You are on page 1of 13

UCAPAN TETAMU KEHORMAT

YANG BERHORMAT
PEHIN ORANG KAYA SERI LELA
DATO SERI SETIA HAJI ABDUL RAHMAN BIN
DATO SETIA HAJI MOHAMED TAIB

MAJLIS PELANCARAN PELAKSANAAN
SISTEM PENDIDIKAN ABAD 21 (SPN 21)
DI SEKOLAH-SEKOLAH

DI SEKOLAH RENDAH RIMBA I

05 JANUARI 2009
09.30 PAGI

Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap. Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap. dapat kita sama-sama hadir dan berkumpul beramai-ramai di pagi yang indah ini. pegawai-pegawai kanan. pengarah-pengarah. iaitu Pelancaran Pelaksanaan Sistem Pendidikan Abad 21 Di Sekolah-Sekolah. Bismillahir Rahmanir Rahim Segala puji-pujian bagi Allah subhanahu wata’ala. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua. Yang Mulia. selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallullahu ’Alaihi Wasallam. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 1 . di majlis yang sungguh bermakna di dalam sejarah pendidikan di negara ini. guru-guru dan hadirin hadirat yang dihormati sekalian. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH Alhamdulillah. syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala. Ketua Pengarah Pendidikan. keluarga dan para sahabat serta pengikut- pengikut Baginda yang jujur lagi setia sehingga ke akhir zaman.

kita akan memulakan satu perjalanan dan era baru. Para hadirin yang saya hormati. apabila pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad 21 Di Sekolah-Sekolah (SPN 21) akan dilancarkan dengan rasminya. Semoga usaha-usaha ikhlas tersebut akan dapat mendapat ganjaran daripada Allah subhanahu wata’ala. dan sama-sama dipertingkatkan lagi di tahun 2009 demi mencapai wawasan Kementerian Pendidikan bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti ke arah negara yang membangun. guru-guru dan kakitangan Kementerian Pendidikan di sepanjang tahun 2008. serta penuh keyakinan bahawa apa yang dilancarkan 2 . Hari ini. Mudah-mudahan tahun 2009 ini akan mencatat lebih banyak pencapaian dan kejayaan yang membawa manfaat kepada kita semua dan Negara kita yang aman makmur ini. Seterusnya saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas setiap usaha yang telah diberikan oleh semua pegawai. yang akan sama-sama kita tempuhi dengan fikiran terbuka dan positif. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini. aman dan makmur. Tahun 2009 ini akan menjadi satu mercu tanda yang penting di dalam Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam. mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2009 Masihi.

3 . iaitu hasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia dengan: 1. Menggunakan amalan terbaik antarabangsa dalam pengajaran dan pembelajaran. iaitu: 1. ahli profesional dan juruteknik yang diperlukan dalam perniagaan dan industri. yang menghasilkan pakar. telah menggariskan lapan (8) strategi pendidikan untuk mempersiapkan rakyat negara ini dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mampu bersaing.pada pagi ini adalah untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian pendidikan di semua peringkat di Negara ini. berjaya dan bertahan dalam apa jua keadaan dan perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Mengadakan pendidikan yang bertaraf tinggi di peringkat menengah dan pengajian tinggi termasuk sekolah vokasional. berkemahiran tinggi dan berjaya. Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. dan bagi menanai Wawasan Brunei 2035. 3. 2. dan 3. Rakyat yang berpendidikan. Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi. 2. Melabur dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kementerian Pendidikan sebagai pemegang amanah dan memikul tanggungjawab pendidikan.

dan 8. dan masa hadapan 4 . perkembangan dan inovasi di institusi yang dibiayai kerajaan dan di institusi yang dibiayai oleh perkongsian sektor awam-swasta dan antarabangsa. keupayaan dan latar belakang. 5. Membentuk program yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi. 7. Selaras dengan strategi yang digariskan tersebut. Menggunakan kaedah mengajar yang cost-effective melalui penggunaan teknologi. guru dan pentadbir pendidikan termasuk integrasi ICT ke dalam kurikulum sekolah. 6. Dalam keadaan dunia yang pantas berubah. Kementerian Pendidikan yakin dengan apa yang terkandung di dalam SPN 21 tersebut. Memperbaiki pengurusan semua institusi pendidikan. dan ini adalah jawapan terhadap harapan tinggi kita untuk melihat semua pelajar kita berpeluang mendapat pendidikan hingga ke tahap tertinggi potensi mereka masing-masing. 4. Memperkukuhkan kompetensi dalam teknologi info- komunikasi (ICT) bagi penuntut. seterusnya akan merapatkan jurang pencapaian (achievement gap) di antara kumpulan pelajar yang berbeza minat. Menggalakkan penyelidikan.

Pandangan- pandangan para pakar pendidikan dari luar negara dan amalan- amalan terbaik dalam sistem pendidikan di negara-negara yang lebih maju juga digunakan sebaik-baiknya bagi menjadikan SPN 21 itu lebih mantap dan padu. Kementerian memberikan tumpuan untuk melengkapi generasi muda melalui pendidikan yang berkualiti agar mereka lebih dinamik dan dapat memperbaiki kehidupan masing-masing. SPN 21 ini telah melalui pelbagai peringkat masa dan tindakan. dan seterusnya akan menyumbang terhadap pembangunan Negara. Kementerian Pendidikan komited terhadap tanggungjawab untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang relevan dengan kehendak semasa dan masa yang mendatang. Hadirin dan hadirat yang dihormati. Sepanjang tempoh itu. Apabila sebuah jawatankuasa ditubuhkan khusus untuk meneliti Sistem Pendidikan Negara pada tahun 2004. dialog-dialog dan perbincangan- perbincangan dengan pihak-pihak yang berkenaan. termasuklah konsultasi-konsultasi.yang tidak dapat diteka ini. Di dalam keadaan teknologi hari ini begitu pantas berubah dan ekonomi dunia pula mudah bergolak. Usaha-usaha tersebut tidak akan 5 . maka pelaksanaan SPN 21 ini adalah tepat pada masanya.

dan kita harus meneruskan apa yang kita mulakan ini dengan penuh keyakinan. Langkah- langkah tersebut bagi mendukung matlamat utama sektor pendidikan untuk: 1. menengah. dan sekarang kita sedang berada di landasan yang betul. sebaliknya akan sentiasa berterusan. ketabahan dan saling mendukung di antara satu sama lain. taraf peperiksaan dan keupayaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar. 2. 6 . Menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi. teknikal dan peringkat pengajian tinggi yang berkualiti tinggi. Kementerian Pendidikan sentiasa memikirkan dan merancang secara berterusan untuk menyediakan kemudahan bagi pendidikan rendah. Mengukuhkan asas pendidikan bagi memenuhi keperluan negara dan menghadapi cabaran masa depan. sistem kenaziran sekolah-sekolah. dan meningkatkan kurikulum sekolah.terhenti setakat ini sahaja. Menyedari akan perkara itu. kerana kita menyedari bahawa pendidikan itu adalah sesuatu yang dinamik. vokasional.

dan (3) memastikan sistem yang ada akan 7 . bahawa tiga (3) perkara secara konsisten didapati wujud di dalam sistem pendidikan yang berjaya. Sidang hadirin yang saya hormati. iaitu (1) mendapatkan mereka yang benar-benar baik dan berkualiti untuk menjadi tenaga pengajar. (2) menjadikan mereka itu sebagai tenaga pengajar yang efektif. pemimpin- pemimpin sekolah dan kualiti pembelajaran di bilik-bilik darjah. Laporan itu juga telah merumuskan hasil kajian mereka terhadap 25 sistem pendidikan di dunia. Meningkatkan kesaksamaan peluang dan akses bagi pendidikan yang berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat. Saya pernah menyebut dalam salah satu ucapan saya tentang Laporan McKinnsey 2007 mengenai sistem pendidikan yang terbaik di seluruh dunia menunjukkan bahawa kejayaan sesebuah sistem pendidikan tersebut adalah banyak bergantung kepada kualiti guru-gurunya. 3. termasuk di negara-negara yang sistem pendidikannya adalah yang terbaik di dunia. Melahirkan sumber manusia yang berdaya saing dan berkualiti tinggi. dan 4.

minat terhadap penyelidikan dalam pendidikan di kalangan para guru dan pelajar hendaklah dipupuk dan dikukuhkan. Menyedari akan kemestian itu. Dengan kata lain. jika kita tidak mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti dan menepati kehendak sistem pendidikan kita. khususnya Universiti Brunei Darussalam. Seterusnya. Budaya penyelidikan ini akan menjadikan generasi muda kita lebih analitikal. manakala guru-guru yang sedang berkhidmat pula akan disediakan pelbagai program latihan berterusan (continuing professional development) di dalam mahupun di luar negara.membolehkan pengajaran dapat diberikan dengan baik kepada para pelajar. Hadirin dan hadirat yang dihormati. Kementerian Pendidikan akan bekerjasama lebih rapat lagi dengan pihak institusi-institusi pengajian tinggi kita. Memandangkan 8 . maka reformasi itu tidak dapat mencapai sasaran yang diharapkan. walau apapun reformasi yang dibuat. untuk memastikan latihan perguruan kita akan dapat menghasilkan guru-guru yang berkualiti. seiring dengan kepesatan ilmu pengetahuan dan pelaksanaan SPN 21 ini. lebih kreatif dan lebih inovatif serta yakin untuk menghadapi persaingan dan cabaran semasa dan masa hadapan.

Kita perlu wujudkan budaya ini dengan sebaik-baiknya dalam sistem pendidikan kita pada keseluruhannya. Ini akan menyediakan persekitaran yang selesa bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan dan berkesan. Di tahun kewangan 2009-2010 ini.kepentingan budaya penyelidikan ini diwujudkan dengan meluas di sekolah-sekolah. dan ini akan membantu guru-guru dan pelajar-pelajar menghadapi suasana pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menyeronokkan. Kementerian Pendidikan akan meneruskan usaha-usaha meningkat baik infrastruktur institusi-institusi pendidikan melalui Projek BISAI yang sedang rancak dilaksanakan. Para hadirin yang dihormati. kerana melalui penyelidikan banyak perkara baru dapat diperolehi. maka saya berharap setiap pihak di Kementerian Pendidikan memikirkan dan merancang strategi bagi memastikan usaha-usaha yang berkesan untuk menimbulkan dan mengukuhkan budaya itu di sekolah-sekolah masing-masing. 9 .

bagi kita menentukan kedudukan pendidikan kita di peringkat antarabangsa. dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat serta pencapaian terbaik dalam sukan dan kesenian. Oleh sebab itu. projek ICT. Sebahagian daripada projek dan program tersebut akan diteruskan pada tahun ini. Kementerian Pendidikan sedang merancang untuk menyertai Program Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan atau OECD. dan untuk itu. Seperti yang kita maklumi juga. dan seterusnya akan membantu kita 10 . Kejayaan- kejayaan tersebut pula perlu diukur mengikut piawaian antarabangsa yang diakui. insya-Allah. penyediaan dan peningkatbaikan prasarana sekolah. kajian sains dan teknologi dan peningkatan kapasiti sumber tenaga manusia. iaitu Programme International Student Assessment atau PISA. Peruntukan-peruntukan ini adalah satu pelaburan besar yang diharapkan dalam jangka panjang akan dapat memberikan pulangan yang menguntungkan kepada Negara yang kita cintai ini. Kerajaan telah memperuntukkan 6 peratus daripada peruntukan Rancangan Kemajuan Negara 2007–2012 bagi 95 projek pendidikan. Kementerian Pendidikan sedaya upaya berusaha membangun sistem pendidikan kelas pertama yang memberikan peluang bagi setiap rakyat dan penduduk untuk memenuhi kehendak ekonomi yang sentiasa berubah.

saya dengan penuh syukur dan sukacita merasmikan Pelancaran Pelaksanaan Sistem Pendidikan Abad 21 Di Sekolah-Sekolah. saya dengan penuh tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada setiap pihak yang telah terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dengan usaha penyediaan SPN 21 ini hingga menjadikannya sebagai satu realiti. Sidang hadirin yang saya hormati. guru-guru di seluruh pelusuk Negara dan di Kementerian Pendidikan amnya.. Akhirnya. SPN 21 ini adalah sebenarnya milik kita bersama. Kejayaan reformasi pendidikan yang sama-sama kita mulakan ini adalah bergantung kepada kesepakatan dan usaha padu di setiap peringkat di Kementerian Pendidikan ini sendiri.memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sistem pendidikan kita sendiri. Untuk itu saya berseru kepada semua pemimpin sekolah. pegawai-pegawai. Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim. 11 . agar meningkatkan produktiviti dan prestasi masing-masing untuk mencapai misi Kementerian Pendidikan di dalam menyediakan pendidikan yang holistik bagi memaksimumkan potensi semua pelajar di bawah jagaan kita.

dengan iringi doa agar SPN 21 ini akan berjalan dengan lancar dan menepati hasrat yang sama-sama kita harapkan. Wabillahittaufik walhidayah wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. 12 .