PENGENALAN Jepun adalah sebuah negara yang mempunyai pembangunan industri ekonomi yang sangat cepat dan maju

. Jika dilihat, Jepun adalah antara negara-negara asia yang pertama memegang status µNegara Industri¶. Secara umumnya, pembangunan ekonomi Jepun mempunyai kaitan besar dengan Zaibatsu. Namun demikian, ada pendapat mengatakan bahawa kedatangan Amerika Syarikat selepas perang turut memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara tersebut. 1 Zaibatsu adalah gabungan syarikat-syarikat keluarga, dimana pada asalnya ianya adalah sebuah syarikat kecil dan syarikat kecil tersebut digabungkan membentuk satu kumpulan yang bernaung diatas satu arahan dan dana setiap aset syarikat turut dikumpulkan untuk dijadikan sumber kewangan dalam mempergiatkan keseluruhan perniagaan. Kumpulan ini telahpun bermula sejak pemerintahan Tokugawa. Pada zaman restorasi Meiji, kumpulan ini menjadi semakin terkenal dan menjadi pemonopoli ekonomi Jepun. Terdapat empat kumpulan awal yang popular dalam Zaibatsu iaitu Mitsui, Mitsubishi, Yasuda dan Sumimoto. Terdapat pelbagai bidang yang diterajui bagi kumpulan perniagaan ini antaranya industri kimia, pembuatan senjata dan industri elektronik.2 Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah cuba untuk memansuhkan Zaibatsu kerana berpendapat bahawa kumpulan tersebut menjadi pembekal senjata dan kelengkapan tentera Jepun. Tetapi kuasa pemerintahan ketika itu yang seperti cuba untuk memusnahkan Zaibatsu sememang sukar untuk memadamkan erti kewujudan Zaibatsu yang telah sinonim dengan ekonomi Jepun. Maka dengan itu juga Zaibatsu masih kekal bertahan sehingga kehari ini dan dengan cara kerja, sistem pengurusan organisasi dan kepakaran yang sentiasa dikekalkan terhadap bidang-bidang yang penting dalam kemajuan teknologi pada hari ini menjadi kunci kejayaan Zaibatsu.

1 2

Abu Talib Ahmad, 2005, Tamadun Jepun, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, Hal. 300-301. Ibid, Hal. 303-304.

1

uitm.tganu. 26 firma berpisah kepada syarikat-syarikat kecil dan bakinya (41 buah) dikekalkan sebagai syarikat berhad selepas dipersetujui oleh HCLC. Sebagai contoh. 5 Ibid.5 Penghujung 1947. Mitsubishi. 16 firma mengalami muflis. perlombongan. Fasa prapeperangan bermula pada penghujung Perang Dunia Kedua. Empat buah Zaibatsu yang terbesar pada ketika itu adalah Mitsui. Mencapai zaman kegemilangan selepas Perang Dunia Kedua. Setiap Zaibatsu terdiri daripada beberapa anak buah syarikat yang diterajui oleh anak syarikat utama iaitu honsha. Kebanyakannya bertindak sebagai firma oligopoli dan terlibat dalam sektor pembuatan.doc. Ini kerana Zaibatsu telah dituduh oleh Pemerintah Tertinggi bagi Kuasa-Kuasa Bersekutu sebagai punca utama pembekal kelengkapan 4 http://www2. perdagangan dan kewangan.edu. kebanyakan Zaibatsu dibubarkan dan distrukturkan semula kepada firma-firma lebih kecil dengan sektor perbankan cuba diasingkan dari sektor perindustrian sehingga tahun 1952.PERKEMBANGAN ZAIBATSU SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA Jepun sememangnya terkenal dengan sektor perindustriannya yang maju dan unik berbanding dengan negara-negara lain sehinggakan firmanya dikenali sebagai Firma Jepun (Japanese Firm). Sumitomo. Wujud beberapa firma besar milik keluarga yang merupakan kombinasi sektor perindustrian dan perbankan dikenali sebagai Zaibatsu.3 Menurut Kanji Haitani (1976). Ibid. 3 2 . apabila bersama dengan 6 buah zaibatsu yang lain menguasai 1/3 jumlah perdagangan negara Jepun. ekonomi Jepun telah mencapai zaman ajaibnya berdasarkan kepada purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 10% pada 1960-an. Pertumbuhan yang unik ini telah meletakkan Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia kedua terbesar di belakang Amerika Syarikat sehingga kini. sektor perindustrian moden Jepun boleh dibahagikan kepada dua fasa./01. dan Yasuda.my/upena/.4 Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua membuatkan Jepun terpaksa menstrukturkan semula sistem kewangannya melalui Suruhanjaya Penyusunan Semula Syarikat (HCLC) di bawah pengawasan Pemerintah Tertinggi bagi Kuasa-Kuasa Bersekutu diketuai Amerika Syarikat. pada 1946. 5% pada 1970-an dan 4% pada 1980-an. Selepas 1945. Iaitu fasa prapeperangan dan fasa pascapeperangan. 83 buah firma dijadikan sebagai syarikat berhad... Di bawah Akta Anti Monopoli.SEJARAH%20FIRMA%20JEPUN. 42 firma dibubarkan.

9 KEIRETSU Para keiretsu adalah mereka yang muncul di Jepun selama "keajaiban ekonomi" selepas Perang Dunia Kedua. 3 .org/wiki/Zaibatsu. Selama pendudukan Jepun. 157-158. pada 1959 sebanyak 3 buah bekas anak syarikat Zaibatsu Mitsui Busan bergabung kembali membentuk Keiretsu Mitsui and Corporation. Mitsui. Jepun mula melonggarkan kawalan terhadap penstrukturan semula industrinya.. menandakan Jepun mula memasuki fasa pasca peperangan. Kuala Lumpur : Anthonian Sdn. cumanya Keiretsu mengalami kekurangan dari segi ketiadaan syarikat induk seperti honsha yang dimiliki oleh Zaibatsu pada zaman sebelum perang. Enam belas Zaibatsu menjadi sasaran pembubaran lengkap dan dua puluh enam lagi untuk penyusunan semula http://en. Ibid.6 Berakhirnya reformasi sistem kewangan ini. Joginder Singh Jessy (disunting oleh Ghazali Basri). 1978. di bawah Panglima Tertinggi Bersekutu. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti Zaibatsu. Sebelum Jepun menyerah.8 Ini bermakna sektor perbankan dan sektor perindustrian digabungkan kembali (sama ada secara warisan ataupun baru) dan membentuk kumpulan konglomerat yang besar yang dikenali sebagai Keiretsu. industri Jepun dikendalikan oleh keluarga besar menegak monopoli yang disebut zaibatsu. separuh daripada usahanya berjaya dilakukan untuk membubarkan Zaibatsu di akhir 1940-an. Bhd. Dai-chi (Keiretsu baru). Sejarah China dan Jepun. Sumitomo (bekas Zaibatsu) dan Fuyo. Sanwa. 7 8 9 6 Ibid.ketenteraan Jepun pada 1930an dan 1940an yang seterusnya membawa kepada Perang Dunia Kedua.7 Contohnya. Honsha merupakan syarikat induk yang mempunyai kuasa mutlak dalam pembuatan keputusan keseluruhan aktiviti zaibatsu. Ini menyebabkan banyak anak-anak syarikat bekas Zaibatsu bergabung kembali dan menggunakan semula nama syarikat mereka dengan nama lamanya. Hal.wikipedia. Jeneral Douglas MacArthur. Dalam masa yang sama wujud beberapa pihak bank dan industri baru (bukan bekas zaibatsu) yang menubuhkan kumpulan mereka sendiri pada pertengahan 1950an. Enam buah Keiretsu terbesar di Jepun selepas Perang Dunia Kedua sehingga kini antaranya Mitsubishi.

Kemelesetan ekonomi Jepun pada tahun 1990-an membawa kesan yang mendalam terhadap keiretsu ini. penyebab ini memunculkan sebuah gagasan yang kuat dalam komuniti perniagaan bahawa sistem keiretsu lama bukanlah model perniagaan yang berkesan dan terdapat cubaan untuk melonggarkan keseluruhan perikatan 10 11 http://en. Sebagai contohnya Sumitomo Bank dan Mitsui Bank. biasanya berpusat di sekitar bank dan syarikat perdagangan. syarikat keiretsu juga akan saling membekalkan satu sama lain. Menegak keiretsu menggambarkan organisasi dan hubungan dalam syarikat (contohnya semua faktor pengeluaran dari suatu produk tertentu akan disambungkan). Hal.wikipedia. Sejarah Perindustrian Jepun. bergabung menjadi Sumitomo Mitsui Banking Corporation tahun 2001. Pada tempoh ini. 4 . membuat perikatan juga berintegrasi secara menegak.11 Terdapat juga pelbagai syarikat dari luar sistem keiretsu. Salah satu kesan dari struktur ini adalah untuk meminimumkan kehadiran pengambilalihan bermusuhan di Jepun. Namun. Setiap bank mempunyai kawalan besar terhadap syarikat dalam keiretsu dan bertindak sebagai entiti pemantauan dan sebagai entiti kecemasan khususnya apabila berlaku kemelesetan kewangan kepada sesebuah syarikat. mula melangkah maju kehadapan. Dalam pada itu. Ali). syarikat yang dibentuk dari penghapusan Zaibatsu kemudian melakukan penyatuan semula. McMillan (Diterjemah Oleh Nazlifah Md. kerana tidak ada entiti boleh mencabar kekuatan bank.10 Keiretsu membuat penjualan saham untuk membentuk perikatan melintang berintegrasi dalam pelbagai industri. Keduanya saling bekerjasama dan mempertahankan diri satu sama lain. Banyak bank yang besar terkena dengan portfolio pinjaman yang buruk dan terpaksa untuk menyertai atau keluar dari perniagaan. Keiretsu utama masing-masing berada di belakang sebuah bank dan meminjamkan wang kepada ahli syarikat keiretsu. 23 ± 53. selain itu Sanwa Bank menjadi sebahagian dari Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ. sementara keiretsu melintang menunjukkan hubungan antara syarikat dan industri. dasar rasmi kerajaan mempromosikan pembentukan syarikat perdagangan yang kuat yang dapat menahan tekanan berat dari persaingan dunia perniagaan diintensifkan sepenuhnya. Secara umum.org/wiki/Keiretsu Charles J. Terdapat dua jenis keiretsu iaitu menegak dan melintang. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. Hal ini mempunyai pengaruh untuk menggabungkan bank-bank antara keiretsu.selepas pembubaran. seperti Sony. 1994.

Syarikat-syarikat tersebut di luar daripada Jepun ini banyak digambarkan sebagai keiretsu seperti Virgin Group (Inggeris). Konglomerat Korea Selatan yang disebut Chaebol. Hal ini telah mengakibatkan pertumbuhan industri pengambilalihan syarikat di Jepun. 5 . tetapi kumpulan Chaebol jauh lebih mirip dengan kumpulan Barat seperti General Electric atau praPerang Dunia Kedua Zaibatsu. Tata (India) dan Cisco Systems (USA). sering dibandingkan dengan keiretsu. Perikatan penerbangan seperti Oneworld dan Star Alliance juga telah digambarkan sebagai keiretsu.12 Model keiretsu juga muncul di luar Jepun.sjsu.edu/faculty/watkins/keiretsu. kerana syarikat tidak lagi dapat diselamatkan oleh bank-bank mereka dan saham pihak luar adalah sangat tinggi hingga menyebabkan autonomi pihak pengurusan semakin kurang serta pengawalan terhadap perjalanan perniagaan menjadi rendah.13 12 13 Ibid.keiretsu.htm. http://www.

wujud pula sifat On iaitu satu penyataan tentang kewajipan atau terhutang budi. Konsep IE sebenarnya lebih merujuk kepada konsep budaya masyarakat Jepun. Hal. 15 14 6 . Konsep zaibatsu menggunakan istilah On dimana sifat tanggungjawab dan hutang itu perlu ada pada seseorang ahli perniagaan. bermaksud hubungan ibu. Ibid. Hal. 200.14 Ie merujuk kepada keluarga yang kemudiannya melahirkan Dozoku iaitu set keluarga. 96.FAKTOR PERKEMBANGAN DAN KEJAYAAN ZAIBATSU/KEIRETSU 1) Sistem Ie Kepentingan kontemporari konsep IE mencerminkan banyak aspek kehidupan korporat Jepun. Dengan keseluruhan itu. Oyabun-Kobun. dalam konteks ini wujud keterkaitan yang amat ketara dalam bidang perniagaan dan zaibatsu itu sendiri. Hubungan yang wujud dengan konsep perniagaan Zaibatsu dapat dilihat khususnya dalam konsep On. bapa.16 2) Hubungan Perniagaan Dengan Kerajaan Seperti semua negara kapitalis.15 Daripada istilah-istilah tersebut. Scott Morton dan J. pemilik. Peranan kerajaan dalam mengaktifkan lagi perniagaan di Jepun sememangnya telah menjadi perhatian sama ada pihak luar dan juga dalam Jepun itu sendiri. setiapnya mempunyai motif yang menggambarkan bahawa seseorang itu harus berinteraksi atau bersifat sebagaimana mengikut istilah yang tersedia. Kenneth Olenik. Oyabun-Kobun dan lain-lain. Walaupun sesama keluarga. 46 ± 48. Begitu juga dalam aspek perniagaan dan dengan itu masyarakat terbiasa untuk mengguanakannya serta mempraktikkannya dalam kehidupan. lahir istilah Iemoto dimana hasil interaksi sosial dalam perkampungan tersebut dianggap sebagai perhubungan sukarela. Ie adalah hubungan bapa dan anak manakala Dozoku pula sebuah set keluarga atau masyarakat yang wujud dalam sesebuah kampung. Hubungan kerajaan dan perniagaan telah Charles J. Dengan itu juga. New York : McGraw Hill Inc. Japan : Its History and Culture (Edisi Keempat). 16 W. Selepas itu. hadir istilah Oyabun-Kobun. pelanggan dengan penuh rasa tangunggjawab. McMillan. Jepun mengamalkan ekonomi campuran. Namun demikian.

Terutamanya dalam penggubalan polisis-polisi perniagaan. Mitsubishi yang menyokong Parti Demokrat.. walaupun zaibatsu/keiretsu mempunyai organisasi induk pusat. Namun selepas perang sokongan tersebut dihapuskan. namun pembuat keputusan atau autoriti dibahagi-bahagikan agar syarikat yang bernaung di bawahnya mampu menjalankan pengurusan sendiri dan masalah membuat keputusan akan lebih cepat. 7 . Tetapi dalam mengelakkan autoriti yang diberikan tidak disalah gunakan atau 17 Charles J. Selain itu. Antaraya dalam pengumpulan dana atau modal bagi meluaskan dan memperkembangkan bidang perniagaan. Kemudiannya. Jepun adalah antara negara yang memiliki pertubuhan atau persatuan yang sangat konservatif dalam melahirkan pendapat terhadap kerajaan dan mampu mempengaruhi dasar-dasar yang akan digubal oleh kerajaan. Zaibatsu-zaibatsu yang sebelum ini menjadi penyokong utama parti-parti politik Jepun telah dipisahkan dengan parti tersebut. dana yang terkumpul digunakan untuk membantu syarikatsyarikat yang berada di bawah kawalan pusat untuk bertambah efektif dan sebagainya.wujud sejak pemerintahan Tokugawa dan keadaan tersebut sentiasa berterusan sehinggalah pada masa kini. 54. Keidanren ditubuhkan pada tahun 1946. Antaranya Dewan Perdagangan dan Industri Jepun dan Nikkeiran (Bidang Pendidikan). Hal. Dengan penggabungan tersebut.17 3) Sistem Pengurusan dan Organisasi Dari aspek ini dapat dilihat bahawa sistem pengurusan atau organisasi Zaibatsu itu mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Pertubuhan ini memiliki kekuasaan dalam membuat keputusan dasar kerajaan. op. Dalam erti kata lain. MicMillan. Mitsui penyokong kepada parti Persatuan Sahabat Politik. Sebagai contohnya. Melalui Pertubuhan Keidanren. cit. Zaibatsu sememangnya dikenali dengan sistem pengabungan syarikat-syarikat yang akhirnya menjadi satu entity perniagaan yang besar. selepas perang hubungan perniagaan atau keiretsu dengan kerajaan telah dihidupkan semula. hubungan antara keduanya semakin besar kerana terdapat pelbagai konglomerat ekonomi berada di bawah Keidanren. suatu kumpulan utama perusahaan bebas. maka setiap keuntungan yang diperolehi akan bahagikan sama ada untuk masuk kedalam bidang perniagaan baru serta berpotensi memberi keuntungan.

mungkin keputusan yang dibuat tidak sesuai.google. Dapat dikatakan juga bahawa Jepun adalah negara asia yang terawal menggunakan sistem ini dalam mengekalkan dan mengetahui kekurangan kepada bidang yang mereka terajui. pengurusan induk akan sentiasa membuat peyeliaan.com/frontend/index.keiretsuforum.my/search?hl=ms&q=keiretsu+economy&meta=&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai= 8 .com. seperti yang diketahui zaibatsu akan menghantar pekerja-pekerja keluar negara yang mempunyai kepakaran untuk menjalankan latihan. khususnya sebelum Perang Dunia Kedua. bagi meningkatkan prestasi perniagaan dan mendapatkan sumber tenaga kerja mahir. Sistem pengurusan zaibatsu ini bermula khususnya selepas perang dunia kedua.19 18 19 http://www.aspx http://www. Sebagai contohnya. menghantar pekerja-pekerjanya ke Jerman khususnya dalam meningkatkan bidang automotif kerana Jerman mempunyai kepakaran automotif yang sangat tinggi dan antara negara terawal mencipta automotif. Selain itu. Dimana sebelum ini autoriti dipegang oleh organisasi pusat. zaibatsu akan menjalankan servey kepada setiap universitiuniversiti dan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang mempunyai potensi.18 4) Kepakaran/Latihan Perniagaan Dalam aspek ini.

Perniagaan tersebut memiliki pengurusan yang tersendiri. kemajuan Jepun turut disokong oleh kewujudan perusahaan-perusahaan Jepun berskala internasional. J ika dilihat sejarah dan perkembangannya. Kemudiannya.SEJARAH MITSUBISHI Sebagai negara dengan ekonomi terkuat kedua di dunia. merupakan perusahaan yang dikembangkan oleh keluarga Iwasaki. semangat dan profil perniagaan yang sama iaitu tiga prinsip yang telah dibuat oleh Koyata Iwasaki (presiden keempat Mitsubishi yang lama). Mitsubishi merupakan sebuah komuniti yang terdiri daripada pelbagai perusahaan bebas (multitude of independent companies). Kebanyakan.htm Ibid. terutama sejak akhir Pemerintahan Tokugawa.21 Kewujudan Mitsubishi tidak dapat dilepaskan dari sejarah dan perkembangan sejarah Moden Jepun.20 Mitsubishi yang didirikan oleh Yataro Iwasaki pada tahun 1870. Mitsubishi telah lahir sejak 139 tahun hingga kehari ini.edu/faculty/watkins/mitsubishi. Hampir semua nama perusahaan tersebut memiliki unsur nama Mitsubishi. perusahaan tersebut menjadi besar dan terhasil bukan dengan cara spontan dan dalam waktu singkat. Pada awal penubuhannya. Misubishi bergerak dalam bentuk yang tidak memonopoli. Namun.Salah satu perusahaan tersebut adalah syarikat Mitsubishi. Beliau turut dibantu oleh ahli keseluruhan keluarga seperti adik-beradik dan anak saudara dalam melebarkan sayap perniagaan Mitsubishi kepada berbagai bidang. Mitsubishi telah menjadi kelompok perniagaan raksasa yang terdiri lebih dari 400 anggota perusahaan.22 20 21 http://www. melainkan kerana telah menjalani sejarah dan tradisi sejak lebih dari seratus tahun yang lalu. 22 Ibid 9 . Dengan kata lain. setelah Perang Dunia Kedua organisasi Mitsubishi sempat dibubarkan oleh Amerika Syarikat kerana mempunyai kaitan dengan ketenteraan. perusahaan-perusahaan ini memiliki prinsip. Namun ketika ini.sjsu. Mitsubishi hanyalah merupakan perniagaan yang bergerak dalam bidang perkapalan dengan aset tiga buah kapal wap. namun ada pula yang sebaliknya. Jumlah total anggota kelompok Mitsubishi yang ada saat ini sekitar 400 perusahaan yang bergerak dalam berbagai bidang di seluruh dunia.

Simbol tiga berlian yang menjadi simbol Mitsubishi berasal dari three-leaf crest milik klan Tosa (tempat dimana Yataro pertama kali bekerja) dan juga melambangkan three stacked rhombuses dari keluarganya (Iwasaki). Sejak saat itu. Yataro mengambil alih perusahaan perkapalan tersebut. antaranya Mitsukawa Shokai. dengan aset tiga buah kapal wap.mitsubishi. Mitsubishi Shokai. pasca Restorasi Meiji 1868. Yataro telah mengembangkan bidang syarikatnya kepada bidang-bidang yang lain. serta pengangkutan persediaan dan peralatan yang diperlukan oleh pemerintah. Mitsubishi Mail Steamship Company yang bergerak di bidang 23 24 http://www.24 Dalam perjalanan sejarah Mitsubishi. Selain itu. perusahaan milik Yataro mengalami banyak perubahan nama. Dengan adanya sokongan dari pemerintah. Yataro pada awalnya bekerja di pelabuhan di daerah Nagasaki sebagai anak kapal.com/e/history/ Ibid.23 Selama menjalankan perniagaannya. sehingga ia dapat mengembangkan perusahaanya dengan membeli lebih banyak kapal serta mendapatkan subsidi daripada pemerintah yang besar. Mitsu bererti tiga dan hishi bererti water chestnut yang digunakan masyarakat Jepun untuk melambangkan bentuk berlian. serta Yubin Kisen Mitsubishi Kaisha (Mitsubishi Mail Steamship Company). Namun. Oleh itu. Yataro dipercayai telah melakukan banyak perniagaan dan projek dari pemerintah Jepun yang baru. Osaka menggantikan posisi Nagasaki sebagai pelabuhan perdagangan utama. pemerintahan Jepun yang baru melarang para anggota klan untuk menjalankan perniagaan. ia mendirikan perusahaan perkapalan sendiri dengan nama Tsukumo Shokai. 10 . Projek-projek tersebut antaranya menyediakan kapal untuk membawa pasukan tentera Jepun ke Taiwan. Pada tahun 1870.Yataro Iwasaki Yataro Iwasaki merupakan usahawan utama yang mendirikan Mitsubishi. Perusahaan tersebut mula menggunakan nama Mitsubishi pada Mac 1873 yang dimana pada ketika itu Yataro secara rasmi menjadi pemimpinya. Mitsubishi Jokisen Kaisha (Mitsubishi Steamship Company). Mitsubishi berkembang cepat. Simbol Mitsubishi melambangkan tiga berlian dan ³Mitsubishi´ merupakan kombinasi dari kata mitsu dan hishi.

Ibid. menjadi perusahaan Jepun pertama yang membuka melebarkan sayap perniagaan ke luar negera. Selain itu. menggantikannya sebagai presiden Mitsubishi. Yanosuke Iwasaki Setelah kematian Yataro. terjadi perubahan angin politik dimana kuasa pemerintah yang telah mendokong Mitsubishi menjadi lemah.25 Pada tahun 1880-an. insurans dan warehousing (Mitsubishi Logistics. 11 . Pada tahun yang sama juga ada perusahaan yang bergerak di bidang perkapalan. digabungkan kedua-dua perniagaan tersebut. sehingga menjadi pesaing utama bagi Mitsubishi. lapan bulan sebelum penggabungan dilaksanakan. Untuk mengatasinya.pelayaran dan perdagangan ke China. Namun. Tokyo 25 26 Ibid. Yanosuke telah melakukan pengalihan fokus usaha Mitsubishi dari perniagaan di perairan kerana persiangan yang semakin tinggi dan menerokai perniagaan lain. ianya hampir memusnahkan kedua-dua syarikat. Yanosuke merancang untuk memodenkan kembali organisasi dalam bidang pengangkutan air dan pembuatan kapal. Dengan adanya persaingan ini. Yataro meninggal dunia akibat kanser perut pada tahun 1885. Ia juga membentuk organisasi Mitsubishi sebagai perusahaan moden. Pembentukan gabungan antara Mitsubishi dan pesaingnya disokong oleh kerajaan pada tahun 1885 dan gabungan tersebut digelarkan sebagai Nippon Yusen (kini NYK Line). Yanosuke juga memperluas perniagaan dalam bidang perbankan dengan mengambil alih pengurusan The 119th National Bank (yang kemudian menjadi Mitsubishi bank). Sebagai tugas pertamanya. Yanosuke Iwasaki yang merupakan adik kandung Yataro. Yanosuke bertanggungjawab untuk mengatasi krisis persaingan perniagaan yang sebelum ini tidak sempat diselesaikan oleh Yataro. Keadaan ini sangat memberikan pengaruh yang besar kepada Mitsubishi. 26 Yanosuke membuatkan Mitsubishi semakin maju dan mantap dibawah kepimpinan beliau hingga menjadi perusahaan yang sangat besar.

uk/company/history. Hisaya Iwasaki Selepas Yanosuke meninggal dunia.28 Beberapa perniagaan peribadi milik Hisaya turut dijadi sebahagian dari Mitsubishi. Hisaya juga telah mendirikan perbankan dan estet. Semua hal ini menjadi titik tolak bagi pertumbuhan dan perkembangan Mitsubishi pada masa kemudiannya. menjadi presiden Mitsubishi ke-tiga pada tahun 1893. dan atas sokongan dari perdana menteri. Hisaya adalah lulusan dari luar negera. Yanosuke menjadi gabenor jeneral The Bank of Japan.27 Pada tahun 1890. Selain itu juga terdapat perniagaan yang berbentuk penyediaan ruang pejabat di Tokyo atau ruang infrastruktur.Warehouse). Hisaya melebarkan usaha ini dengan menyuntikkan dana untuk memoden dan melebarkan Nagasaki 27 28 http://www. sehingga dikatakan sebagai a block of London. Yanosuke diberikan jawatan dalam kerajaan. tetapi juga kepada penggunaan teknologi dan budaya korporat yang sangat berkait-rapat dengan perkembangan industri Jepun dengan cepat demi mengejar barat. Sebagai contoh. Beliau berperanan sebagai pemoden dan perancang organisasi Mitsubishi dan meneruskan perniagaan yang telah diwujudkan oleh ayahnya. Kerana prestasin tersebut. perusahaan batu serta tembaga yang diperlukan untuk menjalankan industri.co.com/e/history/series/hisaya/ 29 Ibid. iaitu the University of Pennsylvania. ia membeli perusahaan seperti Kobe Paper Mill (kini dikenali sebagai Mitsubishi paper Mills). serta Osaka Refinery yang dimiliki oleh kerajaan pada awalnya untuk memproses tembaga.asp http://www. Yanosuke meninggal pada tahun 1908. Hisaya Iwasaki. ia membeli lapan puluh hektar tanah di Imperial Palace yang dikenal sebagai Marunouchi. 12 .mitsubishi-cars. Ia mewakili komuniti perniagaan di Imperial Assembly.mitsubishi.29 Bagi bidang perkapalan yang menjadi perniagaan awal Mitsubishi. Modernisasi tidak hanya dilakukan kepada kualiti produk yang sedia ada. Marunouchi merupakan business street modern Jepun yang pertama. ketika berumur lima puluh tujuh tahun. anak kepada Yataro Iwasaki. Usaha dalam mengeksport produk mineral Mitsubishi ini menjadi sumber penting bagi menjadi sumber dana Mitsubishi yang lebih banyak.

Brazil dan tempat-temat lainnya. Beliau juga berjasa pada Tokyo dengan mendirikan taman iaitu taman Rikugien dan Kiyosumi Teien. Pada tahun 1916. Setelah itu. Koyata juga memiliki pendidikan dari luar negera iaitu University of Cambridge. Hisaya menumpukan perhatian pada perniagaan peribadinya dalam bidang pertanian dan cattle projects yang tersebar di Korea.30 Koyata Iwasaki Seperti yang telah disebutkan sebelumnya.Shipyard dengan membuka dua cabang di Kobe dan Shimonoseki. Toshiya Iwasaki untuk mendirikan Asahi Glass yang merupakan perusahaan Jepun pertama yang berjaya dalam industri plate glass. Kemudian. demi mengembangkan perusahaan yang dipimpinnya. Beliau kemudiannya menetap di Suehiro Farm hingga meninggal pada tahun 1955. kedudukannya sebagai presiden Mitsubishi diganti oleh Koyata Iwasaki. sebuah perpustakaan. Hisaya mendirikan Toyo Bunko.com/e/history/series/koyata/index. Hisaya menjadi pelopor dalam mendirikan Kirin Brewery dan membantu sepupunya. Semenanjung Malaya. Ia memulakan usaha produk tersebut dengan minuman coke. Koyata Iwasaki menggantikan Hisaya pada tahun 1916. Ia memimpin organisasi Mitsubishi selama 29 tahun dan turut memainkan peranan yang penting dalam membentuk perkembangan industri di Jepun.31 30 31 Ibid. anak kepada Yanosuke Iwasaki. Taiwan. sebagai presiden keempat sekaligus terakhir dari Mitsubishi khususnya sebelum pemansuhan Zaibatsu. http://www. Sumatra. Hisaya melakukan kajian dan penelitian mengenai prinsip-prinsip atau kod etika dalam proses perjanjian perniagaan. Usaha tersebut menjadikan Mitsubishi sebagai perusahaan swasta dalam sektor pembuatan perkapalan terbesar di Jepun. Pada akhirnya. yang merupakan perusahaan pertama yang berbentuk karbon kimia dan di luar negera Mitsubishi mendirikan steel plant di Korea Utara.html 13 .mitsubishi. Selain itu. Hisaya kehilangan hampir semua kekayaan pribadinya kerana keruntuhan Zaibatsu dan industri di Jepun setelah Perang Dunia Kedua. Hisaya juga sangat aktif dalam menjalani industri yang baru seperti produk makanan dan minuman.

Di bawah kepemimpinannya. Di bawah kepimpinannya. Koyata menyedari bahawa dengan mengurangkan kawalan langsung dari keluarga Iwasaki pada Mitsubishi dapat membantu perkembangan organisasi ini. 14 . Ia juga menjalin hubungan perniagaan dengan berbagai perusahaan di seluruh dunia. oil refining. aircraft. Prinsip ini disebut Sankoryo. Oleh yang demikian. yang mengembangkan perniagaan automotif dan lain-lainnya. Dengan itu. Kemudian. Koyata juga berperanan sebagai penggubal prinsip-prinsip perniagaan Mitsubishi yang menjadi panduan bagi perusahaan Mitsubishi hingga saat ini. Mitsubishi turut megambil teknologi yang diimport dari luar. dicipta pada tahun 1930an. hampir semua saham Mitsubishi lebih banyak dipegang oleh umum berbanding dengan ahli keluarga Iwasaki. kemudian menghasilkan teknologi baru yang original. perbankan serta sistem pengurusan dari perniagaan terbaik di dunia.32 Koyata telah memperbagaikan perniagaan Mitsubishi sehingga menjadikannya kumpulan perniagaan yang berukuran skala besar. Perkembangan industri juga sangat cepat terjadi di Jepun ketika Eropah memasuki era Perang Dunia Pertama yang memerlukan industri berat dan kimia. beliau mencipta tiga prinsip perniagaan yang amat penting dalam perjalanan kumpulannya dan menjadi dasar semangat serta nilai-nilai Mitsubishi. Sistem pemgurusan yang digunakan oleh Koyata merupakan gabungan permintaan kerajaan dengan idealisme barat. Beliau mula menjualkan saham-saham Mitsubishi kepada umum. Mitsubishi menjadi antara kelompok syarikat yang terdiri daripada tujuh puluh cabang perusahaan di bawah payung Mitsubishi. Keunggulan teknologi ini menjadi kekuatan utama bagi Mitsubishi. memberikan kesempatan pada kumpulan ini untuk lebih tumbuh dan berkembang. Ibid. Koyota menganggap bahwa belajar dari negara lain adalah sangat penting. 32 33 Ibid. chemicals. Iaitu . Mitsubishi juga sangat aktif dalam perniagaan internasional. Mitsubishi mengasimilasikan teknologi. dan steel making. Mitsubishi menjadi pemimpin dalam industri-industri mesin elektronik.Koyata membawa Mitsubishi sebagai public share company dan menjadikannya sebagai perusahaan raksasa yang berfokus pada heavy and chemical industries.33 Setelah melalui perjalanan yang jauh bagi Mitsubishi. Dengan adanya pengurusan yang baik.

Selain itu. Shoki Hoko . corporate responsibility to society 2. Komponen-komponen perusahaan utama dari Mitsubishi Heavy Industries bergabung kembali pada 1964. Mitsubishi dibubarkan pada 30 September 1946 dan kumpulan Mitsubishi berpecah menjadi perusahaan yang lebih kecil. namun beliau telah meninggal pada Desember 1945. bergabung untuk membangun kembali perniagaan tersebut.net/kaichew/tajuk-4-pembangunan-ekonomi-presentation 36 http://www. Pasukan Amerika Syarikat yang memenangi perang menginginkan kelompok industri besar Jepun yang dijalankan oleh keluarga Zaibatsu dibubarkan. Kebanyakan bekas kumpulan Mitsubishi tersebut dilarang menggunakan nama dan simbol perusahaan Mitsubishi. Shoji Komei . Koyata sememangnya telah menolak dan membantah pemansuhan tersebut.com/ 15 . setelah disahkan oleh The San Fransisco Peace Treaty tahun 1952. Tahun 1954. Ritsugyo Boeki . Jepun mendapatkan kembali tempatnya dalam komuniti perniagaan antarabangsa. telah mula menggunakan nama dan simbol ³tiga berlian´.36 Jepun berjaya membangunkan kembali ekonomiannya pasca Perang Dunia Kedua pada tahun 1950-1960an. Mitsubishi yang namanya dilarang setelah perang. lebih dari 100 perniagaan yang sebelum ini menjadi kumpulan Mitsubishi corporation. 3.slideshare. integrity and fairness. peguasaan keluarga Iwasaki dalam sejarah Mitsubishi terpaksa berakhir. keadaan tersebut berlaku kerana wujudnya kumpulan-kumpulan 34 35 Ibid.35 Apabila Dibubarkan Mitsubishi. yang bererti industri dan perniagaan yang ada diberi kesempatan untuk bangkit kembali.mitsubishicorp. international understanding through trade (an international perspective)34 Sejarah Mitsubishi Pasca Perang Dunia Kedua Hingga Kini Dengan berakhirnya Perang Dunia kedua. Namun begitu. http://www. terutamanya selama berada di bawah penguasaan Amerika Syarikat. turut membuat Mitsubishi holding company lenyap daripada ekonomi Jepun kumpulan perusahaan ini telah terbahagi menjadi ratusan perniagaan yang bebas.1.

bahkan menjadi peneraju bagi beberapa bidang industri di dunia. Mitsubishi corporations tetap berjaya dalam membangunkan ekonomi Jepun. Serta syarikatsyarikat yang ada dibawah naungannya terus berjalan.Zaibatsu dan telah bertukar menjadi Keiretsu. Hingga saat ini. termasuk Mitsubishi. 16 . 37 37 Ibid.

Daripada itu juga. 17 . zaibatsu atau keiretsu mampu berjaya sehingga kehari ini kerana mempunyai satu sistem pengurusan dan organisasi yang sangat efektif. Dalam pada itu juga ianya memiliki cara mengumpulkan modal yang mudah dan kepakaran juga sentiasa dikekalkan. perkara yang menjadi aspek utama kepada zaibatsu adalah budaya perniagaan atau kerja yang sangat professional sehingga menjadikannya satu entiti perniagaan yang terkenal di seluruh dunia seperti Mitsubishi pada hari ini.PENUTUP Kesimpulannya.

Bhd. 18 .uitm.org/wiki/Zaibatsu.SEJARAH%20FIRMA%20JEPUN. 157-158.edu.doc. Tamadun Jepun. Joginder Singh Jessy (disunting oleh Ghazali Basri).my/upena/. 2005... 1 1 http://www2. Hal.BIBLIOGRAFI Abu Talib Ahmad.. 1978. Kuala Lumpur : Anthonian Sdn.tganu.wikipedia./01. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur http://en. Sejarah China dan Jepun.