BAB SATU: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Jualan langsung pelbagai tingkat (MLM) bukanlah sesuatu yang baru dalam strategi pemasaran perniagaan, malah ianya merupakan salah satu cabang atau bentuk perniagaan yang sedang berkembang pesat di negara kita hari ini. MLM ini telah membuka ruang baru untuk para usahawan atau bakal peniaga menceburi bidang perniagaan. Sistem perniagaan jualan langsung ini agak unik dalam beberapa hal berbanding sistem perniagaan yang lain dan boleh dianggap sebagai alternatif kepada bentuk-bentuk perniagaan yang sedia ada. Ini adalah kerana ramai golongan masyarakat yang terlibat dalam sistem perniagaan jenis ini sama ada sebagai pengguna atau peniaga atau lebih juga dikenali sebagai pengedar. Ia juga dikatakan mempunyai satu kelebihan kerana sistem perniagaan ini tidak memerlukan modal yang banyak. Justeru, menyedari tentang keistimewaan perniagaan MLM, adalah sesuai perniagaan ini dikembangkan di kalangan masyarakat, terutamanya orang-orang Muslim untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan menceburi bidang perniagaan ini atau sebagai langkah awal memasuki bidang perniagaan yang lebih mencabar.

1

1.1

Latar belakang kajian

Banyak persoalan yang ditimbulkan berkaitan dengan sistem perniagaan ini sama ada ianya mengikut syara’ atau bertentangan dengan syara’ dan adakah sistem perniagaan ini boleh diterima pakai sebagai salah satu sumber pendapatan orang Muslim. Pelbagai pendapat dari para ilmuan dan ulama’ Islam telah dikeluarkan. Ada yang berpendapat MLM adalah haram dan ada yang berpendapat sebaliknya. Masing-masing mengeluarkan huraian dan hujah tersendiri. Dalam kertas projek ini, penulis akan mengupas sebanyak yang boleh berkenaan strategi pemasaran MLM menurut perspektif Islam dan konvensional dan akhirnya akan membuat kesimpulan berkenaan isu ini. Diharap dengan kertas projek ini akan menambahkan lagi dokumentasi dan rujukan dalam menjawab isuisu berbangkit berkenaan topik ini.

1.2

Objektif kajian

Kajian ini dilakukan untuk melengkapkan beberapa objektif seperti berikut:
1. Menjelaskan prinsip asas dan etika dalam sistem perniagaan Islam. 2. Membuat huraian strategi pemasaran MLM dari perspektif Islam. 3. Membuat rumusan, cadangan serta kritikan terhadap sistem dan strategi

pemasaran MLM.

2

1.3

Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini merangkumi pelbagai sudut antaranya:
1. Sistem perniagaan berasaskan MLM banyak memberi kemusykilan kepada orang

ramai. Ini kerana sistem operasinya berbeza antara satu syarikat MLM dengan satu syarikat MLM yang lain. Oleh itu, kajian seperti ini dapat membantu orang ramai terutamanya orang Muslim yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan MLM supaya tidak melibatkan diri dalam perniagaan MLM yang tidak bertepatan dengan syariat Islam. 2. Selain itu, kajian ini dapat memberi maklumat yang jelas berkenaan syarat, larangan, panduan dan apa yang perlu dipatuhi dalam sistem jual beli Islam.

1.4

Skop Kajian

Secara keseluruhan kajian ini memberi fokus kepada strategi pemasaran jualan langsung dari segi perspektif Islam dan kepentingan umat Islam untuk menyertai perniagaan jualan langsung. Penulis menyatakan secara menyeluruh dan terperinci segala maklumat

berkaitan perniagaan jualan langsung mengikuti prinsip dan etika jual beli berlandaskan syariah. Selain itu, turut dinyatakan beberapa perkara seperti: 1. Strategi pemasaran perniagaan jualan langsung secara konvensional serta syaratsyarat yang diluluskan mengikut Akta Jualan Langsung (1993)

3

terdapat dua latihan ilmiah yang dirujuk di mana kajian tersebut dilakukan oleh Fardinawati Kasmat pada tahun 2001/2002 bertajuk Strategi Pemasaran: Kajian di Amway (Malaysia) Sdn.6 Kajian Lepas Masih belum ada lagi kajian sebelum ini yang betul-betul memfokuskan tentang MLM menurut perspektif Islam. penulis menghadapi sedikit kesukaran terutamanya apabila mendapatkan bahan rujukan. Bhd. Selain itu. Rujukan dalam bentuk tesis pula adalah terhad dan tidak terkini. Kertas projek ini mengkaji tentang strategi pemasaran jualan langsung yang dijalankan di syarikat jualan langsung Amway Sdn. Namun begitu. Ini kerana bahan rujukan di Perpustakaan Za’ba tidak dapat digunakan kerana penyusunan dan penyelarasan buku sedang dibuat. Latihan ilmiah ini membantu penulis dalam mendapatkan maklumat berkenaan prinsip dan etika perniagaan dalam Islam. Oleh itu. Rujukan yang membincangkan tentang topik MLM dari perspektif Islam sangat terhad. Bhd. Mengenalpasti prinsip-prinsip syariah berkaitan jualan langsung yang sesuai dilaksanakan di Malaysia 1. 1. penulis terpaksa mendapatkan sumber dari laman sesawang.5 Batasan kajian Sepanjang melakukan kajian ini. Selain itu masalah logistik juga sering berlaku.2. penulis juga merujuk kepada latihan yang dihasilkan oleh Normazini Ismail pada tahun 1997/1998 bertajuk Jualan Langsung di kalangan Masyarakat Melayu di 4 .

penulis merujuk latihan ilmiah yang dihasilkan oleh Solahuddin Ismail (1998). Universiti Malaya 2. Penulis telah pergi ke beberapa perpustakaan utama untuk mendapatkan bahan-bahan yang penting bagi membantu kelancaran perjalanan kajian ini. Perpustakaan Utama. UM) 5 . Perpustakaan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran dan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. di dalam Shahih Muslim’. terutamanya bagi pengisian bab dua.Kelantan: Kajian di Kg. banyak membantu penulis membincangkan prinsip dan etika perniagaan dari perspektif Islam kerana banyak merujuk kitab al-Buyu’ di dalam Shahih Muslim. Manakala dalam bidang Usuluddin pula. 1. bab tiga dan bab empat. Universiti Malaya 4. Universiti Malaya 3. Perpustakaan terbabit ialah: 1.7 Metodologi Penyelidikan Untuk melaksanakan kajian ini. Perpustakaan Peringatan Za’aba. Paya Bemban. metodologi penyelidikan yang paling utama digunakan ialah tentu sekali penyelidikan perpustakaan. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam. Latihan ilmiah ini. Latihan ilmiah ini membantu penulis mendapatkan idea berkenaan perspektif Islam mengenai isu dan konsep asas dalam perniagaan MLM. Penulis latihan ilmiah ini mengkaji berkenaan penglibatan masyarakat Melayu Kelantan dalam perniagaan jualan langsung. ‘Etika Perniagaan Menurut Perspektif Islam: Tumpuan terhadap kitab al-Buyu. Universti Malaya (dipindahkan ke Perpustakaan Za’aba.

Dalam bab ke tiga. kepentingan kajian. iaitu bab ini sendiri yang merupakan pendahuluan mengandungi latar belakang. penulis mengenengahkan dahulu tentang konsep asas pemasaran itu sendiri.8 Sistematika Penulisan Secara umumnya. Kemudian barulah penulis membincangkan berkenaan pemasaran berasaskan sistem MLM. Dalam bab kedua. penulis membincangkan jenis jualan langsung yang terdapat dalam sistem perniagaan ini. Antara subtopiknya adalah definisi perniagaan dalam Islam. penulis membincangkan tentang strategi pemasaran MLM secara konvensional. prinsip asas dan etika perniagaan dalam Islam perlu diketengahkan sebagai panduan. penulisan kertas projek ini terbahagi kepada lima bab yang utama. perkara yang dibincangkan adalah berkenaan prinsip-prinsip dan etika urusniaga di dalam Islam. Oleh itu. unsur-unsur yang diharamkan dalam jual beli. Bab ini sangat penting kerana kajian ini memfokuskan strategi pemasaran jualan langsung pelbagai tingkat menurut perspektif Islam. Dalam bab ini. Dalam bab ini. majalah dan petikan akhbar berkaitan perniagaan MLM. kajian lepas. skop kajian. 1.Selain membuat penyelidikan perpustakaan. rukun dan syarat jual beli dalam Islam. isi-isi dalam akta jualan langsung. batasan kajian. kaedah fiqh berkenaan hukum MLM serta panduan perniagaan dalam Islam. penulis juga mencari maklumat menerusi internet. 6 . metodologi penyelidikan dan sistematika penulisan. objektif kajian. Bab yang pertama.

penulis akan membuat cadangan dan kritikan berkenaan dengan sistem MLM di Malaysia pada hari ini. Subtopik ini menunjukkan bahawa sistem perniagaan ini sekiranya mengikut syariat dapat memberikan kebaikan dan keuntungan kepada semua pihak. penulis menumpukan kepada strategi pemasaran MLM dari perspektif Islam pula. Keistimewaan MLM juga disertakan dalam subtopik MLM dari sudut positif. Selain itu. Segala komponen asas dalam sistem MLM akan cuba dikupas dalam bab ini supaya strategi sistem MLM ini dapat difahami seterusnya dapat disesuaikan dengan konsep Islam. penulis membincangkan juga berkenaan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dalam industri MLM yang menjadikan hukumnya haram. Dalam bab ke empat.penggunaan sistem mata. penulis menambah fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bagi meneguhkan hukum MLM di Malaysia. dan perbezaan antara MLM dengan skim piramid. Disamping itu. sistem bonus. Selain itu. Penulis membincangkan semula berkenaan hukum asal MLM dan kaedah fiqh yang mendokonginya. 7 . Dalam bab terakhir iaitu bab lima pula. penulis akan cuba membuat kesimpulan dengan merumuskan perbandingan strategi pemasaran konvensional dengan strategi pemasaran yang diasaskan dengan kehendak Islam.

hubungan Allah dengan manusia. Manusia ekonomi umumnya meletakkan tujuan utama kehidupan dan kewujudan dengan memaksimumkan pengisian keperluan dan kehendaknya bagi mencapai kegembiraan dalam hidup. 8 . Walaubagaimanapun. Untuk mengikuti prinsip ini. Konsep ‘lebih banyak lebih baik’ serta ‘matlamat menghalalkan cara’ merupakan perkara biasa dalam sistem sekular di mana manusia hanya perlu mematuhi undang-undang dan peraturannya sendiri untuk mencapai matlamatnya. seseorang Muslim wajib memahami sepenuhnya konsep tauhid sehingga mencapai tahap yang dapat membawa perubahan diri secara sukarela dan menjadi Muslim yang beramal.BAB DUA: STRATEGI PEMASARAN JUALAN LANGSUNG PELBAGAI TINGKAT (MLM) SECARA KONVENSIONAL 2. Konsep tauhid membawa kepada pemahaman terhadap kedudukan Allah sebagai tuhan.0 Pendahuluan Amalan dalam perniagaan konvensional biasanya tidak meletakkan perbezaan terhadap tingkahlaku manusia kepada elemen-elemen keagamaan dan bukan keagamaan kerana seseorang itu dianggap sebagai manusia ekonomi. dan hubungan manusia dengan manusia lain dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai masalah kehidupan manusia termasuk bidang ekonomi. seseorang Muslim telah diberi prinsip dan peraturan yang berbeza berpandukan daripada konsep tauhid dalam memberi panduan berkenaan segala aspek kehidupan harian.

oleh itu. Diperolehi September 9. dan kejayaan usaha pembangunan ekonomi umat Islam amnya.com/fatwa-perdagangan/hukum-hukum-perdagangan/552-prinsip-jual-beli- 9 . h.1. (2009. Julai 16). Disiplin ilmu dalam strategi pemasaran konvensional sebenarnya telah mencapai kemajuan yang amat tinggi. kebanyakkan amalan tidak dikenalpasti kedudukannya secara jelas seperti jelasnya amalan ibadat. Wahab (1987). Khalifah Umar bin Khattab radhiallahu 'anhu telah berpesan kepada kaum Muslimin secara umum:2 1 Muhammad Abd. bentuk disiplin ilmu yang tersusun bagi strategi pemasaran menurut perspektif Islam masih kurang dikaji dengan mendalam seperti mana strategi pemasaran konvensional. kebangkitan.pengusahamuslim. amat rugi sekiranya umat Islam tidak mengambil peluang mendalami ilmu tersebut. Ini kerana. Oleh itu. ‘Marketing Concepts and Strategies: An Islamic Approach’ (Kertas Kerja Seminar on Contemporary Business: Towards the Development of Islamic Business Management di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 26-27 September 1987). Terdapat beberapa garis panduan dalam bentuk ayat al-Quran dan hadis di mana ianya mengandungi pengertian yang luas dan umum. dari http://www.1 Kejayaan sesebuah perniagaan sebenarnya banyak bergantung kepada strategi pemasaran. Pengertian yang luas menjadikannya mampu untuk disesuaikan dengan bermacam-macam perubahan semasa. 2 Prinsip Jual Beli dalam Ajaran Islam.Perkara ini sangat penting kerana dalam mana-mana persekitaran pekerjaan. Panduan-panduan tersebut berguna dalam membantu membuat keputusan terutamanya sewaktu menghadapi pelbagai situasi dan keadaan yang berkaitan dengan urusan dan tanggungjawab harian. tidak menjadi kesalahan untuk mempelajarinya dengan tujuan menyesuaikan ia dengan prinsip syariah supaya kelak dapat menyumbang kepada perkembangan. 2009. Strategi pemasaran dalam versi konvensional perlu dikaji supaya dapat diguna tanpa melampaui batas yang ditentukan syara’.

Hal ini juga berlaku pada orang kafir yang tinggal di negeri Islam." (Ahkaamul Qur'an oleh Imam Al Qurthuby Al Maaliky 5/29)3 dalam-ajaran-islam.pengusahamuslim. dari http://www. Julai 16). (2009. ذكره ابن‬ ِ ُ ِ َ ِ ْ ُ َ ّ َ َ ُ َ ْ َ ‫.َ ‫ا َ ي َت ّجر في سوقنا إ ِل ّ من فقه وإ ِل ّ أ َك َل الربا. Ini adalah kerana ia tidak dapat membezakan antara perniagaan yang dilarang dan yang dibenarkan. nescaya ia akan memakan riba." (Ucapan beliau dengan teks demikian ini dinukilkan oleh Ibnu Abdil Bar Al Maliky) Imam Al Qurthuby Al Maliky menjelaskan: "Orang yang bodoh tentang hukum perniagaan. Diperolehi September 9. (walaupun perbuatannya itu tidak dihalangi) maka tidak layak untuknya diberi kepercayaan sepenuhnya dalam mengelola harta bendanya.html 3 Prinsip Jual Beli dalam Ajaran Islam. bila tidak.html 10 . transaksi halal dari yang haram.com/fatwa-perdagangan/hukum-hukum-perdagangan/552-prinsip-jual-belidalam-ajaran-islam. 2009. حسنه اللبا‬ ِ َ ّ َ ِ ّ "Hendaknya tidaklah berdagang di pasar kita selain orang yang telah faham (berilmu). Sebagaimana ia juga dikhuatirkan akan melakukan amalan riba dan transaksi haram lainnya.عبد البر بهذا اللفظ‬ َ ْ َ ِ ْ َ ِ ْ ُ ْ‫ورواه مالك والترمذي بلفظ: ل َ ي َب ِع في سوقنا إ ِل ّ من قد‬ ‫ت َفقه في الدين.

2. menjalankan perniagaan tiada halangannya asalkan ia tidak lari daripada landasan akidah. Dalam Islam. Jelas sekali Islam merupakan agama syumul yang telah memberi panduan umum sebagai petunjuk untuk dipatuhi umatnya. Konsep perniagaan dalam Islam sebenarnya bukan setakat jual beli yang difahami sebagai berniaga dengan menjual barangan kepada pengguna akan tetapi mempunyai ruang yang lebih luas merangkumi pekerjaan yang berbentuk makan gaji dan mengambil upah kerana ia melibatkan pertukaran apabila seseorang bekerja dengan keupayaan yang dimilikinya dan kemudian menerima 11 . Dalam surah al-Baqarah juga banyak dijelaskan apa yang dilarang seperti amalan riba dan apa dibolehkan dalam sistem ekonomi Islam.t: ّ َ ُ ُ َ َٰ ّ ‫ٱل ّذين يأك ُلون ٱلربوا ْ ل ي َقومون إ ِل ك َما ي َقوم ٱل ّذى ي َت َخب ّط ُه‬ َ ِ َ ُ َۡ َ ِ ُ ُ َ ُ َ‫ٱلشيطـن من ٱلمس ذألك بأن‬ ْۗ‫َ ّۚ‌ َ ِ َ ِ ّهمۡ قالوٓ إ ِن ّما ٱلبيعُ مثل ٱلرب َ ٰو‬ ُ ِ ‌ ‫ّ ا‬ َ َ ْ ‫ُ َ ُا‬ َ ِ ُ َٰ ّ ْ‌ ّ َ ‫وَأ َحل ٱلل ّه ٱلبيعَ وَحرم ٱلرب َ ٰواۚ فَمن جاءهُ ۥ موعظ َة۬ من رب ّه‬ َ َٓ ِ‫َ ۡ ِ ٌ ّ ّ ۦ‬ َ َ ّ َ َ ُ ّ َ ‫فَٱنته ٰى فَل َه ۥ ما سل َف وأمره ۥ إلى ٱلل ّه ومنۡعاد فَأ ُولـك‬ َِ ُۤ ُ َ َ َ َ ُ ‫ْ َ أصح ٰـب‬ ُ َ َ َ َ َ ِ‌ۖ ََ ٢٧٥) ‫)ٱلنار همفِيها خ ٰـل ِدون‬ َ َ ُ َ ۡ ُ ‌ّۖ ِ (Surah al-Baqarah (2): 275) Ayat ini menunjukkan Allah memberi laluan kepada hamba-Nya melakukan urusan jual beli. syarak dan akhlak.1 Asas dan konsep sistem jual beli dalam Islam Antara ayat al-Quran yang banyak merujuk sistem jual beli dalam Islam sepertimana firman Allah s.w.

dia mengeluarkan produk atau keluaran berbentuk perkhidmatan. h. Allah telah memberikan garis panduan muamalat agar manusia berpandu ke jalan yang lurus dalam menjalankan urusan hidupnya. 6 H. 12 . seseorang itu tidak mungkin mampu memenuhi segala keperluan hidupnya. ‘E-Dagang : Satu Bentuk Pemasaran Perniagaan Era Globalisasi’ (Kertas Kerja Projek. perniagaan juga merupakan sebahagian daripada cara hidup Muslim. yang bermaksud: “Hai anakku! Berusahalah untuk menghilangkan kemiskinan dengan usaha yang halal. harta pusaka tidak termasuk dalam konsep jual beli dalam Islam. Perniagaan Menurut Islam (Cetakan Pertama).ganjarannya dalam bentuk gaji atau upah.4 Konsep perniagaan dalam Islam juga meliputi hubungan antara manusia dengan Allah (habl min Allah). hubungan manusia dengan manusia (habl min al-nas).5 Luqman al-Hakim telah berpesan kepada anaknya dengan memberi nasihat berikut. Makan gaji dan mengambil upah dianggap sebagai tukar tenaga dalam Islam. Jakarta: Attahirijah. Tanpa bantuan daripada orang lain. Dengan sebab itu. 3) Hilang kesopanannya. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. dan hubungan manusia dengan makhluk lain. Secara semulajadinya. kecuali apabila dia mendapat 3 jenis penyakit: 1) Tipis kepecayaan agamanya.1-3. Dengan kata lain. Bahagian Pengajian Syariah.. 268. Akademi Pengajian Islam. Dengan keadaan manusia seperti inilah wujudnya pertalian dan perhubungan antara masyarakat. Sesungguhnya orang yang berusaha dengan jalan yang halal itu. 5 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001).6 4 Mustafa Haji Daud (1994). h. Bhd. Sulaiman Rasjid (1954). Universiti Malaya). h. Pendek kata. Fiqh Islam (Cetakan ke-12). Allah telah menjadikan manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Namun. 2) Lemah akalnya. manusia dicipta beserta sifat pentingkan diri sendiri. tidaklah ia akan mendapat kemiskinan.76.

htm#l. Islam juga mewajibkan umatnya membabitkan diri dalam kegiatan ekonomi agar setiap orang Islam mampu memenuhi dan menampung keperluan hidup diri dan keluarga. China.8 2.000 tahun yang lalu.7 Menurut ahli sejarah. Antaranya ialah: 1) Al-Qurtubi di dalam kitabnya Al-Jami’ li al-Ahkam telah menjelaskan bahawa perniagaan jual beli adalah kegiatan jual beli antara dua pihak iaitu pihak penjual dan pihak pembeli. pemahaman mengenai apa yang dimaksudkan dengan perniagaan atau jual beli perlu dilakukan.Kegiatan ekonomi adalah perkara yang mesti wujud dalam hidup manusia. Universiti Malaya.9 7 Institut Kefahaman Islam Malaysia (FAQ): Apakah matlamat dan kepentingan etika dalam kegiatan ekomnomi mengikut pandangan Islam. http://www. 13 .gov. Malah ia merupakan fardhu ain bagi setiap Muslim.wordpress. 9 http://tholib. Ulama Islam dan ilmuan konvensional telah memberi pelbagai definisi berkaitan perniagaan atau jual beli. dan India.com/2009/08/17tanya-jawab-hukum-jual-beli-tokek/#comment-2015 11 November 2009 9:41 pm. Buktinya dapat dilihat daripada kesan sejarah tinggalan pelnagai tamadun manusia seperti Mesir.2 Definisi Perniagaan @ Jual beli Untuk memahami mengenai pemasaran Islam. Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam. ‘Etika Perniagaan Menurut Perspektif Islam : Tumpuan terhadap kitab al-Buyu.my/s301-2a1. 8 Solahuddin Ismail (1998). di dalam Shahih Muslim’ (Kertas Projek. aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh manusia telah bermula sejak 50.ikim. 23 ogos 2009.

FIqh alTijarah: Suatu Sorotan Awal Perniagaan Islam Secara Konprehensif. h 12-13. (Prosiding Seminar Keusahawanan Islam ІІ Peringkat Kebangsaan 2008.13 2. 14 . 14 Mustafa Haji Daud (1994).3 Rukun dan syarat jual beli dalam Islam Mustafa Haji Daud membahagikan rukun dan syarat bagi membolehkan jual beli berlaku kepada 5 iaitu14: 1) Penjual 2) Pembeli 10 11 http://islamwiki. syariah. Perniagaan Menurut Islam (Cetakan Pertama). Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi & Suhaili Sarif (2008).com/2009_02_01archive. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.11 4) Al-Syaibani (Al-Iqra’) pula mendefinisikan perniagaan sebagai pertukaran wang dengan barang atau barang dengan barang untuk mendapatkan keuntungan.2) Imam al-Razi di dalam kitabnya Mafatih al-Ghayb pula mendefinisikan perniagaan atau jual beli sebagai sejenis transaksi barang-barang yang wujud. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. belum atau tidak wujud.my/articles/tokohislam/ibn_Khaldun. 21.com/?p=1306 11 November 2009 13 Ahmad Sufian Che Abdullah.php 11 November 2009 12 http://nazrichik. menjalankan perniagaan tiada sebarang halangan asalkan ia tidak lari daripada landasan akidah. dan akhlak.isalamgrid.10 3) Ibn Khaldun di dalam kitabnya Al-Muqaddimah mendefinisikan perniagaan sebagai suatu cara perluasan modal.blogspot.. 15 Oktober 2008).html 11November 2009 9:57 pm http://ww.12 5) Dalam Islam.h. Bhd.

malah jika jual beli dilakukan oleh orang gila atau orang yang bodoh maka jual beli tersebut adalah tidak sah. Sulaiman Rasjid (1954).1 Syarat bagi penjual dan pembeli Penjual dan pembeli dikenakan syarat bagi membolehkan sesuatu jual beli itu sah menurut Islam. Rasionalnya adalah untuk memberi kemudahan kepada umat Islam. syarat ini menunjukkan bahawa anak kecil yang belum baligh tidak sah jual belinya. seseorang yang bersikap boros dihalang dari menguruskan harta sendiri kerana urusan hartanya diuruskan oleh walinya. syarat ini dikenakan untuk mengelakkan sebarang penipuan.3) Barang yang dijual beli 4) Harga 5) Sighah/ijab kabul 2. 4) Cukup umur (baligh). sebarang jual beli yang dilakukan hendaklah jelas tiada sebarang paksaan pada mana-mana pihak. 3) Tidak dihalang dari menguruskan muamalat. sesetengah ulama berpendapat bahawa anak-anak kecil yang mumayyiz iaitu tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk boleh berurusan jual beli bagi barangan yang kecil.cit. h.3. sebagai contoh.15 15 H. op. Syaratnya adalah seperti berikut: 1) Berakal.. 269 15 . 2) Dengan sukarela (tanpa dipaksa). Akan tetapi.

19 Mustafa Haji Daud (1994). kecuali akad dalam jual beli salam. 16 . Barang yang tidak ada manfaat dan tidak bernilai tidak boleh dijual. Tidak sah jual beli yang 16 17 Mustafa Haji Daud (1994). kerana tidak sah menjual barang bernajis seperti kulit yang belum disamak.cit.2. op. ‘Jualan Langsung Menurut Perspektif Islam: Kajian kes Amway Corporation’ (Kertas Projek. 269. h. op. dimana barang tersebut terletak di bawah pemilikan penjual20.2 Syarat bagi barang Barang yang dijual beli juga dikenakan syarat seperti berikut: 1) Barang itu mestilah ada ketika akad jual beli. h. H. 20 Faradinawati Kasmat (2001).cit.18 4) Penjual berkuasa menyerahkan barang itu kepada pembeli19. op.17 3) Barang tersebut ada manfaat dan bernilai. Sulaiman Rasjid (1954). 22.3. 270.. h. 22. Universiti Malaya). Bahagian Pengajian Syariah. 18 Ibid.. h..cit.16 (membeli secara pesanan) 2) Barang itu mestilah suci. Akademi Pengajian Islam..

antaranya: 1) Harga barang yang dijual mestilah disebut ketika akad. op. penjual mula berkuasa terhadap harga sekalipun belum diserahkan kepadanya.id/cetakekonomi. h. 2. Sulaiman Rasjid (1954). iaitu bay’bithaman a jil. 22 17 .cit. 4) Setelah selesai akad. Justeru itu. 3) Barang dapat dijual dengan menangguhkan bayarannya.3. 21 22 H. tempoh pembayaran dan cara bayarannya perlu dijelaskan. 2) Matawang mestilah dijelaskan kecuali jika telah dilihat ketika akad.3 Syarat bagi harga23 Harga juga dikenakan syarat dalam urusan jual beli Islam.22 5) Barang tersebut berkeadaan jelas sifatnya. dan burung yang masih terbang di langit.or. op. http://www. ia boleh memindahkan pembayaran harta itu kepada orang lain secara hiwalah (pemindahan hutang daripada pihak pertama kepada pihak kedua). dapat dilihat oleh pembeli sama ada ketika akad atau sebelum akad..melibatkan barangan yang tidak dapat diserahkan kepada pembeli seperti menjual ikan yang masih di dalam laut21. Dalam hal ini.alsofwah..cit. h.php?id=71&idjudul=67 11 November 2009 11:12pm 23 Mustafa Haji Daud (1994). 270.

26 2) Setiap perkataan. 18 .2. Ini kerana pemahaman tersebut menjadi asas kepada ikatan kehendak mereka yang tersirat. Asas-asas Muamalat Dalam Islam (Cetakan Pertama).00 untuk sesuatu barang 24 25 Ibid.71-72. 3) Kabul (penerimaan) mestilah bersesuaian dengan ijab (tawaran). Oleh itu. Ini kerana kedua-dua belah pihak menerima implikasi dari proses jual beli yang dilakukan25. Oleh itu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.3. maka kehendaknya akan menjadi tidak jelas kerana dia tidak berada dalam keadaan yang sedar. Contoh persamaan secara tersurat adalah penjual menawar harga sebanyak RM10. op. terdapat beberapa syarat yang dikenakan supaya ijab dan kabul dalam urusan jual beli itu diterima. h. Sekiranya ijab dan kabul dilakukan dengan orang yang sedang tidur.4 Syarat bagi sighah @ ijab (tawaran) dan kabul (penerimaan)24 Sighah @ ijab (tawaran) dan kabul (penerimaan) sangat penting dalam urusan jual beli. tulisan dan isyarat yang berkaitan dengan jual beli itu mestilah difahami oleh kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Ijab dan kabul yang dapat menandakan kerelaan kedua belah pihak semestinya mampu menggambarkan secara jelas kehendak mereka. Ibid.. 22. 27 Mustafa Haji Daud (1994). 26 Faizah Hj Ismail (1995). Ini bermaksud penerimaan dan tawaran mempunyai objektif yang sama menerusi kehendak yang dinyatakan secara tersurat atau secara tersirat.cit.27 Ini bererti setiap ijab dan kabul yang dibuat boleh difahami oleh kedua belah pihak. h. Antaranya ialah: 1) Mestilah menandakan kerelaan dan keredhaan serta kehendak antara kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. urusan jual belinya tidak sah.

Sekiranya pihak pertama membuat tawaran kepada pihak kedua. Ulama’ Mazhab Syafi’e pula berpendapat penerimaan dianggap bersambung apabila dilakukan terus sesudah tawaran dibuat. Ini bermaksud penerimaan hendaklah dilakukan dalam majlis atau acara ijab dan kabul yang sama tanpa diselangi oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengannya.00 sukarela. dia boleh memberitahu penerimaannya sesudah berita mengenai tawaran tersebut sampai kepadanya. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya kedua-dua pihak yang melakukan jual beli berada dalam satu majlis atau acara yang sama. tanpa diselangi oleh perbincangan 19 .00 tetapi pembeli pula sanggup menerima dan membayar RM15. tetapi berdasarkan maksud tersirat. Walaupun nilai zahir berbeza. Jika penerima berada di tempat lain.00. Jumhur ulama’ berpendapat bahawa penerimaan dianggap bersambung dengan tawaran jika dilakukan dalam majlis yang sama. 4) Penerimaan yang dibuat hendaklah bersambung dengan tawaran. pembeli disifatkan bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh penjual. ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan maksud sebenar kesinambungan antara penerimaan dengan tawaran. dan kedua-duanya berada dalam majlis yang sama. Walaubagaimanapun. Contoh persamaan secara tersirat pula adalah penjual menawar RM10.sementara pembeli sanggup menerima tawaran dan membayar sebanyak RM10. pihak kedua tidak semestinya membuat penerimaan tersebut selepas beberapa waktu selagi mereka masih berada dalam majlis tersebut.

28 Kesinambungan tidak wujud jika penerimaan tidak dilakukan serta merta.badilag.blogspot. di mana ianya menunjukkan kerelaan dalam membuat pertukaran barangan tanpa mengira sama ada perkataan ijab tersebut datang daripada penjual atau pembeli. jika ada pihak yang tidak dapat hadir. 30 http://mahir-al-hujjah. wakil.yang tidak berkaitan dengan tawaran.72-74.30 Ijab bermaksud perkataan atau perbuatan terawal yang dikeluarkan oleh salah satu daripada kedua-dua belah pihak yang berurusan jual beli. Kabul pula membawa maksud perkataan atau perbuatan yang kedua muncul daripada mana-mana pihak samaada penjual atau pembeli yang terlibat dengan sesuatu proses jual 28 29 http://www. maksud majlis yang sama ialah kedua-dua pihak berada pada masa dan tempat yang sama. Dalam erti kata lain.cit.html.pdf 11 November 2009 11:21pm Faizah Hj Ismail (1995). 11 November 2009 11:28pm. 20 .net/data/khes/buku%20III.com/2008/08/fiqh-muamalat-konsep-jual-beli-istisna. Ini jika mereka semua hadir pada masa dan tempat majlis itu dilakukan. dan sebagainya. op.. Namun begitu. majlis melakukan ijab (tawaran) dan kabul (penerimaan) dianggap wujud apabila berita tentang kehendak masingmasing sampai ke pihak yang satu lagi sama ada melalui surat. telefon. rukun perniagaan ialah perkataan atau perbuatan yang menunjukkan kerelaan menukarkan barangan yang dimiliki. Mengikut pendapat yang rajih (pendapat yang diterima). h.29 Ulama’ mazhab Hanafi berpendapat bahawa rukun perniagaan berlaku apabila terdapatnya ijab dan penerimanya yang menunjukkan berlakunya pertukaran barangan.

sementara perkataan yang muncul kemudian adalah penerimaan.4 Unsur-unsur yang diharamkan dalam perniagaan menurut Islam Apabila telah difahami bahawa hukum asal sesuatu perniagaan adalah halal. 363-364.31 2. Penerimaan pula ialah perkataan atau perbuatan yang dikeluarkan oleh orang yang menerima sesuatu barangan walaupun perkataan atau perbuatan tersebut dikeluarkan kemudian. Pendek kata perkataan yang muncul dahulu adalah tawaran.4. jumhur ulama’ menjelaskan bahawa tawaran ialah perkataan atau perbuatan yang datang daripada pihak pemilik sesuatu barang tanpa mengira sama ada perkataan tersebut dikeluarkan terlebih dahulu atau kemudian. Imam Ibnu Rusyud Al Maliky berkata: ‘Apabila engkau meneliti berbagai sebab yang menyebabkan suatu perniagaan itu dilarang dalam syariat. Jil. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penegasan telah dibuat oleh ulama’ mazhab Hanafi bahawa penawaran dan penerimaan adalah berdasarkan kepada mana-mana pihak yang lebih awal dan mana yang kemudian.). Ini adalah kerana perkara-perkara yang menyebabkan suatu perniagaan yang diharamkan adalah sedikit jumlahnya berbanding dengan perniagaan yang dibolehkan yang mana jumlahnya tidak terbatas. maka perkara lain yang perlu dikenali ialah perkara-perkara yang menjadikan suatu perniagaan itu diharamkan dalam Islam. h. 21 . Al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuhu (terj. dan sebab-sebab itu berlaku 31 Wahbah al-Zuhayli (1995).beli. Namun begitu.

4) Adanya persyarat yang menyebabkan timbulnya dua hal di atas (riba dan gharar).33 32 Joni Tamkin Bin Borhan & Zarrina Sa’ari (2007).4. Menerusi buku karya Ab. dosanya amat besar dan kontrak perniagaan yang dilakukan boleh terbatal dengan sendirinya. Mumin Ab. Ghani (1999). 3) Adanya ketidakpastian (gharar). h. Jika seseorang Muslim melakukannya. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. h 133-147. 2.1 Riba Riba adalah jelas pengharamannya dalam sistem muamalat Islam.pada seluruh jenis perniagaan. 26. Jurnal Usuluddin. 595/1198) Dalam Muamalah: Analisis Terhadap Akad Al-Mudarabah Dalam Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al-Muqtasid. 109. Terdapat banyak dalil mengenai pengharaman riba terutamaya dalam ayat-ayat al-Quran. Inilah sebab-sebab paling utama yang menjadikan sesuatu perniagaan dan yang terdapat pada perniagaan tersebut terlarang. nescaya engkau akan dapati sebab-sebab itu terdapat dalam empat perkara ini:32 1) Barang yang menjadi objek perniagaan itu sendiri adalah barang yang diharamkan. Sumbangan Pemikiran Ibn Rushd (M. Mumin Ab. 33 Ab. Sistem Kewangan Islam dan pelaksanaannya di Malaysia. aspek tentang riba diperbincangkan dengan panjang lebar di dalamnya. 2) Adanya unsur riba. 22 . Ghani bertajuk Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. (Cetakan Pertama).

com/2008/08/gharar-riba-dan-maisir-di-dalam.4.2 Gharar Maksud al-Gharar ialah ‘ketidakpastian’.2. kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. 34 35 Joni Tamkin Bin Borhan & Zarrina Sa’ari (2007). maksud al-Gharar ialah: "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek).cit. Ibn Taimiyah menyatakan al-Gharar ialah: "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat". 142 http://mahir-al-hujjah. h. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui"34. wujud keraguan pada kewujudkan barang. Menurut Ibn Rushd. Maksud ketidakpastian dalam transaksi muamalah pula ialah: "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain". 35 Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai: "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti"36.blogspot.html 11 November 2009 12:30am 36 Ibid.. op. 23 .

77. 39 http://www.w. Hakikatnya. h. op.cit. spekulator hanya mahukan keuntungan maksimum tanpa mempedulikan hal yang berkaitan kepentingan umum. Sebarang bentuk spekulasi (ramalan harga pada masa hadapan) juga adalah dilarang sama sekali dalam Islam kerana seolah-olah berbentuk perjudian. Ibid.cit. Sabda Rasulullah s. op.tkodaily.4. h. Spekulasi boleh berlaku apabila seorang penjual membeli barangan pada harga yang murah dengan harapan dapat menjualnya dengan harga yang melambung tinggi pada masa hadapan atau seseorang penjual membuat jangkaan bahawa harga akan jatuh menyebabkan dia menjual barangannya sekarang untuk mengelakkan kerugian.2. 11 November 2009 24 .4.4 Monopoli40 37 38 Faradinawati Kasmat (2001).”39 2.3 Judi37 Hukum judi adalah jelas haram di sisi Islam.a. yang bermaksud:38 “Sesiapa yang menyimpan barang dengan niat untuk mendapatkan keuntungan besar kelak (spekulasi) adalah berdosa besar.. di mana ia cuba mewujudkan kekurangan komoditi dan barangan di pasaran agar tahap inflasi sesebuah negara meningkat sehingga menyebabkan kesempitan hidup masyarakat umum.php?name=News&file=print&sid=1829 12:52am 40 Faradinawati Kasmat (2001).net/v2/modules. 80..

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. antaranya: 1) Pendapat pertama menyatakan bahawa monopoli merangkumi semua jenis barangan keperluan manusia yang sebelum berlakunya monopoli.a.). Ini kerana perbuatan monopoli ke atas barangan mewah hanya mendatangkan kerugian ekoran daripada pasarannya yang terhad. h. Perniagaan Dalam Islam.51.mail-archive.a. Monopoli diharamkan kerana ia mengakibatkan penindasan terutamanya monopoli ke atas barangan keperluan asas. harga melambung naik hingga ke tahap peringkat yang menyusahkan orang ramai.html 11 November 2009 1:00am 42 Abdul Sami ‘al-Misri (1993). Al-Nawawi membuat ulasan terhadap hadith Rasulullah s. harganya stabil dan berpatutan. 25 . Akibatnya.Monopoli atau al-Ihtikar ialah membeli dan menyimpan sesuatu barangan dalam kuantiti yang besar sehingga menyebabkan penawaran yang berkurangan di pasaran. dalam Sahih Muslim dan menjelaskan bahawa tidak haram monopoli ke atas barangan mewah kerana ia hanya dibeli oleh golongan kaya yang berkemampuan. 41 http://www. manakala orang yang menyorokkan barang akan dilaknat” Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ tentang jenis barang yang tergolong dalam kategori monopoli.w.com/hizb@hizbi. Ahmad Haji Hasbullah (terj. berbunyi:42 “Orang yang menjual secara terbuka akan diberi rezeki.41 Hadis Rasullullah s.net/msg07458.w.

4.2) Pendapat kedua pula menyatakan bahawa monopoli khusus kepada makanan sahaja.5 Penindasan harga Larangan mewujudkan penindasan harga penting untuk suasana perniagaan yang sihat. Dalam urusan perniagaan. Contohnya.100.a.cit. Dia boleh memulangkan semula barangan dan mengambil kembali wang yang telah dibayar. 2. maka sesetengah ulama’ berpendapat bahawa kontrak jual beli yang berlaku adalah sah tetapi penjual membuat dosa. h. 26 . Ulama’ lain pula berpendapat bahawa kontrak tersebut boleh terbatal jika pihak yang terlibat dalam urusniaga tersebut mengalami kerugian yang besar. tidak semua monopoli itu haram.. Sabda Rasullullah s. Walaubagaimanapun. kerajaan menjadi agensi monopoli bagi keperluan asas hidup manusia seperti bekalan elektrik dan air dalam sesebuah negara. op. kebiasaannya harga melambung tinggi disebabkan oleh perbuatan menimbun barang. 3) Pendapat ketiga pula menyatakan barangan yang dibekukan hendaklah bukan hasil keluaran sendiri. Sekiranya harga barangan yang sangat diperlukan diletakkan terlalu tinggi sehingga tahap yang dianggap menindas. Monopoli ini bertujuan menjaga kemaslahatan rakyat terutamanya dari kalangan masyarakat bawahan. Mazhab Hambali mensyaratkan pula bahawa penyorokan tidak melebihi 40 hari.w yang bermaksud:43 43 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001). Pendapat ini dikeluarkan oleh ulama’ mazhab Shafi’e dan Hambali.

Hadis Muslim. Riyadh. op. h. Darussalam.cit. h. Sahih Muslim no.“Tidak akan menimbum barang kecuali orang yang berbuat dosa” (Riwayat Muslim dan Abu Daud.. 44 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000). h.. terdapat beberapa lagi bentuk perniagaan lain yang dilarang oleh Islam.w: ‫من احتكر فهو خاطئ. رواه مسلم وغيره‬ "Barang siapa yang menimbun maka ia telah berbuat dosa. antaranya: 1) Barang najis seperti arak kerana ia dianggap sebagai bukan harta yang halal dari segi syara’. 1198/7518 45 Ibid. 73-74.1605) 45 2." (Riwayat Ma’mur bin Abdullah bin Nadlah. 907/129/4122 46 Mustafa Haji Daud (1994). Muasu’ah Hadis Syaarif Kitabul Sittah.6 Lain-lain bentuk perniagaan yang dilarang oleh Islam46 Selain daripada apa yang disebutkan di atas.a.4. Hadis Sahih Muslim. no. sebagaimana disabdakan Rasulullah s.3012)44 Di antara bentuk penerapan terhadap prinsip ini ialah diharamkannya menimbun barangan keperluan masyarakat dengan banyak. 27 .

5) Menjual janin iaitu menjual binatang yang masih di dalam kandungannya.2) Jual beli secara sentuhan (mulamasah) melibatkan keadaan seperti pembeli tidak melihat barang yang hendak dibeli tetapi dengan menyentuhnya atau merabanya sahaja. 7) Menjual ikan yang berada di dalam kolam yang tidak dapat dilihat atau burung yang sedang berterbangan. 3) Menjual secara campak. 6) Menjual buah yang masih putik di atas pokok dan akan diserahkan apabila masak. 28 . Ini bermaksud penjual mencampakkan beberapa barangan kepada pembeli tanpa diterangkan yang mana dimaksudkan dan tanpa disebutkan harganya. Mana-mana barang yang terkena itu menjadi hak milik pembeli dan dibayar harganya. 10) Jual beli barangan semasa dalam proses pemindahan iaitu di tengah jalan sebelum sampai ke pasar untuk mendapatkan harga yang murah. 9) Mudabanah iaitu jual beli yang mencampurkan buah yang muda dengan buah yang masak. 4) Perniagaan yang melibatkan unsur perjudian seperti pembeli mencampak sesuatu kepada barang yang hendak dibeli. 8) Jual beli muhaqalah iaitu jual beli tanaman yang baru tumbuh.

a. Peniaga membeli barang di dalam perjalanan ke pasar untuk mendapatkan harga yang lebih murah tetapi ia diharuskan jika harga yang sama dengan barangan di dalam pasar. Terdapat juga perniagaan yang haram di sisi Islam tetapi sah urusan perniagaannya menurut penjelasan Islam. 4. Penjual mempengaruhi pembeli agar membeli barangnya sedangkan pembeli itu telah membuat pilihan untuk membeli barang dari penjual yang lain dan telah berjanji membelinya. 2.w dalam hadis berikut: ‫عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال قال رسول‬ ‫الله صلى الله عليه و سلم : ل يبع حاضر لباد دعوا‬ ‫الناس يرزق الله بعضهم من بعض. Barang yang telah dipersetujui untuk dibeli atau dijual tetap ditawarkan kepada orang lain untuk dibeli atau dijual. Contohnya orang kaya yang sengaja membeli ubat yang sangat diperlukan oleh orang lain yang sedang sakit supaya orang yang sakit itu tidak sembuh dari penyakitnya.11) Jual beli yang bukan keperluan iaitu bertujuan menganiaya orang lain. رواه مسل‬ "Dari sahabat Jabir bin Abdillah radhiallahu 'anhu ia menuturkan: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Janganlah orang kota menjualkan 29 . 3. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s. Peniaga dari bandar mengambil alih tempat peniaga pendalaman untuk memasarkan sendiri barangan mereka kecuali peniaga bandar tersebut berniat untuk menolong mereka memasarkan barang tersebut. antaranya: 1.

biarkanlah masyarakat. Jual beli yang berlaku ketika solat Jumaat iaitu antara azan kedua hingga tamat sembahyang.barang-barang milik orang kampung. Ketentuan ini berdasarkan firman Allah s. Diperolehi September 9." (Riwayat Jabir Bin Abdullah. dari http://www. op.w. 30 . (2009. Perbahasan Keadah-kaedah Fiqh (cetakan Pertama). 2009.t:48 ‫يا أ َي ّها ال ّذين آمنوا إ ِذا نودي للصلة من ي َوم ِ ال ْجمعة‬ ُ َ َ ِ ِ َ ُ ُ ِ ِ َ ّ ِ ِ ُ َ َ َ ْ ّ ‫فاسعوا إ ِلى ذك ْر الل‬ َ ‫ه‬ ِ ْ َ ْ َ ِ ِ ‫وذَروا ال ْب َي ْع ذَل ِك ُم خي ْر ل ّك ُم إن كنت ُم ت َعل َمون‬ َ ُ ْ ْ ُ َ ٌ َ ْ ُ َ ِ ْ "Hai orang-orang yang beriman. h. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin (2000). Julai 16). 6. apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Juma'at.html 49 Ab. Hadis Muslim. sebahagian diberi rezeki oleh Allah dari sebahagian lainnya.. maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. h.5 47 48 Kaedah Fiqh dalam menentukan sesuatu hukum49 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000). 940/20/3826 Prinsip Jual Beli dalam Ajaran Islam. Jual beli yang boleh menyebabkan berlakunya perpisahan antara ibu dengan anaknya. Kuala Lumpur: Pustaka Salam sdn Bhd. 119-121. Dilarang bagi seorang Muslim untuk mengadakan urusan perniagaan setelah muazzin mengumandangkan azan kedua pada hari Jumaat.1522)47 5..com/fatwa-perdagangan/hukum-hukum-perdagangan/552-prinsip-jual-belidalam-ajaran-islam. Sahih Muslim no.cit." (Surah Al Juma'ah (62): 9) 2. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.pengusahamuslim.

Hubungan interaksi sesama manusia baik yang tunduk kepada syariat Allah ataupun yang tidak adalah tidak terbatas. Dalam Bahasa Arabnya berbunyi al-aslu fi al-ashya’ al-ibahah hatta yadullu al-dalil ala al-tahrim. di dalam ilmu Fiqh asal sesuatu adalah harus sehinggalah ada dalil yang mengharamkannya. di antaranya adalah firman Allah s.a.w. Kerana itulah dalam Islam tidak pernah ada dalil yang membatasi model interaksi sesama mereka. Oleh itu bukanlah sesuatu hal yang bijak jika hubungan interaksi sesama mereka dikekang dan dibatasi dalam bentuk tertentu.t: ً ‫هو ال ّذي خل َق ل َك ُم ما في ال َرض جميعا‬ ِ َ ْ ِ َ ِ ْ ْ ِ َ َ َ ُ "Dialah yang menciptakan untuk kamu segala yang ada di bumi seluruhnya. Setiap masa dan tempat berlaku pelbagai bentuk interaksinya yang berbeza dengan bentuk interaksi pada waktu dan tempat yang lain." (Surah Al-Baqarah (2): 29) dan juga sabda Rasulullah s.w: 31 . ‫الصل في الشياء الباحة، حيتى ييدل‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫. Sebagai salah satu buktinya.الدليل على التحريم‬ Kaedah ini didukung oleh banyak dalil dalam Al Qur'an dan As Sunnah.

w juga telah bersabda: ‫إذا تبايع الرجلن فكل واحد منهما بالخيار ما لم يتفرقا‬ ‫وكانا جميعا‬ "Bila dua orang telah berjaul-beli.a. maka Allah Ta'ala telah berfirman: ّ َ َ ‫وأ َحل الل ّه ال ْب َي ْع وحرم الربا‬ َ ّ َ َ َ ُ ّ "Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba.1093/141/6128 http://www.dorar.net/enc/hadith/ ‫+/تبايع‬m256+y 22 November 2009 4:25am 32 . no. Sahih Bukhari. Sahih Muslim..‫أنتم أعلم بأمر دنياكم.2112)51 50 51 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000). h." (Riwayat Abdullah bin Umar." (Surah Al-Baqarah (2): 275) dan Rasulullah s. 2363)50 Adapun yang berkaitan dengan peniagaan secara khusus. no. Hadis Bukhari.cit. op. maka masing-masing dari keduanya memiliki hak pilih. رواه مسلم‬ “ Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian” (Riwayat Anas bin Malik. selama keduanya belum berpisah dan mereka masih bersama-sama (satu majlis). Hadis Sahih.

atau kitab hadis. selama tidak menyalahi syari'at. no.‫عن رافع بن خديج قال: قيل يا رسول الله! أي الكسب‬ ‫أطيب؟ قال: عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور. Kaedah ini selaras dengan asal segala ciptaan Allah yang bersifat baik dan berfaedah serta diharuskan syara’ untuk kegunaan manusia. dan setiap perniagaan yang baik” (Riwayat Said bin Umar. mereka sentiasa mengkhususkan satu bab untuk membahas berbagai permasalahan yang berkaitan dengan perniagaan. 5/263)52 Para ulama' juga telah bersepakat bahawa perniagaan adalah pekerjaan yang dibolehkan. Kaedah ini digunakan secara meluas di kalangan ulama’ Mazhab Syafi’e. Sunan al-Kibry al-Baihaqi. Sebagai salah satu buktinya. Mazhab Hanafi pula terkenal dengan kaedah yang sebaliknya iaitu asal sesuatu itu adalah haram hinggalah ada dalil yang menunjukkannya 52 http://www.net/enc/hadith/256+/‫+الكسـب‬y 22 November 2009 4:23am 33 . para ulama' menyatakan bahawa hukum asal setiap perniagaan adalah boleh. setiap ulama' yang menuliskan kitab fiqh. Hadis Bukhari. رواه‬ ‫أحمد والطبراني والحاكم وصححه اللباني‬ "Dari sahabat Rafi' bin Khadij ia menuturkan: "Dikatakan (kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam) Wahai Rasulullah! Penghasilan apakah yang paling baik? Beliau menjawab: "Hasil pekerjaan seseorang dangan tangannya sendiri. dan kesepakatan ini telah menjadi satu bahagian dari syari'at Islam yang telah diketahui oleh setiap orang. Berdasarkan dari dalil-dalil ini.dorar.

Alasannya dalam urusan berkaitan ibadah. sebelum dilaksanakan mestilah menunggu adanya perintah atau dalil yang menyuruhnya terlebih dahulu.harus atau dalam Bahasa Arabnya adalah al-aslu fi al-ashya’ al-tahrim hatta yadullu al-dalil ala al-ibahah53 2. Rasulullah s. Untuk urusan yang berkaitan dengan muamalah. Lalu baginda menyarankan kepada nereka supaya tidak perlu bersusah payah berbuat begitu.or. Selepas itu. 2.w. baginda menyerahkan urusan yang berkaitan dengan keduniaan kepada umatnya. Walaubagaimanapun.a. Kaedah yang digunakan oleh ulama’ mazhab Hanafi pula seharusnya digunakan dalam hal yang berkaitan dengan ibadah. kedua-dua kaedah tersebut dapat dikompromikan serta ditarjihkan dalam skop berikut: 1.nu.id/viewtopic.php?f=4&t=660 11 November 2009 1:34am 34 . Ini kerana kaedah itu adalah selaras serta sesuai dengan manusia yang diberikan kebebasan dalam perkara yang berkaitan dengan urusan keduniaan mereka. ternyata mutu buah kurma kurang baik jika bunganya tidak dikahwinkan. Ia dapat disandarkan kepada firman Allah: 53 http://forum. sesuai digunakan kaedah mazhab Syafi’i.5. Namun begitu. pada satu ketika pernah melihat para sahabat di Madinah bersusuah payah memanjat pokok kurma untuk mengahwinkan pokok kurma supaya buahnya lebih bermutu.1 Tarjih kepada kaedah Pada zahirnya terdapat percanggahan antara kaedah fiqh yang digunakan oleh ulama’ mazhab Shafi’i dengan kaedah fiqh yang digunakan oleh ulama’ mazhab Hanafi.

Ia lebih menjurus kepada kejayaan di akhirat. tidak salah (harus) mempelajari dan mendalami ilmu strategi pemasaran konvensional dengan syarat ia mesti diselaraskan dengan kehendak Islam bagi mengelakkan pemesongan. ternyatalah bahawa Islam tidak menyekat perkembangan ilmu pengetahuan selagi ia tidak melampaui batas-batas syara’ yang telah ditetapkan. puasa dan mengeluarkan zakat atau ibadah umum. Ibadah umum adalah apa sahaja pekerjaan yang tidak bertentangan dengan syara’ dan diniatkan untuk mencari keredhaan Allah. sama ada ibadah khusus seperti solat lima waktu.َ َۡ َ ‌ ‫أمۡ ل َهم شركؤ ُا ْ شرعوا ْ ل َهم من ٱلدين ما لم يأذن ب ِهِ ٱلل ّهُۚ وَلول‬ ۢ َ َۡ ۡ َ َ ِ ّ ُ َ َ َ ّ ُ َ ُ ۡ ُ ٌ۬ ِ ٌ َ ۡ ُ َ ِ ‫كل ِمة ٱلفصل ل َقضى بين َ ُ ۗ‌ۡوَإ ِن ٱلظ ّ ٰـل ِمين ل َهم ع َذاب أ َليم‬ َ ُ َ ّ ‫ِ ُ ِ َ َ هم‬ “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan untuk mana-mana bahagian daripada agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah. Matlamat jangka pendek pula ialah mencapai kejayaan dalam urusan dunia. di mana seseorang mesti melaksanakan amanah yang 35 ... Oleh itu.” (Surah al-Syura. 2. (42): 21) Jika diteliti kepada dalil-dalil yang digunakan untuk menyokong kaedah mazhab Shafi’i seperti di atas.6 Panduan perniagaan dalam Islam Perniagaan dalam Islam bermatlamat utamanya untuk mendapatkan keredhaan Allah melalui ibadah.

Julai 2001.57 54 Ilhaamie Abdul Ghani Azmi (2001). memenuhi keperluan hidupnya dan memelihara hubungan yang baik dalam berurusan dengan hamba-hamba Allah yang lain.cit. 2. 97. 9 Bil. terdapat beberapa panduan yang boleh diguna oleh umat Islam yang melibatkan diri dalam perniagaan sesuai dengan mengejar kejayaan dunia dan akhirat. op. Hal ini telah dijelaskan oleh baginda Rasullullah s. ia menjamin perkembangan perniagaan yang sihat dan kemakmuran sejagat dalam kegiatan ekonomi. Bab Soleh. 36 . Sebagai contoh. 55 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000). 54 Oleh itu. op. h. Islam telah memperundangkan khiyar atau kuasa memilih kepada penjual sama ada mahu meneruskan jual beli atau sebaliknya.cit. ‘Pengurusan Dari Perspektif Islam’.56 Orang Islam juga bebas menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan selagi ia sah dah halal di sisi syara’. hak memilih ini dapat mengelakkan pelanggan daripada merasa tertipu..1 Kebebasan Prinsip kebebasan adalah penting untuk memelihara kebajikan pembeli dan penjual. 57 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001).a.6. 2.cit. Jurnal Syariah Jil. 92. Ini kerana.w: “Orang Islam adalah tertakluk kepada ikatan syarat-syarat yang dipersetujui. h. 88..1489/3594 56 Solahuddin Ismail (1998). h. h.”55 (Riwayat Abu Hurairah. op. 3594) Selain daripada itu.. Sunan Abu Daud.dipegangnya dengan sebaik mungkin. no. Hadis Abu Daud.

1.2. kemudahan dan keselesaan hidup seperti kereta. 59 Yusuf al-Qardawi (Prof) (Dr) (1996). (Cetakan kedua). Ia dibeli untuk menunjukkan status kekayaan dan ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan masyarakat. Ahamd Nuryadi Asmawi (ter. Fiqh Keutamaan: Satu Kajian Baru Dari Perspektif al-Quran Dan al-Sunnah. Batu Caves: Thinker’s Library Sdn. Barangan yang tidak perlu diutamakan pula adalah barangan hajiyyat dan tahsiniyyat. Ini penting untuk mengelakkan daripada kesilapan membelanjakan harta bukan pada tempatnya. h. Noordeen. seperti barang kemas yang berharga ribuan ringgit atau kereta yang hanya mampu dimiliki oleh golongan yang kaya raya. 59 2. Ekonomi Islam: Teori dan Praktis. Barangan hajiyyat atau kemudahan ialah barangan yang dapat membantu meningkatkan kecekapan.S. 83.2 Keutamaan Prinsip keutamaan adalah prinsip yang mengutamakan barangan daruriyyat atau keperluan asas seperti makanan.58 Keutamaan perlu diberikan secara berturutan ke atas barangan daruriyyat.6.). 289.3 Urusniaga penuh kerelaan 58 Muhammad Abdul Manan (1994). Bhd. Jil. mesin basuh dan sebagainya. h. Kuala Lumpur: A. Penjualan barang dalam kategori ini sangat digalakkan dan perlu diutamakan kerana masyarakat akan menghadapi kesukaran jika bekalannya terputus.). pakaian dan tempat tinggal di mana keperluannya mendesak.6.. Radiah Abdul Kader (terj. Barangan tahsiniyyat atau barangan mewah pula merujuk kepada barangan yang sangat mahal. 37 . kemudian hajiyyat dan akhir sekali tahsiniyyat.

Islam juga menjadikan kerelaan, suka sama suka atau keredhaan kedua-dua belah pihak sebagai prinsip dalam perniagaan. Untuk menentukan wujudnya kerelaan antara kedua belah pihak, Islam telah menetapkan agar perniagaan itu mestilah mendapat persetujuan bersama antara pembeli dengan penjual. Persetujuan dinyatakan dalam majlis akad antara penjual dengan pembeli atau melalui wakil masing-masing. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Jual beli dilakukan dengan tawar menawar. Jika kedua-dua jujur dan nyata maka mereka diberkati. Tetapi jika kedua-duanya dusta dan merahsiakan maka keberkatan akan lenyap.” 60 Dengan wujudnya kerelaan atau persetujuan bersama, maka terhindarlah sebarang pertelagahan dan pergeseran pada masa akan datang selepas berlakunya sesuatu proses jual beli.

2.6.4

Keadilan dan berkecuali

Untuk menjamin kepentingan dan kebajikan sejagat, Islam mementingkan keadilan dalam jual beli. Sejak awal lagi keadilan telah ditetapkan oleh Islam dengan menjelaskan tentang kedudukan kekayaan sewajarnya dapat dipergunakan untuk memelihara kepentingan dan kemakmuran sejagat. Untuk tujuan itu, Islam telah menetapkan agar keadilan itu berlaku dalam semua bidang kehidupan dari segi diri, keluarga, sahabat, masyarakat dan negara. Keadilan dalam urusan jual beli akan tercapai jika peraturan syara’ yang berkaitan dengannya benar-benar dilaksanakan.
60

Mustafa Haji Daud (1994), op.cit., h. 56.

38

Penjual dan pembeli masing-masing mempunyai tanggungjawab tertentu dalam menyumbang ke arah pencapaian keadilan. Jika kedua-dua belah pihak mencapai keredhaan dalam urusan mereka, sudah tentu keadilan akan tercapai. Asas yang utama untuk mencapai keadilan adalah kembali kepada penghayatan falsafah Tauhid. 61Sebagai tambahan seseorang itu dianggap bersikap adil jika dia di dalam urusannya tidak pilih kasih dengan hanya memberikan keutamaan kepada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.62 Seseorang itu sama ada penjual atau pembeli juga perlu berpegang kepada sikap berkecuali dalam urusan jual beli, di mana ia tidak berat sebelah dan bebas dari sebarang pengaruh yang boleh menghalang keadilan daripada dilaksanakan.63 Sebagai contoh, seseorang itu tidak boleh bersikap serius dan bersungguh di sebelah pihak sahaja, dan perlu adil untuk semua dalan urusan jual beli mereka.

2.6.5

Kesopanan

Penjual dan pembeli layak mendapatkan layanan yang baik antara satu sama lain. Ini menjadikan kesopanan, kesusilaan, hubungan yang baik, berbudi bahasa, bertolak ansur dan lain-lain, juga penting di dalam urusan jual beli menurut Islam. Firman Allah s.w.t:

‫وَقولوا ْ للناس حسنا‬ ً ُ ِ ّ ِ ُ ُ

61 62

Ibid., h.56-57. Mustafa Haji Daud (1994), Pengurusan Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h.132. 63 Ibid., h. 139.

39

“Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia...” (Surah al-Baqarah (2): 83) Di dalam surah yang sama, Allah s.w.t. telah berfirman:

َ ‫وَأحسنوٓا ْ إ ِن ٱلل ّه ي ُحب ٱلمحسنين‬ ّ ِ َ ّ ‌ۛ ُ ِ َ ِ ِ ُ
“Dan berbuat baiklah, kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah (2): 195) Hubungan yang baik di antara pembeli dan penjual menjadikan urusan jual beli bukan sahaja dapat menyempurnakan keperluan fizikal seseorang, malah mendatangkan kegembiraan serta mengukuhkan hati dan jiwa seseorang. Penjual dan pembeli juga perlu sentiasa bersikap terbuka, saling memaafkan, suka tolong menolong dan bersedia meringankan beban orang lain. Ada masanya di mana urusan jual beli menjadi terlalu sibuk sehingga mengakibatkan keletihan si penjual, sedangkan pembeli terus menerus mahukan layanan segera, pada masa inilah sikap terbuka dan sabar benar-benar bermanfaaat dalam menjaga hubungan baik di antara pembeli dan penjual.64

64

Mustafa Haji Daud (1994), Perniagaan Menurut Islam (Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h.64-65.

40

t. mereka menimbang dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain.w. kerana tanpanya mungkin akan muncul perasaan tidak puas hati setelah selesainya sesuatu urusan itu akibat daripada kegagalan mencapai tahap kualiti jual beli yang diharapkan.w. Penipuan amat mudah berlaku pada peringkat ini dalam proses jual beli kerana penjual mempunyai peluang keemasan untuk menipu sukatan dan timbangan tanpa disedari oleh pembeli. 41 . Perbuatan menipu sukatan dan timbangan adalah diharamkan oleh Islam. hasil daripada urusniaga yang dijalankan secara halal. h. termasuklah penipuan dalam sukatan dan timbangan. op.: َ ُ َ َ َ َ ِ ‫ويل للمط َففين )١( ٱل ّذين إ ِذا ٱكتالوا ْ ع َلى ٱلناس يستوۡفون )٢(وَإ ِذا‬ َ ُ َ َ ِ ّ َ ِ ّ ُ ّ ٌ۬ َ ٣) َ ۡ ُ ُ َ ‫)كالوهم أو وّزنوهمۡ يخسرون‬ َ ُ ِ ُ ُ ُ َ “Betapa celakanya bagi orang yang curang (dalam timbangan dan ukuran). h..” 65 66 Fardinawati Kasmat (2001)..cit.6 Bersifat benar. Apabila sifat-sifat ini diamalkan. jujur. mereka kurangkan. Ilhaamie Abdul Ghani Azmi (2001). dan ikhlas Sifat benar dan jujur wajib ada pada setiap Muslim yang terlibat dalam dunia perniagaan. 65 Sifat-sifat ini sebenarnya banyak mempengaruhi kualiti66 urusan jual beli. nescaya tidak akan berlaku sebarang bentuk penipuan dalam jual beli.2.cit. op. Ini penting untuk menghindarkan diri daripada berlakunya perhubungan yang negatif di antara penjual dan pembeli.71.6.t. Firman Allah s. iaitu mereka yang apabila menerima sukatan orang lain. 98. Sifat ikhlas pula akan menambahkan lagi keberkatan rezeki yang dikurniakan Allah s.

59. 73. Selain itu.6. kerjasama diperlukan untuk menjaga kebajikan sesama manusia yang lain supaya rezeki kurniaan Allah s. Fardinawati Kasmat (2001). Sebagai manusia beriman. h. Jika dirahsiakan. Sebagai contoh. Rasullullah s. melahirkan sifat kerjasama dan memupuk ikatan persaudaraan. op.t.68 67 68 Mustafa Haji Daud (1994). Jika telah dijelaskan dan pembeli tetap sedia menerima barang yang rosak itu. ia menjadi penipuan. Penjual perlu jujur dan berterus terang tentang barang yang dijualnya.cit.w.7 Bertimbangrasa dan bekerjasama Peniaga perlulah mempunyai sifat bertimbangrasa dan menjauhi perasaan tamak haloba serta keinginan mengaut keuntungan dengan cara berlebihan.a. jika berlaku kerosakan pada barang ketika hendak dijual.w.cit.(Surah al-Mutaffifin (83): 13) Menyembunyikan maklumat berkenaan dengan barang yang dijual beli juga termasuk dalam penipuan... larangan ini juga bertujuan untuk menjaga hak sesama manusia. dapat dinikmati bersama. 42 . ia perlu dijelaskan kepada pembeli. Ini adalah untuk memberi peluang kepada orang lain menguruskan perniagaan mereka sendiri serta membuka seluas-luasnya pintu untuk mengembangkan perniagaan. h.67 2. melarang orang bandar dari menjadi peraih atau perantara bagi barang para pekebun atau peladang. op. maka jual beli tersebut terlepas daripada unsur penipuan.

8 Prihatin terhadap kualiti barang Setiap kali melibatkan diri dalam urusan jual beli..6. seseorang pembeli pasti menginginkan barangan yang berkualiti pada harga berpatutan.2. Islam menggalakkan penggunaan kontrak perniagaan berbentuk rasmi (seperti surat cara atau negotiable instruments) yang dapat mewujudkan kesan undang-undang ke atas perkara yang dikontrakkan.6. 1543) 2. 98. op.cit. h.70 69 70 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000). Sekiranya barangan yang dijual berkualiti rendah.9 Menjamin pelaksanaan janji bagi bentuk jual beli yang sah Kontrak jual beli yang sah perlu memenuhi rukun dan syarat jual beli yang telah dinyatakan sebelum ini.cit. Sabda Rasulullah s. Hadis Muslim.”69 (Riwayat Abdullah Bin Umar. penjual sendiri yang akan rugi kerana pembeli tidak akan datang lagi untuk membeli barangan daripadanya. h 942/51 Nurul Ashiqin Mahmud Zuhudi (2001). Hadis Sahih.aw. 43 . Sekiranya pembeli berpuas hati. op. Aspek kualiti adalah sangat penting memandangkan ia menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. yang bermaksud: “Jangan jual buah-buahan sebelum nyata baiknya (elok kualitinya) iaitu bebas dari hama (tidak busuk) dan nampak merah dan kuning (kerana sudah matang). Sahih Muslim. no. dia pasti akan membuat pembelian yang seterusnya kerana dia telah menaruh kepercayaan terhadap barangan dan peniaga tersebut..

Janji yang telah dibuat oleh kedua-dua pihak pembeli dan penjual menerusi sesuatu kontrak wajib ditunaikan.t. op. 60. seseorang peniaga Muslim perlu menjauhkan diri daripada terlibat dalam unsur-unsur yang diharamkan dalam perniagaan Islam seperti yang telah dibincangkan dalam bab 2. tunaikanlah janji-janjimu.10 Menjauhi larangan-larangan dalam jual beli Akhirnya.4 sebelum ini. tetapi gambaran tersebut sebenarnya berbeza dari hakikat sebenar keadaan barangan tersebut. Firman Allah s. penjual yang telah menggambarkan sesuatu barangan semasa hendak membuat perjanjian. Dia dianggap memungkiri janji apabila membawa barangan yang berbeza daripada apa yang telah digambarkan semasa perjanjian..6. maka dia telah melakukan penipuan. 44 . h. Akibatnya.71 2.” (Surah al-Maidah (5): 1) Apabila salah satu pihak sama ada penjual atau pembeli memungkiri janji maka pihak yang satu lagi akan hilang keyakinan. 71 Mustafa Haji Daud (1994). yang َ ُ َۡ ٓ ُ َ َ َ ِ ‌ ُ ِۚ‫ي َٰـٓأي ّها ٱل ّذين ءامنوا ْ أوفوا ْ ب ِٱلعُقود‬ َ “Hai orang yang beriman.w. ia akan menjejaskan sesebuah perniagaan. Sebagai contoh.cit.

cit. Wahab (1987).7 Penelitian ke atas konsep pemasaran konvensional Menurut Profesor Madya Muhammad Abd. keadaan dan tempat. Penumpuan mestilah diletakkan ke atas keperluan dalam hidup (daruruyyat) dan bukan ke atas elemen-elemen kemewahan (tahsiniyyat). Jadi maklumat berikut sedikit sebanyak boleh digunakan sebagai panduan. Sebagai khalifah Allah di muka bumi dan pemegang amanah kekayaanNya. Tidak boleh melakukan penggunaan secara maksimum tanpa mengambil kira kehendak syara’. Walaubagaimanapun. perlu dilakukan penyesuaian agar ia benar-benar menepati kehendak Islam. 1.. Walaubagaimanapun. cara penggunaan harta mestilah berubah daripada gaya yang dianggap ‘normal’ (mencapai kepuasan maksimum) kepada gaya yang selari dengan landasan Islam. 4. tetapi juga perlu mengambil kira aspek yang tidak nampak (intangibles) seperti beramal baik dan memberikan sedekah. sebagai seorang Islam yang mahu mengaplikasikan prinsip pemasaran yang dianggap konvensional seperti MLM. Wahab. 6-7. 3. 2. 72 Muhammad Abd. op. Penggunaan bukan sekadar meliputi aspek fizikal barangan dan perkhidmatan.2.72 konsep-konsep asas pemasaran konvensional sebenarnya berasal daripada prinsip pemasaran yang bersifat semulajadi mengikut fitrah alam. 45 . ini bergantung kepada masa. h.

Jika umat Islam tidak mahu mematuhi peraturan yang sedia ada maka rugilah dan binasalah ia. penelitian perlu dibuat ke atas perkara yang lebih asas dari itu. dengan asas yang telah disediakan dalam Islam 46 .w. Pelbagai garis panduan telah diberikan oleh Islam agar umatnya dapat mencari rezeki melalui jalan yang halal lagi diredhai Allah s. maka kajian perlu dilanjutkan untuk mencari alternatif yang sesuai agar umat Islam tidak ketinggalan kebelakang. garis panduan seperti yang dinyatakan sebelum ini perlu dipatuhi dengan sepenuhnya. Jika tidak bersesuaian untuk umat Islam. Islam adalah pegangan hidup yang syumul (sempurna) dan marunah (fleksibel). Oleh itu.8 Kesimpulan Dalam memahami strategi pemasaran Islam.t. Jadi umat Islam berpeluang untuk menggunakan daya kreativiti agar sentiasa mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi yang sentiasa berubah dan tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam.2. Umum mengetahui bahawa jual beli yang menjadi asas kepada perniagaan dan pemasaran adalah dibenarkan dalam Islam untuk mengisi keperluan hidup. maka umat Islam akan mara setapak ke hadapan. dan menjauhi segala bentuk perniagaan yang dilarang. Oleh itu. Jika ia boleh disesuaikan mengikut kehendak syara’. Terpulang kepada mereka untuk memilih jalan yang diredhai Allah atau sebaliknya. Jalan yang baik serta mematuhi ajaran Islam telah ditunjukkan. Apa sahaja perkara baru yang timbul perlu sentiasa dikaji kedudukannya menurut perspektif Islam untuk mengetahui sama ada ia boleh diterima pakai oleh umat Islam atau tidak. iaitu jual beli dan perniagaan dalam Islam.

47 . 2. Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk menggambarkan istilah pemasaran. penulis akan membincangkan dahulu konsep asas pemasaran secara konvensional. Sintok: Jawatankuasa Penerbitan Universiti Utara Malaysia. sebelum memahami strategi pemasaran MLM.berkenaan sistem perniagaan ini diharap agar masyarakat dapat memilih dan lebih peka akan situasi sebenar sesuatu syarikat MLM yang ingin disertai agar segala urusan jual beli dan perniagaan yang berlaku mendapat redha Allah.0 Pendahuluan pemasaran Jualan Langsung Pelbagai Tingkat atau MLM (Multi Level Marketing) merupakan salah satu daripada strategi pemasaran yang banyak digunakan oleh syarikatsyarikat tempatan mahupun antarabangsa. Prinsip Pemasaran. h. 74 Ibid. Pengertian yang lebih luas bagi istilah pemasaran ialah dengan melibatkan firma sebagai satu sistem organisasi yang membuat perancangan pengeluaran untuk pengguna: “Satu aktiviti pembangunan dan pengagihan barangan serta perkhidmatan yang berkesan dan diusahakan untuk segmen pengguna terpilih”. BAB 3: STRATEGI PEMASARAN JUALAN LANGSUNG PELBAGAI TINGKAT (MLM) SECARA KONVENSIONAL 3.74 73 Ibrahim Abdul Hamid (1990).73 Bagaimanapun. definisi ini adalah terlalu sempit kerana ia semata-mata tertumpu kepada pengaliran barangan yang diproses sahaja. Oleh itu. Persatuan Pemasaran Amerika memberikan definisi pemasaran sebagai satu aktiviti perniagaan yang mengarahkan pengaliran barangan daripada pengeluar kepada pengguna.

6. M.1 Konsep asas dalam pemasaran Menurut Kotler. wujud beberapa konsep asas yang menjadi teras kepada pemahaman tentang pemasaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asas Pengurusan Perniagaan (Cetakan ke-7). 48 . Pemasaran bermula dengan apa yang ingin diperolehi oleh pelanggan dan berakhir dengan pelanggan juga di mana kehendak dan keperluannya dipenuhi. Bhd. Vieira. h. Philip & Armstrong dalam buku “Principles of Marketing” pemasaran adalah satu proses sosial dan pengurusan di mana pihak individu dan kumpulan memperolehi apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui penciptaan serta pertukaran keluaran dan nilai dengan yang selainnya. Pemasaran. pemasaran adalah satu proses penyesuaian dan penyambungan di antara pengeluar dan pengguna di mana masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain..Takrifan lain yang diberikan untuk pemasaran ialah sekelompok kegiatan manusia bagi tujuan membantu dan melicinkan proses pertukaran barang dan perkhidmatan. pemasaran meliputi semua kegiatan untuk memuaskan pelanggan di samping memberi untung kepada pengeluar yang menggunakan sumber-sumber yang dipunyai sehingga ke tahap maksimum. 76 Jaafar Muhammad (1999).76 3. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Apabila membincangkan tentang pemasaran. Konsep-konsep asas tersebut adalah: 75 Parkinson. h. Northcote.K.. aktiviti pemasaran bermula daripada sesuatu keluaran itu dicipta sehinggalah ianya sampai ke tangan pengguna. Ini kerana pada dasarnya. Dalam erti kata lain. C. Rustomji. Walter E. (1992). 172.75 Berdasarkan kepada pelbagai takrifan yang ada.

meliputi keperluan fizikal seperti makanan. 79 Kotler. dan keperluan individu seperti pengetahuan dan pencapaian hasrat diri.1 Keperluan Konsep paling asas yang perlu difahami merujuk kepada keperluan manusia.1. tetapi dengan pengertian yang lebih mendalam..cit. dan air Coke untuk mengisi perutnya. keperluan sosial seperti disayangi. New Jersey: Prentice-Hall International.77 3. h. kehendak merupakan bentuk keperluan manusia yang telah dicorakkan oleh faktor kebudayaan dan personaliti individu. op. 80 Ibid. h. Keperluan manusia adalah berbagai-bagai. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn..3. 5. Asas Pemasaran (Cetakan ke-8). 78 Muhammad Abd. h. Kehendak selalunya dihuraikan dalam bentuk objek yang akan memenuhi sesuatu keperluan. pakaian. kentang goreng. 2. 49 . dan keselamatan. Keperluan-keperluan ini timbul secara semulajadi dan bukannya dihasilkan oleh pemasar. Inc. 4. Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999). Gary (1999). Philip & Armstrong. minuman.1.. Principles of Marketing (Cetakan ke-8).2 Kehendak Kehendak adalah keinginan terhadap sesuatu perkara tertentu yang dapat memuaskan sesuatu keperluan. seorang rakyat Amerika yang sedang kelaparan di negara tersebut mungkin berkehendak kepada burger. Wahab (1987).78 Dalam erti kata yang lebih jelas lagi. Bhd.79 Sebagai contoh.80 Seorang rakyat Malaysia yang berasa lapar di negaranya pula mungkin 77 Nik Rahimah Nik Yacob.

permintaan ialah kehendak yang disokong oleh kuasa membeli. 50 . Penjual seringkali menghadapi kekeliruan dalam membezakan antara keperluan dan kehendak. Dalam erti kata lain. sehingga mereka terlupa bahawa sesuatu keluaran itu hanyalah merupakan satu penyelesaian kepada masalah pengguna. Jika mereka saling bertukar menu seperti yang telah dinyatakan. tetapi mereka mempunyai sumber yang terhad untuk memperolehi segala kehendak tersebut. ia boleh berubah menjadi permintaan.berkehendak kepada nasi yang berlaukkan ayam. Seorang penjual kosmetik mungkin mengamati bahawa pengguna mahukan lipstik dan losyen muka. mereka masing-masing tidak biasa dengan budaya menu hidangan dari negara yang lain. Maka dengan itu. Apabila kehendak disokong oleh kuasa membeli.1. Penjual-penjual yang menghadapi masalah apabila saingan berjaya menghasilkan keluaran yang menawarkan manfaat yang lebih kepada pengguna. mereka akan memilih hanya keluaran-keluaran yang dapat memberikan nilai yang terbaik dan kepuasan yang maksimum bagi wang yang mereka belanjakan. tetapi apa yang dikehendaki pengguna sebenarnya adalah kecantikan. mungkin kehendak mereka tidak dapat dipenuhi. Ini kerana. sayur-sayuran dan segelas air sirap untuk mencapai tujuan yang sama dengan rakyat Amerika tadi. Permintaan Boleh dikatakan manusia mempunyai kehendak yang tiada batasannya.3. Penjual yang terlalu memberikan penekanan kepada keluaran yang ada akan tidak menyedari keperluan sebenar pengguna. 81 3. Para 81 Ibid. Masalah ini juga dikenali sebagai miopia pemasaran di mana penjual terlalu menitikberatkan kehendak kini.

. Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999). Dengan pelbagai kehendak dan memiliki sumber-sumber yang besar.. Wahab (1987). Mereka memilih keluaran-keluaran yang dapat memberi nilai yang paling besar bagi wang yang dibelanjakan. Contohnya ialah perbankan. aktiviti. bahkan merangkumi individu.1. keluaran merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian.pengguna melihat keluaran-keluaran yang ada sebagai faedah dan manfaat bagi mereka. op.83 Dengan kata lain. organisasi. op. penyediaan cukai.cit. 4. Berbeza halnya dengan sebuah kereta LEXUS yang boleh membawa erti keselesaan. dan status. penerbangan.4 Keluaran Keluaran adalah apa sahaja yang berbetuk sama ada nampak (tangible) atau tidak nampak (intangible) yang dapat memuaskan keperluan.cit.. h. kemewahan. 5. h. idea. Sebuah kereta berjenama TOYOTA boleh membawa maksud pengangkutan yang asas. kehendak. Muhammad Abd.82 3. Pengguna juga menentukan penghibur yang mana akan ditontonnya menerusi siaran 82 83 Kotler. manusia membuat permintaan terhadap keluaran yang dapat memberikan kepuasan sehingga ke tahap maksimum. h. dan perkhidmatan. dan permintaan. tempat.84 Perkhidmatan pula adalah apa-apa aktiviti atau manfaat yang dapat ditawarkan oleh satu pihak kepada satu pihak yang lain.cit. Philip & Armstrong. di mana ianya bersifat tidak nampak dan tidak membawa kepada pemilikan ke atas sesuatu. atau penggunaan yang akan dapat memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak. 84 Nik Rahimah Nik Yacob. dan perkhidmatan membaiki rumah. harga yang rendah dan belanja bahan api yang lebih ekonomi. Gary (1999). pemilikan. 51 . Ia tidak terhad kepada objek yang berbetuk fizikal sahaja. 4. perhotelan. op.

khidmat rawatan muka. khidmat makanan dan pemakanan. Keperluan ini dapat dipenuhi bukan sahaja dengan barangan fizikal.1. Selain itu. Maksud nilai bagi seseorang pelanggan ialah perbezaan antara nilai yang diperolehinya daripada memiliki dan menggunakan sesuatu keluaran dengan kos untuk mendapatkan keluaran tersebut. 6. pelanggan FedEx (Federal Express) mendapat beberapa faedah. terutama penghantaran bungkusan yang cepat dan boleh dipercayai. Nik Rahimah Nik Yacob. dan idea yang mana harus diterima. op. Philip & Armstrong. Sebagai contoh.5 Nilai Biasanya. jamu dan khidmat perunding imej. 52 .85 Contoh yang baik untuk menggambarkan kedua-dua bentuk keluaran nampak dan tidak nampak ialah keperluan kecantikan. pelanggan juga menerima nilai status dan imej. manakah tempat yang akan dilawati untuk percutian. Antara keluarankeluaran yang dapat memenuhi keperluan kecantikan termasuklah pakaian.televisyen. h. 4. tetapi juga dengan keluaran-keluaran lain.cit. pengguna membuat pilihan berdasarkan kepada tanggapan mereka terhadap nilai yang dibawa oleh pelbagai keluaran dan perkhidmatan. kasut.. kosmetik. Bagi pengguna.86 3. pengguna berhadapan dengan pelbagai bentuk keluaran dan perkhidmatan yang mungkin dapat memuaskan sesuatu keperluan. kesemua ini sama ada berbentuk nampak atau tidak nampak sebenarnya tergolong dalam kategori keluaran. op.cit. Jadi. h. Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999). diambil dan digunakan. Menggunakan 85 86 Kotler.. Gary (1999).

Portal Service mendakwa bahawa perkhidmatan yang diberikannya tidak kurang hebat berbanding FedEx dan harganya lebih rendah. berbanding U. dan psikologi akibat menggunakan perkhidmatan tersebut. Jika persembahan keluaran tidak sehebat jangkaan pembeli. Jika 87 Kotler.S.1. Sebagai contoh. op. tenaga. pengguna mempunyai tanggapan berbeza di mana FedEx mendominasi lebih 45 peratus daripada syer pasaran perkhidmatan penghantaran ekspress di Amerika Syraikat. Portal Service ialah untuk mengubah tanggapan para pengguna..S. h. Sebelum menggunakan perkhidmatan FedEx atau mana-mana syarikat penghantaran lain. Jarang sekali para pelanggan mengadili nilai keluaran dan kos secara tepat.perkhidmatan FedEx membuatkan kedua-dua pihak yang terdiri daripada penghantar bungkusan dan penerima berasa lebih penting. pelanggan akan mempertimbangkan semua nilai yang akan diperolehinya berbanding dengan kos kewangan. Gary (1999). tetapi mereka bertindak berasaskan kepada nilai menurut tanggapan mereka. Philip & Armstrong. Namun begitu. pembeli tersebut tidak akan berpuas hati. 53 . mereka memilih satu syarikat yang dapat memberikan nilai yang paling hebat.cit. jika dilihat kepada syer pasaran. adakah benar FedEx memberikan khidmat penghantaran yang lebih baik berbanding syarikat lain? Syarikat U.87 3.6 Kepuasan Kepuasan pelanggan bergantung kepada persembahan sesuatu keluaran dalam membawa nilai berbanding dengan jangkaan seseorang pembeli. Cabaran besar U. Kemudian. Portal Service yang hanya memperolehi 8 peratus syer.S. 7-8.

persembahan menyamai jangkaan.7 Kualiti Kepuasan pelanggan banyak bergantung kepada kualiti. sebuah syarikat yang mempelopori usaha ke arah kualiti menyeluruh di 88 89 Ibid. Syarikat-syarikat yang bijak bermatlamat untuk menggembirakan pelanggan dengan menjanjikan hanya perkara yang mampu mereka berikan. Timbalan Presiden Kualiti di Motorola. Pelanggan yang berpuas hati akan membuat pembelian berulang kali dan menghebahkannya kepada orang lain tentang pengalamannya yang baik semasa menggunakan sesuatu keluaran. Dalam kefahaman yang paling sempit. Kualiti mempunyai kesan langsung ke atas persembahan keluaran dan juga ke atas kepuasan pelanggan. dan proses-proses pemasaran dengan secara terusan. h. 54 ..88 Golongan pemasar sentiasa berusaha untuk menjamin kepuasan pelanggan. Banyak syarikat telah menjalankan program pengurusan kualiti menyeluruh atau Total Quality Management (TQM). Kunci yang terpenting ialah untuk mewujudkan kesesuaian antara jangkaan pelanggan dan persembahan syarikat.1. Program ini dibentuk untuk meningkatkan kualiti keluaran. tetapi kebanyakan syarikat yang mengutamakan pelanggan bergerak lebih jauh daripada takrifan sempit ini. Contohnya. 8. perkhidmatan. dan kemudiannya memberikan lebih daripada apa yang telah mereka janjikan. Ibid. kualiti boleh ditakrifkan sebagai “bebas daripada kecacatan”. pembeli akan terlampau gembira.89 3. Jika persembahan melebihi jangkaan pula. pembeli akan berpuas hati.

Definisidefinisi ini mencadangkan bahawa sesebuah syarikat dikira mencapai tahap kualiti menyeluruh hanya apabila keluaran atau perkhidmatannya menyamai atau melebihi jangkaan pelanggan. terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi: 1. Kualiti bermula dengan keperluan pelanggan dan berakhir dengan kepuasan pelanggan.90 3.” American Society for Quality Control pula telah mentakrifkan kualiti sebagai keseluruhan bentuk dan ciri sesebuah keluaran atau perkhidmatan yang mampu untuk memuaskan keperluan pelanggan. “Kualiti perlu melakukan sesuatu untuk pelanggan. 2. 3. Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk ditukarkan. Definisi kami terhadap sesuatu kecacatan ialah jika pelanggan tidak menyukainya.Amerika Syarikat menyatakan bahawa. 90 Ibid. Pihak-pihak yang terlibat ingin berurusan antara satu sama lain dan mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak tawaran masing-masing.. maka ia adalah sesutu kecacatan. 55 .8 Pertukaran Pertukaran ialah satu tindakan untuk memperolehi sesuatu objek yang diingini dari seseorang yang lain dengan menawarkan sesuatu sebagai pulangan. Setiap pihak mestilah mampu berkomunikasi dan memenuhi janji yang diberikan. Untuk membolehkan pertukaran berlaku. Matlamat utama pengurusan kualiti menyeluruh pada hari ini telah bertukar kepada kepuasan pelanggan yang menyeluruh..1.

1. 4. Gary (1999).Seseorang inidividu tidak semestinya melalui proses pertukaran untuk mendapatkan sesuatu yang diingininya. Swee Lan membayar RM 70. op. 5. Apa yang mereka hasilkan itu boleh digunakan untuk membuat pertukaran bagi memperolehi keperluan yang dikeluarkan oleh orang lain. 93 Nik Rahimah Nik Yacob.9 Urusniaga Apabila pertukaran berlaku. bergantung hidup kepada sumbangan derma. mencuri. h. Urusniaga ini melibatkan pertukaran wang dengan barangan yang lazim berlaku di pasaran. Kotler. satu urusniaga direkodkan di antara pihak-pihak yang terlibat. Sebagai contoh. atau meminta seseorang untuk menghadiahkannya. Philip & Armstrong.91 Sebenarnya manusia tidak perlu menjadikan manusia lain sebagai mangsa. Jadi. op. Terdapat juga keadaan apabila urusniaga melibatkan pertukaran antara barangan atau perkhidmatan yang dikenali sebagai perdagangan barter.93 3.cit.. 94 91 92 Nik Rahimah Nik Yacob.. 8. Dia mungkin membuatnya sendiri.cit. h. atau memiliki segala macam kemahiran untuk mengeluarkan sesuatu yang mampu dihasilkan dengan baik.. h.cit. konsep pertukaran membenarkan sesebuah masyarakat untuk menghasilkan keluaran yang jauh lebih banyak berbanding dengan sistem lain.92 Namun begitu. 4.. 94 Ibid. Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999). Sesuatu perniagaan itu akan terlaksana apabila wujudnya persetujuan untuk menukar sekurang kurangnya dua perkara yang bernilai pada masa dan tempat yang dirundingkan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki.00 kepada Butik La Salle untuk sehelai blaus. Ghazali Jaffar & Zaharah Bakar (1999). perolehan objek melalui kaedah-kaedah lain selain daripada pertukaran adalah di luar skop pemasaran. op. h. 56 .

peruncit. Persaingan kini bukannya di antara syarikat. Terdapat sejenis aset syarikat yang unik dan ia dikenali sebagai jaringan pemasaran (marketing network). Ia terdiri daripada syarikat dan semua pemegang kepentingan yang menyokongnya: pelanggan. 9. pengedar.cit. Gary (1999).10 Pemasaran Perhubungan Pemasaran perhubungan ialah satu proses mencipta. mengekalkan dan mempertingkatkan hubungan yang kuat lagi penuh nilai dengan pelanggan dan lain-lain pemegang kepentingan.1.95 95 Kotler. Ini sangat penting di mana perhubungan yang baik perlu dijalinkan antara pelanggan. dan pembekal. op. pekerja. agensi pengiklanan dan lain-lain yang telah terlibat dalam pembinaan perhubungan perniagaan yang saling memberikan keuntungan.3.. pembekal. Prinsip operasinya adalah mudah: Bina satu jaringan perhubungan yang baik dengan pemegang-pemegang kepentingan yang utama dan keuntungan akan datang menyusul. tetapi antara seluruh jaringan pemasaran dengan jaringan pemasaran yang lain. 57 . Pakatan antara syarikat dan pihak-pihak yang telah disebutkan sebelum ini dapat membina ikatan sosial dan ekonomi yang kuat melalui perjanjian bersama dan secara konsisten menghantar keluaran yang berkualiti tinggi. peniaga. perkhidmatan yang bagus serta harga yang berpatutan. Philip & Armstrong. Pemasaran kini mula beralih daripada cubaan untuk memaksimumkan keuntungan peribadi kepada pembinaan perhubungan yang membawa faedah bersama (mutually beneficial relationships) dengan pengguna-pengguna dan lain-lain pihak. di mana pemenangnya ialah syarikat yang berjaya membina jaringan pemasaran yang lebih baik. h. pengedar.

pasaran wang).1. mengubah sumber-sumber tersebut kepada barangan dan perkhidmatan. dan menjualkannya kepada orang tengah yang seterusnya akan menjual kepada pengguna. membeli sumber-sumber.11 Pasaran Konsep pertukaran dan perhubungan mengarah kepada konsep sebuah pasaran. di mana setiap orang mengkhusus dalam mengeluarkan sesuatu. manakala para pembeli membina sebuah pasaran. Walaubagaimanapun. menerima bayaran. para pemasar melihat penjualpenjual sebagai membina sebuah industri. Para pengeluar pergi ke pasaran sumber (pasaran bahan mentah. Ekonomi moden beroperasi atas prinsip pembahagian buruh. Pasaran ialah satu set pembeli sebenar dan pembeli berpotensi bagi sesebuah keluaran atau perkhidmatan. ekonomi moden kaya dengan pasaran. mempunyai sumber-sumber untuk melakukan pertukaran dan bersedia untuk menawarkan sumber-sumber tersebut dalam pertukaran untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki. dan membeli barang keperluan dengan wang yang diterima. seperti dalam pasaran perumahan atau pasaran bijirin. Pembeli-pembeli ini berkongsi keperluan dan kehendak tertentu yang dapat dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan. istilah pasaran merujuk kepada sekumpulan pembeli dan penjual yang berurusniaga di dalam satu kelas keluaran tertentu. pasaran buruh. Saiz sesebuah pasaran bergantung kepada jumlah individu yang mempamerkan keperluan. Pengguna menjadi buruh dan menerima pendapatan yang 58 . Jadi.3. Menurut ahli ekonomi.

mengenakan cukai ke atas mereka (termasuklah pasaran pengguna). h. Matlamat golongan pemasaran ialah untuk memahami keperluan dan kehendak pasaran-pasaran tertentu dan memilih pasaran yang terbaik dan mampu mereka layani. pengeluar dan orang tengah. dan ia mengembalikan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang diperlukan. 96 3. Dalam erti kata lain. Pihak kerajaan adalah pasaran membeli barangan daripada pasaran sumbersumber.akan digunakan untuk membuat pembayaran ke atas barangan dan perkhidmatan yang mereka beli dan gunakan. ekonomi setiap negara dan ekonomi seluruh dunia terbina daripada pelbagai set pasaran (saling berhubung antara mereka) yang kompleks dan dihubungkan pula melalui prosesproses pertukaran.. 96 Ibid. Sebagai pulangan. ada dua jenis perniagaan MLM iaitu syarikat yang memiliki produk dan menggunakan pendekatan MLM untuk memasarkan keluaran mereka.2 KONSEP JUALAN LANGSUNG Secara amnya. mereka dapat membangunkan keluaran dan perkhidmatan yang akan mencipta nilai dan kepuasan bagi pelanggan di pasaran-pasaran tersebut. 59 . dan seterusnya menghasilkan jualan dan keuntungan bagi syarikat. 9-10. membuat bayaran kepada pasaran-pasaran tersebut.

perniagaan yang memiliki produk tetapi tumpuan utama perniagaan bukanlah penjualan produk. pada 8 Ogos 2009. Contoh perkembangan jaringan keahlian seperti berikut. egensi biasanya menjual produk di kalangan kenalan saja dan komisen diterima daripada setiap penjualan.my/Current_News/BH/Saturday/Xy/20090808144105/Article/ 22 November 2009. (a) Encik A menjadi anggota sebuah syarikat MLM.com. http://www. Kaedah MLM dikatakan bakal menjadi menjadi pendekatan pemasaran popular dan berkembang pesat. sebaliknya setiap kali mereka membawa egensi baru menyertai perniagaan ini.bharian. egensi bukan saja menjual produk kepada pelanggan tetapi mengajak mereka menjadi ahli bagi menikmati diskaun. Konsep MLM sebenarnya berkembang daripada sistem jualan langsung. Tumpuan lebih diberi kepada pemasaran produk manakala pengaruh produk bergantung kepada kuasa perkongsian (power of sharing). MLM boleh dianggap pengganti kedai dan proses jual beli produk yang berlangsung terus antara egensi dan pelanggan. Banyak syarikat besar mula mempraktikkan pendekatan ini di seluruh dunia.97 Setiap egensi bukan saja memperoleh pendapatan melalui penjualan produk semata-mata. Dalam jualan langsung. 60 . sebaliknya menjana kewangan melalui perkembangan jaringan keahlian (network). 97 Temuramah oleh Diyanah Anuar. wartawan Berita Harian dengan Pengarah Eksekutif Worldwellness Network Sdn Bhd. 12:22 AM. Manakala dalam skim MLM. Najmie Noordin.Kedua.

bukan saja Encik B mendapat komisyen. bukan sahaja di negara kita malahan di seluruh pelusuk dunia. (g) Encik A juga akan mendapat komisyen dari penjualan "downline" Encik C dan seterusnya akan membentuk satu kumpulan rangkain yang besar dibawah Encik A. beginilah cara kebanyakan syarikat MLM beroperasi. Encik B dipanggil "downline" kepada Encik A. (e) Encik B kemudian menarik Encik C menjadi anggota.(b) Encik A mendapat komisyen ke atas setiap penjualan produk yang dilakukannya. Encik A juga mendapat komisyen. Encik A akan mendapat komisyen juga. 61 . Sila rujuk lampiran I. Encik C menjadi "downline" kepada Encik B.2. Secara kasarnya. (c) Encik A kemudian menarik Encik B menjadi anggota. (f) Setiap kali Encik C membuat penjualan. (d) Setiap kali Encik B membuat penjualan. Konsep jualan langsung lebih difahami sebagai satu jenis perniagaan yang mengedarkan barang-barang dan perkhidmatan daripada pembekal kepada pelanggan melalui kaedah orang perseorangan. carta perkembangan jaringan keahlian dan perkiraan bonus. 3.1 Pendahuluan jualan langsung Sistem perniagaan jualan langsung merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkembang pesat pada hari ini.

Etika dan Urusniaga’. peralatan dapur dan ubat-ubatan dari rumah ke rumah itu sebenarnya adalah perniagaan jualan langsung. Barang-barang jualan akan disalurkan melalui struktur ini sebelum sampai ke tangan pengguna yang membelinya dari pusat jualan runcit seperti kedai runcit.Di dalam perniagaan jualan langsung ini. 99 Tuan Syed Hamid Al-Habshi. pasaraya dan gedung membeli belah. Ini juga menunjukkan satu perkembangan yang sihat dan potensi besar industri ini pada masa depan. dan peruncit. wakil tunggal. kaedah pemasaran berperingkat atau MLM adalah lebih popular berbanding dengan kaedah yang lain.). pemborong. Manakala dalam perniagaan MLM pula. peniaga yang menjual pelbagai barangan dengan van dari kampung ke kampung juga termasuk dalam kategori ini. Seminar Jualan Langsung 1996. ‘Jualan Langsung-Konsep. baju. Dalam struktur perniagaan biasa. Ianya didorong dengan adanya perhatian dan kawalan daripada pihak kerajaan terhadap industri ini di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Begitu juga peniaga yang menjual kain. dengan termaktubnya Akta Jualan Langsung 1993. “Kearah Jualan Langsung Beretika” (t.p) (t.t.t. 62 . kuih-muih.99 Sekiranya kita bersandarkan kepada pengertian secara umum.98 Ia telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun yang lalu dan telah banyak syarikat tempatan menyertai industri ini. 98 Noorhashim Mohd Nor. barang-barang itu lazimnya dijual oleh pihak pengilang menerusi kakitangan sendiri. Kuala Lumpur. wakil jualan atau pengedar bebas yang menjualnya secara langsung kepada pembeli. Hotel Merlin. Potensi Perniagaan MLM di Malaysia.2 Mei 1989. 27 Feb. Bengkel Kepimpinan Pengguna. terdapat pihak pengilang.

Antara sebuah syarikat jualan langsung dengan sebuah syarikat jualan langsung yang lain pula mempunyai pengkhususan yang berbeza dalam mendefinisikan jualan 100 Razzi Armansur (1992). Shah Alam: Safia Marketing. Jualan melalui panggilan telefon juga termasuk dalam akta ini iaitu seseorang itu mendapatkan pembelian kontrak jualan secara langsung melalui panggilan telefon. dan memberi peluang kepada setiap ahli masyarakat untuk menyertainnya. 1. Yang membezakan jualan langsung dahulu dan sekarang ialah sistem menjaja dari rumah ke rumah itu sekarang telah dipermodenkan. Percetakan Nasional Berhad. Manakala jualan ‘pesanan pos’ pula bermakna jualan barang atau perkhidmatan di mana tawaran bagi kontrak diterima melalui pos. 3. jualan langsung bermaksud jualan ‘pintu ke pintu’ dan jualan ‘pesanan pos.100 Mengikut Akta Jualan langsung 1993. 63 . h. h.’101 Jualan pintu ke pintu boleh ditakrifkan sebagai jualan barang dan perkhidmatan yang tidak dijual di tempat perniagaan tetap tetapi seseorang itu akan pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kegiatan jualan langsung yang tidak termasuk dan yang diharamkan mengikut akta ini ialah perniagaan jualan langsung yang melibatkan apa-apa skim atau perkiraan di mana seseorang peserta menerima upah atau balasan yang tidak diasaskan pada jumlah atau kuantiti jualan tetapi berasaskan pada bilangan peserta lain yang dapat didorong supaya menyertai skim ini. lebih sistematik. Mencipta Kejayaan di Dalam Jualan Langsung (MLM). 1993. 101 Undang-Undang Malaysia Akta 500 Akta Jualan Langsung 1993.Sehubungan itu. perniagaan jualan langsung ini sebenarnya sudah tidak asing lagi di Malaysia.

imej jualan langsung seringkali terjejas kerana wujudnya amalan tidak beretika seperti skim piramid.00. Ia telah berkuatkuasa mulai 1 Jun 1993 dan mesti dipatuhi oleh pengedar. Namun begitu. Akta ini dibuat untuk mencapai tiga objektif utama: 1. Untuk mencegah skim palsu atau yang memperdaya Akta jualan langsung 1993 ini tidak tertakluk jika pembeli atau bakal pembeli ialah satu pertubuhan perbadanan. kontrak takaful dan bagi individu-individu yang menjalankan perniagaan menjual barang dan perkhidmatan tidak melebihi RM 50. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam akta ini ialah berkenaan dengan perlesenan iaitu di bawah seksyen 4(1) hanya pemegang lesen yang sah boleh 102 Tuan Syed Hamid Al-Habshi.2 Akta Jualan Langsung Jualan langsung merupakan satu perniagaan yang mempunyai gaya tersendiri dan berkembang pesat.langsung.2. Maka lahirlah Akta Jualan Langsung 1993. Untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna 2. kontrak-kontrak insurans. op.cit. Akta ini adalah satu undang-undang yang membuat peruntukan perlesenan bagi mereka yang menjalankan perniagaan jualan langsung dan bagi mengawalselia penjualan langsung. 3. 64 .102 Ini bersesuaian dengan bentuk sistem pemasaran yang mereka gunakan bagi memasarkan produk mereka. Untuk menggalakkan pertumbuhan aktiviti jualan langsung yang beretika 3.

Dengan berkuatkuasanya akta ini. diharap dapatlah dilahirkan sebuah industri jualan langsung yang dihormati dan dipercayai seterusnya dapat menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara. syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa lesen akan dikenakan denda yang berat.000 dan tidak melebihi RM 500. Dendanya adalah tidak melebihi RM 100. 65 .000 bagi kesalahan seterusnya.000 atau enam tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua. lesen tidak boleh diberikan kepada perniagaan jualan langsung yang tidak bergantung kepada jumlah kuantiti barang atau perkhidmatan tetapi adalah diasaskan pada bilangan peserta yang boleh didiorong untuk menyertai skim ini.000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM 250. Selain itu. Oleh itu dengan berkuatkuasanya akta ini diharap dapat menghapuskan syarikatsyarikat yang tidak bertanggungjawab dan pada masa yang sama mempertingkatkan kemajuan syarikat jualan langsung yang tulin.menjalankan perniagaan jualan langsung dan lesen hanya dikeluarkan kepada syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Dengan ini. kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna juga telah merancang untuk mengkanunkan Undang-undang Antipiramid bagi menyekat amalan skim memanipulasikan jualan langsung yang salah di sisi undang-undang dengan lebih berkesan. Bagi pemegang lesen jualan langsung yang beroperasi secara langsung atau tidak langsung di dalam skim piramid dikenakan denda bagi kesalahan pertama tidak melebihi RM 250. Menurut seksyen 7(1) pula.

Ianya akan terus dikira di dalam beberapa peringkat generasi atau setakat yang dipersetujui oleh syarikat. dikeluarkan oleh Persatuan Jualan Langsung Malaysia.2. Setiap pengguna dan pengedar barang jualan langsung perlu mengetahui bentuk jualan langsung dan pelan pemasaran yang mereka gunakan agar tidak mudah terpedaya dengan jualan langsung yang mengelirukan dan lebih yakin dalam membuat keputusan untuk membeli barangan jualan langsung. Contoh syarikat yang menjalankan sistem ini ialah De 103 Pamplet ‘Persatuan Jualan Langsung Malaysia’ (1993). Bhd. Nutri Metics Worlwide (M) Sdn. Antara bentuk-bentuk jualan langsung yang ada adalah:103 1. D’NAVECHEE.3. Jualan Langsung Satu Peringkat Pemasaran atau ‘Single Level Marketing’ Syarikat melantik wakil-wakil jualan tertentu sahaja bagi mengedarkan barangan syarikat dan perkhidmatannya kepada pengguna. 2. 66 . Contohnya seperti Avon. Jualan Langsung Dengan Gandaan Peringkat Pemasaran atau ‘Multi Level Marketing’ Bentuk sistem gandaan ini adalah lebih menarik daripada bentuk yang lain kerana jasa seorang wakil jualan melantik seorang wakil jualan yang lain akan terus diambil kira di setiap peringkat bertambahnya wakil jualan bagi syarikat tersebut. Tupperware.3 Jenis-jenis Jualan Langsung Industri jualan langsung mempunyai bentuk-bentuk atau jenis-jenis tertentu bersesuaian dengan sistem pemasaran yang dijalankan.

Syarikat Amway (M) Sdn Bhd dan UPTREND NETWORK SDN BHD. 3. LUXOR. Skim piramid Dalam arus perkembangan industri jualan langsung kini. Ekoran daripada itu. 67 . CNI. ada syarikat jualan langsung yang ditubuhkan telah menyalahi konsep dan etika jualan langsung seperti yang digariskan dalam Akta Jualan Langsung 1993. sehingga hari ini masih ada lagi syarikat-syarikat yang tidak mematuhi prinsip dan etika jualan langsung. ZHULIAN.Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL). HPA (ALWAHIDA MARKETING). Namun begitu. Akta Jualan Langsung 1993 yang telah dibentuk adalah bertujuan untuk menggariskan peraturan tentang perniagaan jualan langsung bagi menjadikannya satu bentuk perniagaan yang beretika dan pada masa yang sama melindungi kepentingan para pengguna. Masing-masing cuba mengaut keuntungan yang berlebihan dari perniagaan ini. banyak syarikat jualan langsung baru yang telah ditubuhkan. Contohnya. Jualan Langsung Tempahan Pos atau ‘Mail Order’ Syarikat jualan langsung jenis ini akan mengiklankan barangan mereka di akhbar-akhbar tempatan dengan gaya yang diminati pengguna beserta tawaran harga yang murah dan menarik. syarikat Cinquapac Distributors. Para pengguna hanya diperlukan mengisi borang yang terdapat di akhbar tersebut dan mengirimkan wang pos untuk membeli barangan tersebut. 4.

Salah satu bentuk perniagaan yang biasa kita dengar dan menyalahi prinsip jualan langsung yang beretika adalah ‘Skim Piramid’. Terdapat tiga pelan piramid yang diharamkan iaitu:106 • Inventory Loading Ia mewajibkan peserta baru membeli sebahagian besar inventori untuk menyertai jualan langsung dan penaja (upline) memperolehi ganjaran daripada pembelian tersebut. • Headhunting Fee Penaja menerima komisen daripada yuran peserta baru. Ibid. 68 . Skim bonus dan komisen pula berasaskan 104 105 106 Tuan Syed Hamid Al-Habshi. Julai-Ogos 1996. Skim piramid ialah satu skim yang bergantung kepada keupayaan peserta menarik lebih ramai peserta lain dan wang diperolehi menerusi pengambilan peserta dan bukan dari jualan barangan.cit. Skim piramid ini telah diharamkan di kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat. Eropah Barat.105 Misalnya seorang peserta dikehendaki mencari beberapa ahli baru dengan sejumlah bayaran dan setiap peserta baru juga mesti mendapatkan beberapa peserta yang lain dengan sejumlah bayaran juga dan begitulah seterusnya. op.104 Ini kerana. Usahawan. Jepun dan Australia. ‘Garis Panduan Jualan Langsung’. Yurannya tinggi dan membebankan peserta baru. skim tersebut cuba menyamar sebagai perniagaan jualan langsung tetapi sebenarnya tidak menjalankan perniagaan secara langsung. Biasanya inventori itu tidak boleh dipulang balik.

• Skim Cepat Kaya Skim ini pula menyarankan sesiapa pun boleh menjadi kaya tanpa perlu membuat jualan dan bekerja keras. 107 Ibid. Antara kandungan senarai rujukan (checklist) adalah seperti berikut:107 • Yuran masuk yang rendah Jumlah yuran adalah harga kos dan hanya melibatkan pembiayaan kit jualan yang mengandungi manual pengedar.kepada pengambilan ahli baru dan tidak kena mengena dengan jualan sebenar kepada pengguna. Untuk mengelakkan pengguna-pengguna dari tertipu dengan skim-skim yang diharamkan ini. • Tiada paksaan membeli stok barang Peserta tidak boleh dipaksa membeli stok barang sebagai syarat untuk menyertai perniagaan jualan langsung. pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menyusun satu senarai rujukan (checklist) yang boleh dijadikan panduan oleh pengusaha. • Tiada pampasan diberi atas sebab membawa masuk peserta baru Peserta tidak mendapat apa-apa balasan wang ataupun dalam bentuk lain atas sebab membawa masuk peserta baru ke dalam skim jualan mereka. pengedar jualan langsung dan pengguna. 69 .

Jualan kepada pengguna Jualan barang tidak boleh ditumpukan kepada ahli sahaja tetapi perlu dibuat kepada pengguna. Syarat untuk memberi bonus dan diskaun ialah jualan kepada bukan ahli.

Harga barang dan perkhidmatan yang kompetitif Harga barang dan perkhidmatan adalah kompetitif dan pemohon menunjukkan komitmen kepada mutu yang tinggi.

Polisi jaminan Pemohon memberi jaminan bayaran balik kepada pembeli dalam bentuk bertulis untuk jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Kod etika perniagaan Pemohon mengamalkan kod etika yang mengawasi pelan perniagaannya serta perjalanan perniagaan pengedarnya.

Garis panduan daripada pihak kerajaan ini adalah satu usaha murni pihak tersebut dalam melancar dan memperkembangkan industri jualan langsung negara ini. Ianya bukanlah kongkongan atau sekatan sebaliknya wujud sebagai galakan dan penjaga kepada pengguna, pengedar dan sesiapa yang terlibat dalam industri ini.

3.2.4

Perbezaan Jualan Langsung Kaedah Pemasaran Berperingkat (MLM)

dengan Skim Piramid
70

Secara kasarnya, kita dapati kaedah pemasaran yang digunakan oleh MLM hampir sama dengan apa yang ditawarkan oleh Skim Piramid terutamanya dari segi mencari keahlian yang baru. Namun begitu, di sini penulis ingin ketengahkan beberapa perbezaan antara MLM dengan Skim Piramid: 1. Yuran keahlian Bagi menyertai perniagaan ini, peserta dikehendaki membayar yuran untuk menjadi ahli. Bagi syarikat jualan langsung pemasaran bertingkat, yuran yang dikenakan adalah rendah iaitu kurang daripada RM 100 dan wang itu boleh dikembalikan. Manakala bagi skim piramid pula, yuran yang dikenakan adalah terlalu tinggi dan melebihi nilai barangan yang diberikan kepada pelanggan. Seperti, nilai barangan yang di berikan lebih murah dipasaran konvensional berbanding pakej keahlian yang di sediakan dalam skim piramid. 2. Kualiti barangan Kualiti barangan amat dititiberatkan dalam jualan langsung yang mematuhi etika dan mereka hanya menjual barang-barang yang diyakini mempunyai kualiti yang tinggi. Skim piramid pula tidak mementingkan kualiti barang di dalam menjalankan perniagaan kerana apa yang mereka utamakan ialah jumlah ahli-ahli baru yang dapat didorong untuk menyertai perniagaan mereka. Malah ada sesetengah syarikat tidak membuat perniagaan mengunakan barang sekalipun, mereka hanya mencari keahlian baru dan membina rangkaian sahaja. 3. Jaminan pengembalian

71

Bagi syarikat jualan langsung berperingkat mereka memberi jaminan 100 peratus pengembalian semula barangan jika tidak berpuas hati dengan barangan yang dijual. Skim piramid pula tidak memberikan jaminan barangan yang dibeli itu dikembalikan. 4. Mematuhi etika dan peraturan Sistem jualan langsung berperingkat amat menggalakkan setiap ahlinya mematuhi etika dan peraturan jualan langsung seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Jualan Langsung 1993. Manakala skim piramid pula tidak mensyaratkan sesiapa mematuhi etika dan peraturan tertentu. Apa yang penting ialah jumlah pengambilan ahli-ahli baru yang ramai. 5. Keuntungan syarikat Syarikat jualan langsung yang beretika mendapat keuntungan daripada hasil jualan barangan, tetapi skim piramid mendapat keuntungan daripada wang pendaftaran ahli. 6. Latihan dan bimbingan Latihan dan bimbingan disediakan kepada ahli-ahli syarikat jualan langsung berperingkat untuk menjalankan perniagaan secara sistematik dan bagaimana mendapatkan ahli-ahli baru. Skim piramid tidak menyediakan latihan dan bimbingan kepada ahli-ahlinya bagaimana menjalankan perniagaan. Setiap ahli bebas mencari ahli baru walaubagaimana cara sekalipun. 7. Perkembangan syarikat
72

Jualan barang hanyalah kepada ahli syarikat yang terpaksa membeli barang-barang dalam had tertentu sebagai syarat yang melayakkan mereka mendapat insentif yang lumayan. 3. Pelan pemasaran Pelan pemasaran syarikat jualan langsung yang beretika telah diakui memenuhi kriteria perniagaan.Syarikat jualan langsung pelbagai peringkat yang mengamalkan etika jualan seperti yang sepatutnya akan berkembang dengan pesat dan ia bergantung kepada kuantiti barang yang dijual kepada pengguna. Mengangkat derajat ekonomi ummat melalui usaha yang sesuai dengan tuntunan syari’at Islam. Hasil keuntungan ini menjadikan syarikat mampu untuk terus maju dan kukuh. 8. Meningkatkan jalinan ukhuwah umat Islam di seluruh dunia. Syarikat jualan langsung yang mengamalkan skim piramid pula tidak akan dapat berkembang dengan pesat kerana ia tidak mementingkan nilai jualan barangan tetapi lebih mementingkan pengambilan ahli-ahli baru. Antara misi mulia itu adalah : 1.3 Matlamat jualan langsung berciri Islam Usaha perniagaan MLM. seharusnya memiliki misi yang mulia di sebalik kegiatan perniagaannya. 2. Manakala pelan pemasaran skim piramid pula adalah salah di sisi undang-undang kerana ia dianggap menindas peserta lain. khususnya yang dikelolakan oleh kaum Muslimin. 73 .

Mengantisipasi dan mempersiapkan strategi dan daya saing menghadapi era globalisasi dan teknologi informasi. AJL93001 De Classic Life (M) SDN. Membentuk jaringan ekonomi umat yang berskala antarabangsa. 6. budaya dan produk yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. BHD.3.4 Syarikat-syarikat Jualan Langsung MLM di Malaysia Seperti yang dikatakan sebelum ini. termasuk yang dibatalkan dan belum memperbaharui yang menggunakan lesen Akta Jualan Langsung (AJL). sistem perniagaan jualan langsung MLM semakin mendapat sambutan ramai. pengedaran mahupun kepenggunaannya sehingga dapat mendorong kemandirian dan kejayaan ekonomi umat. Begitu juga situasinya di Malaysia di mana banyak syarikat yang memohon untuk berdaftar dan memohon lesen di bawah Akta Jualan Langsung 1993. Meningkatkan ketenangan pengguna dengan tersedianya produk-produk halal dan thayyib. 5. BHD ( DCL ). antaranya ialah: • • AVON COSMETIC (M) SDN. baik jaringan pembuatan. Berikut penulis senaraikan antara syarikat MLM yang sah di Malaysia daripada apa yang dipaparkan dari laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna direkodkan sebanyak 1227 buah syarikat. Memperkukuhkan ketahanan akidah dari serbuan ideologi. 4. AJL931124 74 . 3.

AJL93007 TRANSFORMA SDN. BHD.• • • • • • • • • • NUTRI-METICS WORLDWIDE (M) SDN. AJL93903 ALWAHIDA MARKETING. BHD. AJL93745 SINGER (M) SDN. BHD. AJL93014 LINGUAPHONE DISTRIBUTORS SDN. BHD. BHD. BHD. BHD. BHD. BHD. AJL93016 BIO-YOUNG SDN. AJL93003 AMWAY (MALAYSIA) SDN. BHD. BHD. AJL93004 KUMPULAN BERSATU BUMI PERAK SDN. AJL93011 COSWAY (M) SDN. BHD. AJL931067 BLONDAL SALES & SERVICE SDN. BHD. SDN. AJL93056 ALLIANCE TEAMWORK MARKETING SDN. BHD. AJL93010 MARY KAY (M) SDN. BHD. AJL93026 EDUTEX TRADING SDN. BHD. AJL93021 HAI-O MARKETING SDN. AJL93054 75 • • • • • • • . AJL93524 EASY PHA-MAX MARKETING SDN. AJL93012 CNI ENTERPRISE (M) SDN. AJL93033 LUXOR NETWORK SDN. BHD.

BHD. BHD. AJL93080 MBF CARDS (M) SDN. AJL93148 JUARA KONSEP MARKETING (M) SDN. AJL93180 BEST HERBS (FAR EAST) SDN. AJL93248 SUNRIDER INTERNATIONAL (M) SDN. AJL93252 ECOFREN SDN. BHD. BHD. BHD AJL93310 • • 76 . BHD. BHD.• • • • • DINERS CLUB (M) SDN. AJL93192 SNE MKTG SDN.

php?optio=com_content&task=view&id=214&Ltemid=226. 2007 sebanyak 4 buah dan diikuti 2008 sebanyak 11 buah syarikat.kpdnkk. diikuti pada 2006 sebanyak 11 108 http://www. 2007 dan 2008.3.my/index.5 Statistik Jualan Langsung di Malaysia108 Jadual 1. Manakala syarikat Single Level Marketing (SLM) pada tahun 2005 adalah tertinggi sebanyak 15 buah syarikat. 10 September 2009. Pada tahun 2005. masing-masing pada 2006 sebanyak 5 buah. sebanyak 16 buah syarikat Multilevel Marketing (MLM) dibatalkan lesen perniagaannya adalah tertinggi berbanding 2006.gov. menunjukkan jumlah syarikat jualan langsung pelbagai pelan pemasaran yang telah dibatalkan lesen perniagaannya dari tahun 2005 hingga tahun 2008. JUMLAH SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG BATAL LESEN Pelan Pemasaran MLM SLM MO SL&MO Jumlah 2005 16 15 31 2006 5 11 1 1 18 2007 4 10 14 2008 11 1 12 (Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. 0300 p.m 77 . Koperasi dan Kepenggunaan 2008) MLM: Multi Level Marketing SLM: Single Level Marketing MO: Mail Order SL&MO: Single Level & Mail Order Di dalam Jadual 1.

Jadi jumlah keseluruhan syarikat yang dilesenkan pada tahun 78 .syarikat. Koperasi dan Kepenggunaan 2008) MLM: Multi Level Marketing SLM: Single Level Marketing MO: Mail Order SL&MO: Single Level & Mail Order Jadual 2. BILANGAN SYARIKAT JUALAN LANGSUNG YANG DILESENKAN DI BAWAH AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 (Sehingga Disember 2008) BERBILANG TINGKAT SATU TINGKAT PESANAN POS SATU TINGKAT & PESANAN POS JUMLAH MLM SLM MO SL&MO 427 174 37 32 670 (Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. menunjukkan bilangan jumlah syarikat Jualan Langsung yang dilesenkan di bawah Akta Jualan Langsung 1993. Syarikat Multi Level Marketing (MLM) yang dilesenkan sebanyak 427 buah syarikat. diikuti syarikat Mail Order sebanyak 37 buah syarikat dan Single Level /Mail Order sebanyak 32 buah. Jadual 2. dan juga pada 2007 sebanyak 10 syarikat dan paling sedikit sekali pada 2008 hanya sebuah sahaja. Akhir sekali syarikat Single Level/Mail Order masing-masing sebuah pada 2006 sahaja. Manakala syarikat Single Level Marketing (SLM) yang dilesenkan adalah sebanyak 174 buah syarikat. berakhir sehingga Disember 2008.

Koperasi dan Kepenggunaan 2008) MLM: Multi Level Marketing SLM: Single Level Marketing MO: Mail Order SL&MO: Single Level & Mail Order Jadual 3. BILANGAN LESEN JUALAN LANGSUNG YANG SAH TAHUN 1997. Jadual 3.2008 Pemasaran MLM SLM MO SL&MO Jumlah 1997 314 436 750 1998 316 349 665 1999 446 205 82 32 765 2000 427 199 69 17 712 2001 213 117 31 24 385 2002 230 124 28 31 413 2003 359 128 38 29 554 2004 304 149 37 31 521 2005 342 158 37 32 569 2006 394 162 36 30 622 2007 418 164 37 31 650 2008 427 174 37 32 670 (Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. berbanding dengan pelan pemasaran yang lain. Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). ini menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi pada tahun 2008 semakin melonjak naik ke paras stabil. 79 . menunjukkan bilangan lesen jualan langsung yang sah dari tahun 1997 hingga tahun 2008 dan purata setiap tahun lesen yang sah direkodkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.2008 sebanyak 670 buah syarikat. Pelan Pemasaran Multi Level Marketing (MLM) adalah tertinggi sebanyak 427 pada 2008.

Sehingga tahun 2008 sahaja KPDNKK telah mengeluarkan lesen sebanyak 427 kepada perniagaan yang menjalankan MLM malah secara keseluruhannya bilangan lesen yang dipohon juga semakin meningkat setiap tahun.4 1.616.835.9 795.7 8.3 2005 RM (juta) 3.9 2007 RM (juta) 3.3 Jenis Pemasaran RM (juta) Berbilang Tingkat (MLM) Satu Tingkat (SL) Satu Tingkat & Pesanan Pos (SL&MO) Jumlah 3.211.3 626.3 728. Dibahagian lampiran.107. Statistik di atas membuktikan bahawa Malaysia merupakan antara salah satu negara yang aktif menjalankan perniagaan sistem jualan langsung.838.200.4 1. Nilai jualan paling tinggi ialah pada tahun 2006 iaitu dalam pelan Multi Level Marketing(MLM) sebanyak RM 5.2 718.036.9 523.9 1. penulis 80 .5 745.211.7 6.0 2006 RM (juta) 5. Sistem perniagaan jualan langsung jenis MLM ini juga memberikan keuntungan yang lebih tinggi berbanding sistem perniagaan jualan konvensional lain.934. menunjukkan pecahan nilai jualan tahunan mengikut jenis pelan pemasaran dari tahun 2003 hingga 2007. Koperasi dan Kepenggunaan 2008) MLM: Multi Level Marketing SLM: Single Level Marketing MO: Mail Order SL&MO: Single Level & Mail Order Jadual 4.023.00.306.9 (Sumber dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.064. Oleh itu tidak hairanlah sistem perniagaan MLM tumbuh bagaikan cendawan dan menarik minat peniaga-peniaga di Malaysia. PECAHAN NILAI JUALAN TAHUNAN MENGIKUT PELAN PEMASARAN 2003 2004 RM (juta) 3.1 4.0 2.966.853.5 5.630.Jadual 4.288.6 5.

Oleh itu. Aktiviti MLM tidak lebih dari sekadar satu urusan perniagaan yang menjalankan sistem pemasaran yang bijak sesuai untuk mendapat keuntungan dalam masa yang singkat dengan modal yang dianggap mampu untuk orangorang biasa. tujuan dunia tidak boleh dipisahkan dengan tujuan akhirat. penulis melihat bahawa perniagaan jenis ini jelas mampu membantu sesetengah masyarakat keluar dari belenggu kesusahan. Konsep asas dalam pemasaran tidak kira jenis pemasaran yang dijalankan seperti MLM adalah juga tidak lari dengan prinsip dan etika perniagaan dalam Islam. Firman Allah s.w.9 Kesimpulan Setakat ini. penulis telah membincangkan secara terperinci berkenaan dengan prinsip dan etika urusniaga dalam Islam. Dari sudut konvensional pula.t: 109 Sila rujuk lampiran II 81 . penulis sangat merasakan bahawa masyarakat muslim perlu mencuba menceburi bidang ini supaya masyarakat Islam dapat setanding dengan golongan Cina dalam kejayaan bidang perniagaan. Akan tetapi sebagai seorang Muslim. untuk mengambil manfaat atas sistem pemasaran bijak ini.sertakan satu contoh pelan pemasaran dari sebuah syarikat MLM terkemuka di Malaysia109 3. Sistem pemasaran setiap syarikat MLM hanyalah berasaskan kepada sistem mata dan kerjasama antara upline dan downline. Tambahan pihak berkuasa seperti AADK juga komited dengan usaha perundangan agar aktiviti jualan ini tidak disalahgunakan sesetengah pihak. Atas tindakan sesetengah pihak menggunakan nama MLM di sebalik kegiatan skim piramid memberi persepsi buruk setengah masyarakat pada MLM.

pada bahagian seterusnya penulis akan cuba mendapatkan pelbagai sudut pandangan berkenaan MLM menurut perspektif Islam.” (Surah Yusuf (12): 87) Oleh itu perlu untuk setiap Muslim menyedari akan kepentingan dunia dan akhirat dalam bidang ini. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah itu melainkan kaum yang kafir. Justeru. 82 .ّ ‫إ ِن ّه ۥ ل يايـس من روح ٱلل ّهِ إ ِل ٱل َ م ٱلك َٰـفرون‬ َ ُ ِ َ َ ُ ُ ۡ‫قو‬ ِ ۡ ّ ِ ُ “…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.

syara’ dan akhlak. 'Multi Level Marketing' (MLM) adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan secara meluas kini. tetapi ia mesti dilihat berdasarkan perjalanan MLM itu sendiri. kita perlu melihat beberapa sudut seperti hukum asal MLM. hukum halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja. Walaupun MLM berteraskan jualan langsung. 83 . Selain itu.BAB4: STRATEGI PEMASARAN JUALAN LANGSUNG PELBAGAI TINGKAT (MLM) MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 4. Umat Islam digalakkkan menceburi bidang perniagaan bukan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan material di dunia sahaja tetapi mereka diberikan janji keuntungan yang besar di akhirat sekiranya perniagaan tersebut bertujuan untuk membantu selama manusia mendapat keperluan asas. Ini kerana. Justeru itu. faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsurunsur haram itu.0 Pendahuluan ‘Multi Level Marketing’ (MLM) atau jualan langsung pelbagai peringkat pemasaran adalah satu kaedah pemasaran barang-barang atau satu bentuk perniagaan. Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam. tetapi sistem dan perjalanan antara MLM tertentu dengan yang lain adalah berbeza. kegiatan perniagaan dipandang mulia dan tinggi di sisi Allah selama mana ia berlandaskan akidah. hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya.

Selama mana tidak terdapat dalil dan faktor haram. pengharaman sesuatu yang asalnya harus tidak boleh bersandarkan kepada hukum khilafiah.4. maka selama itu muamalat tersebut harus kekal. seperti haramnya sesuatu muamalat kerana kepastian terdapat riba di dalamnya di mana riba adalah haram secara putus dan ijmak di kalangan ulama. lalu dia belilah satu produknya yang termurah. kecuali ketika penggubalan undang-undang. iaitu sebiji tilam yang dikatakan sangat hebat. Untuk menghukumkan sesuatu muamalat sebagai haram mestilah bersandarkan dalil. Sebagai contoh pembeli ‘terpaksa' membeli sebuah produk dari syarikat MLM. keharusan sesuatu muamalat seperti MLM tidak memerlukan dalil. dan pembeli itu ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan beradab. Berdasarkan kaedah ini. jika ulama khilaf berkenaan dengan Ghabnun110 (penindasan dengan 110 Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam. harganya mencecah RM2000 84 . (Surah al-Baqarah (2): 29). ‫هُوَ ٱل ّذى خل َقَ ل َكم ما فى ٱلرۡض جميعا‬ َ ِ ّ ُ ِ ً ِ َ ِ َ Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. Contohnya. hukum asal sistem dan konsep MLM adalah harus selama mana tidak terdapat faktor yang mengharamkannya. iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Berdasarkan kaedah syariat. Hukum asal bagi segala sesuatu adalah harus.1 Hukum asal MLM Seperti yang dijelaskan dalam bab dua sebelum ini. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah. hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selama mana tidak terdapat dalil dan faktor yang mengharamkannya. Dengan kata lain. sebaliknya pengharaman sesuatu muamalat memerlukan kepastian dan sandaran dalil yang kuat.

April 13) Diperolehi September 1. Memastikan benar-benar terdapat unsur haram di dalamnya seperti pemastian bonus yang diagihkan berasaskan perjudian yang akhirnya menyebabkan muamalat tersebut haram. sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. sebiji.php?option=com_content&task=view&id=7254&Itemid=99999999 112 Secara konsepnya memberi maksud menjual barangan dan kemudian membeli semula barangan tersebut pada harga yang berbeza. Oleh itu.net/index. Inilah namanya 'Ghabnun'. 2009. Justeru itu. Seperti unsur riba. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem.mengenakan keuntungan terlalu tinggi) dan 'had maksimum keuntungan'. Tapi si pembeli tadi senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak. dari http://www. (2007. dengan harga tertangguh yang lebih tinggi daripada harga tunai. talfik mazhab atau penggabungan mazhab dalam muamalat adalah dibenarkan berbeza dengan talfik dalam ibadat di mana hukum talfiknya lebih ketat berbanding talfik113 dalam muamalat. 2. untuk mengukur sesuatu muamalat halal atau haram memerlukan kepada: 111 1. 113 Talfik ialah penggabungan mazhab dalam menyelesaikan masalah yang pelbagai. membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali sahaja. 85 . ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya. tidak boleh kita menghukumkan haram sesuatu muamalat jika ia bersandarkan kepada unsur yang khilafiah dari sudut halal dan haram seperti muamalat yang berasaskan kepada bai' 'Inah112. maka kita tidak boleh mengharamkan MLM disebabkan harganya yang tinggi berbanding barangan lain. Perlu difahami asas kepada muamalat ialah mudah dan toleransi. unsur perjudian. Berbeza dengan asas kepada ibadat yang bersandarkan kepada ikutan dan ta'abbudi (nilai beribadat). Unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariat. 111 MLM dari perspektif Fiqh Islami.harakahdaily. Sebaliknya. unsur kezaliman dan sebagainya.

(200) Ilmu Hadist. seseorang berhak mendapat bonus dari perusahaan.2 Kaedah Usul Fiqh Dalam mensyariatkan MLM Memetik artikel yang dipetik dari laman sesawang yang dituliskan oleh Dr Agustianto seorang ahli fiqh ekonomi yang mahir di Indonesia. kerana ianya selaras dengan sabda Rasulullah s. h.html 115 Munzier Suparta (Dr. Seterusnya.a. memberikan pembinaan (tarbiyah). dan melakukan berbagai upaya positif dalam memperluas jaringan dan tahapnya secara produktif..A).” Penghargaan kepada rakan niaga atasan (up line) yang mengembangkan jaringan (level) di bawahnya (down line) dengan cara bersungguh-sungguh. Islam membenarkan seseorang mendapatkan insentif lebih besar dari yang lainnya disebabkan keberhasilannya dalam memenuhi pencapaian jualan tertentu.) (M.115 114 Multi Level Marketing dalam Perspektif Fiqih Islam. Jakarta: Raja Grafindo Persada. maka baginya pahala Sunnah itu dan pahala orang lain yang mengerjakan hingga hari kiamat”. 2009.114 perniagaan MLM biasanya memberi habuan atau insentif pada mereka yang berprestasi. Diperolehi September 1.4.id/2009/03/multi-level-marketing-dalam-perspektif-fiqihislam.119 86 . Mac 31). atas susah payahnya itu. (2009.w: “Barang siapa mengadakan sesuatu sunnah (jalan) yang baik. pengawasan serta keteladanan prestasi (uswah) memang patut dilakukan. dari http://dokternasir. Katanya menurut kaedah Usul Fiqh: “Besarnya ijarah (upah) itu bergantung pada kadar kesulitan dan pada kadar kesungguhan.web.

cit.838/69/2351 87 . bahkan dalam menentukan sistemnya dan pembahagian insentif (bonus). Dalam hal ini. tetap dilakukan musyawarah. (asalkan perniagaannya sesuai dengan syariah). terdapat tiga syarat syariah yang harus dipenuhi. 116 Soleh Bin Abdul Aziz bin Muhammad Bin Ibrahim (2000). dan berorientasi falah (keuntungan dunia dan akhirat). Keuntungan akhirat maksudnya. sehingga tidak ada yang dizalimi. Hadis Sahih. untuk menghindarkan penerimanya dari takabur (bangga/sombong) dan kufur nikmat. apalagi melupakan Tuhan. iaitu dari segi prestasi penjualan produk dan dari segi berapa berapa banyak down line yang dibina sehingga menjayakan perniagaan itu. keuntungan dalam perniagaan MLM. pemberian penghargaan dan cara menyampaikannya hendaklah berada dalam suasana tasyakur (sentiasa bersyukur dan merendah diri). Hadis Muslim. Insentif (bonus) seseorang (up line) tidak boleh mengurangi hak orang lain di bawahnya (down line). seseorang juga telah membantu orang lain dalam memenuhi keperluan hidupnya. para anggota perlu mendapat habuannya. op. Selanjutnya. Melalui perniagaan.(Riwayat Jabir Bin Abdullah. berorientasikan pada keuntungan duniawi dan ukhrawi. Menurut Dr. Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin mengatakan bahawa keuntungan dalam Islam adalah keuntungan dunia dan akhirat. Selain itu. MLM yang Islamik sentiasa berpandukan pada akhlak Islam. dalam hal menetapkan nilai insentif ini. Intensif ditentukan oleh dua kriteria. Agustianto.. iaitu adil. terbuka. no 1017)116 Insentif diberikan dengan merujuk kepada skim ijarah. seseorang telah dianggap menjalankan ibadah. Sistem intensif juga harus dihebahkan kepada seluruh anggota. sehingga penetapan sistem bonus tidak hanya sebelah sepihak. h. Sahih Muslim. dengan menjalankan perniagaan itu.

Mereka mendirikan solat dan membayar zakat”… (Surah An-Nur (24): 37). Islam sangat mengecam seseorang yang menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan tetapi semakin jauh dari nilai-nilai ketuhanan.t: ّ ٌ۬ َ َ ِ َ ِ ‫رِجال ل تلهيهمۡت ِج ٰـرةوَل بيعٌ عن ذكرِ ٱلل ّهِ وَإ ِقام ِ ٱلصل َ ٰوةِ وَإيتآء‬ َ ِ َ َ ٌ۬ َ َ ّ ِ ُ ۙ ‫ٱلزك َ ٰو‬ ‌ِ ‫ة‬ ّ “Mereka tidak lalai dari mengingat Allah dalam melakukan bisnes dan jual beli. segala aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak boleh melupakan Tuhan dan jauh dari nilai-nilai keilahian. baik dalam kegiatan pembuatan. majlis makan malam tahunan (annual gala dinner). dalam menjalankan perniagaan MLM perlu berwaspada akan kesan negatif psikologi yang mungkin timbul.w. sehingga membahayakan keperibadian.Sebagaimana disebut di atas bahawa penghargaan yang diberikan kepada anggota yang berjaya mengembangkan jaringan. mahupun pada saat menikmati kejayaan. seperti ketika mengadakan acara pertemuan sesama ahli. dan secara sungguh-sungguh memberikan pembinaan (tarbiyah). strategi pemasaran. Berdasarkan ayat tersebut. rally dan kovensyen yang diberikan atas prestasi seseorang. Kerana itu. haruslah sesuai dengan nilainilai aqidah dan akhlak. harus selaras dengan ajaran agama Islam. 88 . Ekspresi penghargaan atas kejayaan anggota MLM tidak boleh melampaui batas (bertentangan dengan ajaran Islam). Jadi. dan mengarah pada pola hidup hura-hura ala jahiliyah. Oleh kerana itu. Firman Allah s. pengawasan serta keteladanan prestasi (uswah). pengagihan.

budaya korporat. sehingga anggota terzalimi dengan harga yang amat mahal.119 4. Di antaranya ialah tidak boleh ada penipuan dari segi urusan dan kualiti produk. Sistem akadnya harus memenuhi kaedah dan rukun jual beli sebagaimana yang terdapat dalam hukum Islam (fiqh muamalah). Struktur pengurusannya mempunyai seseorang yang terdiri dari para ilmuan yang memahami masalah ekonomi. tidak menzalimi rakan niaga bawahan dan tidak menempatkan rakan niaga atasan hanya menerima pendapatan pasif tanpa bekerja. 117 118 Multi Level Marketing dalam Perspektif Fiqh Islam. menepati janji. mahupun sistem akaunnya harus sesuai dengan syari’ah. 89 . h. Shah Alam : Safia Marketing. Di dalam Al-Quran. pembeli rela membeli kerana kualiti produk bukan kerana paksaan sesiapa. 2.. 119 Ibid. Contohnya. 268. Sistem pemasaran. 5. dan lain-lain lagi. (2009.cit. berkata benar.Dr Agustianto117 dari laman sesawangnya juga ada menyenaraikan 12 syarat yang membolehkan MLM menjadi syari’at iaitu: 1. 6. (1992). Formula intensif harus adil. h.118 3. Tiada menaikan berlebihan harga barang (harga barang dinaikan sehingga dua kali ganda). thayyib (berkualiti) dan menjauhi syubhat (Syubhat adalah sesuatu yang masih meragukan). op. Sebaik-baik perniagaan adalah yang menepati garis panduan ini. Produk yang dipasarkan haruslah halal. Mac 31). telah tersedia peraturan-peraturan dan garis panduan perniagaan. tidak sepadan dengan kualiti dan manfaat yang diperoleh. Mencipta kejayaan di dalam jualan langsung (MLM). Razzi Armansur. 267..

9. 7. Kontrak yang ditandatangani dan dipersetujui di dalam MLM adalah dikenali sebagai ‘akad jual salam’ di mana pembeli akan membuat tempahan untuk membeli setelah mengetahui bentuk. dan harga barang dengan melihat katalog dan sampel dan bersetuju dengannya. kerana sikap itu tidak berlandaskan syari’ah.rakan niaga atasan tidak boleh menerima pendapatan dari hasil susah payah rakan niaga bawahannya. jenis. 10. Tidak ada eksploitasi dalam aturan pembahagian bonus antara orang yang awal menjadi anggota dengan yang akhir. 4. Cara penghargaan kepada mereka yang berprestasi tidak boleh mencerminkan sikap hura-hura dan berpesta-pesta. 90 . Pembahagian bonus harus mencerminkan usaha anggota masing-masing. Perusahaan MLM harus berorientasi pada kemaslahatan ekonomi ummat. Bonus yang diberikan harus jelas angka nisbahnya sejak awal.3 Kesesuaian MLM dengan prinsip perniagaan dalam Islam Di dalam MLM. pada konsepnya perniagaan ini menepati syarat-syarat dan prinsip perniagaan dalam Islam. 8. 12. ianya adalah sah disisi syara’. Dari segi akad ada pendapat yang menyatakan bahawa akad jualbeli dalam MLM tidak sah menurut pandangan Islam. Tidak menitik beratkan barang-barang bukan keperluan ketika ummat masih bergelut untuk memenuhi barang keperluan. Tetapi setelah dibuat analisa akad di antara pengedar dan pembeli di dalam MLM. 11.

pembeli juga diberi kebebasan untuk memilih semasa membeli. Perkara ini termaktub dalam Akta Jualan Langsung 1993. Ini kerana Islam amat mementingkan kebajikan penjual dan pembeli. yang silapnya adalah individu itu sendiri dan bukannya perniagaan ini. Islam meletakkan syarat agar setiap jual beli disertai dengan kontrak dan menunaikannya. Kebebasan dan kerelaan Di dalam Islam. kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli diberi kuasa dan kebebasan memilih untuk menentukan bentuk jual beli yang mereka kehendaki. Di dalam Akta Jualan Langsung 1993 pembeli telah diberi hak dan kebebasan 91 . Merekodkan kontrak dan menunaikan janji Menepati janji merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan dalam Islam. Di dalam MLM. Di dalam MLM.Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru dalam Islam tetapi telah diubahsuai dalam bentuk yang lebih moden bersesuaian dengan peredaran zaman dan pertumbuhan yang pesat dalam aktiviti perniagaan. 2. pengedar dan penjual dikehendaki menandatangani kontrak jual beli dan pengedar mesti patuh pada kontrak yang telah dipersetujui. Mereka juga diberi hak dalam memilih barangan yang diberi. Prinsip perniagaan dalam MLM juga adalah menepati sebagaimana prinsip perniagaan di dalam Islam dengan syarat produk yang diketengahkan tidak membabitkan hal-hal yang haram: 1. Oleh itu. sekiranya timbul perkara yang tidak diingini di dalam perniagaan ini.

memilih untuk menamatkan atau meneruskan kontrak sebelum tamat ‘tempoh bertenang’ mengikut seksyen 23(a) (b) (c). 92 . menyorok. 4. Di dalam jualan langsung. monopoli di dalam jualbeli. Perlindungan dan keadilan Hak-hak penjual dan pembeli dijaga dalam Islam. konsep. Di dalam ini akta ini. Islam telah menetapkan hukuman tertentu jika peraturan-peraturan di dalam perniagaan tidak dipatuhi.120 3. sesiapa yang tidak mematuhi peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan akan dikenakan hukuman atau denda. hak penjual dan pembeli juga dijaga melalui Akta Jualan Langsung 1993.4 Majlis Fatwa Kebangsaan Menurut Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam bertarikh 23 Januari 2006 berkenaan hukum sistem Jualan Langsung Pelbagai Tingkat (MLM). struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan 120 “Tempoh Bertenang” bererti tempoh sepuluh hari yang bermula pada hari selepas tarikh pembuatan sesuatu kontrak jualan langsung berlaku. Penjual dilarang melakukan perbuatan seperti menipu. Islam juga tidak melarang apa jua bentuk perniagaan sekiranya tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip perniagaan Islam. Dengan ini jelaslah bahawa kebajikan pengguna dan pengedar dijaga di dalam industri jualan langsung ini.

Tanpa disedari.my/jakim/keputusan_view. barangan orang Islam tempatan hampir tiada di pasar raya di negara kita walaupun di pasar kecil atau kedai runcit. Akhirnya mereka berdepan kelembapan pasaran seterusnya keupayaan dan potensi orang Islam yang sepatutnya boleh dibangun dan dipertingkatkan mati begitu sahaja. 2009. Hakikatnya. sumber dari: http://www. Sedangkan sebahagian produk orang Islam tempatan mempunyai mutu yang baik dan terjamin halalnya. Lebih parah apabila kerajaan membuat perjanjian FTA (Free Trade Agreement) dan serangan globalisasi yang menyebabkan persaingan tidak adil antara pemodal besar dan peniaga kecil.asp?keyID=198 93 . (t.121.t) Diperolehi September 1. MLM berperanan 'pemecah' kepada pemonopolian pasaran bagi sesetengah produk.efatwa. Oleh itu. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal 4. jelas di Malaysia sistem perniagaan ini adalah dibenarkan. tetapi apabila berdepan pasaran yang sebahagiannya boleh disifatkan sebagai 'dibentengi' menyebabkan kemampuan orang Islam mengeluarkan produk akhirnya terhenti akibat tidak dapat bersaing dengan pengeluar lain dari sudut pemasaran. 121 Portal E-Fatwa.5 MLM dari sudut positif Jika dilihat sudut positif.gov.Islam. orang Islam yang mempunyai keupayaan menghasilkan produk mempunyai modal kecil berbanding syarikat gergasi antarabangsa serta mereka tidak mampu menanggung kos pemasaran yang tinggi berbanding syarikat gergasi yang lain. Apabila orang Islam yang mampu mengeluarkan produk tersendiri.

Kebebasan Di dalam perniagaan ini. tidak terikat. MLM juga mempunyai keistimewaankeistimewaan tertentu yang ada dalam perniagaan ini tetapi tidak ada dalam perniagaan biasa yang lain. Justeru. 2. 94 . Setiap kerja yang dilakukan adalah ditentukan oleh jadual sendiri yang sudah pasti tidak menekan diri sendiri. Selain dapat memecah monopoli antarabangsa. dan tidak diperintah oleh sesiapa pun dalam melakukan sesuatu. seseorang itu mempunyai kebebasan untuk menentukan waktu kerja. tidak diarah. Antara kelebihannya yang dapat dinikmati oleh pengedar adalah:122 1.Oleh itu. MLM perlu dilihat dari sudut positif dan kita sepatutnya sama-sama berusaha memperbaikinya supaya bertepatan dengan syariat sehingga sistem MLM dapat menjadi penyumbang kepada pemasaran barangan orang Islam. MLM dari sudut positifnya boleh menjadi strategi pemasaran bagi memecahkan pasaran yang dibentengi tembok tertentu. Banyak atau sedikit pendapatan yang diperolehi oleh seseorang itu bergantung kepada peluang yang dimilikinya beserta usaha yang gigih. 122 Ibid. Pendapatan tiada batasan Rezeki memang ada di mana-mana begitu juga dengan peluang yang wujud. Ia berguna bagi memperkenalkan produk terutamanya produk halal orang Islam tempatan. Di sini penulis akan membahagikan keistimewaan tersebut kepada dua pihak iaitu pihak pengedar dan pihak pengguna.

Siapa seseorang itu bukanlah menjadi ukuran yang utama. dan kedudukan. berpengaruh dan sama ada mempunyai modal yang besar atau tidak. Pendapatan yang lumayan tidak mustahil diperolehi dengan semua itu. dapat memberi peluang untuk membantu orang lain di samping berbakti untuk diri 123 Razzi Armansur (1992). ia tidak mengambil kira kedudukan seseorang itu sama ada seseorang ahli perniagaan ataupun tidak. Apa yang penting ialah keinginan untuk mencapai kejayaan dan hendaklah berusaha untuk mencapainya.. h. Dapat membantu orang lain124 Dengan menceburkan diri di dalam perniagaan jualan langsung ini. 19. 95 . Orang yang ditemui juga dari pelbagai agama. bangsa. berpelajaran tinggi. Tidak membezakan kedudukan123 Untuk menceburi dan mencapai kejayaan di dalam perniagaan ini. Mencipta Kejayaan di Dalam Jualan langsung (MLM). 5. h. Ini kerana suasana dalam menjalankan perniagaan ini sentiasa berubah. 124 Ibid. 4. 20. Shah Alam: Safia Marketing. tanpa jemu. 3.Di dalam perniagaan ini seseorang itu mampu dan berkeupayaan mencapai pendapatan yang lumayan jika mereka menjalankan perniagaan itu dengan baik. dan putus asa serta didiringi dengan semangat gigih dan usaha bersungguh-sungguh. Kerja yang tidak membosankan Seseorang itu tidak akan merasa bosan dengan menceburi perniagaan ini.

. Di samping itu. Ramai orang yang telah berjaya di dalam perniagaan ini pada mulanya melakukannya pada waktu lapang. salah satu peluang yang sentiasa terbuka dan idea yang menarik untuk mengisi masa lapang itu ialah dengan menceburi perniagaan jualan langsung. Boleh dilakukan secara sambilan125 Perniagaan jualan langsung ini boleh dilakukan secara sambilan. Ibid. seseorang pengedar itu tidak terikat dengan sesiapapun untuk menjalankan perniagaan. 21. 6. konsep tajaan di mana seseorang pengedar itu boleh mencari seberapa ramai ahli baru untuk sama-sama bekerja. Menurut satu kajian. Kenaikan gaji dan pangkat ciptaaan sendiri126 125 126 Ibid. orang yang bekerja mempunyai waktu lapang sebanyak lebih kurang 40 jam seminggu. h. 7. 96 . Jadi sebagai seorang yang bijak menggunakan masa mengapa mesti dibiarkan masa lapang itu begitu saja. h. perniagaan ini juga memberi peluang merapatkan hubungan sillaturrahim. Oleh itu. Ini kerana dalam perniagaan ini.sendiri. Disamping itu. Seseorang pengedar itu dapat berbakti kepada masyarakat dengan memperkenalkan barangan yang bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan.. 22. Ia boleh dilakukan mengikut kehendak sendiri sama ada sepenuh masa atau di masa lapang. memberi peluang untuk membantu orang lain yang bermasalah dari segi kewangan dengan menawarkan peluang perniagaan kepada mereka dan sama-sama membantu mereka untuk berjaya.

Ini juga dapat mengelak pembeli membazir masa mengunjungi tempat membeli belah. Keuntungan dapat dicapai dengan kerajinan dan usaha yang gigih. menghadapi kesesakan lalu lintas dan ketidak selesaan pengankutan awam atau kesukaran meletak kenderaan. Keistimewaan pada pihak pengguna pula termasuk: 8. Ini adalah setimpal dengan setiap yang dilakukan. pembeli akan merasa lebih selesa dan mendpaat layanan yang penuh. Ini kerana sesetengah barangan seperti peralatan rumah atau peralatan memasak memerlukan penerangan dan demonstrasi yang lengkap.Kenaikan gaji atau keuntungan dan pangkat juga boleh dicapai di dalam perniagaan ini. Pembeli juga akan mendapat jaminan bahawa barang yang dibeli itu adalah barang yang baik dan berkualiti. Ia adalah mudah dan adil. Oleh itu. 10. tanpa memerlukan sebarang pengaruh. Kemudahan membeli Jualan secara terus kepada pengguna boleh menberi keselesaan kepada penggunaan di mana pembeli boleh memilih barangan yang hendak dibeli dan membeli dalam keselesaan rumahnya sendiri serta memikirkan pilihan dengan teliti. 97 . jika urusan pembelian dilakukan di rumah. kelulusan dan rasuah. Penerangan yang lengkap Pengguna akan mendapat penerangan yang lengkap tentang barangan yang hendak dibeli jika membeli dari jurujual secara langsung.

(2007. pembeli akan tahu dengan siapa dia perlu berurusan iaitu melalui bimbingan dan nasihat daripada penjual.net/index. 2009. setiap masalah yang timbul dalam penggunaan barangan dan perkhidmatan boleh mendapat bimbingan yang berkesan daripada penjual.harakahdaily. setiap yang terlibat di dalam perjudian tersebut mempertaruhkan sejumlah wang tertentu seperti setiap penjudi mempertaruhkan RM10. Dengan itu. Layanan di sini bermaksud hubungan dua hala yang berkesan antara penjual dan pembeli. Faedah pembelian Memandangkan konsep layanan baik yang diberikan dalam jualan langsung ini. Judi '21 up' bermaksud. Begitu juga andainya berlaku kerosakan teknik pada barangan dan jika dia ingin menukar barangan itu dengan yang lain. kebanyakan syarikat boleh memberi jaminan yang baik terhadap barangan.11. April 13) Diperolehi September 1. maka hukumnya harus sebagaimana asal.6 Perkara-perkara yang bertetangan dengan Islam (haram) dalam Industri Perniagaan MLM Selama mana sesuatu muamalat tidak dimasuki unsur dan faktor haram. Setakat ini faktor haram di sebalik MLM ialah: 127 1. 4. Perjudian Perjudian yang terdapat dalam sesetengah MLM dinamakan judi '21 up'.php?option=com_content&task=view&id=7254&Itemid=99999999 98 . dari http://www. Selepas 127 MLM dari perspektif Fiqh Islami.

t. syarikat mengambil RM3 sebagai kos dan untung. َ ‫ل ي ُك َل ّف ٱلل ّه نفسا إ ِل وسعَهَا ل َها ما ك َسبتۡ وَع َليها ما ٱكت َسبت‬ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ‌ۚ ُ ّ ً َ ُ 99 . justeru tidak mencapai jualan sasaran. penjual kedua sebanyak dua unit dan penjual keempat sebanyak lima unit. RM5 daripada RM10 bonus itu adalah hak penjual pertama (RM3) dan hak penjual kedua (RM2) yang dipegang syarikat yang akhirnya diserahkan kepada penjual ketiga kerana berjaya mencapai jualan sasaran. maka penjual ketiga akan memperolehi bonus RM10 kerana dia adalah orang pertama dalam tahap tersebut mencapai jualan 5 unit. manakala penjual MLM mendapat RM1 daripada setiap unit yang dijual. Jika penjual pertama berjaya menjual tiga unit.w. Daripada RM5 itu. Baki RM1 dipegang syarikat untuk diberikan kepada orang pertama dalam tahap tersebut yang mencapai tahap jualan sebanyak lima unit. andai kata dalam tahap ke tiga terdapat tiga orang menjual ubat gigi yang harga jualannya RM5. Sedangkan konsep keuntungan dalam muamalat Islam yang berpandukan firman Allah s. Hakikatnya. Contohnya. Bonus dalam bentuk ini secara pastinya adalah perjudian yang diharamkan Islam kerana si penjual pertama dan si penjual kedua dinafikan haknya kerana kalah. Konsep ini diamalkan dalam sebahagian MLM bagi memberi bonus yang tinggi kepada orang yang mencapai mata tertinggi atau jualan tertinggi dalam sesuatu tahap. maka penjudi pertama yang dapat mengumpulkan sebanyak 21 mata akan mengambil semua wang yang dipertaruhkan.pengagihan daun terup dan kiraan mata dikumpulkan.

2. maka ia berhak mendapat RM5 setiap bulan sebagaimana dijanjikan syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui mata penggunaan produk MLM. maka ia adalah riba yang diharamkan. 100 . Sememangnya sebahagian pembuat sistem MLM lebih tertarik dengan bonus yang berkonsepkan perjudian kerana ia boleh dijadikan bahan untuk menarik orang ramai menyertainya justeru. bersumberkan keuntungan syarikat yang diagihkan kepada setiap penjual MLM berpandukan unit yang berjaya dijual. tetapi ia diharamkan kerana nilai yang tinggi tadi diperolehi dengan menzalimi pihak lain. Riba Apabila terdapat pulangan tetap (Fixed return) atau janji kemasukan tetap dalam sesuatu sistem MLM. Contohnya. setiap ahli yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran RM50. Walaupun bonus yang berkonsepkan pembahagian yang berpandukan jumlah jualan tidak dapat dijadikan bahan kempen kerana jumlah bonus penjual tertinggi lebih rendah berbanding bonus yang berkonsepkan perjudian. Setelah ia menjadi ahli dengan pembayaran yuran.“setiap yang berusaha berhak mendapat hasil yang diusahakan”. tetapi ia bersifat adil untuk semua pihak. perjudian yang mencemari MLM ini dapat dibersihkan dengan pelbagai cara seperti pembahagian bonus. (Surah al-Baqarah (2): 286) Bagaimanapun. nilaiannya yang sangat tinggi.

sistem MLM yang dicemari riba ini boleh dibersihkan melalui pelbagai cara. 3.Pulangan tetap tersebut adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem MLM. 128 http://perniagaansemua. Cara ini bersih daripada riba dan boleh menarik orang ramai menjadi ahli MLM ini. syarikat yang berkempen menarik keahlian dengan mengeluarkan buletin yang mempamerkan ahli yang dihadiahkan bonus kereta BMW 3 Series. Jelasnya. Ahli dan orang ramai yang melihat buletin tersebut secara umumnya memahami syarikat menghadiahkan kereta tersebut kepada ahli berkenaan tanpa bayaran-bayaran tambahan. di mana setiap ahli yang membeli adalah mudhorib (pencarum) yang berhak mendapat peratusan keuntungan syarikat MLM dalam tempoh setahun sebagai contoh. taghrir dan Syamta'128 Tadlis (memalsukan). Contohnya.html 12 November 2009 5:57am 101 . Tadlis. Contohnya agihan keuntungan berdasarkan mata penggunaan melalui konsep mudharabah. Bagaimanapun. pulangan tetap ini juga diadakan guna untuk menarik orang ramai menyertai rangkaian MLM tersebut.com/2009/02adakah-mlm-itu-haram. taghrir (memperdayakan) dan syamta' (dibuat) hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.000 untuk diserahkan kepada ahli yang diiklankan sebagai paling cemerlang.blogspot. Sedangkan syarikat hanya membayar muka pendahuluan RM1.

Apabila ahli tersebut menerimanya. umum memahami si ahli memperolehi secara seratus peratus kereta tersebut tanpa apa-apa ansuran bulanan. Mengambil hak orang lain dengan cara yang salah Terdapat MLM yang sistemnya berkonsepkan kutu yang haram seperti penggunaan konsep Auto Penempatan. 4. Syarikat berjaya mengiklankan si ahli tersebut berjaya mendapatkan BMW 3 Series tanpa menjelaskan keadaan sebenar syarikat yang hanya membayar bayaran pendahuluan RM1000. tetapi ia berupaya menarik ahli baru dalam bentuk tidak memperdayakan dan tidak menghiasi sesuatu hakikat yang tidak benar. Apabila diiklankan 'dihadiahkan' atau 'menerima hadiah' atau 'berjaya memperolehi'. Dalam konsep Auto Penempatan ini. Syarikat boleh menganjurkan majlis penyampaian bonus yang halal kepada ahli-ahli yang mencapai jualan tertinggi dan diiklankan dalam buletin. Ini menyebabkan pengiklanan tadi boleh dikategorikan sebagai 'taghrir' (memperdayakan) dalam bentuk 'Syamta' yang diharamkan. ahli pertama perlu 102 . Syamta' ini boleh dibersihkan melalui pelbagai alternatif. Sekalipun iklan dalam bentuk ini tidak semenarik iklan ahli yang mendapat BMW 3 Series. Menyembunyikan hakikat pembayaran RM1000 sebagai bayaran pendahuluan pastinya bersalahan dengan pemahaman umum. ia terpaksa menanggung ansuran bulanan yang tinggi yang akhirnya menyebabkan ahli tadi hanya mampu memakai kereta tersebut dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

syarikat MLM yang menggunakan konsep ini tidak mementingkan barang. Di sini. Jika tiada perniagaan. 130 Tabarru’ bermaksud menderma secara ikhlas 103 .mencari dua ahli di bawahnya dan setiap ahli dikenakan yuran RM2. maka reda tidak boleh menjadi sebab untuk menghalalkannya. apa salahnya jika pembayaran yuran berasaskan reda sebagaimana dalam hukum hibah129 dan tabarru'?130 Jawapannya. hibah dan tabarru' yang halal dan harus tidak boleh disertai dengan tujuan seperti hibah untuk mendapatkan untung. Konsep ini asalnya bukan sistem MLM bahkan ia konsep kutu yang haram. Jika ada bertanya. Jika hibah dengan niat ini. dan sebagainya. iaitu wang yang dikeluarkan hanyalah berbentuk yuran terkumpul yang dipusingkan di kalangan ahli tanpa ada apa-apa pertukaran. Imam Ibnu Hajar. Ini punca sesetengah barangan yang tidak jelas dalam sebahagian MLM. menurut Minhaj Ath-Thalibin. Tambahan pula. Yuran RM2 tadi terkumpul dan akan dinikmati ahli yang awal sehinggalah yang pertama terkeluar dengan masuknya ahli baru. ada pendapat yang menyatakan batal dan ada menyatakan ia 129 Hibah ialah pemberian yang ada padanya ijab dan kabul. Tetapi ada sistem MLM menggunakan kaedah kutu yang haram ini bagi penetapan yuran keahlian dan jumlah yuran ahli yang terkumpul dijadikan bonus bagi tahap yang paling tinggi. reda yang menjadi syarat halal tersebut mesti didahului atau disertai perniagaan halal sebagaimana ayat 29. Imam Nawawi serta Syarh At-Tuhfah ‘ala Al-Minhaj. tetapi ia mementingkan keahlian kerana bonus yang diperolehi upline adalah yuran ahli yang terkumpul. surah anNisaa'.

berubah menjadi transaksi jual beli atau seumpamanya dan bukan lagi hibah sebenar. ahli-ahli yang tidak mencapai jualan sasaran akan dicabut bahagian keuntungannya dan pihak syarikat akan memberikan kepada orang yang mencapai jualan sasaran. Jika berpandukan pendapat yang menyatakan batal. Dan jika berpandukan pendapat hibah dengan niat mendapatkan keuntungan ini berubah menjadi hukum jual beli. 104 . Bukan semua hibah hukumnya harus bahkan kadangkala hibah menjadi haram seperti hibah yang menjadi syarat pinjaman yang dikategorikan sebagai riba yang haram. maka tuntasnya jika ketiadaan barang yang menjadi pertukaran maka hukumnya adalah haram kerana si pemakannya memakan hak orang lain tanpa sebab yang harus sebagaimana konsep kutu yang haram di atas. ia mensyaratkan jumlah jualan tertentu bagi mendapatkan keuntungan. Penindasan Bagi sesetengah sistem MLM. 5. Sebagaimana diterangkan. maka penyertaan dalam MLM yang bersifat seperti ini adalah batal. tetapi ahli tersebut hanya diberikan RM1 kerana tidak berjaya mencapai jualan sasaran dan baki RM1 diambil syarikat untuk diserahkan kepada ahli satu tahap yang berjaya mencapai jualan sasaran. Seorang ahli yang berjaya menjual lima produk yang sepatutnya mendapat keuntungan asal bagi setiap satunya berjumlah RM2.

w pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang.zaharuddin. makruh dan haram.net. Berdasarkan konsep Islam ini. (2007. Harga tinggi dari biasa Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa. 6. setiap seseorang berhak mendapat apa yang ia usahakan. ia juga mengandungi penindasan yang menjadi punca haram. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus.Ini bermakna. Tatkala itu. ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. ahli yang berjaya menjual lima produk diberikan RM5 dan RM5 lagi diserahkan kepada ahli yang berjaya mencapai jualan sasaran seperti berjaya menjual 10 produk. si ahli yang berjaya menjual lima produk sepatutnya mendapat RM10 sebagaimana ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM20. ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama. Bagaimana Nabi s. dari http://www. Justeru. Sedangkan konsep muamalat Islam ialah.a. 105 . April 10) Diperolehi September 1. 131 131 Isu shariah dalam perniagaan MLM. 2009. aqad seperti ini adalah terbatal. Di samping mengandungi unsur perjudian. ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM25 (RM20 untung jualan dan ditambah bonus RM5 yang diambil daripada ahli yang tidak dapat mencapai jualan sasaran.

harganya mencecah RM300 sebiji. Justeru apabila disebut 106 . perbincangan panjang tentang 'Ghabnun' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabnun' yang disepakati haramnya oleh ulama. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan untuk dimasukan dalam sistem (pulangan kepada syarikat). ia boleh menjadi haram. mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram. ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain. tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad. ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam. dalam satu MLM mungkin terdapat tiga atau empat unsur syubhat dan haram. Oleh kerana tukang jual MLM amat sukar beralah. iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat. iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam sistem priamid. kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain. dan orang tersebut ingin cepat menamatkan kempennya dengan adab. ada yang disepakati halalnya. Ini dinamakan 'Ghabnun'. dan terdapat yang diperbezakan pandangan. sedangkan bantal tersebut langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Sebagai contoh seseorang ‘terpaksa' membeli sebuah produk MLM.Bagaimanapun perlu diingat. Inilah maksudnya mempunyai unsur ‘Ghabnun'. Ini tidaklah bermakna MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa". Justeru. lalu orang tersebut membeli satu produknya yang termurah.

107 . Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini. pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai sasaran jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komisyen dari hasil jualan orang di bawahnya. komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Syariah. Apabila ia gagal mencapai ‘harga sasaran' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda". ia adalah pandangan ulama besar tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin. komisyen dalam hal MLM dan sistem piramid ini boleh bertukar menjadi haram apabila :- 132 Ibid. menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Syariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. ‘Ato' Bin Abi Rabah. 132 Pada asasnya. 7.'Ghabnun' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram. Bagaimanapun. Insentif yang menekan Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli. maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Ibrahim anNakha'ie dan ramai lagi.

Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angin tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. * Dari sudut yang lain. syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. Dalam hal berbilangnya rantaian komisyen broker ini. Ini adalah kerana ia seolaholah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak. * Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam. ia menimbulkan masalah dari sudut Syariah seperti unsur pemaksaan.* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya. Status pembelian produk 108 . 8. ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan batil selain terdapat unsur judi. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas broker di atas broker dan seterusnya. semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya. Dengan sebab-sebab ini.

133 Riba Nasiah ialah tambahan yang sudah ditentukan di awal transaksi.. h. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. sila rujuk Ab.Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu. si ahli bukannya ingin membeli produk itu. Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah133 dan Riba Al-Fadl. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no.109-111. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. setiap kali ia mendapat ahli baru. 134 Ibid. tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan.134 Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti. sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman sesawang yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang. Unsur dua akad dalam satu. Pada hakikatnya. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk sesawang komputer.cit.135 9. op. perniagaannya hanyalah dengan mencari rakan niaga bawahanya (downline). tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. 135 Ibid. 109 . Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Ghani (1999). sedangkan harganya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer). atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. 15/192-193. Mumin Ab.

praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadis di atas. tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis: shafqatayn fi shafqah.dorar. no. dengan termeterainya keahliannya itu.net/enc/hadith/20% ‫صقفة‬y%20s13482 22 November 2009 5:52 AM 110 . Sanad Sahih. 136 http://www. dalam hal ini. Ini kerana.5/295)136 Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya. atau bay'atayn fi bay'ah. orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru.a. Hadis Ahmad Syakir. atau bay'atayn fi bay'ah. maka tindakan MLM seperti ini.Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah". (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda s. Maka. setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran. Pada waktu yang sama.w dengan pelbagai lafaz antaranya: ‫نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين فييي‬ ‫صفقة واحدة‬ "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Abdullah bin Masud. Masnad Ahmad.

pembinaan ini mestilah digabungkan antara kepakaran ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dengan ulama-ulama yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan muamalat Islam. Oleh itu. 111 . terutama ketika berdepan dengan situasi FTA (Free Trade Agreement) kini. sistem MLM boleh bertindak sebagai pemecah kepada tembok monopoli pasaran seterusnya membantu orang Islam mengembangkan produk mereka. adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk memastikan perniagaan MLM yang diceburi tidak dipalit unsur-unsur haram seperti yang dibincangkan di atas serta unsur-unsur sosial yang negatif yang membawa kelalaian diri kepada Allah. Justeru. sejajar dengan apa yang telah penulis bincangkan dalam bab ini.4. hukum asal MLM adalah harus kecuali apabila dimasuki faktor-faktor haram seperti yang dibincangkan di atas. Dilihat dari sudut positif pula. Pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syariat sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasana negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi. Pengemblengan tenaga antara ulama dan ahli perniagaan amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam semaksimum mungkin.7 Kesimpulan Islam sememangnya mudah. Persepsi negatif berkenaan MLM sering ditimbulkan oleh pelbagai pihak yang mungkin tidak memahami sepenuhnya bagaimana sistem dan perjalanan perniagaan MLM bersesuaian dengan Islam.

ikhlas dan berpandangan jauh serta memerlukan kekuatan ilmu dan kegigihan. menuntut keupayaan dalam bentuk kewangan dan modal. Antara yang ditekankan.0 Rumusan Dalam bab-bab sebelum ini penulis sudah membincangkan berkenaan perkara asas yang diperlukan dalam setiap urusniaga dalam Islam dan fokus penulis di sini tentulah urusniaga MLM. inginkan keuntungan yang besar dalam jangkamasa yang singkat 112 . Asas-asas seperti kaedah fiqh dalam menghukumkan sesuatu muamalat sudah dijelaskan dalam bab dua dan diberi penghuraian lebih dalam dalam bab empat. amanah. Disamping itu juga. Disebabkan dorongan nafsu tamak. Islam jelas menuntut agar para peniaga mengamalkan sifat jujur. tetapi tidak kurang juga yang membawa kepada risiko kejatuhan yang amat pahit.BAB LIMA: KESIMPULAN 5. Perniagaan merupakan sumber rezeki yang lumayan dan menguntungkan.

menyorok barangan keperluan dengan tujuan mendapatkan keuntungan yang lebih dan memanipulasikan pelan pemasaran MLM yang berselindung di bawah akta AJL. Antara hukum dan peraturan Islam yang telah menggariskan ketetapan mengenai hal-hal panduan perdagangan dan perniagaan sebagai keperluan umat Islam seharian. Penulis juga telah cuba mengenengahkan kesesuaian MLM konvensional dengan apa yang dikehendaki dalam Islam sehingga penulis dapat membuat kesimpulan bahawa segala aktiviti MLM boleh dilakukan kecuali jika tidak melibatkan sesuatu yang diharamkan. Lalu berlakulah penipuan dengan menaikkan kos harga barangan. iaitu agama yang mengatur perhubungan sesama manusia. Islam adalah Din al-Muamalah. Kadang-kadang fardu Ain iaitu tanggungjawab individu seandainya urusan berjual-beli itu sebagai nafkah hidup diri sendiri dan keluarga Dalam bab terakhir ini penulis akan cuba membuat rumusan berkenaan isu strategi pemasaran MLM dalam perspektif Islam secara menyeluruh. Rumusan ini penulis akan kembangkan kepada bagaimana pula untuk membetulkan persepsi masyarakat kepada MLM dan apakah tindakan dan peranan umat Islam dalam menghadapi isu ini supaya manfaat daripada urusniaga ini dapat digunakan sebaik mungkin. Justeru. Malahan Islam mengkategorikan urus niaga dan jual beli sebagai fardu Kifayah iaitu tanggungjawab bersama masyarakat Islam. Tetapi lebih menitik-beratkan kepada kebajikan dan kepentingan para pengguna. 113 .(Ghabnun). Islam menganjurkan supaya segala kegiatan urus niaga dan jualbeli bukan hanya sekadar untuk memburu dan mengaut keuntungan komersial semata-mata.

Situasi sebegini sangat merugikan umat Islam sedangkan empayar perniagaan boleh menjanjikan pendapatan lumayan seterusnya membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam itu sendiri. Tidak dinafikan juga.1 Cadangan Ramai di kalangan masyarakat Islam mempunyai persepsi negatif pada MLM dan kebanyakkan mereka adalah dari golongan yang tidak minat dengan bidang perniagaan ataupun mereka yang mindanya terkongkong dengan hukum Islam tetapi tidak cuba mencari ilmu berkenaan urusniaga Islam yang sebenarnya. Ramai yang memandang rendah sekiranya seseorang itu berjaya dan memperolehi lebih harta dengan menjalankan aktiviti MLM kerana kerjaya ini dipandang remeh. ramai yang terkena malah fobia disebabkan segelintir golongan yang menjadikan MLM sebagai tipu helah untuk mengaut keuntungan. 114 . 2:07 AM.137 dan 137 http:www. Penulis merasakan tidak semua syarikat MLM di Malaysia tergolong dalam kategori yang meragukan. Bhd.hpa.5.my/ 20 Oktober 2009. contohnya syarikat Al-Wahida Marketing Sdn.com.

DCL (De Classic Life (M) Sdn. Ramai yang setuju MLM berjaya mengubah diri mereka daripada negatif kepada positif. 2:07 AM. pasif kepada aktif. Walaupun MLM sering dianggap sebagai mata pencarian sepenuh masa ataupun sambilan kerana ia umpama lubuk emas. MLM memang menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas bagi cepat kaya. Ia bukannya sebagai jalan pintas mengecap kejayaan. (2008). Bhd. Buat Duit Dengan MLM. Mustahil seseorang menjadi senang dengan hanya bergoyang kaki. Persepsi yang mengatakan MLM memberi peluang menjadi senang dan kaya dengan mudah adalah tidak benar. pasti umat Islam tidak akan ketinggalan dalam empayar perniagaan kerana perniagaan yang berteraskan Islam pasti mendapat bantuan daripada Allah. mudah patah semangat kepada kuat berusaha dan daripada yang tidak yakin kepada yang berimpian. Penulis mencadangkan sekiranya lebih ramai syarikat sebegini dapat dibangunkan yang berteraskan dasar Islamik.my/ 20 Oktober 2009. 115 .com. h. Masyarakat pertamanya.dcl. MLM bukan sekadar lubuk untuk membuat duit tetapi juga arena bagi membentuk dan membina personaliti diri. Kuala Lumpur: PTS Distributors Sdn Bhd. ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan sebelum menjejakkan kaki ke dalam MLM:139 1. 138 139 http://www. Norziati Mohd Rosman. perlu membetulkan persepsi atau pandangan dan sentiasa memberi peluang kepada diri mereka memcuba perniagaan ini. selepas dikaji dengan teliti. 111. Tiada kejayaan tanpa usaha.) 138 merupakan syarikat bumiputera Islam yang berjaya dalam empayar perniagaan dan strategi mereka sangat perpandukan Islam dan mempunyai visi Islamik yang cukup terang.

Lihat juga perniagaan lain kerana ada tip ataupun rahsia yang ada dan mampu dipraktikkan.2. pengurusan stok dan sebagainya. modal asas yang minimum dan kecil. seseorang itu bertangungjawab sepenuhnya ke atas perniagaan ini. sekadar membuat pelaburan awal dan menaja sahaja. dan tiada stok yang banyak. Berniaga tanpa barang tidak dikatakan sebagai berniaga. Dia adalah majikan dan dia adalah ketua. Ada yang mengatakan perniagaan ini tidak memerlukan kita untuk menjual barang. Islam hanya menyenaraikan unsur-unsur haram sahaja dan sekiranya tiada unsur haram maka ia adalah halal. Pendapat ini adalah salah kerana perniagaan ini melibatkan urusan jual dan beli antara peniaga dan pembeli. untuk menentukan hukum sesuatu muamalat itu. Contohnya pengurusan kumpulan. 5. Oleh kerana MLM tidak mempunyai premis. Jangan terlalu taksub dengan MLM. 4. maka hukumnya halal. gharar dan zalim.2 Saranan Seperti yang sudah dibincangkan dalam bab sebelum ini. pentadbiran kewangan. Sehinggakan ada ulama (terdahulu) hanya menyimpulkan sebab-sebab haram hanya tiga perkara. iaitu riba. Ia juga adalah prinsip asas perniagaan dalam Islam. Sesetengah masyarakat boleh menerima strategi pemasaran MLM tetapi masih ada yang ragu-ragu akan sistem insentifnya adakah boleh diterima oleh Islam ataupun tidak 116 . pengurusan kewangan. 3. Jika sesuatu muamalat bersih daripada ketiga-tiga unsur ini.

sudah menjadi lumrah dalam mana-mana syarikat MLM yang berkembang adalah dari hasil hubungan kemanusian (touch) iaitu mencari rakan niaga bawahan secara berjumpa dan sebagai ahli baru (close up). upline boleh mendapatkan bahagian upahnya mencari pengguna baru kerana itu hasil usaha dan titik peluhnya. Justeru. alternatif kepada unsur-unsur haram ini terlalu banyak jika dibincangkan secara serius dan bersama. Unsur haram pada MLM tanpa disusuli usaha mencari alternatifnya akan mematikan sebahagian pembangunan produk orang-orang Islam dalam konteks dan suasana ekonomi kita sekarang. pihak syarikat boleh menyediakan jumlah tertentu sebagai kos pemasaran untuk diberikan kepada 'upline' yang berjaya mencari 'downline' atau ahli pengguna baru dengan perincian tertentu.disebabkan kewujudan sistem rakan niaga atasan (upline) dan rakan niaga bawahan (downline). Ini kerana. Ini menatijahkan 'upline' yang bertindak sebagai pekerja pemasaran atau pengedar tidak akan melakukan kerja promosi dan akhirnya syarikat tidak berkembang dan barangan produknya akan mati begitu sahaja. jika 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran 'downline' kerana ia termasuk dalam kategori 'memakan harta orang lain secara batil' seperti bentuk yang diterangkan. Berdasarkan konsep Islam. Contohnya. 117 . Justeru. tetapi disyaratkan perolehannya tadi bukan dengan cara memakan hasil orang lain. apabila disebut 'upline' haram mendapatkan bahagian yuran downline maka kita memahami bahawa 'upline' tidak berhak mendapat apa-apa.

5. Justeru. Mereka mestilah meningkatkan usaha dan meninggikan semangat melalui perbincangan dengan ulama berkebolehan di lapangan ekonomi dan muamalat Islam bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkaraperkara buntu serta alternatif kepada unsur-unsur haram. dalam istilah lain. Pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syariat sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasanan negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi. terutama ketika berdepan FTA. Antara mereka yang cerdik pandai tidak perlu bertelagah untuk menunjukkan kepakaran masing-masing dalam bidang ilmu akan tetapi perlu lebih melihat ia dalam konsep yang lebih meluas dengan sumbangan yang dapat diberikan 118 .3 Penutup Penulis mengakhiri rumusan ini dengan mengambil kira MLM dari sudut positif di mana sistem MLM ini ternyata boleh bertindak sebagai pemecah kepada tembok monopoli pasaran seterusnya membantu orang Islam mengembangkan produk mereka. Pengemblengan tenaga antara ulama dan ahli perniagaan amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam. menang dunia.Pakar-pakar ekonomi yang mencipta sistem MLM jangan berputus asa apabila sistemnya disifatkan haram atau mengandungi unsur haram. pembinaan ini mestilah digabungkan antara kepakaran ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dengan ulama-ulama yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan muamalat Islam. menang akhirat. Begitu juga dengan mereka yang ingin menjadi ahli atau berkecimpung dalam dunia MLM ini haruslah berniat tulus dan tidak hanya memikirkan sisi negatif persepsi pelbagai pihak tetapi berniat untuk membantu sesama Muslim di samping mempertingkatkan produk Islam.

kepada orang Melayu dan umat Islam khususnya. Ini kerana pandangan mereka sangat diperlukan oleh masyarakat yang mencari-cari konsep MLM yang halal dan Islamik. 119 . Masyarakat yang berminat pula perlu berusaha untuk membantu memperkembangkan bidang perniagaan untuk kepentingan bersama.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful