EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (PERISIAN KURSUS DAN INTERNET) DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DAERAH TEMERLOH

Universiti Putra Malaysia EDU 5300 : PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI PENGAJARAN

NORHANA AINI MOHAMED AMIN (GS 16970) NOORASHIKIN NAZIR (GS 17481) SARAH FARHANA JUHARI (GS 17479) NAHID SHAHVERDIAN (GS 18689)

Pensyarah Dr. Rosnaini Mahmud

Abstrak Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap pendidikan di Malaysia. Bagi membantu guru-guru sains dan matematik melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemtik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pihak kementerian telah membekalkan peralatan ICT ke sekolahsekolah termasuk CD perisian kursus. Guru-guru juga telah dihantar __________________________________________________________________
     

1

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran

mengikuti kursus pendedahan penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran. Sekolah-sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian tinjauan tentang tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran sains dan matematik di kalangan guru-guru sains dan matematik daerah Temerloh. Fokus diberikan ke atas penggunaan perisian kursus dan internet. Respondennya terdiri daripada 18 orang guru sains dan 15 orang guru matematik daripada empat buah sekolah di daerah Temerloh. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Kajian bertujuan untuk melihat sejauh mana guru-guru sains dan matematik menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dan kemudahan internet dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru sains telah menyahut cabaran ini dengan baik di mana 83% daripada guru-guru selalu menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dalam pengajaran mereka. Namun dalam kalangan guru-guru matematik ia masih dalam kategori sederhana. Hanya 62% guruguru menggunakannya. Penggunaan internet masih berada pada tahap yang rendah iaitu 31% dikalangan guru-guru sains dan 22% di kalangan guru-guru matematik. Beberapa cadangan diberikan bagi membantu guru-guru menggunakan kedua-dua kemudahan ini dengan lebih kerap dan berkesan.

Pengenalan Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran (Seels & Richey,1994) __________________________________________________________________ 2

  

implementasi dan membuat polisi. pembangunan. Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf soasial masyarakat daripada era agrarian hinggalah ke era industri dan kini memasuki era teknologi maklumat. __________________________________________________________________ 3    . kemahiran dan kecenderungan menggunakan proses-proses dan sumber-sumber untuk pembelajaran melalui pengaplikasian prinsipprinsip dan teori-teori penggunaan media. Dari perspektif harian. komputer bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran. Komponen yang dimaksudkan ialah rekabentuk. Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi arus perdana pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dalam bidang pendidikan sistem ini dikatakan mengalami anjakan daripada teori behaviorisme ke kognitisme dan seterusnya ke konstruktivisme. malah berpotensi sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran Definisi teknologi pengajaran 1994 ini telah dibentuk berasaskan lima komponen. Domain Penggunaan merupakan domain yang sangat penting dalam teknologi penagajaran. penggunaan. Komponen ini membentuk domain bagi setiap bidang teknologi pengajaran. pengurusan dan penilaian. Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. difusi inovasi. Bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara. Ia merangkumi pengetahuan.

Bagi menjayakan usaha itu. Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40 pelajar mengambil aliran sains __________________________________________________________________ 4    . kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diterap serta diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9. Mulai tahun 2003. Sebagai Kementerian sebahagian Pelajaran daripada (KPM) proses telah pembestarian. mata pelajaran Sains dan Matematik mulai diajar dalam Bahasa Inggeris. sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. menyediakan peluang yang lebih besar untuk pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.Selasa. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan bahawa mempelajari Sains dan Matematik dalam medium bahasa Inggeris yang dibantu oleh ICT.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran Melalui rancangan pembestarian semua sekolah. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.29 Ogos 2006) Latar Belakang Kajian Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik merupakan dua subjek yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan. melengkapkan Malaysia kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh negara.

kabinet mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1. Persoalan seterusnya. Maka kerajaan mencadangkan ICT digunakan bagi memudahkan dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah diutamakan untuk merangsang pemikiran pelajar. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan matematik untuk memenuhinya.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran berbanding aliran sastera. Badjet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu. Mahathir Mohamad 5 memperuntukkan RM 5 billion untuk tempoh antara 2002 hingga __________________________________________________________________ merupakan guru-guru media penting yang digunakan dunia kini untuk dalam menangani cabaran memantapkan ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-    . bagaimanakah ia dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat dan berkesan. Persoalannya. Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah pada tahun hadapannya. adakah guru-guru yang terlibat bersedia kemahiran menggunakan komputer ICT dalam proses bagi pengajaran melalui dan pembelajaran. Kepentingan Kemahiran Komputer dalam kalangan Guruguru Sains dan Matematik Pada 20 Mei 2002. iaitu tahun 2003 (Utusan Malaysia 10 Ogos 2002). Adakah guru-guru Sains dan Matematik mempunyai yang mencukupi proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini. namun begitu komputer membantu pelajar.

Guru Sains dan Matematik dan Komputer Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling hampir dengan pelajar. perisian komputer. walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat. segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia. betapa penting dan berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting. Sekarang. __________________________________________________________________ 6    . setelah empat tahun berlalu. media teknologi digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan adalah penting penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. kemudahan dan kelengkapan komputer di sekolah telah mencapai tahap yang memuaskan. banyak peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya. dan internet. Begitu juga dengan komputer. perisian kursus. radio.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran 2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada tenaga pengajar untuk memastikan kelancaran perlaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolahsekolah. pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Antara contoh media teknologi yang digunakan ialah televisyen. video.

Mengenalpasti digunakan pengajaran. Objektif Kajian 1. 5. adakah ia membantu dalam mencapai objektif pengajaran. 4. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media yang tertentu dalam pengajaran mereka. oleh media pengajaran Sains yang dan paling kerap dalam guru-guru Matematik __________________________________________________________________ 7    . 3. Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan tahap kemahiran penggunaan komputer dan internet di kalangan responden. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian kursus yang dibekalkan. 2. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan perisian kursus yang dibekalkan. Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran. 7.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran Persoalan Kajian Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah : 1. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan internet untuk mendapatkan bahan pengajaran. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan perisian kursus yang dibekalkan. 6.

sejauh manakah guru-guru Sains dan Matematik ini telah menggunakan kemudahan yang diberi dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang begitu besar bagi melicinkan perjalanan perlaksanaan PPSMI. ’LCD projector’ dan CD perisian kursus kepada guru-guru Sains dan Matematik untuk membantu mereka melaksanakan PPSMI dengan berkesan.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran 2. Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada __________________________________________________________________ 8    . Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer (internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam kalangan guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah dan ia juga merupakan kajian kes yang dijalankan bagi daerah Temerloh. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan ’laptop’. Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran di kalangan guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah daerah Temerloh. Maka sewajarnyalah kemudahan yang diberi itu digunakan sepenuhnya untuk faedah anak-anak didik mereka. Kepentingan Kajian Sejak PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) dilaksanakan. Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran. Namun. Oleh itu suatu kajian perlu dijalankan bagi menjawab persoalan di atas. 3.

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru Sains dan Matematik dengan kemahirankemahiran yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini dengan lebih kerap dan efektif. sikap dan keprihatinan guru memberikan menunjukkan makna sikap yang yang besar lebih ke atas tahap penggunaan penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan positif terhadap komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan __________________________________________________________________ 9    . Dan akhir sekali kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan individu-individu yang terbabit secara langsung dalam pembangunan guru-guru Sains dan Matematik dalam cabaran dan impak globalisasi. Batasan Kajian Tinjauan tidak dapat dilakukan ke atas semua guru Sains dan Matematik di sekolah-sekolah yang berkenaan kerana ramai guru terlibat dengan MSSM (Majlis Sukan-Sukan Malaysia) daerah Temerloh ketika kajian dijalankan. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan PPSMI. Kajian Literatur Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang guru.

Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif. dapat mencapai objektif yang disasarkan. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. 2 dan 4 di beberapa buah sekolah menengah seluruh negara. mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap __________________________________________________________________ 10    . Kurang mahir merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia. bahasa Inggeris. Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua. 818 orang guru bahasa Melayu. membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru. Melalui kajian yang dijalankan oleh Norida Suhadi (2001) ke atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10% daripada guru-guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia.

Beliau juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan kemahiran adalah sederhana. __________________________________________________________________ 11    . Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-guru sains di sekolah guru-guru menengah bahagian tahap Kuching/Samarahan mendapati mempunyai pengetahuan. Temerloh – 3 guru sains dan 4 guru matematik matematik Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 7 orang dan 26 guru perempuan. suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan. Empat buah sekolah telah dipilih dan sekolah-sekolah tersebut adalah : a) b) c) d) SMK Abu Bakar Temerloh – 6 guru sains dan 2 guru matematik SMK Bukit Cermin.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran penggunaan komputer. kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Temerloh – 3 guru sains dan 3 guru SMK Seberang Temerloh – 6 guru sains dan 6 guru matematik SMK Paya Pulai. Metodologi Kajian Responden dalam kajian ini terdiri dari 33 guru Sains dan Matematik (15 guru sains dan 18 guru matematik) di daerah Temerloh. Jadi. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu.

3 __________________________________________________________________ 12 Perempuan Peratus 26. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan.6  0 0 10 0  Sains Matematik  6.3% 100 90 80 70 60 50 40 30 20 Melayu Cina India 94. Jika peratusan melebihi 85%.7 0 Sains Matematik Mata Pelajaran . 70% hingga 84% dikatakan baik.4 93. Dapatan Kajian a) 100 90 80 70 60 Peratus 50 40 30 20 10 Lelaki Latar belakang responden Taburan Sampel Kajian Mengikut Gender Taburan Sampel Kajian Mengikut Ras 88.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A: maklumat latar belakang respondan. Bahagian B: kekerapan penggunaan media pengajaran dalam pengajaran Sains dan Matematik.7% 5. Bahagian C: tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik dan Bahagian D: kekangan dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik.3% 73.7% 16. ini diletakkan sangat baik. Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia atau ketua bidang Sains dan Matematik. 50% hingga 69% adalah sederhana manakala kurang dari 50% dikatakan tahap rendah.

1 5.7 Peratus Taburan Sampel Kajian Mengikut Pengalaman Mengajar 80 72.3 16.3 20 10 Dari hasil kajian hanya 16.6 0 Matematik dari bilangan responden terdiri daripada respondenT idadalahd ir guru Kategori Kemahiran P e r n a h H a d ir a P e r n a h H a daripada Guru Sains guru-guru Guru Matematik lelaki.3% sederhana mahir 41 tahun ke atas iaitu 38.6% guru Cina dan tiada guru menunjukkan majoriti respondan internet.6 13.7 80 90 Rajah 1 : Latar belakang responden yang membuat perbandingan dalam kategori jantina. 53.2 13. umur dan 73. ras.3% Dari segi ras.7% perempuan.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran Taburan Sampel Kajian Mengikut Umur 45 40 35 30 Peratus 25 20 15 10 5 0 24-30 31-35 36-40 Umur 41-45 46+ 11.3% merupakan sederhana mahir menggunakan yang tinggi ini juga di sebabkan berumur 46 tahun ke atas dan ini guru Melayu.3 72. 86.3 40 26.7 26.7 Sains Matematik Perbandingan Kemahiran Komputer dan Internet di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik 100 90 80 70 Peratus 60 50 40 30 20 10 0 Sains H a d ir d a n T id a k H a d ir K u rs u s K o m p u te r Jika dibandingkan penggunaan komputer dengan penggunaan 8 3 .7 22. . Kebanyakan guru berumur mempunyai pengalaman dalam penggunaan komputer 73. Peratus berumur 41-45 tahun dan 33.3 16. 94.7% Sa Ma Mahir kom Mahir internet Sed Mahir Kom 5.7% guru Cina dan komputer dan 66. dan internet iaitu 72.3 Sains Matematik 50 40 30 20 10 0 1-5 0 6-10 Tahun 11-15 15+ 16. mempunyai pengalaman kebanyakan guru telah diberi mengajar lebih dari 15 tahun.3%  responden pernah mengikuti kursus komputer.2% menggunakan internet.7% Dari hasil 0 kajianin s terdapatte m a tik 26. majoriti Merujuk rajah 2. sama ada di kalangan guru-guru sains atau matematik. Ini pernah mengikuti kursus sains di sekolah yang dikaji mungkin disebabkan komputer.1 26.9 33.7 internet.9% mengajar kurang dari 10 tahun. mahir menggunakan internet.2 38.3% adalah guru Sed Mahir Internet Tidak Mahir Kom Tidak Mahir Inernet selebihnya guru-guru perempuan. juga kehadiran dalam kursus kmputer.7 13. lelaki dan 73. di 6 6 .3 3 . 6. kemahiran yang sederhana menggunakan komputer dan India.3 11.4% berumur Merujuk rajah 2.3 Ini P e r a tu s 40 Guru Sains Guru Matematik 30 1 6 .7% sederhana kebanyakan guru iaitu 66. antara 24-35 tahun dan ini Rajahresponden belakang responden yang responden 2 : Latar kemahiran mempunyai membandingkansederhana komputer dan mahir 5.3 70 60 20 13.2 70 dapati peratus 66.7% bermaksud majoriti guru-guru tiada guru India.113.7 13.3 86.7 responden yang menggunakan komputer lebih pengalaman mengajar 60 50 daripada peratus responden yang menggunakan internet.4% guru Melayu.7 20 11. 93. pendedahan tentang __________________________________________________________________ 13 penggunaan komputer dan internet semasa menghadiri   kursus komputer. 83.

excel) 86 87 100 3 60 71 2 1 0 20 40 60 Skor Kekerapan Penggunaan 80 95 OHP Buku Kerja Lembaran Kerja Buku Teks 120 100 Sains Sains Matematik Matematik Media yang berada pada tahap penggunaan yang sangat baik ialah buku teks(95%) dan lembaran kerja(87%) Berdasarkan dapatan di atas didapati media pengajaran yang berada pada tahap penggunaan yang sangat baik ialah buku teks (100%).msword. ppt. lembaran kerja dan objek sebenar (86%). excel- __________________________________________________________________ 14                                                                                   .EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran mungkin disebabkan ada di antara responden yang tidak mempunyai talian internet di rumah. dan Media yang berada pada tahap penggunaan yang baik ialah komputer(perisian kursus. b) Tahap Penggunaan Media Pengajaran Dalam Pengajaran Sains dan Matematik TAHAP PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK 78 86 11 53 10 9 36 65 Carta Objek Sebenar 20 24 8 7 7 6 22 31 Video(tape/DVD/VCD) Radio(Audiotape/ audio CD) 62 83 5 Komputer(Internet) 52 22 72 79 4 Komputer(Perisian kursus) Komputer(ppt. komputer(msword.83% ).

OHP(72%) dan buku kerja(71%) Media yang berada pada tahap penggunaan yang sederhana ialah objek sebenar(65%). Ini mungkin kerana peralatan-peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus telah dilengkapkan di dalam makmal sains. lebih ramai guru-guru sains yang menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik. buku kerja(60%). __________________________________________________________________ 15    . video(36%).EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran 79%). Berbanding guruguru Matematik terpaksa menggunakan bilik tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti ”laptop. excel52%) Media yang berada pada tahap penggunaan yang rendah pula ialah komputer(internet-31%). radio(24%) Media yang berada pada tahap penggunaan yang rendah ialah OHP(22%). video(20%) dan radio(7%) Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus. carta(53%) dan komputer(msword. setiap makmal sains mempunyai pembantu makmal yang boleh membantu guru-guru memasang dan menutup kembali peralatan-peralatan yang telah digunakan. komputer(internet22%). lcd. extension wire” di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. komputer(perisian kursus-62%). Di samping itu. carta(78%). ppt. Guru-guru sains tidak perlu membawa peralatan yang banyak ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media untuk menggunakan perisian kursus ini.

3 93. matematik penginstalsian. kursus. penggunaan. 94.yang sesuai.4 55.3 83.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran Jika dibandingkan penggunaan internet.6 40 Sains Matematik ta ll' p ng re "p io ca pa ya an In s "E xp ia nt u na k n lo r is ba m en g un la m a Bo le h tu k gu pe an t ia n Pe ris i lp as Su ka Pe ng en a Sains Dari perisian sebelum guru segi kursus pengenalpastian Di yang Am bi lm as a at as pa s an Matematik kalangan juga guru-guru peratusan sesuai.4 80 94. penginstalsian dan sebelum segi digunakan. tahap penggunaanya masih pada tahap yang rendah bagi kedua-dua panitia sains dan matematik. digunakan sains menggunakan peratusan bersetuju ”explore” persetujuan agak tinggi dari segi dan suka pengenalpastian perisian kursus guru. c) Tahap Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran i) Perisian Kursus Penggunaan Perisian Kursus Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik 120 100 Peratus 80 60 40 20 0 g im al at as an al ah te kn ika l se su ai ia n ia n ek t er is er is bj pe r isi an if 100 93.3 100 100 94. yang Cuma dari perisian.4% guru-guru sains hanya 60% guru matematik suka kursus menggunakan perisian __________________________________________________________________ 16    .7 44. menunjukkan ”explore” persetujuan perisian tinggi.4 60 66.

7 Peratus 60 50 40 30 20 10 0 Tahu layari internet Penggunaan laman Tahu muat turun Copy-paste' bahan __________________________________________________________________ 17 untuk dapat web pendidikan bahan dari internet dari internet ke maklumat mencari bahan MsWord/ppt/excel mengajar    .3 77. mengambil bagi masalah memasang teknikal mengatasi yang masalah teknikal yang berlaku.4% guru mengambil membantu memasang alatan 44.9 80 83. alatan dan 60% guru tidak boleh mengatasi yang berlaku Jika dibandingkan minat kepada perisian kursus di kalangan guruguru sains dan matematik.8 66.3 86.3 83. masa guru yang tidak lama dan boleh perisian Hanya 44.6% 66.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran membantu mereka mencapai Walaupun bersetuju begitu. guru-guru sains lebih menampakkan minat menggunakannya dalam pengajaran. mereka 80% guru kursus objektif pengajaran.7% guru lama mencapai masa untuk objektif pengajaran. ii) Internet Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik 100 90 80 70 88.7 Sains Matematik 73.

di dapati guru-guru sains lebih berpengetahuan tentang internet berbanding guru-guru matematik. di dapati berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi oleh guru-guru sains dan matematik dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran sains dan matematik : i) Sains Lebih 50% guru-guru sains bersetuju bahawa : __________________________________________________________________ 18    . Jika dibandingkan tahap pengetahuan guru-guru sains dengan guruguru matematik. yang baik tentang penggunaan internet. d) Kekangan Dalam Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran Daripada dapatan.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran Sains Hasil majoriti dapatan menunjukkan Guru-guru Matematik matematik juga guru-guru sains mempunyai tahap pengetahuan mempunyai tahap pengetahuan yang baik tentang internet. namun perbezaannya tidak begitu ketara.

”lcd”.7%) Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik.7%) 6.(27.(50%) (kurang dari 50% guru sains bersetuju bahawa : ) 1.(27.8%) 4.(16.(83.8%) 3. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.3%) 3. Perisian kursus sukar diperolehi. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”. Tiada talian internet di rumah. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak jauh dari bilik guru. __________________________________________________________________ 19    .9%) mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran 1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana dibebani dengan tugas mengajar dan lain-lain tugas yang dipertanggungjawabkan.(16.1%) 5. Ada kakitangan bilik-bilik terlatih darjah untuk yang membantu tidak dalam kerana tugas mengajar penggunaan media komputer dalam pengajaran.(38. Tiada 2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti dan menggunakan perisian kursus yang banyak.(16.1%) 4. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media komputer.(83. (61.3%) 2.(27. buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.7%) 7.8%) 5.(61.

(40. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik.0%) (kurang dari 50% guru matematik bersetuju bahawa : ) 1. (80.0%) 4.3%) 7.3%) 3.(60.3%) 2.3%) __________________________________________________________________ 20    .0%) 4.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran ii) Matematik (lebih 50% guru matematik bersetuju bahawa :) 1.(33.7%) 3.(40.(93. ”lcd”. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti atau menggunakan perisian kursus kerana tugas mengajar yang banyak.(33.(46.(46.0%) 5.(40. Tiada talian internet di rumah.7%) 2. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(93. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak jauh dari bilik guru. buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media komputer.0%) 6. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana dibebani dengan tugas mengajar dan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”.

ia Ini agak rendah iaitu tahap dan penggunaannya sebanyak kerana pengajaran pembelajaran matematik banyak dilakukan di dalam kelas atau bilik media atau bilik tayangan berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dilakukan di dalam makmal yang memang telah dilengkapkan dengan peralatan ICT seperti ”lcd projector”. 62%. Disamping itu juga setiap makmal mempunyai pembantu makmal yang dapat membantu guru-guru sains menyediakan peralatan ICT sebelum mengajar dan mengemaskannya kembali setelah habis pengajaran. Mereka telah menggunakan perisian kursus dengan baik. Walaupun kebanyakan guru sains adalah guru yang berumur lebih daripada 41 tahun. Mungkin pengajaran dan pembelajaran __________________________________________________________________ 21    . Rumusan. Perisian kursus sukar diperolehi.(33. kebanyakan guru sains di empat buah sekolah daerah Temerloh ini telahpun menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu mereka melaksanakan PPSMI dengan berkesan. Ini menunjukkan guru-guru sains di daerah ini mempunyai sikap yang sangat baik terhadap penggunaan perisian kursus dalam membantu pengajaran mereka di dalam kelas.3%) Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran 8. implikasi dan cadangan Dari hasil tinjauan yang dibuat. Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada setiap guru sains dan matematik dalam melaksanakan PPSMI dengan berkesan. namun mereka tidak takut untuk menggunakan teknologi. Ini dibuktikan dengan tahap penggunaan perisian kursus sebanyak 83%. Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam kalangan guru-guru matematik. skrin dan ”speaker”.

Terlalu banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada internet.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran matematik menggunakan ICT dapat dijalankan dengan lebih baik andainya setiap sekolah mempunyai makmal matematik yang dapat menempatkan banyak peralatan ICT dan alat-alat bantu mengajar matematik yang lain. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru-guru __________________________________________________________________ 22    . Guru-guru matematik tidak perlu lagi ”berebut-rebut” menempah bilik tayangan atau bilik media yang sangat terhad dalam melaksanakan pengajaran menggunakan perisian kursus yang dibekalkan. dari segi pengetahuan dan kemahiran. Walau rendah dan bagaimanapun. Masalah yang sering dikemukan oleh para guru sama ada guru-guru sains atau matematik ialah kekurangan masa sama ada untuk mencari maklumat dari internet dan menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahan pengajaran menggunakan komputer. Kebanyakan guru sains dan matematik telahpun menghadiri kursus pendedahan ICT yang dianjurkan oleh kementerian seperti BPPT(Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Dalam kursus-kursus berkenaan guru-guru didedahkan dan diberi kemahiran menggunakan internet dalam mencari maklumat atau bahan pengajaran dan guru-guru juga diberi kemahiran tentang penggunaan komputer dalam menghasilkan bahan pengajaran. guru-guru telahpun ada walaupun pada tahap yang sederhana. perlu ada tahap suatu penggunaan tindakan internet agak untuk dilakukan menggalakkan guru-guru menggunakan internet dengan berkesan. namun masih ramai guru yang tidak menggunakannya. Jadi.

Namun.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran tidak sempat meneliti bahagian-bahagian perisian kursus yang sesuai digunakan bagi tahap pencapaian pelajar-pelajar yang tertentu. Pihak panitia daerah boleh mewujudkan suatu pasukan pembina bahan pengajaran menggunakan komputer dan internet dan bahan yang dihasilkan dikongsi bersama. 2. juga kepada guru-guru yang masih belum mahir menggunakan komputer untuk membina bahan pengajaran. Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut : 1. kekangan masa yang disebabkan __________________________________________________________________ 23    . 3. Topik diagih mengikut sekolah. Guru-guru boleh dibahagikan dalam kumpulan mengikut tingkatan yang diajar dan membincangkan kaedah terbaik menggunakan perisian kursus yang dibekalkan. Jika perlu sama-sama menghasilkan suatu modul untuk digunakan bersama perisian kursus berkenaan. Kesimpulannya. Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu perjumpaan bagi meneliti perisian kursus yang dibekalkan. guru-guru sains dan matematik mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan perisian kursus atau penggunaan internet. Pihak panitia sekolah masing-masing boleh mengadakan kursus dalaman berkala bagi memberi kemahiran kepada guru-guru yang masih belum mahir menggunakan internet dalam mencari maklumat untuk bahan pengajaran.

Adalah diharapkan pihak panitia sekolah dan panitia daerah dapat memainkan peranan bagi membantu dalam guru-guru ini agar menggunakan media komputer pengajaran perlaksanaan PPSMI dapat dilaksanakan dengan berkesan. Penutup Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. __________________________________________________________________ 24    . Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. maka guru tidak dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka. ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan metematik.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran tugas yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad. Jadi. Pihak pentadbir pula harus meneliti kelengkapan infrastruktur ICT yang ada di sekolah agar semuanya boleh berfungsi dengan baik dan berkesan. ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya guru-guru sains dan matematik ini dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan.

Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Di Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. EJISDC (2000) 3.php/ejisdc/article/view/20/20 __________________________________________________________________ 25    .my/. Kuala Utusan Kementerian Pelajaran Malaysia. Lumpur : Trend Pengajaran Publication dan & Pembelajaran Distributors.(2007).2004 Jurnal atas talian : www.gov. 1-13 Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in Developing Countries www.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran Rujukan: 1.2003 Artikel atas talian : http://www.mpbl.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.ejisdc.apps. 2./2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah %20menengah%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.org:8011/ojs2/index. pdf 4. Effandi. Nazamud-din Alias (2004). Attitudes And Concerns. Kuala Lumpur : BPPDP.Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background Characteristics. Norazah Matematik. Jilid 5. Jurnal Maklumat Penyelidikan MPBL.. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 8.edu. Norhayati Abd Mukti (2000). & Sabri.pdf 3.emoe.. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer.

Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu.EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran 5. Selasa. (2003). R. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia 6. Washington D. & Richey.B. Ibrahim (2003).C: Association for Educational Communication and Technology.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat.(2006)..Keluaran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Utusan Malaysia.my/cict/index. Seels. Titian. 7. B. Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Sham b. 8.php? option=content&task=view&id=400&Itemid=246 __________________________________________________________________ 26    . Teknologi Pengajaran. Instructional technology: The definition and domains of the field. (1994). Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia 9. Norida Suhadi (2001).C. Rozinah Jamaludin.utm. 29 Ogos 2006 Atas talian : http://web.

EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran Lampiran B ” Presentation ” __________________________________________________________________ 27    .