You are on page 1of 6

http://ms.shvoong.

com/books/guidance-self-improvement/1742564-lompat-tinggi/

LOMPAT TINGGI

Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian yang sudah lama
bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi
mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi telah
dipertandigkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam
acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi sekarang banyak
mengunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit
Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.

FASA LOMPATAN TINGGI


Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :
a) Penujuan – larian menghala ke palang
b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

GAYA LOMPAT TINGGI


Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling
barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

a) Gaya gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada
diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk
berlunjur.

b) Gaya Timur
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki
bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara
mengiring.

c) Gaya guling barat


Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.Pelompat melonjak
dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan
bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

d) Gaya pelana
Gaya ini hamper sama dengan gaya fuling barat.Pelompat menuju ke palang secara
bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan
badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

e) Gaya Fosbury Flop


Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya
Fosbury Flop.Mengiku gaya ini pelompat menuju ke palang dengan
membelakangkan palang.

GAYA FOSBURY FLOP

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah
memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan
palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di
belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk.
Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar
tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan
yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-
fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

1) Penujuan
Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga
langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang
menyediakn pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.

2) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengaklhiri larian
yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda
lonjakn yang hamper selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan
dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan
bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang
badan untuk membantu pusingan badan diudara supaya bahu menjadi selari
dengan palang.

Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memenadang palang) sambil
melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah
kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu
bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat
melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas.
Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai
Persediaan untuk pendaratan.

Pendaratan
Serentak dengan mengankat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan
dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat
mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat)

PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGI

Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki


Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang
disukainya

Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat.
Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat
apabila tidak berjaya melompat
Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali bertutrut-turut (tanpa di
ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandinga
Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal)
sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikut peraturan
Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bahagian tengah
disebelah atas padang.
Diterbitkan pada: Januari 10, 2008

http://pjpkipkb.forumphp3.com/viewtopic.php?f=26&t=25

PENGENALAN

SEJARAH LOMPAT TINGGI

Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi
ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada
masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak
dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang
menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang.
Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk
berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F.
Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar
semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang
bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895.
Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya,
inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-
orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya
lompatan ini mendapat namanya hingga kini.

Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih
efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun
1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini
terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya
timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air
memahirinya.
Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan
pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular
dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-
gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17
orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang
menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.

Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka
gaya guling barat dan gaya kelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi
seseorang peserta.

CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN

Adakah kejurulatihan satu seni atau sains?


Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains. Tiada atlit
yang tidak berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang
sekarang dikenali sebagai satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai
manusia genius dengan pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang
mengambil bahagian.

Menurut Dick Fosbury , pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya
berpusatkan kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan
menanamkan semangat untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat
pingat emas dalam Olimpik.
Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar
kepada kelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak
kesinambungan daripada satu acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal
difahami, ia akan mudah digunakan untuk acara yang lain.

FAKTOR MEKANIKAL

1. Kelajuan Lonjakan
• Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.
• Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza
apabila mlakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak.
• Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak.
• Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan
pinggang selepas lonjakan.
• Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan
kadar yang paling perlahan.
• Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada
dibawah persediaan melompat.
• Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan
terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan
lojakan yang sempurna.
• Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan
secara beransur-ansur.
• Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat
penukaran daripada mendatar kepada menegak.
• Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut:-
o Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak.
o Berhenti dengan kaki lonjakan.
o Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.
• Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali,
lutut dan pinggang.
• Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan
tidak mengurangkan kelajuan mendatar.

KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK

Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh
dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu
meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.
1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa
fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di
bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan
menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah.
2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk
memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan
menybabkan pinggang naik atau berada diatas.
3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting
pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan
kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.

SUDUT LONJAKAN

Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan
atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan.
Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan
lompatan dan mendarat pada sudut yang sama.
Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa
gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah
sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang
tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah
pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta
kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam
lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang
kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52° sudut lonjakan.

KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN

Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang
dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit
adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa
layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan.
Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara.
Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam
hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang
sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku
perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan
atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap
acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara.

RUMUSAN

Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semua
acara lompatan. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan
asas mekanikal. Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada arah layangan.
Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas atlit ketika dia
di udara. Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan ketika atlit melakukan
pergerakan parabola. Setiap pelepasan daripada setiap elemen ini akan menentang kesan
perlaksanaan lompatan.

You might also like