Hak Asasi Kanak-Kanak Pengenalan Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria

. Seiring usia yang masih mentah dan jiwa mereka yang putih bersih, kanak-kanak berhak menikmati kehidupan indah dan menggembirakan. Kanak-kanak perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkembang potensi secara menyeluruh dan seimbang. Hak asasi kanak-kanak sejagat telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Children's Rights Convention (CRC) pada tahun 1989. Negara Malaysia telah terima pakai CRC kecuali mengekalkan reservasi terhadap Fasal 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28 (1) (a) dan 37. kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan negara kita (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia). Menurut CRC, hak utama kanak-kanak yang harus dilindungi adalah:
y y y y

Hak untuk hidup Hak memperoleh perlindungan Hak berkembang Hak penyertaan

Bagi memastikan mereka tidak terabai di dalam arus kehidupan masa kini yang penuh cabaran, hak asasi kanak-kanak perlu dihormati dan dilindungi dalam aspek yang berikut:
y y y y y y

penjagaan pendidikan kemudahan asas advokasi perundangan perkerjaan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak.

gabungan bukan kerajaan dan kesedaran umum yang semakin meningkat. Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen yang berikut: y y y y y Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995 Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita: 4 Ogos 1995 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil bekerja) : 1997 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk): 10 November 2000 Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional : 26 September 2002 (ditandatangani) Pada peringkat kebangsaan. Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanaknya. termasuk institusi berkanun.Hak asasi kanak-kanak di Malaysia © UN Malaysia/2004/Chauly Malaysia telah mewujudkan persekitaran yang memberi kesempatan kepada kanak-kanak. Malaysia menyatukan tiga undang-undang perlindungan kanakkanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk membentuk Akta Kanak-kanak 2001* (Child Act 2001) yang menjadikan laporan penganiayaan kanak-kanak mandatori. .

Ibu bapa atau. memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Kewujudan dan perkembangan Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak. danN egara mempunyai obligasiunt uk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanakit u. Perkara 28 dan Perkara 29. kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanakkanak 1989 Hak Asasi Kanak-Kanak Kanak-kanak mudah dipengaruhi. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yangsebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.Unit 5. PERKARA 6 1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawabber sama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. mengikut mana-mana yang berkenaan. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir. PERKARA 18 1. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas . mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Perkara 27. Negara-Negara Pihakmengiktirafkan bahawa tiap-tiapkanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup. 2. Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak? Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6. penjaga di sisi undangundang. Perkara 18.

kerohanian. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini. kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak. Negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin. Taraf hidup Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal.Tanggungjawab ibu bapa Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak. mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka. kerohanian. mental. danNegara hendaklahmenyokong mereka dalam hal ini. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak. mental. kemoralan dan pembangunan sosial. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepadat araf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal. 3. kemoralan dan sosial kanak-kanak itu. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anakmereka. 2. Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi. . 2. PERKARA 27 1. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan.

PERKARA 28 1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu. mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak. baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. memperuntukkan bantuan material dan program sokongan. secara khususnya: (a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secaraperc uma kepada semua. jika diperlukan. serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya. dan dengant ujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama. mereka hendaklah. dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma danmenawarkan bantuan kewangan jika diperlukan.3. (d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak. (e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran. (b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk. jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu. mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka. termasuk pendidikan am dan vokasional. Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian sedemikian. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan. terutamanya berhubungan dengan pemakanan. . hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanakkanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah. pakaian dan perumahan. Negara-Negara Pihak. (c) Menjadikan pendidikan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya. Secara khususnya. 4.

negara yang daripadanya dia berasal. kumpulan etnik. dalam semangat persefahaman. keamanan. bahasa dan nilainya sendiri. 3. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. dan persahabatan di kalangan semua orang. menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiaptiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib. dan kebolehan mental dan fizikal kanakkanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak. dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. kesamaan jantina. bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan kepada: Perkembangan personaliti. identiti kebudayaan. khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. . Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas. Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi.Pendidikan Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini. perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan. bakat. Dalam hal ini. kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli. 2. PERKARA 29 1. dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri. toleransi.

Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. OBJEKTIF . Sehubungan ini. yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. PERNYATAAN MATLAMAT Dasar Kanak-Kanak Negara bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat. PERNYATAAN DASAR Dasar Kanak-Kanak Negara adalah satu dasar mengenai hak kelangsungan hidup. perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif. terdapat seramai 10. 2001. perlindungan. berjati diri. Sebagai sebuah Negara Pihak (State Party) kepada CRC. Malaysia amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara masa hadapan.Dasar Kanak-Kanak Negara PENGENALAN Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting. Konvensyen ini memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada aspek kelangsungan hidup (survival).9%) orang kanak-kanak daripada 27. inovatif. DEFINISI Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak. kreatif. perlindungan (protection). Dengan itu. perkembangan (development) dan penyertaan (participation). Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang. progresif dan mempunyai nilai-nilai murni. pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak. Pada tahun 2008. cergas.5 juta (37.7 juta penduduk Malaysia . berdaya saing. berilmu.

komuniti dan masyarakat sedar akan hak kanak-kanak untuk kelangsungan hidup. 4. keganasan dan eksploitasi. 3. setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian.Objektif utama Dasar Kanak-Kanak Negara ialah untuk memastikan: 1. kasih sayang. penderaan. Menyediakan keperluan asas seperti identiti. Meningkatkan kualiti dan memperluaskan perkhidmatan sokongan dan bantuan sosial mengikut keperluan kanak-kanak termasuk kanak-kanak OKU dan anak yatim. dan seterusnya diberi habilitasi. 5. Meningkatkan kerjasama antara agensi Kerajaan. pihak swasta dan masyarakat setempat dalam penjagaan kesihatan. perkembangan dan penyertaan. kasih sayang. sahsiah dan kerohanian. penyelidikan dan pembangunan mengenai kelangsungan hidup. perlindungan. 3. kognitif. sokongan dan bantuan sosial. pakaian. keselamatan dan pendidikan bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak. minuman. penjaga. perkhidmatan kesihatan. 2. 2. tempat tinggal. makanan. dan 6. rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat. perkembangan dan penyertaan kanak-kanak dilaksanakan dari semasa ke semasa. sosio-emosi. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal. perlindungan. keselamatan dan persekitaran yang kondusif dan mesra kanak-kanak. menyertai (turut serta) dan melibatkan diri mengikut tahap keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik dan kesejahteraan mereka. ibu bapa. kanak-kanak. . setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan. STRATEGI Strategi-strategi bagi mencapai objektif di atas adalah seperti berikut: Objektif 1 Kelangsungan Hidup 1. setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara. bahasa. NGO. pemeliharaan.

pdf Objektif 2 Perlindungan 1. Menyediakan program khusus bagi kanak-kanak jalanan. pengadu dan keluarga daripada gangguan atau ancaman pihak-pihak tertentu. kanakkanak tercicir. 5.gov. pengabaian. 5. Memberi sokongan kepada keluarga yang berisiko tinggi supaya kanak-kanak dalam keluarga tersebut dapatmenikmati hak-hak mereka. Memastikan semua pihak yang mempunyai hubungan atau memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak mewujudkan dasar dan protokol perlindungan kanak-kanak dan melaksanakannya. kanakkanak tanpa dokumen. 4. . keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak. Memastikan kanak-kanak diberi hak kepada perundangan dan perkhidmatan sokongan. 7.my/uploadpdf/objektif1DKK. keganasan. atau klik http://www. Meningkatkan latihan kepada semua pihak yang berurusan dengan kanak-kanak supaya mempunyai pengetahuan. penderaan. 3. pengabaian. Memperluaskan akses kepada maklumat dan bahan bersesuaian daripada pelbagai sumber supaya kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kemahiran demi kelangsungan hidup mereka.kpwkm. Memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan keselamatan sosial. 2. penganiayaan. Memberi perlindungan ke atas mangsa. pengeksploitasian atau kanak-kanak tidak terkawal serta penyediaan rawatan pemulihan kepada pesalah kanak-kanak (child offender). perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa penyeksaan. 6.4.kanak-kanak terlibat dengan penagihan dadah dan kanak-kanak yang berada dalam situasi genting. kepayahan danlain-lain bahaya (under difficult circumstances). kelayakan dan kemahiran yang mencukupi serta bersikap positif dalam pengendalian kes penganiayaan. Memberi perkhidmatan pemeliharaan.

Memastikan kanak-kanak mangsa eksploitasi seksual (seperti pelacuran kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak)dan pemerdagangan orang diberi perlindungan.my/uploadpdf/objektif3DKK. Memperluaskan program dan kemudahan khusus bagi perkembangan kanak-kanak kurang upaya dalam semuaaspek seperti pengesanan dan intervensi awal. Menyediakan kemudahan prasarana dan persekitaran mesra kanak-kanak. pemulihan. 3. penjagaan dan pendidikan yang bermutu tinggi. Meningkatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak yang berkualiti.pdf Objektif 4 Penyertaan .8. pembangunan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat. latihan dan pemantauan yang berterusan bagi memastikan kanak-kanak mendapatpengasuhan. 9. 4.kpwkm.pdf Objektif 3 Perkembangan 1. pemulihan dan pengintegrasian semula ke dalam masyarakat ataudihantar pulang ke negara asal.my/uploadpdf/objektif2DKK. mudah diperolehi dan mampu dibiayai dalam persekitaran yang kondusif bagi merangsang perkembangan optimum kanak-kanak. atau klik http://www. Menyediakan bantuan. 11. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak. 10.gov. Memastikan kanak-kanak mangsa bencana menerima rawatan yang sewajarnya bagi pemulihan.kpwkm. atau klik http://www.gov. 2. pendidikan dan pengintegrasian semula dalam masyarakat. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan kanakkanak di peringkatnasional dan antarabangsa.

Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat akan pentingnya penjagaan kesihatan kepadakanak-kanak. atau klik http://www. pengabaian.kpwkm. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat mengenai hak kesamarataan kanak-kanak daripadasebarang bentuk diskriminasi. 4.gov.gov. 5.pdf Objektif 6 Penyelidikan dan Pembangunan . atau klik http://www. kesejahteraan dan kepentingan kanakkanak kepada semua pihak yang berkenaan. penjaga dan ahli masyarakat akan pentingnya pengasuhan dan pendidikankanak-kanak. Meningkatkan kesedaran ibu bapa.pdf Objektif 5 Advokasi 1. 2. penderaan. Menggalakkan media massa dan pihak swasta untuk menyebarkan maklumat yang bersesuaian dan berkualiti.my/uploadpdf/objektif4DKK. Menggalakkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan pandangan secara bertanggungjawab dan beretika sebagai input dalam merangka program untuk mereka atau program yang berkaitan dengan kepentingan mereka. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hak.my/uploadpdf/objektif5DKK.kpwkm. 3. 2.1. Memantapkan program sedia ada dan memperkenalkan program yang sesuai bagi mencegah penganiayaan. Memastikan kanak-kanak diberi akses kepada maklumat yang berkualiti dan bahan bersesuaian daripada pelbagaisumber supaya kanak-kanak dapat menyertai aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal mereka. keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak. 3.

my .pdf Sumber : http://www.gov. atau klik http://www.1.my/uploadpdf/objektif6DKK. Memperbanyakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembangunan kanak-kanak dan menyebarluaskan hasil-hasil penyelidikan bagi tujuan penambahbaikan.kpwkm.gov.kpwkm.

KES KEGANASAN KANAK-KANAK .AGENDA MENYEJAHTERAKAN KANAK-KANAK Dalam merealisasikan hasrat ini. Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanakkanaknya. Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan menggabungkan Akta Mahkamah Juvana 1947. Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Kerajaan telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyen-konvensyen berikut: * Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (19 Mac 1995) * Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (4 Ogos 1995) * Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (Umur minimum untuk diambil bekerja) : 1997 * Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (Bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk): 10 November 2000 * Konvensyen Menentang Jenayah Terancang Transnasional (26 September 2002) USAHA-USAHA KERAJAAN Sehubungan itu juga. pemulihan dan pembangunan kanak-kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka. Mahkamah khas dikenali sebagai Mahkamah Kanak-Kanak yang diketuai oleh seorang majistret dengan dua penasihat daripada kalangan orang awam ditubuhkan pada tahun 2002 untuk mendengar kes berkaitan kanak-kanak. Akta tersebut juga memberi penekanan kepada tanggungjawab dan penglibatan ibu bapa dalam pemulihan kanak-kanak dan menangani ketidakharmonian dalam keluarga melalui penyediaan bengkel interaktif. kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan.656 pada tahun 2005. agenda menyejahterakan kanak-kanak turut menjadi fokus di mana kerajaan sentiasa berusaha memastikan perlindungan. Penggubalan Akta ini mengambil kira Prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.036 pada tahun 2001 kepada 1. ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak. Berikutan itu. Akta tersebut mewajibkan pengamal perubatan. menunjukkan peningkatan daripada 1.

Sejumlah 14 pasukan SCAN ditubuhkan di hospital negeri dan 690 kes penderaan kanakkanak dilaporkan. Selain itu. kecederaan kanak-kanak turut menjadi punca utama kematian dan . Pada tahun 2004. dengan bilangan kes yang tertinggi melibatkan pengabaian dan penderaan seks kanak-kanak. keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut. sejumlah 131 pasukan Perlindungan Kanak-Kanak ditubuhkan dengan keahlian aktif seramai 1. Keluarga dan Masyarakat Malaysia melaporkan 1. pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak-kanak yang dirujuk kepada hospital. Seperti kebanyakan negara lain. kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak bertujuan memberi sokongan psikologi dan motivasi. menjadikannya sukar untuk membuat penentuan yang tepat tentang kelazimannya. kaunseling untuk kanakkanak dan ibu bapa. keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia masih banyak tersembunyi di sebalik tabir. Keganasan terhadap kanak-kanak. Kementerian Pembangunan Wanita. di Malaysia. merencat kesihatan fizikal dan mental kanakkanak.572 orang serta 135 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan. KECEDERAAN-KECEDERAAN LAIN Selain itu.Pelbagai usaha diambil untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak termasuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam melaksanakan program pencegahan dan pemulihan. selalunya melibatkan unsur tragik kecederaan yang mengganggu fikiran malah kematian. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) (2001-2005). merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul. PELBAGAI PERKHIDMATAN Untuk itu. dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik kemudian hari. Perkhidmatan tersebut termasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak.656 kes penderaan kanak-kanak. misalnya. Dalam kebanyakan kes yang amat teruk. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah untuk memberi perkhidmatan terutamanya kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan di kawasan berkenaan. Hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat keterlaluan sahaja yang dilaporkan.

USAHA-USAHA LAIN Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Di samping itu. manakala yang cedera parah juga tidak terhitung jumlahnya. Kerajaan terus menyediakan institusi penjagaan untuk anak yatim serta anak yang ditinggalkan.hilang upaya kanak-kanak. didera dan diabaikan. INSTITUSI PENJAGAAN KANAK-KANAK Dalam tempoh RMK-8. yang paling kerap berlaku disebabkan oleh jatuh. tiga Rumah Kanak-kanak yang baru dibina untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada 320 kanak-kanak. meletakkan beban berat kepada keluarga dan masyarakat. Saban tahun ratusan kanak-kanak maut akibat kecederaan. lemas dan kemalangan jalan raya menyebabkan hilang upaya kekal dan kerosakan otak. Malangnya. kebanyakan kecederaan ini berlaku di dalam atau berhampiran dengan rumah dan hampir semuanya boleh dielakkan. Selain itu. . kerajaan negeri serta agensi lain yang berkaitan seperti Yayasan Kebajikan Kebangsaan. tujuh Rumah Tunas Harapan ditubuhkan bagi membolehkan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan tinggal dalam suasana kekeluargaan. Untuk itu. Rumah tersebut disediakan melalui perkongsian dan kerjasama dengan badan korporat. sebanyak 86 pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar telah ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai 3. Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 yang bertujuan memastikan standard minimum penjagaan kanak-kanak di pusat penjagaan dikaji semula pada tahun 2005 bagi menetapkan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak. pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi berasaskan masyarakat yang memberi manfaat kepada 240 kanak-kanak. terbakar. Kebanyakan kecederaan ini.197 penyedia khidmat penjagaan kanakkanak diberi latihan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak. sektor awam dan swasta digalak untuk menubuhkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja melalui penyediaan pelbagai insentif seperti pemberian bantuan secara langsung dan rebat cukai. Dalam tempoh itu juga. usaha diambil untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai kanak-kanak dalam penggubalan dan proses membuat keputusan.

Usaha untuk meningkatkan kesedaran dan program latihan khusus akan dilaksanakan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua ahli berkaitan dengan kanak-kanak. Dasar Pembangunan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak akan digubal bagi menyediakan rangka kerja dasar untuk pembangunan strategi dan program. pembangunan dan penyertaan mereka selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan Wawasan 2020. NPA kedua (2006-2020) akan dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak dengan memberi penekanan kepada perlindungan. pengetahuan prosedur mahkamah. masa hadapan yang akan memastikan pembangunan kanak-kanak secara keseluruhannya menepati keperluan dan hak mereka. Peranan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.Usaha bina upaya dan memperkasa kanak-kanak mengenai isu dan hak mereka telah diambil melalui program kesedaran dengan penyertaan seramai 163 kanak-kanak dalam tempoh RMK-8. Bagi memastikan suara mereka terus didengar. penyediaan akta yang berkaitan dan kesedaran mengenai hak kanak-kanak. kanak-kanak juga turut dilibatkan dalam penilaian Pelan Tindakan Negara (NPA) pertama dan merangka NPA kedua bagi tempoh 2006-2020. Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak dan penasihat mahkamah untuk Mahkamah Kanak-Kanak akan dipertingkatkan dalam membantu memberi perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak dan menyatukan program pencegahan dan pemulihan bagi membendung pelbagai masalah sosial di kalangan kanak-kanak. Penyertaan masyarakat akan terus menjadi strategi utama dalam program pencegahan dan pemulihan untuk kanak-kanak dalam tempoh RMK-9 (2006-2010). .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful