You are on page 1of 3

SINOPSIS Sudin seorang graduan (jurusan kesusasteraan) yang berjawatan tinggi.

Beliau menghadapi dilema untuk membuat kertas kerja seminar yang perlu di siapkan dalam tempoh masa dua puluh satu hari. Walaupun sudin seorang ketua yang dedikasi tetapi dia tidak berkemampuan untuk membuat kertas kerja yang telah diarahkan kepadanya. Semasa menuntut di Universiti dahulu semua kerja kursusnya telah dibuatkan oleh kawan rapatnya dengan upah tertentu. Sudin hanya menyunting dan mengemaskinikan apa yang perlu sahaja, Kerana itulah sudin tidak mendapat tarbiah dan kemahiran dalam membuat kertas kerja yang berkaitan dengan kesusasteraan. Semenjak bertugas dia tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang aktiviti kesusasteraan. Di akhir cerita, Sudin menghubungi pihak penganjur menolak untuk membuat kertas kerja seminar dengan alasan kesuntukan masa dengan tugasan harian. Namun begitu pihak penganjur tetap menginginkan Sudin membuat dan membentangkan kertas kerja pada tarikh yang ditetapkan. Peristiwa penting 1. Di bilik pejabat Sudin mencatat buku diarinya dan tanpa disengaja beliau terselak nota yang telah dibuatnya tentang tarikh beliau memberikan seminar kesusasteraan. 2. Sudin merasa runsing bagaimana untuk menyiapkan kertas seminarnya yang hanya tinggal 21 hari saja lagi. 3. Sudin diganggu oleh deringan telipon daripada setiausahanya yang mengatakan tentang kedatangan seseorang dan Sudin menyuruhnya untuk berurusan dengan orang kanannya. 4. Di bilik pejabatnya, Sudin memikirkan bagaimana cara terbaik bagi menyiapkan kertas kerja itu dan cara yang mudah adalah menyalin tesis yang telah dibuatnya semasa di universiti. 5. Sudin terfikirn untuk meminta bantuan dari kawan lamanya tetapi dia merasa segan memandangkan kedudukannya lebih baik dari kawannya itu. 6. Selepas itu Sudin berazam untuk membuat kerja itu dan dia meminta seorang budak pejabat untuk mencari beberapa senarai buku di perpustakaan. 7. Sudin merasa malu kerana semenjak keluar dari universiti, dia tidak pernah mengikuti perkembangan dunia sastera lagi. 8. Sudin akhirnya menghubungi pihak penganjur dan mengatakan bahawa dia tidak sanggup menyiapkan kertas kerja tersebut namun pihak penganjur terus meminta Sudin menjadi ahli panel dan menyiapkan kertas kerja tersebut.

TEMA Sudin menghadapi Tema bagi cerpen Buat saja adalah ketidakmampuan melakukan tugas. Tugas yang dibebankan tidak dapat di jalankan dengan baik kerana tidak berkeyakinan dan tidak berkemampuan melaksanakannya. Perkara ini mungkin disebabkan oleh perbuatannya sendiri yang sering mengharapkan bantuan dan pertolongan dari orang lain. Dalam cerpen ini, Sudin diminta oleh pihak penganjur DBP untukmembuat kertas kerja seminar mengenai perkembangan cerpen selepas kemerdekaan. Sudin tidak mampu menyediakan kertas kerja itu kerana tidak yakin pada diri sendiri dan tidak yakin pada kemampuan yang ada padanya. Perkara ini disebabkan oleh kebiasaannya semasa berada di universiti dulu dia selalu mengharapkan bantuan dari kawannya. Persoalan bagi cerpen Buat saja
Sudin menghadapi perkara dilema dan konflik dalaman sehingga menggangu tugas hariannya. Pekerjaannya tidak lancar hanya kerana perkara ganguan jiwanya yang tidak mampu membuat kertas kerja yang telah di tugaskan.

Pihak tertentu telah memilih Sudin sebagai ketua jabatan sedangkan dia seorang yang tidak sesuai menjawat jawatan itu memandangkan jurusan yang di ambilnya di Universiti berbeza dengan tugasannya sekarang.

Konflik Dalaman

Kesilapan

Tidak mandiri

Kesanggupan

Sudin tidak yakin pada dirinya sendiri dan pada kemampuan yang ada padanya. Padahal dia seorang yang boleh membuat kerja sekiranya dia menumpukan perhatian semasa belajar tetapi sebaliknya dia lebih banyak berfoya-foya dan melakukan tugas lain.

Kawan Sudin membantu Sudin dalam membuat kerja kursus dengan bayaran yang lumayan walaupun menjejaskan pelajarannya sendiri.

Watak dan perwatakan 1. Sudin Seorang yang masih muda belia. Beliau baru menjawat jawatan Ketua Jabatan setelah tiga tahun keluar dari Universiti. Beliau bergiat dalam sukan golf. Beliau memakai kaca mata dan merupakan seorang yang dedikasi terhadap pekerja bawahanya dan dapat menjalankan tugas pejabat dengan baik. Sudin merupakan seorang yang tidak berminat dalam sastera walaupun

dia mengambil jurusan ini semasa di universiti. Dia tidak yakin pada kemampuan diri sendiri dan tidak dapat mengawal perasaannya apabila dalam kerunsingan tetapi dari sudut lain dia juga seorang yang bersyukur, bertimbang rasa dan bertolak ansur. 2. Kawan sudin Beliau tidak ada nama khusus diberikan. Dalam cerpen ini, beliau hanya dikenali sebagai kawan rapat sudin semasa menuntut di universiti dulu. Dia seorang yang rajin berusaha dan tidak kenal penat lelah dalam berkarya dan menulis bahan sastera, mengkritik dan menghasilkan novel, cerpen dan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan kesusasteraan. Dia telah banyak membantu sudin membuat kertas kerja dan tesis semasa di universiti. Dia mempunyai sifat suka berpuas hati tentang apa yang dikurniakan kepadanya. Dia berpuas hati apabila tesisnya hanya diberikan D sahaja. 3. Budak pejabat Dia tidak mempunyai nama khusus tetapi kita dapat mentafsir bahawa dia seorang budak pejabat yang patuh kepada ketua dan ia mempunyai sifat bersopan santun dan juga hormat menghormati. Dia juga pernah menghasilkan beberapa buah cerpen dan dia juga seorang yang prihatin terhadap perkembangan cerpen tanah air.

Pengajaran 1. 2. 3. 4. 5. Kita mesti berhati-hati membuat keputusan agar tidak menyusahkan diri sendiri. Kita jangan berlagak pandai walaupun berkelulusan tinggi. Jangan menghina orang yang lebih rendah dari kita. Bekerjalah mengikut kemampuan diri sendiri agar tidak merunsingkan diri sendiri. Apabila melantik seseorang hendaklah dipilih orang yang betul-betul berkebolehan dan jangan hanya melihat dari segi luaran sahaja.

Kesimpulan Cerpen Buat saja adalah sebuah cerpen yang sinis dan mengkritik dengan tajam kepada orang tertentu. Jadi tidak hairanlah jika cerpen ini tidak begitu menonjolkan unsur atau elemen struktur yang istimewa, mungkin kerana tujuan penulisan cerpen ini adalah sebagai luahan hati, teguran dan kritikan terhadap sesetengah orang yang berjawatan tinggi tetapi tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.