P. 1
Nota Asas Digital Fotografi (Free Version)

Nota Asas Digital Fotografi (Free Version)

|Views: 201|Likes:
Published by Rul Arifin

More info:

Published by: Rul Arifin on Sep 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/04/2014

pdf

text

original

Asas Fotografi Digital

versi 0.6 Tarikh kemaskini terakhir : 25 June 2008

Nota disediakan oleh Adhadi Mohd. http://www.adhadimohd.com/training

 Laman 1   

Terima kasih kerana memuat turun Nota Asas Fotografi Digital. Nota ini adalah untuk edaran secara percuma. Anda dialu-alukan untuk menggunakan nota ini untuk sebarang tujuan pembelajaran samada secara percuma atau berbayar. Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membuang sebarang kredit atau link di dalam nota ini. Sekiranya terdapat sebarang ralat atau perubahan, kepada training@adhadimohd.com untuk dikongsikan semula. Semoga anda mendapat faedah dari nota ini, dan selamat maju jaya. Terima kasih. Adhadi Mohd Photographer http://www.adhadimohd.com sila emailkan

 Laman 2   

isi kandungan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Pengenalan  Peralatan Fotografi Digital  Dedahan / Exposure  Histogram  White Balance  Fokus  Kualiti & Format Gambar  Penggunaan Flash  Teknik‐teknik Fotografi  Asas Komposisi  Warna  Pencahayaan 

 Laman 3   

konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar.  Laman 4    seperti .0 Pengenalan Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi: Komposisi Asas Di dalam komposisi asas.1. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital. 100. Penggunaan ISO ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya. Retouching Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar menghilangkan jerawat. Untuk tugasan fotojurnalisme. ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing. lens ultra wide banyak digunakan. 200. Gambar Hitam Putih / Monochrome Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. cropping. pembetulan warna dan white balance. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. lens yang sesuai adalah lens telefoto. sharpening. paint shop pro. kedudukan subjek utama. pembetulan contrast. ISO rendah. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap. Untuk mengambil gambar portrait. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar. dodging dan burning. membaikpulih gambar lama dan sebagainya. gimp dan banyak lagi. penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik. seperti 50. biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. Teknik Digital Darkroom Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop. Pemilihan lensa Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. penggunaan warna di dalam gambar.

Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar. Filter yang paling penting adalah UV filter. ACDSEE.Filters Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. dimasuki debu. Perisian pengurusan Imej (workflow) Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom. PhaseOne CaptureOne. kelembapan dan juga kotoran. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm. Focal Length / Bukaan pandangan Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek.  Laman 5    . DXO dan sebagainya. Adobe Bridge. Microsoft Expression Media 2. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air. Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro.

Pro Semi pro Prosumer Hobyist Format-format Sensor Kamera DSLR Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. 2. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu. Depth of field dan pelbagai factor lain. Full frame Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm.0 Peralatan Fotografi Digital Kategori Kamera Digital SLR 1. sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm. akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan. Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame. Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti: • • • • • • Nikon D3 Canon 1Ds Canon 1Ds Mark II 1Ds Mark III Canon EOS 5D Contax N Digital  Laman 6    . 4.2. 3. Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya.

8. N Sistem Four Third Lensa Jenis-jenis Lensa Terdapat 4 jenis lens.8.  Laman 7    .5 untuk Nikon. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1. atau focal length lebih besar dari 50mm. AF-S. SLRc.8 Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. dan 1. Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal. EFS Nikkor AI. DCS Pro 14n Cropped format Terdapat beberapa jenis cropped format.• Kodak SLRn. APS-C Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Contoh normal lens adalah 50mm f1. DX.6 untuk canon. Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism. Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan.Sebagai contoh 50mm 1. AIS. AF. Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis: Canon EF. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar. Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.

5mm f/2.8G ED    Selain lens ini:  Nikkor AF‐S 12‐24mm f4  ED DX    Sigma 10‐20mm     Tokina 12‐24mm     Perspektif latang belakang yang luas. aksi.Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2. acara‐acara tidak rasmi.  portrait kreatif.    Laman 8    .  kanak‐kanak. landscape.8 Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut : Kategori Ultra wide  –  fish eye  Lensa Nikkor 10. Perpektif latarbelakang yang  luas.  Contoh Gambar Ultra Wide  Nikkor AF‐S 14‐24mm  f/2. perkahwinan.    Kesesuaian penggunaan : Bangunan.8G ED  AF DX Fisheye  Selain ini:  Tokina 10‐17mm          Pandangan membengkok.

4 & 1.  Tamron 17‐50mm f2. perkahwinan dan photojournalism.2L  Perspektif latarbelakang yang kecil.  Kesesuaian penggunaan : Bangunan. landscape.5‐ 5.    Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama  yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif  (distortion)  Telefoto  (tiada  zoom)  Canon 85mm f1.8  Nikkor 35mm       perspektif latarbelakang yang biasa.    Kesesuaian penggunaan : portrait     Laman 9    . group  photo.6G ED II AF‐S DX Zoom    Selain lens ini.0    Lain‐lain  Nikkor 50mm 1.8  Canon 17‐55 mm    Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada  standard zoom     Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi  Standard  (tiada  zoom)  Noctilux 50mm f/1.  Standard  Zoom   Kit lens  Nikkor 18‐55mm f/3.

com Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan besar.pbase. 30mm f2.8 80mm f2.8 Panjang Fokal  Laman 10    .Telefoto  Zoom  Nikkor 70‐200mm f/2.  portrait    Sumber gambar :www.8G  ED‐IF AF‐S VR     Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh.

Panjang fokal dan perspektif.   Laman 11    . Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza. maka  gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal length  yang satu lagi. anda boleh menggunakan  wide angle atau telephoto.   Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain.Lanskap pada 18mm. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergerak lebih ke  belakang.  kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas  Lanskap yang sama pada 90mm.   Sebagai contoh. untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya. fokal 5x lebih panjang  seperti yang ditandakan pada kotak putih diatas.

   Laman 12    .Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal length untuk  mendapatkan satu gambar yang serupa.

Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra.Kad Memori Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza. iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst. Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital. Sandisk Extreme dan Lexas pro.  Laman 13    . Pada waktu ini.

 Kelajuan  shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang  rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur). berapa lama ia di buka iaitu shutter speed. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture. 1/200.  Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.3. Kelajuan Shutter Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali  lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop).0 Dedahan / Exposure Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture.  Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran. Tempoh ini di kira dalam unit saat. dan kawalan ISO.  Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture.     Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut. Biasanya di kenali sebagai 1/60. Shutter yang di buka dengan lama akan  Laman 14    .     Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas.

“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil. Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Untuk mengambil gambar static. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. APERTURE Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital. memerlukan dedahan yang lebih lama. contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Bagaimanapun ini cuma satu  Laman 15    . Sebagai contoh. dengan menggunakan saiz f2. Pintu yang terbuka kecil. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon. Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Shutter yang perlahan.

8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.0 > f2. Untuk lens 70-200 f2.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32 f-32 .8 > f4 > f5. anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.5 atau f4.8 sekalipun. Aperture dikenali sebagai f-number. jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka. Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum Kadangkala. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop f1. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8.8. Kesan f-number pada kualiti bokeh.4 > f2. aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3. aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5. Sebagai contoh: Untuk lens 50mm f1. apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah.cadangan bukan kemestian. aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas.0 > f1. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait. Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens.6. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan kemas.  Laman 16    . Bokeh kurang kemas f-5.

Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur. Waktu mendung. dibawah litupan. Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik. Sebagai asas.ISO ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. Nikon D3 atau hasselblad) : ISO 100-200 Kesesuaian Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio. anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. hanya jika ISO terlalu tinggi. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. contrast yang paling optimum. 800 1600 Waktu malam dan kurang bercahaya 3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak bercahaya. noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja. 400 Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.  Laman 17    . ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar. akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details. ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro. Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah. tidak termasuk Canon 1ds mark 111. Waktu di dalam rumah Hasil Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna. maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. bergantung kepada jenis kamera. Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter. anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise.

2. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure. METERING  Laman 18    . 3. Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8. Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan. Contohnya. sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.8. crop factor dan bukaan aperture.Depth Of Field Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam. jarak subjek dengan lensa. f2. DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length). Jenis Dedahan (Exposure Modes) 1. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil. kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp. Semi Programmed AutoExposure Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan Shutter Priority. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas. Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1. Manual Exposure Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Programmed AutoExposure Di dalam mode ini.

camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja. Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor.. iaitu 10-15% dari viewfinder. Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering. honeycomb atau segment metering. Bagaimanapun dengan spot metering. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder. matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. gambar akan menjadi terlalu terang. Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari. iaitu 1-5% sahaja. tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter. Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala.Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev) . Oleh kerana persekitaran yang gelap. Panduan Sunny 16 Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO. Sebagai contoh: Aperture ISO 100 200 400 800 Kelajuan Shutter 1/100 ~1/125 1/200 ~1/250 1/400 ~1/500 1/800 ~1/1000 f-16 f-16 f-16 f-16  Laman 19    . tetapkan aperture pada f-16.

Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan silhouette.  Laman 20    . lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose. Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan. 2. kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan Tahap Cahaya Sedikit mendung Cara mengetahui Ada bayang-bayang dan bucunya lembut. Tiada bayang-bayang f8 F5. berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu subject. 3.6 Tip-tip untuk mengawal Exposure 1. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. 4. Bukaan Aperture f11 Mendung biasa Sangat mendung Masih ada bayang-bayang tetapi agak samar-samar dan bucu hampir sangat lembut. kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject. Apabila mengambil gambar subject yang gelap.Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain Berdasarkan panduan sunny 16. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja. 5. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar.

 Midtone & Highlight.0 Histogram Di  dalam  sesebuah  gambar.  biasanya  jurugambar  digital  akan  mengecam  tone  sesebuah  gambar  pada  tiga bahagian.    Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej.       Laman 21    . iaitu Shadow. Kawasan merah adalah highlight.4. Kawasan bertanda kuning menunjukkan  shadow.    Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman. Kawasan yang tidak bertanda adalah midtones.

0 White Balance Setiap gambar mempunyai suhu warna.5.   Color Temperature  1000‐2000 K    2500‐3500 K    3000‐4000 K    4000‐5000 K    5000‐5500 K    5000‐6500 K    6500‐8000 K    9000‐10000 K    Light Source  Cahaya Lilin  Lampu Tungsten  Sunrise/Sunset   Lampu Fluorescent  Flash  Tengahhari  dengan  langit  tidak  berawan  (matahari tegak dikepala)  Sedikit mendung  Dibawah lindungan atau sangat mendung  Laman 22    .  biasanya  white  balance  kurang  menjadi  masalah.  anda  boleh  menukar  white  balance  secara  manual . Suhu yang rendah akan menyebabkan warna gambar menjadi  kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan.  sekiranya  tidak  sebarang  rujukan.  Bagaimanapun.  Di  dalam  gambar  yang  mempunyai  rujukan  warna  putih.

Tukar kepada continous focus  Laman 23    . 2. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan. Terlalu dekat. Bagaimanapun kadangkala. Tukar manual focus atau bersihkan lens. Subject bergerak terlalu laju. 4. Subject terlalu gelap . Gunakan close up filter. manual focus adalah cara terbaik. auto focus ini tidak berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus.6. Antara perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah: 1. 3. 5. Untuk masalah gelap. tiada contrast.0 Fokus Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Habuk atau kabus di depan lensa.

operating system dan web browser. Gambar yang besar memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat. saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar. compression akan mengurangkan kualiti gambar. Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group. pilihan ini biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti HIGH.5 3.  Laman 24    . resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch. semakin besar kemungkinan gambar anda dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar. kumpulan yang mencipta format ini. pencetak.2 6 Compression Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. seperti pilihan basic. setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan. DI dalam kamera. Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Untuk cetakan.11x14 *jangkaan cetakan pada 200dpi Pixel* 700x1000 800x1200 1000x1400 1600x2000 2200x2800 Megapixel <1 1 1. Untuk paparan di skrin. FINE. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan resolusi. telefon bimbit dan juga memory card. Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan Saiz cetakan 3R – 31/2 x 5 in 4R – 4x6 in 5R – 5x7 8R . Compression yang terlalu besar. Format Fail Gambar kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail JPEG. Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda. Jpeg mudah di hantar kemana-mana menggunakan internet.0 Kualiti & Format Gambar Resolusi Gambar Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu menghasilkan gambar. JPEG adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima oleh kebanyakkan software. akan menyebabkan kualiti gambar berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak’.8x10 11R . NORMAL.7. Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan. BASIC. Di dalam format JPEG.

Menyimpan segala data yang dirakam. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing. Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak RAW Format yang tidak diproses didalam kamera. Bersaiz besar.  Laman 25    . berbanding JPEG. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan publication.TIFF Tagged Image File Format. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yang vendor spesifik. walaupun sharpening atau noise reduction. boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya.

0 Penggunaan Flash Antara teknik-teknik penggunaan flash • • • • • Auto flash Fill flash Red Eye flash Slow-sync flash Rear curtain flash  Laman 26    .8.

separuh bahagian atau bahagian tertentu. ‐ ‐ ‐ ‐ ‐ Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Pastikan hidung tidak memotong facial line.  Laman 27    . dari atas data hingga ke atas. subjek akan kelihatan lebih asli dan selesa. Sebagai contoh hidung akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga. Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan karakter seseorang. lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan menyebabkan subjek amat distorted. Penggunaan f2. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh jadi suatu snapshot. Model terbaik adalah diri sendiri. Pada camera 1. Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait. Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek.0 Teknik-teknik Fotografi Portrait Merakam sesuatu subjek. tidak di rancang dan menceritakan detik yang berlaku. ‐ ‐ Komposisi portrait ‐ Headshot. samada sepenuhnya.6 crop. Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil snapshot dan casual portrait dengan baik. Kesesuaian Lensa ‐ ‐ ‐ ‐ Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm untuk mengelakkan distortion dan huge dof. Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. cuba letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja.9.5 dan 1. Sangat kurang background. Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk mengambil gambar portrait dengan baik.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik. Snapshot adalah peluang.

Pastikan background tidak serabut. Sport Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Landskap Merakam gambar pemandangan dan persekitaran. Full body portrait. Avoid merging.‐ Partial body shot.  Laman 28    . Candid Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek. Pastikan ia tidak keluar dari frame. ‐ ‐ Portrait Berkumpulan ‐ Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan di letakkan di titik rule of third. Gunakan natural elemen seperti pokok dan daun sebagai frame. Environmental. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan lens yang pantas. samada di cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Lensa telephoto dan teknik panning banyak digunakan. Juga akan ada secondary area of interest. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat kepada titik interest. Kanak-kanak Merakam portrait kanak-kanak. Selalunya akan include secondary area of interest. Macro Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membesarkan saiz objek didalam gambar. close up filter atau kanta pembesar. Selalunya akan ada elemen line dan shape. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik. Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan rule of third atau golden mean. Peralatan yang mungkin digunakan adalah lensa macro. Jaga contrast background supaya compliment subject.

h  Laman 29    . glihatan (foc point) ya lebih din cal ang namik adalah di titik pert temuan anta setiap ga ara aris. cub bahagika gambar anda ba an kepad 9 kotak dengan me da embuat 4 ga arisan sepe di erti bawah Titik peng h. Subjek uta ama Pengg gambar ini adalah mata. Peletakan subjek n Rule of th hird Di da alam panduan ini. Latar bela akang pula b berada dibelakang subje ect utama.0 A Asas Kom mposisi Titik punca tarikan Subjek u utama Hampir semua gamb memerlukan sekuran bar ngya ek kurangny satu subje utama sebagai sumber cerita uta ama sesebua gambar.10. subject utama dan latar belakang g. ah Foregrou und / latarhadapan dan Background / n latarbela akang Latarhada apan berma aksud satu ka awasan dida alam gambar y yang berada di hadapan subject utama. gunaan rule of third di dalam portrait. Gambar c contoh ini m mempunyai la atarhadapan n.

Seorang jurugambar yang baik harus mengetahui bagaimana i ut terbaik k bagi hi mendapatkan sudu memperoleh latarbelak kang yang b baik. dengan mengguna n akan sudut pandanga t an tinggi. Sebaga contoh da ai alam gamba ar di sebela ah.Satu lagi co ontoh pengg gunaan rule of third M den Divine Proportion Golden Mean / Gold Ratio / D Kekemas latarbelakang san Latarbela akang ringk kas Latarbelakang yang baik tidak mengandu ungi elemen nelemen ya tidak pe ang enting dan ti idak diperluk kan. lata arbelakang yang dipero olehi adalah rumput hija au yang kem dan men mas narik.  Laman 30    .

tid serabut d melengk P ang dak dan kapkan subject utama. Sebagai S gambar contoh. Sebagai contoh: c ai Kaedah ini boleh dicapa dengan aperture. dibahagikan oleh pem misah diago onal pada bahagian tengah. Pelajari gamb orang la dan kenalpasti garis P bar ain san dan ben ntuk2 yang menjadi building block gambar tersebut. disebelah.8 atau f1. Keseimbang K gan Kita K boleh me enjadikan ko omposisi leb menarik bih dengan me encipta keseimbangan didalam n gambar. m Pastikan latarbelakang ya baik. r  Laman 31    . s Tips Pan ntas Untuk Mengawal k komposisi • • • • • Pastikan ada subjek uta P a ama yang m mampu men njadi stopping power u untuk mata yang melihat. pan Komposisi ya paling ku adalah y K ang uat yang mampu menyampa u aikan mesej paling cepa dan at je elas. bia asanya yang g mengawal a paling luas seperti f2.4. Pastikan kom P mposisi adala seringkas yang mun ah ngkin. mencip satu keseimbangan pta untuk kedua subject. Elakka dari mem an masukkan se emua elemen yang wujud didep anda.dkan focus Menghad ermakna hanya subjek y yang penting dalam foto g ograf kelihata an Menghadkan focus be ar en ang adi sharp didalam gamba dan eleme yang kura penting akan menja samar.

Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat. Gunakan Vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik. wajah yang jelita. Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor bulat.• • • • • Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu pemandangan. hijau dengan magenta. Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah se asli yang mungkin. Contohnya kuning berlawanan dengan biru. 4. adakah ketinggian sebuah bangunan. elakkan memotong pada sendi seperti lutut atau siku. pastikan komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas. Mahirkan diri dengan white balance. merah dengan biru muda.0 Warna Mengawal warna 1. 2.  Laman 32    . 11. Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2 warna yang berlainan kecerahan dan jenis warna. 3. bentuk bunga. Eksperimen dengan white balance yang berlainan. Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik di computer. apabila framing portrait manusia. Terutama pada subjek utama. Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang lain. Cropping. Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast. 5.

gunak night portrait mode a g kan atau rear curtain flash. A Apabila meng gambil gam mbar sewaktu berkabus. 4. -0. P Pada waktu gelap. G Gunakan ref flector untu menambah kecerah uk han pada w wajah. A Ambil gamba pada wakt awal pagi dan petang kerana cahaya waktu it paling me ar tu tu enarik 2. E Elakkan flare e/kilauan matahari atau lampu ya u ang kuat un ntuk menge elakkan mas salah ku urang contra atau ma ast. elak kkan guna flash se eberapa mungkin. W Warna semul lajadi adalah paling men h narik dan sat turated pada waktu lang berawan. K Kurangkan ke ekuatan flas apabila m sh mengambil gambar pada waktu teng a gahhari. 8. Fill flash adalah untuk menguran k ngkan shado tetapi b ow bukan meng ghilangkanny sama sekali. Shooting mo : Manual S ode Aperture : f/2 A 25 Shutter spee : 1/30 S ed Flash : TTL-Bl. R F Rear Curtain Flash n  Laman 33    . a git 7. Gabungan fl G lare/kilauan matahari.12. ya Sesuatu bent akan keh S tuk hilangan ben ntuk sekirany tiada con ya ntrast. 5.7EV. S Silhouttes adalah untuk m menunjukkan bentuk ses n suatu subjec ct. asukkan flare untuk kesa artistic.0 P Pencahayaan a Tip-tip m menggunaka cahaya persekitara an an 1. naikkan ex u xposure untuk mendapa atkan ke ecerahan se emula. 3. e an 6. rear curtain n n flash dan ke f elajuan shut tter yang pe erlahan bole eh memberikan hasil yang m m menarik.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->