1.0 PENGENALAN Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu.

Oleh itu, semua warga Malaysia perlu menghormati dan mempertahankan bahasa Melayu kerana bahasa itu ialah bahasa kebangsaan mereka. Fakta yang tidak dapat disangkal atau dipertikaikan oleh sesiapa pun ialah darihal kedudukan bahasa Melayu sebagai kebangsaan negara. Kedudukan bahasa itu sangat jelas di sisi perlembagaan. Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Isu penggunaan bahasa Melayu pada masa ini semakin membimbangkan. Sebagai contoh penggunaan bahasa Melayu oleh media elektornik yang disifatkan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu (PPBMM) semakin merosot kualitinya. Menurut Presidennya Prof Madya Dr Hashim Othman, pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai program televesyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini. Contoh kesalahan paling kerap ialah penggunaan kata ganti nama pembesar dan pemimpin negara yang disebut tanpa rasa sopan dan hormat. Penggunaan kata ganti µkita orang¶, µkorang¶, dan µdiaorang¶ yang merujuk kepada ganti nama µkami¶, µkalian¶ dan µmereka¶, yang kini meluas diguna dalam drama terbitan stesen televisyen berbayar. Kesalahan bahasa itu jika tidak dibendung akan membawa impak buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu kerana pengaruh media elektronik terhadap penonton dan pendengar khususnya kanak-kanak adalah sangat besar. Penggunaan bahasa Melayu yang tinggi berupaya menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat. Usaha mendaulatkan Bahasa Melayu di segenap lapangan merupakan tindakan murni yang bukan sahaja menepati undang undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan kedudukan istimewa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam perkara 152.

1

maka sudah tentu kempen memartabatkan bahasa Melayu juga harus dijalankan kerana salah satu budaya orang Malaysia adalah bertutur seta bangga dengan bahasa kebangsaan. Jikalau budaya berbudi bahasa dijadikan kempen. Kemerosotan bahasa Melayu dari segi penguasaan dan penggunaanya perlu dinilai dan diberikan perhatian serius. Sebagai sebuah negara berdaulat dan mengiktiraf peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Parsi dan Urdu. Boulevard dan Parcel´ digunakan secara meluas di Putrajaya. Bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar di dunia dan menjadi antara bahasa berpengaruh yang berperanan di dalam penyebaran agama Islam selain bahasa Arab. adalah tidak cukup sekadar diajurkan program-program bagi memperkasakan penggunaan bahasa Melayu di peringkat kementerian dan jabatan sahaja malah ia perlu mengakar ke segenap lapisan masyarakat terutamanya di institusi-institusi pendidikan Kempen dan gerkan massa untuk memartabatkan bahasa Melayu perlu dijalankan dan wajar mendapat perihatian semua pihak. kita tentu hairan apabila istilah-istilah asing seperti ³Presint. Keputusan yang diambil oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menukarkan istilah-istilah asing yang digunakan pada nama jalan dan tempat di Putrajaya harus diberikan pujian serta wajib untuk dilaksanakan. 2 . Kurangnya keperihatinan serta kesedaran sivik kebanyakan anak muda sekarang terhadap pelbagai isu-isu yang berlaku termasuk isu kedaulatan bahasa kebangsaan adalah suatu yang membimbangkan.Usaha ini harus dilihat sebagai satu jihad untuk menguat dan mengekalkan identiti serta jati diri bangsa dan negara Malaysia. Sikap acuh tidak acuh dan malu untuk bertutur di dalam bahasa kebangsaan semakin ketara kepada generasi muda pada hari ini. Untuk terus mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

kesepaduan rakyat mestilah 3 . dalam Laporan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib telah menegaskan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Akta ini jelas memperuntukan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi. termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Abdullah. sama ada di peringkat rendah mahupun menengah. ataupun di peringkat universiti. selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang sedia ada. bentuk angka dan bahasa dalam borang rasmi kerajaan. kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini berpaksikan pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Mohd.0 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU 2.1 Bahasa Kebangsaan ³Bahasa Jiwa Bangsa´ dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengatar di sekolah-sekolah. Sebelum wujudnya Akta Pendidikan. Menurut Hj.2. Sebuah badan berkanun. iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bertanggungjawab untuk memaju dan memperkayakan bahasa Melayu kita (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. Cara ini dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu sehingga mampu menjadi wadah serta dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain. (1983) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) mula berkuatkuasa pada April 1963. Pada tahun 1970. Akta Pendidikan menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah.Untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara. Akta ini mengandungi tiga seksyen. Menyedari hakikat ini. Khusairi Hj. 1999). iaitu meliputi aspek-aspek tulisan.

dan menobatkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. 1999). Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan. iaitu propaganda.sentiasa digembleng. 2. Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. iaitu untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. menengah. maktab dan universiti terlaksana dengan lancar. memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam. Bahasa Melayu sudah dapat berfungsi dengan baik sebagai bahasa pengantar ilmu serta dapat 4 .2 Dasar Bahasa Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu lambang penyatuan. seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. penubuhan satu bahasa kebangsaan juga timbul daripada desakan kebangsaan yang mahukan bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa bumiputera iaitu bahasa Melayu. 2. Dasar bahasa negara ini juga dianggap bermula dengan idealisme. iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Penggunaan satu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan berjaya mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang sejati.3 Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991 penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan baik di peringkat sekolah rendah. barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. pembinaan dan peluasan penggunaannya. Di samping memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan.

penyusunan buku tatabahasa dan pembinaan sebutan baku telah pun dilaksanakan dengan jayanya. Penerbitan pelbagai jenis buku dan jurnal turut membantu menjayakan peranan bahasa Melayu dalam pendidikan di negara ini. penyediaan kamus umum definitif. majalah. Kejuteraan. Sejak Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka bersifat produktif dalam pembinaan bahasa Melayu dari segi penstandardan dengan negara-negara berbahasa Melayu yang lain. Bahasa Melayu sudah mampu berfungsi sebagai bahasa akademik dan lengkap dengan laras-laras bahasa. kamus. Teknologi. Berdasarkan begitu banyak buku teks. Kemasyarakatan dan agama. menerusi penyertaan bersama dalam Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang mewarisi Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) sebelum itu. dan bahan-bahan bacaan yang sudah diterbitkan dalam bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah-sekolah. dan UndangUndang. seperti pembinaan bahasa. 2002). secara tuntasnya bahawa bahasa Melayu sudah pun berjaya memainkan peranan dalam pendidikan di negara ini (Abdul Hamid Mahmood. Ekonomi. Bahasa Melayu hari ini sudah mencapai taraf bahasa ilmu yang lengkap dengan ciri keintelektualan dan kesempurnaan. menyempurnakan dan mengembangkan bahasa Melayu supaya dapat memainkan peranannya dengan sempurna dalam dunia pendidikan di negara ini bukan sedikit. pembinaan istilah saintifik. istilah. maktab dan universiti. pembentukan sistem ejaan baharu.mengungkapkan dan menghuraikan konsep ilmu yang abstrak dan jelas. di samping Sastera. 5 . Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam membina. perbendaharaan kata dan istilah untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu serta ilmu sains. Kedoktoran. tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

1999). 6 . Asimilasi ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai displin ilmu dengan pengantar bahasa Melayu. Ia juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolahsekolah sepenuhnya mulai tahun 1983 telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca. di samping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan kemahiran berfikir. Tumpuan dan penekanan adalah untuk membimbing pelajar ke arah pemupukan semangat kewarganegaraan dan mengamalkan nilai murni masyarakat Malaysia yang universal (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. berketrampilan. sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsur dan nilai budaya yang tinggi. kecekapan berbah asa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi. Matlamat dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM ini lebih memberatkan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu bersandarkan ketetapan tatabahasa.2. menulis dan mengira menggunakan pengantar bahasa Melayu.4 Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Sekolah Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi. berbahasa. Usaha untuk mencapai matlamat ini seharusnya bermula pada peringkat sekolah lagi kerana sistem persekolahan di negara kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.

Dengan demikian. dan bahasa Jepun. Teknologi.5 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Dengan µBahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu¶ dimaksudkan peranan Bahasa Malaysia sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden. perindustrian ringan dan berat. Kejuteraan. bahasa Melayu dapat mencapai taraf kecendiakawan dan bahasa sainstifik. termasuk sains dan teknologi. iaitu ilmu Sains. yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya. perniagaan saham. Maksud kekuatan bahasa Melayu seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. dan kesempurnaan bahasa. 2002). dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan. dan Undang-Undang di samping sastera dan agama. Ekonomi. iaitu keintelektual bahasa. pengurusan perakaunan dan perangkaan (Abdul Hamid Mahmood. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti bahasa Inggeris. maka perlulah bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata. Satu-satu bahasa yang mencapai taraf bahasa ilmu. bahasa Jerman. Misalnya apabila memperkatakan konsep ekonomi. bahasa Perancis. istilah. Bahasa melayu direncanakan menjadi bahasa yang ekspresif dalam pelbagai bidang ilmu. Perancangan bahasa Melayu secara bertahap-tahap melalui sistem pendidikan kebangsaan. istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk mengukapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. ia perlu mempunyai dua ciri penting. Dicerna sebagai bahasa elit dan bahasa cerdik pandai yang bertanggungjawab membentuk pemikiran masyarakat dan pembangunan negara. 7 . Sebagai bahasa ilmu bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata. Kedoktoran.2.

Penekanan juga harus diberikan kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam 8 . bahasa Melayu harus dapat berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi. Hassan Ahmad. telah berjaya menghasilkan ahli ilmu yang terdidik dalam bahasa Melayu. sifat perbendaharaan kata bahasa Melayu juga turut mengalami perubahan. Oleh itu. Dari segi penggunaan ayat misalnya. klausa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat memperkatakan tentang bidang yang berbeza daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa Melayu suatu masa dahulu. 1986). Sebagai bahasa ilmu. sekurang-kurangnya pada peringkat ijazah pertama. Sebagai bahasa ilmu. Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. keintelektual bahasa ini dapat dicapai terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. alat komunikasi masyarakat serta sebagai alat perpaduan dalam negara berbilang bangsa dan agama (Dato¶ Hj. ia harus betul strukturnya agar maksud yang hendak disampaikan dapat difahami . sebutan dan seumpamanya. Jika dahulu perbendaharaan kata bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh perkataan bahasa Arab dan Sanskrit. bahasa Melayu mempunyai dua peranan penting. Dalam hubungan ini. terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden. ejaan. Sistem tatabahasa pula dimaksudkan dengan segala aspek tatabahasa sama ada dari segi ayat. kini perkataan bahasa Inggeris sering digunakan. sesuatu bahasa itu perlu mempunyai dua ciri penting. frasa. iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan dan sebagai alat yang dapat membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan. Menurut Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1999).dan penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. iaitu keintelektual bahasa dan kesempurnaan bahasa. bahasa Melayu telahpun digunakan sebagai bahasa ilmu sejajar dengan peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekaligus telah menjadi bahasa penting dan utama dalam bidang keilmuan moden pada hari ini.

ini dapat menambahkan keyakinan bahawa potensi bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan rakyat. Inilah idealisme yang tersirat di sebalik pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa mempunyai pengaruh yang besar untuk mencorakkan masa depan bahasa. surat. minit mesyuarat. bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Bagi menangani perkara ini terutamanya dari aspek sebutan. 2. Dengan menghayati dan menghormati semangat perlembagaan itu. Yang tidak harus berlaku ialah bahasa Inggeris itu mengatasi taraf serta nilai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pentadbiran dan pendidikan. setiap pelaksana dasar kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi. kerajaan negeri dam juga badan berkanun. notis. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan. Mereka perlu mempunyai political will untuk menentukan 9 .6 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Sebagai bahasa rasmi. memorandum. Untuk itu. dan ini menjadikan bahasa Melayu menjadi lebih penting. dan dokumen -dokumen lain mesti ditulis dalam bahasa Melayu. Ini adalah untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf tinggi dan ada kelarasan dalam penggunaannya. Keadaan pembangunan ekonomi mengakibatkan jurang sosial yang bertambah besar. Kita tidak harus menolak pentingnya mempelajari bahasa Inggeris.penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu. perancangan dan pelaksanaan bahasa baku dijalankan.7 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak boleh diperkecilkan. 2.

Perjuangan memartabat bahasa Melayu tidak ada kena mengena dengan kaum. Apabila bercakap mengenai perpaduan bahasa kebangsaan adalah penghubungnya. Bahasa Melayu adalah bahasa warganegara di negara ini.supaya bahasa Melayu berfungsi untuk mampu mencapai keseimbangan yang rasional serta menguntungkan. Walaupun dianggap sebagai 10 . Suatu yang sangat tidak adil apabila pejuang bahasa Inggeris menganggap pejuang bahasa Melayu sebagai ³cauvinis´. Mengankat kedudukan bahasa Melayu bukanlah mahu mengambil kedudukan bahasa lain tetapi meletakkan semula bahasa Melayu dalam Perlembagaan. Ashraf hingga sekarang ini tidak pernah jemu menggerakkan usaha menyelamatkan bahasa Melayu.8 Martabat Bahasa Jiwai Bangsa Kedudukan tinggi bahasa Melayu dalam Perlembagaan telah ditelan oleh arus gelombang politik melayu sendiri yang tidak mengendahkan bahasa ini. ini agenda perjuangan semua rakyat. Suatu yang paling memalukan kalangan politik Melayu apabila mereka gagal menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebang saan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. antara unsur-unsur antarabangsa dengan kebangsaan. Pejuang bahasa sejak generasi Usman Awang. Bahasa Melayu tidak lagi menjadi faktor untuk menentukan jatuh bangun politik Melayu kerana politik Melayu dikuasai oleh ekonomi. bukan bahasa m ilik orang Melayu sahaja. Tetapi yang ironinya orang Melayu masih lagi kecil dalam penguasaan ekonomi. 2. Sementara kalangan golongan politik Melayu harus memanfaatkan gelombang yang ada untuk menyakinkan bahawa memartabatkan bahasa Melayu tidak memufliskan negara ini. Pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris hanya satu isu sahaja dalam menentukan jangka hayat bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi kata kunci kepada segala usaha menangkis prasangka antara kaum terutama apabila melibatkan soal bahasa dan budaya.

apabila golongan ini memegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi mereka cenderung mengutamakan bahasa 11 . Selalunya. Mereka perlu membaca kembali slogan Bahasa Jiwa Bangsa yang tidak pernah lupus jangka hayat. mesyu arat atau penyediaan cadangan perniagaan. Penggunaan bahasa penjajah itu lebih kepada pernyataan status atau untuk menunjukkan tahap pendidikan penuturnya. Terdapat juga agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengagungkan bahasa asing itu terutamanya dalam pembentangan kertas kerja. penggunaan Bahasa Kebangsaan itu perlu diperluaskan di luar lingkungan pendidikan mencakupi semua urusan sama ada rasmi dan tidak rasmi tanpa kompromi. Cuma semangat kental mereka wajar disokong secara bersungguh-sungguh oleh penggerak gelombang politik Melayu.9 Budayakan Bahasa Melayu Memartabatkan bahasa Melayu bukan setakat dalam sistem pendidikan. ³Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan bukti kesungguhan kerajaan menjulang bahasa itu ke tahap yang tertinggi. Natijahnya. Ia menjurus kepada bidang baru yang berkaitan sains dan teknologi. Mashudi Bahari. Masih terdapat urusan yang menggunakan bahasa Inggeris seperti dalam bidang pengiklanan. 2.³cauvinis bahasa´mereka ini terus percaya bahawa persetujuan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan satu kesilapan generasi lampau. Urusan surat menyurat dan dokumentasi juga kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Menurut Dr. tida terma yang tepat dalam bahasa Melayu dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan tersebut. perundangan khususnya yang melibatkan perjanjian sewa beli dan juga dalam komunikasi awam. Senario ini membayangkan seolah-olah tiada kesinambungan antara ilmu yang dipelajari di sekolah dengan penggunaannya dalam kehidupan seharian.

kursus pengayaan diri mata pelajaran bahasa Melayu dan sebagainya. 12 . kursus bahasa Melayu juga diadakan untuk kakitangan jabatan atau institusi masing-masing seperti Wacana Akademik Bahasa Melayu. 2. Di kalangan tenaga pengajar pula. Di samping itu. Pengakuan pelajar tentang soal galakan ini didapati berbeza-beza mengikut institusi.10 Galakan Penggunaan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi Menurut Ahmad Mohd. pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia memang kurang digalakkan oleh tenaga pengajar mereka supaya menggunakan bahasa Melayu. (1992) sebahagian daripada pelajar menyatakan bahawa mereka memang digalakkan supaya menggunakan bahasa Melayu. Sedangkan. mereka memang digalakan oleh pihak jabatan atau institusi supaya menggunakan bahasa Melayu. Yusof et al.Inggeris. Beberapa jenis galakan telah diberi dan galakan yang paling ketara adalah menyediakan bahan-bahan rujukan dalam bahasa Melayu. dan sebahagian lagi menyatakan tidak. Begitu juga halnya dengan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara. Bukan menidakkan kepentingan bahasa Inggeris tetapi komuniti masyarakat Malaysia harus mengutamakan bahasa Melayu. Yang nyata ialah pelajar-pelajar Universiti Malaya lebih digalakkan oleh tenaga pengajar mereka supaya menggunakan bahasa Melayu.

Maknanya selepas disebut dalam Perlembagaan. Sebaliknya mereka yang menggerakkan gelombang politik Melayu yang lebih mempunyai ruang dan kuasa untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu di tempat selayaknya. Malah kena hayati juga slogan keramat Bahasa Jiwa Bangsa yang telan dimandulkan oleh kuasa politik Melayu sendiri. Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab kolektif pelbagai pihak terutama sekali kalangan ahli politik Melayu. Pelbagai langkah dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa Melayu ke arah zaman kegemilangannya. Sebaliknya tumpuan kepada bahasa Inggeris yang meminggirkan bahasa Melayu.3. Ada di kalangan sesetangah pihak yang sewenang-wenang menakutnakutkan rakyat khususnya orang Melayu bahawa kemajuan datang dengan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu perlu dimanfaatkan untuk mengembleng usaha mengangkat kembali martabat bahasa Melayu.0 KESIMPULAN Kita kena realistik untuk memastikan kedudukan dan masa depan bahasa Melayu terbela tidaklah semudah meletakkan kepada tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Puisi Keranda 152 tulisan Allahyarham Usman Awang mesti dibaca semula bagaimana ledakan kebahasaan masa lalu melihat masa depan bahasa Melayu yang berlaku pada hari ini. itu adalah persetujuan dan kesepakatan bersama oleh pelbagai kaum di negara ini. 13 . Untuk menyokong hujah itu mereka pun menudinglah kepada sekian banyak tokoh korporat yang berjaya dengan penguasaan bahasa Inggeris. Perlembagaan yang menyebut tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan digubal dan diluluskan oleh satu pihak. Tetapi pada hakikatnya perjuangan memartabatkan bahasa Melayu ini tidak pernah meminggirkan bahasa Inggeris. Kita semua tidak boleh menyalahkan dan meletakkan kelemahan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja apabila bahasa Melayu menjadi bahasa kelas tiga di negara ini. Memartabatkan bahasa Melayu adalah tanggungjawab bersama dan ianya tidak hanya tertumpu pada sesetengah pihak.

(2002). Utusan Malaysia diperolehi 1/08/2010 Zaidi Ismail. Prof. (1999). Kumpulan Budiman Sdn. Pelaksanaan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar Pelajaran. Budayakan Bahasa Melayu Tanda Patriotik. Mohd. (1992). Utusan Malaysia diperolehi pada 1/8/2010 Ku Seman Ku Hussain.0 BIBLIOGRAFI Ahmad Mohd. Bhd: Kuala Lumpur. Bahan Daripada Akhbar dan Majalah Azmy Mohamed. Guru dan Bahasa Melayu. Laporan Kaji Selidik Penggunaan Bahasa Melayu dalam Bidang Kehakiman dan Undang-Undang. Abdul Aziz. Bahasa Kebangsaan (A). Yusof et al.4. Percetakan Zafar Sdn. Martabatkan Bahasa Jiwai Bangsa. (1983). Majalah Dewan Bahasa keluaran April 2010 14 . Kamarudin Hj. Khusairi Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Hamid Mahmood. Bhd: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Dr. Hari Pejuang Bangsa´152´: Medan Bincang Arah Tuju Bahasa Melayu. Hj. Abdullah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful