You are on page 1of 23

Reka Bentuk dan Teknologi

ASAS MEREKA BENTUK

1. Proses Mereka Bentuk


A. Mengenal pasti Masalah
 Tiada produk di pasaran
 Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan
 Produk sedia ada susah dikendalikan
 Produk di pasaran besar dan berat
 Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini
 Produk sedia ada mahal
 Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad
penggunaannya
B. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea
 Data dan maklumat yang diperolehi dengan
a. menyiasat
b. membaca
c. membuat lawatan
d. melayar internet
e. temuramah
 Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea.
 Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai
bahan, butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan
C. Menilai dan memilih idea yang terbaik
 Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut
 Analisa dan pilih satu idea yang terbaik
D. Pembinaan (perlaksanaan idea)
 Rancang carta aliran kerja
 Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan
 Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan
 Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh
 Pilih kemasan yang sesuai
 Gunakan kemasan sewajarnya dan pastikan ia menarik
E. Pengubahsuaian
 Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya
a. Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi
b. Keseluruhan produk tidak berfungsi
c. Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya
kepada pengguna
 Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada
 Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat
F. Pendokumentasian
Satu laporan lengkap secara bertulis
 Butiran Laporan mestilah mengandungi
i.Tajuk
ii.Latar belakang
iii.Objektif
iv.Deskripsi projek
v.Rujukan
vi.Lampiran
2. Faktor Reka bentuk
A. Fungsi
» Berfungsi
B. Rupa bentuk
» Menarik
C. Kesesuaian bahan
» Mudah didapati
D. Kaedah Pembinaan
» Tidak merumitkan
» Tidak membazirkan masa
E. Ketahanan
» Tahan ketika digunakan
» Tahan ketika disimpan
» Tidak mudah rosak, patah atau pecah
F. Kos produk
» berpatutan
G. Kemasan
» bersesuaian dengan penggunaan
H. Faktor Keselamatan
» mesra pengguna dan mesra alam
Tidak boleh mencederakan dan membahayakan pengguna
I. Faktor Kormersial
» Boleh dipasarkan
» Mampu manarik pembeli
3. Pencetusan Idea
A. Mengenal pasti Masalah
B. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea

melalui pembacaan
melayari internet
membuat lawatan dan kajian
B. Menilai dan memilih idea yang terbaik
2. Melakar
A. Tujuan Melakar
membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D
atau 2D
B. Ciri-ciri Lukisan Lararan

Lukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil

Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi

maklumat bahan
ukuran panjang dan lebar
ukuran tinggi dan tebal
V jenis penyambung yang digunakan
V tarikh lakaran
V Skala
V Dimensi
V Nama individu/kumpulan
X Nama projek
B. Jenis lukisan lakaran

Lukisan Oblik

Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar


dan 1 garisan serong bersudut 45 darjah sebagai paksi
Lukisan Isometrik
Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30
darjah sebagai paksi
Lukisan perspektif
Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau
garis ufuk

JENIS BAHAN
Kecacatan kayu I. Meleding II. Melengkung III. Berspring IV. Berpintal V. Berpusar VI.
Retak

1. Kayu
A. Jenis Kayu
I. Kayu Keras
i. Cengal
II. Kayu Lembut
i. Kayu Getah
ii. Jelutung
B. Saiz Kayu
I. Papan Tebal
»Tebal 38 mm - 100 mm
» Lebar 150 mm ke atas
» Panjang 3 m - 6 m
II. Papan Nipis
» Tebal 10 mm - 38 mm
» Lebar 76 mm ke atas
» Panjang 3 m - 6 m
III. Kayu Beroti
Tebal 38 mm - 100 mm
» Lebar 75 mm - 150 mm
» Panjang 3 m - 4 m
IV. Kayu Jerjak
» Tebal 20 mm - 38 mm
» Lebar 25 mm - 76 mm
» Panjang 3 m - 6 m
C. Kecacatan Kayu
I. Meleding
II. Berspring
III. Berpiuh
IV. Berpintal
V. Berpusar
VI. Merekah
2. Papan Lapis
Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara
berselang-seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses kilang

Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan berdasarkan
ketebalan

A. Saiz :
» panjang dan lebar = 2 440 mm x 1220 mm
Tebal = dari 3 mm hingga 32 mm
B. Jenis :
» Kalis air
» Tidak kalis air
C. Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak
D. Kelebihan :
» Mudah dipotong
» Kukuh dan tahan
E. Keburukan :
» Mudah lekang apabila terkena air
» Hanya boleh digunakan di dalam rumah
3. MDF
Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan serat
kayu lembut dan kayu terbuang. Ia terhasil daripada proses pemampatan dan glu
A. Kegunaan : digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan
perumahan moden
B. Saiz : 2 440 mm x 1 220 mm
C. Kelebihan :

i.Tahan haba
ii.Tidak retak
iii.Tidak mudah bengkok dan meleding
iv.Permukaannya lebar dan rata
2. Mounting Board
Ia adalah sejenis kertas keras
A. Kegunaan
B. Saiz : Ketebalan 2 mm. Dijual dalam saiz 610 mm x 1 220 mm atau 610
mm x 910 mm

ALATAN TANGAN

1. Pembaris Keluli
A. Kegunaan : Mengukur dan memindahkan jarak
B. Saiz : 30 cm dan 15
C. Binaan : Dibuat daripada keluli
2. Pita Pengukur
A. Kegunaan : Mengukur jarak
B. Saiz : 3 M dan 6 M
3. Sesiku L
A. Kegunaan :
i. Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat
ii. Untuk menguji kerataan
iii. Untuk menguji ketepatan
iv. Untuk menguji kepersegian
B. Saiz : Ditentukan mengikut panjang bilahnya
C. Binaan : Bilahnya dibuat daripada kelulu. Badan dibuat daripada kayu
atau logam.
4. NT Cutter
A. Kegunaan : Untuk memotong papan lapis yang dinipis atau mounting
board
B. Saiz :
5. Gergaji Tangan
A. Kegunaan : Untuk memotong kayu, papan, papan lapis dan MDF
B. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi dalam setiap
25mm
6. Gergaji Puting
A. Kegunaan : Untuk memotong lurus kayu dan papan bersaiz kecil
B. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya
7. Gergaji Lengkung Halus
A. Kegunaan : Untuk memotong lengkung pada kepingan papan nipis dan
papan lapis
B. Saiz : Ditentukan jarak antara mata gergaji dengan bingkai
8. Gergaji Besi
A. Kegunaan : Untuk memotong rod besi dan PVC
B. Saiz : Ditentukan oleh panjang
9. Gerudi Tangan
A. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan
papan yang nipis
B. Mata gerudi pintal digunakan bersama gerudi tangan
10. Mata Gerudi Pintal
A. Kegunaan : Untuk membuat lubang
B. Saiz : ditentukan oleh diameter
11. Gerudi Engkol
A. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kayu ,kepingan papan dan
papan lapis
B. Digunakan bersama dengan mata gerudi gerimit
12. Tukul Kuku Kambing
A. Kegunaan : Untuk mengetuk paku dan mencabut paku
B. Saiz : Ditentukan oleh berat kepalanya
13. Tukul Warington
A. Kegunaan : Untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar
14. Ragum Kakak Tua
A. Kegunaan : Untuk mencabut paku
15. Gandin Kayu
A. Kegunaan : Untuk mengetuk hulu pahat atau menanggalkan cantuman
papan projek
16. Kikir Parut
A. Kegunaan : Untuk mengikir dan membentuk hujung kayu
17. Apit G
A. Kegunaan : Mengapit papan projek pada meja ketika kerja memotong dan
menggerudi
B. Saiz : terdapat dalam saiz seperti 1' dan 6'
MESIN GERUDI

A. MESIN GERUDI LANTAI


i. Kegunaan
Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu
dan logam

ii. Bahagian dan fungsinya


1. Penutup = Melindungi tali sawat dan takal
2. Suis = Menghidup dan mematikan motor
3. Bindu = Memutar mata gerudi
4. Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam
5. Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi
6. Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi
7. Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu
8. Motor = Memutar bindu
9. Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu
10. Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi
iii. Peraturan Keselamatan ketika menggerudi
1. Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan
pengawasan guru
2. Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin
3. Pakai pakaian yang sesuai
4. Pakai gogal untuk melindungi mata
B. MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK

1. Kegunaan:
a.Mengerudi lubang kayu atau kepingan logam
2. Bahagian dan fungsinya

I.Bindu = memegang dan memusingkan mata gerudi


II.Suis = menghidup dan mematikan motor
III.Pemegang = memegang dan mengendalikan mesin
IV.Kabel = menghantar arus elektrik
2. Cara Menggunakannya
I.Mengerudi secara menegak
II.Menggerudi secara mendatar

BAHAN PEMASANGAN

Keterangan Gambar keterangan Gambar


I Mata Gerudi Benam V Menggerudi Engsel
II Pemutar Skru Biasa/Rata Skru Alur Rata, Kepala Benam dan
VI
III Pemutar Skru Philips Kepala Bulat
Gunakan saiz mata pemutar yang VII Skru Philips
IV
tepat dan sesuai
i. Paku Panel ii. Paku Kepala rata

1. Paku
A. Kegunaan : mencantum dua keping papan/kayu atau bahan lain kepada
kayu
B. Saiz : ditentukan panjang batangnya
C. Jenis
I. Paku Kepala Rata
i. Kegunaan : untuk mencantumkan dua keping papan atau
kayu
ii. Saiz ditentukan oleh : Panjang
iii. Apabila membeli paku nyatakan : jenis dan panjangnya
II. Paku Panel
i. Digunakan : untuk pembinaan perabot
ii. Mempunyai kepala benam
III. Paku Payung
IV. digunakan untuk memaku papan lapis dan kepingan zink
D. Kelebihan :
Senang digunakan. Murah
E. Keburukan
Sukar ditanggalkan. Papan mudah pecah dan retak
2. Skru
A. Digunakan : untuk memegang dan merapatkan kepingan kayu dan engsel
B. Jenis: Skru dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut alur dan jenis
kepala
I. Skru Alur Rata/Biasa
II. Skru Alur Philips
III. Skru Kepala Bulat
IV. Skru Kepala Benam
C. Kebaikan skru :
I. Boleh ditanggalkan semula dan boleh digunakan ke atas kayu yang
keras
II. Memberi cengkaman lebih kuat
3. Glu PVA

i.Digunakan : untuk melekatkan dua keping bahan secara kekal


ii.kebaikan skru : Boleh digunakan ke atas dua bahan yang berbeza. Contoh
MDF dengan Papan Lapis

PEMBINAAN PROJEK
1. Proses Mengukur
Mengukur berdasarkan maklumat kertas projek
2. Proses Menanda
Menanda ukuran panjang, lebar dan tebal
3. Proses Memotong
Memotong kayu dan bahan kepada ukuran yang dikehendaki. Memotong kayu
dan bahan kepada beberapa bahagian
4. Proses Membina dan Mencantum
Membina tanggam dan mencantuk menggunakan bahan cantuman

i. Tanggam Lekap
ii. Tanggam Lekap T iii.Tanggam Temu iv. Tanggam Temu
Palang

A. Membuat tanggam
 Pilih tanggam yang sesuai
 Ikuti langkah-langkah yang betul
 Setelah siap pasang dan uji ketepatan dan kekuatan tanggam
B. Mengglu
 Pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan
 Pastikan bahagian-bahagian yang perlu telah dipasang
 Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu hari
semalam
C. Memaku
 Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan
pendek
D. Menskru
 Jika papan atau kayu tebal hendaklah ditebuk lubang dengan
gerudi terlebih dahulu
 Jika papan nipis hendaklah dibuat lubang pandu dengan
menggunakan senggerek atau alat lain yang sesuai

KEMASAN PROJEK

I = Cat Licau II. Tepung Penyumbat III. Syelek IV. Cat Semburan V. Spirit

1. Bahan kemasan
A. Tepung Penyumbat
I. Kegunaan : untuk menyumbat liang-liang kayu
II. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
III. Cara menggunakannya : boleh dicairkan dengan menggunakan air
dan turpentine
B. Cat Alas
I. Kegunaan : untuk menjadikan permukaan kayu lebih licin dan
menjadi alas sebelum menggunakan cat licau
II. Kelebihan
III. Cara menggunakannya
C. Cat Licau
I. Kegunaan : untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu
disamping mencantikkan kayu dengan warna terpilih
II. Kelebihan :
 Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang
menarik
 Memberi ketahanan dan perlindungan kepada kayu
III. Cara menggunakannya : Dilarutkan dengan turpentine dan di sapu
dengan berus
D. Cat semburan
I. Kegunaan : untuk mengecat permukaan logam
II. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
III. Cara menggunakannya : goncangkan bekas cat. Semburkan dengan
cara menggerakkan semburan secara berulang-ulang
E. Syelek
I. Kegunaan : untuk mecantikkan kayu dan melindungi permukaan
kayu
II. Kelebihan : kos murah dan cepat kering
III. Cara menggunakannya : larutkan syelek dengan pelarutnya (spirit
methil) dan sapukan ke atas permukaan kayu mengikut arah urat
kayu
F. Tona kayu
I. Kegunaan : untuk mencantikkan kayu dan menyamakan warna ke
atas produk yang dibuat daripada pelbagai jenis kayu
II. Kelebihan :
 Mudah digunakan
 Cepat kering
 Masih kelihatan urat kayu
 Setiap bahagian mempunyai warna yang sama
G. Lekar
I. Kegunaan : mencantikan permukaan kayu dan melindungi
permukaan kayu
II. Kelebihan : tahan haba dan tahan calar
III. Cara menggunakannya : dilarutkan dengan 'thinner' . Disapu terus
atas permukaan kayu atau atau lapisan syelek
H. pelekat (Fomika dan stiker)
I. Kegunaan : Untuk menutup permukaan kayu dengan corak yang
cantik dan menarik
II. Kelebihan : memudahkan kerja pengemasan dan menutup
kecacatan permukaan kayu
III. Cara menggunakannya : Disapukan glu dan diseterika di atasnya
2. Alatan kemasan

A. Kerta Las
I. Kegunaan : untuk melicinkan permukaan kayu
II. Cara menggunakannya : digunakan dengan bungkah kayu lalu
digosokkan mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran
kasar (3,2,1) dan disudahi dengan gred kekasaran yang halus (0,
00)
B. Pengikis
I. Kegunaan : untuk mengikis kotoran atau lebihan tepung
penyumbat.
II. Cara menggunakannya : Gerakkan hujung mata pengikir mengikut
arah urat kayu
C. Berus Syelek
I. Kegunaan : untuk menyapu syelek dan lekar
II. Cara menggunakannya : bersihkan berus dengan pelarut yang
sesuai dan sapu syelek ikut arah urat kayu. Setelah selesai
bersihkan semula dengan pelarutnya (contoh spirit methil) dan
diikuti dengan air sabun dan keringkan.
D. Berus Cat
I. Kegunaan : untuk menyapu cat licau dan cat alas
II. Cara menggunakannya : cuci berus dengan pelarut dan sapukan
berus ke satu arah mengikut arah urat kayu

Penjagaan berus

o Berus yang selesai digunakan hendaklah di cuci dengan pelarus yang


sesuai
o berus syelek dicuci dengan spirit methil, berus cat dicuci dengan
turpentine dan berus lekar dicuci dengan thinner.
o Berus yang telah dicuci hendaklah digantung dalam tin atau peti untuk
menggantung berus
Menu

Elektrik

MAKSUD ELEKTRIK

Elektrik ialah tenaga


Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir
Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik
Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk
arus ulang alik (AC/AU).
Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad).

SUMBER ELEKTRIK

i. Sel Kering ii. Sel Basah iii. Dinamo Basikal

Kaedah menghasilkan elektrik:

1. Melalui proses tindak balas kimia - contoh sel kering dan sel basah
2. Melalui tindak balas aruhan kemagnetan - contoh dinamo basikal dan janakuasa
3. Lain-lain seperti:
i. kuasa solar
ii. tindakan haba

Sel Kering

1. Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt


2. Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt

Dua sel kering disambung siri

3. Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC)
4. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas
kimia
5. Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - seperti
lampu picit, jam loceng, alatan permainan

Bahagian Sel kering

A = Punca positif , B = Bekas zink , C = elektrolit , D = Batang karbon , E = Punca


negatif

Sel Basah

1. Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt
2. Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri
3. Sel basah lebih dikenali sebagai bateri
4. Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas

Bahagian sel basah


A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat
negatif (plumbum) , E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair)

Dinamo Basikal

1. Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt


2. Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)
3. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan
kemagnetan

Bahagian Dinamo Basikal

A = Pemutar , B = Magnet kekal , C = Teras besi, D = gegelung dawai , E = punca


elektrik

Jenis-jenis sel

1. Sel Alkali
2. Sel merkuri
3. Sel lithium
4. Sel nikel kadmium
KEGUNAAN ELEKTRIK

i. Pengisar ii. Lampu Pendafluor iii. TV iv. Sterika v. Radio

1. Untuk menghasilkan :
i. cahaya
 Contoh - lampu pendafluor, lampu pijar, LED
ii. bunyi
 Contoh - Radio, siren, buzzer, loceng
iii. haba
 Contoh - Pengering rambut, pembakar roti, seterika, cerek, ketuhar
iv. gerakan
 Contoh - Kipas angin, pengisar, motor elektrik
v. isyarat elektronik
 Contoh - kalkulator, pad permainan, komputer

WAYAR ELEKTRIK

1. Wayar kuprum beranemal


i. Digunakan untuk membuat gegelung elektrik
2. Teras tunggal
i. Digunakan dalam bidang elektronik
ii. Mampu mengalirkan elektrik kuasa sangat rendah
3. Teras kembar
i. Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara
ii. Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup
dan wayar neutral sahaja
4. Kabel teras tiga
i. Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi
ii. Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi
I = Wayar kuprum beranemal , II = Wayar teras tunggal , III = Wayar teras kembar
, IV = Kabel teras tiga

JENIS PLAG

1. Plag 2 pin
i. Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik
berkuasa rendah
ii. Radio , TV, Pencukur
2. Plag 3 pin
i. Terdapat 2 jenis, plag 3 pin 13 ampere dan plag 3 pin 15 ampere
ii. Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik
berkuasa tinggi
iii. Periuk nasi, ketuhar, peti sejuk, seterika mengunakan plag 3 pin 13 ampere
iv. Pendingin hawa menggunakan plag 3 pin 15 ampere

I = plag 2 pin , II = plag 3 pin


i. Kedudukan tamatan L, N, dan E
ii. Pemasangan kod warna yang betul
iii. Kabel teras tiga biru, hijau dan coklat

PENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 AMPERE

1. Alatan

I = Pena Ujian , II = Penjalur wayar , III = Pisau lipat

2. Bahan
i. Kabel teras 3
3. Langkah-langkah
i. Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm
ii. Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar
iii. Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar
iv. Buka penutup plag
v. Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu
 Wayar coklat/hitam ---> tamatan hidup(L)
 Wayar biru/merah -----> tamatan neutral (N)
 Wayar hijau/hijau-kuning ------>Tamatan bumi (E)
vi. Tutup semula plag dan pasangkan skru

FIUS

i. Simbol fius ii. Fius katrij iii. Fius dawai

1. Digunakan untuk memutuskan litar sekiranya berlaku litar pintas atau lebihan
tenaga elektrik
2. Memberi perlindungan kepada alatan elektrik daripada rosak dan terbakar
3. Unit ukuran fius ialah ampere
4. Terdapat dua jenis fius
a. Fius katrij - digunakan dalam plag 3 pin dan fius perkhidmatan rumah
1. Fius 13A
 Digunakan dalam plag 3 pin 13 ampere
2. Fius 30A
 Digunakan dalam fius perkhidmatan dalam sistem bekalan
elektrik domestik
b. Fius Dawai - digunakan dalam kotak agihan berfius dalam rumah
5. Kadar fius yang biasa digunakan ialah 5A, 10A, 13A dan 30A
6. Fius dibuat daripada aloi timah atau plumbum

LAMPU PIJAR DAN LAMPU PENDAFLUOR

i. Lampu pijar ii. Lampu Pendaflour

A. Kelalang A. Pemegang
B. Filamen B. Tiub
C. Pin C. Perumah

D. Sumber elektrik D. Suis penghidup

Lampu pijar

1. Ciri-ciri lampu pijar


i. Menghasilkan cahaya kuning yang menyilaukan mata
ii. Cahayanya panas
iii. Meninggalkan bayang hitam
iv. Menggunakan kuasa elektrik yang banyak
2. Bahagian lampu pijar
i. Filamen = menyala dan mengeluarkan cahaya
ii. Gas argon = mencegah filamen daripada terbakar dan putus
iii. Sesuntuh = menyambung filamen ke punca elektrik
iv. Mentol kaca = melindungi gas argon dan filamen

Lampu pendarfluor

1. Kelebihan Lampu pendaflour


i. Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata
ii. Cahayanya sejuk
iii. Menjimatkan elektrik
iv. Tidak meninggalkan bayang hitam
2. Bahagian Lampu pendarflour
i. Tiub pendarfluor = berisi gas argon dan merkuri, menghasilkan cahaya
ultra ungu
ii. Pemegang tiub = memegang pin elektrod
iii. Cok = membekalkan voltan tinggi
iv. Suis Penghidup = menghidupkan lampu
v. Perumah = tapak memegang bahagian-bahagian lampu yang lain