You are on page 1of 5

Ibu Tunggal

DEFINISI IBU TUNGGAL:


Seseorang wanita ditakrifkan sebagai Ibu Tunggal sekiranya :
 Wanita yang kematian suami dan sedia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.
 Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya.
 Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya.
 Wanita yang berada di dalam proses penceraian (yang mungkin akan mengambil masa yang
panjang).
 Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.
 Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami.

Masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal:


 Masalah ekonomi
 Masalah sosial
 Masalah psikologi
 Masalah dalam berurusan dengan Mahkamah

Masalah ibu tunggal


Masalah ibu tunggal merupakan salah satu isu yang sering dipertikaikan dalam masyarakat kita.Fenomena
ini didapati meningkat secara berterusan sejak kebelakangan tahun ini memang tidak dinafikan bahawa
sebagai seorang ibu perlu memainkan peranan bapa pada masa yang sama sesuatu yang agak
susah.Tambah pula, cabaran masa kini yang begitu kuat menyebabkan masalah mereka menjadi semakin
meruncing.
Fenomena ibu tunggal ini telah memberi kesan kepada wanita yang terbabit dan anak-anaknya secara
tidak langsung. Oleh itu,bantuan terhadap golongan tersebut adalah wajar. Ibu tunggal meliputi mereka
yang mendapat anak tanpa pernikahan yang sah dan memilih untuk memelihara anak tersebut, isteri yang
telah suaminya meninggal dunia , isteri yang telah ditinggalkan/ diceraikan serta tidak diberi nafkah untuk
menyara kehidupan. Sebagai seorang ibu tunggal, mereka bertanggungjawab membesarkan anak-anak
tanpa pertolongan suami. Seperti mana yang kita tahu, golongan ibu tunggal sering menghadapi masalah
dalam proses mendidik anak-anaknya, terutamanya ibu tunggal yang kurang berpendidikan dan
berpendapatan kecil. Masalah yang dihadapi oleh mereka meliputi masalah ekonomi, sosial, psikologi
dan hubungan dengan mahkamah.

Masalah ekonomi:
Masalah ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu tunggal. Bagi isteri yang selama ini merupakan
suri rumahtangga, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka mencari peluang pekerjaan di luar.
Keadaan menjadi teruk bagi mereka yang tidak berpendidikan.
Sekiranya mereka mendapat kerja,masalah penjagaan anak perlu diselesaikan jua. Makanya, untuk
menyelesaikan masalah ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau berniaga sendiri. Namun,
ini hanya mendatangkan pendapatan yang kecil. Sumber kewangan yang terhad menghadkan pilihan
mereka dan menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah.
Masalah sosial
Masalah sosial juga wujud sekiranya ibu tunggal yang mengatakan dirinya terpaksa melibatkan diri
dengan jenayah sosial seperti pelacuran, penagihan dadah dan jenayah kecurian demi menyara anak-
anaknya. Taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar memaksa golongan ini tinggal di tempat tinggal yang
kurang memuaskan. Ini memdedahkan mereka kepada ancaman sosial seperti rogol, peras ugut dan
sindiran orang lain.
Ibu tunggal harus diberi pendedahan tentang prosedur permohonan skim perumahan kos rendah yang
disediakan oleh kerajaan dan pelbagai bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan ataupun swasta. Bantuan
sosial juga berlaku dalam pelbagai bentuk. Satu daripadanya ialah pemberian pengetahuan, latihan dan
kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari. Pengetahuan
tentang selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka. Kemahiran kerja tangan,
memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka memulakan perniagaan.

Masalah psikologi
Masalah psikologi juga dihadapi oleh golongan ibu tunggal. Hal ini disebabkan tanggapan negatif
masyarakat terhadap mereka. Golongan ini sering kali tidak menjadi pilihan majikan memandangkan
tanggungjawab mereka yang mungkin akan mengganggu kerja mereka. Ibu tunggal yang tiba-tibanya
kehilangan suami dan tempat bergantung menyebabkan kehancuran perangkatan jiwanya. Dalam
keadaan ketiadaan suami sebagai pencari rezeki mereka terpaksa bergantung kepada diri sendiri. Stigma
yang dikenakan terhadap mereka oleh masyarakat telah memburukkan keadaan. Disebabkan kegagalan
memberikan sebuah keluarga yang bahagia kepada anak-anak mereka, kebanyakan ibu tunggal berasa
bersalah. Tekanan hidup atas sebab kesempitan wang juga membawakan pelbagai kesan negatif.

Masalah dalam berurusan dengan Mahkamah


Bagi ibu tunggal akibat perceraian, tidak kurang yang menghadapi masalah dalam berurusan dengan
Mahkamah. Mereka mengakui sering dipersendakan, tidak dilayan dengan adil, terpaksa berulang-alik ke
Mahkamah untuk menyelesaikan kes dan seumpamanya. Pihak Mahkamah pula mengatakan wanita-
wanita ini tidak tahu undang-undang serta prosedur mahkamah dan tidak tahu hak mereka. Majoriti dari
mereka ini juga menghadapi masalah dengan bekas suami yang enggan bekerjasama terutamanya dalam
hal memberi nafkah untuk anak-anak yang sebenarnya merupakan tanggungjawab mereka.

Langkah-langkah untuk membantu ibu tunggal


Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal merupakan skim bantuan kewangan yang disediakan
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan Ibu Tunggal.
Bagi Ibu tunggal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, jenis-jenis bantuan yang ada di JKM ialah:
 Bantuan Bulanan – Bantuan Am
 Bantuan Sekaligus – Geran Pelancaran
 Perkhidmatan kaunseling
 Bantuan kebajikan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia) merupakan sebuah jabatan yang dibawah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Menteri dalam KPWKM ialah YB Senator Dato’ Sri
Shahrizat Abdul Jalil.
Ketua Pengarah JKMM ialah Dato’ Meme Zainal Rashid.

Objejtif bagi JKMM ialah:


Memberi perlindungan pemulihan dan kepada kumpulan sasar Jabatan.
Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang.
Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang
profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.

Bantuan Bulanan – Bantuan Am


 Bantuan Penyaraan Kanak-kanak
 Bantuan Anak Pelihara
 Elaun Pekerja cacat
 Bantuan Orang Tua
 Bantuan Am

Bantuan Sekaligus – Geran Pelancaran


 Bantuan Alat Tiruan/ Sokongan
 Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
 Bantuan Sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah)

Perkhidmatan kaunseling
Perkhidmatan kaunseling juga disediakan oleh pihak JKM. Pemohon boleh mendapatkan perkhidmatan
kaunseling :-
 Datang ke pejabat
 Telefon
 Surat
 Faks
 E-mail
 Rujukan

Bantuan kebajikan
Bantuan kebajikan dari segi kewangan juga diberi kepada ibu tunggal.
Namun penentuan bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dilakukan dan
pertimbangan oleh Pegawai Pelulus.
Masalah-masalah memang biasa melanda keluarga yang normal. Akan tetapi, ibu tunggal terpaksa
menghadapi semua masalah bersendirian.Itulah sebabnya kita amat mengagumi ibu tunggal yang berjaya
membina keluarga dan mendidik anak-anaknya sehingga berjaya.

Selain daripada bantuan JKM, langkah-langkah bagi mengurangkan masalah yang dihadapi oleh Ibu
tunggal ialah:
 Penglibatan diri dalam persatuan atau kelab
 Penglibatan diri dalam program-program bantuan seperti melalui Program Jaya Diri
 Penglibatan diri dalam ceramah atau bimbingan kelompok
 Bantuan kewangan
 Bantuan sosial

Penglibatan diri dalam persatuan atau kelab


Contohnya menyertai Kelab atau Persatuan Ibu Tunggal yang ditubuhkan di setiap DUN bagi memastikan
program diterima oleh lapisan masyarakat sama rata di seluruh kawasan. Kelab Ibu Tunggal akan
mengumpul data dan maklumat berkaitan Ibu Tunggal dan pemasalahan yang dihadapi. Seterusnya, kelab
ini akan mengadakan program bimbingan/dialog/ perbincangan berkaitan dengan keperluan ahli. Program
yang menambah pengetahuan, kesedaran seperti bengkel, ceramah, kursus dan lain-lain yang berkaitan
juga akan diadakan. Kelab ini juga akan membantu ibu tunggal untuk mewujudkan saluran yang dapat
membantu peningkatan ekonomi Ibu Tunggal.
Contoh Kelab/Persatuan Ibu Tunggal di Malaysia:
 Persatuan Ibu Tunggal Islam Kuala Lumpur
 Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia
 PERTIWI - Pertubuhan Tindakan Wanita Islam
 Persatuan Ibu Tunggal Melati Putih
 Kelab Ibu Tunggal
 Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal dan sebagainya.
Contoh-contoh jenis bantuan yang diberikan kepada ibu tunggal daripada persatuan atau kelab:
 Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah
 Memberi sokongan dan bantuan untuk ibubapa tunggal.
 Kaunseling
 Subsidi
 Makanan Kelas Tambahan dan perkhemahan untuk anak-anak ibu tunggal
 Lawatan kepada ahli yang bermasalah.

 Persatuan Ibu Tunggal Negeri Perlis (MELATI)


 Melindungi kepentingan dan kebajikan ahli
 Memberi pendedahan, kesedaran dan perlindungan dari segi undang-undang.
 Menwujudkan peluang kpada anak-anak dari sudut akademik dan nilai-nilai murni.
 Memberi kaunseling, perbincangan, bengkel dan latihan untuk peningkatan diri.
 Membina kesedaran tentang diskriminasi hak-hak berkenaan ibu tunggal.
 Menjadikan persatuan sebagai pusat rujukan kepada ahli bagi mengatasi masalah keluarga
termasuk kebajikan pelajaran anak-anak.
 Kaunseling

Penglibatan diri dalam program-program bantuan seperti melalui Program Jaya Diri
Ibu Tunggal diberi peluang yang luas untuk meningkatkan taraf ekonomi. Golongan Ibu Tunggal diberi
keutamaan untuk mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan atau memajukan perniagaan yang
sediada melalui dana Program Jaya Diri. Ibu Tunggal diberi peluang-peluang untuk mengikuti latihan
kemahiran dalam bidang yang sesuai seperti bidang jahitan, masakan, kecantikan dan lain-lain.
Penglibatan diri dalam ceramah atau bimbingan kelompok
Ini akan memberi peluang kepada para-para ibu tunggal untuk meningkatkan motivasi dan semangat
kendiri mereka melalui pengisian aktiviti seperti ceramah, perkongsian masalah dan pertukaran idea
sesama ibu tunggal dengan bantuan fasilitator. Dengan ini, ibu tunggal barulah akan sentiasa
bersemangat walaupun menghadapi banyak masalah...

Bantuan kewangan
Bantuan kewangan mungkin berbentuk wang atau barangan secara bulanan untuk memenuhi keperluan
keluarga tersebut. Ia mungkin juga dalam bentuk modal bagi memulakan sesuatu perniagaan. Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) misalnya, membantu ramai ibu tunggal dari keluarga miskin dengan meminjamkan
wang untuk dijadikan modal asas perniagaan.

Bantuan sosial
Bantuan sosial juga berlaku dalam berbagai bentuk. Satu daripadanya ialah pemberian pengetahuan,
latihan dan kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari.
Pengetahuan tentang selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka. Kemahiran
kerja tangan, memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka memulakan
perniagaan. Bagi mengatasi masalah penjagaan anak bila ibu keluar bekerja, ibu tunggal boleh diberi
pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan komputer agar mereka boleh memulakan
perniagaan atau bekerja sendiri dengan konsep Small Office Home Office (SOHO). Konsep perniagaan
yang semakin terkenal ini membolehkan wanita mengendalikan perniagaan dari rumah dengan
memberikan khidmat seperti menaip, penyajian makanan, mengedar kuih-muih dan seumpamanya.
Termasuk juga dalam bantuan sosial ini pendedahan dan kesedaran undang-undang demi mendapatkan
hak mereka terutamanya dalam kes perceraian yang tertangguh atau untuk mendapatkan nafkah anak.
Selain itu, kemahiran keibubapaan dan sokongan moral juga diberi untuk menguatkan semangat mereka
menghadapi segala cabaran yang mendatang.

You might also like