DEWAN RAKYAT YANG KETUJUH

MALAYSIA

PENGGAL YANG KEEMPAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI SELASA, 27HB FEBRUARI, 1990, PUKUL 2.30 PETANG Bil. 2
a

1 LAPORAN TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT
*1. Tuan Ahmad Omar minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) sebab-sebab yang telah menjejaskan prestasi "Perkhidmatan Cemerlang" Penerbangan Malaysia (MAS);
(b) sejauhmanakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Penerbangan Malaysia itu telah menjejaskan perkhidmatan penerbangannya terutama dalam memenuhi pertambahan pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM); dan (c) terangkan langkah yang telah diambil dan langkah-langkah jangka pendek dan panjang bagi memulih, meningkat dan mengekalkan kecemerlangan Penerbangan Malaysia (MAS).

c

*2. Tuan Lee Lam Thye minta Menteri Penerangan menyatakan: (a) memandangkan liputan television dan media bagi Persidangan Parlimen sangat tidak mencukupi dan tidak memberi keadilan kepada Parlimen yang biasanya bersidang hanya tiga kali setahun, sama a.da beliau akan mengambil langkah-langkah untuk mengarahkan media elektronik dan cetak memberi lebih banyak liputan meluas persidangan Parlimen setiap

hari
(b) sama ada beliau sedar bahawa walaupun RTM telah diarahkan memperuntukkan masa 10 minit dari masa 30 minit berita nasional untuk Laporan Parlimen semasa Dewan bersidang biasanya ini tidak dipatuhi dan adakah Kementerian berkenaan akan mengekalkan program Laporan Parlimen menerusi television supaya perhatian khusus boleh ditumpukan ke atas persidangan Parlimen; dan

2
(c) sama ada Kerajaan telah mengkaji kemungkinan menyadakan siaran langsung persidangan Parlimen dan mengizinkan rakyat mengetahui sepenuhnya apa yang wakil rakyat mereka lakukan bagi menjaga kepentingan para pengundi mereka dan hal ehwal negara, dan sama ada beliau sedar bahawa inilah satu cara bagi menyelesaikan keadaan tidak cukup korum yang tetap berlaku dalam Parlimen. *3. Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan sama ada beliau dirundingkan terlebih dahulu sebelum pemusnahan sebelas pita video dan empat sampul surat yang mengandungi 2,000 gambarfoto yang dijumpai balik oleh pihak polis berhubung dengan pencurian yang berlaku di kediaman Y.B. D. P. Vijandran dalam bulan Ogos, 1988, dan sekiranya tidak bilakah beliau pertama kali diberitahu mengenai kewujudan pita-pita dan gambarfoto tersebut dan nyatakan sebab-sebab dan asas dari segi undang-undang keputusan Peguam Negara untuk memusnahkan pita-pita video dan gambarfoto tersebut yang telah menghalang penyiasatan polis ke dalam berbagai aduan polls berkait dengan pita-pita video dan gambarfoto berkenaan. *4. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd. Hassan minta Perdana Menteri menyatakan bilakah kelas Quran yang diluluskan sebanyak $20 juta itu akan bermula, kerana sudah ramai menanyakan hal demikian.

*5.

Tuan Ong Tee Keat minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) bilangan kes "insider trading" yang telah dapat dikesan di Bursa Saham pada tahun 1986, 1987, 1988 dan 1989;

(b) berapa orang telah dihukum atas kesalahan itu dalam tempoh yang sama; dan
(c) apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil untuk membenteras perbuatan tersebut. *6. Tuan Haji Abd . Manaf bin Haji Ahmad minta Perdana Menteri menyatakan apakah rancangan Kerajaan bagi melahirkan "MALAYSIA BERSATU " di dalam negara yang berbilang kaum dan agama seperti negara kita ini ; apakah halanganhalangan utama yang dihadapi sekarang dan mi. *7. Tuan Maidom P. Pansai minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan: (a) bilakah perkhidmatan telefon MRS di kawasan Kg. Tamu Darat dan Kg. Ratau, Kota Belud akan dapat diperbaiki, memandangkan ianya telah rosak sejak awal bulan Oktober tahun lalu; dan
0

4

(b) mengapakah dalam masa telefon tersebut tidak dapat digunakan kerana rosak namun bil tuntutan bagi "metered call" masih berterusan. *8. Dr Abdul Hadi Derani minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah syarat-syarat dan j actual pengunduran anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) daripada kubu-kubu di hutan belantara negara ini terutamanya di sempasan

3 Malaysia-Thai. Adakah benar tuduhan oleh setengah-setengah pihak yang mengatakan kononnya pihak Kerajaan akan memberi ganjaran kepada anggotaanggota PKM apabila mereka keluar dari hutan. *9. Tuan Chew Kam Hoy minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) apakah kadar inflasi negara semenjak 10 tahun kebelakangan ini; (b) adakah kadar tersebut lebih tinggi atau rendah berbanding dengan negaranegara ASEAN dan Latin Amerika yang lain pada tempoh yang sama; dan (c) apakah strategi yang akan diambil untuk mengurangkan kadar inflasi negara.
*10. Dato ' Dr Affifudin bin Haji Omar minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil setakat ini untuk membangunkan kawasankawasan yang dahulunya diketegorikan sebagai kawasan hitam atau kawasan keselamatan dan apakah bentuk-bentuk pembangunan mi. *11. Tuan Haji Mohd . Zain bin Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah keupayaan kilang Proton Saga sekarang dapat mengeluarkan motokar Proton Saga berikutan dengan permintaan yang sungguh menggalakkan dari negara sahabat pada masa kebelakangan mi. Apakah sebarang usaha yang telah dilakukan oleh pihak EON sama ada menambah pekerja, menambah masa bekerja atau seumpamanya bagi memenuhi permintaan ini dengan menyatakan: (a) bilangan yang telah dijual setakat ini kepada negara- negara luar dan juga yang telah dijual dalam negeri; dan

(b) bilangan yang telah dipesan oleh beberapa negara luar.
*12. Tuan Teoh Teik Huat minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada beliau sedar bahawa di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 25 November 1989, satu usul yang meminta pihak Kerajaan Pusat memindahkan pusat tahanan di Pulau Jerejak ke satu tempat yang lain, supaya membolehkan pulau itu dipulangkan kepada Negeri Pulau Pinang bagi dimajukan oleh negeri ini menjadikan pulau ini sebagai pusat ekonomi dan pelancongan dan usul ini telah disokong sepenuhnya oleh keuua-dua parti pemerintah dan parti pembangkang dan diluluskan. Jika ia, sama ada pihak Kerajaan Pusat ada menerima permintaan dari pihak Kerajaan Negeri supaya memulangkan Pulau Jerejak. Jika ia, bilakah permintaan tersebut dibuat dan adakah pihak Kerajaan Pusat bersetuju dengan permintaan mi.

C

*13. Tuan Fung Ket Wing minta Perdana Menteri menyatakan disebabkan tugas Pasukan Petugas mengenai pelarian-pelarian dan pendatang-pendatang haram telah diperluaskan ke Sabah, apakah pencapaian ketara yang dicapai olehnya sehingga kini; bukankah benar semenjak tugas Pasukan Petugas diperluaskan ke Sabah keadaan di Sabah telah bertambah buruk dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk membaiki keadaan tersebut.

4
*14. Dr Nicholas Munong Ibau minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah siasatan telah siap dibuat terhadap laporan Polis No. 10134/88 Kuching yang dilaporkan oleh Parti Bangsa Dayak Sarawak di Balai Polis Kuching pada 27-12-88 mengenai ucapan YB. Encik Adenan Satem, Menteri Tanah Negeri Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 28-11-88 yang menyentuh perasaan marah dan sensitif bagi kaum Iban di Sarawak. *15. Tuan Haji Nik Abdullah Arshad minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) apakah tindakan yang diatur untuk j angka pendek dan j angka pan j ang bagi melaksanakan kehendak "Perisytiharan Langkawi" yang diputuskan oleh CHOGM berhubung dengan masalah alam sekitar;
(b) sejauhmana langkah mengeluarkan kayu balak dan lain-lain hasil hutan yang dilapukan secara liberal oleh Kerajaan Barisan Nasional memberi kesan kepada suasana persekitaran dan sejauhmana pula dasar pengeluaran kayu-kayan itu dapat disesuaikan dengan kehendak Perisytiharan Langkawi itu; (c) berikut dengan minat Kerajaan untuk meluaskan sektor industri perkilangan maka apakah langkah untuk mengimbangi masalah pencemaran supaya masalah yang dihadapi oleh negara-negara perindustrian tidak menjadi masalah pula kepada negara ini; dan (d) bagaimana keputusan CHOGM berhubung dengan alam sekitar tadi dapat dilaksanakan di rantau ASEAN termasuk membersihkan rantau ini dari dijadikan tempat membuang sisa radio aktif atau toksid.

*16. Tuan Joe Ojihi Supiring minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:
(a) mengapa permohonan Masyarakat Kudat ke atas Installation (RBS) Radio Base Station di daerah ini belum diselenggarakan. Sedangkan Kerajaan melalui jawapan Kementerian kepada soalan saya dalam Parlimen tahun 1989 telah berjanji untuk menyiapkan pemasangan alat tersebut dalam bulan Jun, 1989; dan (b) masyarakat di sepanjang jalan besar Tajau-Loro Besar Tiga Papan dan Suangpai telah pun mengemukakan rayuan setiap tahun, supaya talian tnaga dapat dipanjangkan/dibekalkan dalam kawasan ini. Bilakah Kementerian dapat menunaikan hasrat masyarakat mi. *17. Dato' Zainol Abidin bin Johari minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah beliau berpuashati dengan perjalanan Jawatankuasa Pemulihan Bekas Perajurit di tiap-tiap Negeri. *18. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) perkembangan terbaru berhubung dengan Deraf Pindaan Akta Pelaj aran 1961 dan bilakah deraf itu dikemukakan dalam Dewan Rakyat sebagai Rang Undang-undang untuk perbahasan;

5
(b) apakah Deraf Pindaan tersebut ini dikelaskan sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak dibenarkan untuk pengetahuan umum; jika ya, kenapa; jika tidak, kenapa tidak menghantar satu naskhah deraf itu kepada Biro Pendidikan dan Kebudayaan DAP untuk kajian sungguhpun Biro ini telah membuat permohonan kepada beliau; (c) kenapa semua parti komponen Barisan Nasional sahaja yang diberi salinan Deraf Pindaan tersebut untuk perbincangan; dan (d) bolehkah Kerajaan memberi jaminan bahawa Kerajaan akan memberi masa yang mencukupi kepada rakyat untuk membincang sebelum Rang Undang-undang itu dibentangkan dan diluluskan dalam Dewan Rakyat, jika tidak, mengapa.
b

*19. Tuan Nurnikman Abdullah minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan bahawa sebahagian besar Hotel-hotel di Ibu Kota dan di beberapa buah negeri telah mengambil kesempatan dengan menaikkan sewa bilik di antara 10 hingga 30 peratus sempena Tahun Melawat Malaysia. Adakah hotel-hotel berkenaan mendapat kelulusan dari Kerajaan terlebih dahulu untuk berbuat demikian. Adakah beliau sedar dengan kenaikan itu akan menyulitkan pelangganpelanggan tempatan khasnya mereka yang berurusniaga atau para pegawai Kerajaan serta pelancong dalam Negeri. *20. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) faktor yang mempengaruhi kenaikan pangkat dan pemberian tugas di berbagai-bagai cawangan dalam Pasukan Pengawal Penjara; (b) sejak kemerdekaan, apakah perubahan-perubahan yang menonjol sekali di segi bertambah rumit dan sofistikatednya tugas-tugas pengawal penjara negara; dan

n

(c) mengenai permohonan untuk bertugas sebagai pasukan pengawal penjara, apakah trend yang jelas diperlihatkan di antara tempoh masa semasa kemerdekaan dan sekarang, khasnya di segi kelulusan akademik, keperluan latihan sama ada di dalam atau di mar negeri bagi memperolehi kepakaran baru dalarn bidang ini dan sebagainya. Sila kemukakan di mana sesuai , statistik yang dapat memberi gambaran yang jelas terhadap trend ini. *21. Than Haji Mohamed bin Haji Yaacob minta Menteri Pertanian menyatakan kemajuan yang dicapai oleh KADA dalam usaha meningkatkan tanaman padi di kawasan Rantau Panjang dan apakah rancangan KADA untuk para petani di kawasan KADA selain daripada tanaman padi. *22. Dr Chen Man Hin minta Menteri Kerja Raya memberi butir-butir lanjut mengenai volium lalulintas di Lebuhraya baru di Kedah dari Gurun ke Bukit Kayu Hitam, dan sama ada pengaliran lalulintas itu mewajarkan kos tinggi yang ditanggung untuk membinanya.

6
*23. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) sebab-sebab mengapa Kerajaan mengharamkan pada 14-2-1989 sebuah buku berjudul "Poems of Lu Hsun" yang diterjemahkan oleh Hung Hsiu Chyu; (b) tajuk-tajuk tepat setiap puisi yang terkandung di dalam buku tersebut; (c) nama penerbit buku tersebut; dan (d) dengan cara apakah buku tersebut memudaratkan ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.

*24. Datin Paduka Hajjah Rahmah binti Osman minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa peratuskah jumlah guru-guru yang belum sampai umur untuk bersara telah bersara (optional retirement) walaupun tempoh perkhidmatannya tidak cukup. Apakah sebab-sebab Tanya berlaku.

*25. Tuan Haji Abd. Razak bin Haji Abu Samah minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan apakah langkah-langkah untuk mengatasi kaum Bumiputra yang masih ketinggalan dalam pemilikan pengurusan dan keusahawan serta pengawalan dalam sektor pembuatan, barang runcit, perdagangan, perkhidmatan dan bidang-bidang ikhtisas yang tertentu selepas tahun-tahun 1990.

*26. Tuan Haji Ibrahim Ali minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah keputusan Peguam Negara mengarahkan pihak polis memusnahkan "video porno" kepunyaan Y.B. D. P. Vijandran, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak bertentangan dengan undang-undang dan apakah tindakan Kerajaan berhubung isu tersebut seperti:

(a) kenapakah Y.B. D. P. Vijandran, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak didakwa kerana menyimpan dan memiliki "video porno";
(b) apakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Penyiasat bagi menyiasat kedudukan dan tingkah laku Peguam Negara mengenai isu "video porno" kepunyaan Y.B. D. P. Vijandran, Timbalan Yang di-Pertua; dan (c) apakah penyiasatan telah dibuat berhubung aduan polis terhadap Peguam Negara bagi membersihkan nama baik Peguam Negara di mana jawatannya suatu jawatan tinggi yang memerlukan kewibawaannya tidak patut dipersoalkan dan diragukan.

*27. Tuan Haji Hussein bin Haji Taib minta Perdana Menteri menyatakan hasil kemajuan yang telah dicapai oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negeri (MPEN) dari masa penubuhannya hingga masa kini dan bilakah jangka masanya berakhir.

7
*28. Tuan Haji Abdul Rahman bin Bakar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang kedudukan pengurusan penjara di Malaysia:

(a) kenapakah selalunya berlaku banduan melarikan diri dari penjara;
(b) apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membendung masalah ini (c) berapa ramaikah banduan yang telah melarikan diri dari penjara semenjak 1980 hingga 1990. Dan berapakah jumlah mereka yang sempat ditangkap serta berapakah pula yang masih bebas; dan (d) apakah Kerajaan bercadang untuk membuat satu dasar yang lebih terperinci dan konkrit bagi pengurusan penjara di negara kita dan bila akan dilaksanakan.

*29. Tuan Hu Sepang minta Menteri Penerangan menyatakan bilangan dan nama-nama artis dan kumpulan-kumpulan yang diharamkan memberi pertunjukan di dalam RTM oleh kerana soal akhlak atau melanggar sesuatu syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementeriannya dan juga nyatakan sebab-sebab dan tempoh masa mereka diharamkan.
*30. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk membatalkan syarat-syarat dan sekatan untuk rakyat Malaysia dan rakyat Republik Rakyat China bebas melawat dan melancong antara satu sama lain. Memandangkan Kerajaan Malaysia telah berkurang sensitifnya terhadap Republik Rakyat China seperti yang diketakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 20hb Disember,1989 di Johor Bahru. *31. Datuk Bernard Giluk Dompok minta Menteri Pendidikan menyatakan bilakah Kelas Tingkatan Enam boleh dimulakan di Penampang untuk menampung keperluan daerah tersebut yang kini mempunyai tiga buah sekolah menengah Kerajaan. *32. Tuan Samson Chin Chee Tsu mints Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah berbanding dengan jumlah keskes yang masih di dalam penyiasatan berhubung dengan wang-wang palsu Malaysia bagi tiga tahun kebelakangan ini di Negeri Sabah. *33. Datuk Haji Sakaran bin Dandai minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada pihak Kementerian berkenaan sedar bahawa peminjam-peminjam di Bank Pertanian yang gagal menjelaskan pinjaman mereka telah dikenakan kadar faedah Benda sebanyak 6% setahun yang mana dibandingkan dengan bank-bank lain adalah terlalu tinggi. Jika sedar, apakah Y.B. dan pihak Kementerian berkenaan bercadang meminta jasa baik pihak Bank Pertanian supaya menghapuskan kadar tersebut memandangkan Bank Pertanian adalah sebagai sebuah bank pembangunan dan Para peminjam sedang mengalami masalah yang besar di dalam membayar balik pinjaman mereka disebabkan bahan-bahan komoditi hasil daripada perusahaan pertanian sejak beberapa tahun yang lalu hingga pada masa ini berada di paras yang terlalu rendah.

8
*34. Tuan Bujang bin Haji Ulis minta Menteri Pertahanan menyatakan: (a) berapakah jumlah nahas udara Kementerian Pertahanan yang melibatkan helikopter jenis NURI semenjak 1985; (b) apakah hasil penyiasatan pihak Kerajaan di atas kemalangan udara yang melibatkan NURI yang berlaku di Lundu, Sarawak baru-baru ini; dan (c) apakah Kerajaan akan menghentikan penggunaan NURI dan SKYHAWK kini dan di masa-masa akan datang.

*35. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Pertanian menyatakan berhubung dengan konsep dan tujuan sebenar untuk mewuudkan kampung-kampung pelancongan di setiap kampung nelayan. Apakah dasar-dasar yang digunakan oleh pihak Kementerian di dalam memilih kampung-kampung tersebut. Sejauh manakah perlaksanaan projek tersebut telah dijalankan dan bagaimanakah sambutan orang ramai terhadap projek tersebut khususnya di kalangan para pelancong luar negeri sempena Tahun Melawat Malaysia.

*36. Tuan Haji Mohd . Sam Sailan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kebijaksanaan tindakan Kementerian menghantar seorang Pegawai Polis untuk mentadbir Jabatan Penjara Negara. Apakah ini menunjukkan pentadbiran Jabatan Penjara lemah. Terangkan juga kejadian-kejadian yang menunjukkan pentadbiran Jabatan Penjara lemah bagi tahun-tahun 1988 dan 1989.

*37. Tuan S. S. Subramaniam minta Menteri Buruh menyatakan: (a) apakah beliau sedar tentang setengah-setengah pihak majikan Estet-estet di negara kita yang tidak melancarkan dengan penuhnya "Section 16.1Employment Act 1955". Apakah sebabnya pihak Kementerian tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas majikan-majikan yang tidak mengikut undang-undang tersebut; (b) apakah sebabnya Mahkamah Perusahaan K.L. masih belum memberi keputusan di atas "Originating Motion 35/75" dalam Mahkamah Industri Kuala Lumpur, walaupun kes ini telah diperdengarkan 15 tahun dahulu;

dan
(c) bolehkah pihak Kementerian melancarkan sate kajian berbalik ke atas kes tersebut dan menyelidiki jika terdapat apa-apa penyelewengan yang berlaku dan jika terbukti, mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terbabit dalam penyelewengan tersebut.

*38. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Buruh menyatakan: (a) sama ada pihak Kerajaan sedar bahawa tuntutan gaji bulanan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW) adalah untuk mendapat gaji bulanan yang tetap seba.nyak $350.00 iaitu di paras kemiskinan rasmi Kerajaan;

9 (b) mengapa pihak Kerajaan boleh menentang tuntutan ini apabila tindakan sebegini bercanggah dengan satu daripada matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yakni membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum; dan
(c) sebab-sebab mengapa sistem gaji harian yang diamalkan sekarang adalah lebih adil dan baik kepada pekerja-pekerja ladang. *39. Tuan Mutang Tagal minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan hasil tiga perjanjian yang ditandatangani di antara Malaysia dan Korea Selatan dalam lawatan rasmi Perdana Menteri, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad kepada negara tersebut dalam bulan Ogos, 1983: (a) pertama Perjanjian untuk mengecualikan keperluan visa selama tiga bulan untuk pelancong dan perdagangan Malaysia; (b) perjanjian Memorandum Persefahaman Bersama untuk pemindahan teknologi negara Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Korea Techonology Advancement Corporation; dan (c) Perjanjian usaha sama antara Seraya Sendirian Berhad dari Perak dan Yang Dong Chemical Company untuk pengeluaran formalin dan pelekat resin. *40. Tuan P. Patto minta Perdana Menteri menyatakan tugas tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh Biro Tata Negara. *41. Tuan Douglas Uggah Embas minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Sistem Penerbangan Malaysia bercadang mengkaji semula tambang di dalam dan di luar negeri. *42, Tuan M. G. Pandithan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan setelah perjanjian perdamaian telah dilangsungkan antara Kerajaan Malaysia dengan PKM, bagaimanakah perkembangan terbaru. Apakah tujuan perjanjian ini ditandatangani dan selepas perjanjian ini adakah Kerajaan Malaysia membenarkan mereka menjalankan aktiviti-aktiviti politik secara rasmi serta adakah mereka akan diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia. *43. Tuan Hsing Yin Shean minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan berapakah jumlah pelancong-pelancong yang dicatatkan telah melawat Malaysia pada bulan Januari selepas pelancaran Tahun Melawat Malaysia 1990; dan dalam jumlah tersebut pelancong-pelancong dari negara manakah yang paling ramai melawat Malaysia. Dan sama ada Kementerian beliau berpuas hati dengan program-program yang dijalankan pada tempoh yang sama. *44. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan mengapa Kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman kerana arahannya yang bertentangan dengan Seksyen 413 Kanun Cara Jenayah supaya memusnahkan video lucah, gambar-gambar dan negatif-negatif yang diambil dari pencuri yang mencuri peti Encik D. P. Vijandran pada Ogos 1988.

10
*45. Tuan Madatang Morejal minty Perdana Menteri menyatakan sebab-sebab permintaan beliau agar sebuah Kerajaan Campuran diwujudkan di Negeri Sabah walaupun pemerintah Kerajaan negeri mempunyai lebih dua pertiga (2/3) majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri. Adakah permintaan tersebut bercanggah dengan Amalan Demokrasi di mana rakyat memilih parti untuk memerintah mereka. *46. Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Jemaah Menteri pernah membincang isu pemusnahan sebelas pita video dan empat sampul surat yang mengandungi 2,000 gambarfoto yang dijumpai balik oleh pihak polis berhubung dengan pencuri yang berlaku di kediaman Y.B. D. P. Vijandran dalam bulan Ogos, 1988 dan mengapa Kerajaan tidak mengambil tindakan untuk memecat Peguam Negara kerana menyalahgunakan prerogatifnya dalam memerintahkan pemusnahan pita-pita video dan gambarfoto tersebut yang telah menggoncang dengan seriusnya keyakinan orang ramai dalam pentadbiran keadilan, jawatan Peguam Negara dan kewibawaan Kerajaan sendiri. *47. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Perdana Menteri menyatakan berapa banyakkah stesyen-stesyen Petronas dibuka dan bagaimana pula prestasi-prestasi mereka dan siapakah tuan empunya. *48. Tuan Chew Kam Hoy minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) jumlah sekolah-sekolah menengah rendah dan menengah yang telah usang di negara ini; dan (b) jumlah kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk membaiki bangunan-bangunan lama itu di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan anggaran perbelanjaan bagi Rancangan Malaysia ke Enam.

*49. Tuan Teoh Teik Huat minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan:
(a) berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat sehingga ke hari ini ke atas promosi "Tahun Melawat Malaysia" dan apakah promosi-promosi yang telah dijalankan; (b) bilangan ketibaan pelancong-pelancong luar ke negara ini tahun ini sehingga sekarang melalui pintu-pintu masuk di Malaysia masing-masing dan jika boleh, memberi angka-angka pelancong tersebut dan negara asal mereka; dan (c) nama negara jiran seperti yang dituntut oleh pihak Kerajan telah memburukkan Malaysia untuk menggagalkan "Tahun Melawat Malaysia" dan juga apakah taktik-taktik yang telah digunakan oleh negara ini untuk menggagalkan usaha negara Malaysia menarik pelancong-pelancong. *50. Tuan Fung Ket Wing minta Perdana Menteri menyatakan sama ada termasuk dalam bidangkuasa Peguam Negara sebelum sebarang keputusan mahkamah untuk mengarghkan pihak polis selepas berunding dengan Timbalan

11
Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Kapar supaya memusnahkan semua pita video yang didakwa lucah itu yang dijumpai selepas pencurian di kediaman Timbalan Speaker berkenaan; jika tidak, sama ada Kerajaan akan memecat Peguam Negara kerana memusnahkan bukti kerana adalah jelas perbuatan beliau itu menyalahi undang-undang dan beliau tidak layak lagi menjawat jawatan Peguam Negara. *51. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) sudahkah Kementerian beliau meluluskan supaya Sekolah Menengah Jit Sin Bukit Mertajam dipindah kepada tapak baru berdekatan dengan Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, jika ya, bila; dan jika belum, mengapa;
1

(b) jumlah peruntukan yang diberi oleh Kementerian beliau kepada sekolah ini dan bilakah wang itu akan dikeluarkan; dan (c) adakah Kerajaan akan membuat peruntukan mengikut kaedah "dollar for a dollar" yang dikutip oleh pihak sekolah dari orang awam, jika tidak, mengapa.
*52. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) faktor-faktor yang menyebabkan kadar pertukaran ringgit Malaysia terus jatuh berbanding dengan dolar Singapura sejak tahun lepas, lebih-lebih lagi ketika dolar Amerika Syarikat dilapor sedang mengukuh di pasaran wang antarabangsa; dan (b) memandangkan Kerajaan telah mengumumkan dasar tidak mahu campurtangan dalam mekanisma pertukaran asing, adakah ianya bermakna ringgit Malaysia dibiarkan terus jatuh terhadap dolar Singapura, jika tidak, maka bagaimanakah Kerajaan bercadang menghalang kejatuhan kadar peruntukan ini tanpa memasuki pasaran matawang.

M

*53. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) sama ada Kerajaan masih berdegil enggan mengawasi keadaan emigrasi tenaga kerja mahir, terutamanya mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dari Malaysia, lebih-lebih lagi dengan adanya laporan penghijrahan keluar tenaga kerja pentadbiran dan pengurusan dalam sektor estet baru-baru ini; (b) bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk menarik balik tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman ini balik ke Malaysia, jika tidak ada usaha dirancangkan, maka berapa lamakah fenomena ini akan dibiarkan sahaja terus berlaku sehingga mencapai tahap yang cukup membimbangkan sebelum Kerajaan bertindak; dan

(c) keadaan di sektor estet sekarang sudahpun mula membimbangkan pihak Kementerian Buruh. Mengapa pula tidak membimbangkan Kementerian Dalam Negeri.

12
*54. Dr Chen Man Hin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Peguam Negara akan mengarahkan satu penyiasatan polis diadakan ke dalam keadaan misteri yang menyelembungi kematian D. Anthonysamy kerana pihak koroner telah mengisytiharkan keputusan terbuka ke atas sebab kematiannya apabila selesainya penyiasatan. *55. Datuk Bernard Giluk Dompok minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada Kementerian beliau akan membina sebuah Balai Bomba di Penampang dalam Rancangan Malaysia akan datang. Jika ya, berapakah peruntukannya. *56. Datuk Bernard Giluk Dompok minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada Kementerian beliau bercadang membina sebuah Balai Bomba di Putatan memandangkan lokasinya yang strategik di samping pembangunan pesat di sekitarnya seperti Petagas dan Lok Kawi. *57. Tuan Samson Chin Chee Tsu minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada benar bahawa sindiket-sindiket asing dengan bantuan tempatan terlibat dengan giatnya terutamanya di Kunak, Lahad Datu dan Semporna di dalam pengeluaran secara besar-besaran wang palsu Malaysia pada masa mi. *58. Tuan Lim Guan Eng minty Menteri Pendidikan menyatakan: (a) sama ada pihak kementerian telah mengkaji sistem universiti terbuka (open university); (b) rumusan, khasnya kebaikan dan kelemahannya, kajian itu; dan (c) sama ada sistem universiti terbuka akan dilaksanakan dan kalau ia, bila. Kalau tidak, mengapa. *59. Tuan P. Patto minty Perdana Menteri menyatakan setakat mana bebasnya Suruhanjaya Pilihanraya dalam mengendalikan segala urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilih, penyemakan daftar pemilih dan pilihanraya memandangkan baru-baru ini UMNO Baru telah menyatakan bahawa pegawai-pegawai KEMAS akan mendaftarkan pemilih-pemilih dan sejak bilakah pegawai-pegawai KEMAS menjadi Pegawai Pendaftaran Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya. *60. Tuan Hsing Yin Shean minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan bilakah Kementerian beliau akan melaksanakan standardisasi bagi kadar bayaran yang dikenakan ke atas penggunaan elektrik di seluruh negara, dan bagaimana is akan dilaksanakan. *61. Tuan Karpal Singh minty Perdana Menteri menyatakan mengapa Kerajaan tidak bersedia memecat Encik D. P. Vij andran dari j awatannya sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana penglibatan beliau dalam video lucah.

13

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG

KERAJAAN
1. Menteri Kewangan:

* Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1989).
2. Menteri Kesihatan:

* Rang Undang-undang Ubat (Ikian dan Penjualan ) (Pindaan) .

w

r,

0

* Menandakan bahawa Rang Undang -undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

14 ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:

Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui loronglorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. 2. Tuan Ahmad bin Omar akan mencadangkan: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya: "Ampun Tuanku,
Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang zalil daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kebawah Duli kerana Titah Ucapan kebawah Duli pada masa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Ketujuh".
4

3. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:
Bahawa Majlis ini membuat resolusi menurut subseksyen (4), seksyen 1 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta itu hendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai dari 15 Jun 1990. 4. Tuan Lim Kit Siang akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini MEMUTUSKAN untuk memecat Y.B. D. P. Vijandran sebagai Timbalan Speaker; dan
1

MEMUTUSKAN sETERUSNYA untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya satu penyiasatan yang menyeluruh dijalankan ke dalam dakwaan bahawa beliau telah berlakon dalam pita-pita video lucah.
5. Tuan Lim Kit Siang akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini-

MEMUTUSKAN untuk mencela (censure) Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman kerana pemusnahan sebelas pita video dan empat sampulsurat yang mengandungi gambar-gambar yang dijumpai balik selepas peti besi dicuri

15 daripada kediaman Y . B. D. P. Vijandran dalam bulan Ogos 1988 yang mana tindakannya itu adalah tidak patut , tidak beretika , tidak dapat dipertahankan dan tidak sah dari segi undang-undang; dan
MEMUTUSKAN LANJVT bahawa Tan Sri Abu Talib Othman dipecat sebagai Peguam Negara kerana keputusannya untuk memusnahkan sebelas pita video dan empat sampulsurat yang mengandungi gambar-gambar telah menghalang proses keadilan dan melemahkan dengan teruknya keyakinan orang ramai dalam kewibawaan dan ketidakberat -sebelah pentadbiran keadilan.

6. Dr Tan Seng Giaw akan mencadangkan: Bahawa Perdana Menteri menubuh satu unit mengawalselia khas bagi membendung semua bentuk ekstremisme agama , termasuk membantu ibu bapa mencari anak-anak mereka , terutama sekali mereka di bawah umur, yang lari dari rumah untuk memeluk agama lain tanpa persetujuan ibu baps, seperti pelajar perempuan dari Taiping Ooi Kim Hooi (15 tahun) yang hilang pada tempoh hari dan disyaki berada di negeri Selangor Darul Ehsan. 7. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan:
Bahawa Dewan Rakyat ini memutuskan untuk memberikan kewarganegaraan kepada lebih 200,000 pemegang kad pengenalan merah dengan serta merta kalau mereka memenuhi segala kehendak yang ditetapkan di dalam Perlembagaan.

16 PEMBERITAHU USUL 1. Menteri Kewangan akan mencadangkan:
Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa sejumlah wang tambahan sebanyak $313,781,200 diperuntukkan daripada Kumpulanwang Pembangunan bagi tahun kewangan 1989, untuk menampung sejumlah $313,781,200 bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Ketiga 1989 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 1990 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua beias penyata tersebut.

9
(b) mengapa pihak Kerajaan boleh menentang tuntutan ini apabila tindakan sebegini bercanggah dengan satu daripada matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yakni membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum; dan

(c) sebab-sebab mengapa sistem gaji harian yang diamalkan sekarang adalah lebih adil dan baik kepada pekerja-pekerja ladang,
*39. Tuan Mutang Tagal minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan hasil tiga perjanjian yang ditandatangani di antara Malaysia dan Korea Selatan dalam lawatan rasmi Perdana Menteri, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad kepada negara tersebut dalam bulan Ogos, 1983: (a) pertama Perjanjian untuk mengecualikan keperluan visa selama tiga bulan untuk pelancong dan perdagangan Malaysia; (b) perjanjian Memorandum Persefahaman Bersama untuk pemindahan teknologi negara Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Korea Techonology Advancement Corporation; dan (c) Perjanjian usaha sama antara Seraya Sendirian Berhad dari Perak dan Yang Dong Chemical Company untuk pengeluaran formalin dan pelekat resin. *40. Tuan P. Patto minta Perdana Menteri menyatakan tugas tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh Biro Tata Negara. *41. Tuan Douglas Uggah Embas minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Sistem Penerbangan Malaysia bercadang mengka ji semula tambang di dalam dan di luar negeri. *42. Tuan M. G. Pandithan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan setelah perjanjian perdamaian telah dilangsungkan antara Kerajaan Malaysia dengan PKM, bagaimanakah perkembangan terbaru. Apakah tujuan perjanjian ini ditandatangani dan selepas perjanjian ini adakah Kerajaan Malaysia membenarkan mereka menjalankan aktiviti-aktiviti politik secara rasmi serta adakah mereka akan diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia. *43. Tuan Hsing Yin Shean minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan berapakah jumlah pelancong-pelancong yang dicatatkan telah melawat Malaysia pada bulan Januari selepas pelancaran Tahun Melawat Malaysia 1990; dan dalam jumlah tersebut pelancong-pelancong dari negara manakah yang paling ramai melawat Malaysia. Dan sama ada Kementerian beliau berpuas Kati dengan program-program yang dijalankan pada tempoh yang sama. *44. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan mengapa Kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman kerana arahannya yang bertentangan dengan Seksyen 413 Kanun Cara Jenayah supaya memusnahkan video lucah, gambar-gambar dan negatif-negatif yang diambil dari pencuri yang mencuri peti Encik D. P. Vijandran pada Ogos 1988.

10
*45. Tuan Madatang Morejal minta Perdana Menteri menyatakan sebab-sebab permintaan beliau agar sebuah Kerajaan Campuran diwujudkan di Negeri Sabah walaupun pemerintah Kerajaan negeri mempunyai lebih dua pertiga (213) majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri. Adakah permintaan tersebut bercanggah dengan Amalan Demokrasi di mana rakyat memilih parti untuk memerintah mereka.

*46. Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Jemaah Menteri pernah membincang isu pemusnahan sebelas pita video dan empat sampul surat yang mengandungi 2,000 gambarfoto yang dijumpai balik oleh pihak polis berhubung dengan pencuri yang beriaku di kediaman Y.B. D. P. Vijandran dalam bulan Ogos, 1988 dan mengapa Kerajaan tidak mengambil tindakan untuk memecat Peguam Negara kerana menyalahgunakan prerogatifnya dalam memerintahkan pemusnahan pita-pita video dan gambarfoto tersebut yang telah menggoncang dengan seriusnya keyakinan orang ramai dalam pentadbiran keadilan, jawatan Peguam Negara dan kewibawaan Kerajaan sendiri.
*47. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Perdana Menteri menyatakan berapa banyakkah stesyen-stesyen Petronas dibuka dan bagaimana pula prestasi-prestasi mereka dan siapakah tuan empunya. *48. Tuan Chew Kam Hoy minta Menteri Pendidikan menyatakan:
1

(a) jumlah sekolah-sekolah menengah rendah dan menengah yang telah usang di negara ini; dan
(b) jumlah kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk membaiki bangunan-bangunan lama itu di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan anggaran perbelanjaan bagi Rancangan Malaysia ke Enam. *49. Tuan Teoh Teik Huat minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan: (a) berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat sehingga ke hari ini ke atas promosi "Tahun Melawat Malaysia" dan apakah promosi-promosi yang telah dijalankan; (b) bilangan ketibaan pelancong-pelancong luar ke negara ini tahun ini sehingga sekarang melalui pintu-pintu masuk di Malaysia masing-masing dan jika boleh, memberi angka-angka pelancong tersebut dan negara asal mereka; dan (c) nama negara jiran seperti yang dituntut oleh pihak Kerajan telah memburukkan Malaysia untuk menggagalkan "Tahun Melawat Malaysia" dan juga apakah taktik-taktik yang telah digunakan oleh negara ini untuk menggagalkan usaha negara Malaysia menarik pelancong-pelancong. *50. Tuan Fung Ket Wing minta Perdana Menteri menyatakan sama ada termasuk dalam bidangkuasa Peguam Negara sebelum sebarang keputusan mahkamah untuk mengarahkan pihak polis selepas berunding dengan Timbalan
*

11 Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Kapar supaya memusnahkan semua pita video yang didakwa lucah itu yang dijumpai selepas pencurian di kediaman Timbalan Speaker berkenaan; jika tidak, sama ada Kerajaan akan memecat Peguam Negara kerana memusnahkan bukti kerana adalah jelas perbuatan beliau itu menyalahi undang-undang dan beliau tidak layak lagi menjawat jawatan Peguam Negara.
*51. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) sudahkah Kementerian beliau meluluskan supaya Sekolah Menengah Jit Sin Bukit Mertajam dipindah kepada tapak baru berdekatan dengan Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, jika ya, bila; dan jika belum, mengapa; (b) jumlah peruntukan yang diberi oleh Kementerian beliau kepada sekolah ini dan bilakah wang itu akan dikeluarkan; dan

(c) adakah Kerajaan akan membuat peruntukan mengikut kaedah "dollar for a dollar" yang dikutip oleh pihak sekolah dari orang awam, jika tidak, mengapa.
*52. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) f aktor-f aktor yang menyebabkan kadar pertukaran ringgit Malaysia terus jatuh berbanding dengan dolar Singapura sejak tahun lepas, lebih-lebih lagi ketika dolar Amerika Syarikat dilapor sedang mengukuh di pasaran wang antarabangsa; dan
(b) memandangkan Kerajaan telah mengumumkan dasar tidak mahu campurtangan dalam mekanisma pertukaran asing, adakah ianya bermakna ringgit Malaysia dibiarkan terus jatuh terhadap dolar Singapura, jika tidak, maka bagaimanakah Kerajaan bercadang menghalang kejatuhan kadar peruntukan ini tanpa memasuki pasaran matawang.

*53. Dr Tan Seng Giaw mints Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) sama ada Kerajaan masih berdegil enggan mengawasi keadaan emigrasi tenaga kerja mahir, terutamanya mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dari Malaysia, lebih-lebih lagi dengan adanya laporan penghijrahan keluar tenaga kerja pentadbiran dan pengurusan dalam sektor estet baru-baru ini;

(b) bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk menarik balik tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman ini balik ke Malaysia, jika tidak ada usaha dirancangkan, maka berapa lamakah fenomena ini akan dibiarkan sahaja terus berlaku sehingga mencapai tahap yang cukup membimbangkan sebelum Kerajaan bertindak; dan
(c) keadaan di sektor estet sekarang sudahpun mula membimbangkan pihak Kementerian Buruh. Mengapa pula tidak membimbangkan Kementerian Dalam Negeri.

12
*54. Dr Chen Man Hin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Peguam Negara akan mengarahkan satu penyiasatan polis diadakan ke dalam keadaan misteri yang menyelembungi kematian D. Anthonysamy kerana pihak koroner telah mengisytiharkan keputusan terbuka ke atas sebab kematiannya apabila selesainya penyiasatan. *55. Datuk Bernard Giluk Dompok minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada Kementerian beliau akan membina sebuah Balai Bomba di Penampang dalam Rancangan Malaysia akan datang. Jika ya, berapakah peruntukannya. *56. Datuk Bernard Giluk Dompok minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada Kementerian beliau bercadang membina sebuah. Balai Bomba di Putatan memandangkan lokasinya yang strategik di samping pembangunan pesat di sekitarnya seperti Petagas dan Lok Kawi. *57. Tuan Samson Chin Chee Tsu minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada benar bahawa sindiket-sindiket asing dengan bantuan tempatan terlibat dengan giatnya terutamanya di Kunak, Lahad Datu dan Semporna di dalam pengeluaran secara besar-besaran wang palsu Malaysia pada masa mi. *58. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) sama ada pihak kementerian telah mengkaji sistem universiti terbuka (open university); (b) rumusan, khasnya kebaikan dan kelemahannya, kajian itu; dan (c) sama ada sistem universiti terbuka akan dilaksanakan dan kalau ia, bila. Kalau tidak, mengapa. *59. Tuan P. Patto minta Perdana Menteri menyatakan setakat mana bebasnya Suruhanjaya Pilihanraya dalam mengendalikan segala urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilih, penyemakan daftar pemilih dan pilihanraya memandangkan baru-baru ini UMNO Baru telah menyatakan bahawa pegawai-pegawai KEMAS akan mendaftarkan pemilih-pemilih dan sejak bilakah pegawai-pegawai KEMAS menjadi Pegawai Pendaftaran Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya. *60. Tuan Hsing Yin Shean minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan bilakah Kementerian beliau akan melaksanakan standardisasi bagi kadar bayaran yang dikenakan ke atas penggunaan elektrik di seluruh negara, dan bagaimana is akan dilaksanakan. *61. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan mengapa Kerajaan tidak bersedia memecat Encik D. P. Vijandran dari jawatannya sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana penglibatan beliau dalam video lucan.

,r

13

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG

KERAJAAN
1. Menteri Kewangan:

* Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1989).
2. Menteri Kesihatan:

* Rang Undang-undang Ubat (Ikian dan Penjualan) (Pindaan).

,j

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat mi.

14 ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:

Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui loronglorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini; dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. 2. Tuan Ahmad bin Omar akan mencadangkan: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:
"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang zalil daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kebawah Duli kerana Titah Ucapan kebawah Duli pada masa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Ketujuh".
3. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan: Bahawa Majlis ini membuat resolusi menurut subseksyen (4), seksyen 1 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta itu hendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai dari 15 Jun 1990. 4. Tuan Lim Kit Siang akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini

MEMUTUSKAN untuk memecat Y.B. D. P. Vijandran sebagai Timbalan Speaker; dan MEMUTUSKAN sETERUSNYA untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya satu penyiasatan yang menyeluruh dijalankan ke dalam dakwaan bahawa beliau telah berlakon dalam pita-pita video lucah.
5. Tuan Lim Kit Siang akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini

MEMUTusx aN untuk mencela (censure) Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman kerana pemusnahan sebelas pita video dan empat sampulsurat yang mengandungi gambar-gambar yang dijurnpai balik selepas peti besi dicuri

15 daripada kediaman Y.B. D. P. Vijandran dalam bulan Ogos 1988 yang mana tindakannya itu adalah tidak patut, tidak beretika, tidak dapat dipertahankan dan tidak sah dari segi undang-undang; dan
MEMUTUSKAN LANJUT bahawa Tan Sri Abu Talib Othman dipecat sebagai Peguam Negara kerana keputusannya untuk memusnahkan sebelas pita video dan empat sampulsurat yang mengandungi gambar-gambar telah menghalang proses keadilan dan melemahkan dengan teruknya keyakinan orang ramai dalam kewibawaan dan ketidakberat-sebelah pentadbiran keadilan.

6. Dr Tan Seng Giaw akan mencadangkan: Bahawa Perdana Menteri menubuh satu unit mengawalselia khas bagi membendung semua bentuk ekstremisme agama, termasuk membantu ibu bapa menc'ari anak-anak mereka, terutama sekali mereka di bawah umur, yang lari dari rumah untuk memeluk agama lain tanpa persetujuan ibu baps, seperti pelajar perempuan dari Taiping Ooi Kim Hooi (15 tahun) yang hilang pads tempoh hari dan disyaki berada di negeri Selangor Darul Ehsan.
7. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan: Bahawa Dewan Rakyat ini memutuskan untuk memberikan kewarganegaraan kepada lebih 200,000 pemegang kad pengenalan merah dengan serta merta kalau mereka memenuhi segala kehendak yang ditetapkan di dalam Perlembagaan.

16 PEMBERITAHU USUL 1. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa sejumlah wang tmbahan sebanyak $313,781,200 diperuntukkan daripada Kumpulanwang Pembangunan bagi tahun kewangan 1989, untuk menampung sejumlah $313,781,200 bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Ketiga 1989 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 1990 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelas dan kedua beias penyata tersebut.

17

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
Tahun 1989 Tarikh dibentang

ST. 117 .. Laporan Tahunan 1988 7hb Disember,1989

Lembaga Tembakau Negara Malaysia ST. 130 .. Laporan Tahunan Lembaga 15hb Disember, 1989 Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung Malaysia 1988 ST. 212 .. Perintah Perlesenan Tenaga 27hb Disember, 1989 Atom (Pengecualian) (Alat Pengesan Asap) 1989

Tahun 1990

ST.1 .. .. Penyata Keluaran Wang Dan- 271ib Februari,1990 pada Simpanan Luar Jangka Bagi Tempoh Dan 1 September 1987 Hingga 31 Disember 1989 Menurut Seksyen 6 (3) Akta Kumpulanwang Pembangunan,1966 ST.12 .. .. Laporan Tahunan 1988 Lembaga Pasaran Dan Pelesenan Getah Malaysia CMD. 3 .. 27hb Februari,1990

Penyata Keluaran Wang Dan- 27hb Februari,1990 pada Kumpulanwang Luar
Jangka Bagi Tempoh Dari 1 September, 1968 Hingga 31 Disember, 1989 Menurut Peraturan 68 Di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

p

18

PERTANYAAN-PERTANYAAN BUKAN BALI JAWAB MULUT
1. Tuan Lee Lam Thye minty Menteri Kehakiman menyatakan:

(a) bilangan kes yang berdaftar dengan Biro Bantuan Guaman bagi tahuntahun 1987, 1988 dan 1989 dan bilangan kes yang berjaya diselesaikan dalam tahun-tahun tersebut;
(b) apakah skop masakini Biro Bantuan Guaman sekarang dalam melindungi jenis-jenis kes dan lama ada skop ini akan diperluaskan pada masa hadapan; (c) bagaimana kekuatan guna tenaga Bo Bantuan Guaman masakini; dan (d) siapakah yang layak mendapatkan bantuan guaman dan sama ada terdapat apa-apa rancangan untuk menaikkan paras pendapatan boleh guna bagi mereka yang layak mendapatkan bantuan. 2. Tuan Lee Lam Thye minta Perdana Menteri menyatakan sejak penubuhannya, sejauh many Jawatankuasa Kabinet yang diketuai oleh Menteri Pendidikan untuk membenteras penyelewengan dalam Kerajaan telah mencapai objektifnya. Adakah beliau sedar bahawa kemajuan tidak memuaskan dan bilakah sistem "Ombudsman" akan diperkenalkan bagi menjadikannya lebih berkesan bagi memerangi penyelewengan dalam Kerajaan. 3. Tuan Lee Lam Thye minty Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan: (a) jumlah bilangan koperasi di bawah kawasan Kementeriannya yang terlibat dalam (i) pengambilan deposit dan (ii) pembangunan perumahan; (b) berapa banyak projek perumahan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi yang terbengkalai dan telah dibawa kepengetahuan Kementerian atau Jabatan berkenaan sehingga 31-12-89; dengan memberi butir-butir nama koperasi berkenaan; dan (c) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh jabatan berkenaan untuk membantu ahli-ahli koperasi yang menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai dan apakah tindakan Jabatan Pembangunan Koperasi bercadang untuk mengambilnya bagi melindungi kepentingan ahli-ahli dan memastikan bahawa semua projek perumahan disediakan dan dilaksanakan dengan sempurna. 4. Tuan Lee Lam Thye minty Menteri Kerja Raya menyatakan: (a) yang manakah bahagian-bahagian jalan dalam Semenanjung Malaysia yang telah dikenalpasti sebagai "kawasan merbahaya" dan namakan semua bahagian j clan tersebut; (b) berapa banyak akan dibelanjakan untuk memperbaiki semua bahagian jalan ini bagi keselamatan jalanraya; dan
b

19 (c) apakah tindakan yang telah atau akan diambil oleh Kementerian berkenaan untuk memperbaiki semua bahagian jalan yang terlibat dengan memberi butir-butir kerja yang dilakukan setakat ini atau akan dilaksanakan pada masa depan.
5. Tuan Lee Lam Thye minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) jumlah bilangan syarikat insurans di bawah siasatan oleh Bank Negara sehingga 31-12-1989 dengan memberi nama-nama syarikat yang sedang disiasat; (b) apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh Syarikat insurans ini dan apakah tindakan akan diambil oleh Bank Negara ke atas masalahmasalah ini; dan
(c) adakah Bank Negara bercadang untuk menyiasat ke atas semua Syarikat Insurans yang lain dan adakah satu kertas putih atau laporan akan diperkenalkan selepas siasatan.

6. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd. Hassan minta Menteri Pertanian menyatakan: (a) berapakah bot-bot nelayan asing yang memasuki perairan Malaysia (Malaysia's territorial waters) yang telah ditangkap setakat Disember, 1989; (b) apakah hukuman-hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka; dan (c) nelayan-nelayan negeri manakah yang ramai sekali menyeludupi perairan kita.

.,

7. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd. Hassan minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) berapa buahkah kapalterbang MAS semuanya;
(b) apakah jenis-jenis kapalterbang-kapalterbang itu satu persatu; (c) berapa pula yang sudah uzur dan belum dilelongkan; dan

(d) berapa buah yang dibeli dan belum diserahkan dan berapa harganya.

8. Tuan Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd. Hassan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas pengedar dadah seperti berikut: (a) berapa ramaikah yang telah digantung sejak hukuman antung dikenakan; (b) berapa ramaikah yang dikenakan hukuman jail seumur hidup; (c) bagi (a) dan (b) sila beri angka pengedar dadah dari luar dan dalam negeri;

20
(d) berapa banyakkah lagi perbicaraan mengenai pengedar dadah belum dimulakan setiap akhir tahun 1989; dan (e) berapa tangkapan-tangkapan baru bagi tahun 1990.

9. Tuan Teoh Teik Huat minta Menteri Kerjaraya menyatakan:

(a) jumlah wang yang telah dikutip dari plaza-plaza tol dan jambatanjambatan di sepanjang lebuhraya masing-masing di dalam negara ini dan selanjutnya oleh PLUS dan syarikat-syarikat swasta yang lain sejak setiap plaza-plaza tol ini mula mengutip tol, dengan memberi angka-angka tahunan; dan (b) bilakah setiap plaza-plaza tol ini diserahkan kepada syarikat-syarikat swasta untuk mengutip tol.
r

10. Tuan Teoh Teik Huat minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan pelawat-pelawat asing dan warganegara Thailand yang masuk ke Malaysia melalui pintu-pintu masuk sempadan iaitu Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Bentong-Kroh dan Rantau Pandang masing-masing bagi 5 tahun kebelakangan ini dan bilangan rakyat Malaysia yang keluar melalui pintu-pintu keluar sempadan ini masing-masing juga bagi lima tahun kebelakangan mi.

11. Tuan Teoh Teik Huat minta Menteri Penerangan menyatakan: (a) bilangan syarikat-syarikat yang telah membuat permohonan kepada RTM untuk menerbit "Drama Swasta" dan slot-slot swasta yang lain; (b) bilangan dan nama syarikat-syarikat yang telah diben kebenaran oleh RTM untuk menerbit "Drama Swasta" dan lain-lain slot yang diswastakan; t (c) nama syarikat-syarikat dan jumlah "Drama Swasta" dan lain-lain slot yang diswastakan masing-masing yang telah diterima dan disiarkan oleh RTM dengan memberi tajuk-tajuk setiap slot-slot bagi 3 tahun kebelakangan ini; dan (d) berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh RTM ke atas slotslot yang diswastakan ini setiap tahun bagi 3 tahun kebelakangan mi. 12. Tuan Teoh Teik Huat minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) bilangan syarikat-syarikat pasaran hadapan yang menjadi ahli terus (floor member) dan ahli bersekutu Bursa Komoditi Kuala Lumpur masingmasing; (b) jumlah wang subsidi oleh Perusahaan Otomobil Nasional bagi setiap kereta yang dikeluarkan sejak beroperasi dengan memberi angka-angka tahunan; dan

21 (c) kenapakah penyelewangan dan salah amalan sebegini kerap berlaku di kalangan syarikat-syarikat pasaran hadapan di negara ini dan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pasaran hadapan. 13. Tuan Teoh Teik Huat minta Perdana Menteri menyatakan: (a) bilangan kereta Proton Saga yang telah dikeluarkan setakat ini sejak mula beroperasi dengan memberi angka-angka tahunan dan modal-modal masing-masing; (b) jumlah wang subsidi oleh Perusahan Otomobil Nasional bagi setiap kereta yang dikeluarkan sejak beroperasi dengan memberi angka-angka tahunan; dan (c) sama ada benar bahawa PROTON adalah sebenarnya kilang pemasangan kereta dan bukan kilang membuat kereta oleh kerana hampir keseluruhan komponen-komponen kereta ini adalah diimport. Jika ya, namakan komponen-komponen kereta ini yang diimport dan jika ada, jugs namakan komponen-komponen kereta ini yang dikilang di dalam negeri masing-masing. 14. Tuan Fung Ket Wing minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan kepada setiap sekolah kebangsaan, Cina, Tamil dan bebas di Malaysia bagi tempoh 1-1-85 hingga 31-12-89. 15. Tuan Fung Ket Wing minta Menteri Kewangan menyatakan untuk tempoh 1-1-85 hingga 31-12-89 jumlah pengaliran wang ke luar negeri, nyatakan negaranegara di mana wang tersebut mengalir dan amaunnya dan jumlah pelaburan yang dilaburkan oleh negara-negara tersebut di Malaysia dengan memberikan angkaangka mengikut negeri. 16. Tuan Fung Ket Wing minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan sebab-sebab terdapat kelewatan yang panjang dalam pemasangan dua buah generator baru di Sandakan oleh Lembaga Letrik Sabah; nyatakan anggaran kos dan pampasan yang perlu dibayar oleh Lembaga Letrik Sabah, siapakah kontraktor-kontraktor yang terlihat dan bilakah pemasangan jentera-jentera tersebut akan siap. 17. Tuan Fung Ket Wing minta Menteri Buruh menyatakan sebab-sebab terdapat kelewatan yang panjang dalam memperluaskan Akta Kerja 1955 ke Sabah dan Sarawak; apakah kelewatan ini disebabkan oleh ketidakcekapan. kementeriannya yang jelas mengorbankan kepentingan Para pekerja negeri Sabah dan Sarawak. 18. Tuan Fung Ket Wing minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan langkahlangkah yang diambil untuk melindungi pengeluar-pengeluar koko Malaysia agar mereka tidak dieksploitasikan oleh London Cocoa Market Terminal.

22 19. Tuan Haji Nik Abdullah Arshad minta Menteri Pertanian menyatakan: (a) berapakah jumlah bot nelayan asing yang ditangkap di seluruh negara; (b) apa jadi kepada bot-bot itu. Adakah dipulangkan atau dirampas; (c) apa alasannya sekiranya ada yang dibebaskan; dan (d) dari jumlah yang dirampas diketahui telah diserahkan kepada agensiagensi nelayan tertentu. Sila nyatakan perkiraan yang dibuat dengan agensi-agensi itu dan sila nyatakan bilangan yang diberi kepada agensiagensi berikut dan berapakah pula hasil tiap-tiap satu: (i) Syarikat K & I (Kassim & Idrus); (ii) Syarikat Perikanan Laut Dalam Malaysia (MDFC); (iii) Keraj aan Negeri Terengganu; (iv) Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT); (v) Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu); dan (vi) Majuikan Sdn. Bhd.

20. Tuan Haji Nik Abdullah Arshad minta Menteri Pertanian menyatakan: (a) berapa banyakkah jumlah pendaratan ikan di Semenanjung Malaysia sebelum K & I dan MDFC beroperasi dan sesudah K & I dan MDFC beroperasi; dan (b) adakah jumlah pendaratan telah memenuhi target dan jika tidak apakah komen Menteri atas prestasi sekarang. 21. Tuan Haji Nik Abdullah Arshad minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) berapakah jumlah cukai ekspot ikan ke Singapura yang dibayar oleh Syarikat K & I dan MDFC; (b) berapakah cukai ekspot ikan ke negara-negara lain pada keseluruhannya; dan (c) adakah pada pandangan Menteri bahawa cukai-cukai boleh ditingkatkan.

22. Tuan Haji Nik Abdullah Arshad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) selain dari bot-bot nelayan asing , apakah lagi barang-barang yang telah dirampas bersama-sama bot-bot itu dan berapakah nilainya;

(b) banyak mana pula bot yang dirampas itu tidak memuatkan lain-lain barang rampasan; dan (c) biasanya bot-bot asing dilengkapi dengan peralatan radio dan lain-lain barang keperluan. Apakah sebabnya ada antara rampasan itu hanya bot kosong saja.

23 23. Tuan Haji Nik Abdullah Arshad minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kakitangan Kastam dilatih mengenai perikanan dan dapat menguasainya hingga tidak mungkin ada pihak dalam melarikan cukai berhubung dengan ikan.

24. Dato' Haji Zakaria bin Haji Abdul Rahman minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang telah diluluskan untuk projek-projek kecil dalam Kawasan Parlimen Besut Terengganu sepanjang tahun 1989, dan nyatakan butir-butir bagi setiap projek yang dilulus itu mengikut pecahan seperti berikut:

(a) jenis projek; (b) lokasi projek; (c) permintaan dan disokong oleh; (d) dilulus oleh; (e) jumlah peruntukan diluluskan; (f) pemborong yang melaksanakan projek; (g) siapakah yang memutuskan pemberian projek kepada pemborong; (h) tarikh projek disiapkan; (i) tarikh bayaran dibuat kepada pemborong; dan (j) jumlah bayaran yang telah dibayar kepada pemborong. 25. Dato' Haji Zakaria bin Haji Abdul Rahman minta Perdana Menteri menyatakan jumlah Borang Bantahan di bawah Peraturan-peraturan (Pendaftar Pemilih) Pilihanraya, 1971, dengan menggunakan Borang D (Peraturan 10 (4), yang bertujuan memotong nama-nama pengundi daripada daftar pemilih, yang diterima oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia di seluruh Kawasan Parlimen P. 030 Besut, semasa pameran dan semakan daftar pemilih diadakan pada akhir tahun 1989 yang lalu. Nyatakan penjelasan atas perkara-perkara berikut: (a) adakah jumlah bantahan yang diterima kali ini luar biasa jika dibandingkan dengan jumlah bantahan pada setiap kali semakan diadakan pada masa-masa yang lalu;
(b) bagaimanakah Borang Bantahan itu diterima oleh SPR, sama ada secara individu diserah oleh pembatah atau secara longgok diserah oleh orangorang tertentu;

(c) adakah Pegawai Pendaftaran meneliti dan mengenalpasti kesahihan diri Pembantah sebelum menerima Borang Bantahan daripadanya; (d) berapakah jumlah Pembantah dan orang Dibantah yang telah dipanggil oleh SPR untuk pembicaraan terbuka, dan bilakah mereka dibicarakan; (e) adakah SPR sedar adanya aduan-aduan Polis dibuat oleh beberapa orang Pembantah kerana mereka tidak pernah membuat apa-apa bantahan

24 seperti itu, dan mereka mengesyakki Borang Bantahan telah dibuat oleh penjenayah yang tidak bertanggungjawab dengan cars memalsukan tandatangan orang yang dinamakan sebagai Pembantah dan Saksi; (f) adakah benar sebahagian besar daripada Borang Bantahan yang diterima oleh SPR itu adalah palsu; (g) adakah orang-orang yang dipanggil bicara akibat daripada Borang Bantahan palsu itu berhak menuntut gantirugi dan perbelanjaan tambang menambang kerana mereka sebenarnya teraniaya; (h) adakah SPR menjamin nama-nama mereka yang dibantah secara palsu ini tidak akan dipotong daripada daftar pemilih; (i) adakah SPR mendesak pihak Polis mengambil tindakan mendakwa penjenayah yang memalsukan Borang Bantahan serta tandatangan orang lain kerana perbuatan seumpama itu menjejas perjalanan demokrasi dan merampas hak aaasi rakyat yang tidak berdosa; (j) apakah tindakan yang telah diambil setakat ini oleh pihak SPR dan pihak Polis atas surat aduan daripada Ahli Rakyat Kawasan Parlimen Besut Bil: PARL,/3/ADR/SJ (3) yang dihantar kepada SPR pada 20hb Januari,1989, dan Aduan Polis Kampung Raja Besut No. 65/90; dan (k) senarai nama-nama semua orang yang dibantah, orang yang dikatakan membantah dan orang yang dinamakan sebagai saksi, dengan memberi nombor Kad Pengenalan serta nombor daftar dalam senarai daftar pemilih.

26. Dato' Haji Zakaria bin Haji Abdul Rahman minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang telah diluluskan untuk projek-projek melalui Majlis Daerah Besut Terengganu sepanjang tahun 1989, dengan menyatakan butir-butir setiap projek seperti berikut: (a) jenis pro j ek; (b) lokasi projek; (c) peruntukan diluluskan untuk projek berkenaan itu; (d) pemborong yang melaksanakan projek tersebut; (e) cara pemberian projek kepada pemborong; (f) tarikh projek disiapkan; (g) tarikh bayaran dibuat kepada pemborong; (h) jumlah bayaran dibuat kepada pemborong; dan (i) pegawai yang memeriksa dan meluluskan pembayaran.

25 27. Mato' Haji Zakaria bin Haji Abdul Rahman minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan bagi setiap orang peneroka Felda, secara berasingan untuk Rancangan Getah dan Kelapa Sawit, butir-butir mengikut pecahan berikut: (a) luas tanah kebun yang diberi; (b) lugs tanah tapak rumah yang diberi; (c) syarat-syarat hakmilik atau sistem saham; (d) purata pendapatan bulanan dalam setahun, bagi tempoh 5 tahun pertama; (e) purata pendapatan bulanan dalam setahun, selepas 5 tahun; (f) tanggungan hutang keseluruhan harga tanah; (g) tanggungan hutang keseluruhan kos pembangunan; (h) tanggungan hutang keseluruhan kos pentadbiran; (i) tanggungan hutang keseluruhan kos kemudahan asas; (j) tanggungan hutang atas lain-lain perbelanjaan; (k) jumlah potongan hutang yang dikenakan setiap bulan; dan (I) cara-cars setiap peneroka boleh mengetahui kira-kira pendapatan dan perbelanjaan yang berkenaan dengan hak dan tanggungan mereka.

28. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) kedudukan kekurangan modal di bawah paras keperluan solvensi minima dalam industri insurans pada: (i) awal tahun 1989; (ii) pertengahan tahun 1989; (iii) akhir tahun 1989; (iv) secara purata, sepanjang tahun 1989 berbanding dengan tahun 1988; dan (v) menjelang pertengahan bulan Februari,1990; (b) secara perbandingan dan berasingan bagi setiap jenis kemudahan insurans yang disediakan, apakah nilai perolehan perniagaan baru di antara syarikat-syarikat insurans yang ditubuhkan di Malaysia dengan yang ditubuhkan di luar Malaysia pada tahun-tahun 1976, 1980, 1982, 1985, 1986, 1987, 1988, 1989 dan dijangka bagi tahun 1990; (c) dalam senarai yang berlainan, asingkan perolehan perniagaan baru yang diperolehi masing-masing oleh syarikat insurans yang ditubuh di Malaysia dan yang ditubuh di luar Malaysia daripada pelabur asing berbanding dengan perniagaan Baru daripada pelabur tempatan, bagi jenis-jenis insurans yang disediakan dalam tahun-tahun seperti tersebut di atas; dan

26 (d) bagi tahun-tahun yang lama serta berasingan bagi syarikat insurans ditubuh di Malaysia dengan yang ditubuh di luar Malaysia, apakah jumlah premium yang "disidkan" (ceded) kepada syarikat-syarikat insurans semula di seberang laut di bawah sektor-sektor: (i) perniagaan Laut, Udara dan Transit; (ii) kebakaran;
(iii) pelbagai; dan (iv) motor;

29. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) bagi setiap bulan, iaitu mulai bulan Oktober hingga Disember 1989, jumlah serta nilai dagangan di bawah kategori-kategori berlainan (perusahaan, kewangan, hotel, harta Benda, kelapa sawit, biji timah, getah, papan kedua, amanah saham), dengan mengenalpasti dagangan yang melibatkan saham syarikat tempatan atau syarikat ditubuh di Singapura; (b) selepas pemisahan Bursa Saham Kuala Lumpur daripada Bursa Saham Singapura, apakah pula jumlah serta nilai dagangan di bawah kategorikategori yang sama dalam bulan Januari dan menjelang pertengahan bulan Februari 1990, dan jika boleh, secara perbandingan, dengan kegiatan dagangan di atas "CLOB International (Syarikat-syarikat Malaysia)". (c) secara puratanya, apakah jumlah dagangan harian yang dilakukan di BSKL sebelum dan selepas pemisahan dengan BSS, dan selepas pemisahan, bila dibanding dengan kadar di GLOB International; (d) semenjak bulan Oktober 1989 hingga menjelang pertengahan Februari 1990, apakah bilangan agensi atau perbadanan atau syarikat awam serta jumlah pembelian/penjualan yang dilaksanakan oleh setiap satu daripada agensi/perbadanan/syarikat awam berkenaan, berbanding dengan jumlah pegangan sebelum pengumuman pemisahan kedua-dua bursa tersebut; dan (e) daripada berjuta-juta unit saham yang didagangkan setiap bulan berkenaan, berapa unitkah yang didaftarkan oleh pembeli bare di BSKL berbanding dengan pembeli saham di BSS di CLOB International.

30. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) bilangan doktor dari Myanmar yang sedang berkhidmat di dalam Malaysia. Apakah bilangan doktor asing (sila huraikan negara asal doktor-doktor ini) berbanding dengan doktor tempatan yang berkhidmat di dalam setiap bidang kepakaran yang tersedia ada di Malaysia pada tahun-tahun 1976, 1980, 1982, 1985, 1986, 1987, 1988, 1989 dan menjelang bulan Februari 1990;

27 (b) bagi tahun-tahun yang sama dan secara berasingan bagi setiap bidang kepakaran tersebut di atas , apakah bilangan doktor tempatan yang: (i) baru memulakan latihan pengkhususan mereka; (ii) baru diiktiraf sebagai pakar bidang itu; (iii) baru mendapat pengiktirafan dan berkhidmat dengan Kerajaan; (iv) baru mendapat pengiktirafan tetapi tidak berkhidmat dengan Kerajaan; dan (v) tamat perkhidmatan wajib mereka dan menarik diri keluar daripada perkhidmatan Kerajaan; (c) apakah bilangan doktor pakar yang diperlukan di Malaysia bagi setiap kepakaran dan pada tahun -tahun yang disebutkan di atas; (d) apakah faktor-faktor yang sedang menghalang Kerajaan daripada mencapai matlamat untuk menyediakan tenaga kerja perubatan tempatan yang mencukupi di dalam bidang-bidang kepakaran ini. Bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk mengatasi sebanyak mans yang boleh faktorfaktor penghalang yang dikenalpastikan; dan (e) betapa meluas serta besarlah pengaruh faktor emigrasi pakar-pakar perubatan tempatan ke atas menghalang usaha Kerajaan mencapai matlamat is untuk menyediakan tenaga kerja yang mencukupi di sektor perubatan . Bagaimana pula dengan kesan daripada faktor pakar perubatan meninggal perkhidmatan Kerajaan setelah tamat tempoh perkhidmatan wajib mereka.

31. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) jumlah berat tan metrik pengeluaran sisa beracun mengikut jenis industri (dan memperbezakan di antara industri usaha tempatan, industri usaha asing , industri usahasama , serta di antara industri berat dengan industri kecil) di Malaysia pada tahun-tahun 1976, 1982, 1985, 1986, 1987, 1988, 1989 dan menjelang akhir bulan Februari 1990. Apakah kandungan kimia beracun atau sisa radioaktif yang kerapkali dibuang oleh kilang-kilang ini; (b) bagi tahun-tahun serta jenis-jenis industri yang sama , sila huraikan juga statistik mengikut negeri; (c) menurut pengumuman Kerajaan , selama ini pengusaha menghantar sisa beracun ke luar negeri untuk dibuang . Adakah Kerajaan mempunyai maklumat mengenai ke manakah sisa-sisa beracun ini dihantar. Bagaimanakah Kerajaan dapat memastikan yang pengusaha mahupun pengangkut tidak membuang sebahagian daripada sisa beracun di Malaysia untuk mengurangkan kos; (d) bagaimanakah sisa beracun ini diangkut dari kilang ke luar negeri. Apakah syarat-syarat yang mesti ditepati oleh pengangkut -pengangkut, sama ada di segi jenis kenderaan , perlindungan , atau langkah-langkah

28 kecemasan dan keselamatan , semasa mengangkut sisa beracun dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, supaya tidak berlaku kebocoran atau pencemaran alam sekitar; (e) mengikut undang-undang dalam negara yang tersedia ada, apakah paras "selamat" berat sisa beracun yang pengilang dibenar "membebaskan" ke alam sekitar tanpa diangkut ke luar negeri . Apakah tahap maksimum ini mengikut standard antarabangsa; dan

(f)

selain mengesyorkan kilang-kilang membuang sisa-sisa toksikd yang dihasilkan dengan selamatnya , apakah lain-lain usaha yang boleh atau sudah diambil oleh Kerajaan untuk menggalakkan pengurangan pengeluaran sisa toksikd atau mempercekapkan lagi pembuangan serta melunturkan kebiasaan bahan-bahan buangan beracun.

32. Dr Tan Seng Giaw minta Menteri Kerja Raya menyatakan: (a) bilangan jambatan lama yang perlu dipertingkatkan atau dibina semula di setiap negeri menjelang akhir bulan Februari 1990 , berbanding dengan tempoh masa yang sama pada tahun-tahun 1980, 1982, 1986, 1987, 1988 dan 1989. Pada puratanya, apakah umur jambatan -jambatan ini yang memerlukan perhatian Kerajaan. Pada prinsipnya, apakah tempoh masa minimum sebelum jambatan perlu diperiksa . Berapa pula purata lamanya jambatan-jambatan yang lama ini tidak diperiksa oleh Kerajaan; Mengapa? (b) apakah jumlah besar jambatan-jambatan yang terdapat di setiap negeri. Adakah kadar pencapaian Kerajaan dalam usaha mempertingkat atau memperbaiki atau membina semula jambatan di setiap negeri pada setiap satu daripada tahun-tahun yang disebutkan di atas; (c) bagaimanakah kos pembinaan atau memperbaiki semula jambatan apakah tempoh masa yang Pada kebiasaannya , dikirakan . diperlukan oleh Kerajaan untuk memulai kerja sebenar (fizikal) memperbaiki atau mempertingkat atau membina semula sesebuah jambatan , berbanding dengan tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja perancangan dan tawaran; (d) berhubung dengan ini , sudahkah Kerajaan membuat keputusan mengenai kontraktor yang berjaya dalam tawaran membina jambatan empat lorong baru di sebelah Jambatan Kota di Bandar Klang . Siapakah kontraktor yang berjaya . Berapa syarikatkah yang telah membuat tawaran; (e) apakah f aktor-f aktor atau "kelebihan-kelebihan" utama yang boleh disediakan oleh kontraktor berjaya berbanding dengan tawaran yang lain. Adakah di antara syarat kontrak mengandungi fasal kenaan denda jika kerja lewat disiapsediakan . Jika ada , apakah bayaran pampasan yang perlu dibayar oleh kontraktor sekiranya lewat menyiapkan projek. Apakah nilai kontrak ini;

29 (f) apakah jenis jambatan, sama ada besi keluli atau konkrit atau lain-lain (jika ada) yang akan dibina bagi jambatan baru ini. Adakah kontraktor yang sama juga diberi tawaran untuk mempertingkatkan Jambatan Kota selepas jambatan baru siap dibina. Adakah nilai projek yang disebutkan tadi juga termasuk kerja mempertingkatkan Jambatan Kota. Jika tidak, apakah pula nilai kontrak yang kedua ini; dan (g) bilakah pula Jambatan Musaeddin pula akan dipertingkatkan, lebih-lebih lagi apabila diguna dengan lebih kerap lagi oleh laluan lintas ketika kerja membina jambatan baru dan mempertingkatkan Jambatan Kota sedang berlangsung. 33. Tuan Ong Tee Keat minta Perdana Menteri menyatakan butiran-butiran berikut mengenai ASN sejak penubuhannya: (a) jumlah untung-rugi; (b) peratusan dan jumlah dividen yang dibayar kepada Para pelabur; (c) jumlah pelabur; (d) bilangan pelabur Bumiputera dari Sarawak dan Sabah; dan (e) bilangan pelabur keturunan Portugis dan Thai. 34. Tuan Ong Tee Keat minta Menteri Perusahaan menyatakan: (a) berapa agensi Kerajaan/Perusahaan Awam Bukan Kewangan (NEPE) yang masih berada di dalam keadaan tenat; dan berapakah kerugiannya pada tahun 1986, 1987, 1988 dan 1989; (b) berapa Perusahaan Awam Bukan Kewangan yang berjaya mencatatkan keuntungan pada tempoh yang sama; dan (c) jumlah wang Kerajaan yang dikehendaki untuk memulihkan NEPE yang menanggung kerugian itu. 35. Tuan Ong Tee Keat minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pencaruman wang CPF oleh warganegara Malaysia di Singapura setakat mi. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk menuntut kembali pencaruman tersebut. Jika ya, berapakah jumlahnya yang telah dikembalikan sejak tahun 1986. Jika tidak, apa sebabnya. 36. Tuan Ong Tee Keat minta Perdana Menteri menyatakan sama ada perakuan/ cadangan yang akan dibentangkan oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) akan diterima dengan sebulatnya oleh Kerajaan dalam penggubalan dasar ekonomi negara selepas tahun 1990, walaupun terdapat penarikan diri anggotaanggota yang tertentu dari MPEN. 37. Tuan Haji Hussein bin Haji Taib minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah tarikh kerja-kerja pembinaan Hospital Sabak Bernam hendak dimulakan dan berapa kos sebenarnya.

30 38. Tuan Haji Hussein bin Haji Taib minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah rancangan Kementerian hendak mendiikan sebuah Balai Bomba di Pekan Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan, kerana memandangkan Daerah ini sangat membangun dan sering pula terjadi kebakaran sedangkan Balai Bomba yang berhampiran di Sabak Bernam pula sudah terlalu uzur (juga perlu diperbaiki dan diganti mana yang perlu). 39. Tuan Haji Hussein bin Haji Taib minta Menteri Kerj a Raya menyatakan bilakah pembesaran jalan dari Teluk Intan masuk ke Sabak Bernam ke Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan hendak dibuat, kerana memandangkan jalan itu kecil dan terlalu sibuk. 40. Tuan Haji Hussein bin Haji Taib minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian bercadang menjadikan salah sebuah sekolah Menengah biasa di semua Daerah di Negara ini sebagai sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) bagi memenuhi permintaan Ibubapa yang sangat berminat menghantar anaknya ke Sekolah-sekolah Menengah Agama kerana sekolah-sekolah Menengah Agama yang sedia ada sangat terbatas. 41. Tuan Haji Hussein bin Haji Taib minta Menteri Pertanian menyatakan prestasi kemajuan yang telah dicapai oleh Kementerian tersebut dengan "Rancangan Barat Larut Selangor" dan benarkah projek ini akan ditamatkan pada penghujung tahun 1990 ini dan kenapa. 42. Tuan Samson Chin Chee Tsu mints Menteri Kewangan menyatakan sama ada terdapat apa-apa cadangan daripada Kerajaan untuk membayar kembali sejumlah dua juta enam ratus ribu ringgit $2.6 juta, yang telah diselewengkan daripada 1,720 penyimpan oleh pegawai-pegawai di Sabah Development Finance Cooperative Society. 43. Tuan Samson Chin Chee Tsu minta Menteri Pendidikan menyatakan bilakah Yayasan Pelajaran Mara bercadang untuk meluaskan rancangan "Foster Children Scheme" ke Sabah. Jelaskan perjalanan rancangan tersebut.

44. Tuan Samson Chin Chee Tsu minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) jumlah wang yang telah dibelanjakan setakat ini bagi mencegah AIDS di negara ini;

(b) jumlah kes-kes AIDS di negara ini; dan (c) rancangan-rancangan Jabatan Kesihatan untuk melawan merebaknya AIDS di negara mi. 45. Tuan Samson Chin Chee Tsu minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada beliau sedar bahawa terdapat penjualan barang-barang seludupan yang

31 bermaharaj a Lela seperti rokok, pemetik api, alat kira-kira, jam-jam tangan, pakaian dan barang-barang lain di tempat-tempat awam di Tawau. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memberhentikan kegiatan-kegiatan tersebut. 46. Tuan Samson Chin Chee Tsu minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk memajukan Industri Pelancongan bagi Negeri Sabah dan Sarawak jika dibandingkan dengan negerinegeri lain di negara mi. 47. Tuan P. Patto minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) nama dan jenis jurusan dalam setiap institusi pendidikan tinggi dalam Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan di mana ijazah atau sijil diploma dikeluarkan; dan (b) ijazah dan sijil diploma daripada (i) Kolej Tengku Abdul Rahman dan (ii) Institut Teknologi Negeri di Seremban yang diiktiraf oleh Kerajaan.
48. Tuan P. Patto minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) nama institusi-institusi pengajian tinggi dalam setiap negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan (b) ijazahlsijil diploma setiap jurusan dalam setiap institusi dalam setiap negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 49. Tuan P. Patto minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah peruntukan bagi maksud perumahan awam yang disediakan dalam setiap tahun sejak 1981 bagi setiap negeri dan jumlah yang digunakan sebenarnya daripada peruntukan itu oleh setiap negeri dalam setiap tahun sejak 1981. 50. Tuan P. Patto minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan bagi proJ'ek-projek kecil dalam setiap kawasan pilihanraya Parlimen dalam negeri Perak bagi setiap tahun sejak 1981.
51. Tuan P. Patto minty Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kementerian beliau untuk setiap Kerajaan tempatan bagi maksud membina dan menyelenggara tandas-tandas awam. 52. Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah minta Perdana Menteri menyatakan sehingga Disember,1989 berapa peratuskah Kilang Kereta Nasional menggunakan bahan-bahan komponen tempatan dalam pengeluaran Kereta Nasional (Proton Saga). Dan nyatakan secara berasingan berapa buahkah Kereta Nasional yang telah dieksport keluar negeri dan nyatakan berapakah harga bagi tiap-tiap seunit mengikut jenis-jenis kereta itu.

32 53. Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah minta Menteri Pertanian menyatakan secara berasingan nilai import bagi barangan yang dinyatakan di bawah ini serta nama negara pengeksportnya pada tiap-tiap tahun: Beras, Gula, Kopi, Teh, Kobis, Cabai Kering, Bawang Besar, Bawang Merah, Halia, Ikan, Daging Lembu, Daging Kambing dan Ayam. 54. Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa buah sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan-SRJK (T) dan SRJK (C) yang tidak ada mempunyai padang permainan di seluruh negara. Nyatakan secara berasingan berdasarkan negeri-negeri di Malaysia. Dan nyatakan apakah langkahlangkah positif yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kementerian bagi memperseimbangkan pendidikan Korikulum dengan pendidikan ko-Korikulum. 55. Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan sehingga Disember, 1989 berapa buah kampongkah di seluruh negara yang masih belum memiliki bekalan air yang bersih, api letrik dan jalan yang selesa. Nyatakan secara berasingan bagi tiap-tiap negeri di Malaysia. 56. Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan selain daripada potongan hutang kos pembangunan kepada peserta-peserta FELDA apakah jenis potongan-potongan sampingan yang dikenakan kepada setiap peserta. Dan berapakah baki wang poket bagi tiap-tiap. seorang peneroka secara purata pada setiap bulan. 57. Tuan Law Lai Heng minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) apakah jumlah hutang yang ditanggung oleh setiap negeri di Semenanjung Malaysia dengan Kerajaan Pusat semenjak 20 tahun dahulu mengikut pecahan Negeri dan tahun; dan (b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk mendapatkan kembali wang tersebut. 58. Tuan Chew Kam Hoy minta Menteri Kewangan menyatakan:
a) senaral semua Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) atau NonFinancial Public Enterprises (NFPEs) yang wujud sehingga dari ini mengikut kegiatan atau sektor ekonomi dan tahap kepentingan Kerajaan dalamnya;

(b) jumlah PABK yang sedang mengalami kerugian termasuk jumlah hutang yang ditanggung dan sebab kenapa is berlaku . Sila nymakan PABK tersebut; dan (c) tindakan yang diambil untuk mengatasinya. 59. Tuan Karpal Singh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan orang yang dihukum mati yang telah diringankan oleh Jemaah Pengampunan (Pardon Board) di dalam negeri selepas Kemerdekaan memberi butir-butir kesalahan yang mereka dihukum mati.