1.

PENDAHULUAN

Mutakhir ini media massa sering membuat liputan tentang keselamatan sekolah yang agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat dan kurang meyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif. Walau bagaimanapun kita memang sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yang berlatarbelakangkan keluarga bermasalah. Kita juga menyedari faktorfaktor negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah, mampu mempengaruhi watak dan perilaku kurang sihat seseorang murid sehingga mencorakkan suasana sekolah tidak selamat. Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat. Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan di sekolah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan, latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif dalam kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamtan merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang 2. MATLAMAT

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. 3. OBJEKTIF

Umum: Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah Pengetua : Memahami dan menghayati dalam merangka dan melaksanakan tindakan untuk mewujudkan Budaya Selamat di sekolah

Guru: Memahami, menghayati serta membantu merancang, melaksana dan memantau semua tindakan mewujudkan Budaya Selamat Membimbing dan menasihat murid akan Amalan Selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah Murid: Memahami, menghayati dan memahami tatacara dan elemen Budaya Selamat Mengamalkan cara hidup selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah Ibu bapa: Memahami, menghayati dan membantu semua polisi dan aktiviti sekolah yang berdasarkan kepada amalan cara hidup selamat di dalam dan di luar kawasan sekolah. 4. i. ii. iii. iv. 5. RASIONAL Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti. DEFINISI

Sekolah selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat, iaitu warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana piha sama ada dari dalam mahupun dari luar. 6. ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT

Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat elemen-elemen seperti di bawah harus diambil kira dan diteliti terlebih dahulu. Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan setempat akan menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini dengan lebih berkesan. i. Kesedaran awam atau komuniti ii. Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum iii. Peraturan sekolah iv. Pengurusan bencana alam dan kecemasan v. Kehadiran warga sekolah vi. Membasmi ponteng vii. Pencegahan dadah, rokok dan arak viii. Perkongsian bilik dengan agensi luar

ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix. xx. xxi. xxii. xxiii. xxiv. xxv. 7.

Kesedaran sosial dan budaya Kepimpinan murid Penglibatan keluarga dan komuniti Program khas bersama komuniti Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat Aktiviti kokurikulum dan rekreasi Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan Mengenal pasti latar belakang warga sekolah Pembangunan staf Kawalan keselamatan sekolah Khidmat masyarakat Perkongsian bijak bersama korporat Perkongsian bijak dengan media Perkhidmatan kesihatan sekolah Pengangkutan Perundangan Penilaian dan pemantuan PERANCANGAN

Perancangan bagi mewujudkan Sekolah Selamat akan memberi peluang dan ruang kepada sekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk mengatasi isu keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. 7.1 Cadangan Keahlian Jawatankuasa Pengerusi : Naib Pengerusi : Setiausaha : Ahli-ahli : Pengetua Penolonga Kanan Hal Ehwal Murid Kaunselor Sekolah/Guru Bimbingan Wakil ibu bapa Wakil guru Wakil murid Polis Bomba Penghulu/Ketua Kampung Majlis Perbandaran Sibu Individu yang boleh menyumbang

7.2

Fungsi Jawatankuasa Sekolah Selamat Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (komuniti, Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan

7.2.1 7.2.2 keluarga) 7.2.3

7.2.4 7.2.5 7.2.6 7.3

komuniti setempat. Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan yang ada Memastikan wujud kesedaran dalam kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari semasa ke semasa

Peranan

Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat. Contohnya peranan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:7.3.1 i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. 7.3.2 Peranan Sekolah: Menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran Memastikan semua warga sekolah (guru, murid dan staf sokongan) sentiasa selamat semasa pergi dan balik sekolah termasuk selamat semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain di luar bilik darjah Mempamerkan semua polisi, peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan Amalan Selamat di tempat yang sesuai Melaksanakan Pelan Pengurusan Krisis Menyediakan prosedur/sistem Amaran Awal akan isu-isu keselamatan seperti banjir, ribut dan lain-lain Mewujudkan sistem Pelaporan bagi sebarang kes yang melibatkan isu-isu keselamatan murid Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa/penjaga Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas Peranan Komuniti:

Melibatkan semua ketua masyarakat dan pemimpin agama dalam proses menjadikan sekolah tempat yang selamat melalui: Di dalam sekolah: i. Menyokong semua polisi, peraturan dan panduan yang disediakan oleh pihak sekolah ii. Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan mengawal keselamatan murid di sekolah iii. Menerap nilai-nilai kerohanian iv. Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah

Di luar sekolah: i. Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan komuniti ii. Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah iii. Mengelolakan dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan kesedaran kepada keselamatan sekolah adalah tanggungjawab bersama iv. Membimbing, menasihat dan menegur golongan muda agar Budaya Selamat sentiasa diutamakan 7.3.3 Peranan Keluarga:

Ibu bapa harus berperanan sebagai penyampai maklumat kepada pihak sekolah mengenai sebarang kes-kes keselamatan dan membantu dalam melaksanakan Sistem Amaran Awal di samping: i. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah ii. Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti iii. Memperkukuh nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak iv. Kerap berkomunikasi dengan anak-anak v. Mengenali rakan anak-anak vi. Bekerjasama dengan ibu bapa lain vii. Menjadi ahli dalam pertubuhan yang boleh membantu membanteras isu-isu keselamatan viii. Mendidik anak-anak bagaimana menjaga keselamatan diri 8. 8.1 HARAPAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH SELAMAT Harapan

Semua warga sekolah (guru, murid dan staf sokongan)berasa yakin untuk melakukan semua aktiviti mereka dengan selamat setiap masa. Sekolah dilihat oleh ibu bapa dan komuniti sebagai tempat yang selamat untuk anak-anak mereka menimba ilmu tanpa gangguan fizikal dan emosi. Keselamatan boleh direalisasikan dengan cara-cara berikut: i. Bebas daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal ii. Keselamatan harta benda terjamin iii. Orang lain bersikap positif terhadap kebolehannya iv. Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas v. Tidak dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang sosio ekonomi dan jantina vi. Dilayan secara adil dan saksama vii Dihormati dan dihargai viii. Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit 8.2 Tanggungjawab

Di Sekolah Selamat seseorang itu seharusnya: i. Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina ii. Bersikap positif terhadap orang lain iii. Menghargai perbezaan yang wujud iv. Bersikap dan bertindak adil v. Memberi kerjasama dan bantu membantu vi. Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan vii. Elakkan sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan perbuatan sumbang tanpa dihalang viii. Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas ix. Jangan mendera fizikal, mental dan emosi x. Melaporkan setiap kes

9.

TATACARA PENGURUSAN POLISI SEKOLAH SELAMAT

Berikut adalah prinsip-prinsip dan tatacara untuk menangani sebarang isu keselamatan 9.1 i. ii. iii. iv. v. vi. vii. 9.2 Prinsip Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta-merta Perasaan setiap orang yang terlibat harus diambil kira Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak ada pihak yang teraniaya Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan diterima semula oleh warga sekolah Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat Tatacara Membuat Aduan

Sesiapa yang ingin membuat aduan, dia atau ibu bapa/penjaga atau wakil boleh memilih satu atau beberapa tatacara berikut: i. Berbincang terus dengan pihak yang terlibat ii. Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai contohnya kaunselor iii. Berjumpa dengan Pengetua atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat. Jika aduan itu terbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu 10. PENUTUP

Apabia jenayah, dadah dan keganasan di luar sekolah mula menular ke dalam sekolah, tugas menyediakan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran menjadi bertambah sukar. Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua pihak menyambut baik konsep Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di semua sekolah di

seluruh negara agar institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta meimba ilmu tanpa gangguan fizikal, mental dan emosi. Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut, bimbang, risau, takut membuat aduan, terancam, dibuli, tertekan,tidak menyeronokkan, tidak selesa, benci, melarikan diri dari alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini menghantui perasaan dan pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu bapa serta penjaga dan masyarakat seharusnya dapat dicegah dan ditangani. Sekiranya kita tidak merancang dan berusaha untuk membangun kesedaran terhadap aspek keselamatan, bermakna kita telah mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif.

BIDANG AKTIVITI MURID PENDAHULUAN Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk memperkembang potensi individu. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah sama ada di dalam ataupun di luar kawasan sekolah bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin pendedahan dan pengalaman kepada murid. Walaupun begitu aktiviti yang dijalankan perlu mengambil kira aspek keselamatan supaya aktivit itu berlangsung dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid mengutamakan aspek keselamatan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. Apabila aspek keselamatan tidak diberi keutamaan banyak kemalangan boleh berlaku. Oleh itu, satu tatacara tindakan murid dan juga pihak guru perlu disediakan supaya semua pihak faham apakah tindakan yang perlu dilakukan supaya kemalangan boleh dielakkan. Bagi menjaga keselamatan diri murid-murid semasa menjalankan aktiviti, tiga perkara utama dibincangkan dalam bidang aktiviti murid, iaitu keselamatan pergi dan balik sekolah, keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum dan keselamatan menjalankan aktiviti luar. RASIONAL Tidak ada satu tatacara tindakan yang mudah ifahami oleh semua pihak apabila menjalankan sebarang kegiatan yang melibatkan aktiviti murid. Warga sekolah kurang peka tentang aspek-aspek keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Murid-murid mudah terdedah dengan bahaya sekiranya aspek keselamatan sepanjang aktiviti dijalankan tidak diberikan perhatian.

• • • •

OBJEKTIF Mengenal pasti sebarang masalah berkaitan keselamatan semasa murid menjalankan aktiviti. Menyediakan dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan yang lengkap Meningkatkan kesedaran mengenai aspek-aspek keselamatan dalam menjalankan aktiviti. Semua pihak dapat mengambil tindakan berdasarkan semua peraturan yang disediakan. KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA PERJALANAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH Pendahuluan

1.0 1.1

Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah memerlukan perhatian serius kerana banyak kemalangan boleh berlaku sekiranhya semua pihak tidak peka. Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah adalah terbatas. Oleh sebab terdapat pelbagai cara murid pergi dan balik sekolah, tatacara telah dirangka bagi tujuan itu. 1.2 • • • • Rasional Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah kepada bahaya akibat kecuaian ataupun tidak mementingkan aspek keselamatan. Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dari segi menjaga keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan di luar kawasan sekolah amat terbatas tanpa sokongan keluarga dan masyarakat. Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga sekolah melalui pendidikan keselamatan diri dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.

1.3 Objektif -Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah -Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik sekolah -Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang disediakan apabila melibatkan keselamatan diri murid pergi dan balik ke sekolah -Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang disediakan 1.4 • • • Peranan Murid Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam perjalanan ke sekolah Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali Mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali

• • • •

Anda mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah adalah selamat Anda mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti pemandu dan polis Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan berlaku Anda hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti berikut: * sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah ke atas diri anda. * berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat * melengkapkan dir dengan pengetahuan dan kemahiran seni mempertahankan diri Peranan Kaunselor Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri melalui: poster perhimpunan mingguan ceramah bengkel pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tayangan video edaran Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan. Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat. Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan Menganalisis setiap kejadian. Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam merancang langkah keselamatan murid semasa perjalanan ke sekolah. Bekerjasama dengan pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan yang difikirkan berisiko tinggi dari segi keselamatan. Merancang dan melaksanakan program-program gotong-royong membersihkan kawasan semak laluan haran yang digunakan oleh murid. Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam perjalanan pergi dan balik sekolah Membantu menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah Peranan Ibu Bapa Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak dalam keadaan baik

1.5 • * * * * * * * • • • • • • • • • 1.6 • • •

• • •

Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan keselamatan murid pergi dan balik sekolah. Membantu pihak sekolah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan semak laluan ke sekolah, meronda dan bergiat aktif dalam Jawatankuasa Permuafakatan Tatacara Murid Pergi dan balik menggunakan kenderaaan awam Kenderaan awam yang dimaksudkan ialah bas, teksi dan van Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor plat, pemandu, kelindan atau indentiti khas. Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik Berbaris dan tidak berebut/tunggu giliran semasa turun atau naik dan tidak bertolak-tolak dengan rakan. Sekiranya duduk di kerusi, duduklah dengan tertib. Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam keadaan stabil dengan memegang pemegang yang disediakan dan jangan berdiri di tangga. Jangan bergurau senda, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan atau menjengokkan kepala, mencampak barang keluar atau perbuatan lain yang boleh membahayakan diri dan orang lain. Setelah tiba di destinasi, turunlah dari kenderaan yang dinaiki setelah betul-betul berhenti dan jangan berebut/bertolak-tolakan dan terus menuju ke rumah/sekolah. Sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan. Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan Tatacara Berlaku Kemalangan.

1.7 1.7.1 • • • • • • • • • •

1.7.2 pergi dan balik menggunakan kenderaan sendiri Kenderaan sendiri yang dimaksudkan ialah kenderaan yang dibawa oleh pelajar sendiri seperti kereta, motosikal dan juga basikal 1.7.2.1 Memandu kereta • Memastikan kereta ada insurans lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan sempurna • Pelajar yang menggunakan kereta juga mesti mempunyai lesen memandu • Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu • Mematuhi peraturan lalu lintas di jalan raya • Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah • Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada guru/guru bertugas/pentadbir • Seterusnya ikut tatacara kemalangan sekiranya berlaku kemalangan 1.7.2.2 Menggunakan motosikal

• • • • • • • •

Memastikan motosikal ada insuras lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan sempurna Pelajar yang menggunakan motosikal juga mesti mempunyai lesen memandu Gunakan topi keledar dan pakaian yang boleh memantulkan cahaya Patuhi peraturan di jalan raya Jangan berlumba, bergandingan, bergurau senda semasa menunggang atau membawa pembonceng lebih daripada seorang Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada guru/guru bertugas/pentadbir Seterusnya ikut prosedur sekiranya berlaku kemalangan

1.7.2.3 Menggunakan basikal • Mahir menggunakan basikal dan pastikan basikal berkeadaan baik • Jangan bawa pembonceng • Jangan berlumba • Jangan bergurau senda • Jangan mengayuh terlalu laju • Jangan bersaing-saing/bergandingan • Setelah tiba di sekolah ikut peraturan lalu lintas sekolah • Sekiranya berlaku kemalangan ikut prosedur apabila kemalagan berlaku 1.7.3 • * * * * * • * * * * * * • * * • Pergi dan balik dengan berjalan kaki Melintas jalan Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan berat Ikut arahan warden trafik jika ada Apabila hendak melintas jalan lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula. Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan. Tempat yang selamat melintas jalan raya Lintasan pejalan kaki (lintasan zebra) Laluan bawah Jejantas Dekat lampu isyarat Di tempat-tempat yang terdapat anggota polis, warden trafik dan pengawal lalu lintas Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki Nampakkan diri adan kepada pemandu kenderaan Setelah semua kenderaan berhenti, barulah melintas dengan cermat Cara melintas jalan di lampu isyarat

* * • * * * • * * * * * • * * * * * * • * * * * 1.7.4 • • • • •

Melintas apabila lampu pejalan kaki berwarna hijau Apabila lampu hijau berkelip-kelip, jangan melintas/ jika sedang melintas, teruskan melintas secepat mungkin. Berjalan kaki di kawasan awam Gunakan kaki lima jalan sebelah kiri Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan Jangan bergandingan Berjalan kaki pada waktu malam Bawa surat khabar atau benda-benda putih Pakai pakaian cerah atau yang ada bahan reflektif Gunakan lampu picit Jalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang Jika berlaku sebarang kemalangan atau kecelakaan, jangan panik, menjerit meminta tolong/ cuba mempertahankan diri/ lari menyelamatkan diri Berjalan kaki pada waktu hujan Pakai baju hujan Jika menggunakan payung, pegang dengan betul supaya tidak menghalang pandangan hadapan Berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin Sekiranya hujan terlalu lebat, tumpang berteduh di tempat selamat seperti di pondok menunggu bas atau bangunan-bangunan lain. Jangan berteduh di bawah pokok. Jangan menggunakan payung jika ketika hujan ribut dan angin kencang. Jangan bermain-main dalam hujan Berjalan kaki di tempat sunyi/semak Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang Pelajar perlu ada pengetahuan seni mempertahankan diri Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong/cuba mempertahankan drii/lari menyelamatkan diri Laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya Dihantar oleh ibu bapa/penjaga Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup sempurna sebelum kenderaan bergerak Gunakan tali pinggang keledar/ topi keledar. Jangan bermain/bergurau semasa kenderaan bergerak Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun/naik kenderaan Jika perlu melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanak sebelum melintas

1.7.5 Perjalanan semasa pergi dan balik sekolah dengan bot/sampan/feri Bot/sampan/feri yang digunakan adalah bot/sampan/feri untuk membawa penumpang di kawasan sungai yang tiada perkhidmatan pengangkutan lain. • Pastikan memakai jeket keselamatan semasa menaiki bot/sampan/feri

• • • • • 1.8 • • 1.9

Jangan menaiki bot/sampan yang berkeadaan uzur Jangan menaiki bot/sampam/feri yang melebihi had muatan Semasa dalam bot/sampan/feri sentiasa berhati-hati dan ikut semua arahan pemandu Jangan berdiri atau bermain air semasa dalam perjalanan atau melakukan sebarang perlakuan yang menyebabkan bot/sampan kurang stabil Elak dari menaiki bot/sampan dalam keadaan cuaca yang buruk atau arus sunga terlalu deras Tatacara Guru Melaksanakan program-program mengenai keselamatan jalan raya seperti taklimat, ceramah, tayangan video, mempamerkan poster dan lain-lain. Memberikan penerangan mengenai keselamatan pergi dan balik sekolah kepada ibu bapa/ penjaga melalui mesyuarat PIBG Tatacara Ibu Bapa

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful