MODEL ASSURE Model reka bentuk pengajaran yang saya pilih adalah model ASSURE.

Saya memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk digunakan Model dalam merancang proses pengajaran model dan

pembelajaran.

ASSURE

merupakan

sebuah

rancangan

pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Terdapat beberapa langkah penting dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat. Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu

A
objektif),

Analyze learners (menganalisis pelajar)

S

State objectives (menyatakan

S

Select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber),

U R
Model ASSURE

Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan),

- 1-

Require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan

E

Evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian).

A - analyze learners (menganalisis pelajar)

Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis oleh guru iaitu ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam proses menganalisis ciri- ciri pelajar, guru perlu mengenal pasti ciriciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan, budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika pelajar berasal dari satu kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan bolehlah berasaskan unsur budaya etnik berkenaan. Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid-murid dapat membantu guru

menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlu mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara

Model ASSURE

- 2-

konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab. Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara seseorang individu

memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan.

S - state objectives (menyatakan objektif) Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus, guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektif-objektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang kan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati kehendak. Sebagai contoh : i. Siapa yang hendak mencapai objektif tersebut? ii.Apa objektif yang hendak dicapai? iiiBagaimana objektif hendak dicapai dan berapakah ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber) Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu
Model ASSURE - 3-

dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan) Bagi langkah keempat iaitu menggunakan media dan bahan,

persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkah- langkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran. R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) Bagi langkah kelima iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran, sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan
Model ASSURE - 4-

sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. Penggunaan gambar, gambar bersiri, memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji tahap pengetahuan murid-murid.

E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian) Bagi langkah keenam iaitu melakukan penilaian dan pengubahsuaian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu, sesuatu sesi refleksi guru bersama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. Ia adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah bagi menjawab persoalan-persoalan seperti : i. Adakah objektif akan tercapai? ii. Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran? iii.Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul? iv. Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif?
Model ASSURE - 5-

Model ASSURE

- 6-

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful