You are on page 1of 27

Tingkah laku Bermasalah

PENGENALAN

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di


kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh
menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan
seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang
buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya ,
sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-
kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk
keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain
dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam
menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan
bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak
mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah.
Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi
emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak,
membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak
memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat
keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah
memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu
generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam
kehidupan masyarakat.
Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah
laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah
yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti,
tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila
berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke
arah guru.

1
Tingkah laku Bermasalah

PENGERTIAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan dirinya


dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan
keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam
bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai ‘ abnormal behavior ‘ iaitu tingkah laku
yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku
normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam
masyarakat.

Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah
laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the Behaviour Problem
Child ‘ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan
ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana
pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar
dan berhubung dengan orang lain.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah
laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran
khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku
bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang
guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi
atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

2
Tingkah laku Bermasalah

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :-


1. Tingkah laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-
 Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan
tingkah laku yang boleh membahayakan diri.
 Kebimbangan – sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang,
tiada keyakinan diri.
 Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan
dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya,
terlalu manja, tidak boleh berdikari
 Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak
memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering
menggangap orang lebih baik dari dirinya
 Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-
kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-
kawan
 Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah
laku yang boleh membahayakan orang lain.
 Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif
 Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat
kawan-kawan sekelas.
 Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .
 Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-
jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti
yang disukai bila-bila masa.
 Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa
menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya

3
Tingkah laku Bermasalah

 Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang


ajar, tidak sopan

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi ‘ neurotic ‘ atau ‘
psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan,
ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.

 Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku
yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.
 Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal
dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.
 Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng
dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan
alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik
darjah, menggores atau menconteng meja.
 Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral
 Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai
perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik
 Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang
ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau
menakut-nakutkan murid-murid lain.

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah.
Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid
sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada
peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat
akan datang.

Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap


perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut

4
Tingkah laku Bermasalah

kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang
dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.

2. Tingkah laku bermasalah Positif


Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-
 Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang
dilihat
 Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu perkara yang
baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat
 Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak
dan berfikir
 Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan
berbanding kawan-kawan yang lain

Tingkah laku bermasalah ini dapat digambarkan memalui rajah di bawah ini :-

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Tingkah Laku


Bermasalah Negatif Bermasalah Positif

Tingkah Laku Tingkah Laku


bergantung disruptif distruktif ingin cepat pintar proaktif
tahu belajar cerdas

Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain dari tingkah laku
bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah
dalam tingkah laku seperti di bawah :
 Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.

5
Tingkah laku Bermasalah

 Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka


 Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan
 Sering bercakap bohong atau bercakap besar
 Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok
 Suka menyakiti hati kawan-kawan
 Menjahanamkan harta benda
 Tidak duduk diam
 Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap
 Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua
 Panas baran
 Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi
( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )

Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya bertajuk
“Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku” .
:Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan antaranya adalah seperti berikut :-

 Faktor Diri Murid


Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap
perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut
kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang
dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “.

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan
guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar
dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka.
 Faktor Keluarga
Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu
bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak
bermoral.

6
Tingkah laku Bermasalah

Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 )
menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian
yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-
pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.

Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai “ Jevenile Delinquency ‘
mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari
rumahtangga yang serba kekurangan.

 Faktor Masyarakat
Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi
kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan
menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

 Faktor Sekolah
Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang
kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda.

Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-
sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin
( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )
Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik
akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik
di kalangan murid.

7
Tingkah laku Bermasalah

PENGERTIAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi Tingkah laku :


Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah
tingkah laku yang negatif kepada positif. Antara langkah-langkah sistematik ialah :
 Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah
 Menetapkan matlamat
 Menentukan strategi bertindak
 Merancang prosedur atau plan bertindak
 Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
 Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu
 Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik darjah. Ia sesuai untuk mengatasi
masalah sama ada negatif atau positif.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :-
1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini
2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah :-
 Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa – saiz rumah, kedudukan kawasan,
bilangan ahli, kemudahan
 Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif – berhampiran kawasan pembinaan,
jauh dari bandar, terpencil, tiada kemudahan asas
 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan – alat bantu mengajar yang tidak
menarik, cara penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh murid
Dunhill ( 1965 ), keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan
menyebabkan murid bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan minat
terhadap mata pelajaran yang diajar.

8
Tingkah laku Bermasalah

 Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif – bilik darjah yang kotor, kawasan sekolah yang
kotor, tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid
 Pengurusan sekolah bercorak autokratik – guru yang terlalu garang, disiplin yang terlalu
ketat, selalu menggunakan kaedah hukuman atau dendaan, perkhidmatan kaunseling
yang tidak mencukupi
 Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah – murid hanya
mengikut arahan tanpa bantahan, maslah murid tidak didengari atau diambil perhatian,
tiada kompromi dari guru
 Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam

9
Tingkah laku Bermasalah

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah
tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai teknik yang sesuai
digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah.

1 Peneguhan
 Positif dan peneguhan Negatif
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang
sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif
dan negatif.
 Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku
berulang-ulang.
 Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi
supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.

2 Denda dan Peneguhan


Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain
ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. Ia
biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi
semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya
berfungsi dengan sebaiknya.
3 Reverse Psychology
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada
positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada
tingkah laku positif.

10
Tingkah laku Bermasalah

4 Shaping
Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan
diberi secara beransur-ansur.
5 Token Economy
Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan
kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia
digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid.
6 Kontrak ( Lisan atau Bertulis )
Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan
atau bertulis.
7 Kawalan Kendiri
Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia dilakukan
seperti berikut :-

a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan


b) Mengumpulkan data
c) Merancang program tindakan
d) Menilai program
e) Menamatkan Program

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah laku
bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah.
1. Masalah Keluarga
Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal juga
mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanak-
kanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau dibelenggu masalah
keluarga seperti perbalahan, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang
terlalu kasar, garang , dominan, terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka
mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial

11
Tingkah laku Bermasalah

yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam


membentuk tingkah laku sempurna.

2. Pengaruh Rakan Sebaya


Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi
perlakuan dan percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.

3. Pengaruh Media
Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan
tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan
apabila mereka menonton atau membaca .
Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama ada
melalui suratkhabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan
meniru aksi apa yang ditonton. ( Bandura, 1986 )

4. Pengaruh Genetik atau Baka


Menurut Teori Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui
baka genetik. Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal
sepenuhnya. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ).
Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam
menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya.

Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada perlanggaran
peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan
akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar.

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran
tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan hilang
semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka.

12
Tingkah laku Bermasalah

Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di
antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai
kemahuan yang berlainan. Hal ini menjadi lebih buruk di sekolah menengah di mana murid-murid
merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi ( Wadd 1973 ).

Gragey ( 1970 ), Maslow dan Rogers ( 1962 ), Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 ) berpendapat
bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak
berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan
buruk seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan dan juga menetang guru. Ada juga yang
akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu.

13
Tingkah laku Bermasalah

CONTOH TINGKAH LAKU BERMASALAH

1. Murid yang berkelakuan nakal


Kelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid. Nakal merujuk bagaimana individu
itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak
menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya. Berkelakuan nakal meliputi
banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah, murid tidak duduk diam di
tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan
menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses
pembelajaran berlaku.
Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-kawan di
dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran , mengakibatkan
ketidakselesaan di kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar
dengan aktif.
Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan
teguran, amaran atau dendaan. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja
apabila didenda , ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau
diingatkan oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya.
Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan
daripada dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di
dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh dianggap
melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda.

Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran
kanak-kanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak
mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai sebab.

14
Tingkah laku Bermasalah

Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi menggunakan
teori mazhab behavioris.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang bermasalah seperti
di atas.
 Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid berkelakuan nakal.
 Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa. Guru sentiasa memberi
tumpuan terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
 Guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar mereka tidak mengulangi
kesalahan yang dilakukan.
 Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif, guru-guru perlu mengambil inisiatif
memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan secepat
mungkin.
Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Guru harus memuji
perbuatan murid pada waktu ketika itu juga. Ini akan memberikan
peneguhan di dalam diri murid itu. Ia juga dapat meningkat semangat
ingin berubah kerana perubahan tingkah lakunya mendapat perhatian dari
guru.

2. Pengasingan Diri
Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawan-
kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu
sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab
tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material
berbanding rakan-rakan lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai
masalah peribadi atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok
kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau
bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak
berinteraksi.

15
Tingkah laku Bermasalah

Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah
keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah
murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan
atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika
belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar.

Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi menggunakan
teori mazhab sosial. Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut :-
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin dan
cemerlang dalam akademik. Lebih elok jika murid ini terdiri daripada rakan sebaya mereka
di dalam kelas.
 Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh kepada murid-murid yang
bermasalah tingkah laku . Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya bersikap
dan berkelakuan seperti murid-murid contoh . Muird-murid contoh dijadikan sebagai
model.
 Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah tersebut
berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik.
 Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka
bertingkah laku positif seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah, disayangi oleh
ibu bapa, guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid contoh, dihargai dan
disayangi .
 Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah
berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Guru hendaklah pandai
mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti aktiviti pembelajaran
bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas.
 Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Guru hendaklah sentiasa
cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. Guru juga boleh
menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan.
Contohnya: menyoal murid, meminta pendapat atau respon, mendekati murid,
membimbing murid dan memberi semangat jika perlu.

16
Tingkah laku Bermasalah

 Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran, pujian, penghargaan,hadiah dan
motivasi kepada murid-murid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas
perubahan tingkah laku mereka.

Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, murid-murid yang suka mengasingkan diri adalah
murid-murid yang mempunyai masalah dari segi emosi. ( Suradi Salim , 1996 )
Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut :-
 Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa, leteran, perbalahan tentang perkara
kecil di antara murid dengan ibu bapa.
 Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam pelajaran
 Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga
 Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga murid tidak merasa selesa
dengan perubahan tempat baru
 Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada keseimbangan dari segi
saiz, kemudahan, bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan kawasan.
Oleh itu, melalui bimbingan dan kaunseling, murid yang suka memencilkan diri akan
dicuba diterokai oleh guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca masalah atau
ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. Guru bimbingan akan cuba memberi nasihat
atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami.

Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura ( 1986 ) yang menyatakan pembelajaran terhasil
melalui proses pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian penting dalam pembelajaran
sosial.

Miller dan Dollard ( 1941 ) menyebut ‘ tingkah laku kebegantungan sepadan dan percaya bahawa
individu hanya dapat mempelajari gerak balas itu jika ia memadankan tingkah laku model itu’ .

Mowrer ( 1960 ) menyatakan gerak balas model boleh dipelajari oleh seseorang pemerhati hanya
dengan memberikan peneguhan atau ganjaran yang diberikan kepada model semata-mata. Dalam
proses ini peneguhan yang diberikan kepada model dianggap sebagai ganjaran gantian untuk si
pemerhati.

17
Tingkah laku Bermasalah

3. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme


Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk.
Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek
(pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut
adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan
atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Ada juga murid yang mencabut
batang paip tandas sekolah. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka
merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.

Contoh : Ali sering menconteng meja di dalam kelasnya. Kadangkala, dia juga turut
menconteng meja kawan-kawannya yang lain. Perbuatannya memang tidak
disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya yang lain di dalam kelas. Meskipun
sudah diberi amaran atau denda oleh Cikgu Dali , namun sikap Ali masih tidak
berubah.

Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini bolehlah
dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. Murid-murid yang terlibat
dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi dikenakan denda atau hukuman. Denda bukanlah ubat
yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini. Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh
guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika
berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Dengan erti kata lain, ia akan menjadi masalah
yang lebih besar pada masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan
sikap sedemikian perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan
rawatan dan bimbingan yang betul.

Terdapat sesetengah pandangan mengatakan ‘ anak-anak yang baik ‘ ialah kanak-kanak


yang pendiam, pasif, tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak yang
aktif, lincah, terlalu banyak bercakap atau bertanya, berani menjawab atau mempersoalkan apa
yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap
kurang ajar dan biadap.

18
Tingkah laku Bermasalah

Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah rendah, menengah, universiti
dan seterusnya dewasa. Pada keseluruhannya, orang kita lebih bersikap pemerhati sebagai
reactionist dan bukannya actionist, tidakberani mengemuka pendapat kerana jiwanya yang kerdil
itu tidak membenarkannya berbuat demikian. Mereka dididik untuk tunduk, menerima dan patuh
kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya mereka akan dicemuh, dicaci, dikeji atau didenda.

Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-kanak yang
rosak akhlak bencikan sekolah, kehadirannya ke sekolah tidak tetap, lemah dalam pencapaian
akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem persekolahan. Kebanyakan kanak-kanak
rosak akhlak lekas marah, cepat tersinggung perasaan dan bermusuhan terhadap rakan-rakan
persekolahan.

Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian yang meluas mengenai perhubungan
sekolah dan jenayah kanak-kanak menyatakan bahawa “ Tidak ragu-ragu lagi bahawa corak
permulaan penjenayahan kanak-kanak bersangkutan dengan kanak-kanak itu sendiri .

Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh kanak-kanak rosak akhlak sangat
bencikan sekolah . Maka mereka bertindak merosakkan apa saja benda yang terdapat di sekolah.

Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak rosak akhlak dengan yang
tidak melaporkan 88.5% dari kanak-kanak rosak akhlak dan hanya 34.1% dari kumpulan terkawal
yang benci atau bersikap tidak acuh dengan sekolah. Beliau menjelaskan murid-murid rosak
akhlak mempunyai cirri-ciri seperti tidak berminat belajar, benci pada peraturan, kurang minat
terhadap sekolah.

Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan ‘ vandalism‘.
Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat benda itu hancur,
hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan, dan keadaan terbiar tanpa pengurusan dari guru
semasa di dalam bilik darjah.

19
Tingkah laku Bermasalah

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan harta benda dengan
menggunakan teori mazhab behavioris.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Dalam kes ini, murid suka menconteng
mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas.
 Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan menerokai
masalah dan murid diberikan bimbingan.
 Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan : Murid
mengurangkan sikap suka menconteng di atas meja kepada di dalam buku atau kertas.
Menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain.
 Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa
kepada perubahan tingkah laku.
 Murid diingatkan, dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap
positif. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau membuang perangai atau
tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas.
 Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan ke bilik
bimbingan sehingga pada hari berikutnya. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap murid
agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran perubahan tingkah lakunya.
 Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan
mencapai matlamat yang diinginkan.

5. Murid Pintar Cergas


Ramai di antara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda yang perlu diketahui mengenai
kanak-kanak pintar cerdas. Ada yang menggangap kita tahu, tetapi penilaian kita sering cetek
seperti bijak bercakap, penilaian berasaskan hobi atau penilaian berasaskan rupa paras.
Akibatnya, bakat-bakat kanak-kanak pintar yang sememangnya mempunyai bakat luar biasa tidak
dapat diperkembangkan sepenuhnya.

20
Tingkah laku Bermasalah

Menurut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa tiada satu
pun tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas. Seperti
sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal, personaliti kanak-kanak pintar
cerdas luas berbeza antara satu sama lain.

Mengikut kajian yang dilakukan,terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar cerdas di
dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan. Antaranya ialah :-
1. Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa.
Semasa kecil lagi sudah menunjukkan kebolehan menyusun
perkataan dan frasa yang bermakna.
2. Mungkin lebih besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang
sebaya dengannya dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya
adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan
perkembangan paru-paru.
3. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak
semestinya di hadapan pelawat yang datang ke rumah atau
penonton. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari tanda luar
biasa kanak-kank pintar cerdas.
4. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai masa
seperti semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu
ini dan waktu itu, kalender dan jam pada peringkat umur yang awal.
Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa.
5. Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan
ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang.
6. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam
persekolahan. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempunyai minat
membaca yang lebih awal. Mempunyai kebolehan membaca yang
tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan dirinya.
7. Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda
dari spesis yang sama ( burung, setem, bahan kimia, kenderaan,
bunga). Biasanya koleksi dari bahan yang canggih atau saintifik.

21
Tingkah laku Bermasalah

8. Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain.


9. Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah, hanya
memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari
guru. Mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru
dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah.
10. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan
situasi lain. Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali.

Elizabeth Drews ( 1961 ), salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar cerdas
pernah menyatakan “ It’s immoral to squander a child’s time on what he really knows “ (adalah
tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa mereka mempelajari apa
yang mereka sudah tahu ) kerana kecerdasan mereka telah menguasai apa yang kanak-kanak lain
sedang bersusah payah untuk mempelajari.

Seorang lagi pakar dalam bidang ini mengatakan “There is nothing so unequal as the equal
treatment of unequals “ ( Borlond, 1989 ). Equal tidak semestinya sama tetapi itulah yang sering
diamalkan dalam bilik darjah apabila murid pintar cerdas dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar
kecepatan yang sama dengan murid-murid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan
kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi
dan mempelajari sesuatau yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam
bilik darjahnya. dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-
murid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan
bersedia maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatu yang baru
dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya.

Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai disebut di sini “ Take to get what you like
or you will be forced to like what you get “ yang bermaksud kita perlu berusaha atau melakukan
sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana kalau tidak kita terpaksa menyukai apa yang
diberikan kepada kita . Ini menunjukkan bagaimana murid pintar cerdas terpaksa menerima apa
saja dalam situasi pembelajaran mereka.

22
Tingkah laku Bermasalah

Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru


memang ingin murid-muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Namun di dalam situasi bilik darjah
yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid , murid pintar cergas ini boleh menganggu
situasi pembelajaran di dalam kelas.
Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. Alin selalu mendahului
kawan-kawannya dari segi menjawab soalan, membuat latihan, menyiapkan
tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Apa yang pasti, sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di dalam kelas
yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana.

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab
sosial :-
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model.
 Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya
yang lain di dalam kelas
 Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah,
mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya sekiranya tidak faham
atau tidak tahu
 Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh.
 Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas
supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. Maka jika
ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti
murid contoh; murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. Ini akan
memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik.
 Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia
dalam pembelajaran.

23
Tingkah laku Bermasalah

Seperti murid-murid lain, murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih sayang,
pencapaian dan aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan hanya dari guru
semasa di sekolah.

Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan kaunseling
bagi murid pintar cerdas seperti berikut :-
1. Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan
dirinya dan menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin
tidak pada semua aktiviti atau perkara.
2. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain
3. Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, bakat, emosi selaras
dengan kebolehan, bakat dan minat.
4. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa
kesimbangan.
5. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil
bahagian dengan murid lain.
6. Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima individu lain
dengan sifat dan kebolehan mereka.
7. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka
memenuhi keperluan hidup mereka.
8. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain
berasaskan sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang.
9. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan
10. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran.
Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan kemajuan murid pintar cerdas dari
segi akademik serta melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan sendiri tanpa
memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya dengannya yang mungkin
memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada dirinya.

5. Murid Ingin Tahu

24
Tingkah laku Bermasalah

Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga sehalus
kuman. Guru pun boleh lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang mempunyai sikap ingin
tahu yang terlalu tinggi. Adakalanya soalan yang dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan
pelajaran. Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan sehingga
boleh merimaskan guru untuk menjawabnya. Murid-murid lain di dalam kelas hanya termanggu-
mangu menanti jawapan dari guru. Sedikit sebanyak sikap murid sebegini boleh mengganggu
proses pembelajaran di dalam kelas.
Contohnya :
Cikgu Ani : Murid-murid, ini adalah gambar bunga raya. Nampak tak apa warna bunga raya?
Murid-murid : Nampak cikgu. Warna merah. ( murid-murid menjawab ….. )
Amirul :Cikgu, mengapa bunga raya mesti berwarna merah? Ada tak bunga raya
berwarna lain. Apakah kelebihan warna merah berbanding warna lain ?
Cikgu Ani : Oh… sememangnya bunga raya ada memounyai warna lain seperti…….
( Cikgu Ani menjwab soalan yang dikemukakan oleh Amirul ). Kemudian Amirul
bertanya beberapa soalan lagi kepada Cikgu Ani sehingga masa pembelajaran
tamat sebelum Cikgu Ani sempat memberi kesimpulan topik perbincangan kelas
pada hari itu .
Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi murid yang
mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi:-
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang dia ingin
tahu mengenai jawapannya
 Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri selain dari guru.
 Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari adalah
betul atau tidak. Sekiranya tidak yakin, murid boleh bertanya guru untuk kepastian.
 Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai kepuasan.
 Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau pemerhati.
 Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai tahap
keberkesanan guru dan murid,

25
Tingkah laku Bermasalah

PENUTUP

Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan


yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang
terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam
kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan
dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan
asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu
kelancaran perjalanan kelas.

Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh


terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi
merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku
bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.

Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna
kepada anak-anak. Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang
ringgit dan keperluan asas mereka.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk memilih
apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan tentang
perkara-perkara yang mereka minati. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran
atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi galakan dan motivasi.

Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan
teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan
mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

26
Tingkah laku Bermasalah

27

You might also like