P. 1
Nota Sejarah Tingkatan 4

Nota Sejarah Tingkatan 4

4.33

|Views: 83,926|Likes:
Published by aafham
SALAM, ini nota sejarah tingkatan 4.......insyaAllah FULL........x pasti.......lengkap ka x.......korang lebih menilai.....enjoi la ngan nota nih.....he3......
SALAM, ini nota sejarah tingkatan 4.......insyaAllah FULL........x pasti.......lengkap ka x.......korang lebih menilai.....enjoi la ngan nota nih.....he3......

More info:

Published by: aafham on Sep 14, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/05/2015

pdf

text

original

Sebelum Islam masyarakat AT berpegang pada amalan Hindu, Buddha dan roh nenek moyang. Wujud

dalam politik, ekonomi, dan sosial.

Selepas Isla wujud unsur-unsur baru yg diperkenalkan dan kekal hingga kini yang merangkumi dalam:

1.Pemerintahan dan Pentadbiran

1.1. Perubahan dalam sistem pemerintahan beraja. Dalam Sistem pentadbiran Islam spt berikut:

1.1.1.Sultan ( Raja ) Ketua Negara dan Kerajaan

1.1.2.Mufti penasihat Sultan . Wujud juga jawatan khadi, khatib, bilal, pemungut zakat,

penyelia baitul mal, dan penjaga harta wakaf.

1.1.3.Penggunaan gelaran Sultan kelebihannya:-

1.1.3.1.kukuhkan kedudukan kerajaan Islam

1.1.3.2.jamin kewibawaan raja

1.1.3.3.Setaraf dengan kerajaan Islam lain dan

1.1.3.4.memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam.

1.1.4.Dalam Hukum Kanun Melaka:

1.1.4.1.Raja Melaka diberi gelaran Khalifahtul Mukminin ertinya pemimpin orang

mukmin.

1.1.4.2.Perkataan itu tercatat pada wang syiling kerajaan Melayu melaka, Johor, Pahang,

Kedah, trengganu dan kelantan.

1.1.4.3.Gelaran Zillulah fil Alam bayangan Allah di dalam alam digunaka juga.

1.1.5.Islam menjadi agama rasmi dalam kerajaan Melaka, Acheh, Brunei.

1.1.6.Penggunaan Konsep Khalifah Allah ialah wakil Allah di bumi. Harus tunaikan amanah, dan

perintah dengan adil serta menerapkan unsur Islam bagi menggantikan konsep dewaraja Hindu. Cth

Sultan yang alim :-

1.1.6.1.Sultan al-Zahir Samudera-Pasai.

1.1.6.2.Sultan Ali Mughayat Shah Aceh

1.1.6.3.Sultan Iskandar Thani Acheh.

1.1.7. Konsep Sultan :- bermakna kuasa, kewibawaan, atau pemerintah.

1.1.8. Konsep DewaRaja Raja keturunan tuhan atau penjelmaan tuhan hindu.

1.1.9.Penggunaan nama negeri spt:- Acheh Darus Salam, Nama sultan Sultan Mansur Shah

bermaksud pemerintah yang dibantu Allah. Sultan Mahmud Shah Sultan terpuji.

1.1.10.Undang-undang Syariah diperkenalkan.

1.1.10.1.Di Melaka dimasukkan dalam Hukum Kanun Melaka. Diperkenalkan oleh Sultan

Muzaffar Shah. Zaman Sultan Alaudin Riayat Shah hukum syariah diamalkan dengan tegas.

1.1.10.2.Tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana ada undang-undang adat.

1.1.10.3.Antara aspek syariah yg ada :- jenayah kecurian, pembunuhan,urusan

pernikahan, perniagaan serta pembahagian harta pusaka.

1.1.10.4.Di Acheh Kanun yang sama ialah Kanun Mahkota Alam terangkan tentang

1.1.10.4.1.Tanggungjawab raja, catat adat istiadat dan

1.1.10.4.2.Peraturan tradisi Acgeh spt Balairung Seri dipimpin Sultan, Balai

Majlis Mahkamah Rakyat oleh Kadi Malik al-Adi.

1.1.11.Konsep Jihad. Semangat penentangan terhadap penjajahan. Tokoh agama yang

membicarakan Jihad:-

1.1.11.1.Syeikh Nuruddin al-Raniri,

1.1.11.2.Abdul Rauf Singkel,

1.1.11.3.Syeikh Daud Pattani @ Syeikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Pattani :-

membolehkan orang melayu belajar agama Islam dan bahasa melayu terutama Jawi.

1.1.11.4.Maksud Jihad Menegakkan Islam, Menentang kemiskinan dan capai

kehidupan yg sempurna.

2.Sistem Pendidikan

2.1.Sebelum Islam pendidikan hanya terbatas kepada golongan bangsawan sahaja.

2.2.Selepas Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat. Disebarkan melalui:

2.2.1.Istana

2.2.2.Pondok

2.2.3.Pesantren

2.2.4.Madrasah

2.2.5.Surau.

2.3.Pusat pendidikan awal Islam:

2.3.1.Kerajaan Perlak di Sumatera Utara melalui Dayah @ Pondok. Yg terkenak Dayah Bukit Ce

Breek pada 9M.

2.3.2.Samudra-Pasai :- Pusat terjemahan karya agama tempat rujukan kerajaan Islam lain spt

Melaka.

2.4.Pendidikan Pondok muncul seawal kedatangan dan peluasan Islam di AT.spt di Pattani, Acheh, dan

Jawa.

2.5.Tempat belajar dan masyarakatnya:-

2.5.1.Pondok masyarakat tempatan dan pelajar negeri lain : Pattani.

2.5.2.Melaka :- Rumah ulama, masjid dan surau atidak formal dan masyarakat bawahan, Istana

formal dan golongan bangsawan.

2.5.3.Acheh :- Lebih sistematik. Terdapat peringkat :

2.5.3.1.rendah ( rangkang )

2.5.3.2.menengah ( muenasah )

2.5.3.3.pengajian tinggi. Atau Universiti ( Jamiah Bait Rahman )

2.5.3.4.Wanita juga digalakkan belajar dan diberi peluang yang sama dengan lelaki baik

dalam pemerintahan. Dalam pemerintahan Sultan Safiatudin

2.5.3.4.1.22 wanita anggotai Majlis Rakyat Acheh drp 73 ahli.

2.5.3.4.2.9 jadi ahli jawatankuasa kerja Mahkamah Rakyat, terdapat juga

2.5.3.4.3.Undang-undang lindungi hak wanita sebagai anak, ibu, tunggal dan

isteri.

2.5.3.5.Digelar serambi mekah.

2.6.Peranan Institusi Pendidikan:

2.6.1.Istana :- tempat ulama bicara hukum dengan sultan dan pembesar , juga sampaikan ilmu

dan nasihati sultan.

2.6.2.Surau :- tempat belajar al-Quran secara tidak formal dan gurunya ajar tidak tetap.

2.6.3.Madrasah :- sistem pendidikan formal.

2.6.4.Pondok:- pusat pengajian Islam terutama di Pattani dan T melayu. Acheh Dayah, Jawa

Pesantren.

2.6.4.1.Subjek yang diajar:- Fikah, Usuludin, Tasauf, hadis dan Tafsir, bahasa pengantar

Melayu dan Arab.

2.6.4.2.Keperluan asas disediakan oleh pelajar sendiri.

3.Bahasa dan Kesusasteraan

3.1. Pengaruh Islam dapat dikenalpasti melalui:-

3.1.1.Tulisan Jawi, Angka tulisan jawi,

3.1.1.1.Ulama tempatan ubah suai huruf Arab bagi perkataan Melayu.

3.1.1.2.Jadi tulisan rasmi- ambilalih tulisan Palava Dewanagari.

3.1.1.3.Istilah Arab digunapakai spt Sultan, syukur, masjid, berkat, dan alam.

3.1.1.4.Lahir juga sasterawan spt Tun Seri Lanang, Shamsudin al-Sumaterani dan Abdul

Rauf Singkel.

3.1.2.Bahasa melayu menjadi

3.1.2.1.Bahasa Lingua Franca.

3.1.2.2.Bahasa Ilmu

3.1.2.3.menjadi lebih mantap cth:- cerita panji dalam bahasa Jawa disampaikan dalam

bahasa Melayu.

3.1.2.4.Hasil kesusasteraaan Melayu terpengaruh dengan bentuk, gaya dan tatabahasa

Arab. Spt Gurindam, syair, nazam, dan cerita hikayat.. Hasil sastera Arab Parsi yang diterjemah:-

3.1.2.4.1.Hikayat Perang Badar

3.1.2.4.2.Hikayat Nur Muhamad

3.1.2.4.3.Hikayat Bulan Berbelah

3.1.2.4.4.Hikayat Nabi Wafat

3.1.2.5.Penggunaanya dalam bidang banyak bidang ekonomi,politik, kesusasteraan,

lingua franca . Abad ke 17M digunakan sebagai bahasa ersuratan, perhubungan antara wilayah,

ilmu pengetahuan, dakwah.

4.Cara Hidup

4.1.Sebelum Islam dipengaruh oleh animisme, hindu dan buddha.Selepas Islam:-

4.1.1.nsur semangat dan keramat beransur hilang.

4.1.2.Cara Islam diasimilasikan wujud cara berpakaian Islam spt:- bertudung, bersongkok.

4.1.3.Islam jadi Addin satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

4.1.4.Sistem sosial berubah:-

4.1.4.1.Tiada kelas wujud persaudaraan Islam dan persamaan taraf.

4.1.4.2.Nilai akhlak Islam jadi panduan hidup.

4.1.4.3.Sifat tolong menolong, hormat menghormati, dan berkerjasama, bersatu padu

dan wujud semangat kerjasama.

5.Kesenian

5.1.Kesenian Islam yang meresap:-

5.1.1.Khat pada batu nesan , bilah mata keris, dan ukiran kayu . Kreativiti masyarakat

tempatan batu nesan semakin menarik spt: Batu nesan Sultan al-Malik Ibrahim.

5.1.1.1.Ditulis dengan ayat al-Quran, selain syair,

5.1.1.2.Makam Naina Hisham al-Din 1420M, pengaruh seni Arab Parsi.

5.1.2.Seni Bina -

5.1.3.Seni Ukir.

5.1.4.Seni bina spt masjid, surau, rumah kediaman guna kaligrafi arab. Cth Masjid Ubudiah Kuala

Kangsar, Masjid Brunei.

6.Ekonomi.

6.1.Wujud Baitul Mal- di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Berfungsi sebagai

Perbendaharaan Negara dari hasil :-

6.1.1.Zakat dan Sedekah.

6.1.2.Harta milik negara kekayaan sumber alam spt minyak

6.1.3.Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui istitusi yang ditubuhkan

BaitulMal.

6.2.Islam galakkan umatnya rajn bekerja dan melarang mengemis.

6.3.Nilai jimat cermat, dan menghalang unsur yang bertentangan dengan ekonomi Islam spt Riba,

tipu,peras,penindasan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->