Ilmu Pendidikan-KPLI SR

2009

PENGENALAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransang pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Berdasarkan teori-teori yang ada, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam merancang aktiviti mengajar yang

1

Berdasarkan konsep tingkah laku yang diilustrasikan. beliau membuktikan tingkah laku adalah berkaitan dengan konsep ugutan dan ancaman fizikal. pelaziman. aktiviti perancangan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. KONSEP PENGAJARAN Mengikut Kamus Dewan. bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu. Mengikut Thomas F. manakala teknik tunjuk ajar digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. aspek yang dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 berkesan dan bermakna kepada para pelajar. pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar. mempropoganda dan bohong dan hanya latihan. Pengajaran ini meliputi semua aspek contohnya. Sebagai kesimpulannya. ancaman fizikal. Contohnya. iaitu mengetahui atau mengajar. Pengetahuan pula ialah hasil kognisi. tunjuk ajar yang menukarkan tingkah laku dan kelakuan. indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialah intruksi diikuti dengan latihan. Dalam proses pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar. tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercaaan baru. penyampaian. Green. Ia adalah sama dengan maklumat yang diperolehi daripada propoganda atau dusta. Ini meliputi pelbagai aspek iaitu latihan. pengelolaan. Mengikut Thomas. di samping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar. di antara lapan konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaitu ugutan. seperti 2 . Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. indoktrinasi. pelaziman dan mengajar boleh digolongkan dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait rapat dengan konsep pengajaran. segala sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar. Manakala konsep kelakuan pula berkaitan dengan latihan dan pelaziman. Sedangkan kepercayaan pula mengandungi kekurangan bukti yang sah.

Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler. dan ia kan bertugas dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka telah menumpukan ujian tersebut terhadap perperhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Thorndike dan Skinner. Teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan. pengetahuan dan sikap. Selain itu. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai 3 . KONSEP PEMBELAJARAN Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itu bertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Mereka menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Gagne dan Ausebel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Ia juga membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat. Ini menunjukkan tingkah laku pelajar boleh diperhatikan. Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teoriteori pembelajaran masa kinidan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris. Di antara tokoh-tokoh yang terpengaruh bagi mazhab behavioris ialah Parlov.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 mengajar murid dengan cara indoktrinasi tanpa memberi penerangan seperti menghafal fakta atau menggunakan pelaziman untuk memaksa murid belajar tanpa berfikir. Bruner. kognitif. dikawal serta diramal. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. sosial dan humanis.

Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 objektif atau motif tertentu. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis. sekiranya ia tidak dapat mengenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajari. ahli psikologi pada umumnya mentafsir pembelajaran sebagai proses. Mereka tidak bersetuju dengan teori simulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang. Apa yang dimaksudkan disini adalah. melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Pembelajaran dapat didapati mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul. Sebagai kesimpulannya. walaupun melalui latihan berkali-kali. Kedua adalah perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran yang mempunyai ciri kekal. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza denga individu ynag lain. Mazhab sosial menyarakankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Oleh itu. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melaui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses pemodelan. Ia akan 4 . Pemodelan yang dimaksudkan ialah melalui pemerhatian atau peniruan. pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau pengalaman. berpendapat bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. pembelajaran tidak akan berlaku. Teori mazhab sosial yang dipelopori oleh Bandura. Secara ringkas. Pembelajaran meliputi pelbagai aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif. pembelajaran boleh dibahagi kepada dua iaitu yang pertama. Ini bermakna perubahan tingkah laku buat sementara sahaja. Melalui mazhab humanis pembelajaran manusia amat bergantung kepada emosi dan perasaannya. strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu sendiri. Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.

rasa milik dan memuaskan pengalaman. Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis pembelajaran. Thorndike dan B. Dalam erti kata teori ini. 1. Hokum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian saraf. ketertiban masa. beberapa faktor penting dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf. E.L. Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh Thorndike adalah pada umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu: 5 .F Skinner. Teori Thorndike Mengikut Thorndike. pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak balas. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan ransangan adalah suatu proses pembelajaran. TEORI PEMBELAJARAN Teori Behavarious Tokoh-tokoh terkenal dalam mazhab ini terdiri daripada Pavlov.Gerak balas. Mereke berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran kepada guru. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebgai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya. Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan berlaku.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai.Teori ini juga dikenali sebagai teori Rangsangan.

maka pengalirannya adalah menyusahkan. Yang terakhir ialah. Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak mengaliradalah menyusahkan. Gerak balas ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul kesan daripada ransangan. tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu. Hukum kesediaan. teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti. iii. (iiatu tindakan mengulang) tidak dijalankan. apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak 6 . maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah lemah. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balan dan akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh Thorndike sebagai: a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir. dan meransang apa jua gerak balas yang disediakan oleh alam semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi. sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan. Ransangan pula ialah. dan dipaksa mengalir. konsep tentang perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dansusah diukur. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya tindak balas. Sebaliknya. Teori Pelaziman Klasik Pavlov Menurut Pavlov. teori ini mempunyai banyak kelemahan. Kedua. latihan dan kesan. setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Apabila satu unit pengaliran idak bersedia untuk pengaliran. Pertama. b) c) ii. maka pengalirannya adalah memuaskan. imaginasi atau keindahan bahasa. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas. 2.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 i. Namun demikian.

Ransangan Tak Terlazim Balas Tak Terlazim : Gerak : makanan rembesan air liur dikesan 2. 1. misalnya perhatian anjing sahaja. Hasil daripa kajiannya.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 balas. Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara ransangan dan gerak balas. 3. Ransangan Terlazim : bunyi loceng Gerak Balas Tiada Kaitan dengan tindak balas tak terlazim. Ransangan Terlazim – (Perkaitan Baru) – Gerak Balas Terlazim (bunyi loceng mengganti makanan) (rembesan air liur dikesan) Rajah 1: Model pelaziman Klasik Pavlov 7 . Ransangan Terlazim-Ransangan Tak Terlazim-Gerak Balas Tak Terlazim (bunyi loceng) (makanan) (rembesan air liur) 4.

Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda. Teori Pelaziman Operan Skinner Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. burung. hadiah dan sebagainya. tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar. Beliau melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang pelaziman. ganjaran. biji-biji makanan akan terkeluar. Apabila alat itu ditekan. Contohnya. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak.F. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Pembelajaran mellaui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam ‘kotak skiiner’. Kemudian secara tidak sengaja. Sekiranya ganjaran dihentikan. Dalam eksperimen di atas. biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Skinner dan menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Dalam eksperimennya. Seterusnya skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Teori ini merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan ransangan dan gerak balas. Kotak itu dilengkapi alat penekan padadindingnya. merpati dan juga manusia. 8 . Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. konsep peneguhan amat jelas sekali. Contoh peneguhan positif adalah pujian. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. gerak balas itu akan terhapus juga. B. Ini menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 3.

tetapi gagal untuk mendapatkan pisang tersebut. Teori Pembelajaran Kohler Bagi membentuk teori gesalt. cimpazi itu telah berjaya mendapatkan pisang tersebut. Ia menyusun kotak-kotak secara bertindih sehingga menjadi seperti tangga dan seterunya memanjat kotak-kotak itu. teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal. 1. Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan menggunkan cimpazi. Ketika berhenti. penemuan. Dengan itu. kaedah penyelesaian masalah. Mereka menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpazi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung dibumbung sangkarnya. Kesimpulan yang didapati dari hasil kajian Kohler tersebut ialah: i) ii) Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi Cimpazi yang menggunakan alatan untuk meyelesaikan masalah adalah berdasarkan pengalaman dan persepsinya. Cimpazi mula menggunakan cara melompat. 9 . Ini menunjukkan perkaitan antara ransangan seperti kotak dan pisang dalam situasi yang dihadapinya. kategori pembelajaran dan resepsi. cimpazi melihat di sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba cimpazi itu mengheret melihat pertalian di antara susunan kotak-kotak ke bahagian sangkar di mana pisang itu tergantung.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 Mazhab Kognitif Ahli-ahli psikologi kognitif menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Oleh itu. Ia pun berhenti seketika.

Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan perkembangan ) Bruner. fitrah manusia pada dasarnya mulia dan baik. Teori pembelajaran konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. sains. 10 . antaranya: i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi. Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya. Kebolehan memerhatikan pertalian tersebut wujud kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar secara menyeluruh. Mengikut mazhab ini. pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan perasaannya. Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan. Mazhab Humanis Mengikut ahli psikologi humanis. Mereka menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang berlainan dan berbeza. persepsi kaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu mendapat pisang yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal. Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama. falsafah. matematik dan pendidikan moral. teknologi.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 Menurut kohler. Teori Konstruktivisme Konsep konstruktivisme telah digunakan dalam bidang psikologi. Dewey (1933). Mereka juga berpendapat bahawa kebolehan mental seperti ini juga terdapat pada manusia yang dipercayai adalah lebih pintar berbanding dengan haiwan lain. Individu akan membesar dengan baik sekiranya persekitaran dalam kehidupan mereka adalah sesuai dan baik. pengajaran. Vygotsky. Goodman (1984) dan Gibson (1977).

11 . v. Pemilihan ransangan yang sesuai oleh organ 4 Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan. iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. Ransangan-ransangan yang diterima dari persekitaran akan diproses dalam otak dan dijadikan pengalaman dan ilmu.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 ii. Pengalaman setiap individu adalah fenomena. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. Pengalaman dan ilmu yang diperoleh boleh dilihat sebagai perubahan tingkah laku manusia. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. PROSES PEMBELAJARAN Proses pembelajaran melibatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang ada di pesekitaran mereka. iv. iii. Rajah di bawah menggambarkan satu proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat. 2. 6 Perubahan tingkah laku.logikal.

psikomotor. 3 Pemikiran erti ransangan dalam otak. Proses ini bermula dari penerimaan ransangan melalui organ deria manusia. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsipprinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. 2009 Rajah 2 : Proses Pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat. guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Di sini terdapat lima cara guu dapat meransang dan meningkatkan pengajaran pembelajaran berdasarkan teori iaitu: 12 . Ransanganransangan.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 1. diikuti pembentukkan konsep dan akhirnya berlaku perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi. Melalui teori-teori pembelajaran ini. Mengamalkan dalam situasi yang sepadan. Pelajaran merupakan proses yang mempunyai beberapa peringkat beroperasi secara sistematik. emosi dan kematangan seseorang pelajar untuk membolehkan ia menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan. Ini dapat disimpulkan bahawa kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek. Sekiranya terdapat tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada barulah berlaku proses pembelajaran. 5. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Ia kan berterusan sekiranya terdapat motivasi yang sesuai. LIMA CARA GURU DAPAT MERANSANG DAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme Dan Konstruktivisme Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalan Bilik Darjah.

Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 i. Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasaannya. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya. pemudah cara atau fasilitator. Kurikulum tersebut perlu memenuhi keperluan. 13 . proses pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak. Integrasi kurikulum merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian. guru berperanan sebagai penolong. Meningkatkan Kemahiran Komunikasi dan Sosial Murid Berdasarkan Teori Konstruktivisme yang dibincangkan. maka diturunkan beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran yang diimplikasikan. Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsang pembelajaran kanakkanak. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar-pelajar membina pengetahuan. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada. Oleh itu. sebaliknya dia bertanggungjawab membina pengetahuan. dan perancang. Prosedur penilaian perlu diubah daripada penekanan terhadap ingatan kembali fakta-fakta kepada penumpuan terhadap pemahaman. Guru perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Kanakkanak ialah Pembina teori. Interaksi dan pertukaran idea-idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka. Guru perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan pergerakan pelajar-pelajar dan tahap kebisingan tertentu yang dibenarkan. Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan pelajar. minat dan kebolehan kanak-kanak. Ini disebabkan interaksi antara pelajar yang lebih cergas dan aktif.

Peneguhan juga boleh dirancangkan untuk program memodifikasikan tingkahlaku seseorang dengan cara mengubah tingkah laku manusia tersebut. guru perlu melibatkan pelajarpelajar da lam proses pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan. Pembelajaran juga boleh berlaku melalui pembiasaan atau pengalaman. menjalankan projek dan sebagainya. Latih tubi merupakan satu lagi strategi instruksional yang digunakan. perbincangan. ni bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan kepada situasi B. iii. Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin 14 .Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 ii. Latihan Mengikut teori Thordike latihan dan pengulangan Selain amat itu. Kaedah latih tubi ini boleh dilihat dalam dua cara yang berbeza iaitu permainan dan kertas kerja. Latihan yang disediakan dalam kedua-dua bentuk ini boleh digunakan oleh guru secara berulang-ulang untuk mengukuhkan daya ingatan pelajar tentang topik yang telah diajarkan dengan harapan pelajar akan dapat menguasai konsep yang terdapat dalam topik tersebut melalui hafalan. generalisasi boleh berlaku. Menurut Skinner. Peneguhan Peneguhan juga merupakan proses semula jadi kepada manusia. Untuk mengaplikasikan teori ini guru perlu menggunakan peneguhan positif seperti memberi pujian atau hadiah untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini. Oleh itu. Peneguhan merupakan tingkah laku tertentu yang hadir diikuti dengan kesan dan tindak balas yang cepat. Ia berlaku kesan daripada interaksi harian dengan persekitaran sosial dan fizikal. ia penting juga bagi dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Apabila tindakbalas semakin teguh seseorang akan lebih terbiasa dengan perlakuan tersebut pada masa akan datang. hampir semua tingkah laku manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu tingkah laku responden dan tingkah laku operan. Dalam proses pembelajaran juga. meningkatkan kemahiran dan ingatan pelajar.

Contohnya.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 pengulangan tingkah laku yang diingini itu. Objektif membawa perasaan malu yang boleh menyebabkan negatif. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan pelajar. Pelajar yang terlibat dengan kaedah ini akan berpuas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran. pendidikan yang ingin berlakunya peneguhan dicapai perlu realistik. pelajar akan mengalami kegagalan. iv. seorang guru perlu memberikan pelajar-pelajarnya maklum balas tentang prestasi mereka. boleh dikatakan semua teori tersebut menunjukkan ransangan terhadap pemikiran. Kegagalan Sebagai seorang guru. Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. sama ada berjaya atau sebaliknya. Jika tidak. apabila guru memberi pujian setiap kali pelajar mendapat hasil yang baik. Di dalam bilik darjah. Untuk menggunakan kaedah ini. gerak balas positif dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. maka gerak balas itu akan berterusan. Menggalakkan Murid-Murid Berfikir Melalui teori-teori yang dikemukakan di atas. 15 . semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Oleh itu. guru perlu memotivasikan pelajar dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti. peneguhan ini boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Misalnya guru akan mengatakan ‘bagus’. Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari serta dapat diperkukuhkan melalui latihan. guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti. ‘baik’ dan sebagainya apabila pelajar menunjukkan sikap yang diigini dalam proses pembelajaran.

seseorang guru harus menyesuaikan isi pelajaran dan aktiviti yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya. Belajar Mengikut Kemampuan Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. PENUTUP Pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat antara satu sama lain. 16 . menyimpan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. pedagogi dan profesionalisme keguruan agar tercapai matlamat untuk memberi kejayaan kepada pelajar. Tanpa penguasaan dan pengetahuan tentang ilmu pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik darjah. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola. Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Untuk itu seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu psikologi. Dengan memahami teori perkembangan Piaget.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 v.

BIBLIOGRAFI Crow and Crow (1983). Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran. kesungguhan. Oleh itu. untuk mencapai matlamat itu. Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. kemahiran mendengar. 17 . kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Dewan Bahasa dan Pustaka. proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan. terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah. Kuala Lumpur. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. kebijaksanaan dan ketabahan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan murid agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. bukanlah satu perkara mudah.Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 Berdasarkan daripada kaedah penyampaian yang digunakan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru. bertutur. kerana ianya memerlukan pengorbanan. kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya.

Bhd. Psikologi Bilik Darjah-Asas Pedagogi. Ilmu pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas (Semester 1). Kuala Lumpur. Husin (1997). Penerbit Fajar Bakti Sdn. 18 .Ilmu Pendidikan-KPLI SR 2009 Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Mook Soon Sang (2009). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan Budiman Sdn. Kuala Lumpur. Kamarudin Hj. Ee Ah Meng (2003). Bhd. Utusan Publication dan Distributors Sdn. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful