You are on page 1of 6

2023/01 - Kesusasteraan Melayu (Mei/Jun 2007

)

Bahagian A Bunga Rampai Melayu Kuno

1. Adapun hamba ini datang dari negeri Mesir membawa dagangan masuk ke dalam negeri Baghdad ini, maka alih -alih hamba mendapat fitnah yang besar sekali, tuan kadi itu mengambil harta hamba semuanya, lalu diceriterakannya daripada permulaannya sampai kesudahannya. Kata Abu Nawas: Hai, orang muda, sebagaimana kaukatakan kepada hamba ini, dapatkah kaukatakan demikian juga dihadapan Raja Harunal -Rasyid? (muka surat 172) a) Di manakah kata-kata itu dituturkan dan bagaimanakah anak muda itu dapat bertemu dengan Abu Nawas? b) Mengapakah tuan kadi mengambil semua harta anak muda itu? Huraikan. c) Apakah yang dilakukan oleh Abu Nawas selepas kata -kata itu dituturkan? d) Jelaskan tindakan yang dibuat oleh tuan kadi dan Abu Nawas terhadap anak muda itu. (20 markah) 2. Satu daripada petikan undang -undang Melaka menjelaskan tentang hukum hukum mencuri (fasal 11). Huraikan jenis-jenis kesalahan mencuri yang dicatatkan dan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan. (20 markah) 3. Terdapat watak-watak jahat dalam Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Panji Semirang. Jelaskan peranan watak tersebut, bentuk kejatahan, perkara yang mendorong mereka melakukan dan akibat daripada perbuatan mereka itu. (20 markah)

Hikayat Awang Kamaruddin

4. Dayangku, bungaku, katanya dengan sangau -sangau manis suara. Tidurtah pulang kau di dalam ini. Jikalau tidur, jagatah dari Bantal Suruga. Jikalau bangun, banguntah dari Bantal Anggunan.

Maka tatkala kedatangan itu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sedang berbedak berpacar di dalam panggau, kerana esok harinya ia akan menjadi pengantin. Maka ia pun menyahut, Mun nda salah dengar, kakakku Raja Muda, katanya. Iya, aku dayangku. Masuktah kak, ke mari. Bila ada hati kan naik, baiktah naik. (muka surat 33) a) Bilakah kata-kata itu dituturkan dan siapakah aku ? b) Selain aku siapakah lagi yang datang bersamanya ke situ dan apakah hubungan mereka? c) Apakah hasrat aku datang ke tempat Tuan Puteri Kumala Jawa dan apakah muslihatnya mengakui dirinya sebagai Raja Muda itu? d) Ceritakan dengan ringkas peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas. (20 markah) 5. Dalam Hikayat Awang Kamaruddin berbagai-bagai perkara dapat kita temui, antaranya ialah tema, perutusan dan salah satu yang amat ketara ialah pancaran nilai-nilai murni. Jelaskan tiga nilai murni berkenaan dan berikan pertikan cerita yang berkaitan dengannya sebagai penyokong hujah kamu itu. (20 markah) 6. Watak Raja Muda Indera Bongsu dal am Hikayat Awang Kamaruddin, digambarkan sebagai watak natural, pipih dan statik . Berikan pendapat kamu dengan menyertakan contoh-contoh yang bersesuaian daripada hikayat tersebut. (20 markah)

Bahagian B Novel Pengabdian

7. Bayangkan diri you menjadi orang tua Junaidah . Anak enam orang. Lima daripadanya telah meninggal dunia ketika kecil -kecil dan cuma Junaidah ini saja anak mereka yang dapat hidup ke usia begini. Apakah tergamak kau mematikan saja anakmu ini demi generasi masa depan. Fikirkanlah itu ! Atau mungkin orangorang seperti you berpendapat bahawa dunia ini hanya untuk orang yang normal saja. Siti Nur menyambung dan memandang Sam. Dalam hidup ini Sam, Tuhan yang lebih mengetahui akan nasib hamba -hamba-Nya. Tuhan yang lebih berkuasa. Kita serahkan saja kepada -Nya. (muka surat 16-17)

a) Apakahh punca perbalahan antara Siti Nur dan Sam dalam petikan di atas ? b) Jelaskan penyakit yang dihidapi Junaidah dan mengapakah penyakit itu boleh terjadi? c) Apakah reaksi Sam atas hujah Siti Nur dan apakah tindakan mereka berdua untuk menyelamatkan Junaidah? (20 markah) 8. Dalam Novel Pengabdian yang ditulis Norsiah Abd Gapar, anak perempuan lebih bertanggungjawab dan bersikap patriotik daripada anak lelaki. Bahasakan. (20 markah) 9. Novel Pengabdian memaparkan pengabdian beberapa orang watak selain daripada Dr Siti Nur . Huraikan pengabdian yang dilakukan oleh watak -watak Fatimah dan Samuel. (20 markah)

Antologi Cerpen Meniti Waktu

10. Dengan arahan Cikgu Lamat sendiri Abdul berjalan masuk ke bangunan sekolah. Abdul diterkam oleh berpuluh -puluh pasang mata. Masing-masing memandang jijik. Masing-masing puas. Masing-masing senyum. Masing-masing ketawa geli hati sehingga hendak terkencing. Cikgu Lamat membawa Abdul masuk ke bilik Darjah IA, Abdul diketawakan. Abdul kemudian dibawa ke bilik IB, II, III, IV, Abdul diketawakan terus. Di mana saja dia dibawa, Abdul pasti diketawakan. (muka surat 57-58) a) Apakah yang telah dilakukak an oleh Abdul sebelum peristiwa dalam petikan di atas? b) Mengapakah Abdul diketawakan dan jelaskan sebab -sebab Cikgu Lamat menghukum Abdul sedemikian ? c) Gambaran perasaan Abdul tentang hukuman Cikgu Lamat dan apakah reaksi Abdul terhadap hukuman itu ? d) Huraikan dua mesej atau perutusan yang ingin disampaikan oleh pe nulis cerpen tersebut. (20 markah)

11. Jelaskan plot, tema dan persoalan cerpen Kepala Perarakan karya Muslim Burmat. (20 markah) 12. Bincangkan watak dan perwatakan Dollah, Abdul Hamid dan Gayah dalam cerpen Gaji. (20 markah)

Bahagian C Antologi Sajak Cermin Diri

13. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Dunia Semakin Sempit Di sana sini Anak-anak berlari Mencari bapa Mencari mama Tiada haluan dituju Semakin dekat pada penderitaan Ke mana perginya kemanisan Ke mana perginya kasih sayang Ke mana perginya belaian kemesraan. Di sana sini Anak-anak telanjang Sesak menghirup karbon Nafas berbaur debu Semakin dekat pada kematian Ke mana perginya kehijauan Ke mana perginya kesegaran Ke mana perginya keharmonian. Di sana sini Anak-anak menangis Kelaparan dan kehausan Bapa hilang dalam perang Mama hilang dalam pelukan Ke mana perginya belas kasihan

Ke mana perginya kemanusiaan Ke mana perginya kedamaian. Di sana sini Anak-anak kegilaan Khayal dalam a wangan Ganja dan heroin dalam genggaman Terlantar dalam pelukan syaitan Ke mana perginya tamadun terbilang Ke mana perginya budaya warisan Ke mana perginya adab dan sopan. Julaihi Abdullah (muka surat 50-51)

a) Jelaskan keadaan hidup anak-anak seperti yang digambarkan oleh penyair dalam sajak di atas. b) Huraikan aliran sajak di atas. c) Sajak ini ditulis dengan gaya penulisan yang tersendiri . Jelaskan bentuk gaya penulisan sajak ini dan berikan contohnya. (20 markah) 14. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Padian Padian, Dari subuh ke senja Meniti dada Sungai Brunei Mencari rezeki mengayuh sampan Padian, Warisan pencarian Datuk nenek moyang Yang kini semakin hilang Ditelan arus zaman Padian, Bersama arus kemerdekaan ini Lahirlah kau Titilah dan tataplah Dalam hilir mudikmu Di wajah Sungai Brunei Yang merdeka yang berdaulat Hiduplah padian

Dalam arus kemerdekaan Aminah Haji Momin Disember 1992

(muka surat 28)

a) Penyair mengharapkan agar padian terus hidup. Barikan pandangan dan cadangan kamu bagaimanakah bentuk padian pada zaman merdeka ini . b) Huraikan corak dan nada sajak di atas. c) Bincangkan personifikasi dalam sajak di atas. (20 markah) 15. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Bila Penantian Berlarutan Bila penantian berlarutan Terkurng dalam kamar sepi Menyendiri Akan bermulalah segala keraguan Yang terluah dari bibir dan hati. Bila penantian berlarutan Bersama detik masa berlalu Akan timbullah prasangka Lautan hasil semakin kering airnya Tembok budi mau diruntuhkan Bersama rasa jemu. Yang kini tinggal Satu-satunya Mulia hati seorang jejaka. Norsiah M.S Oktober 1981

(muka surat 7)

a) Prosakan keseluruhan sajak di atas dengan tidak mengubah maskudnya . b) Jelaskan perutusan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam sajak di atas . (20 markah)