You are on page 1of 31

FONETIK DAN

FONOLOGI BAHASA
MELAYU
ARTIKULASI KONSONAN
 Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi
bahasa selain bunyi vokal, sama ada
bersuara atau tidak bersuara, yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru
menerima sekatan atau geseran, yang
berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak
atau rongga hidung.
CIRI-CIRI BUNYI KONSONAN
• Bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut:-
i. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang
tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara
digetarkan atau tidak.
ii. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan
atau geseran.
iii. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau,
bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa
bunyi itu dihasilkan.
PENGHASILAN BUNYI KONSONAN
i. Keadaan glotis
• Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar apabila
arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi
suara.
• Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,
menghasilkan bunyi tidak bersuara.

ii. Keadaan lelangit lembut


• Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan
yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral.
• Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru
dapat keluar melaui rongga hidung, menghasilkan bunyi-
bunyi sengau atau bunyi nasal.
PENGHASILAN BUNYI KONSONAN
iii. Cara arus udara
• Udara yang keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan
pelbagai kategori bunyi konsonan iaitu konsonan letupan,
konsonan letusan, konsonan geseran, konsonan sengau,
konsonan sisian, konsonan getaran dan separuh vokal.

iv. Sentuhan antara alat artikulasi


• Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi
yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan,
antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi,
konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-lelangit
keras , konsonan lelangit lembut dan konsonan anak
tekak.
CARA MENGHASILKAN BUNYI
KONSONAN
i. Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu
dihuraikan mengikut cara penghasilanya, iaitu dari
segi cara arus udara keluar dari paru-paru.
ii. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa
Melayu, iaitu letusan, letupan, geseran, getaran,
sisian, sengau dan separuh vokal.
KONSONAN LETUSAN
• Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan
antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.
• Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi
ini menyekat arus udara dari paru-paru.
• Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan,
menghasilkan bunyi letusan.
• Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya sepasang
konsonan letusan, iaitu letusan gusi-lelangit keras tak
bersuara [c] dan bersuara [j].
KONSONAN LETUSAN
• Cara menghasilkan konsonan letusan adalah dengan
cara:
i. Depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi
dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat
ke dinding belakang rongga tekak.
ii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut
dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah
dengan gusi-lelangit keras.
iii. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan.
KONSONAN LETUSAN
• Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka
terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras tidak
bersuara [c].
• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,
maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras
bersuara [j].
• Contoh penggunaan dalam perkataan:
cuka jumlah
baca panji
Mac caj
KONSONAN LETUPAN
 Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan
dengan membuat sekatan di antara alat artikulasi.
 Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi
ini menyekat arus udara dari paru-paru.
 Sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta,
menghasilkan bunyi letupan.
LETUPAN DUA BIBIR
• Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah:
i. Merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari
peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke
dinding belakang rongga tekak.
ii. Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut
dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir.
iii. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-
merta.
LETUPAN DUA BIBIR
• Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis
direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, dan
bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir
tidak bersuara [p].
• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,
bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir
bersuara [b].
• Contoh penggunaan dalam perkataan:
pakar bungkus
api abadi
tiap sebab
LETUPAN GUSI
• Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah:
i. Merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit
lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.
ii. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan
dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung
lidah dengan gusi.
iii. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta- merta.
LETUPAN GUSI
• Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan dan
pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan
letupan gusi tidak bersuara [t].
• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang
terhasil ialah letupan gusi bersuara [d].
• Contoh penggunaan dalam perkataan:
tiap datin
atas adegan
LETUPAN LELANGIT LEMBUT
• Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut
adalah:
i. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.

ii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut


dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang
lidah dengan lelangit lembut.
iii. Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan serta-
merta.
LETUPAN LELANGIT LEMBUT
• Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan
dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah
letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].
• Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,
bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut
bersuara [g].
• Contoh perkataan:
kapak gila
laksa sagu
HENTIAN GLOTIS
• Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara:
i. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut
dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
ii. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan
pita suara.
iii. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa
menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian
glotis.
iv. Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan
huruf k, misalnya:
[budak]
[kapak]
[tidak]
KONSONAN GESERAN
 Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan
membuat sempitan antara alat artikulasi dengan daerah
artikulasi.
 Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan
ini dan bergeser.
 Dalam bahasa Melayu terdapat dua konsonan geseran
asli, iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dan
konsonan geseran glotis [h].
GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA
• Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dihasilkan dengan cara:
i. Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.
ii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak.
iii. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan
bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi.
iv. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.
v. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s].
vi. Contoh perkataan:
Semut
Asap
Keras
GESERAN GLOTIS
• Konsonan geseran glotis [h] dihasilkan dengan cara:
i. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat
ke dinding belakang rongga tekak.
ii. Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa
gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti
menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
iii. Contoh kehadiran dalam perkataan:

Hutan
Sahaja
Suluh
KONSONAN GETARAN
 Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan
atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah
artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara
menggetarkan lidah.
 Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan
getaran, iaitu konsonan getaran gusi [r].
KONSONAN GETARAN
• Cara menghasilkan bunyi [r] ini adalah:
i. Mengangkat hujung lidah kearah gusi dan menggetarkan
hujung lidah.
ii. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang
rongga tekak.
iii. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

iv. Contoh kehadiran dalam perkataan:

Rambut
Seru
Sukar
KONSONAN SISIAN
 Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara
di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut.
 Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan
sisian, iaitu sisian gusi [l].
KONSONAN SISIAN
• Konsonan sisian gusi [l] dihasilkan dengan cara:
i. Hujung lidah diangkat kea rah gusi atas dan lelangit
lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga
tekak.
ii. Arus udara dari paru-paru keluar melaui kiri dan kanan
lidah (sisi lidah).
iii. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

iv. Contoh kehadiran dalam perkataan:


Lambat
Tuala
Cekal
KONSONAN SENGAU
• Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara
alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut.
• Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari
paru-paru keluar melaui rongga hidung.
• Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-
bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-
bunyi sengau, arus udara keluar melaui rongga hidung
oleh sebab lelangit lembut diturunkan.
• Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan sengau, iaitu
konsonan sengau dua bibir [ɲ ], dan konsonan sengau
lelangit lembut [ŋ ].
KONSONAN SENGAU DUA BIBIR
• Konsonan sengau dua bibir [m] dihasilkan dengan bibir
bawah dirapatkan ke bibir atas, lelangit lembut
diturunkan dan arus dari paru-paru keluar melaui rongga
hidung.
• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar .
• Contoh kehadiran dalam perkataan:
Malam
Aman
Siam
KONSONAN SENGAU GUSI
• Konsonan sengau gusi [n] dihasilkan dengan hujung
lidah ditemukan dengan gusi atas.
• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-
paru keluar melalui rongga hidung.
• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
• Contoh kehadiran dalam perkataan:
Nampak
Tanak
Daun
KONSONAN SENGAU GUSI LELANGIT
KERAS
• Konsonan sengau lelangit keras [ɲ] dihasilkan dengan depan
lidah ditemu atau dirapatkan ke langit keras.
• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru
keluar melaui rongga hidung.
• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
• Oleh sebab lambang [ɲ] tidak ada pada mesin taip, dalam
sistem ejaan rumi bahasa Melayu, konsonan ini dilambangkan
dengan dua huruf iaitu ny.
• Contoh kehadiran dalaam perkataan:
Nyawa
Anyam
KONSONAN SENGAU LELANGIT
LEMBUT
• Konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ] dihasilkan dengan
belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.
• Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-
paru keluar melaui rongga hidung.
• Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
• Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini
juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng.
• Contoh kehadiran daalam perkataan:
Ngilu
Angan
Bising
KONSONAN DIFTONG
• Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal
kepada satu bunyi yang lain.
• Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan
mempunyai puncak kelantangan.
• Diftong atau vokal rangkap adalah bunyi yang dihasilkan
kerana posisi lidah ketika menghasilkan bunyi.
• Hal ini pada bahagian awalnya dan bahagian akhirnya tidak
sama. Ketidaksamaan itu menyangkut tinggi rendahnya
lidah, bahagian lidah yang bergerak, serta strukturknya.
• Diftong dapat dibezakan melalui diftong naik dan diftong
turun.
SEKIAN…

You might also like