P. 1
Kajian Kes Masalah Sebutan Perkataan Dalam Kemahiran Bertutur Kanak-kanak Terencat Akal

Kajian Kes Masalah Sebutan Perkataan Dalam Kemahiran Bertutur Kanak-kanak Terencat Akal

5.0

|Views: 7,769|Likes:

More info:

Published by: Ahmad Aidil van Ziden on Sep 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/04/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.1 Latar Belakang Kajian
  • 1.2 Penyataan Masalah
  • 1.3 Tujuan Kajian
  • 1.4 Soalan Kajian
  • 1.5 Kepentingan Kajian
  • 1.6 Definisi Operasional Istilah
  • 1.7 Rumusan
  • 2.1 Pengenalan
  • 2.2 Masalah Artikulasi dan Masalah Fonologi
  • 2.3.1 Definisi Terencat Akal
  • 2.3.2 Punca-punca Terencat Akal
  • 2.3.4 Ciri-ciri Kanak-kanak Terencat Akal
  • 2.4 Kajian-kajian yang Berkaitan
  • 2.5 Rumusan
  • 3.1 Pengenalan
  • 3.2 Rekabentuk kajian
  • 3.3 Populasi dan Sampel Kajian
  • 3.4.2 Kesalahan Sebutan
  • 3.4.4 Kemahiran Sosial
  • 3.5 Tatacara Pemerolehan Data
  • 3.6 Tatacara Analisis Data
  • 3.7 Rumusan
  • 4.1 Pengenalan
  • 4.2 Profil Responden Kajian
  • 4.3.1 Analisis masalah artikulasi
  • 4.3.2 Analisis kesalahan sebutan
  • 4.3.3 Analisis kemahiran komunikasi
  • 4.3.4 Analisis kemahiran sosial
  • 4.4 Rumusan
  • 5.1 Pengenalan
  • 5.2 Rumusan Dapatan Kajian
  • 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
  • 5.4 Implikasi Kajian dan Cadangan
  • 5.5 RUMUSAN

BAB 1: MASALAH KAJIAN

1.1

Latar Belakang Kajian

Sistem pendidikan di Malaysia menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak untuk memasuki alam persekolahan. Peluang pendidikan ini terbuka kepada semua warganegara tanpa mengira agama dan bangsa. Selain itu, peluang mendapatkan perkhidmatan pendidikan tidak terbatas kepada mereka yang normal, tetapi juga untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan atau ketidakupayaan. Kanak-kanak ini dikenali sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (Abdul Rahim Razali, 2005). Proses pembelajaran bahasa dalam perkembangan kanak-kanak amat penting supaya mereka dapat berkomunikasi dengan baik. Kemahiran komunikasi yang berfungsi untuk menghantar dan menerima maklumat di antara individu amat penting dalam kehidupan seharian. Keberkesanan komunikasi amat penting dalam hubungan sosial dan masyarakat.

Terdapat bukti kukuh yang menyatakan bahawa masalah dalam penggunaan bahasa lisan kanak-kanak terencat akal, selalu menunjukkan perkaitan dengan kemahiran membaca mereka (e.g., Byrne, Buckley, MacDonald, & Bird, 1995; Fletcher

1

& Buckley, 2002; Kay-Raining Bird, Cleave, & McConnell, 2000; Snowling, Hulme, & Mercer, 2002)

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-bertukar fikiran (Abdul Rahim Talib, 2007). Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi ynag dilahirkan daripada alat sebutan (articulator), ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia (Kamarudin Hj. Husin 1988).

Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR), terencat akal merupaya keupayaan intelek yang sanagt ketara yang jatuh dibawah had purata keupayaan intelek individu sebelum mencapai umur 18 tahun. Kerencatan akal juga didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi aspek fungsi mental, disamping kemahiran yang rendah dari aspek tingkahlaku adaptif. Tingkah laku adaptif atau kemahiran penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan memakai pakaian, makan atau mengemas diri. Individu yang dikesan mengalami kecacatan akal ada kalanya tidak dapat menjaga diri sendiri atau hidup secara berdikari (Julia Jantan, 2007).

2

Kemahiran

bertutur

yang

berkesan

memerlukan

kanak-kanak

mampu

menuturkan kebayakan bentuk pertuturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai termasuklah prosodi iaitu nada dan irama dan begitu juga dengan fornem dan morfem. Pertuturan kanak-kanak terencat akal berkait rapat dengan perkembangan bahasa yang diterima oleh mereka. Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk keperluan komunikasi, menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hatton, 1998).

Kelewatan perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbedeto, 1992). Masalah pertuturan seperti masalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal. Umumnya bagi kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan, perkembangan bahasa mereka adalah selari dengan kanak-kanak normal, namun kemajuan perkembangan bahasa mereka agak perlahan sekiranya kategori yang dialami terencat akal teruk (Paula & Martin, 2006).

Di sekolah-sekolah pendidikan khas atau integrasi masalah pembelajaran, pengajaran teknik dan kemahiran bertutur tidak dispesifikasikan secara khasnya kepada kanak-kanak terencat akal. Keupayaan yang dimiliki mereka adalah terbatas dan berbeza-beza mengikut kategori terencat akal. Dalam kajian ini, masalah bertutur lebih difokuskan lagi dengan masalah sebutan perkataan yang dihadapi oleh kanak-kanak terencat akal di sekolah secara kajian kes.

3

1.2

Penyataan Masalah

Dapatan daripada beberapa kajian mendapati terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur kanak-kanak terencat akal ini. Hal demikian membawa gambaran bahawa mereka lemah dalam aspek kemahiran komunikasi dan kemahiran bahasa. Kemahiran bertutur merupakan salah satu komponen dalam kemahiran komunikasi yang membantu meningkatkan perkembangan hubungan sosial kanak-kanak dengan persekitarannya. Masalah bertutur selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran namun masih terdapat ramai kanak-kanak terencat akal yang masih belum mampu untuk bertutur dengan baik walaupun tidak mempunyai masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran. Bagi mendapatkan kemahiran bertutur yang lebih baik, adalah perlu untuk meningkatkan kemahiran bahasa reseptif dan ekspresif seseorang kanak-kanak itu sebanyak mungkin.

Dalam kajian ini, penguasaan kemahiran bertutur difokuskan dengan mendalam mengenai masalah sebutan yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah terencat akal. Masalah dan punca kesukaran kanak-kanak terencat akal untuk menyebut perkataanperkataan dikaji mengenai peranan guru serta pendekatan yang biasanya diambil di sekolah untuk membantu kanak-kanak terencat akal untuk menyebut perkataan. Masalah yang cuba dihuraikan dalam kajian ini ialah adakah pendekatan yang diambil oleh guru adalah berkesan dalam membantu kanak-kanak terencat akal meningkatkan sebutan-sebutan perkataan seterusnya membantu kemahiran bertutur mereka. Kajian ini juga akan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak terencat 4

akal yang menhalang mereka untuk menuturkan sebutan-sebutan perkataan dengan baik dan jelas.

1.3

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini bertujuan menyelidik masalah sebutan perkataan di kalangan kanak-kanak terencat akal dan pendekatan yang diambil guru untuk membantu mereka menguasai kemahiran bertutur di sekolah pendidikan khas atau integrasi pendidikan khas di Malaysia. Kajian ini bertujuan:

1. Untuk mengenal pasti punca-punca masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak terencat akal 2. Untuk mengenal pasti bentuk masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak terencat akal 3. Untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran semasa yang diambil oleh guru dalam membantu kanak-kanak terencat akal bertutur dengan baik 4. Untuk membantu guru menjalankan kaedah-kaedah yang lebih berkesan terhadap masalah sebutan perkataan yang dijalankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak terencat akal

5

Apakah punca-punca masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak terencat akal? 2. Kajian ini juga akan memberi faedah kepada guru pendidikan khas untuk merancang aktiviti-aktiviti pengajaran yang dapat membantu meningkatkan kemahiran bertutur kanak-kanak berkeperluan khas. Apakah bentuk masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak terencat akal? 3. Adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di sekolah dapat membantu kanak-kanak terencat akal untuk menguasai kemahiran bertutur? 4. guru pendidikan khas dapat membaiki kaedah pendekatan dalam proses pengjaran dan pembelajaran di dalam kelas khususnya kanakkanak terencat akal. Selain ini.4 Soalan Kajian Kajian yang dijalankan ini akan cuba soalan-soalan berikut: 1.1.5 Kepentingan Kajian Melalui penyelidikan ini. Apakah kaedah berkesan yang boleh diambil oleh guru untuk membantu masalah sebutan perkataan kanak-kanak terencat akal? 1. kajian ini dapat dijadikan asas kepada guru pendidikan khas untuk membentuk kaedah baru bagi menangani masalah sebutan perkataan di kalangan kanak-kanak terencat akal dan 6 .

ibu bapa. mandi. pihak Jabatan Pendidikan Khas serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat menyusun satu program intervensi awal bagi membantu kanak-kanak terencat akal bertutur dengan baik dengan memahami puncapunca masalah yang dihadapi mereka. sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti iaitu: a) Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian. Melalui kajian ini juga. IQ lazimnya diukur melalui Ujian IQ dimana skor purata ialah 100. Untuk mengukur tingkah laku adaptif. keluarga. Individu yang memperolehi skor bawah 70 hingga 75 dikenal pasti mengalami kerencatan akal. guru pendidikan khas. 1.6 Definisi Operasional Istilah Terencat Akal : Individual with Disabilities Education Act (IDEA) mendefinisikan terencat akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang rendah serta kekurangan dalam tingkah laku social sepanjang tempoh perkembangan yang memberi kesan kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak. makan dan sebagainya b) Kemahiran komunikasi seperti memahami apa yang dituturkan dan berupaya memberi tindak balas c) Kemahiran social seperti hubungan dengan rakan. 7 . orang dewasa dan masyarakat.seterusnya memberi manfaat kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang lain.

kanakkanak mesti belajar bagaimana untuk mengeluarkan "r" bunyi teratur untuk mengatakan "rabbit" daripada "wabbit"). namun takrif terkini termasuklah suatu komponen hubungan antara fungsi kognitif dan emosi . kerencatan tertumpu hampir keseluruhannya pada kognitif. kemahiran urus diri. kemahiran-kemahiran sosial. (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-IV). 2000). komunikasi.World Health Organization (WHO) mendefinisikan kerencatan akal adalah satu gangguan berunsur fungsi sub-purata kognitif dan defisit dalam dua atau lebih tingkah laku adaptif sebelum usia permulaan 18 tahun. Kemahiran Bertutur : menurut American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) kemahiran bertutur adalah cara berkomunikasi lisan. 8 . dan sebagainya). dan berlaku sebelum usia jelas 18 tahun.dan suatu hubungan antara fungsi kemahiran-kemahiran individu dalam persekitaran mereka. Individu kerencatan akal juga ditakrifkan sebagai individu yang dianggap untuk memiliki satu rencatan mental: iaitu IQ di bawah 70. pertuturan mengandungi berikutan: a) Artikulasi: Bagaimana bunyi-bunyi pertuturan telah dibuat (contohnya. kemampuan terhad dalam dua atau lebih kawasan tingkah laku sesuai (seperti yang diukur secara satu tingkah laku sesuai skala pemeringkatan contohnya. b) Suara: Menggunakan lipatan-lipatan suara dan pernafasan menghasilkan bunyi (contohnya suara boleh disalahgunakan yang menyebabkan keserakan atau kehilangan suara).

perkataan. Konsep ini sering sahaja digunakan untuk mendefinisikan produksi konsonan- konsonan namun kemahiran bertutur bolh ditakrifkan . sebagai kelakuan social yang dijanakan oleh organ-organ artikulasi. intonasi. Inggeris Oxford Dictionary mentakrifkan masalah sebutan sebagai "sebutan tidak betul atau tidak tepat". bibir. dan sebagainya (Schell dan Martins 2006). dan alat pertuturan lain terlibat dalam membuat satu hubungan yang sama. Percanggahan pendapat mengenai ketepatan atau tidak sesuatu sebutan istilah atau perkataan betujuan untuk membukti sebutan perkataan tersebut adalah bermakna.c) Kefasihan: Rentak pertuturan (contohnya teragak-agak atau gagap boleh menjejaskan kefasihan) Dalam linguistik (fonetik artikulasi). cara artikulasi menggambarkan bagaimana lidah. Menurut Abdullah Yusoff (1995) latihan pertuturan memerlukan jangkamasa yang panjang dan pendekatan yang sesuai. dan ungkapan-ungkapan mengenai pengeluaran bunyibunyi dan penempatan tekanan. 9 . morfologi dan bahasa. Latihan pertuturan perlu dilakukan diperingkat fonetik. Masalah Sebutan Perkataan : sebutan didefinisikan sebagai aksi atau cara menyebut suku kata.

Kanak-kanak mungkin memnyebut satu perkataan dalam perhubungan untuk belajar bahasa tetapi tujuan komunikasi perkataan tersebut perlu digabungkan dengan perkataan lain (Safani Bari.Fungsi perkataan adalah tidak mengandungi makna sendiri tetapi memberi makna kepada ayat. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada orang yng mendengar pertuturannya.7 Rumusan Melalui kajian ini. 10 . perkataan atau ayat dengan tepat dan jelas. badan-badan bukan kerajaan (NGO). Sebutan ialah membunyikan huruf-huruf. pertubuhan swasta dan orang perseorangan. ibu bapa dan masyarakat. (Kamaruddin hj Husin. diharapkan satu kaedah dan pendekatan yang lebih berkesan dapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru pendidikan khas dan pihak-pihak yang terlibat seperti jabatan-jabatan kerajaaan. 2007). Dalam kajian ini masalah-masalah dan punca-punca kanak-kanak terencat akal kurang menguasai kemahiran bertutur dan peranan guru pendidikan khas untuk membantu masalah sebutan perkataan dikaji. 1988) 1.

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2. 11 . 2. Kesukaran berkomunikasi di kalangan kanak–kanak berkeperluan khas boleh menyebabkan mereka sukar untuk menerima mesej yang disampaikan oleh guru dan orang lain. Antara masalah yang timbul dalam kesukaran bertutur ialah masalah sebutan yang terdiri daripada masalah artikulasi dan masalah fonologi. 2002).1 Pengenalan Pertuturan adalah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu untuk memajukan diri dalam bidang akademik dan kehidupan secara keseluruhannya.2 Masalah Artikulasi dan Masalah Fonologi Masalah artikulasi didefinisikan sebagai masalah yang mengganggu sistem dalam sesuatu bahasa. sejarah perkembangan. kemahiran ‘oralmotor’ dan persekitaran. Kebolehan sebutan menggunakan kod bunyi yang jelas dan betul bergantung kepada beberapa pembolehubah iaitu umur pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat seramai 10% dariapada kanak-kanak prasekolah mengalami masalah artikulasi (ASHA.

Ia adalah mungkin disebabkan oleh masalah ‘organic’ ataupun masalah kefungsian. Sesetengah masalah kanak-kanak berkeperluan khas adalah berkaitan dengan peluang mempelajari jenis pertuturan yang bersesuaian atau tidak bersesuaian.menggantikan sesuatu bunyi dengan bunyi yang lain( fith for fish ) Penyingkiran.penambahan bunyi dalam satu kata( fisha for fish (Boone 256-58) Selain daripada itu masalah artikulasi juga dikaitkan dengan masalah fonologi.menyingkirkan satu bunyi dengan bunyi lain ( fi' for fish) Penambahan. Beberapa masalah kefungsian fonologi mungkin disebabkan oleh gangguan ataupun kerosakan pada bahagian saraf. darjah kehilangan pendegaran yang tidak jelas serta ketiadaan model pertuturan yang sesuai. di mana aktiviti yang sangat kompleks melibatkan pelbagai 12 . terdapat kira-kira 99% daripada kes kanakkanak yang mengalami masalah artikulasi adalah disebabkan oleh masalah kefungsian (ASHA. Perbezaan dalam pertuturan juga dikaitkan dengan persekitaran dan juga perubahan bahasa.Terdapat empat jenis kesilapan utama artikulasi menurut Mc Reynolds (1990) iaitu : • • • • Gangguan. termasuklah peluang menjalani terapi pertuturan. Organ artikulasi dan masalah fonologi adalah saling berkaitan dengan keupayaan saraf dan fizikal yang diperlukan untuk menghasilkan pertuturan.menghasilakan bunyi yang berbeza daripada biasa Penggantian. 1999). Menurut ahli terapi pertuturan di sekolah.

3 Terencat Akal 2. saraf deria dan sistem kognitif. Menurut American Psychiatric Association (2002). masalah pertuturan yang disebabkan oleh faktor organic adalah termasuk kehilangan pendengaran. Tingkah laku penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan memakai pakaian.rangkaian yang sangat rumit.3. Masalah artikulasi dan fonologi boleh berbeza di antara individu bergantung kepada bahagian mana yang mempunyai masalah. Kecacatan otak pula berkait dengan kerosakan saraf yang seterusnya boleh menyebabkan masalah pertuturan seperti apraksia dan dysatria. bentuk gigi yang tidak sempurna (dental malformation) dan juga ketumbuhan. makan atau mengemas diri. kerencatan akal didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental. sumbing. Kerencatan akal ini mesti dikesan sebelum usia 18 tahun. 13 . di samping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian. ketepatan dan koordinasi pantas di antara saraf otot.1 Definisi Terencat Akal Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR). 2.

orang dewasa dan masyarakat. keluarga.Seperti yang dinyatakan dalam bab 1. sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti iaitu: a) Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian. Julia Jantan (2007) menyatakan bahawa kerencatan akal berlaku akibat masalah kegagalan otak berfungsi. 14 . mandi. Individual with Disabilities Education Act (IDEA) mendefinisikan terencat akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang rendah serta kekurangan dalam tingkah laku sosial sepanjang tempoh perkembangan yang memberi kesan kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak. IQ lazimnya diukur melalui Ujian IQ di mana skor purata ialah 100. Individu yang memperolehi skor bawah 70 hingga 75 dikenal pasti mengalami kerencatan akal. Ini bermakna. Kerencatan akal yang berlaku pada individu bukan sahaja melibatkan batasan fungsi mental tetapi turut melibatkan masalah emosi. Kemampuan kognitif kanak-kanak terencat akal juga terganggu. kanak-kanak ini lambat unutk menerima sesuatu maklumat yang disampaikan kepada meraka dan sukar untuk memahami konsep-konsep yang kompleks. Untuk mengukur tingkah laku adaptif. makan dan sebagainya b) Kemahiran komunikasi seperti memahami apa yang dituturkan dan berupaya memberi tindak balas c) Kemahiran sosial seperti hubungan dengan rakan.

Manakala 25% disebabkan oleh palsi sereblum. otak dan sistem saraf tunjang juga merupakan antara ounce kerencatan akal. Kesannya mengakibatkan tekanan akibat kepala yang lebih besar boleh menyebabkan kegagalan dalam proses pembelajaran (Julia Jantan. 2007). Gen tunggal seperti phenylkenoturia (PKU) dan kegagalan metabolisme sewaktu janin dalam kandungan juga merupakan antara faktor kerencatan akal sekiranya tidak dapat dikesan pada peringkat awal lagi.2 Punca-punca Terencat Akal Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 15 .3. Contohnya. sebanyak 30% kanakkanak yang mengalami kerencatan akal yang teruk disebabkan oleh ketidaknormalan genetik seperti Sindrom Down.2. Keadaan ini menyebabkan pembentukan cecair yang berlebihan daripada tulang belakang yang akan mengakibatkan hydrocephalus (bayi berkepala besar). kecacatan tuib saraf merupakan kecacatan sewaktu kelahiran yang menyebakan kegagalan pembentukan saraf tulang belakang yang sempurna. Proses kelahiran yang menyebabkan kecatan fizikal di bahagian kepala. 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah prenatal. Mutasi dalam perkembangan gen juga boleh menyebabkan kerancatan akal. Selebihnya sebanyak 15% pula tidak dapat ditentukan faktor penyebabnya.

kanak-kanak terencat akal menunjukkan beberapa tanda tertentu seperti menghadapi kesukaran untuk pertuturan.4 Ciri-ciri Kanak-kanak Terencat Akal Umumnya kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah yang ketara dalam mengurus diri.3.3. rubella -penggunaan alcohol -penggunaan dadah Rajah 2. Umumnya. berfikir. sukar memahami peraturan-peraturan sosial dan tidak dapat mengingat atau membezakan 16 .3 Punca-punca Kerencatan Akal Selepas Kelahiran -jangkitan di otak -kecederaan di kepala -penderaan atau pengabaian emosi -tumor otak 2. mandi.Punca-punca Kerencatan Akal Tempoh Kehamilan Semasa Kehamilan -nutrisi tidak -kekurangan oksigen seimbang -kelahiran pramatang -jangkitan seperti HIV. menyelesaikan dan fungsi intelek (IQ). terdapat dua perkara penting yang dilihat sebelum memastikan kanak-kanak itu mengalami kerencatan akal iaitu: a) Kebolehan mental untuk belajar. b) Kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan hidup berdikari atau lebih dikenali sebagai tingkah laku adaptif seperti memakai pakaian. Namun menurut Warren & Abbedutto (1992). Kesukaran untuk mengingat. menguruskan diri dan sebagainya.

bagi kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan. Dalam menentukan kriteria psikologikal dan tingkah laku kanak-kanak terencat akal. namun kemajuan perkembangan bahasa mereka agak perlahan sekiranya kategori yang dialami kerencatan akal yang teruk. Kanak-kanak terencat akal juga menghadapi masalah dalam memproses penyelesaian masalah dan untuk berfikir secara logik atau kritikal. 1992). perkembangan bahasa mereka yang mengalami kerencatan normal. Umumnya. Kelewatan dalam perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto. Kebanyakan kanak-kanak terencat akal juga sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu atau sukar untuk berfikir secara logik (Wehman. 1998). Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk keperluan komunikasi. Terdapat pelbagai variasi tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak terencat akal yang menjadikan setiap seorang dariapada merupakan individu yang unik.4 Kajian-kajian yang Berkaitan 17 . tiada instrumen yang tepat untuk memastikan seseorang individu itu terencat akal. Masalah pertuturan seperti masalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal.kesan dan akibat. menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hutton. 1988). 2.

morfologi dan sintaksis. iaitu sebutan. kanak-kanak terencat akal tidak dapat memahami peranan menunggu giliran seperti menunggu giliran apabila seseorang selesai bercakap sebelum memulakan topik perbualan (Suhaila Sulaiman.1 Kajian Dalam Negara Menurut Abd. Pertuturan akan membabitkan sistem fonetik. pengajaran pertuturan ialah satu sesi dimana murid-murid bermasalah pendengaran diajar bertutur dengan menggunakan alat pertuturan (artikulasi) mereka bagi membantu merekamengeluarkan suara dan komunikasi secara lisan.4. Namun begitu kemahiran pertuturan amat diperlukan oleh kanak-kanak terencat akal dalam meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. 2. Pendekatan ini sukar dilakukan kerana kecacatan pendengaran mempengaruhi penerimaan bunyi dan membawa kesan kepada penghasilan bunyi. pengasas pertuturan Kiu Bahasa Melayu menyatakan bahawa kaedah Pertuturan Kiu yang digunakan membolehkan pelajar18 . 2007). Menurut kajian. Melalui penguasaan kemahiran komunikasi kanakkanak terencat akal dapat meningkatkan perkembangan sosial mereka. Menurut Tan Chin Guan (1995). Menurut Abdullah Yusoff (1995). Sesi ini mungkin berlangsung dibilik darjah dengan bantuan peralatan yang khusus. pendekatan pengajaran pertuturan memerlukan orang pekak menuturkan bahasa lisan seperti orang biasa. Rahman Hamdan (1996).Kebanyakan kajian yang dijalankan berkaitan dengan masalah pertuturan adalah berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran.

4. Hal ini ada kaitannya dengan kelewatan member latihan dan pendedahan bunyi bahasa kepada mereka. Menurut Noraini Ismail (1988). pihak-pihak yang terlibat dalam pengendalian bagi murid-murid bermasalah pendengaran di sekolah rendah perlu mengambil aspekaspek berikut dalam pengajaran pertuturan seperti memeriksa dan menentukan darjah kehilangan pendengaran. ibu bapa dan guruguru yang terlibat tentang bantuan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak ini untuk memperbaiki pertuturan. menggalakkan kanak-kanak tersebut menggunakan alat bantu dengar.2 Kajian di Luar Negara 19 . meletakkan kanak-kanak di dalam kelas yang paling mudah untuk membaca pergerakan bibir. ada kes murid pekak yang mempunyai sisa pendengaran tetapi kerana tidak mendapat pendedahan dan latihan berbahasa awal di rumah oleh ahli keluarga dan kakitangan professional menyebabkan mereka ke sekolah tanpa boleh berbahasa lisan. Mereka juga boleh berinteraksi dengan pelajar normal dengan cara bacaan bibir. melatih kanak-kanak menggunakan alat bantu dengar dengan betul.pelajar berkeperluan khas terutamanya bermasalah pendengaran bertutur. 2. memperbaiki kesilapan artikulasi yang sering berlaku kepada kanak-kanak masalah pendengaran serta memberi khidmat nasihat kepada kanak-kanak. adalah sukar untuk memahami pertuturan kanak-kanak bermasalah pendengaran jika guru tidak biasa dengan mereka. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2004). Sebagai contoh.

Pushaw (1976). 1994 dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan. 20 . elakkan murid daripada merasa tertekan.Robertson dan Rexter (1990) pula. Fey dan Littlewood (1986) telah mencadangkan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan bagi mengatasi kanakkanak yang mempunyai masalah pertuturan. menggunakan pendekatan komunikatif dimana peranan guru menjadi kurang dan menggunakan berbagai teknik yang melibatkan pemusatan pembelajaran murid. murid perlu digalakkan bercakap. murid perlu diajak berbincang berdasarkan topik tertentu yang berkaitan dengan pengalaman murid. guru juga perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan pengajaran. kaedah Oral-Auditory adalah sangat berkesan untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran menguasai pertuturan. perlu mengulang arahan yang agar sukar difahami oleh murid. percakapan dan arahan guru perlu jelas. Di antaranya ialah tempatkan murid berhampiran dengan guru. faktor kebolehan mendengar adalah penting Ketidakmampuan mendengar menghalang seseorang itu mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang dipelajari. Ramai daripada kalangan kita tidak dapat bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kita dengar kerana tidak pernah mendengar bunyi-bunyi bahasa berkenaan. Latihan AuditoriOral yang telah distrukturkan dapat membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran mempelajari bahasa dengan lebih berjaya melalui interaksi yang berterusan dan konsisten dengan bantuan dan sokongan persekitaran ahli keluarga. Menurut Paul & Quigley. jangan memaksa murid untuk menghafal.

Kajian yang lebih spesifik mengenai masalah ini masih belum dilaksanakan dan keseluruhan kajian berkaitan masalah sebutan dan pertuturan lebih berbentuk umum untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran.2. 21 . Penguasaan kemahiran bertutur di kalangan kanak-kanak terencat akal akan menyebabakan kelewatan perkembangan bahasa yang mempunyai hubung kait dengan keyakinan diri mereka dan seterusnya menghadapi masalah untuk memahami konsep-konsep sosial.5 Rumusan Melalui tinjauan literatur hasil daripada kajian-kajian lepas. dapat disimpulkan bahawa masalah sebutan dan pertuturan di kalangan kanak-kanak terencat akal adalah satu masalah yang ketara yang di hadapi oleh mereka.

kesalahan sebutan.2 Rekabentuk kajian Rekabentuk kajian merupakan satu tatacara pengumpulan data yang bertujuan untuk menjawab persoalan hasil daripada permasalahan kajian. sebutan dan kemahiran bertutur berdasarkan objektif kajian. temubual dan permerhatian individu atau kumpulan yang terlibat. kaedah kajian yang akan dijalankan yang merangkrekabentuk kajian yang dilaksanakan. 3. populasi dan sampel kajian. tatacara pengutipan data. instrument kajian yang dipilih. senarai semak. Kaedah kajian yang dipilih ialah kaedah kualitatif. Rekabentuk kajian tinjauan ini melibatkan pengumpulan maklumat secara efektif dan mengenal pasti keupayaan kefahaman berkomunikasi kanak-kanak terencat akal.BAB 3: KAEDAH KAJIAN 3. lokasi kajian. Dalam kajian ini satu kajian tinjauan dibuat untuk mengumpul maklumat mengenai permasalahan bahasa. Kajian tinjauan ini melibatkan pengumpulan data melalui penggunaan beberapa kaedah seperti ujian penilaian. kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial kanak-kanak terencat akal. Chua (2006) menyatakan kajian kes atau tinjuan boleh 22 . Kefahaman berkomunikasi ini difokuskan mengenai proses fonologi pertuturan.1 Pengenalan Dalam bab ini. tatacara penganalisisan data dan rumusan dalam melaksanakan kajian ini.

Ujian fonetik yang akan dijalankan menggunakan kaedah impresionik iaitu bergantung kepada kepakaran pendengaran penguji dalam membezakan bunyi-bunyi yang didengar.1 Ujian Fonetik 23 . tingkah laku masyarakat dan boleh difokuskan kepada latar belakang seseorang individu.4 Instrumen Kajian Kajian ini akan menjalankan dua instrument kajian iaitu ujian fonetik dan senarai semak pemerhatian.4. 3. Menurut Hayward (2000) ujian fonetik boleh diuji melalui dua kaedah iaitu melalui kaedah impresionik dan eksperimental. Lokasi sampel ialah murid-murid terencat akal di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam. kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial.3 Populasi dan Sampel Kajian Populasi dan sampel kajian adalah terdiri daripada murid-murid terencat akal di tiga sekolah kebangsaan yang menjalankan Program Pendidikan Khas Pembelajaran di sekitar Kuala Lumpur. Instrumen senarai semak pemerhatian menguji tiga aspek iaitu kesalahan sebutan. Sampel yang dipilih adalah seramai 20 orang dan dipilih secara rawak. 3. 3. Sekolah Kebangsaan Seri Indah dan Sekolah kebangsaan Setapak.dilaksanakan untuk menyelidik sesuatu permasalahan pada satu perspektif yang luas mengenai peristiwa.

Meninggalkan sebutan awal atau akhir contohnya ‘lari’ kepada ‘ari’ atau ‘makan’ kepada ‘akan’ ii.4.Pemerolehan maklumat melalui ujian fonetik melibatkan pemerolehan dan pembinaan kemahiran dalam mengenalpasti. Meninggalkan suku kata awalan seperti ‘cepat’ kepada ‘pat’ Keliru dengan konsonan bersuara atau tak bersuara Kelancaran sebutan ketika bercerita 3. Bunyi sebutan murid akan dicatat dan direkod dan masalah artikulasi murid dikenal pasti. membezakan dan menghasilkan satu siri bunyi-bunyi bahasa secara keseluruhan dan meluas. iv.2 Kesalahan Sebutan Aspek kesalahan sebutan adalah untuk mengenal pasti sebutan bahasa yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak terencat akal. 3.4. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah dengan meminta murid bercerita mengenai apa yang diperdengarkan. iii. Pemerhatian yang diberikan ketika aktiviti dijalankan ialah: i. Satu set borang ujian fonetik disediakan dan ujian dijalankan dengan guru atau penguji menunjukkan gambar-gambar tertentu dan kemudian meminta murid menyebut nama objek-objek yang ditunjukkan.ketika bertutur.3 Kemahiran Komunikasi 24 .

Pemerhatian yang dibuat juga bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid untuk memahami. menguji keupayaan bercerita menggunakan gaya.1 Skala rujukan instrumen Skala 3 Peringkat Baik Ciri-ciri i. menyanyi dan bermain Memerhatikan kemahiran bercerita tanpa bantuan.4 Kemahiran Sosial Kemahiran sosial dibina untuk mengenal pasti keupayaan bersosial murid menggunakan bahasa iaitu: i. Sebut suku kata atau perkataan dengan jelas 25 . penglibatan diri dalam aktiviti dan kebolehan murid terhadap jenaka atau humor dalam kumpulan JADUAL 3. Memerhatikan interaksi sosial murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku ii. mengikut dan member arahan tanpa bantuan. iii. intonasi dan nada suara yang sesuai. 3.4. Pemerhatian juga bertujuan untuk memastikan keupayaan murid untuk memahami sesuatu maklumat atau mesej daripada orang lain atau satu cara melahirkan keperluan dan pemikiran mereka. Memerhatikan ketika aktiviti riadah.

1 menunjukkan skala rujukan bagi menggunakan instrumen senarai semak pemerhatian yang dijalankan oleh penguji. 3. iii. ii.ii. mudah difahami Kelancaran atau kelantangan dalam pertuturan Boleh sebut tetapi tidak jelas Pertuturan kurang lancer atau tersekat-sekat Pertuturan difahami tetapi terdapat kelemahan dalam diskriminasi bunyi 1 Lemah iv. tepat. Pertuturan tak lancar dan kurang difahami Berkomunikasi dengan menggunakan tangan dan menggunakan kepala sahaja iv. i. i. Tidak berupaya mendiskriminasikan bunyi Jadual 3. 2 Sederhana iv. Sebut perkataan dengan intonasi yang betul Pertuturan kemas. iii.5 Tatacara Pemerolehan Data Sebelum kajian dijalankan beberapa perkara perlu dilaksanakan untuk memastikan keberkesanan perlaksanaan kajian tersebut. iii. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah menghantar surat kebenaran kepada Guru Besar sekolah-sekolah yang 26 . perkataan dan ayat ii. Terdapat sedikit intonasi dalam pertuturan Tidak berupaya sebut suku kata.

dapatan tersebut akan dikaji mengenai bunyi-bunyi pertuturan mengikut Sistem Bunyi Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA). Selepas item dan ujian penilaian dijawab.1 dimana item ditanda (√) pada kotak yang disediakan. proses pengumpulan ujian dan soal selidik dijalankan untuk dianalisa. Tempoh masa yang sesuai ditetapkan agar sampel dapat memberikan maklumatmaklumat yang dikehendaki.berkaitan untuk melaksanakan kajian. 3. Dapatan data akan dianalisa mengikut aspek yang diuji kemudian bilangan kekerapan dan peratuan dicatat. Untuk borang ujian fonetik.7 Rumusan 27 . dapatan data akan dianalisa mengikut bahagian-bahagian tertentu.6 Tatacara Analisis Data Melalui maklumat yang telah diperolehi hasil daripada borang ujian dan soal selidik. Perjumpaan ini amat penting kerana kaedah-kaedah perlaksanaan instrumen perlu dijelaskan dengan teliti supaya sampel kajian dapat memberi maklumat yang berkesan dan dapat dikaji. Melalui sessi ini juga guru-guru atau penguji tidak menemui sebarang kesulitan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Salinan surat kebenaran akan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak Institut Perguruan Ilmu Khas. satu sessi taklimat akan dibuat kepada penyelaras program dan guru-guru yang terlibat. Dapatan daripada senarai semak yang dilaksanakan pula menggunakan skala Likert 3 mengikut skala dalam jadul 3. Setelah mendapat kebenaran. 3.

BAB 4: DAPATAN KAJIAN 28 . Instrumen yang dipilih akan digunakan dalam mengumpul data berdasarkan objektif dan rekabentuk kajian supaya dapat menjawab permasalahan kajian.Data-data dan maklumat adalah amat diperlukan dalam menjalankan kajian dan dianalisa secara kekerapan dan peratusan. Cara perlaksanaan dan menganalisis data ditentukan dalam bab ini.

4. Dapatan adalah mengenai masalah sebutan dan pertuturan yang dihadapi oleh responden di setiap populasi sampel kajian dijalankan. Antara perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah mengenai profil responden iaitu murid-murid terencat akal yang telah menjalankan instrumen-instrumen kajian. Dapatan kajian yang dibentangkan melihat terus kepada jawapan kekerapan atau peratusan yang tertinggi dan yang terendah.1 Pengenalan Dalam bab ini dapata kajian dilaporkan berdasarkan soalan-solan kajian yang dibuat.4. 4. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang murid terencat akal di tiga sekolah di sekitar Kuala Lumpur.1 Profil responden mengikut jantina 29 .2. Profil responden yang didapati dibahagikan kepada profil mengikut jantina dan profil mengikut penggunaan bahasa. Kekerapan atau peratusan ini diambil melalui skala yang ditetapkan dan aspek-aspek masalah yang dihadapi oleh responden. analisis dapatan kajian dan rumusan mengenai daptan tersebut.2 Profil Responden Kajian Profil atau latar belakang responden adalah berdasarkan profil murid terencat akal yang dicatat dalam soalan ujian fonetik dan senarai semak sebutan dan pertuturan yang dibina.

JADUAL 4. seramai 13 orang (65%) adalah murid lelaki manakala tujuh orang (35%) adalah murid perempuan.2 menunjukkan daripada 20 orang responden.2 Profil responden mengikut penggunaan bahasa Profil responden mengikut penggunaan bahasa merujuk kepada pengunaan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian responden.1 menunjukkan profil responden mengikut jantina.Jadual 4.1 Profil responden mengikut jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan 13 7 20 Peratusan (%) 65 35 100 4. Jadual 4.2. JADUAL 4. 15 orang (75%) menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian manakala lima orang (25%) tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian.2 Profil responden mengikut penggunaan bahasa Kumpulan Bahasa Melayu Bukan bahasa Melayu Jumlah Kekerapan 15 5 20 Peratusan (%) 75 25 100 30 . Daripada 20 orang responden iaitu kanak-kanak terencat akal.

4.3. Setiap responden menunjukkan satu atau lebih kesilapan artikulasi yang berlainan.3 Masalah artikulasi yang dihadapi Kesilapan artikulasi Gangguan Penggantian Penyingkiran penambahan Jumlah kekerapan 2 15 25 6 48 Peratusan (%) 4 31 52 13 100 Jadual 4.4. Kesilapan penggantian mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu 52% diikuti 31 .3 Dapatan Kajian Bahagian ini menjelaskan dapatan kajian melalui instrumen-instrumen kajian yang dilakukan iaitu (a) masalah artikulasi yang dihadapi responden berdasarkan ujian fonetik (b) kesalahan sebutan berdasarkan senarai semak (c) kemahiran komunikasi berdasarkan senarai semak dan (d) kemahiran sosial berdasarkan senarai semak. Masalah artikulasi yang dihadapi responden ditunjukkan dalam Jadual 4.3 menunjukkan kesilapan artikulasi yang ditunjukkan oleh 20 orang responden. JADUAL 4.1 Analisis masalah artikulasi analisis mengkaji masalah artikulasi yang dihadapi responden iaitu (a) gangguan (b) penggantian (c) penyingkiran dan (d) penambahan.3.

penggantian 31%.2 Analisis kesalahan sebutan Dalam masalah sebutan terdapat lima item yang diperhatikan ialah: a) Meninggalkan sebutan awal atau akhir perkataan b) Meninggalkan suku kata c) Pertuturan tidak jelas apabila terlalu seronok d) Pertuturan tidak jelas apabila cuba bertutur dalam ayat panjang e) Keliru dengan konsonan bersuara dan tidak bersuara JADUAL 4.3.4 Analisis purata kesalahan sebutan Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 3 11 6 20 Peratusan (%) 15 52 29 100 Berdasakan jadual di atas didapati bahawa secara purata murid terencat akal mencapai peringkat sederhana bagi senarai semak item kesalahan sebutan dengan 11 orang (52%) murid. diikuti dengan murid mencapai peringkat lemah seramai enam orang (29%) murid. 32 . Hanya seramai tiga orang murid (15%) sahaja mencapai peringkat baik. Kesilapan penambahan dan gangguan pula masing-masing menunjukkan peratusan 13% dan 4%. 4.

JADUAL 4.5 Analisis soalan kesalahan sebutan Soalan 1(a) 1(b) 1(c) 1(d) 1(e) Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 7 11 2 20 6 11 3 20 4 13 3 20 2 8 10 20 9 11 20 Peratusan (%) 35 55 10 100 30 55 15 100 20 65 15 100 10 40 50 100 45 55 100 33 .Setiap soalan senarai semak bagi item kesalahan sebutan dikaji dan dianalisis dengan kekerapan dan peratusan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.5.

Tiada murid yang mencapai peringkat baik dalam menjawab soalan 1(e).3.Analisis soalan bagi item kesalahan sebutan menunjukkan soalan 1(a) mencapai peringkat baik paling tinggi dengan seramai tujuh orang (35%) murid dan sederhana seramai 11 orang (55%) murid. bila dan apa b) Boleh mengikut dan memberikan arahan tanpa bantuan c) Boleh bercerita tentang aktiviti harian dengan ringkas d) Boleh menjawab soalan dalam pelbagai pola ayat mudah e) Menggunakan intonasi dan nada suara yang sesuai ketika bertutur 34 . Soalan 1(e) pula mencapai peringkat paling lemah yang terbanyak dengan seramai 11 orang (55%) murid dan sederhana seramai 9 orang (45%) murid. Oleh itu lima item yang diuji dan dibuat analisis ialah: a) Boleh memahami perkataan kunci dalam ayat tanya seperti mana.3 Analisis kemahiran komunikasi Kemahiran komunikasi adalah perlu untuk memastikan keupayaan bertutur dan berbahasa. 4.

Hanya seramai tiga orang murid (13%) sahaja mencapai peringkat baik.7.JADUAL 4. JADUAL 4. diikuti dengan murid mencapai peringkat sederhana seramai enam orang (29%) murid.7 Analisis soalan kemahiran komunikasi 35 .6 Analisis purata kemahiran komunikasi Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 3 6 11 20 Peratusan (%) 13 29 58 100 Berdasakan jadual di atas didapati bahawa secara purata murid terencat akal mencapai peringkat lemah bagi senarai semak item kemahiran komunikasi dengan 11 orang (58%) murid. Setiap soalan senarai semak bagi item kemahiran komunikasi dikaji dan dianalisis dengan kekerapan dan peratusan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.

Lima item yang diperhatikan ialah: a) Boleh bercerita berdasarkan gambar bersiri 36 . Seorang sahaja murid (5%) mencapai peringkat baik dalam soalan 2(e).4 Analisis kemahiran sosial Kemahiran sosial dikaji dari segi penglibatan dan keupayaan murid terencat akal dalam aktiviti yang dilaksanakan.3.Soalan 2(a) 2(b) 2(c) 2(d) 2(e) Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 3 7 10 20 5 8 7 20 2 6 12 20 2 9 9 20 1 9 10 20 Peratusan (%) 15 35 50 100 25 40 35 100 10 30 60 100 10 45 45 100 5 45 50 100 Analisis soalan bagi item kemahiran komunikasi menunjukkan soalan 2(b) mencapai peringkat baik paling tinggi dengan seramai lima orang (25%) murid dan sederhana seramai lapan orang (40%) murid. 4. Soalan 2(e) pula mencapai peringkat paling lemah yang terbanyak dengan seramai 10 orang (50%) murid dan sederhana seramai 9 orang (45%) murid.

b) Boleh melibatkan diri dalam permainan seperti bunyi.8 di atas menyatakan bahawa secara purata murid terencat akal didapati mencapai peringkat lemah bagi senarai semak item kemahiran sosial dengan lapan orang (46%) murid. 37 . Hanya seramai empat orang murid (19%) sahaja mencapai peringkat baik. rentak dan perkataan c) Boleh mengikut peraturan permainan d) Boleh mengikut jalan cerita berdasarkan visual di televisyen e) Boleh berjenaka walaupun percakapan terhad JADUAL 4.8 Analisis purata kemahiran sosial Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 4 7 8 20 Peratusan (%) 19 35 46 100 Jadual 4. diikuti dengan murid mencapai peringkat sederhana seramai enam orang (35%) murid.

9 JADUAL 4.Setiap soalan senarai semak bagi item kemahiran komunikasi dikaji dan dianalisis dengan kekerapan dan peratusan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.9 Analisis soalan kemahiran sosial Soalan 3(a) 3(b) 3(c) 3(d) 3(e) Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 2 5 13 20 4 8 8 20 5 5 10 20 5 9 6 20 3 8 9 20 Peratusan (%) 10 25 65 100 20 40 40 100 25 25 50 100 25 45 30 100 15 40 45 100 Analisis soalan bagi item kemahiran sosial menunjukkan soalan 3(d) mencapai peringkat baik paling tinggi dengan seramai lima orang (25%) murid dan sederhana 38 .

39 .seramai sembilan orang (45%) murid. pengkaji-pengkaji lain dapat menambahkan maklumat yang berguna untuk membantu kanak-kanak terencat akal mengatasi masalah pertuturan yang dihadapi oleh meraka melalui perlaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Diharapkan melalui dapatan kajian ini.4 Rumusan Dapatan kajian ini adalah hasil dapatan berdasarkan jawapan ujian fonetik dan jawapan ujian soal selidik daripada responden. Dapatan kajian diproses menggunakan sistem fonetik bunyi dan abjad fonetik antarabangsa (IPA) bagi ujian fonetik dan skala Likert 3 seperti dalam Jadual 3.1 untuk senarai semak. Dapatan kajian dipersembahkan dengan jadual kerana mudah untuk difahami dan dirujuk dalam menjalankan kajian ini. Soalan 3(a) pula mencapai peringkat paling lemah yang terbanyak dengan seramai 13 orang (65%) murid dan sederhana seramai lima orang (25%) murid. Hanya dua orang murid (10%) mencapai peringkat baik dalam soalan 3(a). 4.

5.2 Rumusan Dapatan Kajian Hasil daripada instrumen-instrumen kajian yang telah diuji. Beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah kajian.1 Pengenalan Bab ini mengandungi empat bahagian iaitu rumusan dapatan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan kanak40 . kesimpulan berdasarkan objektif kajian dibuat untuk memperluaskan bidang kajian.BAB 5: PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5. implikasi kajian dan cadangan dan kesimpulan kajian. perbincangan kajian. Setelah instrumeninstrumen kajian dibuat. masalah sebutan dan pertuturan yang diuji telah dikenal pasti. Instumen ujian fonetik menguji masalah artikulasi responden. Menurut ASHA (1999). terdapat kira-kira 99% daripada kes kanak-kanak mengalami masalah artikulasi adalah disebabkan oleh masalah kefungsian. beberapa kesimpulan mengenai kesuluruhan kajian dibuat berdasarkan dapatan objektif kajian yang dibuat. Hasil daripada rumusan dan perbincangan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah sebutan dalam kemahiran bertutur murid terencat akal di sekolah.

Selain itu. Masalah ini dapat dikesan apabila pemerhatian dibuat ketika aktiviti bercerita dan permainan dilakukan. Kanak-kanak terencat akal yang diuji juga menunjukkan kelemahan yang ketara dalam item kemahiran komunikasi di mana 59% murid mencapai peringkat lemah. Melalui dapatan kajian ini juga. banyak suku kata yang mempunyai bunyi diftong seperti /oi/. Kesalahan laras bahasa ini amat ketara dalam item kemahiran komunikasi dan item kemahiran sosial. Hasil daripada instrumen ujian fonetik dan senarai semak item masalah sebutan. kanak-kanak terencat akal yang diuji menunjukkan kelemahan dalam aspek sebutan. Masalah ini juga dikenal pasti ketika menjalankan item kemahiran komunikasi terhadap responden. Masalah ini mungkin berpunca daripada 41 . 59% dan 48%. Dapatan kajian menunjukkan responden mencapai peringkat lemah dalam ketigatiga item yang diuji ialah 29%. Hasil dapatan kajian melalui instrumen senarai semak pula mendapati hampir ke semua responden mencapai peringkat lemah dalam ketiga-tiga item pertuturan yang diuji. kajian juga menunjukkan kanak-kanak terencat akal yang diuji mempunyai masalah penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam situasi yang berbeza.kanak terencat akal cenderung untuk melakukan kesilapan artikulasi jenis penggantian dan penyingkiran iaitu 31% dan 52%. Perkataan-perkataan yang sukar dalam item instrumen menunjukkan kekerapan kesilapan artikulasi ini berlaku dan secara keseluruhan kanak-kanak terencat akal gagal untuk menyebut suku kata perkataan dengan tepat. /ai/ dan bunyi vokal seperti /saat/ gagal dibunyikan dengan tepat.

Melalui dapatan kajian ini.3 Perbincangan Dapatan Kajian Perbincangan kajian ini dibuat berdasarkan objektif kajian iaitu punca-punca masalah sebutan dan bentuk masalah sebutan dan pertuturan yang dihadapi. kanak-kanak terencat akal tidak dibezakan mengikut umur. Di sekolah pendidikan khas misalnya.2. oleh itu didapati kebanyakan murid yang lebih dewasa mempunyai perkembangan bahasa yang lebih baik berbanding murid yang lebih muda. 42 . faktor usia kanak-kanak terencat akal ini mempengaruhi perkembangan bahasa mereka. 5. Usia yang berbeza sewaktu memperolehi bahasa mempengaruhi penguasaan kemahiran bertutur kanak-kanak terencat akal.kurangnya interaksi sosial kanak-kanak terencat akal dengan persekitaran dan menyebabkan mereka tidak memahami penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam petuturan seharian mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat masalah ketara dalam masalah sebutan dan pertuturan adalah dari kalangan responden bukan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Reed (1996) menyatakan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak meningkat berdasarkan kematanagan usianya. menurut Brown (1973). keadaan pengalaman murid yang tidak memberikan rangsangan untuk menguasai sesuatu bahasa sejak kecil lagi boleh menjejaskan perkembangan pertuturan mereka.

Hallahan dan Kauffman (2003) menerangkan bahawa kecacatan dalam gaya pertuturan adalah amat berkaitan dengan masalah artikulasi. Kermin (1989) menyatakan kanakkanak tersebut mungkin mempunyai masalah artikulasi dan pertuturan.4 Implikasi Kajian dan Cadangan 43 . Instrumen ujian fonetik yang dijalankan menunjukkan dua dari empat kesilapan artikulasi amat ketara apabila diuji kepada kanak-kanak terencat akal. Antara punca yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah kanak-kanak terencat akal mungkin mempunyai masalah dalam penyusunan huruf-huruf dan bunyi konsonan dalam fonologi (Bleile dan Moran. Dapatan daripada kajian ini juga mengenal pasti bentuk masalah pertuturan yang dihadapi kanak-kanak terencat akal adalah lebih kepada masalah artikulasi. Berdasarkan pemerhatian kajian.Bagi pertuturan yang sukar untuk difahami. 1986). 5. masih terdapat murid yang mempunyai pertuturan yang sukar untuk difahami. Hallahan dan Kauffman (2003) juga menyatakan kanak-kanak yang mengalami kerosakan mental sering memberi gambaran bahasa yang konkrit dan tidak berupaya memberikan gambaran bahasa secara abstrak.

1 Pengajaran Penguasaan Kemahiran (‘Mastery Learning’) 44 . iv. Guru perlu memberi lebih tekanan kepada pengajaran secara kumpulan atau individu. iii. Boo Poong Ying dan Ragbir Kaur (1998) mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menimbangkan perkara-perkara berikut: i. Guru perlu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui isi pengajaran yang lebih bermakna. 5.4. beberapa masalah yang berkaitan dengan masalah sebutan dalam kemahiran bertutur kanak-kanak terencat akal telah dikenal pasti. ii. Sehubungan itu beberapa cadangan yang sesuai boleh dilaksanakan untuk membantu secara am kanak-kanak terencat akal mengenai masalah pertuturan dan maslaah sebutan secara khususnya. berkesan dan seronok kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran perlulah mudah lentur atau fleksibel iaitu memenuhi keperluan murid. Kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan supaya murid tidak bosan atau hilang minat pada pengajaran.Bedasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan.

2 Pembelajaran Koperatif 45 . Teknik bercerita. Antara teknik yang berkesan ialah: i. konsep-konsep dan fakta-fakta. Teknik latih tubi. Seperti aktiviti pemerhatian senarai semak. kebolehan kanak-kanak menceritakan sesuatu yang didengarinya merupakan satu perkara yang positif dalam usaha untuk memperkembangkan kemahiran bertutur mereka. Olson dan Platt (1992) menyatakan bahawa kaedah pengajaran penguasaan kemahiran amat berguna untuk mengajar kemahiran asas. guru memberikan latihan berulang kali kepada murid supaya murid benar-benar menguasai kemahiran ii. bertujuan untuk menambahkan pembendaharaan kata murid teutamanya dalam masalah sebutan Menurut Blair (1988).Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah ini dilaksanakan mengikut langkah-langkah kecil dalam pengajaran daripada mudah ke sukar.4. 5. iaitu bercerita. guru boleh melaksanakan aktiviti tersebut sebagai aktiviti yang berkesan membantu kemahiran bertutur murid.

v. Prinsip-prinsip utama pembelajaran koperatif ialah: i. ii. Ia amat sesuai bagi murid-murid yang mepunyai pelbagai latar budaya atau kaum. Fokus utama pembelajaran koperatif dalam mengatasi masalah kemahiran bertutur ialah melibatkan murid secara bersama-sama dengan guru yang bertindak sebagai fasilitator berusaha mencapai kejayaan yang dikehendaki. Ini akan mewujudkan satu situasi berkongsi idea 46 . kebolehan dan keupayaan.Teknik pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang melibatkan sekumpulan murid yang bertugas sebagai satu pasukan bagi menyelesaikan masalah atau melengkapan satu-satu tugasan demi mencapai sesuatu matlamat yang sama atau kumpulan (Azhar Wahid. 2007). Saling bergantung antara satu sama lain secara positif Saling menggunakan interaksi bersemuka Akuantabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri Kemahiran koperatif Pemprosesan maklumat secara berkumpulan Pembelajaran koperatif akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam satu kumpulan tugasan. iii. iv.

3 Pengajaran Adaptif Dalam proses pengajaran. perbezaan individu harus diberi perhatian kerana pertamanya. pengajaran adaptif sesuai untuk mengajar murid yang mempunyai latar belakang budaya. Melakukan simulasi aktivti harian secara berkumpulan contohnya melakonkan aktiviti penggunaan telefon. Teknik nyanyian secara berkumpulan iaitu guru menyediakan seni kata lagu dan meminta murid secara bersama-sama menyanyi dengan baik. dengan mengiktiraf perbezaan setiap murid. kekuatan dan kelemahan murid secara individu. Antara aktiviti yang dicadangkan untuk membantu murid terencat akal ialah: i. guru boleh membantu murid menggunakan pengalaman mereka untuk memahami pengajaran guru. Menurut D. sebenarnya guru dapat menyelami masalah. status sosio-ekonomi yang 47 . dengan memahami perbezaan latar belakang murid sendiri. iii. 5. Dialog lakonan disediakan oleh guru dan murid secara berpasangan melakonan gaya yang sesuai dengan dialog yang betul. Kedua.4. gender.dan penerimaan pandangan secara bersemuka di kalangan mereka. Murid secara bergilir-gilir melakukan aktivti yang ditetapkan oleh guru ii. bahasa. Lakonan sesuatu aksi tertentu seperti cerita menggunakan ‘puppet’. Borish (2000).

Sebagai contoh. Guru juga boleh mengajar kemahiran mendengar kepada murid-murid yang tidak mahir dalam sebutan terlebih dahulu sebelum menggunakan pendekatan linguistik sepenuhnya kepada semua murid. kemahiran. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah remedial atau pemulihan terlebih dahulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Antara pendekatan pengajaran adaptif yang sesuai digunakan dalam mengatasi masalah pertuturan murid terencat akal ialah pendekatan Remedial (Remedial Approach). tanpa mengambil kira perbezaan individu. prasyarat yang penting ialah guru perlu mengetahui dan memahami tahap kebolehan murid dengan pihilan-pilihan instruksional yang boleh meningkatkan daya penerimaan mereka. 5.berbeza. guru boleh meletakkan murid yang tidak mempunyai masalah pertuturan dalam satu kumpulan dengan murid yang mempunyai kelemahan dalam pertuturan. Oleh itu dalam pengajaran adaptif ini.5 RUMUSAN 48 . Pendekatan adaptif dapat meningkatkan kejayaan untuk semua murid. Pendekatan ini menyediakan murid dengan pengetahuan. atau tingkah laku paling asas yang memberikan faedah kepada murid yang mempunyai masalah pertuturan yang ketara.

Ibu bapa seharusnya selalu bertanya kepada guru apakah masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan apakah kaedah-kaedah yang boleh membantu anak-anak mereka dalam pertuturan yang boleh mereka laksanakan sendiri di rumah. namun hasil dapatan ini boleh diadaptasi dan diaplikasikan untuk membantu murid terencat akal yang menghadapi masalah sebutan dan pertuturan dalam memaksimakan pembelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pengajaran pertuturan akan lebih efektif jika adanya kesinambungan antara di sekolah dan juga di rumah. guru perlu menyediakan persekitaran yang menggalakkan murid untuk bertututur.Walaupun dapatan-dapatan kajian ini banyak disokong oleh kajian yang bukan memfokuskan kanak-kanak terencat akal. RUJUKAN 49 . dan ketiga. Guru-guru pendidikan khas perlu menjana minda secara kreatif dan inovatif untuk menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih sesuai dalam menagani masalah ini. Selain daripada guru-guru. ibu bapa juga merupakan orang yang paling penting bagi memastikan pengajaran pertuturan dapat dilaksanakan dengan jayanya. aktivitiaktiviti yang menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran bertutur perlu digunakan agar murid sentiasa sedia dan lebih selesa. guru dan individu yang terlibat perlu memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan bebas. Tiga langkah yang boleh dilaksanakan guru untuk meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak ialah pertama. Kedua.

Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu: Pelaksanaan dan Penilaian. 1976. Fikiran. 639-680.Abd. http//www. Abdullah Yusoff. London: David Fulton Publisher Yasin Abdul Majid. Pengajaran Pertuturan kanak-kanak bermasalah Pendengaran. Persekitaran dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 1999. Effective Speech to The Deaf.com. Jurnal Dewan Bahasa. Ahmad Tahir. Latihan Ilmiah.efectivespeech. 35(6): 543-551 Fey dan Littlewood. Jurnal Dewan Bahasa. 1987. Rahman Hamdan. 32(6): 36-48. Effective Speech to the Deaf. Jurnal Dewan Bahasa.1986. Pengajaran Bahasa Melalui Kaedah Bercerita. 1996. Pushaw. http//www. 2004. 1988. 1995. Jurnal Dewan Bahasa 39(7): 543 -552 Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed. Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Soroton dari Perspektif Linguistik. 50 .com Watson et al. Deaf and Hearing Impaired Pupils in Mainstream School.effectivespeech.

(20003). Carol. (4nd ed). D. Prentice Hall 51 . Indirawati Zahid.D (2004). Exceptional children: Introduction to special education. Fonetik dan fonologi. R.2000. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Khas Malaysia. W L (1996) Exceptional Children – An Introduction to Special Education (5th Ed. J. Edward. Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-murid Berkeperluan Khas. E. Boston: Allyn and Bacon. Hallahan.P. Abdul Razak Habib. New Jersey.M. A. 2006. James. 1993. E. A.S. Pendidikan Khas dan Pemulihan – Bacaan Asas.C.H.N.B. Kuala Lumpur. Kaedah Kajian dalam Pendidikan. The speech chain. & Pinson. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992).P. Tome. New York. (2006) . United State of America. Teaching Student With Special Needs In Inclusive Setting. Freeman and Company.Denes. P.). W.P & Kauffman. Kuala Lumpur Open Univesity Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. DBP Heward.

Warren. Allyn and Bacon Inc. Needs and Advocacy. J. L. Understanding disability: From theory to practice. Boston... London: Macmillan. 97(2). 52 . S.. P. J.M. Wehmann. Baltimore: Paul H. Transition from school to work: New challenges for youth with severe disabilities. American Journal of Mental Retadation. Oliver. D F (1979) Mental Retardation – Nature.F. (1992).. Moon.Sellin. W. Wood. M.. 125130. S. Everson. (1988). M. & Barcus. Brookes. The relation of communication and language development to mental retardation. & Abbeduto. (1990). M.

LAMPIRAN A 53 .

... ) BAHAGIAN B: ARAHAN : Sila tandakan (√) pada kotak yang disediakan bagi setiap peringkat yang dilcapai oleh murid dengan menggunakan petunjuk-petunjuk berikut: 1 – LEMAH 2 – SEDERHANA 3 – BAIK Skala 3 Peringkat Baik Ciri-ciri v.............. Sebut suku kata atau perkataan dengan jelas 54 ...........PEMERHATIAN MASALAH DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR MURID TERENCAT AKAL BAHAGIAN A: Latar Belakang Murid Maklumat Murid Nama Murid : ______________________ Kelas : ____________ Tarikh lahir : __________________ Umur : _______________ Jantina :Lelaki Perempuan Bangsa:Melayu Cina India Lain-lain ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) ) ( Nyatakan :.......

viii. Sebut perkataan dengan intonasi yang betul Pertuturan kemas. vi. (a) (b) Pemerhatian Kesalahan Sebutan Pemerhatian Meninggalkan sebutan awalan dan akhiran perkataan Meninggalkan suku kata 55 1 2 3 . 1 Lemah v.vi. 2 Sederhana v. viii. vii. mudah difahami Kelancaran atau kelantangan dalam pertuturan Boleh sebut tetapi tidak jelas Pertuturan kurang lancer atau tersekatsekat Pertuturan Terdapat difahami sedikit tetapi intonasi sebut suku terdapat dalam kata. vi. Bil. vii. viii. tepat. vii. kelemahan dalam diskriminasi bunyi pertuturan Tidak berupaya perkataan dan ayat Pertuturan tak lancar dan kurang difahami Berkomunikasi dengan menggunakan tangan dan menggunakan kepala sahaja Tidak berupaya mendiskriminasikan bunyi 1.

(a) (b) (c) (d) (e) Pemerhatian Kemahiran Komunikasi Pemerhatian Boleh memahami perkataan kunci dalam ayat tanya Boleh mengikut dan memberi arahan tanpa bantuan Boleh bercerita tentang aktiviti harian diri sendiri Boleh menjawab soalan dengan pelbagai pola ayat yang mudah Menggunakan intonasi dan nada suara yang sesuai ketika bertutur 1 2 3 3. Bil. Bil. (a) (b) Pemerhatian Kemahiran Sosial Pemerhatian Boleh berinteraksi dengan rakan di dalam kelas Melibatkan diri dalam permainan yang menggunakan bunyi.(c) (d) (e) Pertuturan tidak jelas apabila terlalu seronok Pertuturan tidak jelas ketika bertutur dalam ayat yang panjang Keliru dengan konsonan yang bersuara dan yang tidak bersuara 2. rentak dan perkataan dengan suka rela Boleh mengikut peraturan permainan Boleh mengikut jalan cerita berdasarkan visual di televisyen Boleh berjenaka walaupun percakapan terhad 56 1 2 3 (c) (d) (e) .

Cacatan :_______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ ___________________________________ LAMPIRAN B 57 .

58 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->