BIL. 01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. 08. 09. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23.

ISI KANDUNGAN Pengenalan Peraturan Sekolah Jadual Waktu Persekolahan Hari Perhimpunan Pakaian Seragam/Pakaian Murid Lelaki dan Perempuan Pakaian Lain/Khas Tatatertib Murid Semasa Belajar dan Semasa Rehat Tatatertib Murid di Dalam dan di Luar Bilik Darjah Kegiatan Kokurikulum Keselamatan Keselamatan di Jalan Raya Rawatan dan Cuti Sakit Kawasan Larangan Peralatan Pendidikan Jasmani dan Sukan Peraturan Am Pelawat Peringatan Penting Senarai Kesalahan Salahlaku dan Tindakan Kesalahan Berat/Ringan Tindakan Lembaga Disiplin Sekolah Lagu Sekolah Contoh rambut yang sepatutnya Contoh Pakaian Seragam Perempuan Ikrar Murid Tandatangan Murid dan Ibubapa/Penjaga

MUKA SURAT 01 02 02-03 03-04 04 05-06 06-08 08-09 09 10 11 11 12 13 14 15-16 16-18 18-20 21 22 23 24

0

PENGENALAN PERATURAN SEKOLAH

1.

Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insane yang seimbang intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta akhlak mulia. Berketerampilan serta bertanggungjawab. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut golongan remaja, khususnya para pelajar perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yangs sesuai. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman dan keselesaan pelajar serta kelicina dan keberkesanan dan keselesaan pelajar perjalanan pengajaran dna pembelajaran di sekolah. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah yangs selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah ± sekolah rendah di Malaysia. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Penolong Kanan, ibubapa atau penjaga serta guru- guru dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah serta meningkatkan disiplin diri. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan makluman kepada murid- murid, ibubapa atau penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah.

2.

3.

4.

5.

6.

1. 1.1

JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN Tahap 1 1.1.1 1.1.2 1.1.3 Hari isnin bermula jam 7.20 pagi dan berakhir pada 12.40 tengah hari Hari selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 12.10 tengah hari. Hari Jumaat bermula jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 11.40 pagi.

1

Tahap 2 1.2.2 1.2.3 Hari Jumaat bermula pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada 11.40 pagi. Hari Rabu kokurikulum bermula pada 12.40 tengah hari dan berakhir pada 1.40 petang.

2. 2.1 2.2

HARI PERHIMPUNAN Pehimpunan sekolah diadakan pada setiap hari isnin bermula pada jam 7.20 hingga 7.50 pagi di tapak perhimpunan sekolah. Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan. Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan bahawa perhimpunan dibatalkan pada hari itu. Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut arahan guru disiplin. Semua Pengawas Sekolah hendaklah memakai µVest¶ pengawas dan bertali leher yang berwarna µmaroon¶ , manakala Ketua Kelas memakai tali leher berwarna hijau. Pehimpunan akan dimulakan dengan lagu µSabah Tanah Air Ku, µLagu Sekolah¶, Bacaan ikrar murid, laporan guru bertugas minggu lepas, ucapan guru bertugas, ucapan pihak pentadbir sekolah dan diakhiri dengan lagu patriroritik µYakin Boleh¶ dan µNegara Ku¶. Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru member ucapan atau pengumuman. Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negara Ku, Sabah Tanah Air Ku, dan Lagu Sekolah Serta lagu Yakin Boleh. Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu Negara Ku, Sabah Tanah Air Ku, Lagu Sekolah dan Lagu Yakin Boleh dinyanyikan. PAKAIAN SERAGAM Pakaian Murid Lelaki 3.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek, seluar pendek berwarna biru tua dan seluar panjang juga dibenarkan. Berkasut dan bersarung kaki berwarna putih, lencana sekolah serta tali pinggang hitam/biru tua. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam kecuali µsinglet¶ berwarna putih. Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, berkaki besar, tali pinggang besar, rantai tangan dan rantai leher. 2

2.3 2.4 2.5 2.6

2.7 2.8 2.9 3. 3.1

3.1.2 3.1.3

3.2

Pakaian Murid Perempuan 3.2.1 3.2.2 3.2.3 Baju µPinafore¶ berwarna biru tua dan labuh hingga ke paras lutut dan baju kemeja putih berlengan pendek, berkasut dan bersarung kaki warna putih. Murid-murid dibenarkan memakai baju kurung putih berasrung biru tua, bertudung tiga segi berwarna putih, berkasut dan bersarung kaki berwarna putih serta lencana sekolah: Pakaian/barang ±barang seperti di bawah dilarang keras murid-murid memakainya: i. ii. iii. iv. v. vi. Mini skirt Jeans Baju yang tidak berlengan Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang. Pewarna Kuku

4. 4.1

PAKAIAN LAIN/KHAS Ketika menjalani Pendidikan Jasmani atau kesihatan/ bersukan/ menjalankan aktiviti kokurikulum dan akitiviti luar bilik darjah murid-murid hendaklah memakait µT-shirt¶ sekolah berwarna biru, µTrack Suit¶ dan bersarung kaki putih. Murid-murid dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan mejolok mata serta berwarnawarni.

4.2

5. 5.1

TATATERTIB MURID SEMASA BELAJAR DAN REHAT Semasa Belajar 5.1.1 5.1.2 5.1.3 Semua murid mestilah senyap, berdisiplin dan bersedia untuk belajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang pada setiap masa. Murid-murid tidak dibenarkan keluar masuk kelas sama ada semasa guru mengajar atau semasa ketiadaan guru. Murid-murid dibenarkan keluar ke tandas dengan memakai kad kebenaran keluar hanya dengan kebenaran guru atau ketua kelas (jika tiada guru).

3

5.1.4 5.1.5

5.1.6

5.1.7 5.1.8 5.1.9 5.2

Sepanjang masa belajar murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas. Ibubapa yang ingin membawa anak pulang atau ke rumah sakit hendaklah memberitahu Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Kelas dan menandatangani buku µMurid Pulang Awal¶ yang disediakan di Pejabat Am. Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab-sebab lain yang munasabah hendaklah memberi makluman pihak sekolah/ Guru Kelas dengan mendapatkan Surat Cuti Sakit dari doctor atau surat dari ibubapa. Murud-murid hendaklah menunjukkan sikap yang positif dalam pembelajaran mereka. Murid-murid yang berpindah ke bilik lain mestilah beratur dan bergerak cepat dan berdisiplin. Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas.

SEMASA REHAT 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.2.5 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat kecuali diarah oleh guru untuk mebersihkan dan mengemas kelas. Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan walaupun waktu rehat. Semua murid hendaklah membeli makanan dan minuman di luar serta makan di kantin atau di luar kelas Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berbeut-rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. Semua murid hendaklah membuang sampah ( Pembungkus makanan dan minuman ) ke dalam tong sampah.

6. 6.1

TATATERTIB MURID DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah dengan mengucapkan µSelamat Pagi¶/Selamat Tengah Hari/ Selamat Petang/ Salam Sejahtera atau Assalammualaikum juga dengan sesame murid. Murid-murid hendaklah berdiri dan member hormat kepada semua guru yang keluar dan masuk ke kelas termasuklah sewaktu Guru Besar, Penolong Kanan serta pelawat yang dating dan masuk ke kelas. Kebersihan serta ketenteraman kelas adalah tanggungjawab murid-murid yangada di dalam kelas itu dengan diawasi oleh ketua kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas dengan bimbingan dan pengawasan Guru Kelas. 4

6.2

6.3

6.4

6.5 6.6

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggunjawab atas segala perkakas/perabot dan lainlain peralatan yang ada di dalam kelas masing-masing seperti papan tulis, almari, alat tulis, penyapu, tong sampah, penyeduk sampah, meja guru, kerusi guru, meja murid, kerusi murid dan sebagainya. Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas bertanggungjawab megingatkan guru jika terlewat masuk ke dalam kelas. Murid-murid dilarang keras melakukan perkara-perkara berikut: 6.6.1 6.6.2 6.6.3 6.6.4 6.6.5 6.6.6 6.6.7 6.6.8 6.6.9 6.6.10 Menulis di papan tulis kecuali mendapat arahan guru Mengunakan meja dan kerusi guru. Meninggalkan buku di atas meja/laci selepas waktu belajar. Membuang sampah, kayu, batu atau benda-benda lain di dalam kelas dan juga tandas. Membuang tuala wanita didalam tandas. Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan kemas dna dibuang ke dalam tong tong sampah. Membazir air di luar dan di dalam tandas. Berbuat bising, bermain, bergaduh dan berlari di dalam kelas. Membuang sampah merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Menconteng dinding sekolah, meja murid, papan kenyataan, tandas sekolah dan seluruh bangunan sekolah serta harta benda sekolah. Murid-murid dilarang keras menconteng dan mengoyakkan buku teks yang dipinjam kepada murid. Jika hilang atau rosak hendaklah diganti. Buku Teks hendaklah sentiasa dijaga kebersihan dan keselamatannya dengan membautnya dengan kemas. Telefon awam hendaklah dijaga dengan baik dan hanya boleh digunakan sewaktu rehat, sebelum sesi persekolahn bermula atau selepas sesi persekolahn berakhir kecuali waktu kecemasan. Semasa menggunakan Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Agama, Pusat Sumber, dan lain-lain bilik khas murid ±murid hendaklah berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam bilik tersebut. Kerja rumah atau kerja sekolah yang diarah oleh guru hendaklah disiapkan di rumah. Bantahan dan keingkaran terhadap perkara ini adalah merugikan diri sendiri.

6.6.11

6.6.12

6.6.13

7. 7.1

KEGIATAN KOKURIKULUM Kegiatan Ko-Kurikulum adalah aktiviti yang dijalankan di luar daripada masa belajar. satu daripada berikut : 5

7.3 7.4

7.6

7.7

7.2.1 Unit Beruniform 7.2.2 Persatuan/Kelab Akademik 7.2.3 Sukan dan Permainan Murid-murid wajib hadir pada setiap perjumpaan kokum pada hari dan masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah termasuklah mesyuarat dan latihan yang diadakan. Murid-murid hendaklah berdisiplin dan memakai pakaian yang sesuai mengikut kegiatan pada hari itu seperti yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan ko-kurikulum. dengan menandatangani Buku Kokurikulum murid. Pihak sekolah akan sentiasa berusaha mengambil langkah demi mengelakkan daripada berlaku sebarang msalah terhadap murid semasa mengikuti kegiatan. Jika berlaku insiden yang tidak disengajakan ke atas murid maka pihak ibubapa/penjaga tidak boleh mengambil tindakan ke atas pihak sekolah tetapi seharusnya bekerjasama untuk mengatasinya. Dengan kebenaran bertulis daripada Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah melaksnakan kegiatan kokurikulum pada hari Rabu bermula pada jam 7.20 hingga 8.20 pagi.

8. 8.1

8.2

KESELAMATAN Keceamasan adalah terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1978. Membunyikan lonceng kebakaran sesiapa sehaja samada guru atau kakitangan bukan mengajar hendklah tanpa ragu-ragu membunyikan isyarat ³ Fire Alarm´ setelah lihat tanda-tanda kebakaran. Semua murid, guru dna kakitangan sekolah hendaklah mengosongkan bangunan dengan sertamerta. i. ii. iii. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah berdiri di sisi meja sementara menunggu arahan guru Murid-murid daripada setiap kelas mestilah membuat satu barisan kemudian meninggalkan kelas mengikut jalan yang ditentukan. Murid-murid hendaklah bergerak dengan senyap, teburu-buru atau berlari dan tanpa memotong barisan sehingga sampai ke tempat yang ditentukan.

8.3

Tempat berkumpl hendaklah di tempat yang selamat sebaiknya di tempat yang lapang seperti padang.

9. 9.1

KESELAMATAN JALAN RAYA. Semua murid mestilah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan menjaga keselamatan diri. 6

9.2

Murid-murid yang hendak melintas jalan raya hendaklah : i. ii. iii. Mencari tempat yang selamat untuk melintas. Tunggu dahulu di tepi jalan Pndang ke kanan jalan, ke kiri dan ke kanan semula dan apabila tiada kenderaan melintaslah dengan pantas tetapi jangan berlari.

9.3 9.4 9.5 9.6 9.7

Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan di sebelah kanan jalan raya mnghadap kenderaan yang dating dari hadapan. Murid-murid yang menggunakan basikal hendaklah menunggang dalam ekoran atau barisan. Murid-murid hendaklah beratur jika menaiki bas atau turun dari bas sesudah behhenti. Jika berlaku kemalangan/kecederaan dalam kawasan hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/Guru Kelas/Guru Bertugas. Semua kenderaan ibubapa/penjaga bas yang menghantar dan mengambil murid-murid hendaklah berhenti menurunkan atau menaikkan murid-murid di tempat yang selamat.

10. 10.1 10.2

RAWATAN DAN CUTI SAKIT Murid-murid hendaklah dihantar ke rumah sakit sekiranya memerlukan rawatan atau dihantar pulang ke rumah oleh guru bertugas. Murid-murid yang hendak ke rumah sakit dengan ditemani olen ibubapa/penjaga mestilah mendapat kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan dengan membawa bersama surat rawatan dari sekolah untuk ke hospital. Surat-surat cuti sakti tidak sah melainkan dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan (Doktor)Kerajaan.

10.3

11. 11.1 11.2 11.3 11.4 11.5 11.6 11.7 11.8

KAWASAN LARANGAN Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali mendapat kebenaran. Bilik Makmal Sains kecuali waktu belajar. Makmal Komputer kecualia ada guru yang bertugas Bilik sakit (jika ada) kecuali sakit dan dengan kebenaran guru. Stor-stor kecuali dengan kebenaran. Rumah Guru dan kakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran. Pusat Sumber kecuali ada guru atau dengan kebenaran. Kantin sekolah semasa sesi pembelajaran.

12. 12.1

PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik. 7

12.2 Murid-murid tidak dibenarkan mengambil peralatan sukan sendiri tanpa kebenaran atau diawasi oleh guru. 12.3 Alatan yang dipulangkan hendaklah disusun dengan teratur dan kemas. 12.4 Setiap pengeluaran dan pengembalian peralatan sukan hendaklah dicatat di Buku Rekod yang telah disediakan. 12.5 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani. 13. 13.1 PERATURAN AM

Murid-murid dilarang keras menghisap rokok dan menggunakan/menyalahgunakan apa-apa jenis dadah. Tindakan tegas akan diambil terhadap murid-murid yang didapati melakukannya. 13.2 Murid-murid dilarang keras bermain apa-apa sahaja bentuk judi di dalam dan diluar sekolah. 13.3 Murid-murid dilarang keras meminum apa sahaja jenis minuman keras yang memabukkan. 13.4 Murid-murid tidak dibenarkan membawa radio kaset atau µwalkman¶ ke sekolah. 13.5 Murid-murid tidak dibenarkan membawa semua jenis alat muzik seperti VCD, permainan atau telefon bimbit ke sekolah. 13.6 Murid-murid dilarang bermain dengan alatan elektrik atau sebarang peralatan yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan. 13.7 Murid-murid adalah dilarang keras menconteng atau mengoyakkan apa sahaja yang terdapat di papan kenyataan kelas atau sekolah. 13.8 Semua murid memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai butir-butir diri dan ibubapa/penjaga kepada pihak sekolah untuk tujuan kegunaan rasmi, perhubungan dan kebajikan. 13.9 Murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru kelas/pihak sekolah sekiranya ada perubahan/pindaan maklumat pelajar. 13.10 Jika berlaku kecurian atau kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Guru Bertugas/Guru Kelas dengan segera.

14. 14.1 14.2

PELAWAT Ibubapa/penjaga yang ingin berjumpa dengan murid semasa sesi persekolahan mendapat kebenaran daripada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan. Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan terus berjumpa dengan murid di kelas masing-masing. Pejumpaan dan perbualan hendaklah dilakukan di kawasan Pejabat Sekolah/Pejabat Guru Besar atau Bilik Guru sahaja. Pelawat-pelawat/orang awam yang bukan dari kalangan ibubapa/penjaga tidak dibenarkan sama sekali menemui murid ±murid sepanjang sesi pembelajaran berjalan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar/Penolong Kanan.

14.3

15.

PERINGATAN PENTING

8

15.1 15.2

15.3

Semua murid dikehendaki membaca ,mengingati dan mematuhi semua peraturan/undang-undang dalam Buku Peraturan ini. Pihak sekolah/Lembaga Disiplin sekolah tidak akan menerima alas an murid-murid tidak mengetahui mana-mana peraturan/undang-undang sekolah setelah Buku Peraturan ini dibuat dan dimiliki oleh setiap murid. Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah,serta telah sabit kesalahan akan dikenakan tindakan/hukuman setimpal mengikut : i. ii. Jenis dan Kategori kesalahan Pelaku dan kekerapan melakukan kesalahan.

15.4

Murid-murid yang sengaja melanggar dan tidak mahu menyesuaikan diri dengan peraturan sekolah ini boleh digantung atau dikeluarkan dari sekolah ini. Pihak sekolah dan Lembaga Disiplin Sekolah mengambil berat mengenai sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid walaupun kecil, kerana jika tidak dikawal boleh menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada rakan-rakan, guru-guru, pihak sekolah dan juga ibubapa/penjaga.

15.5

15.6

Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan ini adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, Jabatan atau Pihak Sekolah dari semasa ke semasa. Pihak sekolah/Lembaga Disiplin Sekolahberhak dan boleh memindahkna, menambah atau menghapuskan mana-mana bahagian atau peraturan dalam Buku Peraturan ini jika difikirkan perlu.

16. 16.1 161.1 a. b. c. d. e. f. g.

SENARAI KESALAHAN SALAHLAKU DAN TINDAKAN Kesalahan Berat Tingkahlaku Jenayah Berjudi Mencuri Melawan atau mengancam, memukul atau mencederakan guru. Memukul atau mengancam/memukul/mencederakan pengawas. Membuli dan memeras ugut Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap Mengedar dan meyalahgunakan dadah. 9

h. i. j. k. l.

Membawa senjata/benda tajam atau merbahaya Mencabul kehormatan Mengancam/memukul atau mencederakan murid lain Menceroboh bilik khas atau Pejabat Guru Besar. Menunjuk perasaan atau berpekit.

16.1.2 Tingkahlaku Lucah a. b. c. d. e. f. Becumbu-cumbuan Berkalwat Membawa bahan-bahan lucah Mengintai murid-murid perempuan Menggunakan perkataan dan melakukan perbuatan lucah Melukis dan menulis kata-kata atau gambar-gambar lucah

16.1.3 Tingkahlaku Biadab dan Kurang Sopan a. b. c. d. e. f. g. Berkelakuan kasar terhadap guru, pengawas dan murid lain Berbahasa kesat Menyimpan atau menghisap rokok Meminum arak Mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran Tidak menghormati guru atau pengawas Tidak menghormati Lagu Kebangsaan dan Negeri.

16.1.4 Tingkahlaku Musnah a. b. c. d. Merosakkan harta benda sekolah Merosakkan harta benda Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah] Merosakkan harta benda murid lain Merosakkan harta benda kantin atau RMT sekolah

16.1.5 Tingkahlaku Tidak Jujur atau Menipu a. Menipu yang melibatkan wang b. Menipu yang melibatkan kepercayaan c. Mengambil tindakan tanpa melalui pentadbiran sekolah

10

d. Mengulangi kesalahan yang sama melebihi dua kali atau setelah nasihat dan amaran yang diberikan

17.1

Kesalahan Kecil atau Ringan

17.1.1 Kekemasan Diri a. b. c. d. e. Berambut panjang atau fesyen yang keterlaluan yang bertentangan dengan peraturan sekolah Berkuku panjang Bermisai atau berjanggut Memakai pakaian yang tidak sopan dan selain dari pakaian seragam sekolah Memakai barang perhiasan atau µMake-up¶ yang dilarang

17.1.2 Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa a. b. c. d. e. f. g. Datang lewat ke sekolah Lewat ke perhimpunan Berkeliaran di kawasan sekolah semasa belajar Makan atau membeli makanan di kantin di luar waktu rehat Tidak membuat kerja sekolah/kerja rumah dan latihan yang diberikan oleh guru Tidak menjalankan tugas membersihkan kelas sebelum waktu pembelajaran bermula Tidak berada di dalam kelas atau bilik-bilik lain semas pengajaran sedang dilaksnakan.

17.1.3 Ponteng a. b. c. d. e. Ponteng kelas Ponteng sekolah Ponteng perhimpunan Ponteng kokurikulum Ponteng ujian dan peperiksaan

18.1 18.1

TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH Kesalahan Barat Bagi kesalahan berat yang dilakukan oleh murid setelah peringatan diberikan, Pihak Lembaga Disiplin Sekolah Peringkat sekolah boleh mengambil beberapa tindakan yang setimpal dengan

11

kesalahan disiplin yang dilakukan mengikut peratura yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia termasuklah: 18.1.1 Setelah disiasat dan murid tersebut didapati bersalah maka pihak sekolah akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri , Daerah, Pihak Polis dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk tindakan lanjut. 18.1.2 Menggantung tanpa taikh (untuk tujuan pembuangan) persekolah murid (jika diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah) dan menghantar laporan bertulis kepada Jawatankuasa Disiplin Murid di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri. 18.1.3 Mengenakan tindakan penggantungan (bertarikh) persekolahan sehingga maksima dua minggu ibubapa/penjaga murid akan di maklumkan dna dikehendaki melengkapkan surat perjanjian aau menandatangani surat pengakuan mengenai kesalahan disiplin murid yang terbabit. 18.1.4 Hukuman rotan (maksimum 3 kali) oleh guru besar atau gur yang diberi kuasa berbuat demikian yang merupakan amaran terakhir kepada murid berkenaan. Ibubapa/penjaga dan pelajar juga dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau menandatangani surat pengakuan. 18.1.5 Murid juga dibuang sekolah berdasarkan kesalahan yang dilakukan setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah dimaklmukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan telah mendapat jawatan. 18.2 Kesalahan Ringan/Kecil Bagi kesalahan ringan/kecil (tidak diulang atau tidak melebihi dua kali) yang dilakukan oleh murid, pihal Lembaga Disiplin Sekolah boleh mengenakan beberapa tindakan ke atas murid termasuklah: 18.2.1 Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang terlibat (amaran pertama, kedua dan ketiga) 18.2.2 Memaklumkan dan meminta kerjasama daripada ibubapa/penjaga melalui surat-menyurat mengenai salahlaku murid dan amaran pertama,kedua, ketiga atau terakhir. 18.2.3 Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu menulis ayat yang berupa pengajaran dan ingatan berulangkali mengikut arahan yang diberi. 18.2.4 Mengenakan denda kpeda murid yang terlibat, iaitu denda yang member pengajaran seperti mengutip sampah di kawasan kelas/sekolah, mencuci tandas atau denda-denda lain yang sesuai, tidak menyakitkan atau bersifat mendera. 18.2.5 Merampas barangan yang menyalahi peraturan sekolah sperti tali pinggang, kasut, barang kemas alat solek alat-alat permainan dan lain-lain. Ibubapa/penjaga boleh menuntut 12

barang-barang yang dirampas dari pihak sekolah setelah member i jaminan kesalahan tersebut tidak akan berulang lagi. IKRAR MURID Bahawasanya, maka kami Murid-murid di sekolah ini Dan sebagai rakyat Malaysia Berikrar akan belajar bersungguh-sungguh Serta berusaha dan akan menumpuhkan Seluruh tenaga kami untuk mencapai Cita-cita rukun Negara Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan

Buku Peraturan sekolah ini telah dibaca dan saya akan mematuhi semua peraturan yang terkandung di dalam dan mematuhi arahan-arahan pihak sekolah yang dikeluarkan dari semasa ke semas.

Tandatangan:___________________________

Tarikh:_______________________

Nama Murid:________________________________________________________

SAKSI Tandatangan:___________________________ Tarikh: _______________________

Nama Ibubapa/penjaga:_____________________________________________ No. Kad Pengenalan:__________________________________________

13

14

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful