk

mengaitkan pengalaman sedia ada dan objek yang biasa terdapat dipersekitaran mereka dengan apa yang bakal mereka pelajari. (Rajah 1.8)

Rajah 1.8

Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja amali. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat.

Dalam koswer ini misalnya, pelajar diberikan peluang untuk melakukan eskperimen berbentuk interaktif. Contohnya dalam Lesson 60 (Voltaic Cell and Daniell Cell) pelajar perlu meletakkan metal yang berbeza pada setiap wayar di dalam

electrolyte. Dalam hal ini pelajar akan mengklik dan meletakkan salah satu metal yang diberikan kepada wayar hitam dan wayar merah dan seterusnya membuat pemerhatian terhadap bacaan pada voltmeter. Pelajar boleh mengulang ujikaji dengan menukar kedudukan metal dan sebagainya. Berdasarkan eksperimen sebegini, pelajar akan dapat membuat satu kesimpulan terhadap bagaimana sesuatu voltaic cell dibina.

Kesimpulan yang diperolehi oleh pelajar dengan cara cuba dan jaya ini menggalakkan pelajar mencari jawapan sendiri terhadap masalah yang diberikan. Oleh itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan pemikiran aras tinggi pelajarkerana mereka dikehendaki menganalisi dan mensintesis maklumat dan bukan hanya menyatakan atau menghurai fakta aras rendah. (Rajah 1.9)

Rajah 1.9

Selain itu, komponen Extension yang terdapat dalam koswer ini juga membantu pelajar untuk mendapat pengetahuan yang lebih tentang sesuatu topik. Pelajar dapat membuat aplikasi terhadap pengetahuan yang dipelajari dalam keseluruhan topik tersebut

di samping membuat rujukan tambahan melalui buku atau internet untuk menyelesaikan tugasan atau permasalahan yang diberikan. (Rajah 1.10)

Rajah 1.10 BAHAGIAN C: APLIKASI STRATEGI INSTRUKSIONAL A) Kenalpasti strategi yang digunakan. Strategi yang dikenalpasti digunakan dalam CD koswer ini adalah: 1. Kuliah 2. Demonstrasi 3. Perbincangan 4. Penemuan 5. Inkuiri / Penyiasatan 6. Penyelesaian masalah 7. Permainan 8. Simulasi 9. Kaedah tutorial.

B) Huraikan pelaksanaan strategi berkenaan dengan merujuk kepada contohcontoh dari bahan berkenaan. 1. Kuliah Kaedah kuliah merupakan cara penyampaian maklumat yang paling awal dan disampaikan satu hala dari punca ke penerima. Dalam konteks ini, punca adalah CD koswer itu sendiri manakala penerima adalah pelajar yang menggunakan CD tersebut. Semua pelajar boleh melihat maklumat yang sama, bergantung kepada pilihan yang dibuat semasa menggunakan CD ini. Koswer ini dikatakan menggunakan kaedah kuliah kerana pelajar iaitu penerima maklumat menerima maklumat secara pasif. Ini disebabkan cara persembahan kuliah adalah dalam bentuk satu hala. Selain itu, isi kuliah disampaikan secara berstruktur dan tersusun. Ini membolehkan maklumat disampaikan dengan cepat. Gambar rajah di bawah menunjukkan isi kuliah yang berstruktur, lebih tersusun dan mudah disampaikan kepada penerima melalui penggunaan koswer ini.

Rajah 2.1

2. Demonstrasi Demonstrasi merupakan salah satu teknik yang dilaksanakan dalam pengajaran asas komputer dan teknologi maklumat. Teknik ini juga dikenali sebagai tunjukcara. Melalui teknik ini guru akan memberikan penerangan dan demonstrasi mengenai sesuatu isi pelajaran sebaliknya pelajar hanyalah melihat dan mendengar apa yang disampaikan. Melalui CD koswer ini, strategi demonstrasi digunakan untuk menunjukkan sesuatu eksperimen kepada pelajar. Rajah di bawah merupakan salah satu contoh di mana strategi demonstrasi digunakan.

Rajah 2.2 Melalui strategi ini, satu eksperimen peneutralan telah ditunjukkan. Langkah yang perlu diikuti dalam melaksanakan eksperimen ini ditunjukkan dengan jelas. Ini termasuk bermula dari penyusunan radas, penyediaan bahan eksperimen dan seterusnya langkahlangkah yang membawa kepada hasil eksperimen yang dikaji. Melalui kaedah ini, dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar bagaimana sesuatu eksperimen itu dilaksanakan. Seseorang pelajar itu juga boleh mengulang semula demonstrasi yang ditunjukkan sekiranya terdapat kemusykilan sebelum melakukan eksperimen yang sebenar semasa di dalam makmal.

Di samping itu, antara kelebihan kaedah demonstrasi yang ditunjukkan adalah seperti berikut: • • • • Pelajar telah dapat mencontohi apa yang ditunjukkan dengan lebih mudah dan tepat. Dapat mengukuhkan ingatan pelajar mengenai tajuk dan langkah-langkah untuk melaksanakannya. Pelajar lebih mudah memahami isi pelajaran dan menimbulkan minat untuk belajar. Kesilapan pelajar dapat dibetulkan oleh guru, ini secara tidak langsung membaiki kualiti pengetahuan pelajar. 3. Perbincangan Perbincangan ialah kaedah dan strategi yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajar di dalam kelas. Melalui kaedah ini pelajar dan guru bertukartukar fikiran mengenai tajuk yang terkandung dalam komponen asas komputer dan teknologi maklumat . Perkongsian dan pertukaran idea dan maklumat mengenai asas komputer dan teknologi maklumat dapat dilaksanakan. Guru hanya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan yang diadakan. Sebelum sesi perbincangan ini dijalankan guru menjelaskan tujuan diadakan perbincangan , ini bagi membolehkan pelajar membuat persediaan mengenai topik yang akan dibincangkan. Dalam CD koswer ini, kaedah perbincangan boleh dilihat dalam rajah berikut:

Rajah 2.3 Aktiviti ini merupakan aktiviti tambahan di mana mengkehendaki pelajar untuk mencari maklumat tambahan yang diperlukan. Seterusnya maklumat ini akan digunakan di dalam kelas semasa sesi perbincangan. Semasa sesi perbincangan, pelajar memainkan peranan dengan aktif memberikan pandangan masing-masing mengenai tajuk. Pelajar akan mencatatkan idea-idea yang dibentangkan dan pada peringkat akhir rumusan dibuat oleh pelajar dengan bimbingan daripada guru. Perbincangan dijalankan secara keseluruhan kelas. Melalui perbincangan secara kelas ini, beberapa perkara telah dapat dimanafaatkan oleh guru dan pelajar, antaranya ialah • Menggalakkan perkembangan mental pelajar di mana pelajar dapat memberikan idea mengenai cara-cara untuk menghasilkan pelbagai jenis sabun yang berlainan PH. • • • maklumat secara luas dan bebas, sistematik dan tepat. Pelajar dapat melatih diri berfikir dengan teliti, berbual dan mengemukakan soalan dan pandangan mereka mengenai tajuk dengan jelas. Pelajar dapat menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain di samping

memupuk semangat bekerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif. Kemahiran lisan dapat dapat diperkukuhkan. 4. Penemuan Pembelajaran Penemuan Berpandu merupakan pendekatan inovatif yang menggunakan teknologi baru untuk meningkatkan proses instruksi dan pembelajaran tetapi masih mengekalkan peranan tradisi guru sebagai penentu arah pembelajaran pelajar. (Yusup & Razmah, 1999). Guru menggunakan pendekatan sistem dalam merancang dan melaksanakan stategi instruksi tetapi penggunaan multimedia menjadi tumpuan utama dalam mengawal proses pembelajaran. Dalam koswer ini terdapat banyak strategi penemuan yang digunakan. Salah satunya adalah seperti rajah berikut.

Rajah 2.4 Dalam rajah di atas, pelajar boleh mempelajari topik keupayaan sel dengan menggunakan kaedah penemuan. Dalam kaedah ini, pelajar boleh mengukur sendiri keupayaan sel dengan menggunakan logam yang berlainan jenis. Kaedah ini dinamakan kaedah penemuan kerana pelajar memilih sendiri logam yang ingin diuji dan mendapatkan jawapan berdasarkan pilihan pelajar sendiri.

5. Inkuiri / Penyiasatan Inkuiri adalah satu perasaan ingin tahu di dalam diri pelajar yang mendorong mereka untuk membuat penyiasatan. Ia adalah satu pendekatan saintifik dan menjurus kepada proses penyelesaian masalah. Pendekatan ini lebih sesuai untuk pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dan mungkin menimbulkan masalah kepada pelajar yang lemah.

Rajah 2.5 Berdasarkan rajah yang diambil daripada Koswer Kimia Tingkatan 4 di atas, strategi inkuiri dan penyiasatan dikenalpasti. Dalam rajah tersebut, terdapat suara narrator yang menyebut bahawa sebiji buah tomato boleh mengalirkan arus voltan. Pernyataan ini adalah sesuatu yang baru bagi pelajar dan ini akan menggalakkan rasa ingin tahu pelajar untuk menyiasat lebih lanjut mengenai fakta yang diberikan. Dengan adanya perasaan inkuiri, mendorong pelajar untuk membuat penyiasatan dengan lebih lanjut lagi.

Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan pelajar. Pelajar yang terlibat dengan kaedah ini akan berpuas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti.

6. Penyelesaian masalah Kaedah penyelesaian masalah ini melibatkan pengguna menyelesaikan sesuatu masalah yang mencabar. Ia melibatkan pembelajaran aras tinggi kerana masalah tidak boleh diselesaikan dengan penggunaan pembelajaran aras rendah seperti menghafal atau mengingat fakta. Rajah berikut merupakan contoh strategi penyelesaian masalah yang digunakan dalam koswer Kimia Tingkatan 4.

Rajah 2.6

Pelajar akan diberi masalah-masalah yang berkaitan yang perlu diselesaikan dan dari pengalaman menyelesaikan masalah tersebut, pelajar akan dapat membentuk satu model minda mengenai sesuatu konsep. Pembentukan konsep secara kendiri oleh pelajar akan melibatkan proses generalisasi dan perkaitan maklumat seperti yang dibincangkan oleh ahli psikologi pemprosesan maklumat. 7. Permainan Koswer ini mempunyai strategi permainan di mana mampu memberi pengalaman belajar yang menyeronokkan kepada pelajar kerana ianya berdasarkan prinsip kalah atau menang. Namun begitu, konsep yang ingin diterapkan adalah belajar sambil bermain dan bukannya bermain sambil belajar. Melalui koswer ini, strategi permainan banyak digunakan terutamanya paha bahagian aktiviti. Contoh penggunaan strategi permainan dalam koswer ini ditunjukkan dalam rajah berikut.

Rajah 2.7 Selalunya, permainan yang baik merangkumi penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari untuk mengatasi sesuatu situati atau masalah yang

disediakan. Strategi permainan yang digunakan boleh merangsang interaksi pelajar di mana bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan. Selain itu, permainan juga menyediakan konteks pembelajaran serta bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan juga pengayaan. 8. Simulasi Perisian yang berbentuk simulasi akan menyediakan suasana pembelajaran yang cuba menyerupai keadaan atau fenomena sebenar di mana ianya berlaku. Komputer akan memberikan satu visual atau penjelasan tentang sesuatu situasi dan pelajar akan berpeluang berinteraksi dengan komputer bagi menangani keadaan atau situasi yang telah ditetapkan. Contoh simulasi yang digunakan dalam koswer ini adalah seperti rajah berikut:

Rajah 2.8 Dalam aktiviti ini, pelajar akan berinteraksi dengan koswer dengan hanya mengklik mana-mana logam yang dikehendaki untuk diletakkan ke dalam sel. Dengan

cara ini, pelajar berpeluang menyelesaikan masalah dengan mencuba sendiri eksperimen yang disediakan. Pembelajaran menerusi kaedah simulasi juga akan meminta pelajar untuk menganalisis, membuat keputusan dan bertindak untuk mendapat situasi yang baru. Simulasi yang baik mempunyai kandungan teks, grafik, animasi, bunyi dan permasalahan yang sesuai serta bermakna kepada pelajar. Simulasi juga berguna untuk menggantikan proses pembelajaran menerusi situasi sebenar yang mungkin memerlukan kos perlaksanaan yang tinggi, membahayakan serta memakan masa yang panjang serta sukar untuk dikendalikan. 9. Kaedah tutorial Perisian yang menggunakan kaedah tutorial sebagai strategi pengajaran akan mengajar atau menjelaskan sesuatu konsep kepada pelajar melalui pemberian contohcontoh yang bersesuaian. Ia juga akan diiringi dengan soalan-soalan yang digunakan bagi tujuan pengukuhan. Jawapan yang diberikan oleh pelajar dan sejauh mana pelajar memahami konsep yang telah diajar akan dinilai oleh sistem pembelajaran tersebut. Koswer ini juga dikenalpasti mempunyai strategi tutorial kerana di samping menjelaskan konsep dan contoh yang sesuai, ia juga mempunyau soalan-soalan latihan sebagai pengukuhan. Soalan pengukuhan dalam koswer ini boleh dilihat dalam rajah berikut:

Rajah 2.9 Sesebuah perisian berbentuk tutorial yang baik akan menganalisis tahap pencapaian pelajar terlebih dahulu sebelum mereka mula belajar. Berdasarkan analisis yang dibuat, pelajar akan diberi beberapa pilihan mengenai tahap pembelajaran yang ingin mereka lalui. Jika pelajar telah mencapai tahap kefahaman yang dikehendaki, mereka boleh meneruskan pembelajaran mereka kepada bahan yang lebih sukar. Jika tidak, sistem pembelajaran akan mencadangkan supaya pelajar mengulangi semula isi pelajaran dan soalan yang telah dipelajari sehinggalah mereka mencapai tahap yang diperlukan.

BAHAGIAN D : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Sediakan pautan / senarai rujukan

Dalam koswer ini terdapat bahagian extension. Dalam ruangan ini, diberikan aktiviti sebagai pengayaan dan pengetahuan tambahan kepada pelajar. Kebanyakan aktiviti yang dimasukkan dalam ruangan ini tidak terdapat dalam silibus. Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar memperkembangakan lagi pengetahuan mereka terutamanya kepada pelajar yang berkebolehan. Namun begitu, ruangan ini tidak menyediakan dari mana maklumat boleh diperolehi sebagai rujukan. Oleh itu, dicadangkan agar disertakan senarai rujukan atau pautan yang boleh dirujuk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat yang diminta oleh aktiviti berkenaan.

2. Penilaian keseluruhan CD Secara keseluruhannya, koswer ini mempunyai sebanyak 20 topik. Dalam setiap topik terdapat pengenalan, kandungan, aktiviti, penilaian, rumusan dan juga aktiviti tambahan. Penilaian di dalam koswer ini terdapat pada bahagian akhir setiap topik. Dicadangkan bahawa penilaian untuk keseluruhan CD dimasukkan. Penilaian ini bermaksud penilaian yang merangkumi semua topik yang terdapat dalam koswer berkenaan. Ini adalah supaya dapat mengukur pengetahuan dan penguasaan keseluruhan kandungan koswer tersebut. Di samping ini penilaian keseluruhan juga mampu memberi maklum balas kepada pelajar samada mereka perlu mengulang balik mana-mana topik di dalam koswer berkenaan yang masih belum dikuasai lagi.

3. Penggunaan peta minda dalam rumusan

Di dalam koswer ini terdapat 20 topik di mana setiap topik ada disediakan bahagian rumusan. Penyediaan rumusan ini adalah baik kerana menyediakan medium untuk pelajar melihat semula isi kandungan setiap topik yang telah dipelajari. Namun begitu bahagian rumusan ini boleh diperbaiki lagi kerana rumusan yang dinyatakan adalah dalam bentuk pernyataan. Dicadangkan agar rumusan dinyatakan dalam bentuk peta minda. Ini kerana melalui peta minda akan memudahkan lagi pelajar untuk menggambarkan keseluruhan isi kandungan yang telah dipelajari. Selain itu, penggunaan peta minda juga mampu menguatkan lagi daya ingatan pelajar dalam mengingati sesuatu fakta.

4. Sediakan jawapan terus dalam aktiviti

Adanya ruangan aktiviti di dalam koswer tersebut adalah sesuatu yang baik kerana aktiviti tersebut boleh digunakan semasa dalam kelas. Ia menggalakkan interaksi antara pelajar dan juga guru. Namun begitu terdapat kelemahan pada koswer tersebut di mana jawapan aktiviti hanya diberikan setelah kesemua soalan aktiviti diselesaikan. Keadaan ini kurang sesuai sekiranya seseorang guru itu ingin melaksanakan aktiviti ini bersamasama dengan pelajar. Ini kerana guru tidak akan dapat membincangkan jawapan kepada soalan satu persatu tetapi terpaksa menunggu sehingga kesemua soalan habis dijawab terlebih dahulu barulah jawapan yang betul diberikan. Oleh itu, dicadangkan agar jawapan untuk aktiviti disediakan setiap kali satu soalan telah dijawab. b) Cadangan kaedah pengintegrasian bahan berkenaan dalam P&P. Koswer Kimia Tingkatan 4 boleh diitegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjag. Berikut merupakan cadangan pengintegrasian koswer ini dalam P&P:

i.

Set Induksi : Pelajar akan ditunjukkan video yang terdapat di dalam koswer sebagai pengenalan untuk menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri pelajar. Topik yang dipilih adalah penitratan. Dengan menonton video ini, akan memberi idea awal kepada pelajar tentang cara-cara meneutralkan sesuatu larutan.

ii.

Langkah 1: Dalam langkah ini, guru akan menerangkan secara teori kepada pelajar bagaimana proses penitratan berlaku. Semasa menerangkan proses ini, video simulasi mengenai pergerakan ion dan molekul akan ditayangkan melalui koswer Kimia yang digunakan. Melalui tayangan video ini, akan memberikan gambaran dengan lebih jelas dan tepat lagi kepada pelajar bagaimana proses penitratan itu berlaku. Setelah itu, guru akan menayangkan video di mana menunjukkan langkah yang perlu diikuti untuk membuat eksperimen penitratan. Eksperimen yang ditunjukkan adalah untuk menyelesaikan masalah yang diberi di dalam koswer berkeaan. Pelajar perlu melihat dengan teliti cara-cara pengendalian radas serta langkah-langkah yang perlu diikuti dalam menjalankan eksperimen. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah demontrasi atau tunjuk cara.

iii.

Langkah 2 : Dalam langkah ini, pelajar perlu mengaplikasikan semula apa yang telah dilihat dan dipelajari semasa langkah satu. Dalam langkah ini, guru akan memberikan satu permasalahan dan pelajar akan menyelesaikan masalah tersebut dengan melakukan sendiri eksperimen penitratan. Langkah ini juga untuk menguji samada pelajar boleh mengendalikan radas dengan betul dan adalah mereka faham tentang langkah-langkah menjalankan eksperimen penitratan. Sekiranya mereka berjaya mendapatkan hasil yang betul bermakna mereka telah faham tetapi sekiranya eksperimen tidak mendapat hasil seperti yang dilaksanakan, mereka perlulah mencari ralat semasa menjalankan eksperimen.

iv.

Langkah 3 : Setelah pelajar menyelesaikan eksperimen. Guru akan membuat rumasan dan menerangkan method lain yang boleh digunakan

untuk melakukan penitratan. Guru akan menggunakan video yang terdapat di dalam koswer iaitu pada kandungan 4 dan 5 (content 4 and 5). Ini sebagai pengetahuan tambahan kepada pelajar mengenai teknologi terkini yang boleh digunakan untuk melalukan penitratan. v. Langkah 4 : Seterusnya adalah langkah untuk menguji kefahaman pelajar. Di dalam langkah ini, pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan 5 soalan untuk diselesaikan. Soalan ini didapati daripada koswer Kimia iaitu pada bahagian aktiviti. Kumpulan yang menjawab betul dengan banyak akan dikira sebagai pemenang. Sekiranya markah sama, satu soalan bonus akan diberikan sebagai penentuan pemenang. Dengan melakukan aktiviti ini, pemahaman pelajar dapat diuji dan di samping itu dapat meningkat motivasi serta minat pelajar untuk terus belajar. vi. Penutup : Dalam langkah penutup ini, pelajar akan diminta untuk menghasilkan satu peta minda mengenai topik yang dipelajari pada hari tersebut. Pelajar perlu menyenaraikan sejauh mana pemahaman mereka terhadap topik berkenaan. Sebelum kelas tamat, guru akan menyedarkan satu lembaran kerja yang mempunyai soalan-soalan latih tubi. Lembaran kerja ini dicetak daripada Kowser Kimia Tingkatan 4. Soalan-soalan ini diberikan kepada pelajar sebagai kerja rumah supaya mereka boleh mengulangkaji dan menguji kefahaman semasa di rumah.

LESSON PLAN School : Sabah science Secondary School Subject : Chemistry th Date : 16 June 2008 Form Time : 9.00AM – 10.20AM [ 80 minutes] Number of students : 30 Attendees Topic : Lesson 70 (Titration)

: 4 Alpha : / 30

Learning objectives

: At the end of this lesson, student should be able to • Describe acid-base titration • • Determine the end point of titration during neutralization Solve numerical problems involving neutralization reaction to calculate either concentration or volume of solutions

Teaching steps Step Induction Set 5 minutes (9:00 – 9:05) •

Content / Skill Prepare students to physically and mentally ready to learn. Give the overall picture about what the lesson they will learn Theory on molecules and ion movement. Steps involve in titration experiment • •

Learning Activities Students watch the introduction of lesson 79 on topic titration.

Materials/ Notes Courseware Chemistry Form 4- Lesson 79 (Introduction)

Step 1 10 minutes (9:05 – 9:15)

• •

Students listen the theory explanation by teacher on how titration process occurs. Students watch the steps involved in titration experiment. Students were given new problem and asked to solve it by doing an experiment. Students handling the apparatus and do experiment based on the steps that they learn in step 1. Students watch the courseware on another method that can be

Courseware Chemistry Form 4- Lesson 79 (Content 1)

Step 2 25 minutes (9:15 – 9:40)

Doing experiment and handling the apparatus

Step 3 15 minutes (9:35 – 9:50)

Another method of doing titration

Courseware Chemistry Form 4- Lesson 79

used to do titration • Step 4 15 minutes (9:50 – 10:05) • Exercise and group activity. • Students listen to the teacher’s explanation. Students are divided into two groups. Each group will be given 5 problems and have to solve it by calculation. Group who get the highest marks is considered as the winner. Students are asked to draw a mind map about what they have learned. Students are given printed activity sheets that were taken from the courseware as their homework.

(Content 4)

Courseware Chemistry Form 4- Lesson 79 (Activity 1)

Conclusion 5 minutes (10:20 – 10:25)

Students explaining the lesson learned.

Printed activity sheet.

Rujukan: E-Pendidikan, dicapai pada 22th Mei 2008, daripada (http://E-Pendidikan .Net) Jabatan Pelajaran Perak, dicapai pada 29th April 2008, daripada

(http://jpnperak.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=5) Myschoolnet, dicapai pada 5th mei 2008, daripada

(http://myschoolnet.ppk.kpm.my/prog_kdp/explore.htm) Teaching Courseware Chemistry Form 4, Ministry of education.

Rajah 5.1

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->