Soalan 1 Bincangkan sistem pembesar yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British pada tahun

1874. Pendahuluan (3/2 m) Pembesar merupakan golongan yang sangat berpengaruh dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Pembesar berada dalam lapisan kedua heirarki sosial masyarakat Melayu iaitu selepas sultan atau raja. Mereka sangat berpengaruh dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Pembesar dilantik oleh sultan melalui pemberian cop mohor yang menandakan pemberian kuasa oleh sultan kepada mereka. Pembesar bertanggungjawab mentadbir, mengurus ekonomi dan menjaga keamanan di kawasan yang diamanahkan kepadanya. Sistem pembesar yang diamalkan di negeri-negeri Melayu ada sedikit perbezaan antara satu negeri dengan negeri yang lain. Isi – ( 20 m )

a. Pembesar memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu
tradisional. Merekalah yang membantu sultan dalam melicinkan pentadbiran. Pembesar yang dilantik terdiri daripada beberapa golongan; golongan pertama terdiri daripada keturunan berdarah raja; golongan kedua ialah golongan bangsawan. Golongan yang pertama dan kedua, biasanya jawatan mereka bersifat warisan, iaitu apabila pembesar berkenaan meninggal dunia secara automatik anaknya akan menggantikan tempatnya (taraf tersedia). Golongan ketiga ialah rakyat biasa yang mempunyai kebolehan luar biasa atau berjasa kepada sultan, contohnya Dato’ Bahaman telah dilantik sebagai Orang Kaya Semantan kerana jasanya dalam peperangan mempertahan sultan (taraf capaian).

b.

Sistem pembesar yang diamalkan di negeri-negeri Melayu adalah berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka telah diamalkan di negeri Perak, Pahang, Selangor, dan Johor. Walaupun sistem yang sama diamalkan di negeri-negeri ini namun gelaran yang diberikan kepada pembesar adalah berbeza-beza mengikut negeri. Di Perak, pembesar yang paling berkuasa ialah pembesar berempat. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Pembesar Berempat merupakan pemimpin kanan dalam pentadbiran negeri. Mereka berkuasa di daerah masing-masing dan juga dalam pentadbiran kerajaan. Selepas pembesar berempat diikuti pula dengan pembesar berlapan. Mereka terdiri daripada Orang Kaya Balai Maharaja Lela, Laksamana Orang Kaya, Orang Kaya Syahbandar, Panglima Kinta Seri Amarbangsa, Seri Akar Di Raja (Dato’ Sagor), Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, Seri Adika Raja dan Imam Paduka Tuan. Semua pembesar dilantik oleh sultan melalui surat kuasa atau surat tauliah dan pemberian sebilah pedang sebagai lambang jawatan.

c.

1

d.

Di Selangor pula gelaran pembesarnya ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru, Tok Kelang, Dato’ Naga, Dato’ Menteri dan Orang Kaya Kecil. Di Kelantan, para pembesarnya memakai gelaran seperti ‘Tuan” dan ‘Wan’. Pada masa pemerintahan Sultan Muhamad 1, baginda telah menubuhkan sebuah Badan Jemaah Menteri bagi memudah dan melicinkan pentadbirannya. Di bawah badan ini baginda telah melantik tujuh pembesar untuk membantunya dalam pentadbiran, iaitu Raja Bendahara, Raja Bukit Laut, Raja Bukit Panor, Tengku Kota, Tengku Aria Pahlawan, Dato’ Kaya Hulubalang Kaduk dan Dato’ Panglima Perang Londang. Pada masa pemerintahah Sultan Muhammad II baginda telah menubuhkan Lapan Badan Jemaah Menteri untuk melicinkan pentadbirannya iaitu Menteri Pentadbiran dan Mengimarahkan Negeri yang bertanggungjawab dalam membangun dan memajukan negeri, Menteri Perbendaharaan bertanggungjawab terhadap harta benda dan hasil mahsul negeri, Menteri Luar bertanggungjawab terhadap yang berkaitan dengan dasar dan urusan luar negeri, Menteri Dalam Negeri berperanan menjaga keamanan negeri, Menteri Peperangan bertanggungjawab terhadap hal ketenteraan, pertahanan dan peperangan, Menteri Istana menjaga adab kebesaran di raja dan adat istiadat rasmi, Penasihat Raja menguruskan hal-hal besar yang bukan rahsia dan Menteri Keadilan dan Kehakiman bertanggungjawab terhadap urusan keadilan dan kehakiman. kepada beberapa daerah atau jajahan yang dipanggil luhak atau luak. Terdapat empat luak utama, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol. Undang Berempat menjadi ketua bagi setiap luak dan ketua bagi luak-luak yang lain dikenali sebagai Penghulu. Pembesar lain di bawah Undang dan Penghulu ialah Lembaga. Di bawah Lembaga terdapat Buapak dan di bawah Buapak terdapat suku-suku masyarakat yang terdiri daripada keluarga kecil yang dinamakan Perut. Ketua Perut ialah Buapak. Pihak yang berkuasa sebenarnya di Negeri Sembilan ialah empat orang Undang. Ini disebabkan merekalah yang berkuasa memilih dan melantik sesiapa sahaja daripada kerabat diraja untuk menjadi Yang Dipertuan Negeri.

e. Di Negeri Sembilan yang mengamalkan adat perpatih, pentadbirannya dibahagikan

f.

Di Johor, sebelum tahun 1860-an dan 1870-an, pembesar memainkan peranan penting sebagai pentadbir di peringkat wilayah. Sultan berkuasa di peringkat pusat. Sultan tidak campur tangan dalam pentadbiran di peringkat wilayah sekiranya tiada berlaku kekacauan menyumbang kewangan kepada sultan. Selepas tahun 1860-an dan 1870-an, Sultan Abu Bakar memperkenalkan sistem pentadbiran Barat. Perlantikan pembesar dibuat berdasarkan kebolehan, keupayaan, pengalaman, kecekapan dan kekerabatan pemerintah. Melalui sistem ini pembesar bertindak sebagai pegawai kerajaan yang dibayar gaji, menjalankan tugas-tugas yang dikhaskan dan perlu mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan. Umumnya pembesar di Johor dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan berdarah raja, mereka ini dikenali sebagai Tengku, Engku, Raja dan Wan dan golongan kedua pula terdiri daripada mereka yang bukan berketurunan darah raja, mereka ini dianugerahi gelaran Dato’. Kesimpulan (2/3 m)

2

Jelas bahawa sistem pembesar di negeri-negeri Melayu tidak seragam, namun fungsi dan peranan yang dimainkan oleh pembesar hampir sama iaitu sebagai orang penting dalam membantu sultan melicinkan pentadbiran. Tanpa pembesar sudah tentu sultan tidak dapat menjalankan pentadbiran yang berkesan. Selepas campur tangan British, pada tahun 1874 fungsi dan peranan pembesar mulai berubah. Kedudukan mereka mula terjejas dan British tidak lagi menganggap mereka elemen penting dalam pentadbiran. Campur tangan British menyebabkan tugas pembesar telah diambil alih oleh pegawai British. Ini secara langsung menyebabkan para pembesar kehilangan kuasa. Soalan 2 Gerakan penentangan terhadap campur tangan British di Pahang dan Perak pada pertengahan abad ke-19 menggambarkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan di negeri- negeri berkenaan. Bincangkan. Pendahuluan ( 3/2 m) Pada bulan Oktober 1887, Sultan Ahmad melantik Hugh Clifford sebagai wakil British di Pahang. Beliau kemudian diganti oleh J.P Rodger pada bulan Oktober 1888 sebagai Residen British di Pahang yang pertama. Selepas campur tangan di Pahang, British mula mengadakan perubahan dalam pertadbiran negeri dengan memperkenalkan beberapa peraturan baru yang secara tidak langsung telah mengancam kedudukan para pembesar dan rakyatnya. Penentangan ini berkesudahan dengan kebangkitan Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman. Di Perak , mengikut Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, Perak diletakkan di bawah naungan British. Residen pertama British di Perak ialah JWW Birch. Beliau memulakan tugas pada bulan November 1874 . Kehadirannya tidak disenangi oleh Sultan dan pembesar Melayu. Perasaan ini terus berkembang sehingga menimbulkan pakatan menentangnya. Kemuncak penentangan ialah pembunuhan Birch pada 2 November 1875. Isi (20 m) A. Pahang (10 m) Perasaan tidak puashati sultan akibat kehilangan kuasa politik. a. Pengenalan Sistem Residen di Pahang menyebabkan sultan dan pembesarpembesar kehilangan kuasa. Pihak British telah memperkenalkan perubahan politik di Pahang melalui undang-undang berkaitan dengan undang-undang tanah , sistem kerah dan penghapusan hamba abdi yang diluluskan oleh Majlis Negeri pada 31 Disember 1889. Sultan tidak berpuashati kerana baginda hanya mempunyai ‘nama’ sahaja dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Semua keputusan adalah dibuat oleh Residen JP Rodger. Selain itu, sultan juga murka apabila J.P Rodger memaksa sultan melantik putera sulung baginda Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja, atas alasan sultan tidak taat kepada Inggeris. Oleh sebab ugutan dan tekanan, sultan terpaksa mengisytiharkan perlantikan itu pada Julai 1889. b. Sultan Ahmad mempunyai pengaruh yang besar ke atas pembesar negeri. Jika para pembesar diarah untuk tidak memberi kerjasama sudah tentu ia akan

1.

3

menggagalkan perjalanan Sistem Residen di Pahang. British berjaya memujuk sultan Ahmad menandatangani satu perisytiharan untuk melantik putera baginda (Tengku Mahmud) atau Tengku Besar sebagai Pemangku Raja. Melalui perisytiharan yang bertarikh 22 Julai 1889, baginda memberi kuasa penuh kepada Tengku Mahmud untuk mewakili baginda dalam urusan pentadbiran negeri serta mengadakan rundingan dengan British. c. Tindakan sultan menyerahkan kuasa kepada Tengku Mahmud merupakan satu kesilapan besar . Kuasa baginda telah berpindah kepada Tengku Mahmud yang dilihat mudah diperalat oleh Inggeris. Hubungan Sultan Ahmad menjadi tegang. Bagi meredakan keadaan, pada bulan Disember 1889 Sultan Ahmad membuat keputusan meninggalkan Pekan dan menetap di Pulau Tawar kerana daerah itu di bawah jagaan Tok Gajah, iaitu seorang pembesar negeri yang sangat dipercayai. Sultan berpakat dengan pembesar-pembesar untuk menentang Sistem Residen di Pahang.

2.

Ketidakpuasan hati pembesar-pembesar Pahang

a. Antara perubahan yang dilakukan dalam pentadbiran ialah
dengan membahagikan Pahang kepada 6 buah daerah. Setiap satu diletakkan di bawah pentadbiran Majistret dan Pemungut Hasil. Pekan di bawah F. Belfield, Hulu Pahang (W.C Mitchell), Kuantan ( W.H Wall), Temerloh (E.A Wise), Rompin (G.F Owen), Kuala Pahang (W.W Mitchell). Akibat pengenalan beberapa peraturan baru terutama berhubung dengan perlantikan Majistret dan Pemungut Hasil sebagai ketua setiap daerah, para pembesar tidak lagi bebas kerana kuasa mereka telah diambil alih khususnya hak memungut cukai. b. Pendapatan pembesar terjejas teruk, misalnya elaun yang dicadangkan pihak Inggeris amat tidak berpatutan. Pembesar-pembesar seperti Tok Gajah, Temenggung, Dato’ Shahbandar, Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Chenor, Tok Gajah, Orang Kaya Temerloh, Orang Kaya Semantan dan Abdullah dari Bera hanya dibayar elaun $1200 setahun dan Dato’ Bahaman dibayar $840 setahun. Pembesar-pembesar ini menulis surat enggan bekerjasama dengan Residen dan mengancam tidak akan mematuhi segala keputusan yang dibuat Majlis Mesyuarat Negeri. Malangnya elaun ini tidak mencukupi untuk menanggung pengikut-pengikut mereka. c. Inggeris juga campur tangan dalam soal perhambaan dan kerah yang diluluskan oleh mereka. Setiap pemilik hamba diwajibkan mendaftarkan hamba-hambanya kepada Pemungut Cukai Daerah dengan memberi maklumat secara terperinci seperti jumlah hamba dan nama hamba, jenis pekerjaan dan jumlah hutang. Mereka yang gagal mematuhi akan kehilangan hak ke atas hamba tersebut. d. Mengenai undang-undang kerah setiap orang yang dikenakan kerah tidak boleh lebih daripada dua bulan dalam setahun. Mereka dihadkan kerja secara kerahan kepada kerja-kerja kerajaan sahaja. Antara kerja kerahan yang dilakukan ialah membersih sungai, membuat jalan, menebang kayu, menanam padi, mengangkat barang-barang, dan menemani ketua mereka dalam perjalanan. Setiap orang diwajibkan kecuali sakit atau munasabah. Sekiranya tiada alasan mereka dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak 25 sen sehari.

4

Beliau juga marah apabila Inggeris membina sebuah balai polis di Lubuk Trua di daerah Semantan yang di bawah jagaannya tanpa meminta izin terlebih dahulu. B.e. Dahulu diperoleh secara percuma. Penubuhan pasukan polis pada tahun 1888 telah menghapuskan kuasa penguatkuasa undang-undang yang dipegang oleh Sultan dan pembesar. Kelewatan ini membolehkan pembesar-pembesar yang tidak berpuashati dengan Sistem Residen telah menentang Raja Abdullah. b. Perak (10 m) Kelemahan Perjanjian Pangkor 1874 a. tanah paya. tetapi Birch hanya memulakan tugasnya sebagai Residen British di Perak pada 4 November 1874. f. c. Beliau menulis surat kepada Majistret di Temerloh tetapi tidak dilayan sebaliknya diberi amaran. bukan sahaja sebagai senjata tetapi juga menjadi pakaian dan simbol keberanian seorang lelaki Melayu Pahang. Peraturan yang melarang membawa senjata ternyata bercanggah dengan tradisi orang Melayu yang sangat terikat dengan nilai-nilai feudalisme kerana senjata merupakan alat mutlak yang sangat diperlukan. Perlantikan Majistret dan Pemungut Hasil sebagai ketua daerah telah menyebabkan mereka tidak lagi mengadili kes-kes jenayah dan sivil serta memungut cukai di kawasan masing-masing. Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris ke mana sahaja mereka pergi. Kebencian rakyat juga berpunca daripada kehadiran pasukan polis kaum Sikh dan India yang jahil tentang budaya Melayu. Pihak Inggeris memperkenalkan undang-undang baru yang menjejaskan penghidupan seharian mereka. 3. 50 Sikh di bawah pimpinan Mr. Sistem permit dan lesen digunakan untuk membolehkan rakyat memungut hasil hutan dan pokok nipah untuk mendirikan rumah. dusun dan tanah nipah. Permintaannya supaya menangguhkan pembayaran cukai tanah juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada bulan Disember 1890. Syers. paya. dusun dan tanaman nipah pada kadar 40 sen seekar dikenakan ke atas tanah kampung.1863) beliau dianugerahkan gelaran Orang Besar Raja. Perasaan tidak puas hati rakyat Pahang a. Pasukan polis ini terdiri daripada 200 anggota. Atas jasanya kepada Sultan Ahmad dalam Perang Saudara (1857. Tindakan ini menyinggung perasaannya. Beliau ditawarkan elaun sebanyak $70. 150 Melayu (Kelantan dan Terengganu). Keris umpamanya. Rakyat juga dikehendaki bekerja selama dua bulan dalam setahun sebagai buruh paksa bagi melaksanakan projek-projek awam. Dato Bahaman menentang Inggeris kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi elaun-elaun yang setanding dengan elaun Orang Berempat. Beliau marah kepada Inggeris apabila rayuannya untuk menambah elaun ditolak oleh pihak Inggeris pada bulan Januari 1890. iaitu sebanyak $500. Antaranya cukai tanah kampung. Sepanjang 5 . 1. Seorang lagi pembesar yang hilang hak ke atas cukai ialah Tok Gajah. Beliau adalah seorang pembesar dari Pulau Tawar. Beliau disokong oleh anaknya Mat Kilau dalam penentangannya terhadap Inggeris. iaitu hampir 10 bulan kemudian. Pihak yang dibenarkan membawa senjata hanyalah pengawal peribadi dan pengikut mereka yang terdekat. Walaupun perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874.

Birch mengarahkan saudagar tersebut memohon semula pajakan berkenaan. Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar Perak. Bagi mendapatkan wang 6 . Beliau tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami budaya dan adat resam Melayu. Perjanjian Pangkor membolehkan Sultan Abdullah dilantik menjadi sultan. 2.00 bagi setiap bahara yang dipungut di Kuala Perak. Tindakan ini menyebabkan Sultan Abdullah mengutus wakil baginda. Beliau pernah mengugut akan menyerahkan jawatan sultan kepada Raja Yusof sekiranya sultan enggan menandatangani perisytiharan tersebut. Perlantikan Birch sebagai Residen tidak disenangi oleh Sultan Abdullah dan para pembesar. Pembaharuan yang dilakukan dibuat secara tergesa-gesa tanpa berunding dengan Sultan Abdullah. Walaupun begitu. Sultan Abdullah pernah mengingatkan Birch supaya memberitahu baginda dahulu sebelum pembaharuan dibuat. Kekurangan ini menyebabkan beliau sukar untuk menjalin hubungan dengan sultan dan pembesar Melayu. Ia bertentangan dengan adat Melayu yang menjunjung tinggi sultan dan pembesar sebagai pemimpin yang dihormati. sistem kewangan dan perlembagaan. menyabung ayam dan menambahkan hutang. Namun demikian. Tindakan yang sama juga diambil ke atas sempadan di Sungai Kerian. Birch mengarahkan sultan Abdullah berdiam diri dan menurut segala nasihat yang diberi. Birch telah membatalkan pajakan Kuala Sungai Perak yang dibuat oleh Sultan Abdullah dengan Lee Cheng Tee dengan kadar $26. Birch juga dilihat tidak sabar dan enggan bertolak ansur apabila berurusan dengan sultan dan pembesar. Kelemahan Peribadi Birch a. dan diganti dengan bayaran royalti $9. Antara pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Birch seperti pungutan cukai. dalam penyelesaian sempadan ini kawasan lebih kurang 200 batu persegi termasuk sebahagian Selama yang mempunyai banyak bijih timah dimasukkan ke dalam pentadbiran British. selama 10 tahun. Pembaharuan-pembaharuan Birch.000 setahun. baginda masih gagal menyelesaikan masalah tuntutan takhta oleh Raja Ismail dan Raja Yusof. Dalam usaha melaksanakan pembaharuan Birch telah menggunakan tekanan kepada Sultan Abdullah. b. 3. Birch juga telah membatalkan cukai bijih timah di Batang Padang yang sebelum ini dinikmati oleh sultan. Raja Ismail masih tidak menyerahkan alat-alat kebesaran negeri yang menjadi syarat kepada pertabalan sultan. Birch juga tidak peka dengan perasaan orang Melayu.kelewatan Birch hadir memberi peluang kepada Sultan Abdullah memerintah Perak dengan sebebas-bebasnya. Raja Idris. b. Birch dianggap tidak sesuai kerana beliau tidak mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Birch telah melanggar syarat yang diperuntukan dalam perjanjian Pangkor. Mengikut perjanjian tersebut sempadan Dinding dan Pangkor yang diserahkan kepada pihak British mengikut perjanjian Low akan dikembalikan semula. a. Laksmana dan Muhammad Arshad untuk bertemu Sir Andrew Carke tetapi tidak dilayan malah Sultan Abdullah diminta mematuhi nasihat Residen. b. Baginda dikatakan banyak menghabiskan masa dengan berjudi.

dengan membakar rumah Raja Ngah di Bidor kerana memungut cukai daripada pelombong Cina di situ. Kuala Kangsar. Trong dan Lumut telah menyebabkan pegawai polis mengambilalih kuasa pentadbiran di peringkat tempatan. namun ia memberi kesan terhadap pentadbiran. Dato Sagor dan Syahbandar. Kota Setia. Cukai merupakan hasil utama pembesar. Kebanyakan hamba yang lari adalah wanita yang diberi perlindungan oleh Birch di rumah kediamannya di Bandar Bahru. Tanjung Piandang. Sementara di Pahang. Pembesar lain tidak lagi dibenarkan memungut cukai dan mereka yang engkar akan didenda. Penubuhan balai-balai polis di Kuala Kurau. Kesimpulan (2/3 m) Perasaan tidak puas hati ini mencapai kemuncak pada Oktober 1875 apabila satu mesyuarat diadakan di Pasir Panjang yang dihadiri oleh Dato Maharaja Lela. Perahu nelayan yang boleh membawa 3 orang di dalamnya dikenakan cukai 50 sen. Cukai-cukai turut dikenakan ke atas perahu dan perahu dagang. kebangkitan menentang British memakan masa yang panjang.00 dan perahu mereka akan dirampas. Dalam mesyuarat itu mereka bersetuju untuk membunuh Birch. Peristiwa ini telah membawa kepada peristiwa Perang Perak yang belaku pada November 1875 dan berlanjutan hingga 1876. Birch juga telah menyusun semula cukai-cukai pajak candu. Birch juga campur tangan dalam soal perhambaan yang diamalkan di Perak. Pembesar-pembesar Melayu telah dianugerahkan kawasan oleh sultan dan ini memberi kuasa untuk mentadbir dan memungut cukai di kawasan masingmasing. Peristiwa ini berlaku pada 2 November 1875. Tuntutan Sultan Abdullah terhadap hamba-hamba ini dikembalikan tidak dilayan oleh Birch. Beliau juga dikatakan menyeludup seorang perempuan Melayu ke Pulau Pangkor. padi dan memotong atap. Sistem ini menjadi kebanggaan para pembesar Perak sejak sekian lama. Durian Sebatang. Walaupun British berjaya mematahkan penentangan ini. judi. Sebelum ini. 7 .00. cukai perahu. Sesiapa yang melanggar arahan akan didenda $25. e. Raja Ngah adalah saudara kepada Raja Ismail. Misalnya Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor mendapat hasil daripada setiap perahu yang keluar masuk. Masalah kewangan menyebabkan mereka menyertai Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. arak.kerajaan negeri telah memusatkan pungutan cukai dengan meletakkannya di bawah pegawai Eropah. f. Bidor. Bruas. sebagai wakil sultan dibenarkan mengutip cukai. permit balak. Hanya pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen. Birch bertindak keterlaluan iaitu. Perahu dagang dan tongkang dikenakan $1. Hamba-hamba ini tiada dikembalikan kepada tuan punya sehingga menimbulkan syak wasangka tentang moral Birch. Ia berlarutan dari tahun 1891 hingga 1895. senjata. d. Arahan ini bercanggah dengan nilai-nilai yang diwarisi sejak turun temurun. c. Jawatan penghulu yang dilantik oleh Sultan dan pembesar dengan menggunakan sistem warisan telah terjejas. terutama kedudukan kewangan Pahang. baginda bersifat berkecuali tetapi tindakan Birch ini telah menimbulkan dendam terhadap beliau. Dalam melaksanakan peraturan cukai baru ini.

Maxwell telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa pengagihan kuasa pusat pada tahun 1923 bagi mengkaji perkara berkaitan pengagihan kuasa. keduadua rancangan desentralisasi ini gagal dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan yang utama iaitu: i.Soalan 3 Galurkan pelaksanaan dasar pengagihan kuasa pusat oleh kerajaan British di Tanah Melayu pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an. i. Pendahuluan (3/2 m) Pengagihan kuasa pusat kepada kerajaan negeri (desentralisasi) telah dilaksanakan oleh kerajaan British di Tanah Melayu melalui dua peringkat iaitu peringkat pertama semasa zaman Sir Lawrence Guillemard menjadi Pesuruh Jaya Tinggi 1920-an dan peringkat kedua semasa zaman kemelesetan ekonomi 1930-an. Antara sebab utama pelaksanaan dasar ini ialah kerana pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun. b. Sultan-sultan telah kehilangan kuasa politik manakala Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai apa-apa fungsi lagi. A. Sir George Maxwell. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua Setiausaha dibantu oleh ketua-ketua jabatan dan Pegawai-pegawai Sekretariat Persekutuan. iaitu Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berselisih pendapat dengan Sir Lawrence Guillemard iaitu Pesuruhjaya Tinggi dan Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik pada 3 Februari 1920. Perselisihan faham tersebut berkaitan dengan masalah pengagihan kuasa. Jawatankuasa ini memperakukan bahawa pengagihan kuasa pusat adalah perlu bagi mengukuhkan kedudukan Residen. 8 . Langkah Pelaksanaan Dasar Pengagihan Kuasa Pusat 1920-an (10 m) Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Sir George Maxwell 1923 a. Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing. Memberi kuasa penuh kepada Kerajaan Inggeris negeri untuk mengawal kewangan negeri masing-masing.

Cadangan-cadangan Sir Lawrence Guillemard. i. Jawatan itu diambil alih oleh Sir Hugh Clifford. Mereka khuatir bahawa pengagihan kuasa pusat akan menjejaskan kecekapan pentadbiran dan kepentingan ekonomi mereka dan mengurangkan keberkesanan sistem politik negeri-negeri Melayu. Sir Lawrence Guillemard telah mengemukakan beberapa cadangan baru mengenai pengagihan kuasa pusat. pesara. ii. Bagaimanapun. Kelemahan cadangan Jawatankuasa tersebut telah menyebabkan Sultan Idris berangkat ke London pada tahun 1924 untuk berunding dengan Pejabat Tanah Jajahan tentang pelaksanaan dasar pengagihan kuasa pusat yang tidak memuaskan. c. parit dan tali air menjadi tanggungjawab negeri manakala jabatan-jabatan penting seperti perkhidmatan kereta api. 1925 a. Ketua pengawalan Jabatan Pertanian dan Jabatan Perhutanan. 9 . gaji pembesar dan sultan. Jawatankuasa ini masih mempunyai beberapa kelemahan. Perkara yang berkaitan dengan pentadbiran Persekutuan dibiayai oleh kerajaan Persekutuan. ii. kastam dan eksais serta pos dan telegraf diletakkan di bawah penguasaan Persekutuan kerana mempunyai kepentingan umum. pelajaran. Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan ketua-ketua Jabatan. iii. sementara jabatan-jabatan negeri dibiayai oleh kerajaan negeri. beliau tidak lagi menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. c. Ini disebabkan penghapusan jawatan Ketua Setiausaha akan menyebabkan kuasa beliau akan diambil alih oleh Pesuruhjaya Tinggi di Singapura. iii. Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan dipindahkan kepada kawalan Kerajaan Inggeris negeri. Oleh itu. antaranya.ii. iaitu kedudukan Sultan gagal dipulihkan dan Sultan masih tidak mempunyai pengaruh politik dalam pentadbiran negeri. Semua Jabatan seperti pertanian. Hal-hal kewangan dibahagikan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaankerajaan Negeri. b. Seperkara lagi yang menjadikan cadangan-cadangan Guillemard itu tidak terlaksana dengan baik ialah sewaktu cadangan itu diluluskan. Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan kuasanya diagihkan kepada Residen-residen dan Majlis-majlis Negeri. cadangan-cadangan Guillemard itu tidak banyak mencapai kejayaan kerana adanya bantahan-bantahan terutamanya daripada para pedagang dan pelombong Eropah dan Cina. seorang yang tidak begitu menyokong dasar pengagihan kuasa pusat. iv.

Semua jabatan harus ditadbir oleh kerajaan Inggeris negeri kecuali Jabatan Perkhidmatan Kereta Api. MMP akan membuat undang-undang tetapi Rang Undang-undang mestilah ditandatangani oleh Raja-raja untuk dikuatkuasakan. Cadangan-cadangan perubahan perlembagaan dikuatkuasakan setelah ditandatangani oleh Sultan-sultan pada 24 April 1927. Mereka diganti oleh 4 orang Melayu sebagai wakil Sultan. ii. Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan digantikan dengan Setiausaha Persekutuan yang mempunyai kedudukan lebih rendah daripada Residen. Rang Undang-undang yang dibuat oleh MMP tidak dapat dijadikan undang-undang sebelum ditandatangani oleh Sultan-sultan tetapi mereka tidak mempunyai kuasa pembatal. Jabatan Kastam dan Jabatan Pos. v.d. Seramai 13 orang ahli rasmi yang dilantik daripada ketua-ketua jabatan dan 11 orang ahli tidak rasmi yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan wakil-wakil kaum. e. Antara perubahan-perubahan perlembagaan yang dicadangkan ialah: i. iii. Majlis Mesyuarat Negeri akan diberi kuasa yang lebih ke atas kewangan. Langkah-langkah Pengagihan Kuasa Pusat (Desentralisasi) Tahun 1930-an (10 m) i Cadangan Sir Clementi a. Cadangan-cadangan Guillemard tidak dilaksanakan oleh Kerajaan Inggeris tetapi berkompromi dengan pihak Sultan dengan mencadangkan penyusunan semula Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) pada tahun 1925. Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli dalam MMP. Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha dikehendaki mengadakan perbincangan dengan Raja-raja tentang polisi kerajaan dari semasa ke semasa. Sir Hugh Clifford yang menggantikan Sir Lawrence Guillemard pada tahun 1927 sebagai Pesuruhjaya Tinggi gagal melakukan sebarang usaha untuk mengagihkan kuasa pusat. f. Oleh itu. Contohnya. B. Kesatuan Kastam telah dibentuk bagi membantu kemajuan perdagangan antara negeri-negeri Melayu Bersekutu. vi. Walaupun perubahan-perubahan yang dicadangkan oleh Guillemard memperlihatkan sedikit kemajuan dalam kedudukan Sultan-sultan. tetapi kedudukan Sultan-sultan tidaklah terlalu banyak dipulihkan. iv. tandatangan Sultan-sultan itu tidak lebih sebagai ‘formality’ sahaja. g. Beliau berpendapat bahawa proses desentralisasi hanya tindakan sia-sia kerana ia tidak menjamin dapat melindungi kepentingan orang Melayu. 10 . Persidangan Raja-raja atau Durbar dipulihkan kembali. Majlis Mesyuarat Persekutuan diperbesarkan dengan ahli-ahlinya bertambah menjadi 24 orang. Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

Hasilnya. c. ii. Ukur. Kesihatan. Pada tahun 1932. Majlis ini juga diberi kuasa tambahan terutamanya kewangan. Perlombongan dan Jabatan Kerja Raya telah dipindahkan dari kawalan Kerajaan Pusat kepada kawalan Kerajaan Negeri. Jabatan Perhutanan dan Pertanian. pentadbiran dan menggubal undang-undang negeri masing-masing. Cadangan dan laporan Wilson telah dihantar ke Parlimen Inggeris. 11 . jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan digantikan dengan Ketua Setiausaha Persekutuan. cadangan tersebut ditentang oleh golongan peniaga Cina dan Eropah serta pemerintah di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pendidikan. Kesatuan Kastam perlu dihapuskan. rancangan pengagihan kuasa pusat ini terpaksa dihentikan apabila Jepun menyerang Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua (1941-1945) Penutup (2/3 m) Pada keseluruhannya. Sementara Jabatan Polis. Pengagihan Kuasa Pusat 1920-an dan 1930-an gagal dilaksanakan oleh Inggeris. Namun. memaksa Clementi menarik balik cadangan bagi mengagihkan kuasa pusat. Kerajaan negeri tidak dibenarkan mengutip cukai dan hasil sendiri. berlaku kekosongan kuasa di Tanah Melayu untuk satu tempoh masa yang telah memberi peluang kepada pihak komunis berkuasa. pengagihan kuasa pusat mula dilaksanakan secara berperingkat mulai Ogos 1934. Selepas pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu 1945. Pada tahun 1941. Peniaga Cina bimbang mereka akan dikuasai oleh kerajaan Inggeris negeri yang dipimpin oleh orang-orang Melayu. sehinggalah Inggeris kembali semula dengan satu Perlembagaan baru iaitu Malayan Union. Cuma beliau berpendapat. iaitu Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan ke Tanah Melayu bagi mengkaji usaha pengagihan kuasa pusat. Majlis Mesyuarat Negeri telah diperbesarkan dengan melantik ahli-ahli tidak rasmi yang terdiri daripada bangsa Eropah. Cadangan Sir Samuel Wilson a.b. d. e. Kastam. Cina dan India. Kerajaan Inggeris telah menghantar Sir Samuel Wilson. Sir Samuel Wilson telah menyediakan satu laporan lengkap yang menyatakan persetujuannya terhadap rancangan yang dikemukakan oleh Clementi. tetapi diberi pemberian tahunan oleh Kerajaan Pusat. Selepas tahun 1939. b. Pada tahun 1935. Sultan di Negeri-negeri Melayu turut menyatakan sokongan Clementi. tiada sebarang langkah yang berkesan diambil untuk mengagihkan kuasa pusat. Hasil tentangan tersebut. Buruh dan Pertahanan diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Pusat. Pada tahun 1939. Sultan di Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu turut bimbang dengan penubuhan Kesatuan Tanah Melayu yang akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa autonomi dalam pemerintahan.

Dengan pengisytiharan darurat. British dapat mengambil langkah yang lebih kemas dan licin bagi membendung kegiatan dan pengaruh PKM. Darurat merupakan satu tempoh penting yang telah meninggalkan kesan-kesan tertentu ke atas perkembangan politik. PKM bertindak sedemikian setelah gagal mengambil alih kuasa pemerintahan menerusi perjuangan secara berperlembagaan. Bagi membanteras pengaruh PKM dan mewujudkan semula keamanan.E Hall dalam bukunya History of South-East Asia menyatakan bahawa pengisytiharan darurat oleh kerajaan British telah memberi kesan kepada sosio-politik British di Tanah Melayu.G. Langkah pertama British ialah mengharamkan PKM dan mengawal kegiatan Kesatuan-kesatuan Sekerja yang menganut ideologi komunisme. British juga telah menangkap pemimpinpemimpin berhaluan kiri dan membubarkan parti-parti politik 12 . Isi (20 m) A. Pengenalan (3/2 m ) Parti Komunis Malaya (PKM) di bawah pimpinan Chin Peng telah melancarkan pemberontakan bersenjata pada tahun 1948 yang bertujuan menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah Republik Komunis di Tanah Melayu. Kesan politik a. kerajaan British telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948. PKM telah diharamkan pada tahun 1948. D. sosial dan ekonomi Tanah Melayu.Soalan 4 Bincangkan kesan-kesan darurat di Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga tahun 1960. Manakala Kesatuan Sekerja yang tidak menganut fahaman komunisme diberikan latihan-latihan untuk membendung fahaman komunisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.

13 . Ini memberi ruang kepada para nasionalis tempatan menyusun bentuk kerajaan seperti mengadakan pilihanraya. b. Pada tahun 1952. c. langkah-langkah rundingan ke arah kemerdekaan telah diatur sehingga Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 31 Ogos 1957. tercetus permusuhan dan sentimen perkauman antara orang Melayu dan Cina. b. Justeru. Justeru. Gerald Templer telah membuat pindaan dalam syarat-syarat kewarganegaraan. darurat membawa banyak penderitaan kepada penduduk di Tanah Melayu. Undang-Undang Darurat menyebabkan ramai orang yang tidak bersalah telah ditangkap. Pilihanraya Kebangsaan yang pertama pula telah diadakan pada tahun 1955. Mereka hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu oleh komunis. Terdapat sembilan orang ahli bertaraf Menteri dalam Sistem Ahli ini. sebuah parti politik Cina. Seterusnya. c. Joginder Singh Jessy dalam Sejarah Tanah Melayu menyatakan bahawa kesan daripada pengisytiharan darurat pada Jun 1948 ialah timbul masalah perkauman yang semakin serius. kerajaan British telah mengambil beberapa langkah untuk mempercepatkan proses ke arah berkerajaan sendiri. Di sebalik pengharaman parti-parti anti-British. Sistem Ahli telah memberi pengalaman dan latihan kepada pemimpinpemimpin tempatan dari pelbagai kaum dalam hal-ehwal pentadbiran. d. Menyedari rasa tidak puas hati penduduk Tanah Melayu dan sebagai usaha menghadapi ancaman komunis. Dalam pilihanraya tersebut. Ini disebabkan pasukan tentera yang dibentuk oleh kerajaan untuk menentang komunis terdiri daripada orang Melayu. Beliau berpendapat bahawa kesetiaan orang Cina mesti diperoleh sebagai satu cara untuk melemahkan PKM. Perkembangan ini membawa kepada penubuhan Malayan Chinese Associations (MCA). Pilihanraya Majlis Bandaran Pulau Pinang telah diadakan pada tahun 1951 dan Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun berikutnya. Ekoran daripada itu. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Malayan Democratic Union (MDU). kedua-dua parti ini telah bergerak berhati-hati dan mengambil sikap bekerjasama dengan British dalam usaha membanteras kegiatan komunis di Tanah Melayu. Darurat telah mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu. B. kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1951. Dari segi sosial. Mereka diberi tanggungjawab menjalankan tugas-tugas di beberapa jabatan kerajaan. Kesannya. kerajaan British telah menggalakkan penubuhan parti-parti politik bersikap sederhana.berhaluan kiri yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Sedangkan kebanyakan ahli komunis terdiri daripada orang Cina yang tinggal di pinggir-pinggir hutan. Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UMNO-MCA-MIC telah berjaya membentuk kerajaan dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Angkatan Pemuda Insaf (API). antara tahun 1952 hingga 1957. Pergerakan MCA dan UMNO dikawal oleh British supaya sentiasa mengikut panduan yang dikehendaki. Sebagai langkah menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Tambahan pula. Kesan sosial a.

Kesan daripada darurat juga British telah mengubah sistem pendidikan di Tanah Melayu bagi menyekat kemasukan dan perkembangan sistem pelajaran dari China dan India ke Tanah Melayu. Bedford dan Birmingham supaya guru-guru ini tidak terikat dengan semangat kenegerian. perhubungan dan kawalan keselamatan. Ekonomi Tanah Melayu hanya bergantung kepada sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah telah terjejas teruk. Banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk mengembalikan keamanan. d. 14 . Kesan ekonomi a. C. Langkah ini bertujuan memupuk rasa taat setia orang Cina dan India kepada pemerintahan British di Tanah Melayu. British telah memperkenalkan skim latihan guru yang membolehkan beratus-ratus orang guru mendapat latihan khusus di Liverpool. Kerajaan menubuhkan RIDA (Rural Industrial Development Authority) pada tahun 1950 bertujuan memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutamanya orang Melayu. Dianggarkan bahawa kira-kira RM300 000 sehari dibelanjakan semata-mata untuk membanteras kegiatan komunis demi keselamatan harta dan nyawa rakyat. Ini adalah kesan daripada pemerintahan Gerald Templer. Tanah Melayu mengalami kemelesetan ekonomi. g.H. Bagi mengurangkan perselisihan kaum. c.2 juta orang berbanding 307.Mill dalam bukunya British in Malaya menyatakan penduduk Tanah Melayu mula menentang British melalui pertubuhan-pertubuhan politik masing-masing. E. Darurat menyebabkan segala rancangan pembangunan ekonomi terbantut. pemberian elaun dan bantuan perumahan kepada setinggan. Pelaksanaan Rancangan Briggs semasa darurat menyebabkan kemunculan Kampung-kampung Baru yang dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan awam seperti balai polis. Cina dan India iaitu Dato’ Onn Jaafar.C Thuraisingham dan Tan Cheng Lock telah bersepakat menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kaum pada 10 Januari 1949. Darurat turut memberi kesan ke atas ekonomi negara dan penduduk Tanah Melayu. Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai pengerusi pertama RIDA. perdagangan antarabangsa terbantut dan rakyat hidup menderita.E. Jawatankuasa ini bertujuan mengurangkan ketegangan kaum. pemimpin-pemimpin Melayu. f. Kesan berikutnya ialah darurat telah merenggangkan hubungan antara kerajaan British dengan penduduk Tanah Melayu secara keseluruhannya. memelihara kerjasama antara kaum serta memulihkan keamanan di Tanah Melayu.bilangan orang Cina yang mendapat taraf kewarganegaraan telah meningkat sehingga 1. Langkah ini bertujuan menyekat dan memutuskan rangkaian Min Yuen terutamanya dalam kalangan setinggan-setinggan Cina dengan komunis di pinggir-pinggir hutan. e. Berdasarkan Laporan Tahunan 1950. kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM7 juta untuk membiayai program penempatan semula. A. Templer sering bertindak tegas sehingga menyebabkan penduduk Tanah Melayu tidak mematuhi dasar pemerintahan British.000 orang pada tahun 1952. Tanah Melayu mengalami defisit sebanyak RM146 juta pada tahun 1953. Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu (1952-1954). b.

Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pendahuluan (3/2 m) Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey. Pada tahun 1947 Sir Malcom MacDonald. Kesimpulan (2/3) Pemberontakan bersenjata PKM gagal mencapai matlamatnya. Masalah yang sama turut berlaku di Singapura. Tunku sekali lagi mencadangkan penubuhan Malaysia. Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Isi (20 m) Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia 1. a. Soalan 5 Huraikan faktor-faktor pembentukan Gagasan Malaysia pada tahun 1963. lombong dan balai polis menjadi sasaran komunis. Singapura dan Borneo. Contohnya. Darurat ditamatkan pada tahun 1960. politik dan sosial. iaitu pada 27 Mei 1961. sekatan jalan raya dan catuan bekalan makanan telah dijalankan bagi menyekat pergerakan Min Yuen di pinggir hutan. Pengaruh komunis semakin lemah selepas Rundingan Baling pada tahun 1955. Selangor dan Pahang. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahuntahun 1950-an. di samping terdapatnya serangan ke atas pegawai keselamatan dan orang awam. Cadangan ini telah disambut baik oleh kerajaan British kerana tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang kuat dari segi ekonomi. Darurat membuka ruang kepada orang Melayu bersatu sebagai persiapan ke arah berkerajaan sendiri dan mendapatkan kerjasama orang Cina dan India. Kompromi antara ketiga-ketiga kaum terbesar ini telah membentuk Parti Perikatan yang berjaya membentuk kerajaan. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja. kerajaan telah menguatkuasakan perintah berkurung di Perak. Konsep negara berbentuk persekutuan semakin menarik perhatian apabila Tunku mencadangkan penubuhan Malaysia dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955. Darurat telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu. Di bawah perintah berkurung. iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan Tanah Melayu. Seterusnya Tunku Abdul Rahman telah mengepalai usaha sehingga Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Rakyat hidup sengsara akibat keganasan komunis sepanjang darurat. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak ke 15 . Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Perkembangan politik di Singapura. Perlaksanaan Undang-Undang Darurat telah mendatangkan kesukaran kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti harian. Ladang.d. Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara mencadangkan idea yang sama.

Mempercepatkan proses kemerdekaan b. pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila darurat diisytiharkan. Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). a. pihak British bimbang dengan ancaman komunis dari Indnesia. Tanah Melayu. Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun lagi. 2. Sarawak. Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani. Sarawak dan Singapura. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat. Selain itu. Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi politik dan sebagainya. Singapura dan negeri-negeri Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang. kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku. Oleh itu. 16 . 3. Kejayaan golongan komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Oleh itu. Kebimbangan semakin memuncak apabila pengaruh PKI mula merebak ke Brunei. a. b. iaitu British. Kerajan British telah melancarkan “operasi pisang” bagi membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk menentang Inggeris. PAP akhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim dan Anson. Ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam satu sistem pentadbiran yang sama. Parti Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingan dan kedudukan British di Sarawak. Semua ini telah mendorong kepada pergabungan dalam Malaysia. Perkembangan politik di Sarawak. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu.Tanah Melayu. Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah. Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan golongan tersebut dari PAP. Namun. Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Jika Sabah. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina. Malahan negeri-negeri ini mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa pentadbiran British. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut pada tahun 1947.

dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak. manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di samping itu. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Selain itu. Sabah. pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Brunei dan Singapura bersedia menyertai Persekutuan Malaysia. penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan. Tunku sedar bahawa kemasukan Singapura akan menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Sarawak. a. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Tunku berpendapat adalah perlu Sabah. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat dipercepatkan. Brunei pula diperintah oleh seorang sultan. Keseimbangan Kaum. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah. Walau bagaimanapun. 4. Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negerinegeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur. Ini disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina. Kerjasama Ekonomi antara wilayah a. 17 . Sarawak. 5. Sarawak dan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia. Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Tanah Melayu. orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India. Tanah Melayu. Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan legislatif yang semuanya dilantik oleh gabenor. Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu. c. Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan keseimbangan komposisi kaum. Keadaan ini akan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang.b. Sabah dan Sarawak. Kesimpulan Kesimpulannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan 1963. Di Brunei pula pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962. Orang Melayu berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar oleh kaum Cina. Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Singapura . Oleh itu. sedangkan di Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat dalam kegiatan perdagangan. tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya.

Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu disebut sebagai ‘doktrin pengasingan kuasa’.Soalan 6 Huraikan sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga 1963.iaitu badan perundangan (legislative). Isi (20 m) A. Pendahuluan (3/2 m) Pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan setelah dijajah selama hampir 450 tahun oleh penjajah Barat dan Jepun. Badan Perundangan atau Parlimen i) Yang Di Pertuan Agong 18 . Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan 1. Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. badan eksekutif (executive) dan badan kehakiman (judicial). sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat . Demokrasi berparlimen ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihan raya dan bertanggungjawab kepada rakyat. Selepas mencapai kemerdekaan. Secara amnya.

Mereka dipilih secara bergilir-gilir pada setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan 9 orang Sultan atau Raja Melayu. • • • ii) Dewan Negara a. Dalam melaksanakan kuasa pemerintahan. • • • • • • Kuasa Yang Di Pertuan Agong : Melantik Perdana Menteri Mengisytiharkan pembubaran pembubaran parlimen parlimen atau tidak memperkenankan Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat dengan persetujuan Jemaah Menteri Bertanggungjawab melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan keistimewaan. Tugas utamanya ialah membahas rang undangundang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat. Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 19 . b. Pulau Pinang.a. iaitu mewakili semua negeri dalam persekutuan serta dilantik daripada kalangan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. kedudukan dan kemuliaan Rajaraja Melayu. Wilayah Persekutuan. Pada prinsipnya ia merupakan majlis tertinggi parlimen. Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua agama Islam bagi Pulau Pinang. iaitu lebih tinggi tarafnya daripada Dewan Rakyat. Melaka. Raja Berpelembagaan merupakan Ketua Negara. Yang Di Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. kehormatan. Keahlian Dewan Negara terdiri daripada pelbagai golongan. Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Sabah dan Sarawak. Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka. Sabah.

Mempunyai 69 orang ahli. iaitu 2 orang untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang bagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. Dewan Negara hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan itu daripada dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda. Dewan Rakyat pertama kali ditubuhkan selepas pilihan raya 1959. kematian atau hilang kelayakan. Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun dan tamat apabila parlimen dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong. d. c. d. c. manakala rang undang-undang lain selama satu tahun. disabitkan dengan sesuatu kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah. Rang undang-undang kewangan hanya boleh ditangguhkan selama satu bulan. memegang jawatan bergaji. Seseorang ahli boleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi ahli Dewan Rakyat dengan mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.b. iii) Dewan Rakyat a. Jika berlaku sebarang kekosongan dalam Dewan Rakyat yang disebabkan oleh perletakan jawatan. diisytiharkan muflis yang belum lagi dibebaskan. Anggota Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang. iaitu ahli yang dipilih oleh setiap Dewan Undangan Negeri dan bilangannya ialah 2 orang bagi setiap negeri. Tiga ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong. Seseorang dianggap hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat jika diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal. Sama taraf dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh dilantik sebagai Menteri. Keahliannya dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan. maka kekosongan tersebut 20 . Dewan Rakyat terdiri daripada 193 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan bilangannya ialah 40 orang. gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan dan memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan membuat pengakuan taat setia kepada negara asing itu. b. Anggota Dewan Negara dikenali sebagai Senator dan berkhidmat sebagai anggota dewan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula untuk 3 tahun lagi.

terdapat juga kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya Arkib Negara Malaysia dan Muzium di bawah Kementerian Kebudayaan. menteri-menteri. memimpin kerajaan. Badan Eksekutif i) Jemaah Menteri atau kabinet a Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif. Selain itu. Tugas utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan semua perkara dan memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan melaksanakan dasar-dasar tersebut.hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku kekosongan itu di Semenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak. Setiap ahli Dewan Rakyat dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada negara dan perlembagaan sebelum mengambil tempat dalam dewan. pegawai kementerian dan kakitangannya yang dikenali sebagai pegawai kerajaan. Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjaya dilantik. Satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut. Misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. c. b. negeri dan daerah. Suruhanjaya Undang-undang dan Kehakiman. Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan. Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat. 3. d. Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh Timbalan Menteri. Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri. timbalan-timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen untuk membantu beliau dalam melicinkan urusan pentadbiran kerajaan. Ketua Setiausaha Kementerian. e. Badan Kehakiman 21 . Tugas Timbalan Perdana Menteri ialah membantu Perdana Menteri dan menjalankan tugas-tugas itu semasa Perdana Menteri bercuti atau berada di luar negara. Setiausaha Politik. Setiausaha Parlimen. menjalankan pentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan. Kesenian dan Pelancongan dan mempunyai Ketua Pengarah. 2. Tugas utama Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet.

b. b. Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia. kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Borneo serta tujuh orang hakim Mahkamah Agong. Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu. Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang digelar hakim. Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas keputusan semua kes sivil dan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dari Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. ii) Mahkamah Tinggi a. Mengandungi Ketua Hakim Negara. memutuskan pertikaian di antara kerajaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan atau di antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di Pertuan Agong dalam soal menguatkuasa mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. 22 . menentukan sah undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.i) Mahkamah Agong/Persekutuan a. Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar dan menentukan rayuan-rayuan kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Keputusan sivil dan jenayah Mahkamah Tinggi boleh dikemukakan untuk rayuan kepada Mahkamah Agong. Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. Biasanya kes-kes jenayah yang terletak di luar bidang kuasa pengadilan Mahkamah Rendah sahaja dibawa kepada Mahkamah Tinggi untuk pengadilan. Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panel mengandungi tiga orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara. iii) Mahkamah Rendah a. Terdiri daripada Mahkamah Sesyen. rayuan dan pengawasan. Beliau mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup. Mempunyai kuasa pengadilan asal. Mempunyai kuasa yang tidak terhad dalam menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal.

000. doktrin pengagihan kuasa tiga badan yang telah ditentukan seharusnya dipatuhi dan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana badan tersebut. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan semuanya ditentukan oleh perlembagaan. Mahkamah ini mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah wang yang tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit. Dalam kes jenayah. Jelasnya. Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum yang ada. Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada RM1000 atau kedua-dua sekali. Dipengerusikan oleh seorang majistret yang dilantik oleh Raja atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeri tempat majistret itu berkhidmat. Mahkamah Majistret pula ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil. Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti menyebut kes-kes dan membenarkan jaminan. sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi. d. Kesimpulan Secara amnya. 23 . Mahkamah Majistret Kelas Satu boleh membicarakan kes sivil yang nilai harta dalam perbicaraan tidak lebih daripada RM25.b. c. Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagi kesalahan itu tidak lebih daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja. Mahkamah Majistret terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah Majistret Kelas Satu dan Mahkamah Majistret Kelas Dua. mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kes yang hukuman maksimum bagi kesalahan itu tidak melebihi 10 tahun penjara atau dihukum denda sahaja.

Kedudukan pembesar ini sangat penting 24 . Pendahuluan (2/3m) Institusi pemerintahan di rantau Asia Tenggara. Asia Selatan dan Asia Timur bukan sekadar mengandungi raja dan maharaja yang berada di kemuncak. Pembesar bermakna pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja dan maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya.Soalan 7 Bincangkan sistem pembesar yang diamalkan di Indonesia dan di Vietnam sebelum kedatangan kuasa Barat. tetapi ia disokong oleh institusi pembesar. Kelompok pembesar inilah yang melaksanakan tugas-tugas pemerintahan.

dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja dan maharaja. Ketua-ketua Quan terdiri daripada kalangan yang menerima pendidikan Confucius dan turut bertindak sebagai pembesar mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran kerajaan. Dalam konteks yang lebih luas. Laksamana. 25 . semasa pemerintahan dinasti Nguyen. Upacara. Golongan ini juga turut dilantik sebagai pembesar daerah seperti Teungku Raja Pakeh Dalam yang memegang daerah Pidie. Kewangan. Maharaja yang bertindak sebagai ketua kerajaan akan dibantu oleh enam kementerian (Quan) iaitu Hal Ehwal Awam. B. Sistem Pembesar di Vietnam a. Kehakiman. dan Peperangan. b. pengawal ibu kota serta bertanggungjawab memimpin peperangan. Uleebalang kemudiannya muncul sebagai golongan yang dihormati dan dianggap pemimpin dalam masyarakat. terdapat jawatan Uleebalang yang juga dianggap sebagai satu jawatan dalam sistem pembesar dan menjadi tunjang kekuatan kerajaan yang penting. Antara jawatan pembesar yang penting ialah Maharaja. kedatangan kuasa Belanda dan Perancis telah mengubah sistem pembesar di kedua-dua buah negara ini. Malah antara tahun 1830-an hingga 1870-an. Di Vietnam. Ini disebabkan sewaktu upacara-upacara rasmi. Paduka Tuan dan Bendahara. Sumbersumber Barat menyatakan bahawa pasukan Uleebalang di Aceh telah dilengkapi dengan kelengkapan ketenteraan terbaik dan setanding dengan tentera Barat. c. Quan yang penting ialah Quan Awam yang mempunyai taraf yang tinggi berbanding Quan-quan lain. gabungan Uleebalang seramai 12 orang bagi mempertahankan Aceh daripada serangan Belanda telah dibentuk. Di Indonesia dan Vietnam. Reynaldo Ileto yang melihat perkembangan abad ke-19 di Aceh mengatakan bahawa Uleebalang merupakan pemimpin peperangan yang menjawat jawatan tersebut secara pewarisan. Mereka akan melalui peperiksaan perkhidmatan awam Confucius dan kemudiannya dilantik oleh Maharaja. golongan Uleebalang di Aceh mempunyai peranan yang cukup luas. Mereka bertindak sebagai pengawal raja. Sistem Pembesar di Indonesia (10m) a. bergantung kepada kebolehan serta pengalaman seseorang. d. Kerja Raya. A. Menjawat kedudukan Uleebalang merupakan satu pencapaian yang tinggi. Uleebalang ini dipertanggungjawabkan mengawal diri raja sebagaimana peranan pengawal peribadi kepada tokoh-tokoh politik tertentu hari ini. Rendah sedikit daripada jawatan ini termasuklah Uleebalang (military campions) yang mengandungi beberapa lapisan. uleebalang akan duduk di bahagian kanan raja sementara di bahagian kiri akan diisi oleh kajuran. satu bentuk pemerintahan yang sistematik telah disusun. Malah perkembangan abad ke-19 dan awal abad ke-20 turut menyaksikan betapa peranan Uleebalang ini begitu penting dalam menyatukan masyarakat Aceh yang sedang menghadapi tentangan Belanda. Di Indonesia iaitu dalam kerajaan Aceh. Berdasarkan pandangan ini. Uleebalang juga bertanggung jawab penuh menjaga keselamatan raja sewaktu raja berada di luar istana.

manakala bahagian bawah diisi oleh anak-anak tempatan yang berpendidikan Perancis. Mereka mendapat sokongan dan sanjungan serta dihormati oleh rakyat. Oleh itu salah satu golongan mesti dilemahkan dan pilihan dilakukan terhadap golongan Uleebalang. Golongan Quan atau Mandarin mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh. Mereka dianggap penjamin dan penegak keadilan. e. Keadaan ini telah menghancurkan struktur pemerintahan tradisional Vietnam. tidak semuanya menjalankan tugas dengan amanah dan jujur. menjalankan upacara-upacara keagamaan serta adat istiadat. Perancis telah mengisi pentadbiran kerajaan bahagian atas dengan pegawai Perancis. baginda telah menamatkan keistimewaan yang dipegang oleh golongan bangsawan dan raja. Walaupun kuasa politik ada pada golongan Quan atau Mandarin dan kepimpinan mereka diperakui oleh masyarakatnya. Terdapat segelintir Quan yang mengambil rasuah berupa ‘hadiah’ apabila mengendalikan sesuatu kes yang melibatkan undang-undang. d. Mereka juga merupakan pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman. Oleh itu. Sebuah Majlis Tertinggi (Noi-Cac) yang dipengerusikan oleh maharaja serta enam orang menteri kanan turut dibentuk. Penutup (3/2m) Belanda menyedari bahawa golongan uleebalang dan ulama merupakan tunjang kekuatan Aceh. selagi wujud ketenteraman dan penguatkuasaan undang-undang di kampung. c. Tindakan Belanda ini telah menghapuskan peranan serta kedudukan tradisi golongan Uleebalang di Aceh. Majlis ini bukan hanya bertanggungjawab memberikan pandangan kepada maharaja dalam semua hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan malah lebih penting lagi.b. Dalam soal ini. Mereka melaksanakan tugas-tugas maharaja. 26 . Para pembesar di peringkat daerah bertanggungjawab untuk mengutip cukai. Satu perjanjian telah dilakukan antara Belanda dan golongan Uleebalang. kerajaan pusat tetap memberikan kebebasan kepada pembesar untuk melaksanakan pentadbirannya. Terdapat juga pembesar yang menindas rakyat dengan merampas tanah mereka. pada zaman pemerintahan Maharaja Gia Long. mengambil dan melatih tentera dan bertanggungjawab dalam soal kehakiman. ia menjadi medan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian. Hal ini dilakukan demi menjaga kebajikan rakyat dan pemerintahannya. Pembesar yang paling rendah sekali ialah pembesar yang berkuasa di peringkat komun (kampung). Kehadiran kuasa Perancis di Vietnam juga telah membawa perubahan. Golongan ini tidak lagi memiliki ladang yang besar dan hak memungut cukai.

upacara. Hukum adat meliputi segala aspek seperti perlakuan.Soalan 8 Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat. Pengenalan (3/2 m) Adat bermaksud peraturan yang diamalkan secara turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga dianggap hukum yang harus dipatuhi. 27 . Hukum adat diwujudkan untuk mengekalkan keharmonian dan menjamin keamanan semua ahli dalam sesebuah wilayah atau negara.

Perbuatan ini dilakukan untuk mengelakkan ibu-bapa menanggung penderitaan seperti pemberian dowri iaitu mahar atau mas kahwin yang akan dibayar oleh pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki. Unsur ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah mendorong terbentuknya adat yang melarang rakyat jelata menatap muka raja. Isi (20 m) A. c Amalan Thuggee pula merupakan satu aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang menjadi amalan tradisi kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat di India dan di Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat. d Amalan membunuh bayi perempuan juga merupakan amalan tradisi masyarakat India. 28 . Kysatria (perwira. Vaisya pedagang) dan Sudra (rakyat biasa). B. aristokrat). Hal ini menjadi tanda bahawa Raja Thailand mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Menurut amalan ini balu-balu Hindu dikehendaki membakar diri sendiri bersama-sama mayat suami semasa upacara pengkebumian dijalankan. Lazimnya mereka dikehendaki memakai sari yang berwarna putih supaya dapat dikenali sebagai wanita yang telah kematian suami atau balu. b Amalan Suttee merupakan pengorbanan diri oleh wanita-wanita atau balu yang kematian suami. Adat yang diamalkan oleh masyarakat India (10m) a. menjadi amalan masyarakat Hindu di India membersihkan diri di Sungai Ganges bagi menghapuskan dosa yang pernah dilakukan oleh mereka. Adat yang diamalkan oleh masyarakat Thailand a. Tindakan ini dilakukan sebagai bukti kesetiaan seorang isteri terhadap suami sehingga sanggup sehidup semati.tatacara kehidupan dan larangan-larangan tertentu. wujud larangan terhadap masyarakat India daripada makan daging lembu. Golongan Brahmin dianggap sebagai golongan paling mulia manakala golongan Sudra adalah golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat. g Penganut agama Hindu juga menganggap Sungai Ganges sebagai sungai yang suci. Terdapat empat sistem kasta yang utama iaitu Brahmin (sami). Justeru. Menurut sistem kasta di India. Mereka bertindak ganas dengan mencekik mati pengembara atas nama Dewi Kali. e Amalan melarang balu-balu yang kematian suami berkahwin dengan lelaki lain sebagai tanda kesetiaan kepada suaminya. Pelaksanaan Hukum Adat di India adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hindu yang begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya. Seseorang yang memandang wajah raja akan dijatuhkan hukuman dengan membutakan matanya. masyarakat dibahagikan mengikut golongan tertentu bertujuan untuk menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Sebagai haiwan suci. f Adat masyarakat India juga dikaitkan dengan dengan unsur-unsur ketuhanan yang mana lembu sangat dimuliakan.

Putera Wengsiang Tseng Kuo-fan dan Li Hung-Chang. tidak sepenuhnya adat yang diamalkan oleh mereka dihapuskan sama sekali. Amalan ini juga akan dilakukan oleh orang asing yang mengadap Raja Siam.b. Namun begitu. Amalan menyembah raja secara bersujud sebagai tanda penghormatan dan taat setia sepenuhnya kepada raja yang memerintah. Sebaliknya. Di Thailand juga Raja tidak dibenarkan keluar di khalayak ramai kecuali jika ada perarakan di raja untuk menjaga kemuliaan baginda sebagai pemerintah yang dihormati dan dimuliakan oleh rakyat. Soalan 9 Huraikan kesan-kesan sosioekonomi selepas campur tangan Barat ke atas China dan Myanmar pada abad ke-19. c. d. Menurut adat ini suami atau bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai simbol kekayaan miliknya. Terdapat adat yang disesuaikan dengan unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasa pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. f. Kesimpulan Kedatangan kuasa-kuasa Barat telah mengubah beberapa amalan adat yang sekian lama menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand. Hasi kesedaran ini maka mereka memulakan pembaharuan ekonomi dan sosial untuk memajukan China . e. isteri-isteri Raja Thailand tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan istana dan mereka juga tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki lain meskipun tidak lagi menjadi isteri raja. Mengikut adat. di India penghapusan adat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terhadap Inggeris yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857. 29 . Pendahuluan (3/2 m) Kekalahan China dalam Perang Candu dan Arrow telah memberi satu pengajaran kepada pemerintahan China. Hal ini telah disedari oleh pemimpin seperti Putera Kung. Terdapat amalan menjual isteri dan anak untuk dijadikan hamba dalam adat masyarakat di Thailand. Terdapat juga adat yang mana golongan Khunnang tidak dibenarkan memakai baju semasa mengadap raja.

dan petani.000 orang pada tahun 1900 an. Kemasukan orang India membolehkan mereka menjadi pengusaha dan kapitalis. iii) Perubahan Pelajaran 30 . i) Kesan-kesan sosioekonomi di Myanmar (10m) Pertambahan penduduk a. untuk dijadikan buruh-buruh bergaji rendah. Mereka memberi pinjaman kepada petani-petani dan apabila mereka tidak berjaya membayar hutanghutang itu. Kegiatan mubaligh Inggeris berjaya mengkristiankan puak Karen. Mereka telah diperkenalkan dengan kebudayaan Barat. Peperangan Inggeris-Burma Ketiga telah memberi kesan buruk kepada Myanmar yang kehilangan wilayah dan keagungan raja Myanmar. British telah menggalakkan kemasukan mereka terutama orang-orang salah. Pada tahun 1824 jumlah penduduk Myanmar ialah 4 juta orang dan pada 1870 an menjadi 6.3 juta. Sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh pergerakan kristian digalakkan kerana dengan cara ini dapat mengembangkan kebudayaan Inggeris kepada orang-orang Myanmar. Ia berlaku kerana langkahlangkah kerajaan yang dapat meningkatkan kemudahan kesihatan dan membasmi penyakit. Ketika pemerintahan British kebudayaan dan kesenian orangorang Myanmar mulai mengalami perubahan akibat kemasukan orang-orang India dan Inggeris. b. Ia berlaku disebabkan perpindahan petani-petani dari Myanmar Utara ke Myanmar Selatan. Mereka juga menjadi peminjam-peminjam wang (ceti) yang bermula sejak 1850 an. Barat menggalakkan kegiatan kebudayaan Barat dan agama Kristian. A. tanah-tanah mereka akan dirampas. peladang. Perpindahan ini bertujuan untuk membuka tanah-tanah pertanian baru yang digalakkan oleh pemerintah British.Program ini terkandung dalam gerakan memperkuatkan diri (Yang Wu Movement atau Self-Strengthening). ii) Kemerosotan kebudayaan Myanmar a. Pertambahan penduduk terutama di bahagian Myanmar (Burma) Selatan. Pertambahan penduduk Myanmar juga disebabkan oleh kemasukan orang-orang India. aktiviti mereka disekat dan diletakkan di bawah kekuasaan mahkamah. Tatatertib dan kesetiaan mereka terhadap ajaran Buddha dan kuil mulai longgar. Kemasukan mereka juga dilakukan oleh badan-badan dalam setahun kira-kira 15 000 orang India masuk. Pentadbiran Inggeris telah membangunkan sosio-ekonomi Myanmar mengikut pendekatan Barat dan ia banyak memberi kesan ke atas pembangunan sosioekonomi masyarakat Myanmar. b. Sementara di Myanmar. Kegiatan agama Buddha tidak dihiraukan oleh Inggeris. Jumlah ini meningkat 430. undang-undang dan polis. manakala tahun 1900 penduduknya seramai 9.1 juta. c.

Perusahaan minyak berkembang dengan pembukaan telaga-telaga minyak di Yenangyaung dan Chauk di Irrawady tengah. Sekolah Buddha pula mulai merosot. Pemerintah telah merancang kemudahan pinjaman bagi mengelakkan penindasan golongan Cettiar ke atas para petani. Pada tahun 1886 Syarikat Minyak Burma 31 . iv) Kemudahan Sosial a.0 juta ekar dan pada tahun 1920. Pada tahun 1884 Maktab Ranggon telah didirikan bagi menyediakan pelajar Myanmar bagi menyediakan pelajar Myanmar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Culcutta di India. Arakan menjadi kawasan penanaman padi utama . sebanyak 8. Dengan adanya perkhidmatan kesihatan yang baik menyebabkan taraf kesihatan orang-orang Myanmar terutama yang tinggal di bandar-bandarr turut berubah. pada tahun 1901 sebanyak 1. Pihak British masih mengambil berat terhadap taraf kesihatan penduduk. b.5 juta tan. Pelabuhan Ranggon merupakan pelabuhan utama mengendalikan eksport beras. lahirlah intelek-intelek Myanmar yang berpendidikan Inggeris. b. Eksport beras pada tahun 1881 ialah 0. Akibatnya. Pada tahun 1883 Akta Pinjaman Kemajuan Tanah telah diadakan yang membolehkan pinjaman dikeluarkan kepada rakyat dan petani. c. Golongan sami dan para guru tradisional tidak lagi mendapat tempat atau dipandang tinggi oleh masyarakat. v) Perubahan ekonomi a. Pihak Inggeris juga menumpukan bidang perusahaan dan perlombongan. Dengan itu. Perubahan dalam bidang ekonomi juga turut berkembang. Burma menjadi pengeluar beras utama dan dieksport ke luar negara.6 juta.4 juta tan. Pada tahun 1852 Akyab menjadi pelabuhan perdagangan beras terpenting dunia. Pada tahun 1870-an Anglo Vernacular School telah didirikan dan ia menjadi pusat menyediakan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti Culcutta. Sekolah Inggeris dibuka dengan secara perlahan-lahan dan penggunaan bahasa Myanmar perlahan-lahan menjadi kurang penting. Rancangan ini kurang berkesan kerana kelambatan permohonan dan kelewatan pihak berkuasa memproses. para petani terus bergantung kepada golongan Cettiar untuk mendapatkan sumber pinjaman.a. Kaum terpelajar ini kemudian menjadi pemimpinpemimpin gerakan nasionalisme di Burma ke arah kemerdekaan. Sebagai langkah permulaan British telah memperkenalkan pelajaran yang berasaskan sekolah-sekolah yang bercorak gereja dan mengadakan pelajaran rendah untuk kanak-kanak lelaki bagi seluruh negara. b. Ekonomi sara diri telah berubah menjadi ekonomi perdagangan berdasarkan prinsip ekonomi Barat. British telah berjaya membanteras penyakit cacar . Pada tahun 1864 seorang Pesuruhjaya Kesihatan telah dilantik. Orang Myanmar mengambil kesempatan daripada pendidikan Inggeris. Pada tahun 1886 di Burma terdapat 4.

Dasar ekonomi di Myanmar turut menekankan keuntungan komersialisasi. seramai 297 000 atau 7% daripada jumlah penduduk Hilir Myanmar adalah orang India. Golongan petani telah mula menggunakan alat-alat pertanian yang lebih baik dan sedar terhadap kepentingan pertanian moden. g. Kayu jati di Pegu menjadi perusahaan balak terpenting. Perdagangan beras telah meningkat sekali ganda . Mereka telah berjaya menguasai ekonomi Myanmar. Dasar ekonomi British di Myanmar tidak seperti dasar Belanda di Indonesia yang memberi faedah kepada pemerintah serta kapitalis semata-mata. Meskipun sektor ekonomi diselenggarakan oleh British di Myanmar ia turut memberi faedah kepada kapitalis dan juga dinikmati oleh penduduk tempatan. tungsten. e. Bahan-bahan lain seperti Zing. perak.Ini berlaku kerana dasar ekonomi British di Myanmar yang berusaha memaksimumkan keuntungan. telah membuka Myanmar kepada kemasukan orang India. Penyertaan masyarakat tempatan secara proaktif dalam sektor ekonomi telah meningkat. batu delima. British telah mengubah sistem pendidikan dengan memperkenalkan dasar pendidikan Barat untuk menggantikan dasar pendidikan tradisional. Dasar yang lebih liberal ini. Dasar ekonomi ini telah membuka kemasukan orang Myanmar kepada orang India . Syarikat Petrol British Burma dan Syarikat Nath Singh. Bijih timah dilombong di Mawchi. Permintaan orang Myanmar bagi melanjutkan pelajaran tinggi mengakibatkan penubuhan universiti Ranggon pada tahun 1920. f. Syarikat yang mengusahakan balak seperti Syarikat Perdagangan BombayBurma yang merupakan syarikat terbesar. Perusahaan balak menjadi bahan eksport ke dua penting selepas minyak. Golongan Chettiar menguasai tanah pertanian pada tahun 1930 an. 1901. dan nilam. pihak British telah membina lebih banyak sekolah Menengah Inggeris di samping sekolah-sekolah Kebangsaan Myanmar (vernacular school).telah ditubuhkan. Peranan golongan sami-sami Buddha merosot. Golongan petani teah menggunakan alat-alat pertanian yang lebih baik dan sedar terhadap kepentingan teknik pertanian moden. Orang Myanmar mula menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah kerajaan yang mana mata pelajaran Inggeris diajar. d. Menjelang tahun 1901 terdapat seramai 297000 atau 7% daripada jumlah penduduk hilir Myanmar adalah orang India. c. Syarikat lain seperti Syarikat Petrol Indo-Burma. B. Ini telah melahiran masyarakat majmuk di Myanmar. Selepas tahun 1900. Pihak British telah membina sekolah teknikal dan perguruan. Pada tahun 1856 Jabatan Perhutanan ditubuhkan. Pemerintahan British telah mengakibatkan kemerosotan kebudayaan dan keagamaan penduduk Myanmar. Meskipun penanaman beras semakin meningkat tetapi petani semakin miskin kerana ia dilakukan dia atas tanah milik chettiar. i. Tavoy dan Tennasserim. Pada tahun 1900 terdapat lima buah sekolah bagi latihan guruguru yang dikendalikan oleh jabatan Pelajaran. Kesan-kesan sosioekonomi di China (10m) 32 . h. Ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Myanmar. Tugas jabatan ini ialah mendapatkan sumber-sumber dari hutan.

Antara tahun 18721881.i) Perubahan pelajaran a. Mereka mendesak supaya sekatan ini dihapuskan dan apabila gagal kuasa Barat akhirnya menggunakan kekerasan bagi menghapuskan 33 . mekanik.ekonomi. Maktab bahasa yang pertama telah ditubuhkan. Terdapat kira-kira 14. Pada tahun 1872 ditubuhkan China Merchants Steam Navigation Company di bawah kelolaan Li-Hung Chang. iii) Kesan-kesan ekonomi a. Menjelang tahun 1862 banyak perubahan telah dilakukan oleh pemerintah China dalam bidang pelajaran. Kira-kira 30 pelajar telah dihantar ke Amerika Syarikat. telah ditubuhkan Imperial Telegraph Administration.N Lay berbangsa Inggeris. Selama ini H. Pada tahun 1876 kerajaan China telah menghantar 30 pelajar untuk mengikuti latihan teknik di Britain dan Perancis. Antaranya. Amerika Syarikat dan Perancis menjalankan hubungan dagangan dengan China. Dasar Tutup Pintu yang diamalkan oleh China tidak membenarkan hubungan dagangan dilakukan dengan kuasa-kuasa Barat. Di Canton juga ditubuhkan pada tahun 1864 dan Tso Tsung-tang di Foochow pada tahun 1866. ii) Kesan ke atas alat pengangkutan dan Perhubungan a. Melalui kerja sama dengan pihak Barat. Syarikat ini merupakan gabungan antara swasta dengan kerajaan. c. Pada tahun 1866. Hubungan telegraph yang pertama ialah antara Tientsin dengan Shanghai pada tahun 1881. bertugas sebagai jurubahasa kepada kerajaan China. pada tahun 1865 American Presbyterians telah mendirikan maktab di Tengchow yang kemudiannya menjadi Universiti Cheeloo.000 batu telegraf yang menyambung bandar-bandar utama dan tempat-tempat penting 20 tahun kemudian. Pelajar-pelajar China melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tujuan syarikat pengangkutan ini bertujuan memecahkan monopoli Inggeris dalam bidang pengangkutan. ilmu hisab. b. politik dan undang-undang antarabangsa. Pada tahun 1871. Akhirnya. di pelabuhan Canton sahaja. Pelajar-pelajar ini telah ditugaskan di Limbongan Foochow. Putera Kung telah mendesak supaya perubahaan kurikulum dilakukan.Pada tahun 1863 Maktab bahasa ditubuhkan oleh Li HungChang di Shanghai. Pada tahun 1877 syarikat ini telah membeli kapalkapal dari Russels & Company. c. pelbagai ilmu pengetahuan baru telah dimasukkan dalam sukatan . Pada tahun 1871 American Episcopilians telah menubuhkan Universiti Wuchang. Astronomi. beberapa universiti telah ditubuhkan oleh pertubuhan Kristian. b. Antaranya. Pada tahun 1888 jalan keretapi menghubungkan Kaiping dengan Tienstin dibina. sains. Tujuan maktab ini ialah untuk membolehkan pegawai-pegawai Cina mempelajari bahasa-bahasa asing dan berhubung secara langsung dengan pegawai-pegawai asing tanpa menggunakan juru bahasa. Kerajaan juga telah memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan untuk membantu pembangunan ekonomi. Sebelum 1830an negara-negara Barat seperti Britain. Jalan keretapi pertama dari Shanghai ke Wusang pada tahun 1876.

Foochow . f. Peranan Inggeris dalah hal ini lebih besar. Kebergantungan penduduknya kepada sektor pertanian masih besar. China masih kekal dengan sistem pertanian sara diri. 1891 kilang kain dibina di Wuchang. Ia menghasilkan 250. Ningpo dan Shanghai dibuka kepada pihak British. Bekalan air yang cukup telah diusahakan iaitu dengan membina dan membaiki sistem tali air dan parit. kerajaan membuka kawasan pertanian baru di wilayah Sinkiang. Perubahan ekonomi begitu ketara selepas perjanjian tersebut. Parsi dan Turki . Walaupun perjanjian ini banyak menguntungkan Barat namun ia merubah ekonomi China kepada kemerosotan. Peperangan Inggeris China pertama (1839-1842 ) telah menyebabkan perjanjian Nanking ditandatangani pada 29 Ogos 1842. Pada 1878 Li Hung-Chang telah mendirikan kilang kain kapas di Shanghai.Pada tahun 1890an lombong arang batu dan besi dibuka di Han Haping. Dalam bidang perlombongan kilang arang batu telah dibuka di Kaiping 1876.000 tan arang batu dalam setahun. Orang Barat hanya tertarik dengan teh dan sutera sehingga perdagangan di Canton menjadi sangat penting pada abad ke-19. Kesimpulan 34 . c. kebanyakan dibawa oleh pedagang Amerika.Dasar Tutup Pintu China. e. d. iaitu Canton. malah 1/3 daripada jumlah penduduknya pada tahun 1800. malah usaha ke arah perindustrian berkembang pada skala yang kecil. Sistem monopoli perdagangan Cohong serta sekatan-sekatan perniagaan dihapuskan. Dalam bidang pertanian kerajaan telah menggalakkan para petani menggunakan semula tanah-tanah pertanian yang terbengkalai akibat pemberontakan. Kesannya imbangan perdagangan China menjadi semakin tidak seimbang. Permintaan terhadap candu semakin bertambah semenjak 1830 an dan semakin bertambah selepas itu. Kilang kertas dibina di Shanghai pada 1891 dan kilang simen dekat lombong arang batu Kaiping. kerana mereka menggalakkan penanaman secara rasmi di India dan pengeksportannya dianggap penting sebagai sumber hasil negeri untuk kerajaan India. g. Ia merugikan Empayar China kerana nilai candu yang diimport itu sahaja telah melebihi segala barang-barang lain yang dieksport. b. dan isteri serta anak-anak mereka dibenar tinggal tanpa gangguan dan berdagang tanpa sekatan di kelima-lima pelabuhan. Pada zaman pemerintahan Li Hung-Chang berpendapat China hendaklah memperkuatkan ekonomi jika ingin maju seperti Barat. Dibina juga kolam-kolam simpanan air untuk digunakan dalam masa kemarau. telah menyebabkan Pengaruh Barat di China pada abad ke-19 tidak membawa sebarang kesan besar ke atas sektor ekonominya. Kemasukan barang-barang Barat secara berleluasa yang lebih murah dan berkualiti berbanding barangan buatan China. Amoy. Lima buah pelabuhan.Kebanyakan candu itu datangnya dari India. Pedagang-pedagang British. Untuk tujuan itu pada tahun 1878 Tso Tsung-tang mendirikan kilang kain bulu di Lanchow. masih tinggal di kawasan pertanian luar bandar. Untuk mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian. Cukaicukai yang sederhana dikenakan ke atas import dan eksport. Orang-orang Cina juga digalakkan berpindah ke Manchuria untuk membuka tanah-tanah pertanian baru.

Pembaharuan-pembaharuan sosioekonomi yang dilakukan oleh kerajaan China dan pemerintah Inggeris di Myanmar telah mengubah senario politik di negara berkenaan. Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. Secara tidak langsung ia turut mengembangkan gerakan nasionalisme di ke dua-dua buah negara. Pengenalan ( 3/2 m ) 35 . 10.

serta munculnya gerakan kongsi-kongsi gelap seperti White Lotus Society (Kumpulan Teratai Putih) dan Tried Society (Kumpulan Bertiga Syurga). keadaan huru hara. Pemberontakan Panthay (1885). Majoriti rakyat China adalah petani yang mendiami wilayah-wilayah di selatan China terutamanya Kwangsi dan Kwantung. Bagi meningkatkan pendapatan kerajaan. Bilangan penduduk China telah meningkat dengan pesat kepada lebih 400 juta orang menjelang awal abad ke-20. Keadaan ini meningkatkan kemarahan rakyat kepada kerajaan Manchu. Kerajaan Manchu juga banyak berhutang dengan negara barat seperti Rusia dan Peranchis bagi membayar gantirugi perang. dan kalah sekali lagi dalam Perang Inggeris-China Kedua (Perang Candu 2) pada tahun 1856. Keadaan ini menyebabkan tercetusnya beberapa gerakan penentangan seperti Pemberontakan Taiping (1850-1864). Kedaaan ini telah menelan perbelanjaan yang banyak sehingga menyebabkan masalah kewangan. Kedua-dua revolusi ini telah digerakkan oleh golongan intelektual yang merasakan pembaharan perlu dilakukan untuk membangunkan negara dan ianya mendapat sokongan luas daripada golongan massa. Kehidupan petani tambah menderita akibat bencana alam terutamanya banjir dan kemarau seperti yang berlaku di Ahnwei. Ini menimbulkan masalah kekurangan tanah pertanian dan meningkatnya pengangguran. Rakyat menyalahkan kerajaan Manchu yang dianggap ‘penyebab’ kesengsaraan hidup rakyat. ii. Pencerobohan kuasa Barat 36 . kadar cukai telah ditingkatkan dan ini menambahkan lagi beban rakyat. Kesengsaraan hidup rakyat a. b. masalah rasuah dan inflasi yang meruncing.Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932 tidak bertujuan untuk mengusir penjajahan Barat. Chiking dan Shantung yang mengurangkan hasil pertanian. sebaliknya merupakan peristiwa penentangan yang berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah di negara masing-masing. Revolusi China dipimpin oleh Dr. Kelemahan kerajaan Manchu bermula dengan kekalahan China kepada Inggeris dalam Perang China-Inggeris Pertama (Perang Candu 1) pada tahun 1839-1842. Sun Yat Sen dan Kang Yu Wei sementara Revolusi Siam diketuai oleh Pridi Panomyong. Tambahan pula. Pemberontakan Nien (1853-1868). iii. Revolusi ini bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Dinasti Manchu yang dianggap oleh rakyat sebagai lemah dan telah kehilangan mandat dari tuhan untuk terus memerintah China. Faktor-faktor Yang Mencetuskan Revolusi China 1911 (10m) Kelemahan pemerintahan Manchu a. i. Kekalahan China dalam kedua-dua peperangan itu yang diikuti dengan termeterainya perjanjian-perjanjian berat sebelah menyebabkan pintu negara China dibuka secara paksa oleh kuasa-kuasa Barat. Isi (20 m) A. Putera Kung yang dilantik sebagai pemangku raja selepas kemangkatan Maharaja Kuang-Hsu pada tahun 1908 merupakan seorang raja yang tidak berwibawa dan gagal menstabilkan keadaan politik dan ekonomi China.

Dr. vii. Jerman. Pada waktu yang sama. Amerika Syarikat dan Peranchis untuk membina jalan keretapi yang menghubungkan HankowSzechwan diprotes oleh pemerintah wilayah Kwantung. Kemudahan sistem perhubungan a. Kemasukan orang Barat ke China telah memberi kesan negatif kepada aspek perdagangan dan keagamaan.a. Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing a. B. Peranan golongan intelektual a. Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui semasa di Jepun dan memberikan penerangan serta mendorong orang Cina di seberang laut untuk menyokong gerakan revolusioner. Sun Yat Sen telah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi masyarakat dan meniupkan semangat nasionalisme mengenai kelemahan pemerintahan Manchu. Sun Yat Sen sendiri misalnya pernah menerbitkan akhbar Min Pao atau The People untuk menyemarakkan lagi semangat nasionalisme dan revolusi. jalanraya. Akibatnya tercetus beberapa rusuhan di wilayah-wilayah terbabit yang menyebabkan sentimen anti-Manchu semakin memuncak. China kehilangan punca kewangannya kerana terpaksa membayar pampasan perang kepada kuasa Barat dan Timur. Peranchis. iv. Jepun telah membenarkan Dr. Kemudahan sistem perhubungan yang terdapat di China seperti rangkaian jalan keretapi. telegraf dan media cetak telah mempercepatkan lagi penyebaran sentimen anti-Manchu. Rusia dan Amerika Syarikat telah menguasai pelabuhan-pelabuhan utama di China dan bandar utama Peking. perkhidmatan pos. Tindakan kerajaan Peking meminjam wang dari Britain. vi. Masyarakat China merasakan untuk menjadi maju mereka perlu menerima idea-idea daripada Barat dan disesuaikan di China. Golongan terpelajar seperti Dr. Contohnya Perjanjian Shimonoseki yang ditandatangani bagi menamatkan Perang Jepun-China (1894-1895) memaksa China membayar gantirugi sebanyak 450 juta tael kepada Jepun. Hunan. v. Perjanjian Bogue (1844) dan Perjanjian Tientsin (1858) di antara China dan Inggeris selepas kekalahan China dalam Perang Candu pertama dan kedua telah membuka ruang kepada kuasa-kuasa Barat menceroboh wilayah dan menguasai ekonomi China. Akibatnya kuasa Barat seperti British. Usaha ini telah menyumbang secara langsung kepada meletusnya Revolusi China 1911. Malangnya idea ini tidak disenangi oleh pemerintah Manchu lalu melaksanakan dasar tutup pintu. Isu pembinaan jalan keretapi a. Faktor-faktor Yang Mencetuskan Revolusi Siam 1932 (10m) 37 . Hupen dan Szechwan. Mereka bimbang dan marah kerana terpaksa menanggung beban hutang tersebut Pinjaman itu juga dilihat sebagai bertambahnya dominasi kuasa-kuasa Barat ke atas China. Menerusi perjanjian ini juga. Termeterainya beberapa siri perjanjian seperti Perjanjian Nanking (1842).

sebaliknya lebih suka meluangkan masa dengan kegiatan sastera. baginda telah menubuhkan Majlis Penasihat yang dianggotai oleh putera-putera diraja. Baginda juga dituduh bersikap diskriminasi dengan melantik golongan kerabat diraja menjawat jawatan-jawatan tinggi kerajaan sehingga mengabaikan rakyat yang berpendidikan. Rasa tidak puas hati golongan tentera terbukti apabila mereka melancarkan percubaan menggulingkan Prajadhipok pada tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal. seni dan drama. 130 tetapi gagal. Vajiravudh banyak menerima kecaman terhadap pendekatan politik dan peribadinya. masalah ekonomi dan kewangan Siam kian meruncing antara tahun 1913-1925 dalam mana perbelanjaan negara meningkat sehingga 50% berbanding pendapatan hanya sekitar 25%. Tindakan Prajadhipok membubarkan Pasukan Harimau Liar yang telah ditubuhkan oleh Vajiravudh telah menimbulkan kemarahan di kalangan anggota tentera berkenaan yang kehilangan pekerjaan. Usaha Vajiravudh cuba memperkukuhkan semula sistem raja berkuasa mutlak dan institusi diraja dilihat sebagai satu langkah anakronis berbanding pemerintahan Mongkut dan Chulalongkorn sebelumnya. b. Sir Edward Cook Penasihat Kewangan Siam melaporkan bahawa ketidakcekapan Vajiravudh dalam urusan kewangan dan sikap borosnya dalam membiayai aktiviti-aktiviti kesenian dan sastera merupakan punca utama kemerosotan ekonomi Siam pada tahun 1925. Zaman pemerintahan Vajiravudh (Rama VI 1910-1925) menyaksikan pelbagai kelemahan dan masalah pentadbiran. iv. Kelemahan pemerintahan Raja Prajadhipok (Rama VII 1925-1935) a. Kelemahan pemerintahan Raja Vajiravudh (Rama VI 1910-1925) a. Peranan golongan berpendidikan Barat 38 . Pada masa pemerintahan baginda. Baginda cenderung mempercayai golongan diraja sahaja dalam membantu pemerintahan negara melalui penubuhan kementerian. Dasar pilih kasih Prajadhipok a. Akibatnya tercetus percubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan baginda dalam Pemberontakan R. Rasa tidak puas hati di kalangan pegawai dan rakyat timbul kerana tidak menyukai cara baginda menggantikan pegawai-pegawai berkebolehan dan setia dengan pegawai-pegawai berpangkat rendah dan kurang berpengalaman. Sepanjang tempoh pemerintahannya. Dasar retrenchment (berjimat cermat) yang dilaksanakan Prajadhipok dengan memotong gaji pegawai dan mengurangkan jumlah kakitangan serta mengenakan cukai baru untuk memulihkan ekonomi Siam ternyata kurang disenangi oleh pegawai kerajaan dan rakyat amnya. Ini telah membangkitkan semangat penentangan terhadap institusi diraja. ii. Vajiravudh juga bersikap pilih kasih apabila baginda menubuhkan Kong Sua Pa (Pasukan Harimau Liar / Wild Tiger Corps) yang membangkitkan kemarahan angkatan tentera sedia ada. b. Vajiravudh juga kurang mengambil berat tentang tugas dan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri kabinetnya. Misalnya pada tahun 1925. iii.S. Dasar kewangan dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Vajiravudh juga mengakibatkan keadaan ekonomi yang hampir muflis.i. c.

Imej golongan diraja / istana di mata rakyat mula terjejas pada tahun 1931 akibat perselisihan di antara Putera Bovaradej (Menteri Pertahanan) dengan Putera Purachatra (Menteri Perdagangan). Golongan ini juga merasakan hak mereka untuk menjawat jawatan yang setaraf dengan kelulusan mereka telah dinafikan kerana kebanyakan jawatan penting didominasi oleh golongan aristokrat. Perselisihan berkisar mengenai langkah penyelesaian masalah ekonomi Siam. ekonomi dan sosial Siam dicetuskan oleh Profesor Nai Pridi Panomyong yang mendapat sokongan golongan berpendidikan Barat seperti Mejar Phibul Songkram iaitu Ketua Turus Angkatan Tentara Siam. Perselisihan antara golongan pemerintah / istana a. baginda telah bersetuju untuk menerima perlembagaan yang diusulkan oleh Parti Rakyat. golongan revolusioner bertujuan menamatkan absolutisme pemerintahan beraja Dinasti Chakri khususnya Prajadhipok. Kesimpulan ( 2/3 m ) Revolusi China dan Revolusi Siam merupakan dua peristiwa revolusi yang tercetus akibat daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap sistem pemerintahan beraja yang dianggap mengongkong pembaharuan dan pembangunan politik. Pemimpin Parti Rakyat seperti Pridi Panomyong. Bezanya di China. Pya Bahul dan Phibul Songkram telah melancarkan satu cop de’tat (rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah) pada 26 Jun 1932 ketika Prajadhipok berada di luar negara. 39 . revolusi ditujukan kepada menggulingkan pemerintahan Dinasti Manchu yang merupakan sebuah kerajaan asing yang berasal dari Manchuria. manakala di Siam. Peranan Parti Rakyat a. ekonomi dan sosial di negara masing-masing. v. Peristiwa ini menandakan berakhirnya sistem pemerintahan monarki atau raja berkuasa mutlak di Siam. vi. Soalan 11 Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Myanmar dan di China antara tahun 1900 hingga 1920. Idea pembaharuan politik.a. Kebangkitan golongan terpelajar berpunca daripada kegelisahan terhadap kelemahankelemahan pentadbiran pihak pemerintah yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi diraja. Mereka terpengaruh dengan idea demokrasi Barat dan anti kuasa mutlak raja serta sistem monarki yang dianggap telah ketinggalan zaman dan menghalang kemajuan. Bovaradej mencadangkan kenaikan gaji untuk golongan tentera tetapi ditolak oleh Prajadhipok. Sekembalinya baginda dua hari selepas pemberontakan.

sosial dan politik. Mereka menghidupkan kembali soal kasut dan menyatukan semua cawangan persatuanpersatuan Buddha dalaam satu pertubuhan yang kuat. pembaharuan sosial dan peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Inggeris keberatan melaksanakan dasar ini 40 . Isi A. melalui pembaharuan Montagu-Chelmsford. Antara pemimpin utamanya ialah U Ba Pe. Menjelang tahun 1917. YMBA hanya mendirikan cawangancawangannya di kawasan bandar. Bagi mencapai hasrat tersebut YMBA telah melaungkan slogan “Buddha Penyelamat Kita dan Raja” serta menggunakan isu kasut bagi menyemarakkan sentimen nasionalisme dalam kalangan rakyat. b. Masalah kasut ini menjadi agenda utama persidangan YMBA. kerani dan pegawai rendah. YMBA telah mengubah corak perjuangan ke arah bersifat politik. Di Myanmar golongan intelektual memainkan peranan dalam memajukan bidang pendidikan. Pada peringkat awal golongan ini memainkan peranan dalam menyedarkan rakyat tentang kelemahan-kelemahan dari segi ekonomi dan sosial penduduk peribumi akibat dasar-dasar yang dijalankan oleh pemerintah. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan diarchy. YMBA ditubuhkan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangon.000 buah persatuan di peringkat kampung menyatakan sokongan mereka kepada YMBA. Para pelawat British tidak mahu membuka kasut mereka apabila memasuki kuil. Pegawai-pegaswai Inggeris telah dituduh telah mencemar dan melanggar peraturanperaturan kuil kerana memakai kasut ketika memasuki rumah berhala dan pagoda. Sebagai contoh pada tahun 1920. iaitu pemerintahan dua lapis atau dua pihak di India pada tahun 1919. Pada tahun 1906. Di bawah akta ini kerajaan India diberi sepenuh tanggungjawab pemerintahan kepada India. U Ba Dun dan U Saw. Di China pula golongan intelektual memainkan peranan dalam menjatuhkan pemerintahan Manchu yang lemah dan mengembalikan keagungan negara China. Myanmar (10m) a. Justeru. pelajaran. Peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Myanmar dan China adalah sangat penting. YMBA tidak memainkan peranan dalam bidang politik sehingga tahun 1917. terdapat 6. Persatuan ini dikenali Young Buddhist Association (YMBA).Pengenalan. kepimpinan golongan sederhana dalam YMBA telah diambilalih oleh pemimpin yang berfahaman radikal seperti U Thein Maung dan U Chit Hliang. Tuntutan mereka tidak dilayan oleh kerajaan Inggeris dan dianggap remeh. Bagi mendapatkan sokongan rakyat YMBA telah menjalankan propaganda politiknya dengan menggunakan isu kasut. Ia turut disertai oleh golongan terpelajar. Sikap mereka dianggap sebagai menghina kesucian rumah ibadah orang Myanmar. i tidak mendapat tempat di hati masyarakat desa. Persatuan Belia Buddha atau Persatuan Pemuda-pemuda Buddha ditubuhkan. Pada peringkat awal kegiatan YMBA lebih tertumpu kepada soal agama. Isu kasut telah membangkitkan semangat kebangsaan dan mendapat sokongan daripada semua ahli persatuan serta membolehkan cawangan YMBA bersatu dalam sebuah persatuan yang kuat bagi memperjuangkan tujuan yang sama. Selain memperjuangkan isu kasut YMBA juga menuntut kerajaan Inggeris menjalankan pembaharuan-pembaharuan perlembagaan seperti mana yang dilakukan di India. c.

d. Pada masa yang sama cadangan ini juga dibuat untuk memisahkan India dengan Myanmar. Sekolah ini telah berjaya melahirkan golongan intelektual yang memainkan peranan dalam gerakan nasionalisme. Peranan Dr Sun Yat-sen a. Beliau mewakili golongan berpendidikan Barat dalam menyuarakan pendapat bahawa sistem pemerintahan beraja sebagai corak politik tradisional yang dianggap kuno dan sudah ketinggalan zaman. Sun Yat-sen memainkan peranan dalam menentang kerajaan Manchu. Majlis ini bertindak mendirikan sekolah-sekolah yang bebas daripada kawalan kerajaan bagi menggantkan sekolah kerajaan dan sekolah mubaligh. Usaha yang dilakulakan oleh beliau ialah mengasaskan sebuah pertubuhan pemberontak di Honolulu iaitu Hsiang Chung-hui pada tahun 1894. Beliau berpendapat dalam menghadapi imperialisme Barat. b. Walaupun mogok ini gagal tetapi ia telah berjaya membangkitkan sentimen nasionalisme dalam kalangan pelajar. hasil daripada gabungan dua pertubuhan 41 . Peranan golongan pelajar a. Pelajar dari China yang menuntut di Jepun telah menyebarkan idea-idea revolusi untuk menggulingkan dinasti Manchu melalui penerbitan akhbar Kuo Min Pao (Citizens’s Tribune). Justeru. satu rombongan telah dihantar ke London pada Julai 1919 dan Mei 1920 untuk menuntut pembaharuan perlembagaan yang sama dengan India. Kemasukan kuasa asing di China telah mempengaruhi kemunculan gerakan nasionalisme untuk menjatuhkan kerajaan Manchu. Sun Yat-sen telah mengasaskan Tung Meng Hui atau Pertubuhan Liga Bersatu. cogan kata yang digunakan “Singkirkan orang Manchu Pulihkan Pemerintah China dan Tubuhkan Sebuah Republik”. Mereka membantah kerana tindakan disengajakan untuk menghadkan kemasukan pelajar Myanmar ke Universiti. liberalisme. Hasilnya pada tahun 1923 sistem pemerintahanh dua lapis diperkenalkan di Myanmar. YMBA juga menyokong mogok pelajar di Universiti Rangoon pada Disember 1920 kerana membantah syarat-syarat kelayakan masuk ke universiti Rangoon. B. Amerika Syarikat dan Jepun telah mempengaruhi kemunculan golongan intelektual. Tindakan kerajaan Manchu yang telah menghantar ramai pelajar ke luar negara terutamanya ke Eropah. Mereka juga terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Perancis dan Itali serta kejayaan Meiji di Jepun telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar China melancarkan revolusi di negara mereka. kebebasan dan hak-hak asasi manusia. China Kurun ke-20 (Twentieth Century China) dan Su Pao (Kiangsu Tribune) ii.di Myanmar kerana ia berlainan dengan India dari segi penduduk pelbagai bangsa serta masalah yang berbeza. Golongan ini telah terpengaruh dengan ideologi-ideologi baru seperti demokrasi. Penghujung tahun 1920-an peranan YMBA semakin merosot dan ia diambil alih oleh kumpulan yang lebih redikal iaitu General Council of Burma Association dan parti-parti yang lain. Alasan ini tidak diterima oleh YMBA kerana berpendapat Myanmar adalah sebahagian daripada India dan mereka bimbang Myanmar akan ketinggalan. sistem politik tersebut tidak lagi sesuai diamalkan. Sentimen ini telah menyebabkan golongan pelajar telah mengambil bahagian dalam hal ehwal politik dengan menubuhkan Majlis Mesyuarat Pelajar Kebangsaan. Dr. China (10m) i. sqsialisme. Pada tahun 1905 Dr.

Pada 4 Mei 1919 golongan terpelajar China yang terdiri daripada penuntutpenuntut universiti dan maktab-maktab China telah melancarkan Gerakan 4 Mei. Walaupun pemberontakan ini gagal tetapi ia berjaya menjatuhkan imej kerajaan Manchu. Ia secara langsung dapat menyemarakkan sentimen antiManchu dalam kalangan rakyat. Tiga prinsip ini diterima sebagai falsafah revolusi Tung Meng Hui. gerakan intelektual di China berjaya menjatuhkan pemerintahan kerajaan Manchu yang semakin lemah dan tidak dihormati oleh kuasa Barat. Gerakan ini juga bertujuan menyelamatkan negara China daripada kehancuran. Ia bermatlamat untuk gulingkan kerajaan Manchu. Soalan 12 Bandingkan dasar luar Filipina dan India dari tahun 1945 hingga tahun 1963. Sementara itu. kongsi-kongsi gelap dan golongan tentera yang mendapat latihan dari Barat. anti hulubalang dan lain-lain. jelaslah menunjukkan bahawa golongan intelektual memainkan peranan yang sangat penting dalam gerakan nasionalisme di Myanmar dan China. c. Dr. lahirnya sentimen anti imperialisme. demokrasi dan kebajikan sosial. Gerakan golongan intelektual di Myanmar telah berjaya menyedarkan rakyat betapa perlunya kuasa Barat dihalau keluar dari Myanmar. Sun Yat-Sen mengemukakan tiga prinsip rakyat iaitu nasionalisme. iii. dan menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China. Bagi mengembangkan idea revolusi dan menanamkan sentimen anti-Manchu dalam kalangan rakyat. menjadikan tanah hak kerajaan. Ideanya tersebar luas dan mendapat sokongan daripada golongan pelajar yang berfahaman radikal. menyatukan rakyat yang berpecah dan membebaskan negara daripada penguasaan kuasa-kuasa Barat. Kesimpulan. Pengenalan 42 . Hasil kerjasama di antara Dr. Gerakan ini telah berjaya melahirkan kesedaran politik dan sosial yang menyumbang kepada wujudnya revolusi kebudayaan. golongan bawahan. Hasilnya sokongan rakyat diterima oleh Dr Sun Yat-Sen dan beliau telah melancarkan 10 pemberontakan di antara tahun 1895 hingga 1911 bagi menjatuhkan kerajaan Manchu. Sun Yat-Sen dengan Jeneral Yuan Shih Kai akhirnya kerajaan Manchu dapat digulingkan pada tahun 1911. Gerakan 4 Mei a. d.revolusioner iaitu Hua Hsing-hu dan Kung Fu-hui. Kesimpulannya. idea-idea ini telah dimuatkan dalam akhbar Min Pao (akhbar Rakyat) yang diterbitkan di Tokyo.

Selepas Perang Dunia Kedua. Filipina dan Indonesia) tetapi badan ini gagal apabila gagasan Persekutuan Malaysia diumumkan. Filipina juga telah mengambil bahagian dalam Perjanjian Gandum Antarabangsa dan Perjanjian Gula Antarabangsa. Filipina merupakan salah satu pihak yang menandatanganinya dan ia diadakan di Manila. Pada tahun 1961. Dasar luar Filipina dan India antara tahun 1945 hingga tahun 1963 memperlihatkan beberapa persamaan di samping perbezaan yang nyata antara kedua-dua buah negara. Filipina telah menjadi badan sukarela membantu pelbagai agensi dalam bentuk bantuan teknikal. pengeluaran tanaman dan binatang. kayu. Filipina inginkan SEATO berkuasa seperti NATO. peralatan c. Indonesia. gula. Filipina menganggap SEATO tidak mempunyai kuasa yang kuat. tembakau dan buah-buahan. pada tahun 1956 hingga tahun 1960. b. seramai 6000 orang tentera Filipina telah dihantar bersamasama tentera lain PBB dalam Perang Korea sebagai misi keamanan dunia. ketenteraan dan kewangan. Namun. Menjelang tahun 1960. Dasar luar Filipina (10m) a. Myanmar. Filipina. Thailand dan Tanah Melayu telah membentuk Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) untuk mempromosikan hubungan kebudayaan. Pada tahun 1949. tekstil. perikanan. Filipina juga mengetuai penubuhan MAPHILINDO (Malaya. d. Pakistan dan Sri Lanka telah mencapai kemerdekaan. Filipina mula mengeksport pelbagai barangan asas dan bahan mentah pertanian. pembangunan industri. tenaga atom serta pendidikan. 43 . Dalam masa yang sama wujud pembahagian dalam politik dunia iaitu Blok Barat di ketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Komunis diketuai oleh Rusia. Jeneral Ramolo telah memperjuangkan tuntutan negara-negara kecil untuk mengehadkan kuasa pembatal yang dipegang oleh kuasakuasa besar. Delegasi Filipina telah menghadiri Persidangan Afro-Asia yang telah diadakan di Bandung pada bulan April 1955. Isi (20m) A. Filipina mengimport barang-barang seperti peralatan mesin. kesihatan awam. beberapa buah negara di Asia seperti Filipina. Dalam Pakatan SEATO. India. Filipina menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan semua agensi khasnya. koperasi. perhutanan dan mineral seperti minyak bijirin. negaranegara yang baru merdeka memilih sama ada untuk memihak kepada kedua-dua blok itu atau mengamalkan dasar berkecuali. pembangunan perhutanan. Jeneral Ramolo telah dipilih sebagai anggota Majlis Pemegang Amanah Bersatu PBB. pembangunan tanah dan air. e. ekonomi dan politik yang kukuh. Sebagai contoh. Filipina mendapat bantuan teknikal daripada PBB di bawah program bantuan teknikal dalam bidang statistik. Dari segi perdagangan luar.

India juga pernah menjadi tuan rumah kepada Persidangaan Antarabangsa seperti ECAFE pada tahun 1956 dan 1961. India juga menjadi tuan rumah kepada Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan Persidangan ILO bagi rantau Asia pada tahun 1957. B. India telah mengikhtiraf rejim komunis China dan tidak menyertai SEATO. Kemboja dan Laos.pengangkutan. India memainkan peranan aktif dalam PBB. Seorang rakyat India telah dipilih sebagai Pengarah Agung FAO pada tahun 1956 dan dilantik sebagai Setiausaha pertama ECAFE. bahan-bahan kimia. Dasar luar India (10m) a. Semasa pemerintahan Nehru. India merupakan penasihat kepada Setiausaha Agung PBB. Puan Vijaya Lakshimi Pandit ialah wanita pertama yang dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Umum PBB. d. Jerman. Ibu pejabat penyelidikan dan pusat cawangan UNESCO serta UNICEF juga terletak di Delhi. Eksport terpenting India ialah teh dan jut yang merupakan dua pertiga eksport India. Jepun. Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri. India mengamalkan dasar tidak memihak kepada mana-mana blok. Semasa krisis Congo-Cuba. Malahan beberapa orang rakyat India telah dilantik memegang 44 . Pada tahun 1956. Nehru berpendapat bahawa dasar berkecuali akan membawa keamanan kepada dunia berbanding dengan dasar memihak kepada kuasa-kuasa tertentu yang akan membawa kepada bencana dan peperangan. serta tekstil. b. Kesimpulan Dasar luar India lebih menampakkan penglibatan secara aktif dalam pertubuhanpertubuhan antarabangsa berbanding dengan Filipina khususnya dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Oleh yang demikian . Rusia dan negara-negara perindustrian yang lain. rempah ratus dan tembakau. beras dan sebagainya. India telah menghantar kontinjennya ke Mesir untuk membantu tentera pendamai PBB ke Mesir. hasil ternakan kertas dan peralatan perubatan. tekstil. c. England merupakan pelanggan India yang utama diikuti Amerika Syarikat. India menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1946 dan telah menganggotai banyak jawatankuasa cawangan PBB. India juga menjadi anggota penting dalam Pertubuhan Komanwel dan Rancangan Colombo. Barangan import pula termasuklah besi keluli. lebih kurang 700 orang pakar dari India telah dihantar ke lebih 24 buah negara di bawah Program Bantuan Teknikal PBB. Pada tahun 1961. Pegawai-peagawai India dari Angkatan Tentera India telah membantu menguatkuasakan perjanjian meletak senjata di Korea dan gencatan senjata di Vietnam. peralatan pengangkutan. Barangan eksport lain ialah seperti kain kapas.

beberapa jawatan penting dalam PBB. Penglibatan India dan Filipina dalam PBB dan pertubuhan yang lain berjaya mengekalkan kemerdekaan dan keamanan di negara masing-masing selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963. Bahagian A 1. 45 . Bincangkan sistem pembesar yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874. Hubungan luar dan hubungan perdagangan yang diamalkan oleh Filipina dan India turut membantu perkembangan ekonomi di kedua-dua buah negara.

Bandingkan dasar luar Filipina dan India dari tahun 1945 hingga 1963. 3. Bincangkan kesan-kesan darurat di Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1960. Bincangkan. Galurkan pelaksanaan dasar Pengagihan Kuasa Pusat (Desentralisasi) oleh British di Tanah Melayu pada tahun-tahun 1920 an. 4. 5. Bincangkan sistem pembesar yang diamalkan di Indonesia dan Vietnam sebelum kedatangan kuasa Barat. Huraikan sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga 1963. 10. 6. 11. 8. 9. Huraikan faktor-faktor pembentukan gagasan Malaysia pada tahun 1963. Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Myanmar dan China antara tahun 1900 hingga 1920. Huraikan kesan-kesan imperialisme Barat ke atas sosio ekonomi di China dan Myanmar pada abad ke 19. 46 . 12. Gerakan penentangan terhadap British di Pahang dan di Perak pada abad ke 19 menggambarkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan di negeri-negeri berkenaan. Bahagian B 7. Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat.2. Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi Siam 1932 dan Revolusi China 1911.