P. 1
Islamophobia

Islamophobia

|Views: 208|Likes:

More info:

Published by: H Masoed Abidin bin Zainal Abidin Jabbar on Jun 30, 2008
Copyright:Public Domain

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/14/2009

pdf

text

original

1

ISLAMOPHOBIA : K-SEKULAR vs K-ISLAM ‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫الحمد لله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه ، ل إله إل الله ول نعبد إل‬ ‫إياه، مخلصين له الدين ولو كره الكافرون. وأزكى صلوات الله وتسليماته‬ ‫على سيدنا وإمامنا، وأسوتنا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم واله‬ .‫ورضي الله عن أصحابه، ومن سار على دربهم إلى يوم الدين‬ ،،‫أما بعد‬
Segala puji dan puja kita untukkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam untuk Rasul junjungan, juga kepada keluarga dan para sahabat baginda Rasulullah S.A.W. Al-Hamdulillah kita bersyukur kepada Allah yang telah memberi kita kesempatan dan peluang untuk berbakti kepadanya dengan mengadakan majlis ilmu seperti ini. Kita yakin dalam majlis dan program ilmu seperti ini kita dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman masing-masing dalam aspek-aspek tertentu mengenai Islam dan kehidupan. Program Madrasah Ulama Sesi 2000 ini diamanahkan kepada Sekretariat Pelajar Persatuan Ulama Malaysia (SPPUM) untuk melaksanakannya atas sifatnya sebagai wahana pemuda yang penuh bertenaga dan penuh dengan idealisme. Para pemuda merupakan peratus penduduk yang agak besar di Malaysia memang sepatutnya diamanahkan dengan pelbagai peranan utama untuk menjana perubahan. Para pemuda yang kita harapkan menjadi golongan yang disebut oleh Allah SWT dalam Surah alKahfi sebagai:

13( ‫)إنهم فتية آمنوا بربهم وزدناهم هدى‬
Merekalah para pemuda yang penuh dengan keimanan kepada Allah dan Allah lengkapkan mereka lagi dengan hidayah. Para pemuda dan pemudi yang ingin menjernihkan akal budi umat dari serkupan kepompong sekularisme yang menjajah mentaliti mereka sehingga menjadi hamba abdi fahaman yang batil lagi menyesatkan. Para pemuda yang mampu mencabar tantangan fahaman sekularisme terhadap jatidiri dan fitrah mereka. ... Fahaman sekularisme telah menimbulkan gejala Islamophobia dalam masyarakat. Iaitu gejala; Takhawwuf La Mubarriralahu tijaha al-Islam. Rasa takut yang tidak berasas terhadap segala yang bersifat Islam. Sebenarnya rasa takut ini sepatutnya hanya dihadapi oleh Iblis dan kuncu-kuncunya. Tetapi aneh, ianya terbit dari dalam hati orang yang menganggap diri mereka muslim. Mereka tidak boleh melihat nama dan simbol Islam diperjuangklan dalam konteks politik dan budaya. Mereka menganggapnya suatu kesesatan. Ini jelas menunjukkan berlakunya perubahan dalam misdaqiah keimanan orang Islam itu sendiri terhadap Islam. Mereka sendiri – golongan yang keliru – masih ragu dan tidak percaya kepada keupayaan Islam boleh

2 menyumbangkan kebaikan kepada rakyat dan negara. Mereka putus harapan dari agama Allah: ‫يئسوا من الخرة كما يئس الكفار من اصحاب القبور‬ (al-Mumtahanah:13) Walhal orang yang menerima dasar ajaran Islam semestinya menaruh harapan yang tinggi kepada kebaikan agama Allah, peka terhadap ajaran dan hukum hakamnya . Orang beriman wajar takut, kasih dan sayang kepadaNya. Perasaan yakin, percaya, harap, tawakkal menyelubungi hati para mu’minin kerana meraka adalah orang yang pasrah kepada ketentuan Allah. Mereka menghargai dan mengagungkan Allah kerana Allah adalah sumber rezeki, sumber kekuatan, sumber kedamaian dan Allah jualah yang mengeluarkan mereka daripada kegelapan menuju cahaya. Allah adalah tuhan (sandaran harapan) bagi orang yang beriman, manakala bagi orang kafir, tuhan mereka adalah taghut. Taghut menjauhkan mereka dari cahaya kepada kegelapan, untuk akhirnya mereka menjadi penghuni neraka yang berkekalan. Sifat mukmin sejati dalam pelbagai bidang kehidupan dinyatakan oleh Allah dalam alquran; samada yang berkait dengan akidah, ibadah, hubungan sosial, kekeluargaan, moral mahupun yang berkaitan dengan sifat emosional, sensual, intelektual, profesional dan sifat-sifat fizikal. Sifat sifat ini perlu sebati dan menjadi darah daging orang-orang Islam. ... Orang-orang mukmin perlu dibersihkan daripada perangai kufur jahiliyyah dan munafik. Mereka perlu mengikis sifat jahil, engkar, berbohong, memfitnah, zalim, tamak dan membelakangkan dasar-dasar politik bebas dan demokratik atau suka menjadi pengikut yang membuta tuli. Menjadi tukang angguk yang tidak menggunakan akal waras .Sikap menjadi pak turut kepada para pemimpin zalim yang penuh dengan dolak-dalik ini boleh menggugat martabat kemanusiaan mereka menghapuskan kejernihan akal-budi mereka. Dari sudut yang lain, perasaan benci dan takut dengan Islam bukan sifat orang mukmin. Ia adalah sifat golongan yang tidak beriman. Orang yang tidak mahu nama Islam, tidak mahu melaksanakan Islam dan tidak ada toleransi dengan-dengan usaha menegakkan dasar dan negara Islam adalah golongan penentang Allah dan RasulNya. Mereka bukan penjernih dan pembela Islam. Mereka bukan pejuang Islam Mereka adalah golongan yang belot dan khianat terhadap Allah dan RasulNya. ... Dalam menghadapi cabaran sebegini umat Islam khususnya kalangan ulama dan ilmuan di semua peringkat; dalam pelbagai wadah Islam perlu mengukuhkan ukhuwwah dan semangat persaudaraan yang kental sesama mereka. Justeru hal ini boleh mengukuhkan perpaduan arus kebangkitan Islam dan gelombang reformasi rakyat. Semangat persaudaraan tersebut boleh dijalin; baik sesama orang yang beriman seagama mahupun dengan kumpulan rakyat senegara. Justeru ukhuwwah yang padu bagaikan senjata yang ampuh menghadapi serangan dan gempuran musuh. Pepatah Arab mengatakan:

‫كساع ال اليجا بغي سلح‬

‫اخاك اخاك ان من ل اخا له‬

Persaudaraan tidak dapat diraih dengan kekejaman dan penafian hak-hak individu rakyat. Rasa tamak haloba dan ekonomi yang dibolot oleh kroni pemimpin tertentu

3 hanya akan mempertajamkan permusuhan antara kumpulan rakyat. Penafian hak untuk mendapat biasiswa kerana perbezaan pandangan kepartaian, penafian hak untuk mendapat dan melaksanakan kontrak kerajaan semata-mata kerana sikap golongan berkenaan menolak kejahatan dan menentang kezaliman adalah pengkhianatan terhadap hak asasi rakyat dan menginjak keluhuran perlembagaan yang menjamin hak warga negara untuk membangkang atau menyertai parti alternatif. Semua sifat yang keji, baik dari segi agama, budaya mahupun dari sudut undangundang dan perlembagaan boleh meretak dan meruntuhkan perasaan persaudaraan dan perpaduan yang wujud di kalangan rakyat. Umat Islam dalam alaf baru ini perlu menjauhkan diri dari sifat golongan Yahudi yang di selar oleh Allah S.W.T.. Sifat yang mengundang bala dan musibah. Kita tidak mahu berbagai bala’ seperti gempa bumi, banjir besar, kebakaran dan sebagainya melanda dan memusnahkan nyawa dan harta benda kita; seperti mana yang menimpa negaranegara lain. Tapi sayangnya dalam beberapa hal golongan sekularis di negara-negara umat Islam kini menyerupai telatah golongan yahudi zaman silam; meskipun kesamaan tersebut tidaklah mutlak. Mereka - antara lain -: 1. Menyimpang dari kebenaran agama setelah mereka mengetahuinya. Allah berfirman:

‫وآمنوا بما أنزلت مصدقا لما معكم ول تكونوا أول كافر به ول تشتروا‬ 41( ‫)بآياتي ثمنا قليل وإياي فاتقوني‬
Berimanlah dengan agama Islam yang membenarkan kitab yang ada dalam genggaman kamu. Janganlah kalian menjadi orang pertama kafir dengannya. Jangan pula kalian jual beli ayat-ayatku (Allah) dengan harga yang tidak seberapa. Sebaliknya kalian hendaklah bertaqwa kepadaku. (al-Baqarah : 41) Allah berfirman lagi menegaskan sifat penolakan tersebut dengan mengatakan:

89( ‫)فلما جاءهم ما عرفوا كفروا به فلعنة الله على الكافرين‬
Bila tiba kepada mereka apa yang mereka sudah tahu , mereka lantas kufur dengannya. Sesungguhnya kutukan Allah terhadap orang-orang yang kafir. (al-Baqarah : 89) Penolakan hudud, kaedah menutup aurat, sunnah Rasulullah, menghalalkan arak, judi, menghalang alim ulama dan pendakwah dari menyampaikan ajaran Allah, menukar cuti mingguan dari hari kebesaran Islam Jumaat kepada hari Ahad dan yang terakhir menolak atau mengharamkan nama Islam dari diperjuangkan dalam bidang politik semuanya ini bukan suatu iltizam yang benar terhadap agama Allah. Ia bukan suatu usaha menjernihkan pegangan agama Islam diri dan rakyat. Ia adalah penafian terhadap keimanan mereka sendiri. 2. Memusuhi Islam, meragui ajarannya dan menghalang orang lain dari mengikutinya.

4

Golongan sekularis menyembunyi dan menyatakan permusuhan mereka terhadap Islam sepertimana orang-orang ahlul kitab dahulu kala menyeleweng. Mereka merancang dan berusaha agar rakyat dan generasi baru tidak akan menjadi pengikut dan pejuang Islam. Sebaliknya menjadi pelanjut fahaman dan sistem sekularis di dalam negara-negara mereka. Allah berfirman,

‫ود كثي من أهل الكتاب‬ ‫لو يردونكم من بعد إيانكم كفارا حسدا من عند أنفسهم‬ ‫من بعد ما تبي لم الق‬

Kebanyakan pengikut kitab (samawi) terdahulu suka memalingkan kamu menjadi kafir semula setelah beriman kerana sifat hasad dengki dan sifat kufur dalam hati mereka, pada hal telah jelas kepada mereka hakikat kebenaran (agama Allah). (al-Baqarah : 109) Allah berfirman lagi,

‫وإذا لقوا الذين آمنوا قالوا آمنا‬ ‫وإذا خل بعضهم إل بعض قالوا أتدثونم با فتح ال عليكم‬ 76( ‫)ليحاجوكم به عند ربكم أفل تعقلون‬
Maksudnya: Apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman mereka mengaku beriman tapi bila mereka berjumpa sesama (klik) mereka, mereka mempertikaikan apa yang diberitahu oleh setengah mereka terhadap orang Islam atas andaian perkara itu akan melemahkan hujjah mereka sendiri. Oleh kerana itu mengapakah kalian tidak mahu berfikir 3. Membohongi Allah dan mengatakan sesuatu mengenai agama, pada hal mereka tidak memahaminya. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah : 79

‫فويل للذين يكتبون الكتاب بأيديهم‬ ‫ث يقولون هذا من عند ال ليشتروا به ثنا قليل‬ 79( ‫)ا فويل لم ما كتبت أيديهم وويل لم ما يكسبون‬

Perbuatan menafsirkan agama secara songsang dan jauh dari tuntutan disiplin ilmu tafsir, mengharamkan Islam dari diperjuangkan adalah suatu perbuatan yang amat durjana. Allah mengingatkan golongan ini.

79( ‫)فويل لهم مما كتبت أيديهم وويل لهم مما يكسبون‬
Mereka mengatakan golongan agamawan Islam suka merasuah orang ramai dengan syurga agar mengikut perjuangan mereka. Mereka menyatakan bahawa para alim ulama’ menyalahgunakan agama untuk dunia dan berbagai lagi pembohongan dan

5 pendustaan yang mereka ungkapkan. Pada hal merekalah yang serba menyalahgunakan segala-galanya. Mereka berbohong disiang hari bolong seperti golongan yahudi. Orang yahudi zaman dahulu pernah berbohong dan berkata,

‫وقالوا لن تمسنا النار إل أياما معدودة‬ ‫قل أتخذتم عند الله عهدا فلن يخلف الله عهده‬ 80( ‫)أم تقولون على الله ما ل تعلمون‬
Mereka berkata: kita tidak akan disiksa kecuali beberapa hari sahaja. Katakan; apakah kalian telah mematrai janji sedemikan dengan Allah sehingga Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau kalian hanya bercakap mengenai Allah perkara yang kalian sendiri tidak tahu?! 4. Korang Sopan Terhadap Allah dan RasulNya. Sifat sekularis yang menyamai sifat yahudi dahulu dan sekarang ialah tidak menghargai dan tidak beradab dengan Allah, Rasul dan para alim ulama’. Mereka dengan mudah mempersendakan tuhan, agama dan Rasulullah. Ada kalangan wanita Islam yang dengan celupar menyebutkan bahawa beliau hanya akan memakai tudung kepala kalau rambut mereka sudah gugur dan mereka menjadi botak. 5. Kufur Terhadap Nikmat Allah. Mereka tidak menghargai Allah dan nikmatNya. Sebaliknya mereka dengan pongah menagih kesyukuran rakyat terhadap mereka kerana membangun negara. Meskipun dalam melaksanakan projek-rojek itu mereka telah menimbun kekayaan yang banyak bagi diri, keluarga dan kroni mereka sendiri. Ayat al-Quran mereka pampangkan untuk menuntut kesyukuran tapi mereka sendiri kufur dengan nikmat Allah dan tidak mengerti hakikat kesyukuran yang sebenarnya. Bani Israel pada zaman dahulu berperangai seperti ini. Allah berfirman.

‫وإذ قلتم يا موسى لن نصبر على طعام واحد‬ ‫فادع لنا ربك يخرج لنا مما تنبت الرض من بقلها وقثائها وفومها وعدسها‬ ‫وبصلها‬ ‫قال أتستبدلون الذي هو أدنى بالذي هو خير‬
(al-Baqarah ayat :61) Allah pun berfirman lagi,

‫اهبطوا مصرا فإن لكم ما سألتم‬

Pergilah kalian ke Mesir. Di sana kalian akan menemui apa yang kalian inginkan. (al-Baqarah ayat :61)

6. Memungkiri Janji Setia Dengan Allah. Manusia sekular seperti juga orang Yahudi sering memungkiri janji. Bukan sahaja dengan Allah bahkan dengan orang Islam dan rakyat jelata. Allah berfirman,

6

100( ‫)أوكلما عاهدوا عهدا نبذه فريق منهم بل أكثرهم ل يؤمنون‬
Tiap kali mereka bersumpah setia ada sahaja segolongan mereka merobeknya. Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman. ( Al-Baqarah 100) Golongan ini mudah sahaja menjanjikan sesuatu yang muluk-muluk. Tapi mereka begitu mudah pula memungkirinya. Apa yang dikatakannya bercanggah benar dengan apa yang dilakukannya. Apa yang dinafikan itulah yang dilakukan. 7. Suka Berpolemik dan Bertegang Leher Dengan Emosional dan Tidak Bersifat Objektif. Sifat berdolak dalik dan suka menegakkan benang basah memang merupakan budaya sekularis. Apa yang diungkapkan hari ini dinafikan besok hari. Mereka mudah memutar amalan agama untuk tujuan muslihat politik mereka. Sifat keras kepala, tidak mahu tunduk kepada kebenaran dan mencari-cari alasan untuk tidak melaksanakan perintah Allah memang merupakan sifat insan sekularis. Hal ini jelas dalam kes sapi betina yang Allah perintahkan mereka mencarinya. Allah berfirman.

‫وإذ قال موسى لقومه إن الله يأمركم أن تذبحوا بقرة‬ 67( ‫)قالوا أتتخذنا هزوا قال أعوذ بالله أن أكون من الجاهلين‬
al-Baqarah:67 Bila disuruh mereka berjuang mereka berkata: (al-Maidah)

24( ‫)فاذهب أنت وربك فقاتل إنا ها هنا قاعدون‬ Pergilah anda (Nabi Musa) dan Tuhanmu sahaja (berjuang), kami tetap menunggu sahaja di sini. (al-Maidah:24) 8. Suka Menyembunyikan Kebenaran.
Golongan ini tidak berani berhadapan dengan hujjah rasional dan nas. Mereka takut dengan suara kebenaran. Sebab itu halangan-halangan permit penerbitan, perhimpunan aman, peraturan yang mengongkong dan sebagainya digunakan untuk melarang rakyat memahami hakikat sebenar. Dalam masa yang sama media massa mereka perkuda semuanya untuk memalsukan hakikat kebenaran. Persis seperti orang yahudi dahulu . Kalau yahudi menyembunyikan ayat-ayat tuhan demikian juga sekularis hari ini cenderung menyembunyikan hakikat kebenaran agama. Sebenarnya mereka mahu menyembunyikan penyelewengan mereka dengan menggunakan akta rahsia rasmi dan sebagainya. Dalam hubungan ini Allah berfirman.

‫إن الذين يكتمون ما أنزلنا من البينات والدى من بعد ما بيناه للناس ف الكتاب‬ 159( ‫)أولئك يلعنهم ال ويلعنهم اللعنون‬

Sesungguhnya orang-orang menyembunyikan keterangan dan hidayah Kami setelah Kami menyatakannya dalam al-Kitab itulah golongan yang dikutuk Allah dan para pengutuk yang lain. (al-Baqarah:159) FirmanNya lagi,

‫إن الذين يكتمون ما أنزل الله من الكتاب ويشترون به ثمنا قليل‬ ‫أولئك ما يأكلون في بطونهم إل النار‬

7

174( ‫)ول يكلمهم الله يوم القيامة ول يزكيهم ولهم عذاب أليم‬
Orang yang suka menyembunyikan ayat-ayat yang Allah turunkan dalam al-Kitab (al-Quran) kerana hendak menukarnya dengan kepingan ringgit yang sedikit sebenarnya mereka menelan dalam perut mereka api neraka. Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat, Allah tidak akan membersihkan mereka. Untuk mereka disiapkan siksa yang amat pedih. (al-Baqarah:174) 9. Menganggap Diri Betul, Paling Baik dan Lurus. Meskipun kebusukan dan kejahatan mereka menusuk hidung dan mata orang ramai, namun mereka tidak pernah merasa berdosa atau bersalah. Pada anggapan mereka yang salah adalah Nabi, Ulama’, pendakwah dan lebai-lebai . Mereka tetap di pihak yang benar. Dalam kesesatan yang bercelaru mereka tetap menganggap orang lain yang sesat. Orang yahudi dahulu berkata, Kalau kamu masuk yahudi atau nasrani kamu akan mendapat petunjuk .Katakan (kepada mereka) bahkan agama Ibrahim (Islam) itulah yang benar, lurus dan Ibrahim bukan dari golongan Musyrikin. (maksud ayat 135 al-Baqarah) 10. Cinta Dunia dan Serakah Terhadap Harta Benda Yang Fana. Orang Yahudi dan begitu juga halnya dengan golongan sekularis mereka bersifat tamak dan serakah. Setiap kontrak dan harta awam hendak dibolot; hatta kontrak angkat najis pun mereka cukup ghairah meraihnya. Mereka golongan yang gila harta benda dunia. Itulah tuhan pujaan mereka yang sebenarnya. Lebih jauh mereka mahu hidup selama yang mungkin untuk mengaut dan meratah apa sahaja yang dapat diraih oleh tangan mereka. Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah :

‫ولتجدنم أحرص الناس على حياة ومن الذين أشركوا‬ ‫يود أحدهم لو يعمر ألف سنة‬ 96( ‫)وما هو بزحزحه من العذاب أن يعمر وال بصي با يعملون‬

Engkau akan dapati mereka – wahai Muhammad – sebagai orang yang paling tamak untuk hidup, demikian juga halnya dengan orang yang musyrikin. Ada di antara mereka yang mengharapkan – kalau boleh - untuk hidup seribu tahun, namun kalaupun ia hidup seribu tahun ia tidak dapat menghindarkan dirinya dari siksa Allah. Allah maha melihat apa yang mereka lakukan. (al-Baqarah:96) Kalau boleh mereka mahu hidup abadi dan tidak kunjung mati. Mereka sanggup menipu, makan riba, mencuri, memonopoli demi untuk melipat gandakan harta keluarga, kroni dan kaum kerabat mereka. Mereka bersedia mengaut kekayaan dunia seluruhnya, menjajah dan menindas golongan miskin tanpa belas kasihan. ....

8 Selain dari usaha menjauhkan diri dari sifat mazmumah yang menjadi amalan Yahudi. Umat Islam di segenap peringkat perlu meningkatkan penguasaan ilmu-ilmu yang tidak diserapi oleh fahaman sekularisme. Ilmu yang membawa manusia kepada penghargaan terhadap Allah dan agamanya. Ilmu yang menjana rasa khasyyah dan takwa kepada Allah. Bukan Ilmu yang diserapi dengan rasa takabbur, kufur dan bangga diri serta suka merendah-rendahkan orang lain. Kerana ilmu seperti itu tidak akan menjana keberkahan, rasa kasih-sayang dan rahmat Allah. Sebaliknya lebih mengundang kebencian makhluk dan Khaliq. Epistemologi yang menolak tuhan dan relevansi agama (Islam) dalam kehidupan adalah epistemologi sekular yang cinta kejahatan dan kebatilan, membenci kebenaran dan kebaikan. Ia adalah K-Sekular yang selalu bertembung dengan K-Islam Ilmu perlu digandingkan semula dengan keimanan. Cahaya akal mesti diletakkan di bawah lembayung sinar wahyu agar berpadu kepintaran dengan kebijaksanaan, pengetahuan dengan hidayah. Dengan demikian rahmat dan barakah dapat diraih. Ihsan dan kasih sayang dapat dicapai. Lebih jauh, dengan ilmu yang berteraskan iman, para pemimpin dan aktivis Islam dapat menggarap dan merumus fikrah harakiah untuk merancang gerak kerja, untuk menyatakan visi dan misi perjuangan mereka. Mendidik dan melatih kader pimpinan, mengatasi karenah dan perbezaan pendapat dalam organisasi. .... Untuk memenangi pertarungan menumpas kebatilan para aktivist Islam perlu beriltizam dengan harakah dan manhaj haraki. Zaman menjadi lone ranger atau bertindak secara one man show sewajarnya telah berakhir. Sebaliknya kita perlu mengamalkan budaya amal jama’i, pendekatan haraki dalam menangani isu dan melaksanakan tanggunggjawab . Sifat ini amat perlu menjadi amalan umat Islam yang ingin menjana perubahan. Mereka yang tidak peka dan tidak mempunyai sense of belonging terhadap harakah Islamiyyah adalah ibarat tenaga umat yang masih terbiar dan mungkin akan dipergunakan oleh musuh untuk menumpaskan harakah atau gerakan Islam itu sendiri. Mereka justeru akan menjadi jarum kelindan musuh. Sdr-sdr. Para ilmuan dan cendikiawan Islam perlu meningkatkan kudrat kepimpinan mereka. Kudrat yang merujuk kepada kemahiran tanzim Islami, ibadah, ubudiyyah dan zikrullah, kemahiran merancang, mengurus, mentadbir, melatih, membimbing, mengajar, belajar, menilai, teknologi maklumat, kemahiran bergaul, berkomunikasi, menghadapi dan menyelesaikan konflik, menarik minat dan sokongan umat, kemahiran berpolitik, bahasa, falsafah, sejarah, kreativiti dan sebagainya. Harus diingat bahawa kepimpinan bukan ghanimah atau passport untuk mengaut keuntungan diri, keluarga dan kroni tetapi ia adalah amanah dan tanggungjawab. Lebih jauh fungsi kepimpinan dalam harakah Islamiyah adalah usaha untuk melonjakkan lagi pencapaian Islam. Oleh itu, para aktivis Islam perlu meningkatkan lagi kreativiti mereka. Sudah sampai masanya mereka menampilkan wawasan dan perspektif Islam dalam pelbagai bidang dan lapangan informasi. TV dan Radio

9 Internet, misalnya, adalah satu contoh yang mutakhir dalam usaha mengatasi halangan dan kongkongan sistem diktator yang bertopengkan demokrasi. Prasarana teknologi ini jika dikuasai akan memungkinkan kita menyampaikan maklumat alternatif kepada masyarakat dengan lebih efektif dan bersifat global. Kreativiti dan inovasi sebagaimana yang kita maklumi bersama berkait rapat dengan pelbagai bidang dakwah. Antaranya pengurusan sumber manusia, komunikasi, percetakan elektronik, e-book, e-newspaper, video conferencing, virtual school, universiti maya dan seterusnya.. Saudara-saudari yang dikasihi. Usaha untuk membentras faham sekularisme yang sedang menjajah hati budi Melayu dan umat Islam kini hendaklah merangkum pelbagai bentuk agenda. Antara yang mungkin boleh diperincikan di sini secara ringkas ialah seperti berikut. 1. Memperteguhkan pegangan umat terhadap keyakinan dan dasar Islam sebagai suatu cara hidup yang komprehensif. 2. Menyebarkan budaya mengutamakan wahyu lebih dari akal. 3. Memperbanyakkan program yang boleh meningkatkan keintiman hubungan umat dengan al-Quran. 4. Melipatgandakan rancangan mengukuhkan pengaruh sunnah Rasulullah s.a.w. dalam masyarakat, di samping meningkatkan pengetahuan umat mengenai sirah Rasulullah s.a.w. 5. Menyemarakkan rancangan untuk menyuburkan amalan ruhaniah yang positif dan proaktif untuk membangun masyarakat melalui khemah ibadah dan sebagainya. 6. Memperluaskan penyampaian fiqh Islam dalam aspek-aspek sosio politik, ekonomi, komunikasi, pendidikan dan lain-lain. 7. Menghidupkan semangat jihad di jalan Allah. 8. Mengimbaukan semula sejarah leluhur silam dan kepahlawanan mereka dalam menghadapi pertarungan dengan penjajah dan musuh-musuh Islam. 9. Menyebarluaskan agenda dan perancangan musuh-musuh Islam untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia. 10. Mendedahkan kelemahan asas kebendaan tamaddun Barat dan bahaya fahaman sekularisme, materialisme, kapitalisme dan sebagainya. 11. Mengkritik fahaman racialisme, nasionalisme dan assabiah jahiliyyah yang lain dengan menerangkan hujah-hujah Islam yang menelanjangkan keburukannya. 12. Menentang aliran kemurtadan golongan intelektual, pakar budaya, sasterawan dan wartawan yang merugikan Islam. 13. Meningkatkan program untuk memperkasa peranan kaum muslimat dalam membentuk sejarah gemilang umat Islam seperti yang dilakukan oleh tokohtokoh mereka di zaman silam. 14. Mendaulatkan sistem pendidikan Islam melawan aliran pendidikan ynag sekular. 15. Memperbanyakkan program mengasuh dan mendidik generasi baru dan remaja Islam agar tidak dapat dimusnahkan oleh fahaman sekularisme dan budaya porno.

10 16. Menggandakan usaha dan program untuk melahirkan golongan wartawan dan penulis Islam dalam berbagai lapangan media. 17. Menggandakan bilangan kehadiran ulama’ dan para pendakwah Rabbani melalui pembinaan pusat-pusat pengajian tinggi dan institut perkaderan Imamah dan Ulama’. 18. Meningkatkan keselarasan, kesatuan, kematangan dan keupayaan haraki gerakan-gerakan Islam untuk menjana kekuatan bersama yang boleh menghalang fahaman sekular dan sekularis dari menyesat dan merosakkan umat Islam. 19. Mengukuhkan pergerakan umat Islam dan lain-lain agama dalam memerangi semangat anti agama, anti keadilan, kemanusiaan dan demokrasi. 20. Meningkatkan amalan budaya syura dalam masyarakat, di samping menyeru pihak yang berkuasa agar menjadikan budaya syura teras pemerintahan mereka untuk mengelakkan ciri-ciri imperialisme masuk semula dalam masyarakat dalam era merdeka. 21. Meningkatkan kesedaran tentang hak asasi manusia hak-hak sivil dan politik yang fundamental untuk seluruh rakyat seperti hak untuk bebas berkumpul dan bercakap secara aman dan lain-lain agar pencabulannya dapat disedari dan dibanteras secepat mungkin. 22. Meningkatkan kesedaran dan tuntutan untuk mempunyai undang-undang suruhanjaya pilihanraya, dan amalan pembuangan dan pengiraan undi yang bersih, profesional dan adil demi memastikan suara dan amanah rakyat diurus dengan betul, nazahah dan saksama. 23. Memastikan kehadiran media massa yang bebas, sedar, amanah, beretika dan profesional agar umat tidak mudah dimangsakan oleh penjajah baru dari kalangan bangsa sendiri atau orang luar. 24. Memastikan pemimpin umat dan negara terdiri dari kalangan orang yang bertaqwa, berakhlak dan bersih dari penyalahgunaan jentera dan dana negara untuk kepentingan diri, keluarga dan partinya. 25. Menimbulkan kesedaran yang mendalam di kalangan rakyat tentang perlunya penghakiman yang adil dilakukan dalam sebarang kes yang diadili tanpa menganak-tirikan sesiapa pun. Kehakiman yang adil adalah tuntutan Islam. 26. Memperkasa tuntutan rakyat tentang perlunya diwujudkan jentera pendakwaan yang profesional, adil dan tidak berat sebelah demi kesaksamaan pengagihan keadilan itu sendiri. 27. Meningkatkan kesedaran dan peruntukkan agar jentera kepolisian tidak digunakan untuk mereka bukti pertuduhan, keganasan dan disalah gunakan untuk melindungi pihak berkuasa yang bersalah. Polis yang adil adalah tuntutan Islam. 28. Menegaskan tentang perlunya dilantik para pentadbir yang cekap, amanah dan profesional yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat bukan untuk mana-mana YB yang bermuslihat. 29. Meningkatkan program untuk melahirkan masyarakat penyayang yang tidak menganiaya satu sama lain. Sebaliknya saling kasih mengasihi satu sama lain. Sdr. Sdr. Usaha SUHAKAM mendidik pasukan polis dan para pegawai awam mengenai hak asasi manusia juga merupakan suatu usaha yang baik . Namun golongan politikus yang berkuasa adalah lebih perlu dididik agar menghormati hak-hak tersebut; justeru

11 merekalah yang memberi arahan dan memegang tali kendali para penjawat jawatan awam berkenaan. Kalau golongan ini memandang sepi hak-hak asasi manusia dan suka bersendiwara serta tidak mempunyai sifat malu berbohong maka tidak ada golongan rakyat kita yang dapat menyelamatkan diri mereka dari kezaliman dan penganiayaan. Sdr.Sdr. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini izinkan saya melancarkan sebuah buku terjemahan terbitan PUM yang dikarang oleh Syaikh Yusuf al-Qaradawi yang bertajuk Ikhlas Dalam Ibadah dan Perjuangan. Buku ini diterbitkan oleh Lajnah Penerbitan PUM yang dipimpin oleh Datuk Prof. Dr Mahfodz Mohammad dan diterjemahkan oleh Ustaz Pauzi Hj Awang dan saya sendiri. Buku ini adalah sebagai sumbangan bahan bacaan untuk seluruh umat Islam yang bertutur dalam bahasa Melayu. Semuga Allah menerima amal ini sebagai amal saleh kita bersama. Dalam kesempatan ini juga saya mengucapan ribuan terima kasih kepada Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam, SPPPUM, Pengarah dan Pengurus Akademi, Naib Censelor U.Malaya serta setiap kalangan yang ikut bertungkus lumus menjayakan program Madrasah Ulama ini. Semuga Allah melipat gandakan pahala mereka, Allah memang tidak akan mensia-siakan perbuatan amal saleh mereka. Akhirnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang saya dengan rendah hati merasmikan Madrasah ini dengan doa semoga Allah meningkatkan ketaqwaan dan taqarrub kita kepadaNya. Sekian, terima kasih AGS 6hb. Rabi’ al-Awwal 1421 9hb. Jun 2000

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->