MEGA REUNION AIDILFITRI SAMER 2010

PENGERUSI PENGARAH PROJEK TIMBALAN PENGARAH SETIAUSAHA PROJEK KETUA PENERANGAN & PERHUBUNGAN AWAM JAWATANKUASA KECIL BIRO PROGRAM & PROTOKOL BI

i r it A lf i EG M id A
ON I UN RE

BIRO PERASMIAN

MEGA REUNION
25 SEPTEMBER
2010

BIRO PERSIAPAN TEMPAT & TEKNIKAL

BIRO SIARAYA & MEDIA

BIRO TAJAAN BIRO GRAFIK & DOKUMENTASI

1984'

2010

SAMER

Satu Gamitan Ukhwah

Aidilfitri

SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

ucapan

perasmian

PROGRAM

TENTATIF

pn dayang fatimah
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH GOMBAK
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Yg berusaha

Assalamualaikum wbt. Saban tahun, SAMER telah melahirkan ribuan pelajar-pelajar berpendidikan asas agama Islam di seluruh Negara Pelajar-pelajar tersebut dikatakan golongan profesional Malaysia, usahawan bumiputera yang berjaya dan pemimpin agama dan bangsa yang terbilang. Ini merupakan sejajar dengan hasrat dan impian SAMER yang ingin melahirkan pelajar-pelajar terbaik, bertaraf dunia dan diredhai Allah SWT sepanjang masa. Alhamdulillah, menjadi satu kebanggaan semua pihak apabila melihat satu perhimpunan bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Rawang dari generasi pertama iaitu 1984 sehinggalah generasi ke dua pulah enam ( 26) iaitu 2009 berhimpun di dalam sekolah bagi sama-sama mengembalikan nostalgia amal Islami dan melafazkan ikrar-ikrar suruhan Allah SWT dan ikutan junjungan Nabi Muhammad SAW. Harapan saya agar Sekolah Agama Menengah Rawang terus mengekalkan kecemerlangan dari semasa ke semasa dan terus maju di masa hadapan. Dengan wujudnya Program Mega Reunion Aidilfitri, pihak sekolah pasti akan lebih kukuh, efisien dan bermutu kerana kehadiran warga ALUMNI SAMER dapat memberi satu kekuatan sokongan dan perkhidmatan bersepadu kepada warga sekolah. Selamat Hari Raya Aildilfitri & Salam Ukhuwah

sekolah agama menengah rawang

reunionmegaaidilfitri

2010

ucapan

ucapan

pegetua

Yang berusaha

pn. siti romziah
PENGETUA SEK. AGAMA. MENENGAH RAWANG
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

pengarah projek

Sdr.

Mohd Noor Affendy
PENGARAH PROJEK MEGA REUNION AIDILFITRI 2010
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Assalamualaikum wbt. Usaha mengumpulkan semua bekas-bekas pelajar merupakan satu idea kolektif yang dirindukan semua pihak dalam melihat ALUMNI SAMER berhimpun dan duduk semeja di antara pihak sekolah dan warga ALUMNI SAMER. Sambil beramah mesra, impian perjumpaan bekas pelajar ini adalah wadah terbaik untuk mengeratkan rasa persaudaraan selain berbincang perihal percambahan minda bagi pembangunan sekolah dalam pelbagai bidang. Menyedari hakikat itu, satu Projek Mega Reunion Aidilfitri telah diprogramkan bagi melihat kelansungan objektif program iaitu Ke Arah Pembentukan ALUMNI SAMER tercapai. Tema hari raya telah dipilih pada acara yang pertama seumpamanya diadakan di bumi SAMER ini. Hari Raya Aidilfitri telah menjadi sebagai simbol kemenangan umat Islam begitu juga yang diharapkan dalam perhimpunan graduan SAMER itu sendiri, iaitu menang dalam ukhuwahfillah-nya. Bersyukur dan rebutlah peluang di hari yang mulia ini, untuk bermaafan serta mengimbas kembali semua detik yang pernah kita kongsi dan lalui bersama. Bertaqwa dan raikanlah cahaya lebaran kali ini sebagai hamba Allah swt yang mahukan penyatuan silaturrahim ummatNya. Jadikanlah perjumpaan yang bermakna ini sebagai satu nikmat Tuhan yang mahukan kita berkasih sayang, agar kenangan Program Mega Reunion ALUMNI SAMER ini bersimpul padu kerana pertemuan itu syarat, perpisahan itu pasti. Salam jabat mesra saya pada semua pengembara ilmuwan dan mantan pelajar SAMER sekalian. Sembah Ukhuwah & Minal Ainil walfaizin “ KE ARAH PEMBENTUKAN ALUMNI SAMER”

Assalamualaikum wbt Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan lembayung rahmatNya, dapat bersama kita mengumpulkan segenap musafir ilmu yang pernah bermastautin di SAMER. Semestinya kedatangan tuan-puan sekalian, merupakan satu wasilah yang dinantikan oleh seluruh warga SAMER dan seluruh isi rohaniah sekolah. Takrif SAMER yang bermaksud hamparan itu sendiri ingin mengalualukan kedatangan kembali seluruh ALUMNI SAMER ke hamparan yang pernah mengasuh, mendidik dan mengajar erti menimba ilmu Allah SWT yang Maha luas. Kejayaan yang diperolehi tuan-puan sekarang merupakan satu kebanggan yang tinggi bagi keempat-empat dinding SAMER ini dan merupakan satu kepuasan para pendidik SAMER dalam melihat para pelajarnya terus kekal berjaya di dalam hidup. Program Mega Reunion Aidilfitri mempunyai matlamat yang cukup bermakna dalam memperkukuhkan jalinan erat di antara ALUMNI SAMER dan pihak sekolah. Dalam jangka masa panjang, pihak sekolah percaya, ALUMNI SAMER dapat membantu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat mewujudkan dan memperkembangkan potensi sekolah dalam melahirkan ilmuwan Islam yang berketrampilan, berpengetahuan, berakhlak mulia, berbudaya dan bertanggungjawab terhadap agama, Negara dan bangsa. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan yang tinggi kepada pihak sekolah untuk melihat ALUMNI SAMER menggembleng tenaga dan pulang berbakti. Lestarikanlah segala kenangan tuan-puan disini dan mulakan aidilfitri kali ini sebagai titik tolak bermulanya ukhuwah kita semua. Salam Nazam Lebaran “BERILMU, BERAMAL & BERTAQWA”

sekolah agama menengah rawang

reunionmegaaidilfitri

2010

sekolah agama menengah rawang

reunionmegaaidilfitri

2010

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful