You are on page 1of 9

PENGENALAN

Saban tahun bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT
berkembang pesat dan secara tidak lansung ianya memberi kesan corak kehidupan masyarakat
pada hari ini. Teknologi Maklumat dan Komunikasi bukan lagi dilihat sebagai kehendak
sebaliknya keperluan masa kini. Adalah menjadi menjadi satu nilai tambah kepada individu itu
apabila ianya memiliki kemahiran ICT terutamanya dalam pasaran pekerjaan kini. Justeru itu,
perubahan daripada pendekatan pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan pen
perlukan segera kepada pendidikan yang berteknologi adalah satu perkara besar yang perlu diberi
sokongan. Perubahan ini bukan sahaja terhad kepada usaha pihak kerajaan semata – mata
sebaliknya adalah keterlibatan semua pihak.
Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan
dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Terdapat guru-guru yang tidak peka dengan peluang yang
bakal diceburi oleh pelajar. Atas dasar kesedaran keperluan pasaran kerja hari ini dan juga
keperluan pembelajaran hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Projek
Sekolah Bestari sebagai salah satu pengisian utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006 – 2010. Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Koridor Raya Multimedia yang
mana perlaksanaannya menekakan pengaplikasian ICT sebagai pengupaya pedadogi dan
pengurusan sekolah. Sebanyak 88 buah sekolah yang mana 82 buah sekolah adalah sekolah sedia
ada manakala selebihnya sekolah baru dilantik sebagai sekolah perintis dalam projek ini. Sekolah
– sekolah ini dilengkapi kemudahan ICT termasuk 5 809 buah komputer dan 261 pelayan.
Antara lain usaha KPM dalam memastikan ICT dapat direliasasikan ialah pengenalan Projek
School Net, Projek Myshoolnet, pembinaan makmal komputer dan juga TV Pendidikan (TVP)

BAHAGIAN A: PROGRAM ICT di SEKOLAH


Sejarah tidak rasmi perkembangan program ICT di sekolah bermula dengan penubuhan kelab -
kelab komputer secara tidak formal atas inisiatif sekolah itu sendiri atau PIBG sekolah. Melalui
Program Pembestarian Sekolah, intergrasi ICT diperkenalkan di mana guru menggunakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan ICT dalam pengurusan serta pentadbiran
sekolah. Menurut Pisapa (1994), intergrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, memperkukuh dan menambah kemahiran. Di mana teknologi
ini perlulah tidak lari daripada objektif pengajaran-pembelajaran dan kaedah pengajaran.
Perlaksanaan ICT dalam pengajaran-pembelajaran perlu terancang dan bersesuaian dengan bagi
memastikan keberkesanan perlaksanaannya. Matlamat pembangunan ICT dalam pendidikan
antara lainnya ialah untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT dengan memperluas
akses dan ekuiti dalam kemudahan ICT, memperluas kurikulum berasaskan ICT, meningkatkan
sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT, menekankan pengintergrasian ICT dalam
pengajaran-pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan pelajar,
tenaga pengajar dan personal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), meningkatkan
penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan, meningkatkan usaha pengurusan dan
penyelenggaraan perkakasan ICT, meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan, dan
meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu
memperkembangkan ICT dalam pendidikan (Pelan Induk Peningkatan Pendidikan,2007).
Terdapat tiga komponen utama yang dirancang bagi memastikan pelan ini berjaya iaitu melalui
pengenalan kepada Projek Sekolah Bestari. Terdapat 88 buah sekolah terpilih dan antaranya
ialah SMK Putra Jaya 1, SK Putra Jaya 1, SK Putra Jaya 2, SK Seri Bintang 1 dan banyak lagi.
Pada peringkat permulaan, sebanyak empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains diperkenalkan di sekolah bestari dengan menggunakan teknologi
terkini sebagai teknik pengajaran-pembelajaran (Mok Soon Sang, 2003). Projek Ke dua ialah
Projek School Net. Projek ini merupakan projek menyediakan prasarana jalur lebar untuk
capaian internet ke sekolah – sekolah bagi mengelakkan jurang teknologi maklumat (IT)
dikalangan pelajar mahupun guru. Pengenalan Projek My SchoolNet bertujuan untuk
membudayakan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini dilaksanakan
melalui pembangunan laman web yang menyediakan bahan sumber pendidikan untuk guru,
pelajar dan pentadbir sekolah. Jaring SekolahKu (My School Net) telah dibangunkan oleh KPM
untuk menambahkan penggunaan ICT dalam pendidikan yang dapat membantu para pendidik
mahupun pelajar mengakses maklumat berkaitan pendidikan. Latihan bersepadu dan berterusan
juga perlu bagi melahirkan tenaga pengajar yang cekap, mahir berkeyakinan dalam
mengaplikasikan ICT dalam P&P. Selain itu, ialah pelacaran program komputer di sekolah –
sekolah dengan pembinaan makmal komputer yang telah bermula pada Mac 2000 yang
melibatkan 18 buah sekolah dari enam buah negeri. Program ini dilancarkan dalam tiga peringkat
dan makmal komputer boleh digunakan sepenuhnya pada November 2001.
ICT tidak hanya terhad kepada internet dan peralatan dan perisian komputer yang bersifat
teknikal sahaja. Justeru itu, pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran merupakan
satu langkah bijak yang perlu dilaksanakan dengan jayanya. Menurut Lai Kim Leong dalam
kajiannya, pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran boleh dilaksanakan dengan
beberapa kaedah antaranya ialah kaedah pakej pembelajaran. Pakej pembelajaran berperanan
dalam pendidikan yang berkonsepkan pembelajaran berdikari (Independent learning). Melalui
pakej pembelajaran berasaskan ICT yang lebih bersifat terbuka dan kolobrasi, pelajar boleh
melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan atau individual. Di mana, pakej ini
mengandungi cadangan pelbagai aktiviti mengikut kepelbagaian tahap kecerdasan dan gaya
pembelajaran pelajar. Pelajar boleh mengakses pelajaran mereka semasa di rumah dan boleh
berhubung dengan guru di luar waktu sekolah. Melalui kaedah ini juga guru dan pelajar dapat
menjalankan aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan prosedur perlaksanaan aktiviti untuk
guru dan juga prosedur untuk pelajar. Penilaian pembelajaran juga boleh dilaksanakan oleh guru
mahupun murid melalui akses internet.
Bagi menjayakan program pembbudayaan ICT dalam dunia pendidikan, antara lain usaha yang
telah dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menawarkan mata pelajaran teknologi maklumat
(MPTM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000 sebagai salah satu
matapelajaran pilihan dalam kurikulum Bersepadu sekolah menengah (KBSM). Ekoran daripada
itu, Kementerian Pendidikan pada masa itu memutuskan untuk mencuba MPTM ke atas 15 buah
sekolah menengah pada tahun 1999 dan ditambah kepada 30 buah sekolah pada tahun 2000
(Jamaluddin Harun dan Dr. Zaitun Tasir, 2003). Penggunaan perisian multimedia dalam proses
pengajaran-pembelajaran juga semakin mendapat sambutan apabila penggunaan Bahasa Inggeris
bagi mata pelajaran Sains dan matematik telah dilaksanakan, perisisan multimedia pendidikan
semakin diyakini keberkesanannya dalam membantu par guru dan pelajar (Jamaluddin Harun &
Dr. Zaitun Tasir, 2003). Kementerian Pendidikan melalui Sektor Multimedia Pendidikan,
Bahagian Teknologi Pendidikan Disember 1997 menyarankan kaedah dan pendekatan
pengajaran-pembelajaran yang dapat digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia
pendidikan yang berkesan. Antara kaedah tersebut seperti dalam Jadual 1.1.

PENDEKATAN PENERANGAN
Tutorial >>>> Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang bercorak bimbingan dan latihan
Latih Tubi >>> Aktiviti bagi meningkatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran
melalui latihan yang banyak, pelbagai bentuk dan pendekatan.
Permainan >>>> Pendekatan secara permaianan diyakini meningkatkan minat dan keseronokkan
belajar.
Simulasi >>>> Pembelajaran yang melibatkan pengguna melakukan aktiviti yang menyerupai
keadaan sebenar.
Penemuan >>> Pendekatan di mana pengguna perisian memahami dan menemui sesuatu
(misalnya Konsep atau hukum) melalui aktiviti terbimbing.
Eksperimen >>> Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar memahami sesuatu
konsep melalui sesuatu yang dilaksanakan.
Demontrasi >>> Penjelasan konsep, proses serta penguasaan sesuatu kemahiran melalui tunjuk
ajar.
Ensaiklopedia >>> Pendekatan pembelajaran berkaedahkan kepada proses rujukan buku atau
sumber maklumat lain.
Penceritaan >>> Kaedah pembelajaran yang menjurus kepada aktiviti menceritakan sesuatu yang
berkaitan dengan sesuatu konsep.
Penjelajahan >>> Aktiviti yang melibatkan kegiatan penjelajahan yang dijalankan sama ada di
dalam atau pun di luar bilik darjah.
Kolobratif >>> Satu pendekatan pembelajaran secara berkumpulan, bercorak saling membantu
antara satu sama lain dalam kumpulan.
Jadual 1.1 : Kaedah dan pendekatan pengajaran-pembelajaran yang boleh digunakan bagi
menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan yang berkesan.

Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran-pembelajaran juga boleh dilaksanakan melalui


komunikasi dan pembelajaran melalui e-mail. Kaedah ini sebenarnya memenuhi garis panduan
dan konsep sekolah bestari. Di mana kedua – dua guru dan pelajar boleh berinteraksi secara lebih
berkesan. Ini kerana, sekiranya pelajar kurang memahami masalah pembelajaran semasa di kelas,
pelajar boleh berinteraksi terus kepada guru melalui e-mail. Berbanding dengan pembelajaran
tradisional, pelajar dan guru tidak dapat membincangkan sesuatu pelajaran dalam pada masa
yang di inginkan guru atau pelajar kerana kedua – duanya mungkin disebabkan oleh masalah
kekangan masa. Selain daripada perbincangan dua hala antara guru dan murid, perbincangan
secara koperatif dan kolobrasi atau konferen juga boleh dilakukan lebih daripada dua orang
pelajar pada satu masa. Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang
melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian komputer untuk
menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama
dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983).
Pengkaji ini percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan
dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Manakala menurut
Steven, mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar
semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia
akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui
pendekatan koperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil
untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum
bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Sugguhpun begitu, pemantauan daripada pihak guru juga adalah perlu bagi memastikan pelajar
melaksanakan tugasan mereka dengan betul dan menepati matlamat pembelajaran dan juga
menepati masa yang telah ditetapkan. Guru juga perlu menjelaskan kepada pelajar panduan
penggunaan e-mail atau perisian secara efisien. Seperti mana pembelajaran-pengajaran
tradisional, penilaian hasil pembelajaran itu perlu bagi menilai tahap kemahiran dan pemahaman
mereka dalam satu – satu mata pelajaran yang telah di ajar. Penilaian juga boleh dilaksanakan
melalui ICT samada penilaian berbentuk penilaian formatif yang menguji tahap kemajuan pelajar
atau penilaian sumatif yang menguji pencapaian pelajar. Menurut Lai Kim Leong dalam
kajiannya, menyatakan bahawa teknologi dapat digunakan secara efektif dalam melaksanakan
penilaian seperti penilaian ‘on-line’ (atas talian), penilaian berasaska portfolio (dalam bentulk
bercetak atau elektronik), penilaian berasaskan kerja kursus dan ujian bertulis. Tambah beliau,
antara kelebihan ICT dalam penilaian ini ialah murid diberi lebih daripada satu percubaan,
maklum balas penilaian secara serta – merta, membimbing dan menggalakkan pelajar mencari
maklumat tambahan untuk mengukuhkan konsep atau kemahiran dan kepelbagaian set ujian
yang mudah didapati daripada bank soalan yang disediakan dalam pangkalan data.
Dalam usaha mengintegrasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah – sekolah
perdana, kerajaan juga tidak melepaskan tanggunggjawab terhadap sekolah – sekolah pendidikan
khas masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Ketika ini, terdapat 32 buah sekolah
pendidikan khas di seluruh negara, yang mana meliputi 28 buah sekolah rendah dan empat buah
sekolah menengah di samping 1 118 program pendidikan khas intergrasi (72 masalah
pendengaran, 26 masalah penglihatan dan 1 020 masalah pembelajaran) yang membabitkan 25,
106 pelajar. Dalam RMK-9, pihak kerajaan telah memperuntukkan RM15 juta bagi
melaksanakan program ICT dalam pendidikan khas. Program – program ini termasuklah
Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Pusat Pembelajaran Kendiri dan penggunaan ICT di
kelas pra sekolah pendidikan khas. Menurut laporan Syuhada Choo Abdullah dalam Berita
Minggu Mei 2007, bagi program Pembestarian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas (JPK)
telah melaksanalkan projek perintis sejak RMK-8 pada tahun 2002 yang membabitkan empat
buah sekolah, iaitu masing – masing dua buah sekolah rendah dan menengah pendidikan khas.
Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang dan
juga Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Setapak, Kuala Lumpur (masalah
penglihatan); SKPK Alor Star, Kedah (masalah pendengaran); serta SMPK Vokasional
Indahpura, Johor (masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran).

Ekoran daripada peningkatan kesedaran masyarakat terhadap potensi mereka yang tergolong
dalam golongan istimewa ini semakin meningkat, program Pembestarian Sekolah Pendidikan
Khas dalam RMK-8 telah diperkembangkan ke RMK-9. Dalam RMK-9, Jabatan Pendidikan
Khas merancang untuk memperluaskan Program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas kepada
28 buah sekolah. Dalam program ini, JPK akan menggunakan lima model dilengkapi dengan
kemudahan ICT, perkakasan dan perisian, peralatan dan perisian pendidikan khas yang khusus,
serta rangkaian LAN (rangkaian kawasan setempat) di makmal, kelas, bilik guru dan juga pusat
sumber. Model – model ini termasuklah Model Makmal Masalah Penglihatan di tiga buah
sekolah, Model Makmal Masalah Pendengaran (14 buah sekolah), Model Kelas Masalah
Penglihatan (dua buah sekolah), Model Kelas Masalah Pendengaran (10 buah sekolah) dan
Model Makmal Sekolah Pendidikan Khas Baru (dua buah sekolah).

Dari segi peralatan dan perisian ICT secara umumnya, peralatan yang dibekalkan adalah sama
seperti peralatan yang dibekalkan di sekolah aliran perdana seperti komputer riba, projector,
kemudahan internet dan seumpanya. Sungguhpun begitu, bagi sekolah – sekolah pendidikan
khas perlu dibekalkan peralaratan yang lebih khusus untuk kegunaan pelajar. contohnya, sekolah
pendidikan khas masalah penglihatan, peralatan khusus yang dibekalkan ialah seperti Smartview
CCTV untuk membesarkan saiz teks atau gambar melalui skrin, Index Braille Embosser
(mencetak tulisan Braille), Touch Screen Monitor (membolehkan pelajar menggunakan
komputer secara sentuhan), Pengimbas Scanner (menterjemah teks cetakan kepada suara) dan
Braillenote (komputer elektronik bersuara tanpa skrin). Manakala antara perisian khusus yang
dibekalkan untuk masalah pendengaran ialah, Duxbury bagi menterjemah teks kepada Braille,
Zoomtext (membesar saiz pada teks pada skrin) dan JAWS iaitu perisian Screen Reader. Bagi 30
kelas pra sekolah dalam program Pendidikan Khas Intergrasi, Jabatan Pendidikan Khas telah
membekalkan sebuah komputer yang lengkap dengan perisian hasil sumbangan IBM. Selain
tambahan dua buah komputer dan sebuah pencetak diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran
kepada 31 kelas pra sekolah dalam program yang sama.

BAHAGIAN B: KEBERKESANAN PROGRAM ICT DALAM MEMBENTUK PROSES


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Pengajaran merupakan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Di mana
pengajaran meliputi perkara – perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian,
bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada
pelajar dengan cara berkesan (Mok Soon Sang,2003). Manakala menurut Thomas F. Green,
tujuan mengajar ialah menukar tingkah – laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu
pengetahuan atau kepercayaan baru. Manakala pembelajaran bermaksud proses memperolehi
ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh diperolehi melalui
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berada di persekitarannya. Kamus Dewan mentaksirkan
bahawa pembelajaran sebagai satu proses belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan
menjalani latihan. Dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana bertanggungjawab
mengajar murid untuk menguasai satu – satu pelajaran bagi mencapai objektif tertentu. Objektif
ini perlulah membawa perubahan kepada diri pelajar tersebut. Perkembangan serta keperluan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini secara tidak lansung membawa kepada
perubahan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran masa kini.

Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu usaha yang baik
tetapi bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Bagi melihat keberkesanan program ICT
dalam membentuk proses pengajaran dan pembelajaran, selain daripada guru itu sendiri perlu
kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan teori – teori pembelajaran ke dalam program ICT.
Oleh itu, pengetahuan terhadap program ICT perlulah bersifat terkini atau ‘up to date’. Selain itu,
dalam membincangkan keberkesanan program ini dalam pembentukan proses pengajaran dan
pembelajaran, kita juga perlu melihat kepada isu – isu yang timbul dalam program ini. Umum
mengetahui bahawa teknologi maklumat dan komunikasi sudah lama dilaksanakan di sekolah
melalui penubuhan kelab – kelab komputer. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa masalah yang
timbul dan ini sedikit – sebanyak memberi kesan kepada keberkesanan program ini dalam
membentuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) merupakan salah satu cara untuk mengintegrasikan teknologi dalam
pendidikan yang berpotensi untuk mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Teori pembelajaran pula menjelaskan bagaimana seseorang belajar. Pendekatan
teori-teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan
keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Gagne (1985)
mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan perisian adalah untuk mewujudkan satu
perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan kesan ke atas proses pembelajaran
dan jangkaan pembelajaran yang dapat dihasilkan melalui proses-proses tersebut. Aplikasi
teknologi multimedia yang berpandukan teori-teori pembelajaran yang relevan dalam pembinaan
perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan yang
penting dalam membekalkan beberapa program pengajaran yang sesuai dalam usaha untuk
merealisasikan potensi pelajar dengan sepenuhnya. Di sini perancangan yang sistematik dan
teratur dalam rekabentuk dan pembinaan perisian PPBK yang berlandaskan pendekatan teori-
teori pembelajaran perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar perisian yang dihasilkan
menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran dan berkualiti.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara konstruktivism
menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir
untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam
menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan
penyiasatan dan pengujian hipotesis. Selain itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas
tentang sesuatu konsep dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan
pengetahuan baru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.Hasil daripada
proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu
konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk
hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan pelajar berani mengahadapi dan
menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan
kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang
cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan
rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Akhirnya, hasil daripada
pembelajaran secara konstruktivism di mana pelajar membina pengetahuan, konsep dan idea
baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan
kemungkinan.
Elemen-elemen multimedia dalam pengajaran-pembelajaran sebenarnya menyokong penggunaan
pelbagai sensor (Multi-sensory) serta mampu meransang penggunaan pelbagai deria manusia.
Selain itu, multimedia juga turut menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan
pengguna mengawal perjalanan dan masa media yang digunakan (Vaughan, 1998). Menurut
kajian Vaughan juga, beliau menyatakan bahawan multimedia bileh menjadi medium
komunikasi yang positif dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi yang
pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan pada waktu yang sama. Multimedia yang bersifat
interaktif ini lebih berkesan daripada pengajaran-pembelajaran tradisi dalam menarik perhatian
pelajar. menggunakan multimedia yang lebih interaktif dalam pengajaran-pembelajaran dapat
menarai minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat member tumpuan yang
sepenuhnya pada proses pembelajaran (Thomas, 1996). Hasil daripada itu, multimedia
membantu pelajar membina kefahaman serta kemahiran pada peringkat tinggi. Ini dapat
dibuktikan oleh kajian yang dilaksanakan oleh Quinn (1993) dan Palinscar (1995) yang
mendapati dengan menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran dapat
menigkatkan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan lebih berkesan. Kajian
ini disokong oleh kajian Farrimond, et al.(1997) yang memanfaatkan teknologi multimedia
terkini bagi memindahkan kaedah pembelajaran secara kajian kes tradisi kepada simulasi
komputer.
BAHAGIAN C: CABARAN JPK DAN SRPK DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM
ICT.
Ledakan ICT dalam pendidikan secara tidak lansung memberi kesan kepada tuntutan perubahan
terhadap sekolah – sekolah pendidikan khas seperti sekolah intergrasi pendidikan khas masalah
pembelajaran. Seperti mana isu dan cabaran yang dihadapi oleh sekolah – sekolah biasa
mahupun sekolah bestari, sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran juga turut menghadapi
cabarannya sendiri. Cabaran ini boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Daripada sudut ekonomi,
perlu ada satu dana khas untuk sekolah pendidikan khas terutamanya pendidikan khas
bermasalah pembelajaran dalam program sekolah intergrasi yang umum mengetahui ia semakin
berkembang dan disedari masyarakat akan kewujudannya. Buat masa ini, sekolah intergrasi
pendidikan khas masih berkongsi peralatan dan apa berkaitan dengan sekolah aliran perdana.
Dana khas ini perlu bagi memberi peluang dan kebebasan untuk guru – guru pendidikan khas itu
merancang sendiri proses pengajaran dan pembelajaran mereka sendiri berdasarkan keperluan
dan kepakaran mereka.
Keberkesanan ICT dalam proses pembelajaran untuk pelajar pendidikan khas bermasalah
pembelajaran terutamanya bukanlah satu jaminan konkrit. Ini kerana kebanyakkan perisian ICT
pendidikan yang ada sedia kini masih tidak mengikut tahap penerimaan akademik pelajar
bermasalah pembelajaran yang mengetahui bahawa tahap kecerdasan intelek mereka adalah di
bawah 70. Ekoran daripada itu guru pendidikan khas masalah pembelajaran perlu lebih berusaha
dan kreatif dalam memenuhi keperluan pelajar ini. Berhubung perkara ini, guru perlu dilatih
serta diberi kemahiran untuk mengajar mereka yang berkeperluan khas dengan menggunakan
ICT. Selain daripada perisian pengajaran-pembelajaran yang sukar didapati dipasaran Negara
kita terutamanya pendidikan khas bermasalah pembelajaran, kos yang tinggi untuk mendapatkan
peralatan yang ada di luar Negara juga merupakan antara cabaran jabatan. Kepelbagaian
kecacatan pelajar berkeperluan khas memerlukan peralatan dan perisian secara khusus untuk
setiap mereka. Ini merupakan satu cabaran kewangan bagi pihak JPK .

PERSPEKTIF GURU PENDIDIKAN KHAS


Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju pada tahun 2020 sangat menuntut kepada
lahirnya masyarakat teknokrat yang bertaraf dunia serta bermoral disamping melahirkan generasi
yang memiliki daya kreatif dan daya saing yang tinggi dan mampu menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Apabila kita berbicara mengenai masyarakat,
pelajar – pelajar pendidikan khas juga ahli masyarakat yang berpotensi dalam menjayakan
wawasan Negara ini. Justeru itu, peluang yang sama perlu diberikan kepada golongan ini untuk
mengoptimakan potensi diri mereka mengikut tahap kebolehan mereka.
Sebagai seorang guru pendidikan khas, adalah menjadi satu tanggungjawab saya bagi
memastikan program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai seorang
guru, kemahiran dalam ICT perlulah seiring dengan perkembangan semasa teknologi ini. Ini
bermaksud, guru perlu sentiasa bersifat terkini atau ‘up to date’ dalam bidang teknologi
komunikasi dan maklumat. Guru pendidikan khas yang mahir dalam ICT dan pada masa yang
sama berkemahiran serta berpengalaman dalam pengajaran-pembelajaran samada pendidikan
masalah pendengaran, penglihatan mahupun pembelajaran tahu akan keperluan ICT dalam
bidang masing – masing. Guru – guru sebegini perlu dilahirkan dan bertanggungjawab dalam
menyediakan perisian pengajaran – pembelajaran yang khas untuk pendidikan khas terutamanya
pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang lebih menjurus kepada masalah akademik
pelajar.
Seperti yang diketahui, pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah – sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah masih kurang.
Kebanyakkan fasiliti yang ada sekarang lebih bersifat teknikal seperti komputer riba, televisyen,
radio, projektor dan video. Keperluan ICT dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran
adalah perisian / courseware yang lebih bersifat permainan atau yang sesuai pada tahap
penerimaan pembelajaran. Perlu diketahui bahawa pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah
rendah mahupun di sekolah menengah terdiri daripada mereka yang mengalami pelbagai
masalah kesihatan seperti down syndrom, terencat akal, hyperactive, ADHD, lembam dan
sebagainya.
Sungguhpun keperluan prasarana dan fasiliti ICT serta kemahiran guru dalam bidang ini masa
kini masih kurang, namun usaha dan sokongan pihak kerajaan terutamanya Kementerian
Pelajaran Malaysia menampakkan satu usaha yang positif. Usaha pihak kerajaan dan pihak guru
atau sekolah tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan pihak lain seperti ibubapa, pihak bukan
kerajaan (NGO), pihak swasta dan masyarakat itu sendiri. Semua pihak perlu membina satu
hubungan pintar atau ‘smart partner’ demi kepentingan semua pihak dan sekaligus dapat
mengimbangi antara cabaran dan kejayaan perlaksanaan Program ICT dalam pengajaran-
pembelajaran di sekolah – sekolah pendidikan khas.
RUJUKAN
Ali, W. Z. (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors
Sdn Bhd.
Fufrell, P. G. (1995). Teachers, Computer and Curriculum-Microcomputers in the Classroom.
Needhom Heghts: A Simon & Schuster Company.
Ishak, A. L. (2001). Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru (ed. 2). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Paul F. Merill, K. H. (1996). Computer in Education 3rd Edition (ed. 3). Needham Heights: A
Simon & Schuster Company.
Rusli, M. &. (2005, Jun 22). Retrieved Ogos 13, 2007
Sang, M. S. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme Keguruan
Sekolah Rendah). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Selamat, A. R. (1989). Teknologi Sistem Pengajaran. Shah ALam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sharil @ Charil Marzuki, Z. I. (1993). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shuhabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi Pendidikan. Wangsa
Maju: PTS Publicatin & Distributors Sdn Bhd.
Tasir, J. H. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Wangsa Maju: PTS Publication &
Distributors Sdn Bhd.
Zain, I. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Zain, I. (2002). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Posted by ari at 10:14:00 PM
Reactions: 

Labels: KPLI LPBS Pend. Khas 08, Pengajaran dan Pembelajaran

You might also like