You are on page 1of 16

Disediakan Oleh:

Wan Abd Kuddus bin Wan Ahmad Noradin

Mohd Irwan Kamil bin Mohd Isa


 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
 Akta Bahasa Kebangsaan 1963
 Akta Pendidikan 1996
 Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan
hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan
melalui undang-undang oleh Parlimen.
 Teks sahih undang-undang
 Bahasa Mahkamah
 Tulisan bagi bahasa kebangsaan
 Penggunaan bahasa dalam Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri.
17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama.

(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa


pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28
atau mana-mana institusi pendidikan lain yang
dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini
(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi
pendidikan adalah selain daripada bahasa
kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi
pendidikan itu.
 Dasar bahasa di Malaysia meletakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

 Proses penentuan bahasa melibatkan aspek


perancangan bahasa secara berperingkat-peringkat

 Oleh sebab negara mempunyai pelbagai kaum, jadi


kita memerlukan satu bahasa kebangsaan iaitu
bahasa Melayu.
 Dasar bahasa di Malaysia telah diputuskan
melalui ‘kontark sosial’ di antara Melayu,
Cina dan India sebelum kemerdekaan dicapai
pada tahun 1957. Dalam perundingan itu
bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi Negara.
Malangnya keputusan dan kesepakatan ini
tidak dirakam atau dimaktub secara jelas
dalam undang-undang dasar bahasa yang
terdapat dalam artikel 152 perlembagaan
dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
Asmah (1978:1) telah menerangkan mengapa
Malaysia memerlukan Bahasa Kebangsaan yang
ditukarkan namanya daripada bahasa Melayu kepada
Bahasa Malaysia dan bakal berfungsi sebagai alat
penyatuan rakyat. Menurut Asmah, “Kekacauan yang
berlaku pada 13hb. Mei, 1969 memahkotakan segala
pergaduhan yang pernah berlaku. Dan salah satu
dari perkara sensitif itu adalah bahasa. Orang-orang
didorong supaya menerima kenyataan bahawa
Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan”.
Pandangan di atas jelas memperlihatkan bahawa
penukaran nama bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia
adalah atas tujuan politik yang amat mendesak, iaitu
untuk menyatupadukan semula rakyat Malaysia yang
telah berpecah yang berpunca daripada pelbagai
perbezaan, dan salah satu yang utama adalah
perbezaan bahasa.
 bermakna bahasa apa yang kita daulatkan,
maka bahasa itulah yang membentuk jiwa
kita yang sekali gus memercikkan jati diri
kebangsaan.
 konteks pembinaan bangsa Malaysia dan
pemajuan negara menurut acuan
kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah
kepada bahasa kebangsaan.
 Bahasa Melayu mengalami perkembangan
yang pesat
 Selepas merdeka, martabat bahasa
Melayu dinaikkan sebagai bahasa
kebangsaan
 Bahasa Melayu juga mendukung peranan
sebagai bahasa perpaduan
 Kesimpulannya, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan
rakyat dan negara Malaysia. Dalam proses ini
kepentingan negara seharusnya mengatasi
kepentingan etnik dan kaum. Setakat hari ini,
nampaknya hanya bahasa Melayu sahajalah yang
dapat merentas segala sempadan budaya dan
bahasa-bahasa etnik yang lain untuk digunakan
sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik
di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.
 Abdullah Hassan. 1987. Linguistik am untuk guru
Bahasa Malaysia. Cetakan ke-8. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
   Asmah Hj. Omar. 1978. Pengajaran Bahasa
Malaysia dalam konteks perancangan Bahasa
Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
 Abu Bakar A Hamid. (Dibentangkan dalam
Konvensyen Tamaddun Malaysia dan Bahasa
Melayu Anjuran PKPIM, DBP dan Majlis
Perwakilan Pelajar, UIAM, Kuantan di Dewan
Besar, UIAM Kuantan, PahangSabtu, 9 Ogos 2008)

You might also like