You are on page 1of 2

PETUA-PETUA KAHWIN

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia?  Apakah petuanya bagi suami untuk menambat
hati isteri?

 Sentiasa berdoa agar disayangi.


 Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
 Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri
sepanjang hari.
 Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk
menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
 Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
 Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk
ketika isteri sedang marah.
 Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
 Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
 Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
 Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
 Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau
bertindak.
 Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
 Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau
banyak komen.
 Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
 Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan
menyalahkan isteri.
 Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
 Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
 Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
 Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
 Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU
CINTA PADAMU ".
 Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
 Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
 Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
 Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
 Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
 Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
 Sentiasa lakukan ibadah bersama.
 Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan
memberitahu anda sudah selamat sampai.
 Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
 Urut belakang isteri sekali sekala.
 Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
 Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
 Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh
ketika berjalan.
 Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
 Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
 Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
 Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
 Lebihkan isteri daripada anak-anak.
 Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia
memanjakan anda.
 Seeloknya masuk tidur serentak.
 Belai isteri sebelum pergi kerja.
 Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
 Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
 Lakukan riadah bersama isteri.
 Pergi berkelah sekali sekala.
 Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala

You might also like