You are on page 1of 55

Proses Penilaian Jabatan Penilaian Majlis Daerah Gerik memulakan kerja-kerja penilaian setelah menerima salinan sijil layak menduduki dan pelan bangunan dari Unit Bangunan Jabatan Perancangan Bangunan dan Lanskap. Buka fail dan daftar dalam Buku Daftar fail. Jika bangunan baru buka fail dan jika ada fail teruskan tindakan untuk kerja-kerja lawat periksa. Temujanji akan dibuat dengan pemilik harta untuk mengadakan lawat periksa ke atas harta tersebut. Data-data berhubung dengan harta dan pemilik harta tersebut akan diambil. Bagi bangunan yang didapati tidak sama dengan pelan bangunan, kerja ukuran keluasan dan lukisan pelan secara kasar perlu dibuat. Serahkan Borang Penyata Pemilik / Penyata Penduduk kepada pemilik / penduduk bangunan. Lukis semula pelan bangunan dengan menggunakan mikrosof visio. Kiraan keluasan bangunan dibuat dengan menggunakan Kertas Nilaian. Bagi tanah kosong, lawat periksa dilakukan ( jika perlu ). Bagi membuat nilaian bagi maksud mendapat nilaian tahunan, rujukan akan dibuat ke atas fail-fail kawalan bagi mendapatkan aras nilaian (tone of the assesment list) dimana harta yang akan dinilai berada. Aras nilaian ini adalah analisis sewa pada tahun 1985 dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Taiping. Setelah nilaian dibuat, data pemilik, data harta dan nilaian akan diinput dalam Sistem e-PBT Menu Penilaian. Notis Pindaan Senarai Nilaian Notis Pindaan Senarai Nilaian perlu mendapat tandatangan Yang Dipertua / Setiausaha Majlis. Notis yang telah ditandatangani diserahkan kepada pemilik untuk memberi peluang kepada pemilik untuk membuat bantahan. Notis Pindaan Senarai Nilaian akan dikeluarkan dalam tempoh 40 hari. Senarai harta yang akan dikenakan cukai taksiran perlu disediakan untuk mendapatkan pengesahan Mesyuarat Penuh sebelum cukai taksiran dikuatkuasakan. Bantahan Bantahan terhadap Notis Pindaan Senarai Nilaian bertujuan memberi peluang seseorang yang terkilan dengan cadangan nilai tahunan di dalam Notis Pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Bantahan bermula daripada terima permohonan bantahan daripada pemilik harta dan direkodkan di dalam fail. Laksanakan kerja-kerja lawatperiksa (jika perlu) untuk memastikan alasan bantahan boleh diterima atau ditolak untuk tujuan menyediakan laporan. Teliti laporan lawatperiksa, sekiranya tidak memenuhi kehendak Akta sediakan surat penolakan bantahan. Sekiranya memenuhi kehendak Akta/munasabah senaraikan nama pemilik harta untuk Mesyuarat Pendengaran Bantahan. Sekiranya

tarikh Pendengaran Bantahan telah ditetapkan sediakan surat panggilan kepada pembantah dan Ahli Jawatankuasa Penilaian. Sebelum sesi Pendengaran Bantahan, satu taklimat ringkas diberikan kepada Ahli Jawatankuasa berkenaan bantahan ini. Pendengaran bantahan perlu didengar dan diminitkan. Mesyuarat akan memutuskan untuk menerima atau menolak bantahan ini. Maklum kepada pembantah berhubung keputusan Mesyuarat Pendengaran Bantahan. Pengeluaran Bil Cukai Taksiran Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti rumah kediaman, kedai, kilang, hotal, stesen minyak dan tanah kosong yang terdapat di kawasan Maslis Daerah Gerik. Bil Cukai Taksiran akan dikeluarkan separuh tahun pertama dan separuh tahun kedua setiap tahun ke atas pegangan berkadar mengikut Seksyen 147, Akta 171. Jadual Pengeluaran Bil Cukai Taksiran Dua kali setahun iaitu : ½ tahun pertama diproses 1 Januari setiap tahun – bayar sebelum 28 Februari ½ tahun kedua diproses 1 Julai setiap tahun – bayar sebelum 31 ogos Mengelakkan Notis Dan Tindakan Waran Tahanan/Tindakan Mahkamah Bayar segera sebelum 28 Februari / 31 Ogos setiap tahun. Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Bil-bil Tidak Diterima Hanya perlu membawa maklumat seperti No.Rumah, No.Lot, Nama Pemunya atau Bil Lama ke Jabatan Penilaian, Majlis Daerah Gerik. Tuntutan Tunggakan Cukai Taksiran Notis E Proses Notis E bermula dengan mendapatkan senarai pemilik yang akan dikenakan Notis E daripada Sistem e-PBT Modul Taksiran. Bagi amaun yang kurang daripada RM400.00 pengeluaran Bil Notis E akan dicetak oleh pihak swasta. Bagi amaun lebih daripada RM400.00 Bil Notis E akan dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian secara berperingkat-peringkat. Setelah didaftarkan di dalam Buku Daftar Notis E bil tersebut akan diserahkan kepada Bailif / Penghantar Notis. Bagi Notis yang beralamat tempatan akan diserahkan sendiri oleh Bailif / Penghantar Notis dan beralamat di luar kawasan akan dipos. Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 :-

Jika ada tunggakan masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam tiap-tiap tahun mengikut mana yang berkenaan, maka Majlis boleh menuntut bersama dengan bayaran notis yang ditetapkan. Kadar Bayaran Notis E adalah seperti berikut : Cukai Taksiran Semasa yang Bayaran Notis belum dibayar (Seksyen 147) dikenakan Tidak melebihi RM 100 = RM4.00 RM100.01 – RM200 = RM5.00 RM200.01 – RM300 = RM6.00 RM300.01 – RM400 = RM7.00 RM400.01 – RM500 = RM8.00 Melebihi RM500.00 = RM2.00 bagi setiap tambahan RM100 @ sebahagian daripadanya Bayaran sepenuhnya hendaklah dijelaskan dalam tempoh 15 hari dari tarikh Notis E dikeluarkan. Jika gagal berbuat demikian waran tahanan akan dikeluarkan, (kos tahanan akan dibiayai oleh pemilik pegangan) dan boleh mensita harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya ( Seksyen 148, Akta 171 ). Surat Peringatan Setelah tamat tempoh Notis E iaitu 15 hari, Surat Peringatan pula akan dikeluarkan. Melalui Surat Peringatan pemilik diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan bayaran. Waran F Sekiranya pemilik gagal menjelaskan bayaran selepas tamat tempoh Surat Peringatan, Waran F ( Waran Tahanan ) akan dikeluarkan. Pemilik yang menerima Waran F akan diberi tempoh 7 hari untuk menjelaskan bayaran di bawah Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Waran Tahanan akan dikenakan seperti di bawah :Amaun tunggakan Seksyen 148 (4) Bayaran Waran Tahanan Tidak melebihi RM50.00 = RM3.00 RM50.01 – RM100 = RM6.00 Melebihi RM100.00 = RM6.00 bagi setiap tambahan RM100 @ sebahagian daripadanya. Penetapan Kadar Cukai Taksiran Kadar Cukai Taksiran ditetapkan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Kadar yang telah diluluskan untuk Majlis Daerah Gerik adalah seperti berikut : Jenis Kadar % Bangunan 6.5% Harta Khas 6.5% Tanah Kosong 4.5%

GIIKG

1. 2. 3. 4. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar Yang Cekap Dan Berkesan: - Pengurusan Sisa Pepejal - Pembersihan Dan Pengindahan Kawasan - Penyenggaraan Parit Dan Longkang - Pembinaan Dan Penyenggaraan Jalan - Penyenggaraan Bangunan-bangunan Awam - Penyenggaraan Tempat-tempat Awam - Perlindungan Dan Pengawalan Kesihatan Awam - Penyenggaraan Tanah-tanah Perkuburan Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima: - Cukai Taksiran - Bayaran-bayaran Lesen & Denda - Geran Pelancaran

dan Methodologinya Melaksanakan Apa-apa Tugas Lain Yang Dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa Oleh Pihak Berkuasa Negeri. Akta Perancangan Bandar Dan Desa. 1976 (Aktan 172) Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Kawasan Pentadbirannya Mengatur.Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan .Perindustrian & Perdagangan . Parit dan Bangunan.Perumahan .Geran Untuk Projek-projek Pembangunan .Geran Penyenggaraan Jalan Melaksanakan Projek-projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan: . Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya Mengusaha.Infrastruktur Bandaran 5. 1974 (Akta 133) Meluluskan Pelan Bangunan Meluluskan Pelan Bangunan Mengawal Untuk Memastikan Kerja-kerja Tanah Yang Dilaksanakan Mengikut Kehendak-kehendak Yang Ditetapkan Memastikan Pembinaan Sesuatu Bangunan Adalah Mengikut Pelan Yang Diluluskan Memastikan Penggunaan Sesuatu Bangunan Adalah Seperti Yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan Mengawal Penggunaan Bahan-bahan Mudah Terbakar Dalam Pembinaan Sesuatu Bangunan Penyediaan Infrastruktur Untuk Sesuatu Pemajuan Kawalan Ke Atas Bangunan Yang Berada Di Dalam Keadaan Bahaya Pemeriksaan Berjadual Ke Atas Bangunan-bangunan Yang Sudah Siap Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) Undang-Undang Kecil . 6. Akta Jalan. Penyelenggaraan Dan Penyiaran Perangkaan..Kemudahan-kemudahan Rekreasi . Membantu dan Menggalakkan Pemungutan. Buletin dan Monograf dan Lain-lain Yang Berhubung Dengan Perancangan Bandar dan Desa.

Peraturan dan sebagainya Pindaan Undang-Undang Kecil Pindaan kepada undang-undang kecil yang telah diwartakan boleh dibuat daripada masa ke semasa berdasarkan keperluan mengikut prosedur penggubalan yang sama Kadar Kompaun Berdasarkan Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002.00.000. Penalti/Denda . Ia digubal oleh Pihak Berkuasa Tempatan.00. perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh dikompaun dan tawaran bayaran kompaun adalah sehingga maksima RM 500. Perundangan subsidiari ini dikenali juga dengan nama Perintah.Apakah Undang-Undang Kecil? Undang-Undang Kecil atau 'by-laws' dalam bahasa Inggeris adalah perundangan subsidiari kepada undang-undang ibu. Kaedah. Manakala kadar maksima kompaun kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ialah RM 1.

Bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan. undang-undang kecil yang digunapakai di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam adalah sebagaimana berikut: 1 Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB 1983 2 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB 1983 3 Undang-Undang Kecil Pasar MPKB 1986 4 Undang-Undang Kecil Iklan MPKB 1990 5 Undang-Undang Kecil Taman MPKB 1986 6 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB 1986 7 Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB 1986 8 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB 1986 9 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB 1987 10 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB 1985 11 Undang-Undang Kecil Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB 1987 12 Undang-Undang Kecil Pemungutan.Sekiranya tawaran kompoun tidak dijelaskan. Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Sehingga 2008.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Pembuangan dan Pelupusan Sampah MPKB 1985 13 Undang-Undang Kecil Tred.00 sehari.000. perlanggaran mana-mana undangundang kecil boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti/denda sehingga RM2. denda boleh dikenakan maksima RM200. Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985 14 Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB 1989 15 Undang-Undang Kecil Tandas Awam MPKB 1990 16 Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya MPKB 1989 17 Undang-Undang Kecil Kedai Dobi MPKB 1990 18 Undang-Undang Kecil Vandalisme MPKB 1994 19 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MPKB 1995 20 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah MPKB 1990 21 Kaedah-Kaedah Pegawai MPKB (Kelakuan Dan Tatatertib) 1983 .

22 Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta) (Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu) 1985 23 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB 2000 24 Perintah Lalulintas Jalan (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan ) MPKB 2002 25 Perintah Tetap MPKB 2001 26 Perintah Tetap Tatacara Kompaun MPKB-BRI 2006 27 Perintah Tetap Tatakelakuan Anggota Penguatkuasaan MPKB-BRI 2007 Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan) Sehingga 2004. Perniagaan & Perindustrian MPKB (Pindaan) 2002 13 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB-BRI (Pindaan) 2007 (Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan jabatan undang – undang) Latar Belakang Majlis Perbandaran Kota Bharu . undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan) adalah sebagaimana berikut:1 2 3 4 5 6 Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB (Pindaan) 1987 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB (Pindaan) 2003 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB (Pindaan) 2003 Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB (Pindaan) 2003 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB (Pindaan) 1990 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan) 1989 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan) 2003 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002 Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB (Pindaan) 2003 7 8 9 10 Undang-Undang Kecil Pasar MPKB (Pindaan) 2004 11 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB (Pindaan) 2004 12 Undang-Undang Kecil Tred.

Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran. Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115.Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan. kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5. perdagangan dan kewangan. Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat Institusi.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara. Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan. .

indah dan selesa • Merancang dan menyusun pembangunan dengan kemas dan teratur • Membangunkan projek-projek sosio ekonomi serta kemudahan-kemudahan riadah • Menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin kesejahteraan warga kota . indah dan berdikari berteraskan dasar Membangun Bersama Islam Misi Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan mempertingkatkan kemajuan sosioekonomi serta memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya FUNGSI • Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang sempurna kepada warga kota supaya dapat mewujudkan persekitaran yang bersih. bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). OBJEKTIF • Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang teratur dan tersusun • Memperkukuhkan kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jentera pungutan hasil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru • Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepada aspek kebersihan dan keindahan bandar • Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yang berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani selaras dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam • Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan program pembangunan majlis • Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dan kemungkaran dalam kawasan majlis Visi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah organisasi yang unggul akan membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam yang bersih. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978. MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971.Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936.

Bilah sisip melambangkan 6 rukun iman. manusia sesama manusia dan manusia bersama alam sekitar menepati konsep “rahmatan Lil’alamin” yang menjamin kedamaian. Bulan sabit melambangkan kesyumulan islam dan bentuknya yang condong melambangkan islam dinamik dan futuristik. islam sebagai ad-deen mencakupi hubungan manusia dengan tuhan. kebersihan dan kesejahteraan. Warna hijau adalah warna islam.LOGO MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU 5K (KAF) melambangkan 5 teras kota bharu bandaraya islam iaitu keilmuan. kebajikan. keharmonian dan kesejahteraan. Bunga kerak nasi bunga rasmi kota bharu bandaraya islam mempunyai 5 kelopak melambangkan 5 rukun islam. Warna hijau melambangkan kesejahteraan dimana kehidupan warganya sentiasa “segar bugar” (rohani dan jasmani) . kepatuhan.

2. 5. Memastikan penyusunan dan pengawasan pembangunan yang berkesan dan terancang. Menjamin perlindunagn masyarakat melalui undang-undang dan memastikan tindakan undangundang dijalankan dengan adil dan saksama. 6. 9. Memastikan setiap aduan yang diterima diambil tindakan segera.kesepaduan tekad dan komitmen. Memastikan semua pelanggan mendapat layanan sempurna dan memproses segala permohonan dengan kadar yang segera.Mahkota lambang kedaulatan raja sebagai ketua agama negeri Kelantan Warna merah adalah warna rasmi negeri Kelantan melambangkan jati diri rakyat Kelantan. Memastikan kesihatan awam terjamin melalui peningkatan aktiviti dan kawalan kebersihan di semua tempat. Memastikan segala projek pembangunan majlis dilaksanakan dengan baik. 4. Berusaha mengekal dan memelihara imej bandar Kota Bharu sebagai Bandar Berbudaya. Mewujudkan program keindahan bandar secara menyeluruh ke arah menjadikan Bandar Kota Bharu hijau dan berbunga. 7. adil dan mesra. keberanian dan kecekalan dalam menegakkan kebenaran dan menghadapi cabaran Pintu gerbang istana balai lambang kota bharu kota budaya dan kesenian negeri Kelantan besar Al-Quran dan sebagai ikon kota bharu bandaraya islam Rehal Tiang lambang pembangunan dan kemajuan kota bharu bandaraya islam PIAGAM PELANGGAN ”Mewujudkan Bandar Raya Islam yang Berdikari dan sempurna” Piagam Pelanggan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam 1. . berkualiti dan tidak membazir. Mempertingkatkan kualiti penghidupan bandar melalui perancangan dan perkhidmatan yang cekap. 8. 3.

my Setiausaha Foto Nama Telefon Pejabat / Email 09 748 3792 En Nazran B Muhammad su@mpkb.my Jabatan Khidmat Pengurusan Foto Nama Pegawai / Jawatan Telefon Pejabat / Email .gov.MOTTO MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Yang Di Pertua Foto Nama Telefon Pejabat / Email 09 748 3333 Dato' Hj Ahmad Bin Mahmood ydp@mpkb.gov.

gov.my Jabatan Undang-undang Foto Nama Pegawai / Jawatan Telefon Pejabat / Email .my En Zulkarnaim B Hamzah Penolong Pengarah Perkhidmatan samb: 2171 zulkarnain@mpkb.gov.gov.gov. Hj.my Khairulzani b Said Ketua Penolong Pengarah Taknologi Maklumat samb: 2263 kbtm@mpkb.my Tn.En Mohd Fauzi b Abd Rahim Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran 09 747 2009 fauzi@mpkb. Ramly Bin Che Hussin Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan samb:2116 ramly@mpkb.my Pn Pauziah bt Ismail Penolong Pengarah Pentadbiran samb: 2206 pawzia@mpkb.gov.

gov.my Jawatan Kewangan Foto Nama Pegawai / Jawatan Telefon Pejabat / Email Tuan Hj Zulkifli B Ibrahim Pengarah Kewangan 09 747 2001 pkew@mpkb. Nur Shasni bt Mat Rusok Penolong Pengarah Letak Kereta 09 7444101 shasni@mpkb.gov.my Cik Maslinda Mahmood Penolong Pengarah Perolehan samb: 2223 maslinda@mpkb.my Pn Hjh Bibi Hazainab Haron Penolong Pengarah Kewangan & Akaun samb: 2119 bibi@mpkb.Hjh Khairiah bt Mohamed Penolong Pengarah Undang-undang ext: 2169 khairiah@mpkb.my Jabatan Kejuruteraan Foto Nama/Bahagian Telefon Pejabat / Email .gov.my Pn.gov.gov.

En Razak Ismail Pengarah Kejuruteraan 09 747 2010 pkej@mpkb.gov.my En. Ahmad Nassim Bin Dato' Ahmad Maher Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan samb: 2126 nassim@mpkb.my Tn. Baser Bin Yaacob Pembantu Teknik Kanan Bangunan dan Elektrik samb: 2192 baser@mpkb.my En Wan Zulkiflee Wan Mustafar Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Bahagian Pembentongan samb: 2165 En Fauzul B Awang Lah Pembantu Teknik Mekanikal 09 7747466 Jabatan Perlesenan Foto Nama/Bahagian Telefon Pejabat / Email .gov.gov. Hj.

my Pn Che Gayah bt Jaafar Penolong Pengarah Pelesenan samb: 2159 chegayah@mpkb. Ropien Bin Hassan Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat 09 7444101 ropien@mpkb. Azhar Bin Abd.my Wan Mohd Sharafi Bin Wan Mustaffa Penolong Pengarah Pembangunan Insan 09 7444101 sharafi@mpkb.my Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Foto Nama/Bahagian Telefon Pejabat / Email Tuan Hj Che Abd Aziz Abd Rashid Pengarah Penilaian 09 747 2000 ppph@mpkb.gov.gov.my Jabatan Kemasyarakatan Foto Nama/Bahagian Telefon Pejabat / Email Tn.gov.gov.Tn. Sattar Pengarah Pelesenan 09 747 2008 ppl@mpkb. Hj. Hj.my .gov.

2183. Telefon/sambungan : 2143. 2109. Kerajaan Negeri dan Badan-badan Berkanun. 2107 BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA EN NAZMI BIN MOHAMAD PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN HARTA . urusan ini meliputi tugas-tugas membuat semakan ke atas butiran maklumat harta sebagaimana yang terdapat di pejabat tanah • Menilai dan menyediakan laporan penilaian lagi maksud pengambilan tanah • Menyediakan dan membuat penilaian semula setiap lima tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri • Menguruskan tuntutan ulangan balik hasil terhadap bangunan-bangunan yang tidak diduduki seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976 • Mmbuat pemeriksaan ke atas harat-harta yang dilaporkan runtuh/roboh/terbakar untuk maksud pengahapusan cukai • Menentukan kedudukan harta-harta di bawah caruman mmbantu kadar untuk harta-harta kerajaan Persekutuan. RASHID PENGARAH PENILAIAN BAHAGIAN PENILAIAN EN HELMI BIN ABDULLAH PENOLONG PENGARAH PENILAIAN FUNGSI BAHAGIAN : • Mengekalkan dan mengemaskinikan Senarai Nilaian Majlis dengan membuat pindaan terhadap bangunan-bangunan yang baru dibina semula sebagaimana peruntukkan seksyan 141 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 • Megemaskinikan rekod maklumat harta yang dicukai.gov.my En Nazmi Mohamad Penolong Pegawai Penilaian Bahagian Pengurusan Harta samb: 2167 HJ CHE ABD AZIZ BIN ABD. • Memproses harta-harta untuk penukaran hakmilik serta memproses surat-surat rayuan yang diterima dan surat-surat yang berkaitan dengan permohonan penyewaan daripada orang ramai No.En Helmi Bin Abdullah Penolong Pengarah Penilaian samb:2143 helmi@mpkb.

Kerajaan Negeri dan Badan-badan Berkanun. 2183. Telefon/sambungan : 2143. • Memproses harta-harta untuk penukaran hakmilik serta memproses surat-surat rayuan yang diterima dan surat-surat yang berkaitan dengan permohonan penyewaan daripada orang ramai No. 2107 BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA EN NAZMI BIN MOHAMAD PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN HARTA FUNGSI BAHAGIAN : • • • • • Menguruskan penyewaan harta –harta milik Majlis kepada orang ramai Menyediakan perjanjian penyewaan antara Majlis dengan penyewa Menguruskan kerja – kerja pencucian. Telefon/sambungan : 2167.FUNGSI BAHAGIAN : • • • • • Menguruskan penyewaan harta –harta milik Majlis kepada orang ramai Menyediakan perjanjian penyewaan antara Majlis dengan penyewa Menguruskan kerja – kerja pencucian. pembersihan bangunan pejabat Menguruskan Dewan Jubli Perak serta Kompleks sukan MPKB dipadang Perdana Mengawalselia penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah akta 663 No. 2191 . 2191 HJ CHE ABD AZIZ BIN ABD. RASHID PENGARAH PENILAIAN BAHAGIAN PENILAIAN EN HELMI BIN ABDULLAH PENOLONG PENGARAH PENILAIAN FUNGSI BAHAGIAN : • Mengekalkan dan mengemaskinikan Senarai Nilaian Majlis dengan membuat pindaan terhadap bangunan-bangunan yang baru dibina semula sebagaimana peruntukkan seksyan 141 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 • Megemaskinikan rekod maklumat harta yang dicukai. 2189. pembersihan bangunan pejabat Menguruskan Dewan Jubli Perak serta Kompleks sukan MPKB dipadang Perdana Mengawalselia penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah akta 663 No. urusan ini meliputi tugas-tugas membuat semakan ke atas butiran maklumat harta sebagaimana yang terdapat di pejabat tanah • Menilai dan menyediakan laporan penilaian lagi maksud pengambilan tanah • Menyediakan dan membuat penilaian semula setiap lima tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri • Menguruskan tuntutan ulangan balik hasil terhadap bangunan-bangunan yang tidak diduduki seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976 • Mmbuat pemeriksaan ke atas harat-harta yang dilaporkan runtuh/roboh/terbakar untuk maksud pengahapusan cukai • Menentukan kedudukan harta-harta di bawah caruman mmbantu kadar untuk harta-harta kerajaan Persekutuan. 2109. Telefon/sambungan : 2167. 2189.

my/thesis/images/3PSM/2004/3JGP/Part1/NORASIMAHF. This is the version of the page that was used for ranking your search results. You searched for: JABATAN PENILAIAN MPKB We have highlighted matching . urusan ini meliputi tugas-tugas membuat semakan ke atas butiran maklumat harta sebagaimana yang terdapat di pejabat tanah • Menilai dan menyediakan laporan penilaian lagi maksud pengambilan tanah • Menyediakan dan membuat penilaian semula setiap lima tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri • Menguruskan tuntutan ulangan balik hasil terhadap bangunan-bangunan yang tidak diduduki seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976 • Mmbuat pemeriksaan ke atas harat-harta yang dilaporkan runtuh/roboh/terbakar untuk maksud pengahapusan cukai • Menentukan kedudukan harta-harta di bawah caruman mmbantu kadar untuk harta-harta kerajaan Persekutuan. The page may have changed since it was last cached. • Memproses harta-harta untuk penukaran hakmilik serta memproses surat-surat rayuan yang diterima dan surat-surat yang berkaitan dengan permohonan penyewaan daripada orang ramai No.efka. 2183.do c Below is a snapshot of the Web page as it appeared on 8/20/2010. Kerajaan Negeri dan Badan-badan Berkanun.utm. 2189. 2109. go to the current page. Telefon/sambungan : 2143. pembersihan bangunan pejabat Menguruskan Dewan Jubli Perak serta Kompleks sukan MPKB dipadang Perdana Mengawalselia penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di bawah akta 663 No. RASHID PENGARAH PENILAIAN BAHAGIAN PENILAIAN EN HELMI BIN ABDULLAH PENOLONG PENGARAH PENILAIAN FUNGSI BAHAGIAN : • Mengekalkan dan mengemaskinikan Senarai Nilaian Majlis dengan membuat pindaan terhadap bangunan-bangunan yang baru dibina semula sebagaimana peruntukkan seksyan 141 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 • Megemaskinikan rekod maklumat harta yang dicukai. To see what might have changed (without the highlights).HJ CHE ABD AZIZ BIN ABD. 2191 You have reached the cached page for http://www. 2107 BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA EN NAZMI BIN MOHAMAD PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN HARTA FUNGSI BAHAGIAN : • • • • • Menguruskan penyewaan harta –harta milik Majlis kepada orang ramai Menyediakan perjanjian penyewaan antara Majlis dengan penyewa Menguruskan kerja – kerja pencucian. Telefon/sambungan : 2167.

Ianya merupakan satu kemudahan kepada pemandu-pemandu meletak atau menyimpan kenderaan untuk menjalankan urusan masing-masing.Tempat letak kereta boleh di definasikan sebagai satu kawasan perletakan atau penyimpanan bagi kenderaan yang tidak bergerak dan dimatikan enjinnya di sesuatu kawasan. pemandu akan memandu secara perlahan-lahan untuk mencari tempat meletak kenderaan. Dalam kajian tempat meletak kereta. Yahoo! is not responsible for the content of this page. BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Sistem letak kereta adalah salah satu cabang dalam bidang kejuruteraan dan ianya adalah salah satu daripada tugas-tugas Jurutera Lalulintas. Daripada kaedah kajian ini dapat mengambarkan keadaan sebenar sistem letak kereta yang sediada ataupun untuk penyediaan tempat meletak kereta yang baru. . Beberapa kaedah bancian tempat meletak kereta yang boleh dijalankan mengikut jenis dan saiz kawasan kajian. kajian terhadap kenderaan berhenti juga adalah sangat penting. Perkembangan dan kemajuan pesat di sesebuah kawasan akan mengakibatkan sistem lalu lintas juga akan meningkat dan dengan secara tidak langsung akan menyebabkan permintaan terhadap keperluan tempat meletak kereta juga bertamabah. Tempat letak kereta adalah penting untuk dibuat kajian bagi mengetahui samada ianya mencukupi keperluan semasa atau sebaliknya. Kepadatan tempat meletak kereta dapat diukur dalam kenderaan perluas kawasan atau kenderaan per panjang jalan. Disamping membuat kajian terhadap pergerakan kenderaan. kesan terhadap lalu lintas dan juga kesan pada persekitaran perlu dipertimbangkan dalam penilaian masalah perletakan kereta.words that appear in the page below. Kemudahan tempat meletak kereta merupakan kunci utama dalam menyediakan sesuatu perancangan dan pengawalan lalu lintas dan merupakan satu asas dalam menyediakan dasar pengangkutan yang sempurna dalam sesuatu kawasan. kita perlu tahu masalah yang sebenarnya. Setelah kenderaan sampai ke distinasi masing-masing. kemudahan yang sediada bersesuaian atau tidak.

perancangan yang baru merangkumi rangkaian jalanraya. Kepentingannya sebagai kemudahan pengangkutan serta kemajuan rekabentuk kenderaan itu sendiri telah menarik minat orang ramai untuk memiliki kenderaan sendiri. Pengguna kenderaan bermotor terus bertambah menjelang abad ke-20. Ianya telah wujud sejak zaman dahulu lagi. 1. Perancis dan German juga berlaku keadaan seperti ini. Pertambahan penduduk dan juga perkembangan perindustrian yang berpusat di kawasan bandar juga menyebabkan penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta juga bertambah. sistem pengangkutan keretapi dan penempatan penduduk telah dibuat. Pihak berkuasa perlu menyediakan tempat meletak kereta disetiap kawasan atau bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai atau kelompok-kelompok tertentu tidak kira samada ia terletak di kawasan bandar atau pun di luar bandar. Ini bermakna tempat letak kereta bukanlah merupakan satu fenomena yang baru wujud masa kini. kemudahan tempat meletak kereta telah diadakan sejak zaman pemerintahan Kaiser Juleus di Rom lagi dan beliau juga telah mengadakan undangundang melarang kenderaan yang berlebihan daripada memasuki Bandaraya Rom pada masa yang tertentu yang boleh mengakibatkan kesesakan lalulintas. Kemudahan tempat meletak kereta yang disediakan mestilah mempunyai kawalan keselamatan supaya pemandu tidak perlu bimbang terhadap kereta mereka yang ditinggalkan. Memang tidak dapat dinafikan tentang kepentingan tempat meletak kereta selaras dengan peningkatan penggunaan kereta pada masa kini. Dengan bertambahnya bilangan kenderaan sudah pastinya permintaan terhadap kemudahan meletak kenderaan juga bertambah. stadium. 1.Daripada data-data yang diperolehi dapat menyediakan polisi-polisi perletakan kereta disamping ciri-ciri dan kawalan tempat perletakan kereta yang diperlukan. Di negara-negara Eropah seperti Belgium.1 SEJARAH TEMPAT MELETAK KERETA Jika dilihat daripada segi sejarah. kompleks . Contohnya seperti dikawasan kolej dan universiti. Oleh kerana di bandar yang telah pesat membangun. hospital. Pada abad ke-18 dan ke-19 di England telah berlakunya Revolusi Perindustrian yangmenyebabkan pembangunan terhadap kemudahan pengangkutan seperti keretapi dan juga sistem pengangkutan jalanraya yang bermula pada tahun 1825.2 KEPENTINGAN TEMPAT MELETAK KERETA Tempat meletak kereta perlu disediakan untuk kemudahan orang ramai meletak kereta mereka dengan mudah dan selamat untuk mereka mereka menjalankan sesuatu urusan.

h. j.3 KAEDAH-KAEDAH KAJIAN RUANG LETAK KERETA Kaedah-kaedah yang dijalankan ke atas ruang meletak kereta adalah bertujuan untuk memastikan keberkesanan sistem ruang letak kereta dan juga untuk mendapatkan bilangan ruang letak kereta yang diperlukan. Muatan jalan yang menuju kekawasan kajian. Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas di jalanraya. Penyediaan ruang letak kereta bergantung kepada faktor ekonomi dan sosial. Pertambahan luas lantai bagi kawasan kajian yang sedang dalam pembinaan. Dari segi ekonomi juga berlakunya pembaziran kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dari segi penggunaan minyak. 1. Keadaan ini menyebabkan kurangnya aliran tepu di kawasan jalan tersebut. f. penyediaan tempat meletak kereta yang cukup adalah diperlukan. Antara masalah yang menghalang kelancaran perancangan ruang meletak kereta secara tepat dan berkesan adalah :a. pejabat dan lain-lain lagi. Hubungan antara jumlah tumpuan pengguna ruang letak kereta tempoh puncak dengan jumlah ruang letak kereta keseluruhan. Masa yang dipertimbangkan bagi tujuan perancangan. i. c. Tempoh letak kereta bagi pelbagai kategori pengguna ruang letak kereta. Aras pemilikan kereta pada tahun rekabentuk. Kekurangan tempat meletak kereta akan menyebabkan kesesakan serta memberi pemandangan yang tidak elok disamping pencemaran lain seperti bunyi bising dan udara. Kebanyakan permintaan ruang letak kereta di bandar besar dan sederhana memerlukan permintaan yang tinggi dan biasanya pihak pengurusan tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. b. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas di jalanraya. Orang ramai akan berpuashati untuk meletak kereta mereka apabila berkunjung ke sesuatu tempat. Penyediaan tempatmeletak kereta yang cukup dapat memenuhi permintaan yang datang daripada para pemandu terutamanya pada masa puncak. Pertambahan bilangan penduduk pada masa hadapan bagi kawasan kajian. Bilangan dan kadar perjalanan perseorangan. . g. Tempat meletak kereta yang tidak dapat memenuhi keperluan dan permintaan pemandu akan menyebabkan pergerakan kereta di jalanraya akan menjadi semakin lambat dan sesak akibat jumlah kereta yang semakin bertambah. e. d. Kadar perjalanan harian yang wujud semasa waktu perjalanan harian biasa dan waktu perjalanan puncak. Perubahan tarikan terhadap kawasan yang berkenaan selepas pembangunan.membeli belah.

sehingga ke akhir tahun 1970-an. Pengusaha-pengusaha tempat letak kereta ini diberi syarat-syarat berikut :a. Had bilangan tempat letak kereta. Peranan dasar dan strategi tempat letak kereta ini perlulah difikirkan dari semasa ke semasa kerana semakin maju sesebuah negara maka akan bertambahlah jumlah kenderaan di atas jalanraya dan secara tidak langsung maka tempat letak kereta perlulah ditambah dari masa ke semasa dan untuk tidak mendatangkan banyak masalah di kemudian hari. Jumlah ruang meletak kereta yang diperlukan adalah berkadar terus dengan pertambahan bilangan penduduk dan perkembangan kawasan kajian. . Jalan Pintu Pong. Masa dibuka dan ditutup. c. Kadar bayaran bagi berbagai-bagai jenis kenderaan. Dengan keputusan yang tepat keperluan permintaan ruang letak kereta pada masa hadapan dapat dikurangkan. 1. Kepincangan pengawalan atau pengurusan tempat letak kereta ini mula diatasi pada akhir tahun 1980-an dimana apabila Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen kepada pengusaha-pengusaha persendirian tempat letak kereta di sisi lorong dalam kawasan bandar. b.5 OBJEKTIF KAJIAN Kajian tempat letak kereta dijalankan bertujuan untuk mengetahui samada ianya mencukupi ataupun tidak bagi kawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya. maka sistem pengurusan hendaklah diambil berat oleh semua golongan.Butiran yang di atas perlu diberi perhatian yang serius bagi mendapatkan penilaian yang lebih realistik dan keputusan yang dibuat lebih tepat. 1. Bahkan banyak perhatian diberi bagi mengurangkan bilangan tempat letak kereta dilorong dan mengimbangi tempat letak kereta ini yang dikendalikan oleh orang awam (dalam lorong dan sisi lorong) dengan berbagai-bagai bentuk pengawalan. Tetapi penguasaha tempat letak kereta ini biasanya hanya memikirkan tentang pulangan ekonomi yang baik sahaja tanpa memikirkan dan tanpa memberi banyak perhatian tentang tempat letak kereta yang strategi di pusat bandar. d.4 LATARBELAKANG KAJIAN Di Malaysia. Pihak Berkuasa Tempatan tidak begitu mengambil berat tentang menyediakan tempat letak kereta di pusat bandar. Nisbah petak yang perlu disediakan untuk berlainan kategori kenderaan.

Kota Bharu. Melalui bancian yang dibuat. Melalui kaedah ini. kedai makan dan sebagainya. b. Ini adalah kerana kawasan ini sering berlaku kesesakan lalulintas akibat pemandu yang memandu dengan perlahan untuk mencari tempat letak kereta pada satu-satu masa tertentu. bank. kawasan ini adalah kawasan pusat bandar dan ianya berhampiran dengan pasaraya. jabatan kerajaan yang berurusan dengan orang ramai dan lain-lain lagi. Kajian hanyalah tentang pengurusan tempat letak kereta yang terlibat sahaja. kaedah bancian kandang atau bancian keliling dijalankan. Kelantan. Tempat letak kereta merupakan asas kepada pengawalan sistem lalulintas di kawasan pusat bandar ataupun tempat-tempat tumpuan orang ramai menjalankan urusan harian. Dalam keadaan negara yang sedang pesat membangun. farmasi. 1. Kajian ditumpukan di Medan Letak Kereta Pantai Jaya. Kelantan. Beberapa kaedah bancian tempat letak kereta perlu dijalankan. pasar. Kerja-kerja yang dikaji hanyalah melibatkan tentang pengurusan tempat letak kereta yang terlibat sahaja.Kota Bharu. Oleh kerana itu. Dengan ini. maka hanya skop-skop kerja yang tertentu sahaja digariskan untuk mencapai objektif kajian. kenderaan dijalan raya semakin banyak dan ianya memerlukan tempat letak kereta yang selamat dan sesuai dengan tempat urusan masing-masing.6 SKOP KAJIAN Oleh kerana peruntukkan masa yang terhad untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. jumlah kereta yang masuk dan keluar dalam sesuatu tempoh masa yang ditetapkan akan dicatat. Perbezaan di antara kereta . pasar raya. Satu kajian perlu dilakukan sehinggalah siap agar ia dapat membantu sistem yang telah dilaksanakan. Jalan Pintu Pong. Dalam kajian yang dibuat dikawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya. Analisa juga akan dapat dijalankan samada perlu penyediaan tempat letak kereta yang baru ataupun sebaliknya. saya akan cuba untuk mengatasi serta memperbaiki sistem yang sediada agar dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan dan pengawalan tempat letak kereta. Disamping itu. Dalam hal ini hanyalah dua (2) perkara sahaja yang ditumpukan iaitu :a. maka keputusan tentang keperluan tempat letak kereta akan diketahui dan digambarkan dengan jelas. diharap kajian yang akan saya laksanakan nanti akan dapat membantu mengatasi masalah kekurangan dan pengurusan tempat letak kereta. Tempat-tempat yang biasa menjadi tumpuan orang ramai dan sering berlaku kekurangan tempat letak kereta ialah seperti di bank.

Melalui kaedah ini. Sesuatu perancangan yang dibuat . didapati bahawa jangkaan menunjukkan keperluan tempat letak kereta di kawasan ini adalah tidak mencukupi kerana permintaan yang terlalu tinggi terutamanya dalam satu-satu masa tertentu. Ini adalah kerana kawasan ini adalah kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menjalankan pelbagai urusan semasa. penilaian permintaan meletak kereta juga dilakukan. Daripada hasil kajian yang dijalankan. gambaran tentang permintaan yang berlebihan atau berkurangan diperolehi. Untuk membuat anggaran berkenaan permintaan tempat letak kereta ini memerlukan teknik kajian mengikut perkembangan semasa yang mana soal selidik atau temuramah pemandu-pemandu kereta di kawasan kajian atau pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan tempat letak kereta di Medan Letak Kereta Pantai Jaya dilakukan. Selain daripada itu. BAB II HUBUNGAN MEDAN LETAK KERETA PANTAI JAYA DENGAN KEPERLUAN TEMPAT LETAK KERETA DI BANDAR KOTA BHARU 2.yang masuk dan keluar akan memberikan jumlah kereta yang terkumpul dalam kawasan tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan. Perbezaan di antara permintaan dan penyediaan tempat letak kereta membolehkan pernilaian dibuat bagi menentukan keluasan tempat letak kereta yang diperlukan.1 LATARBELANG KEPERLUAN MEDAN LETAK KERETA PANTAI JAYA. Perancangan pembangunan sesuatu kawasan memerlukan satu penilaian yang mendalam dan teliti bagi keselesaan penduduk kawasan tersebut dan memastikan keadaan persekitaran tidak terjejas akibat kesesakan lalulintas di jalanraya.

Keperluan kepada tempat letak kereta adalah disebabkan oleh faktor sosio ekonomi yang semakin bertambah.seharusnya akan dapat menampung pertambahan penduduk dan kemajuan lain dimasa akan datang. Perancanagn untuk memperbaiki simpang jalan Penyediaan kawalan ke atas zon meletak kereta Spesifikasi kajian untuk memperbaiki keadaan jalan dan persekitaran Perancangan untuk jalanraya Tempat letak kereta di luar dan di dalam kawasan jalan . c. Oleh itu. tempat letak kereta yang sedia ada dan masalah – masalah yang terdapat di kawasan tersebut. d. Sebelum membuat sesuatu perancangan untuk penempatan tempat letak kereta di sesuatu kawasan. asap kenderaan dan bahaya kemalangan. Ini secara tidak langsung menyebabkan semakin ramai yang menggunakan kereta dalam sebarang urusan harian. sebelum membuat sesuatu perancangan lalulintas. Maka. Keadaan ini adalah disebabkan oleh pertambahan keperluan individu disamping itu juga ia adalah disebabkan oleh kemajuan dan pembahuruan terhadap rekabentuk kenderaan. b. e. Salah satu kemajuan yang telah pun dilihat ialah bertambahnya kenderaan di jalanraya – jalanraya dan dengan secara tidak langsung bertambahlah juga tempat letak kereta. Kemudahan bagi kenderaan adalah merangkumi perkara – perkara seperti rangkaian jalanraya yang baik bagi memudahkan kenderaan tersebut menuju ke destinasi yang dituju dan juga kemudahan untuk meletak kereta. Setip kawasan mempunyai ciri – ciri dan persekitaranya yang tersendiri. perancangan yang dibuat hendaklah mengambil kira dalam semua aspek terutamanya dalam keselesaan tempat meletak kereta. Sebagai kesimpulan. perkara penting yang perlu diketahui adalah sistem jalanraya di kawasan tersebut berupaya menampung bilangan kenderaan. Masalah persekitaran ialah proses penyelenggaraan kenderaan seperti bunyi bising. b. kod bangunan dan zon bolehlah digunakan sebagai panduan. Dua aspek penting dalam perancangan tempat meletak kereta ialah : a. penilaian yang teliti perlu dilakuakn agar memenuhi keselesaan semua pengguna jalan raya. Perkara – perkara yang perlu ada di dalam setiap keputusan dan cadanagn yang dibuat ialah : a. Oleh yang demikian. Ia berguna kerana didalam kod ini telah dinyatakan tempat letak kenderaan yang minimum dan juga yang maksimum. sesuatu perancangan pembinaan dan kemudahan di sekitar Jalan Pintu Pong perlu dilaksanakan.

Data – data yang diperolehi dianalisa untuk membuat perancangan dan seterusnya meramalkan pertambahan aliran kenderaan untuk masa hadapan dengan menggunakan faktor pertumbuhan yang sesuai. PENEMPATAN TEMPAT LETAK KERETA Penempatan tempat letak kereta juga merupakan satu perkara penting dalam membuat perancangan pembangunan di sesuatu kawasan. Kajian ini dapat memberi garis panduan yang sesuai bagi mencadangkan penggunaan tanah dan dengan ini juga dapatlah menafsirkan permintaan terhadap sisitem pengangkutan di masa akan hadapan. Proses kajian lalulintas dan penggunaan tanah serta kajian tempat letak kereta dapat memberi garis panduan kepada kita untuk menyediakan tempat letak kereta yang diperlukan sama ada untuk kegunaan jangka pendek atau pun jagkamasa panjang. KAJIAN KENDERAAN LALULINTAS DAN PENGGUNAAN TANAH Kajian kenderaan lalulintas adalah merupakan satu bahagian yang penting dalam proses perancangan di sesebuah bandar. langkah-langkah kawalan diperlukan untuk memastikan kawasan tempat letak kereta adalah mencukupi untuk . kajian tempat letak kereta. kajian bilangan jumlah kenderaan dan jenis serta kegunaan kenderaan tersebut. Ini adalah kerana ia melibatkan penggunaan tanah di sesuatu kawasan dan satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan.2.Penyedian tempat letak kereta yang mencukupi akan menggelakkan daripada berlakunya kesesakan di tempat letak kereta dan juga dapat meggelakan pemandu-pemandu kereta meletak kereta mereka di tempat-tempat larangan. Ia akan menyediakan faktor asas yang penting dalam penilaian dan perancanagan pembangunan. Penyediaan tempat letak kereta dalah bedasarkan kepada masa puncak jumlah kereta dan juga jumlah kereta keseluruhan di jalanraya. Kawasan tersebut pula dibahagikan kepada beberapa zon tertentu iaitu zon zon luaran dan zon dalaman. Kesesakan lalulintas di Bandar Kota Bharu adalah semakin meningkat memandangkan pembangunan yang semakin pesat di bandar ini. Cara kajian kenderaan lalulintas dan penggunaan tanah di buat dengan menentukan kawasan kaijan. 3. Kajian yang dijalankan biasanya meliputi kajian temuramah di jalanraya. Oleh sebab itu.

jumlah.menampung jumlah kenderaan yang banyak. penempatan tempat letak kereta mestilah dibuat dengan melihat perkaraperkara yang mempengaruhi tumpuan kenderaan ke sesuatu kawasan tersebut bagi memastikan kemudahan tersebut berfungsi dan berkesan kepada orang ramai. Tanpa pengawalan yang sewajarnya. Oleh sebab itu. Seterusnya penempatan kawasan tempat letak kereta tersebut akan memberi kesan terhadap perjalanan dan pergerakan kenderaan. Selain dari itu. seterusnya ia akan dapat mengelakkan kesesakan lalulintas dan pencemaran persekitaran. prinsip utama dalam polisi tempat letak kereta adalah menyediakan kawasan tempat letak kereta yang mencukupi bagi kereta yang menuju ke sesuatu kawasan. KESAN TEMPAT LETAK KERETA KE ATAS LALULINTAS Kawasan tempat letak kereta sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kenderaan yang terdapat di jalanraya. . Mana-mana kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai hendaklah di buat pengawalan yang sempurna terhadap tempat letak kereta. 5. Oleh itu. tempat letak kereta di kawasan yang terlibat dapat menampung bilangan kereta yang banyak dalam masa yang singkat. KESAN TEMPAT LETAK KERETA TERHADAP PERSEKITARAN.penempatan tempat letak kereta di kawasan jalan akan menimbulkan kesan yang merbahaya pada kenderaan yang bergerak berikutan kekurangan lebar jalan tersebut. Jika pengawalan yang sempurna dapat di buat. jenis dan keluasan ruang di jalan atau sisi jalan akan mempengaruhi jumlah kenderaan. ianya akan dapat memberi keselesaan kepada para pemandu dan ianya juga dapat menjimatkan masa. Ini dapat dilihat di mana penempatan tempat letak kereta pada kawasan jalan “on-stereet parking” akan mengurangkan muatan kenderaan di jalan tersebut. Dengan cara ini. 4. Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain dan juga kepada pejalan kaki. Cara meletak kereta yang berdekatan antara satu sama lain akan mengakibatkan kesukaran kepada kereta lain yang keluar masuk ke kawasan tempat letak kereta.

perkara ini tidak begitu diambil berat. dimana kita hanya dapat melihat deretan kenderaan yang panjang sahaja walhal sebelum ini kita mungkin dapat melihat tumbuhan yang hidup menghijau dan pemandangan yang lebih menarik. Sebagai kesimpulannya. Jenis tempat letak kereta boleh di kelaskan kepada dua iaitu :1.Kenderaan-kenderaan yang berhenti di kawasan tempat letak kereta akan memberi kesan besar terhadap persekitaran di kawasan sekitarnya. Kesan kerosakkan yang paling nyata adalah kerosakan dari segi pemandangan. Tempat letak kereta di atas kawasan jalan 2. dapatlah di rumuskan bahawa polisi tempat letak kereta perlu diambil berat dengan mengambilkira kesan terhadap kenderaan dan juga kawasan persekitaran. Di mana kita akan dapati bunyi bising dan asap yang keluar dari kenderaan akan bergerak bebas di kawasan sekitar tempat letak kereta. untuk mengatasi keadaan ini kawasan tempat letak kereta yang menarik hendaklah direka dan dibina dengan begitu teliti agar kesan dari segi keindahan pemandangan dapat di kekalkan. Di mana. JENIS-JENIS TEMPAT LETAK KERETA Terdapat berbagai jenis tempat letak kereta yang dapat diperolehi dalam sistem lalulintas. . kebanyakkan cadangan membina kawasan tempat letak kereta yang baru. 7. KESAN TEMPAT LETAK KERETA TERHADAP KEINDAHAN Kesan tempat letak kereta yang tidak begitu di ambil berat adalah kesan terhadap keindahan kawasan persekitarannya. Cara yang lebih baik dan yang lebih sesuai untuk kawasan tempat letak kereta ialah mengadakan tempat letak kereta di luar kawasan jalan “off-street parking”. 6. Tempat letak kereta di luar kawasan jalan. Jadi. Di mana.ianya dapat mengurangkan masalah gangguan terhadap persekitaran.

1.1.7. Tempoh perletakan kereta akan berkurangan. b. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti berikut :a. Menggunakan meter letak kereta b. Pembayaran yang dikenakan menggalakkan perusahan persendirian menyediakan tempat letak kereta luar jalan dengan itu menjimatkan peruntukan awam. Di dalam kaedah ini terdapat beberapa kebaikan diantaranya ialah :a. Perletakan kereta mudah diselaraskan.Tempat Letak Kereta Bermeter Terdapat letak kereta jenis ini banyak terdapat di bandar-bandar yang peratus lalulintasnya tinggi. Menetapkan masa yang tertentu untuk meletak kereta di sesuatu kawasan yang kritikal c. a. . Tempat Letak Kereta Di Atas Kawasan Jalan Penyediaan tempat letak kereta di atas kawasan jalan boleh dibina samada pada satu sisi atau kedua-dua sisi jalan mengikut kesesuaian jalan tersebut. Penyediaan tempat letak kereta jenis ini biasanya dilakukan di kawasan jalan yang mengandungi kenderaan yang sedikit dan permintaan terhadapnya rendah. Menetapkan keluasan tempat letak kereta 2. Sesuatu kawasan bandar boleh direkabentuk sebagai zon meter iaitu semua dilarang meletak kecuali di lot kereta yang telah ditandakan.1. Kawasan letak kereta ditandakan dengan terang dan pemandu akan sentiasa mengawasi yang ia tidak meletak di tempat lain. Tempat letak kereta jenis ini boleh dikawal dengan menghadkan jangkamasa perletakan kereta. b. Kaedah ini diperkenalkan oleh Well pada tahun 1969.

Kebaikan kaedah ini ialah tiada kos modal pemasangan tetapi kaedah ini terdapat beberapa keburukan iaitu: a. . Tiada hasil yang dikeluarkan. Apabila pemandu memasuki zon skim ini dia akan mencari tempat meletak kereta dan mempamerkan pita tersebut di cermin keretanya.7. Letak Kereta Di Permukaan Jenis ini merupakan yang paling terkenal di kalangan jenis letak kereta luar jalan. Penempatannya mesatilah bersesuaian dan strategik untuk memudahkan orang ramai menjalankan urusan mereka.Skim ini menawarkan pemanduan meletak kereta percuma di sepanjang bebendul yang tidak bertanda pada masamasa yang ditetapkan.2. Untuk memudahkan kenderaan keluar masuk. Jadi ianya memerlukan rekabentuk yang sempurna. Memerlukan ramai pegawai lalulintas c. Penyelenggaraan dan pengursannya pula biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan ataupun syarikat-syarikat persendirian.1. 2. Pemandu-pemandu dalam lawatan sukar untuk mendapatkan pita berkenaan. Ianya banyak menggunakan keluasan tanah. lorong masuk dan lorong keluar hendaklah direka dengan baik supaya ianya dapat memberi keselesaan pada para pengguna tempat letak kereta tersebut. Dengan cara ini ianya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di jalan tersebut. 1.2 Pita Letak Kereta Merupakan alternatif utam kepada kaedah letak kereta bermeter. Tempat Letak Kereta Di Luar Kawasan Jalan. b. Penyediaan tempat letak kereta di luar jalan dapat mengurangkan tumpuan pemandu untuk meletak kereta di atas kawasan jalan sahaja.

Letak Kereta Atas Bumbung . Letak kereta jenis ini dapat mengurangkan penggunaan tanah. dikebanyakkan tempat meletak kereta bawah tanah sebahagian daripada kos awal akan dioffsetkan oleh kerana ia mewakili kos-kos yang sepatutnya akan wujud meskipun tempat letak kereta tidak dibina.sentiasa dikawal dan dibersihkan. Letak Kereta Bangunan Bertingkat Jenis ini pula popular di kawasan-kawasan bandar. 2. pejabat. Oleh itu. Letak Kereta Bawah Tanah Kebanyakan tempat letak kereta jenis ini biasanya disediakan di bahagian bawah bangunan hotel. hotel-hotel dan pusat membeli belah yang tertumpu di pusat bandar dan biasanya dijalankan oleh syarikat-syarikat persendirian yang mempunyai bangunan tersebut. Kombinasi letak kereta pengguna dan beratendan 3. Kebiasaannya tempat letak kereta jenis ini disediakan berhampiran kawasan pejabat. Letak kereta pengguna c. di bawah jalan raya. pusat membeli belah. 4. Cara ini adalah merupakan satu cara pengawalan tempat letak kereta bagi mengurangkan kesesakan di dalam kawasan yang terlibat. Letak kereta bangunan bertingkat dapat dikelaskan kepada 3 kumpulan : a. Letak kereta beratendan b. Bayaran akan dikenakan kepada pemandu yang meletak kenderaan berdasarkan jangkamasa mereka meletak kenderaan. Pemandu yang meletak kereta di kawasan ini biasanya akan dikenakan bayaran dan ini mengingatkan mereka agar tidak meletak kereta terlalu lama. taman awam ataupun pusat kominiti. Pembinaannya adalah mahal dan mungkin jenis ini adalah tempat letak kereta yang termahal.

Di kawasan-kawasan perumahan dan luar bandar. Tempat letak kereta seharusnya boleh digunakan oleh orang ramai jika terdapat permintaan terhadapnya. Polisi tersebut adalah untuk membenarkan orang ramai meletak kereta mereka terutama di kawasan-kawasan yang tertentu. perancangan yang teratur perlu dibuat untuk menyelaraskan kawasan letak kereta dan jumlah bilangan kereta pada masa puncak. Ini bermakna mereka mestilah menyediakan tempat letak kereta yang boleh beroperasi kepada pemandu tanpa kawalan ke atas mereka. Perjalanan utama ialah untuk ram yang perbelanjaannya meningkat seimbang dengan ketinggian bangunan. Ia biasanya dibina di kawasan pusat membeli belah. PIAWAIAN TEMPAT LETAK KERETA Penyediaan tempat letak kereta dalam perancangan pembangunan yang dijalankan oleh pihak berkuasa mestilah berdasarkan kepada piawaian yang tertentu mengikut kepentingan di sesebuah kawasan. Letak Kereta Sistem Ram Letak kereta jenis ini adalah salah satu dari jenis tempat letak kereta di luar jalan. pasar dan bangunan hotel. 8. Di dalam setengah kes adalah boleh menghubungkan dua atau lebih bagi membolehkan satu ram keluar masuk untuk seluruh kawasan. 5. Oleh yang demikian pengawalan terhadap tempat letak kereta perlu dibuat oleh pihak berkuasa yang menguruskan kawasan yang terlibat. polisi tersebut perlu dilaksanakan agar pemandu-pemandu mendapat kemudahan yang tempat letak kereta yang selesa. Tujuan Piawaian Tempat Letak Kereta Kepentingan bagi menyediakan piawaian terhadap tempat letak kereta adalah bertujuan :- .Letak kereta atas bumbung menyediakan tempat letak kereta pada kadar kos yang berpatutan. Ini bermakna. 1.

2. b. Untuk mengelakan kesesakan lalulintas jalan raya akibat jumlah kereta yang berlebihan dengan menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang lebih teratur. Spesifikasi Tempat Letak Kereta Spesifikasi untuk tempat letak kereta adalah perlu bagi menentukan bilangan tempat letak kereta untuk sesuatu kawasan. Kawasan yang diperlukan untuk tempat letak kereta boleh di lihat pada jadual di sebelah.a. Kawasan yang mempunyai taraf kemajuan dan kepentingan yang berbeza menyebabkan bilangan kereta di sesuatu kawasan adalah berbeza. Selain daripada itu. Perbezaan ini dilihat pada permintaan keperluan tempat letak kereta untuk operasi dan bukan operasi. Ini akan dapat mengekalkan keadaan persekitaran.8. Ia perlu dibuat untuk memastikan tempat letak kereta yang disediakan akan beroperasi pada tahap yang paling optima bagi setiap kereta. Piawaian tempat letak kereta yang dibuat adalah berbeza dan berlainan antara satu tempat dengan tempat yang lain.1 : Spesifikasi Tempat Letak Kereta Jenis Bangunan Kawasan Perumahan Tempat letak kereta Penghuni : 1 Pelawat : 1 Pekerja : 1 Pelanggan : 1 untuk setiap 25 m2 kawasan kedai Pekerja : 1 untuk setiap pegawai dan 4 untuk pekerja lain Pelawat : 10 % dari ruang letak kereta untuk pekerja Pekerja : 1 untuk setiap pegawai dan 4 untuk pekerja lain Kawasan Kedai Kawasan Pejabat Kawasan Bank . Ini disebabkan oleh permintaan yang berbeza terhadap tempat letak kereta di antara kawasan yang terlibat. Jadual 2. Untuk memastikan bahawa kawasan tempat letak kereta yang disediakan adalah mencukupi bagi menampung jumlah perletakan kereta yang terdapat disesuatu kawasan. piawaian tersebut dibuat berdasarkan kepada jumlah bilangan kereta yang terdapat di kawasan tersebut.

CIRI-CIRI DAN KAWALAN DALAM KONTEKS PERANCANGAN LALULINTAS 3.Kawasan Perindustrian Pekerja : 1 untuk setiap 25 m2 kawasan perindustrian Pelawat : 10 % dari tempat letak kereta untuk pekerja Pekerja : 1 untuk setiap 3 pekerja yang bertugas Pengunjung : 3 untuk setiap 500 ahli dan 1 tambahan untuk setiap 10 kerusi Pekerja : 1 untuk setiap doktor dan 1 unit setiap pekerja lain Pesakit dan pelawat : 1 untuk setiap 3 katil Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja Pelawat : 4 untuk setiap 1000 orang murid Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja yang bertugas Perpustakaan Awam Hospital Sekolah Institut Pengajian Tinggi Pelawat : 5 untuk setiap 1000 orang pelajar Muzium Dan Pusat Galeri Pekerja : 1 untuk setiap 2 pekerja yang bertugas Seni Pengunjung : 1 untuk setiap 30 m2 keluasan kawasan Panggung Wayang Pekerja : 1 untuk setiap 3 pekerja yang bertugas Pengunjung : 1 untuk setiap 5 tempat duduk BAB III KAEDAH-KAEDAH BANCIAN.1 KEPENTINGAN BANCIAN TEMPAT LETAK KERETA DI DALAM KONTEKS PERANCANGAN LALULINTAS .

Ini memberikan satu gambaran yang wajar tentang satu deskripsi tentang permintaan tempat letak kereta untuk sesuatu penggunaan tanah. Melalui bancian meletak kereta adalah lebih mudah bagi perancang-perancang lalulintas meramal kaedah sebenar yang dibawa oleh kereta terutama tentang kesan-kesan seperti pencemaran dan kesesakan. dapatlah pihak yang berkenaan mengadakan langkah-langkah kawalan untuk mengatasi atau mengurangkan segala isu dan faktor penting tentang ciri-ciri meletak kereta di sesuatu kawasan tersebut. tenaga dan peralatan. Dengan ini konsep rangka masa akan memberikan satu puncak atau kadar maksimun permintaan untuk satu musim puncak. Sebagai tambahan perlulah diperhatikan bahawa permintaan meletak kereta berbeza-beza mengikut satu corak yang bermusim. Perjalanan seseorang itu selalunya diianggarkan didalam jangka masa 24 jam. permintaan meletak kereta di kawasan sekitar Jalan Pintu Pong perlu dinilai terlebih dahulu. KAEDAH-KAEDAH BANCIAN Di dalam menjalankan bancian meletak kereta.beberapa kaedah boleh diikuti. Hanya dari sinilah segala bentuk kemudahan yng sesuai dan di sukai oleh pemandu dapat disediakan. sumber kewangan yang sedia ada. Kesesuaian penggunaan sesuatu kaedah itu adalah terletak kepada kawasan yang dipilih. dengan ini permintaan tempat letak kereta juga adalah di dalam satu hari. Analisis daripada kajian yang dijalankan. Konsep rangka masa perlu diambil kira dalam membuat sesuatu penilaian permintaan meletak kereta. Kaedah-kaedah bancian meletak kereta adalah seperti berikut: .Sebagai contohnya. saiz kawasan bancian.Bancian tempat letak kereta merupakan satu kriteria penting dalam perancangan lalulintas.Tetapi bilangan jumlah tempat letak kereta yang di perlukan mestilah menggambarka keperluan waktu puncak didalam sehari. 1. Keamatan tempoh meletak kereta juga boleh didapati daripada bancian ini. Waktu-waktu yang dipilih hendaklah waktu puncak di tempat tersebut. Daripada bancian tempat letak kereta dapat diketahui tentang permintaan dan keperluan tempat letak kereta sesuatu kawasan tersebut mencukupi atau sebaliknya. Definasi tentang permintaan meletak kereta tidak akan didapati dengan betul tanpa memasukkan konsep rangka masa.

Kajian tempat letak kereta yang terperinci memerlukan masa yang panjang sehingga melebihi seminggu dan dalam jangka masa tersebut terdapat perbezaan di dalam jumlah perletakan kereta di kawasan tersebut. 2. Di setiap stesyen-stesyen tersebut. Bancian keatas kemudahan yang sedia ada. Perbezaan kereta yang masuk dan keluar di kawasan tersebut untuk jangkamasa yang tertentu akan memberikan pertambahan atau pengurangan jumlah kereta dan seterusnya memberikan perhubungan penggunaan tempat letak kereta di kawasan tersebut. Kakitangan pembanci diperlukan untuk menyemak rekod-rekod pengiraan dan untuk membuat klasifikasi yang akan memberikan perbezaan terhadap tempat letak kereta. Stesyen yang mempunyai perbezaan aliran yang ketara boleh dijadikan sebagai stesyen kawalan dan jerja-kerja pengiraan dibuat untuk jangkamasa 24 jam dibuat berdasarkan data daripada stesyen kawalan. Penilaian permintaan meletak kereta. 2. Pengiraan yang dijalankan menggunakan kaedah ini biasanya memerlukan kakitangan pembanci atau dengan menggunakan alat automatik. Dengan cara campuran algebra bagi kenderaan yang keluar masuk akan memberikan jumlah kumulatif kenderaan yang terdapat dalam kawasan tersebut dan seterusnya bilangan kenderaan yang bergerak dapat ditentukan bagi menganggarkan jumlah tempat letak kereta bagi kawasan tersebut. Satu rangka pengawalan terhadap permintaan tempat letak kereta dapat dihasilkan dengan menggunakan pengiraan ini. Temuduga atau soal selidik. . Data-data yang diperolehi boleh dibandingkan dengan rangka yang digambarkan oleh purata jumlah kumulatif. Bancian rondaan. 3. pengiraan terhadap kenderaan yang keluar dan masuk ke kawasan tersebut akan dibuat dan dicatatkan secara berasingan pada setiap sela masa satu jam atau pada sela masa yang singkat. Perhitungan Kandang Atau Keliling Penggunaan kaedah ini adalah bagi kawasan kajian yang dikelilingi oleh satu kandang(cordon) dan stesyen-stesyen pengiraan dibuat pada setiap persimpangan jalan. 5.1. 4. Perhintungan kadang atau keliling.

Kajian soal selidik yang dijalankan untuk kawasan tempat letak kereta di luar jalan dibuat pada susur masuk dan susur keluar kawasan tersebut. Masa kenderaan berhenti. Maklumat ini beserta jangkamasa meletak kereta akan membolehkan penentuan terhadap ciriciri tempat letak kereta dibuat. . biasanya tidak melebihi 100 meter. Kajian soal selidik yang dijalankan akan dapat memberikan maklumat mengenai permintaan tempat letak kereta disesuatu kawasan tersebut. Pembanci yang ramai diperlukan pada masa puncak pada sebelah pagi dan petang di mana ia perlu dipertimbangkan melalui kajian awal. Pembanci akan merekodkan maklumat – meklumat seperti berikut :1. Jenis tempat letak kereta. 5. Tujuan berhenti dan meletak kenderaan seperti urusan perniagaan. Klasifikasi kenderaan seperti kereta. Temuduga Atau Soal Selidik Dalam kaedah ini. Masa kenderaan bergerak. kawasan kajian akan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang lebih kecil bagi memudahkankumpulan pembaci menyiapkan kerja dalam masa sehari. 7. 6. Destinasi yang dituju selepas meninggalkan kenderaan. 2. lori. Nombor pendaftaran kenderaan bagi tujuan pengenalan. membeli belah dan sebagainya. Jarak perjalanan bagi seseorang pembanci ditentukan bedasarkan kepada keluasan tempat letak kereta. 4. Dalam menjalankan kajian tempat letak kereta menggunakan kaedah ini.3.pemandu yang meletak kenderaan mereka di kawasan yang akan di soal selidik tentang asal dan destinasi perjalanan mereka serta tujuan mereka meletak kereta. teksi dan sebagainya. 3.

jenis ram.4. tempat letak kereta berbumbung. Rondaan – rondaan boleh dilakukan dengan berjalan kaki ataupun berkereta bagi tempat letak kereta tepi jalan. susun atur tempat masuk dan tempat keluar. kawasan dibahagikan kepada seksyen – seksyen dan tidak disambung akan melengkapkan satu sirkit. dengan menggunakan segala atau sebahagian daripada butir – butir lanjut yang di senaraikan di sebelah : 1) Lokasi dan kawalan a. samaada di tepi jalan atau di luar jalan. Tempoh perletakkan sesebuah kenderaan juga dapat diperolehi. . Kawasan yang dibahagikan mestilah pada satu saiz yang sesuai. setengah jam atau pun dalam jarak waktu yang sesuai. setiap nombor pendaftaran kenderaan yang diletakkan dalam kawasan kajian dicatat dan dikira. sebelah. Tempat letak kereta atas jalan – tepi jalan. Persendirian atau hak awam. Pada setiap kali rondaan dibuat. Dari sini akan memberikan jumlah kenderaan yang terkumpul pada jarak waktu bancian dijalankan. Bancian Rondaan Dalam kaedah ini. Untuk memudahkan bancian.dua belah. Oleh itu masa untuk pulang ke tempat asal dapat diselamatkan. Senarai tersebut mestilah mengandungi butir – butir teperinci tentang tempat letak kereta . kawasan kajian akan dibahagikan kepada keluasan yang dapat diliputi tiap – tiap satu kali dalam masa satu jam.selari dan menyerong. c. Tempat letak kereta di luar jalan-ruang lapang. b. supaya pembanci dapat meliputi jarak yang ditetapkan kepadanya dan kembali semula pada tempat asal dalam jangka masa yang ditetapkan. 5. Bancian Keatas Kemudahan Sedia Ada Setiap bancian meletak kereta mestilah mempunyai satu senarai tempat letak kereta yang didapati dalam sesuatu kawasan yang dikaji dan boleh digunakkan sebagai tempat letak kereta pada masa sekarang atau pun apabila pembangunan yang sesuia dijalankan.

Kadar bayaran yang di kenakan. Penilaian di buat bagi menetukan kemudahan tempat letak kereta yang perlu di sediakan di sesebuah kawasan berdasarkan data-data yang diperolehi daripada kajian yang di jalankan. kesemua adalah berhubungan dengan kenderaan di sesebuah kawasan. b. Apa yang perlu kita perhatikan di sini ialah ciri-ciri kawalan meletak kereta di negara kita adalah berbeza daripada yang terdapat di negara-negara yang di sebutkan tadi. Jangka waktu dan had-had masa harian. 2. Di kawasan pejabat misalnya. CIRI-CIRI DAN KAWALAN TEMPAT MELETAK KERETA Oleh kerana hingga sampai ketika ini. Permintaan tempat letak kereta adalah berbeza bagi setiap kawasan yang berlainan terutamanya jika di lihat pada masa keperluan. permintaan yang tinggi adalah pada hari-hari bekerja manakala di kawasan pusat membeli belah adalah pada hari cuti. Jepun dan Amerika Syarikat. . Oleh itu adalah amat susah untuk menilai ciri tempat letak kereta di negara ini sepertimana yang telah di jalankan oleh negara-negara maju seperti di Eropah. c. Percuma dan bayaran. Had masa a. Penilaian Permintaan Tempat Letak Kereta Dalam kajian yang telah di bincangkan.2. negara kita Malaysia masih belum lagi mempunyai satu bancian tempat letak kereta yang menyeluruh. terutamanya dari segi magnitud dan sedikit sebanyak daripada bentuk. 6.

d. 2. biasanya per hari. Penunjuk meletak kereta – ini adalah satu ukuran untuk menentukan penggunaan panjang jalan yang selalunya diambil sebagai peratus panjang ruang tepi jalan yang secara teorinya adalah 6m yang dipenuhi oleh kereta yang diletakkan. Penambahan perletakan kereta. . Jumlah perletakan kereta – iaitu bilangan kenderaan yang diletakkan di sesuatu kawasan pada masa-masa tertentu dan boleh dibahagikan kepada kategori-kategori mengikut tujuan perjalanan. Pengukuran perletakan kereta. Isipadu letak kereta – ini ialah bilangan kereta di dalam “parking load” iaitu jumlah kenderaan pada jangkamasa tertentu. Tempoh perletakan kereta.Dari sini bukanlah kita yang kita tidak boleh langsung mengambil bancian-bancian di sana sebagai contoh. b. Daripada data-data bancian yang diperolehi dapatlah diketahui ciri-ciri dan kawalan tempat meletak kereta bagi kawasan tersebut. 3. Pengukuran Perletakan Kereta Perkara-perkara utama yang digunakan untuk mengukur perletakan kereta ialah : a. Kadangkala andaian yang mereka dapati dari kajian dan bancian yang dijalankan adalah berguna untuk kita gunakan sebagai asas dalam perancangan tempat letak kereta dan ciri-ciri kawalannya di Malaysia. Ciri-ciri dan kawalan tempat meletak kereta boleh dinilai melalui perkara-perkara berikut : 1. “Parking Turn Over” adalah kadar penggunaan tempat letak kereta dan ianya diperolehi dengan membahagikan isipadu perletakan kereta dengan tempat meletak kereta untuk suatu jangkamasa tertentu. Masa yang diambil oleh kenderaan diletakkan dalam minit atau jam adalah merupakan tempoh perletakan kereta. tetapi janganlah mengambil data-data dan ciri –ciri kawalan yang telah mereka buat sebagai asas dan andaian untuk kita gunakan dalam penyediaan tempat letak kereta. c. 1.

Ianya diusahakan oleh orang perseorangan dengan menggunakan lesen yang diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). bank. Ianya adalah kawasan yang sering berlaku kesesakan lalulintas yang teruk kerana di kawasan ini terdapat pelbagai tempat urusan orang ramai seperti pasaraya. akan menimbulkan kesan lain seperti kesesakkan lalulintas dan juga berbagai kesalahan traffik lagi dan juga menyebabkan permintaan yang bertambah tinggi lagi dari segi tempat meletak kereta. Dengan secara tidak langsung akan berlaku pertambahan bilangan kereta di sekitar Jalan Pintu Pong. Pantai Timur Parking Sdn. ini terletak di Jalan Pintu Pong. maka timbullah kesesakan kerana banyak kereta akan diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya.00 pagi. pasar dan sebagainya. Operasinya akan berakhir pada pukul 10. Ini adalah faktor utama yang menyebabkan kawasan ini mengalami kekurang tempat letak kereta terutamanya pada waktu tengahari dan petang. Medan Letak Kereta Pantai Jaya ini akan mula dibuka kepada pengunjung pada pukul 10. terletak Pasaraya Maidin dan Pasaraya Pantai Timur disamping kedai-kedai makan dan sebagainya. Bhd. Bersebelahan dengan tempat letak kereta ini. kemungkinan akan mendatangkan lebih banyak masalah dalam pengurusan lalulintas dan juga pengurusan tempat letak kereta di kawasan ini. Kota Bharu.00 malam.0 PENGENALAN KAWASAN MEDAN LETAK KERETA PANTAI JAYA Medan Letak Kereta Pantai Jaya adalah salah satu tempat letak kereta yang terdapat di bandar Kota Bharu.BAB IV KAJIAN KES 4. Bedasarkan kepada perkembangan sekarang kemungkinan akan wujud lain bangunan yang baru sekitar kawasan ini. Ini adalah kerana pada sebelah pagi ianya dijadikan kawasan pasar borong untuk ikan. Kelantan. Bilangan pelancong dari luar juga semakin ramai datang ke Kota Bharu dan ini sudah semestinya kawasan ini menjadi tumpuan ramai. Jika keadaan ini berterusan. Ini akan menimbulkan masalah dalam segi untuk meletak kereta. Dengan pertambahan kenderaan seperti kereta. Kawasan ini kekurangan tempat letak kereta kerana ianya adalah kawasan jalan sehala dan tempat letak kereta bermeter yang disediakan oleh pihak MPKB tidak mencukupi. Dari pemerhatian yang dibuat jika bangunan Pasar Besar Siti Khadijah yang dalam proses pembinaan bangunan tambahan siap. . Tempat letak kereta ini mengandungi 98 petak sahaja.

Jalan Pintu Pong. mungkin dari masa kesemasa keadaan ini akan menjadi bertambah teruk jika pengurusan tidak dijalankan dengan sempurna. Rajah 4. PERTAMBAHAN BILANGAN KERETA Sekarang ini kebanyakkan pekerja sudah mampu memiliki kenderaan sendiri terutamnya kereta. . didapati banyak kawasan letak kereta di sekitar Jalan Pintu Pong dan Medan Letak Kereta Pantai Jaya sentiasa penuh. Medan Letak Kereta Pantai Jaya mengandungi 98 petak tempat letak kereta.penetapan kawasan kajian telah di buat di mana kawasan yang di pilih ialah kawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya.1 : Gambar di atas menunjukkan lokasi kawasan kajian. Kota Bharu.2 PENENTUAN KAWASAN KAJIAN Dalam kajian tempat letak kereta yang dijalankan. Ini adalah disebabkan ramai pemandu-pemandu kereta meletak kereta secara tidak mengikut peraturan. Rajah 4.2 : Kereta masuk ke kawasan kajian.3 : kereta kaluar dari kawasan kajian. Dengan kekurangan kawasan tempat letak kereta ini . Ini menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang memerlukan kepada tempat letak kereta untuk menjalankan urusan masing – masing.1. menyebabkan pemandu–pemandu kereta menagambil jalan mudah iaitu meletakkan kereta mereka di kawasan-kawasan yang dilarang. Kawasan ini terletak dibelakang Pasaraya Pantai Timur dan berhampiran dengan Pasaraya Maidin. Keadaan ini menyebabkan Pegawai-Pegawai Polis Trafik dan juga pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu mengeluarkan saman untuk mengatasi masalah tersebut. Ini menimbulkan kesesakkan di kawasan tersebut. Kelantan. 4. Bank Simpanan Nasional Dan Juga Pasar Besar Siti Khatijah. Rajah 4. Dari pemerhatian. Jadi. Disamping itu juga kesesakkan seringkali berlaku di sekitar kawasan ini.Jadi dengan bertambahnya kereta maka permintaan untuk meletak kereta menjadi semakin tinggi.

Dengan ini kepentingan kereta yang di pilih sememengnya tidak dapat dinafikan lagi. Kawasan tersebut mempunyai kepentingan kepada orang ramai yang merupakan satu faktor yang mempunyai penumpuan mereka ke kawasan itu. Kawasan ini mempunya tempat letak kereta yang banyak tetapi masih tidak mencukupi. farmasi dan juga berhampiran dengan pusat membeli belah.2. Pemilihan kawasan kajian dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu : 1. Penyediaan tempat kereta yang tidak memenuhi permintaan akan menyebabkan perkara-perkara seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaran ameniti kawasan akan berlaku. terdapatnya bank-bank. 4.2 Sebab-sebab pemilihan Kawasan Kajian. Berdasarkan kepada faktor-faktor diatas maka kawasan kajian yang telah dinyatakan telah dipilih. kedai menjual pelbagai keperluan. pasar.4. kedai makan. KAEDAH-KAEDAH KAJIAN DAN PENGAMBILAN DATA Dalam menjalankan kajian ini saya menggunakan kaedah kajian kandang atau kaedah keliling untuk mendapatkan data-data yang diperlukan. 3.2.Di kawasan yang di pilih ini.1 Kepentingan Kawasan Kajian Keadaan geografi sesuatu kawasan adalah merupakan salah satu aspek penting yang mempengaruhi penumpuan orang ramai ke kawasan tersebut. 3. Orang ramai meletak kereta mereka di kawasan kajian untuk menjalankan tugas masing-masing. Kesemua tempat yang di sebutkan adalah mempunyai kepentingan tertentu kepada orang ramai. Kawasan ini merupakan kawasan yang selamat untuk meletak kereta dan dapat mengurangkan risiko daripada berlakunya kemalangan. . 2.

temuramah atau soal selidik pihakpihak tertentu perlu dijalankan. Di kawasan kajian ini terdapat satu pintu masuk dan satu pintu keluar. kepentingan masa tersebut. Penilaian ini dibuat berdasarkan keadaan perkembangan semasa. Penilaian permintaan meletak kereta Penilaian permintaan meletak kereta merupakan satu teknik yang digunakan dimana ia tidak mempunyai kaitan secara lansung dengan kenderaan.00 pagi disebabkan pada sebelum waktu itu. Untuk menganggarkan permintaan tempat letak kereta yang semakin meningkat.00 petang. Kaedah kandang atau keliling Dalam kaedah ini. Waktu yang diambil ini merupakan waktu yang paling tinggi permintaan untuk meletakkan kereta bagi kawasan kajian. temuramah dengan pihak yang bertugas di bahagian perancangan bandar dan juga pihak Majlis Bandaran Kota Bharu telah dilakukan. Dalam kaedah ini. Jumlah kereta yang masuk dan juga yang keluar akan dihitung. .00 pagi dan berakhir pada waktu petang iaitu pada pukul 6. Ini adalah kerana kawasan Medan Letak Kereta Pantai Jaya mula dibuka pada pukul 10. Data mula diambil pada waktu pagi bermula pada pukul 10. dimana pembanci diletakkan dipintu masuk dan juga dipintu keluar. Dari sini akan memberikan jumlah kereta yang terkumpul dalam sesuatu masa. 2. ianya dijadikan Pasar Borong Ikan.1. kepentingan jalan disekitarnya serta pertambahan dan pengurangan kereta dalam kawasan tersebut. Pengambilan data dilakukan selama 7 hari iaitu bermula hari Ahad dan berakhir pada hari Sabtu. Daripada kaedah ini maka dapat memberikan gambaran tentang jumlah kereta yang terkumpul dalam sesuatu masa. perhitungan yang berasingan dijalankan untuk kereta masuk dan kereta keluar dari kawasan kajian dalam sela masa yang tertentu.

Melalui penilaian ini. Dari graf-graf inilah dapat menunjukkan dengan jelas perbezaan antara kereta yang masuk dan kereta yang keluar dari kawasan kajian dalam satu-satu masa yang telah . Dalam menganalisa data langkah pertama yang diambil kira adalah membina graf-graf yang berbentuk histogram berpandukan dari data-data yang ditunjukan dalam lampiran B1 hingga B7. perbezaan diantara penggunaan yang sedia ada dengan keperluan yang dikehendaki dapat ditentukan. Setelah itu graf-graf dibuat untuk menunjukkan hubungan antara kereta masuk dan kereta keluar dan disertakan juga graf bilangan kereta terkumpul. Gambaran permintaan yang berlebihan ataupun yang tidak mencukupi juga dapat diketahui. BAB V PENGANALISAAN DATA DAN KEPUTUSAN 1. Perbezaan antara permintaan meletak kereta dan penyedian tempat letak kereta akan membolehkan penilaian dibuat bagi menentukan keluasan tempat letak kereta yang diperlukan. LANGKAH-LANGKAH PENGANALISAAN DATA Data-data yang telah diambil dalam jangka masa 7 hari bermula dari hari Ahad (1 Ogos 2004) hinggalah pada hari Sabtu ( 7 Ogos 2004 ) telah dibuat analisa. Semua data-data yang telah diambil semasa kajian ditunjukan dalam lampiran iaitu bermula dari lampiran 1 hinggalah lampiran 7. Semua graf-graf yang dibuat adalah dalam bentuk histogram.

Graf ini diplot berdasarkan dari dasar yang terdapat dalam lampiran B1 jadual 1. .00 pagi sehinggalah pada pukul 6. Graf tersebut menunjukkan jumlah bilangan kereta dengan masa. Jangka masa cerapan dibuat adalah selama satu jam sekali. ini adalah disebabkan di kawasan kajian ini. KEPUTUSAN Setelah data dari kajian dan juga graf yang telah diplot diperolehi maka dari hasil analisis yang telah dibuat didapati bilangan tempat letak kereta di kawasan kajian berkurangan daripada bilangan kereta. boleh didapati di lampiran bermula dari lampiran C1 hinggalah lampiran C14 2. Data-data hari Isnin hinggalah hari Sabtu juga di buat analisa. Daripada graf yang telah dibuat iaitu graf 1a dilampiran C1 menunjukkan hubungan bilangan kereta masuk dan keluar ke kawasan kajian. Begitu juga bagi jumlah kereta yang terkumpul. maka kita boleh dapati bahawa data-data yang telah diambil adalah bermula dari hari Ahad hinggalah hari Sabtu. Dari sinilah didapati kawasan kajian ini adalah popular dikalangan para pemandu kereta. Di mana pemandu-pemandu kereta lebih suka meletak kereta mereka di kawasan ini kerana ianya berhampiran dengan tempat yang akan dituju disamping ianya juga selamat. Dari data-data inilah penilaian dan keputusan dapat dibuat dan dicapai.00 pagi hinggalah pukul 6. Dari graf 1b iaitu graf jumlah kereta terkumpul dalam satu masa yang telah diplot. untuk tujuan penganalisaan data masa yang sesuai adalah selama satu jam sekali. graf dapat dibuat berpandukan dari data-data yang telah diambil.00 petang. Semua cerapan data dibuat bermula pukul 10. Graf ini adalah untuk hari Ahad ( 1 Ogos 2004 ) bermula dari pukul 10. PENGANALISAAN DATA Dari data-data yang telah dibuat. 3.00 petang. Jadi. Dari graf tersebut boleh dilihat dengan jelas perbezaan kereta yang masuk dan juga yang keluar dari kawasan kajian dan dari sinilah juga akan memberikan jumlah bilangan kereta yang terkumpul dalam kawasan kajian untuk setiap sela masa 1 jam sekali.ditetapkan. ia boleh dilihat dilampiranlampiran yang telah disertakan. Dimana dapat dilihat dengan jelas bahawa kawasan kajian ini adalah kawasan tempat letak kereta yang tinggi permintaannya. kekerapan kereta keluar masuk adalah kerap. Graf-graf ini. Setelah itu barulah jumlah kereta yang terkumpul dalam sela masa tersebut dapat diplot.

Pada pukul 12.00 petang sehingga 5. Pada pukul 5.00 tengahari sehinggalah pukul 1.00 petang sehingga 5. Manakala pada pukul 2. Manakala kereta yang keluar pula adalah sebanyak 8 buah kereta. Waktu ini adalah waktu puncak bagi permintaan terhadap tempat letak kereta bagi kawasan ini dan ianya terpaksa diletak papan tanda penuh bagi mengelakkan orang ramai memasuki kawasan tempat letak kereta.00 petang sehingga 6. Semasa kajian ini dijalankan saya dapati pemandu-pemandu kereta terpaksa meletak kenderaan mereka merata-rata di kawasan yang berhampiran dengan tempat letak kereta ini.00 tengahari. Merujuk kepada graf 1b juga. Daripada graf 1b pula iaitu graf jumlah kereta yang terkumpul dalam satu masa didapati pada pukul 10.00 petang hingga pukul 2.00 tengahari sehingga pukul 2. didapati bahawa kawasan kajian ini telah mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta daripada permintaan. Pada pukul 4.00 pagi sehingga pukul 12. Dan juga pada masa-masa tertentu boleh didapati kereta yang masuk dan keluar begitu banyak. Bagi graf-graf yang lain setelah dibuat analisis didapati ada persamaan dengan graf 1a iaitu persamaan dari segi aliran kereta yang masuk dan kereta yang keluar.00 petang hingga 6. didapati kereta mula bertambah iaitu sebanyak 57 buah kereta. jumlah kereta yang masuk ke kawasan kajian adalah meningkat sebanyak 36 buah kereta sahaja.00 tengahari sehingga pukul 6.00 petang.Daripada graf 1a didapati kereta yang masuk ke kawasan kajian dalam masa 1 jam yang pertama ialah sebanyak 34 buah kereta dan kereta yang keluar sebanyak 5 buah kereta.00 tengahari sehingga 1. Ini adalah kerana Medan Letak Kereta Pantai Jaya telah penuh dan tidak dapat menampung . Manakala disebelah petang pula pada pukul 1.00 tengahari.00 tengahari.00 petang ada 61 buah kereta yang masuk manakala yang keluar pula sebanyak 37 buah kereta.00 petang pula jumlah kereta yang terkumpul ialah sebanyak 98 buah kereta. jumlah kereta ialah sebanyak 86 buah kereta.00 petang bilangan kereta yang masuk ialah 20 buah sahaja dan yang keluar ialah 32 buah kereta.00 petang.00 petang hanya terdapat 82 buah kereta sahaja. Manakala pada sebelah petangnya bermula pukul 1.00 petang terdapat 74 buah kereta yang terkumpul. Kemudiannya 74 buah kereta yang terkumpul dalam pukul 4.00 petang pula sebanyak 94 buah kereta yang terkumpul dan pada pukul 3. Daripada analisis yang dibuat kereta yang masuk ke kawasan kajian pada waktu pagi agar kurang iaitu pada pukul 10. Pada pukul 3. jumlah kereta ialah sebanyak 29 buah kereta sahaja.00 pagi sehingga 12. Waktu ini juga adalah waktu puncak bagi permintaan untuk tempat letak kereta.00 pagi.00 petang sehingga 3.00 petang didapati kereta yang masuk sebanyak 37 buah kereta sahaja manakala yang keluar pula ialah 41 buah kereta. bilangan kereta yang masuk ialah 46 buah kereta dan yang keluar pula sebanyak 34 buah kereta. Kemudiannya pada pukul 1. Pada pukul 12. makan dan sebagainya.00 pagi hingga 12.00 tengahari.00 petang hingga 3.00 petang sehingga 4.00 petang pula kereta yang masuk adalah sebanyak 18 buah kereta dan kereta yang keluar ialah 26 buah sahaja. keperluan tempat letak kereta meningkat dan tidak mencukupi. Sejam yang terakhir iaitu pada pukul 5. Manakala pukul 11.00 pagi sehingga 11.Pada pukul 2. Pada pukul 11.00 tengahari didapati 41 buah kereta yang masuk dan yang keluar pula sebanyak 12 buah kereta. Ini adalah kerana pada masa ini ramai orang keluar untuk menjalankan urusan yang berkaitan seperti membeli-belah.00 petang.00 petang sehingga 4.

Walaupun saman-saman telah dikeluarkan oleh pihak Polis dan juga pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu tetapi pemandu-pemandu ini masih terpaksa berbuat demikian akibat ketiadaan tempat letak kereta. Dengan ini didapati bahawa tempat letak kereta ini amat penting dalam semua bandar-bandar mahupun pekan-pekan.keperluan yang meningkat. Keadaan ini menyebabkan orang ramai meletak kereta mereka di kawasan-kawasan larangan dan kerana ini ianya mendatangkan kesesakan lalulintas. Ianya juga adalah salah satu punca yang mendatangkan kesesakan lalulintas dalam bandar. Daripada pemerhatian yang dibuat didapati pertambahan bilangan kereta menyebabkan tempat letak kereta yang disediakan di kawasan ini tidak mencukupi. Ini menyebabkan sebahagian kakitangan terpaksa meletak kereta mereka di kawasan yang disediakan untuk orang awam. Dengan secara tidak langsung menimbulkan kesan kepada orang awam yang mana tempat letak kereta bagi mereka telah dipenuhi oleh pekerja-pekerja di sekitar kawasan tersebut. Di kawasan ini juga didapati banyak kereta yang menunggu untuk mendapatkan tempat letak kereta untuk menjalankan urusan masing-masing. . Ini juga boleh mengakibatkan kemalangan berlaku. Walaupun di bangunanbangunan tertentu telah disediakan tempat letak kereta di dalam bangunan tetapi bilangan kakitangan yang berkereta adalah melebihi daripada tempat yang telah disediakan. Bagi pendapat saya kawasan ini mengalami masalah meletak kereta yang kritikal di mana jumlah kereta yang masuk melebihi daripada jumlah tempat letak kereta yang disediakan. Keadaan ini menimbulkan kesesakan lalulintas di Jalan Pintu Pong.

Dan dari pemerhatian yang di buat juga. didapati orang ramai tidak suka meletak kereta mereka di kawasan yang jauh daripada tempat yang hendak dituju kerana pembaziran dari segi masa dan juga malas untuk berjalan kaki. Tempat letak kereta yang sempurna dan memenuhi permintaan ramai hendaklah disediakan berhampiran dengan kawasan tumpuan orang ramai. sesiapa yang ingin meletak kereta mereka di sini terpaksa menunggu. Bagi kawasan ini. . sebelum sesuatu tempet letak kereta itu dibuat. Ini menyebabkan kawasan tempat letak kereta ini sentiasa tidak mencukupi dan pada waktu-waktu puncak. Walaubagaimanapun tempat letak kereta yang hendak disediakan biasanya akan melibatkan penggunaan tanah dan ruang yang luas dan ini akan berlakunya pembaziran jika tempat letak kereta itu tidak digunakan dengan sepenuhnya. Ada sesetengah pemandu sanggup menanggung risiko dengan meletak kereta mereka di kawasan-kawasan larangan tanpa menghiraukan keselesaan orang lain dan juga mereka masih berdegil walaupun dikenakan saman oleh pihak-pihak yang berkenaan. kita hendaklah membuat kajian dan perancangan yang teliti.BAB VI KESIMPULAN DAN CADANGAN 6. Jadi. Ini adalah supaya tidak menjadi masalah apabila tempat letak kereta siap dibina.1 KESIMPULAN Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa di kawasan kajian yang telah dipilih didapati tempat letak kereta yang disediakan adalah berkurangan daripada permintaan. tempat letak kereta perlu diperbaiki memandangkan permintaan semakin meningkat dan ini melibatkan kepentingan kepada orang ramai. Ini telah mengakibatkan kesesakan lalulintas lebih-lebih lagi terdapat pemandu yang meletak kereta mereka ditempat yang salah.

3. 4. Berikut adalah beberapa langkah yang dicadangkan agar dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar kawasan Jalan Pintu Pong dan Medan Letak Kereta Pantai Jaya khususnya iaitu :1. Dimana ianya dapat menagtasi masalah kekurangan tempat letak kereta dan juga masalah kesesakan lalulintas. juga pencemaran alam sekitar akibat dari asap kenderaan dan juga boleh mendatangkan kemalangan. Lokasi tempat letak kereta yang hendak dibuat mestilah sesuai dan strategik dimana ianya hendaklah dibuat di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai supaya mereka tidak perlu berjalan jauh ke kawasan yang hendak dituju. Bagi kawasan yang mengalami kekurangan tempat letak kereta. Pemilihan langkah-langkah dan strategi bagi mengatasi masalah tersebut adalah bergantung kepada pihak berkuasa atau pihak yang menguruskan kawasan tersebut dan kajian yang lebih terperinci lagi diperlukan kerana ianya melibatkan kos dan peruntukkan yang banyak untuk menyempurnakan saranan yang telah diberikan itu. Dalam menyediakan perancangan tempat letak kereta. cara yang paling sesuai ialah menyediakan tempat letak kereta bertingkat dengan ini dapat menjimatkan penggunaan tanah di samping dapat menyediakan banyak tempat letak kereta. Ini adalah kerana ia boleh mendatangkan banyak keburukkan kepada orang ramai seperti bunyi bising dari kenderaan. . CADANGAN Masalah kekurangan tempat letak kereta perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan kesesakan lalulintas bagi sesuatu kawasan. pihak-pihak yang berkenaan hendaklah mengambil kira beberapa kriteria dan ianya hendaklah dibuat dengan sempurna supaya dapat menampung pertambahan jumlah kereta dari semasa kesemasa.2. Menggalakkan pekerja supaya mengamalkan sikap berkongsi kereta. 2. Tindakan yang lebih tegas hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa agar pemandupemandu kereta tidak meletak kereta mereka dimerata-rata tempat yang bukan disediakan kerana ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas dan kemalangan.

Inc. Paul H Wright & Radnor J. Westport Connecticut. Lancashire Country Planning Department”.Yu ( 1982 ).E. London : HMSO. Jason C. 2. 5. (1982). 8. “Transportation Engineering Introduction To Planning. 4. INC. Buchanan CD ( 1963 ). Holland : Elsevier North Holland. London : E & F. “Parking For Institutions And Special Event”. John Brierley ( 1972 ). “Traffic In Town”. “ Parking” New York : Reinhold Publishing Corporation. 3. “Highway Engineering” Second Edition. 7. Jeffrey Rowbotham (1976). “ Parking A Handbook Of Environmental Design”. Edward M. Paquette (1987).N Spon Ltd. ENO Foundation For Transportation.” London : Applied Science Publisher Ltd. Geoffrey Baker & Bruno Funaro ( 1958 ). .RUJUKAN 1. 6. Design And Operation’. Jim Mc Cluskey ( 1987 ). “ The Need For Standards. Whitlock. “ Parking Of Motor Vehicles ( Second Edition ). P.

“Jalan Raya : Perancangan dan Kejuruteraan Lalulintas”. 10. C A O’Flaherty (1993). . Rahman Mahmood Terbitan DBP. Alexander LA (1969). Terjemahan Abd.9. “The Downtown Parking System. Traffic Quarterly”.