You are on page 1of 6

2023/01 - Kesusasteraan Melayu (Oktober/November 2005

)

Bahagian A Bunga Rampai Melayu Kuno

1. Siapakah tuan hamba ini dan dari mana tuan hamba ini, dan anak jin atau anak perikah tuan hamba ini? Kerana berapa lama sudah kami di sini, tidak kami melihat seorang pun manusia datang ke mari, baharulah pada hari ini kami melihat tuan hamba ke mari ini. (muka surat 133) a) Siapakah penutur kata -kata penutur di atas dan kepada siapakah ditujukan serta di manakah peristiwa itu terjadi ? b) Siapakah tuan h amba tersebut dan nyatakan asal usul mereka ? c) Nyatakan peristiwa penting yang berlaku daripada kedatangan tuan hamba itu. d) Terangkan alat-alat kebesaran yang terdapat pada tuan hamba itu . e) Ceritakan secara ringkas peristiwa-peristiwa yang terjadi selepas itu. (20 markah) 2. Cerita-cerita bercorak jenaka adalah satu daripada sastera rakyat yang popular dan digemari oleh masyarakat tradisi dalam kesusasteraan Melayu Klasik. Berdasarkan kenyataan ini; a) Jelaskan lima daripada cerita-cerita jenaka tersebut. b) Berikan unsur-unsur pengajaran dan nilai -nilai murni yang terkandung di dalam tiga daripada cerita jenaka dengan memberi contoh wataknya sekali. (20 markah) 3. Plot cerita Hikayat Si Miskin dikatakan sebahagian besarnya terdapat unsur -unsur pengaruh Hindu. Huraikan kenyataan di atas dengan memberikan contoh -contoh. (20 markah)

Hikayat Awang Kamaruddin

4. Dui kamu yang di dalam, kalau ibumu benar keturunan baik-baik, kalau kamu benar asal pancir dari ayahku, kalau kamu benar tapaan ayahku sedari lahir, dalam Pinang Si Gangga Wari di tepi laut; jangantah sopan, jangantah malu,

kalau kamu benar maka janganta h lagi lalai jangantah lagi leka, bongkastah kamu, jangkanya sudah sehari ini. (muka surat 51) a) Siapakah yang bertutur dalam petikan di atas ? Kepada siapakah kata -kata itu ditujukannya? b) Bagaimanakah penutur itu boleh samapi ke tempat kamu . Jelaskan. c) Berjayakah penutur melaksanakan maksudnya di atas ? Nyatakan cara dan kesudahannya. d) Apakah yang berlaku kepada Si penutur setelah se lesai melaksanakan tugasnya? (20 markah) 5. Hikayat Awang Kamaruddin memaparkan unsur nilai -nilai murni menerusi watakwataknya. Huraikan kenyataan ini dengan memberikan contoh -contoh. (20 markah) 6. Bincangkan : a) Klimaks Hikayat Awang Kamaruddin . Berikan contoh dan alasan kamu. b) Unsur-unsur pengaruh di dalam Hikayat Awang Kamaruddin. Berikan contoh sebagai sokongan jawapan kamu. (20 markah)

Bahagian B Novel Pengabdian

7. Apakah kau mahu termasuk ke dalam golongan orang -orang yang tidak diredai Allah? Orang-orang yang dimurkai Allah? Na uzubillah! Seberat-berat masalah di dunia ini masih boleh diselesaikan. Tidak ada masalah yang tidak dapat diatasi. Dan mengatasinya bukan dengan membunuh diri. Tapi dengan perasaan insaf dan ingatkan Tuhan. Bertaubatlah! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan menerima taubat hamba -hamba-Nya. (muka surat 52) a) Siapakah yang berkata itu dan siapakah pula kau yang dimaksudkan ? b) Mengapakah penutur berkata demikian dan bagaimanakah pula ia boleh bersua dengan kau ? c) Apakah yang berlaku kepada kau selepas konteks di atas ?

d) Huraikan perwatakan kau ? (20 markah) 8. Novel Pengabdian karya Norsiah Haji Abd. Gapar dikatakan bertema nasionalisme dan kemanusiaan. Bincangkan kenyataan ini. (20 markah) 9. Bincangkan unsur-unsur pengajaran yang dikemukakan pengarang di dalam novel Pengabdian. Berikan contoh-contoh sokongan jawapan. (20 markah)

Antologi Cerpen Meniti Waktu

10. Ah! Itu karut saja. Kausajalah yang pakai gelang akar itu. Kalau malang hendak menjemput kita, di mana pun boleh berlaku. Di laut, di darat, di rumah, di sungai, di mana saja. Tetapi kalau kita berikhtiar dengan cara yang lebih munasabah sudah pasti kita akan terelak dari bahaya. Soalnya kita yang mesti berhati-hati sepanjang masa. (muka surat 61) a) Siapakah yang berkata Ah! Itu karut saja ? Siapa pula kau yang dimaksudkan dan daripada cerpen manakah konteks ini diambil? b) Apakah yang dimaksudkan gelang oleh si penutur dan apakah tujuannya dipakai? c) Di manakah perbualan ini berlaku dan apakah rancangan mereka sebenarnya? d) Ceritakan peristiwa yang berlaku selepas konteks di atas . e) Jelaskan unsur-unsur pengajaran daripada cerpen ini. (20 markah) 11. Cerpen Tanah karya Alimin Haji Abd. Hamid, mengisahkan sikap sebilangan masyarakat desa orang-orang Melayu berhubung dengan tanah . Jelaskan sikap masyarakat yang digambarkan pengarang dalam cerpen ini dengan memberikan contoh-contoh sokongan. (20 markah) 12. Bincangkan persoalan-persoalan yang disampaikan oleh pengarang di dalam cerpen Yaysan Tercicir . (20 markah)

Bahagian C Antologi Sajak Cermin Diri

13. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Engkau Bagai dalam Sangkar Kamar itu Bukan kamar yang engkau impikan Pintunya pagar diri Ada penjaga setia Bentengnya batu kelikir keras Sukar untukmu melepas Angin panas memasuki pintu kamarmu Menghantar ganjaran duniawi Hambarlah kaurasakan kehidupan ini Engkau yang memilih jalan itu Jalan yang keras Ranjau runcing pucuk api merah Engkau rakus menujah jalan itu Tali fikirmu pun berlalu Kini Engkau bagai dalam sangkar Kokokmu tidak kedengaran lagi Suara lantangmu menghilang Engkau tinggal menantikan cuma Hari-hari pembalasan yang pasti A. Rahim Hamid Perpindahan Rataie Temburong 17 Januri 1992

(muka surat 4)

a) Huraikan maksud keseluruhan rangkap sajak di atas ? b) Apakah perutusan-perutusan yang disampaikan penyair di dalam sajak di atas. c) Terangkan corak dan nada sajak di atas. (20 markah)

14. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Kasih Ibu Memang telah lama kufikir Untuk berbakti Pada ibu dan siapa nanti Alih-alih tiba saatnya kami menyendiri Antara hidup dan mati . Sejak kecil pun aku diajari Tentang anak-anak yang salat Balasannya adalah syurga Bersama ibu yang tercinta Dan para syuhada. Tapi bila aku telah dewasa Ibu sudah tidak mau bercerita Dan aku jadi lupa Tentang hukuman anak derhaka . Lalu sekarang semuanya bagai membebani Jauh-jauh dinihari air mata membasahi Dan titis-titisnya merespi nadi sendiri Justeru kerananya bagai menuntuti Sebuah ungkapan yang tak bererti lagi . Abdullah Idris Bengkurong Brunei Julai 1992

(muka surat 12)

a) Prosakan keseluruhan rangkap sajak di atas dengan tidak mengubah maksud asalnya. b) Apakah bentuk dan tema sajak di atas? (20 markah) 15. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Ayah Setelah kau hidup tujuh puluh tiga tahun Bersama hidayat dan cinta Tuhan Akhirnya kau pun kembali ke tempat asal Bagai nakhoda dengan kapal Meninggalkan pelabuhan sementara

Menuju ke dunia kekal. Kami pun rela melepaskan kau pergi Keluarga yang kau tinggalkan Tanpa kesal atau marahkan kuasa Tuhan Kami mengetahui nasibmu telah dulu ditentukan. Aku puteramu Telah kaudidik Mengenal kesukaran dan ketakwaan Kaulembutkan hatiku dalam kedegilan Kaukeraskan hatiku dalam kelemahan. A.S. Isma. 1984

(muka surat 7)

a) Jelaskan persoalan-persoalan yang dikemukakan penyair dalam sajak di atas. b) Apakah tema sajak ini? c) Terangkan aliran sajak tersebut. (20 markah)