KONSEP KURIKULUM

Di dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran , terdapat beberapa soalan yang berkaitan sering ditimbulkan . yang pertama , “ siapa mengajar ?”. Memangnya , yang mengajar ialah guru . Yang kedua ,” mengajar siapa ?”. Jawapan untuk soalan ini memangnya ialah murid . Yang ketiga , “ bagaimana mengajar ?”. Soalan ini melibatkan kaedah dan teknik mengajar . Soalan ini adalah berkaitan dengan kurikulum dan bahan bantuan pengajaran yang akan dibincangkan selanjutnya . Kurikulum dan bahan bantuan pengajaran , dikenali pula sebagai isi kandungan pendidikan atau pengajaran dan pembelajaran , merupakan hasilan kebudayaan intelek , dan pengalaman manusia berlandaskan teori epistemology yang dikemukakan dari semasa ke semasa , dan melalui pengajaran guru , mengisi jiwa kognitif kanak-kanak dan remaja , agar membolehkan pertumbuhan dan perkembangan mereka secara licin dan tanpa gangguan . Mengikut Kamus Dwibahasa (1992) , perkataan “kurikulum” diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah . Jika di tinjau dari sejarah , perkataan kurikulum berasal dari perkataan latin “curriculum” yang bermaksud ruang tempat dimana pembelajaran berlaku . Perkataan ini telah digunakan sejak zaman Plato , kira-kira tahun 400 SM . pada masa itu , kanak-kanak Yunani di Bandar Athens telah mengikuti satu kurikulum pendidikan . Mengikut rekod sejarah , pada zaman itu , kanak-kanak yunani belajar membaca , menulis dan mengira , muzik dan jimnastik mulai umur 7 tahun . Apabila sampai umur baligh hingga 17 tahun , mereka dikehendaki belajar sastera , nahu , retorika , matematik , geografi , kewarganegaraan dan cara bermain alat muzik . Bagaimanapun , pada zaman keemasan

yunani tersebut , peluang pendidikan terlalu terhad . Hanya kanak-kanak lelaki , khususnya daripada golongan atasan sahaja yang berpeluang belajar di sekolah . Malah , kurikulum yang digubal pun tidak begitu sistematik dan canggih seperti masa sekarang .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful