You are on page 1of 73

BAHAGIAN TERAS :

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

BAB 1 : Reka bentuk dan Penghasilan Projek


BAB 2 : Elektronik
BAB 3 : Lukisan Teknik
BAB 1: REKABENTUK DAN
PENGHASILAH PROJEK
1.1 FAKTOR REKABENTUK
1.1.1 Faktor Utama Reka Bentuk
c. Reka bentuk bermaksud suatu usaha membuat
susunan bahan secara terancang untuk
menghasilkan suatu produk baru.
d. Terdapat beberapa faktor dalam memilih reka
bentuk iaitu
1. fungsi – berfungsi kepada pengguna
2. rupa bentuk - menarik perhatian
3. kesesuaian bahan – bahan murah dan senang
didapati
4. kaedah pembinaan – cepat dan mudah dibina
5. tahan lasak dan tak mudah rosak
6. kos produk berpatutan
7. kemasan menarik dan bersesuaian
8. keselamatan – tak membahayakan pengguna
9. bernilai komersial

1.2 JENIS BAHAN DAN PENGIKAT


1.2.1 Saiz, Sifat dan Penggunaan Bahan
Terdapat beberapa jenis bahan seperti aluminium, keluli
lembut,perspek dan pvc.
1. Aluminium :
- Diperbuat daripada bauksit
- Digunakan dalam pembuatan kenderaan, tin minuman.
- Sifatnya lembut, ringan, mudah dipotong dan mudah
dibentuk.
- Saiznya : 91.4 cmX182.8 cm dan 122 cmX244 cm.

7. Keluli Lembut
- Diperbuat daripada campuran besi dan karbon.
- Digunakan dalam pembuatan paku, dawai, tin dan pintu
pagar.
- Mudah dibentuk dan dipotong
- Saiznya : 609.6 cmX13 cm dan 609.6 cmX91.4 cm
1. Perspek
- Digunakan dalam pembuatan nombor plat
kenderaan, peti surat dan cenderamata
- Sifatnya bersih dan mudah dipotong
- Saiz : 122 cmX244 cm dan 61 cmX 122 cm

6. PVC (polyvinyl chloride)


- Dalam bentuk paip nipis dan tebal.
- Saiz : 13 mm, 19 mm dan 25 mm
Kelebihan dan kelemahan bahan :
BAHAN KELEBIHAN KELEMAHAN
Alumi •Ringan. Tak berkarat •Sukar dipateri
nium •Mudah dipotong dan dibentuk •Tak tahan asid

Keluli •Lebih teguh dan boleh Berat, mudah


Lembut dipateri karat
Perspek Ringan, mudah dipotong Tak kalis haba,
dan dibentuk Mudah pecah
PVC Ringan, tak berkarat, murah, Tak kalis haba,
mudah dipotong mudah pecah
1.2.2 JENIS-JENIS PENGIKAT
Pengikat ialah bahan yang digunakan untuk
mencantumkan bahagian tertentu.
2. Ribet
- Buat cantuman kekal pada projek
- Diperbuat daripada kuprum, keluli dan aluminium
- Saiz: 2.4mm, 3.2mm, 4.0mm, 4.8mm
- Panjang ribet ialah 3mm, 6mm atau 1cm

8. Glu Panas
- Mencantum komponen kekal
- Mudah digunakan kerana cepat mencair dan
cantuman yang kukuh.
- Dicair menggunakan hot glue gun
1. Skru Benam Sendiri
- Untuk mencantum kepingan nipis seperti logam, kepingan
perspek dan papan lapis
- Saiz : antara 6mm hingga 63mm

1.3 ALATAN TANGAN DAN MESIN


1.3.1 Nama dan Fungsi Alatan Tangan
Pisau Digunakan untuk memotong perspek
pemotong
perspek
Gandin getah Untuk mengetuk kepingan logam
Bagi mengelakkan calar dan kemek

Penebuk Mempunyai mata bersudut 60°


pusat Fungsinya untuk membuat tanda pada logam
sebelum digerudi
Rivetter Alat khas memasang ribet
Kerja meribet dilakukan pada kepingan
logam, papan lapis, kanvas dan kulit
Hot glue Untuk memanaskan glu panas
gun Memerlukan 3 – 5 minit untuk dipanaskan

Staple Untuk merekat fabrik seperti kain,


Gun kanvas,PVC dan kulit.
1.3.2 NAMA DAN FUNGSI MESIN
MUDAH ALIH
1. Mesin Gergaji Jig
- Digunakan untuk kerja memotong bentuk lengkung,
bulat, dan persegi
- Bahagian utama gergaji jig adalah :
a. Mata gergaji – memotong kayu
b. Motor – menggerakkan gergaji
6. Cordless Screw Driver
- Fungsinya memasang/menanggalkan skru
- Bahagian utama :
a. Bindu – memegang mata pemutar skru
b. Pelaras putaran – mengubah arah putaran bindu
c. Mata pemutar skru – untuk memasang skru
1. Sander
- Untuk melelas dan menghasilkan permukaan
yang licin, cantik dan rata.
- Ada dua jenis sander :
a. Finishing sander – untuk kerja ringan,
hasilkan lelasan lebih halus dan licin
b. Belt and disc sander – untuk kerja kasar,
melelas bahagian tepi dan hujung permukaan
- Bahagian utama sander :
a. Tapak – tempat bahan pelelas dipasang
b. Tuil pelaras – melaraskan gerakan tapak
sander
1.3.3 MENGGUNAKAN DAN
MENYENGGARA MESIN
Mesin Kerja-kerja senggaraan
mudah
alih
Mesin Bersihkan mata, tapak dan motor mesin
gergaji gergaji
jig Ketatkan skru jika longgar
Cordless Cas bateri selepas digunakan
screw Bersihkan dengan semburan udara mampat
driver
Sander Bersihkan dengan semburan udara mampat
Tukar pelelas jika telah haus atau terkoyak
LANGKAH DALAM PROSES REKA BENTUK
LANGKAH 1 : Lukisan Projek

Lakaran rekabentuk

Mendimensi lakaran Menilai/pilih lakaran

LANGKAH 2 : Pembinaan

LANGKAH 3 : Kemasan

LANGKAH 4 : Membuat kemasan


1.4 PROSES REKABENTUK
1.4.1 LUKISAN PROJEK
Lukisan projek memberikan maklumat lengkap sesuatu
projek. Melalui lukisan, rupa bentuk projek, dimensi,
bahan, teknologi pembuatan dan peralatan yang
akan digunakan dapat dikenal pasti.
3. Membuat Lakaran Rekabentuk
a. Lakaran 3D
- memberi gambaran sebenar projek
- daripada lakaran 3D, panjang, lebar dan tinggi
projek dapat diketahui
- lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik dan
lakaran isometrik
b. Lakaran 2D
- menghuraikan lakaran projek dengan lebih
terperinci
- menunjukkan bentuk sebenar objek dalam dua
pandangan, atau tiga pandangan iaitu pandangan
atas(pelan), pandangan hadapan dan pandangan
sisi.
- lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik

6. Mendimensi Lakaran
- Menunjukkan ukuran sebenar projek
- Ukuran perlu dibuat dengan tepat dalam unit
milimeter (mm).
9. Menilai dan Memilih Lakaran yang Paling Sesuai
- lakaran terbaik dipilih sesudah penilaian dibuat.
1.4.2 PEMBINAAN

3. Mengukur
- Ukur dengan peralatan seperti pita pengukur, pengukur keluli,
pensil dan sesiku L
5. Menanda
- Peralatan menanda adalah pisau penanda, pensil, penggarit
dan penebuk pusat.
- Bagi mengelakkan kesilapan pemotongan bahan dan
rekabentuk.
8. Memotong
- Peralatan memotong ialah gergaji besi, gunting besi dan
pemotong perspek.
10. Membentuk
- Membentuk dilakukan sebelum bahagian projek dipasang
- Aktiviti membentuk ialah melengkung, melipat dan
membengkok
1. Mencantum
- Proses memasang bahagian yang telah
dipotong dan dibengkokkan
- Kerja-kerja mencantum ialah meribet, melekat
dan menskru
1.4.3 KEMASAN
Kemasan dilakukan supaya projek kelihatan cantik,
tahan lama, berkualiti dan selamat digunakan

ALAT KEMASAN
5. Pengikis
- Fungsinya mengikis permukaan bagi
membuang cat lama dan tanda mengelupas.
7. Berus cat
- Kegunaan untuk menyapu cat
- Saiz ditentukan oleh kelebaran berusnya
- Penggunaan saiz berus adalah berdasarkan
saiz ruang yang akan dicat
3. Berus Syelek
- Kegunaan untuk menyapu varnis, lekar, tona kayu dan syelek
- Ada dua jenis iaitu berus jenis tangkai buluh dan jenis tangkai kayu
4. Kertas Las
- Digunakan untuk melicinkan permukaan bahan
- Dibezakan mengikut kekasaran dan kehalusannya
- Kertas las dan grednya:

Gred Kasar/Halus
00 Paling halus
0 Halus
1 Sederhana
2 Kasar
3 Paling kasar

1. Tepung Penyumbat
- Digunakan untuk menutup liang-liang atau celahan pada kayu
- Dibancuh dengan air. Tujuannya supaya projek kelihatan kemas
BAHAN KEMASAN – Mencantikkan projek/tahan lama
B. Cat Licau (cat kilat)
- Menghasilkan permukaan licin, berkilat dan kalis air
- Sesuai untuk kemasan luaran
- Bahan pelarutnya ialah turpentin
F. Cat Sembur
- Menggunakan penyembur, cepat kering
C. Syelek
- Ada dua jenis iaitu bentuk kepingan dan cecair
- Tidak tahan haba dan tidak kalis air
- Bahan pelarutnya adalah spirit metil
D. Varnis
- Kalis air dan haba
- Hasilkan kemasan yang berkilat
A. Tona Kayu
- Kalis air dan haba
- Hasilkan kemasan yang cantik dan berkilat
D. Semburan Lekar Jernih
- Kalis air dan kalis haba, ianya cepat kering
F. Pelekat
- Pelbagai warna, bentuk dan corak
- Kebanyakan pelekat mempunyai glu
1.4.4 MEMBUAT KEMASAN
1. Apabila membuat kemasan pada projek pastikan
perkara berikut dipatuhi :
a. Permukaan yang nak disapu mestilah bersih, bebas
dari habuk, minyak atau karat
b. Gosok dengan kertas las jika permukaan kotor,
berkarat atau kasar
c. Goncangkan tin atau bekas cat atau varnis sebelum
digunakan
d. jika guna cat semburan, sila sembur pada jarak 30cm
dari projek
e. Pastikan kemasan kering sebelum dicat berikutnya
f. Sapu cat sehala sahaja mengikut urat kayu
1.5 REKABENTUK PROJEK
1.5.1 PERNYATAAN MASALAH ATAU KEPERLUAN
B. Mengenalpasti Masalah Atau Keperluan
- Supaya jalan penyelesaian dapat dicari
D. Mengumpulkan Maklumat Atau Data
- Maklumat yang perlu dicari ialah rupa bentuk projek, bahan
digunakan, saiz projek dan teknologi yang digunakan
- Cara mengumpul maklumat ialah :
1. memerhatikan projek sedia ada
2. lawatan
3. perbincangan, meneliti bahan bacaan
4. internet
K. Menentukan Kriteria Reka Bentuk
- Boleh berfungsi, mudah dibina
- Selamat digunakan, kukuh dan stabil serta bernilai komersil
A. Menyenaraikan Alternatif Penyelesaian
Dalam Bentuk Lakaran
- Melakarkan beberapa jenis dan bentuk
lakaran
1.5.2 Perancangan, Pembinaan dan Pengubahsuaian
A. Menentukan dan Merancang Pembinaan
Projek
B. Menyediakan Jadual Kerja
C. Menyenaraikan Alatan Tangan, Bahan dan
Mesin yang Diperlukan
D. Membina Projek Berdasarkan Lukisan Kerja
yang Dipilih
E. Menguji dan Menilai Projek
F. Mengubahsuaikan Projek
1.5.3 Pendokumentasian
B. Mengumpulkan dan Merekodkan Maklumat Projek
- Maklumat yang disimpan ialah:
a. pernyataan masalah
b. lakaran projek
c. lakaran projek yang dipilih
d. senarai bahan, alatan dan mesin yang digunakan
e. jadual kerja
f. data pengujian dan penilaian
g. maklumat pengubahsuaian
h. kos projek
L. Mengira Kos Pengeluaran Projek
Cara mengira kos pengeluaran :
Kos Pengeluaran : Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhead
Contoh Pengiraan :
a. Kos bahan : RM8.25
b. Kos upah : RM14.95
c. Kos Overhead : RM0.70
Maka kos pengeluaran : Kos bahan+kos upah+kos overhead
F. Membuat Persembahan Projek
- Kandungan persembahan ialah :
a. nama projek
b. lakaran rupa bentuk projek
c. fungsi projek
d. bahan, alatan dan mesin
e. anggaran kos projek
f. tempoh masa pembinaan projek
g. teknologi yang digunakan
BAB 2 : ELEKTRONIK
2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK
2.1.1 Diod Pemancar Cahaya (L.E.D)
C. CIRI-CIRINYA :
- Dibuat dari bahan semikonduktor
- Tidak mempunyai filamen dan membenarkan arus mengalir
satu arah sahaja
- Mempunyai kaki anod dan katod
Diod pemancar cahaya

Kaki katod Kaki anod

• Kaki yang pendek •Kaki yang panjang


• cas negatif •Cas positif
•Berhampiran permukaan rata dan •Berhampiran permukaan tidak
bersambung dengan bahagian
rata
bentuk bendera
A. FUNGSI DIOD PEMANCAR CAHAYA
- Berfungsi menukar arus elektrik kepada cahaya
- Cahaya terhasil digunakan sebagai penunjuk isyarat dalam
alat seperti radio, televisyen dan komputer
D. KEBAIKANNYA
- Isyarat cahayanya terang dan jelas
- Menggunakan arus elektrik yang rendah
- Tahan lama
2.1.2 Perintang
B. CIRI-CIRI
- Ada 2 jenis iaitu perintang tetap dan perintang
boleh laras
- Tidak mempunyai kekutuban(tiada positif atau
negatif)
E. FUNGSI
- Mengawal dan mengehadkan aliran arus
elektrik di dalam litar dan untuk mendapatkan
susutan voltan dalam litar
- Biasanya digunakan dalam pembinaan
kebanyakan alat elektronik seperti litar radio,
televisyen dan komputer
A. JENIS PERINTANG
Simbol perintang tetap: atau
1. Perintang Tetap

- nilai rintangannya adalah tetap/tak boleh diubah.


- ada 2 jenis perintang tetap ; iaitu perintang karbon dan
perintang lilitan dawai
- perintang karbon dibuat daripada serbuk karbon disalut
penebat di luarnya
- perintang lilitan dawai dibuat daripada lilitan dawai halus

2. Perintang Boleh Laras


- nilai rintangannya boleh berubah
- ada dua jenis iaitu reostat dan meter upaya
- reostat dibuat dari lilitan dawai
- meter upaya dibuat dari serbuk karbon
- contoh alat yang menggunakannya ; mengawal suara dan
cahaya dalam tv, radio dan komputer
A. UNIT ASAS NILAI RINTANGAN
- Nilai rintangan disukat dalam unit ohm. Simbol bagi
ohm adalah Ώ
Unit asas 1 ohm Ώ
1 kilo ohm (kΏ) 1000 ohm
1 mega ohm (mΏ) 1000 k ohm atau 1,000,000
ohm
- Perintang yang mempunyai nilai rintangan rendah
akan membenarkan arus elektrik yang tinggi
mengalir dalam litar. Begitulah sebaliknya.
A. MEMBACA NILAI PERINTANG TETAP
- Nilai rintangan perintang dapat diketahui
dengan melihat jalur berwarna pada badan
perintang.
- Jalur ini mewakili nilai tertentu untuk mengira
nilai rintangan dalam perintang.
- Perintang tetap juga mempunyai nilai had
terima.
- Had terima adalah kadar nilai rintangan yang
boleh berubah pada sesuatu perintang
- Kod Warna Perintang :
KOD WARNA PERINTANG
Warna Jalur Warna Nombor
Hitam 0
Perang (coklat) 1
Merah 2
Jingga (oren) 3
Kuning 4
Hijau 5
Biru 6
Ungu 7
Kelabu 8
putih 9
- Kadar had terima :
KOD WARNA PERINTANG
Warna Jalur Keempat Peratus Had Terima
Emas 5%
Perak 10 %
Tiada jalur 20 %
Kaedah menentukan nilai
Rintangan perintang
tetap
2.1.3 SUIS
- Diperbuat daripada bahan penebat seperti plastik atau
bakelit.
C. Fungsi – menyambung atau memutuskan aliran elektrik di
dalam litar.
- Apabila suis ditutup (on), litar akan bersambung dan arus
elektrik mengalir.
- Apabila suis dibuka (off), litar akan terputus dan elektrik tidak
mengalir.
F. JENIS SUIS
i. Suis togel
- Apabila suis ditolak, maka arus elektrik akan mengalir dalam
litar dan begitulah sebaliknya.
ii. Suis tekan buka
- Apabila suis ditekan, arus elektrik tidak dapat mengalir dan
begitulah sebaliknya
- Biasanya digunakan pada litar mentol dalam kenderaan dan
mentol peti sejuk.
iii. Suis tekan tutup
- Arus elektrik dapat
mengalir apabila punat suis ditekan dan apabila
dilepaskan, arus terputus.
- Biasanya digunakan dalam litar elektrik
2.1.4 Kapasitor
B. Ciri- ciri
- Juga dikenali sebagai pemuat
- Diperbuat daripada dua jenis plat iaitu plat pengalir
dan plat penebat.
- Bahan penebat untuk simpan cas elektrik
dinamakan dielektrik. Contoh bahan penebat ialah
mika, kertas, seramik dan udara.
F. Fungsi
- Berfungsi untuk menyimpan dan membuang cas
elektrik.
- Keupayaan untuk meyimpan dan buang cas ini
disebut sebagai kapasitan
A. Jenis-Jenis Kapasitor
b. Kapasitor Berkutub
- Ada 2 kaki yang berlainan kutub
- Kaki yang panjang adalah kaki positif
- Kaki yang pendek adalah kaki negatif
- Badan kapasitor yang bersaiz besar boleh simpan
lebih banyak cas elektrik
- Contoh kapasitor berkutub :
i. Kapasitor elektrolitik
ii. Kapasitor tantalum
j. Kapasitor Tanpa Kutub
- Ada 2 kaki sama panjang dan tak berkutub
- Contoh kapasitor tanpa kutub :
i. Kapasitor seramik
ii. Kapasitor mika
UNIT ASAS NILAI KAPASITAN
• Nilai kapasitan adalah keupayaan sesuatu
kapasitor menyimpan cas elektrik
• Nilai kapasitan sesuatu kapasitor disukat
dalam unit Farad dengan simbol F.
• Contoh unit kapasitan adalah mikro Farad
(uF).
• Semakin tinggi nilai kapasitan sesuatu
kapasitan, semakin banyak cas yang boleh
disimpan
• Kapasitor yang bernilai tinggi, ambil masa
yang lebih lama untuk simpan dan buang cas.
Unit Asas = 1 mikro Farad (uF)

1 000 000uF = 1 Farad


1 000 000 000 nano Farad (nF) = 1 Farad
1. Kapasitor yang nilai kapasitannya rendah hanya boleh simpan
cas elektrik yang sedikit.
2.15 Transistor
A. Ciri- ciri
2. Dibuat daripada bahan semikonduktor(separa
pengalir) seperti silikon atau germanium.
3. Transistor mempunyai 3 kaki yang berlainan iaitu
kaki C, B dan E.
4. Fungsi kaki transistor seperti jadual berikut :
Kaki Maksud Fungsi
C Pemungut Menerima arus elektrik dari
punca positif bateri
B Tapak Mengawal arus elektrik
dari kaki C ke kaki E
E Pemancar Mengeluarkan arus untuk
kembali ke punca negatif
A. Fungsi
2. Berfungsi untuk meninggikan arus, voltan, kuasa dan menjadi
suis kawalan

D. Jenis Transistor

6. Transistor NPN
- Transistor ini ada kod pengenalan yang ditanda pada
bahagian badannya seperti CS9013, CS 9018, BC107,
BC108, BC109
- Arah anak panah pada kaki simbol transistor NPN mengarah
ke luar
- Dibina daripada susunan bahan berikut :
N P N

NEGATIF POSITIF NEGATIF


- Simbol transistor NPN seperti berikut :

NPN E
1. Transistor PNP
- Ada kod pengenalan pada badannya seperti
CS9012 TIP 30 dan 2 SA 671
- Arah anak panah transistor PNP mengarah ke
dalam
- Transistor ini dibina daripada susunan bahan seperti
berikut :

P N P
POSITIF NEGATIF POSITIF
- Simbol transistor PNP seperti berikut :

PNP E
2.1.6 BUZER
B. Ciri- ciri
- Digunakan untuk mengeluarkan isyarat bunyi penggera
- Di pasang pada jam elektronik dan kereta serta motosikal
E. Fungsi
- Berfungsi menukarkan gelombang elektrik kepada
gelombang bunyi.
- Ada 2 jenis buzer iaitu seperti berikut :
BUZER PIEZO BUZER ELEKTROMAGNET
• menghasilkan nada bunyi yang • hasilkan nada bunyi yang
nyaring rendah
•Berkutub positif dan negatif • tiada kutub
• memerlukan voltan antara 1.5 • memerlukan voltan antara 6 V
V – 12 V untuk berfungsi – 12 V untuk berfungsi
- Simbol buzer piezo adalah seperti berikut :
2.1.7 KOMPONEN AKTIF DAN KOMPONEN PASIF

- Komponen elektronik boleh dikategorikan kepada 2


kumpulan utama iaitu :
a. Komponen aktif
b. Komponen pasif
- Contoh komponen aktif adalah :
a. Diod pemancar cahaya
b. Transistor
c. Buzer
- Contoh komponen pasif adalah :
a. Perintang
b. kapasitor
KOMPONEN AKTIF KOMPONEN PASIF
• komponen ini boleh • Komponen ini tak boleh
bertindakbalas apabila menghasilkan tindakbalas
menerima arus elektrik. apabila menerima arus
Bertindakbalas mengawal elektrik
dan memproses isyarat •Menjadi pembantu untuk
elektrik membolehkan komponen
•Digunakan untuk hasilkan aktif berfungsi
produk utama litar seperti • diperbuat daripada
cahaya dan bunyi bahan pengalir dan
•Diperbuat daripada bahan penebat seperti karbon
semikonduktor seperti dan mika
silikon dan germanium
2.2 MEMBACA DAN MENTERJEMAHKAN
LUKISAN SKEMATIK
- Litar elektronik dibina berdasarkan kepada
lukisan yang dinamakan lukisan skematik.
- Lukisan skematik adalah lukisan yang
mengandungi maklumat cara komponen
elektronik disambung di dalam litar.
- Komponen elektronik ini diwakili oleh pelbagai
simbol tertentu yang perlu difahami oleh
pelajar.
- Lukisan bergambar adalah lukisan yang
menggunakan gambar rupa bentuk komponen
elektronik.
2.3 PENGHASILAN PROJEK
2.3.1 Alatan Tangan
3. Playar Muncung Tirus
- Digunakan untuk membentuk kaki komponen,
memotong wayar dan memegang benda kecil
serta melakukan kerja di ruang yang sempit.
5. Pemotong Sisi
- Digunakan untuk memotong wayar dan kaki
komponen setelah dipateri
1. Penjalur Wayar
- Digunakan untuk menanggalkan penebat
wayar dan memotong wayar
- Ada dua jenis penjalur wayar iaitu :
a. penjalur wayar mudah
b. penjalur wayar berspring
6. Alat Pemateri Elektrik
- Digunakan untuk mencairkan bahan pateri
ketika kerja pematerian.
- Dikelaskan mengikut kadar kuasa yang
biasanya berkadar kuasa antara 15 hingga 30
watt
- Bahagian dan fungsi alat pemateri seperti
berikut :
a. Kabel – bekalkan tenaga elektrik ke elemen
pemanas
b. Pemegang – memegang alat pemateri
c. Elemen pemanas – memanaskan bit
d. Bit – mencairkan bahan pateri semasa kerja
memateri
1. Penyedut Bahan Pateri
- Digunakan untuk menyedut bahan pemateri
ketika kerja pembaikan litar
3. Set Pemutar Skru
- Digunakan untuk memasang atau
menanggalkan skru beralur yang bersaiz.
PENYENGGARAAN ALATAN TANGAN
- Penyenggaraan amat penting bagi
memastikan alatan tangan sentiasa bersih
dan kemas.
3. 5 aktiviti penyenggaraan alatan tangan ialah :
a. Aktiviti membuang karat – gunakan kertas
las
b. Aktiviti meminyak – disapu minyak,
elakkan karat
c. Aktiviti membaiki – baikpulih kerosakan
d. Aktiviti membersih – supaya tahan lama
e. Aktiviti menyimpan – mudah diambil jika
perlu
2.3.2 MEMATERI
- Memateri adalah proses sambung dan cantum
secara kekal menggunakan bahan pateri.
- Memateri digunakan untuk menyambung wayar
dan mencantum kaki komponen.
D. Kelengkapan Pematerian
5. Pemegang Alat Pemateri
- Digunakan untuk memegang alat pemateri yang
panas
7. Pemegang Bod Litar
- Digunakan untuk memegang bod litar yang
mengandungi komponen elektronik
Bahan Pematerian
2. Bahan Pateri
- Bahan pateri adalah sejenis aloi yang dibuat daripada
campuran logam timah dan plumbum
- Bahan pateri yang mencair akan mencantumkan kaki
komponen pada bod litar
- Saiz bahan pateri adalah antara 0.8 mm dan 1.0 mm.
- Bahan pateri mengandungi kandungan timah dan plumbum
yang berbeza seperti berikut :
Komponen bahan pateri serta cirinya :
JENIS BAHAN TIMAH PLUMBUM CIRI
PATERI
1 Gred 60/40 60% 40% Lembut
2 Gred 50/50 50% 50% Sederhana
3 Gred 40/60 40% 60% Keras
1. Fluks (bahan lakur)
- Fluks adalah sejenis bahan kimia yang diisi ke dalam bahan
pateri.
- Fluks akan mencair bersama bahan pateri apabila
dipanaskan.
- Fungsi flaks :
a. mencegah terjadinya oksida pada permukaan logam
bod litar yang dipateri
b. Membersihkan permukaan logam bod litar
c. Memudahkan pateri yang cair mengalir

9. Kertas Las
- Kegunaannya :
a. membersihkan hujung bit yang dikotori karat
b. Membersihkan permukaan bod litar dan kaki komponen
- Kertas las yang sesuai digunakan adalah jenis halus
4. Span
- Kegunaannya untuk membersihkan hujung bit
- Span perlu dilembapkan sebelum diletakkan
bersama pemegang alat pemateri

CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMATERI


ELEKTRIK YANG BETUL
6. Periksa kabel alat pemateri sebelum
digunakan
7. Pegang alat pemateri dengan kedudukan
kabel berada di sebelah luar tangan
CARA MEMBERSIHKAN ALAT PEMATERI
YANG BETUL
2. Gosokkan bit alat pemateri dengan kertas las
halus untuk membersihkannya
3. Panaskan bit alat pemateri dan salutkan
hujungnya dengan kertas timah cair
4. Ratakan timah cair dihujung bit dengan
menggosokkannya dengan span lembap
CARA MENYIMPAN ALAT PEMATERI YANG
BETUL
6. Letakkan di tempatnya semula
7. Jangan lilitkan kabel pada bit yang masih
panas
CARA MEMATERI DENGAN TEPAT, KUKUH,
KEMAS DAN SELAMAT.
2. Pastikan alat pemateri telah cukup panas
sebelum memateri.
3. Panaskan kaki komponen beberapa saat.
Pegang alat pemateri dalam keadaan
condong 30° dengan permukaan bod litar
4. Rapatkan bahan pateri pada bit dan kaki
komponen yang sedang panas.
5. Alihkan bahan pateri dan biar alat pemateri
pada kaki komponen untuk memastikan pateri
masuk dalam lubang bod litar
2.3.3 MEMBUAT PROJEK ELEKTRONIK

LANGKAH 1: Membentuk kaki komponen


LANGKAH 2 : Memasang komponen berpandukan
lukisan skematik atau lukisan bergambar
LANGKAH 3 : menyemak semula kedudukan
komponen berpandukan litar skematik atau lukisan
bergambar
LANGKAH 4 : memateri kaki komponen atau tamatan
komponen
LANGKAH 5 : memotong kaki komponen yang
berlebihan dengan kemas
LANGKAH 6 : menguji projek dan membuat pembaikan
LANGKAH 7 : membersihkan serta menyimpan alatan
dan bahan
KENAPA PROJEK YANG SIAP GAGALBERFUNGSI ?
• Komponen dipasang tanpa mengikut litar skematik
dengan betul
• Pemasangan kekutuban komponen yang salah
• Kerja pematerian yang tak sempurna
• Berlaku litar pintas
• Komponen yang digunakan telah rosak
BAB 3 : LUKISAN TEKNIK
3.1 PERALATAN DAN BAHAN LUKISAN TEKNIK
3.1.1 Mengenalpasti Penggunaan Alatan Lukisan Teknik
C. Pensil
- Semua garisan dilukis dengan pensil
- Pilih pensil yang sesuai grednya untuk buat garisan berlainan
- Terdapat pelbagai gred kertas iaitu :

Pensil Gred Kegunaan : membuat garisan ringan,


Keras(mata misalnya garisan binaan, garisan panduan
keras) – 3H/2H dan penghurufan.(garisan halus dan hitam)
Pensil Gred Kegunaan : membuat lakaran, penghurufan,
Sederhana(mata tanda anak panah, garisan objek dan garisan
sederhana tengah(garisan sederhana hitam)
lembut) – H / HB
Pensil Gred Kegunaan : untuk garisan tebal dan hitam
Lembut(mata
lembut)
A. Pembaris
- Digunakan untuk mengukur dan menandai jarak
- Bahagian tepi terdapat ukuran metrik(sentimeter dan
milimeter)
D. Pemadam
- Digunakan untuk menghilangkan tanda goresan pensil di atas
kertas.
F. Papan Lukisan
- Dibuat daripada kayu lembut
- Kegunaannya sebagai pengalas dan pemegang kertas
lukisan ketika melukis
- Saiz papan ini adalah 60 cm X 80 cm.
- Ada juga papan yang berlapik bahan bermagnet
A. Sesiku T
- Digunakan bersama-sama dengan papan
lukisan untuk membuat garisan mengufuk dan
garisan mendatar
- Dibuat daripada bahan plastik lutsinar
- Mempunyai bahagian kepala dan bilah yang
bersudut 90°
E. Sesiku Set
- Digunakan untuk melukis garisan menegak
atau garisan condong yang berlainan
sudutnya.
- Contohnya garisan bersudut 90°, 60° dan 30°
boleh dilukis menggunakan sesiku set
A. Jangka Lukis
- Digunakan untuk membina garisan bulatan atau garisan lengkok
- Diperbuat dari keluli dan plastik
- Biasanya pensil dipasang pada jangka lukis supaya kerja melukis dapat
dilakukan
E. Jangka Tolok
- Digunakan untuk memindahkan ukuran jarak dari pembaris kepada
garisan yang dilukis
- Mempuyai sepasang kaki yang berjarum tajam
VIII. Kertas Lukisan
- Terdapat pelbagai saiz kertas lukisan
- Biasanya saiz A3 (297 X 420 mm) digunakan di bengkel
K. Kertas Grid
- Juga digunakan untuk membuat lukisan
- Bersaiz 5mm x 10mm , mempunyai petak segi empat sama
- Sesuai untuk melukis garisan lintang, garisan tegak dan garisan
condong 45° dalam lukisan objek
A. Kertas Isogrid
- Mempunyai petak bersudut 30° iaitu 5mm
x 10mm
- Sesuai digunakan untuk membuat garisan
tegak bersudut 30° dan lukisan isometrik

Kertas isogrid
3.2 JENIS GARISAN
JENIS BENTUK FUNGSI GRED PENSIL
GARISAN GARISAN
1. Garisan Halus dan Garisan asas 2H
binaan nipis

2. Garisan Hitam dan Menunjukkan HB


objek tebal bentuk objek

3. Garisan Halus dan Menunjukkan H


tersembunyi nipis bahagian
terlindung
4. Garisan Halus dan nipis Menunjukkan H
penengah pusat atau tengah
bulatan
5. Garisan Hitam dan Membuat HB
3.2.1 melukis pelbagai jenis garisan
1. Garisan mendatar dilukis dengan sesiku T
2. Garisan menegak guna sesiku T dan
sesiku set
3. Garisan condong lukis dengan sesiku set
30, 60 dan 45 darjah
4. Garisan binaan, objek dan tersembunyi
dibuat supaya objek lukisan mudah
difahami
3.3 UNJURAN ORTOGRAFIK
1. Unjuran