You are on page 1of 2

c  



  
 

   
      

!!!
"#$%

PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Tahun : 4 Bijak

Tajuk : Alam Sekitar

Hasil Pembelajaran:

— 

^ Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan memahami perkara yang dibaca

Aras  : Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal

dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul

: Menerangkan makna perkataan, frasa dan ayat

—  
 

8 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk

Aras  : Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang

diberikan

Objektif:

i Murid dapat membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat
tunggal dan ayat majmuk dengan lancar beserta dengan sebutan dan intonasi
yang betul
ii Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan teks yang dibaca
c   

  
 

   
      

!!!
"#$%

Aktiviti:

 Guru mengedarkan petikan akhbar yang bertajuk ´Kepentingan Penjagaan Alam


Sekitar ´
2 Murid diminta membaca secara senyap
3 Kemudian, murid membentuk enam kumpulan kecil Setiap kumpulan akan
membacakan perenggan teks yang berbeza
4 Murid kemudiannya diminta membaca teks itu secara beramai-ramai
^ Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membaca teks secara individu
Guru memberi bimbingan dan membetulkan kesilapan (jika ada)
6 Seterusnya, berdasarkan kumpulan tadi, guru meminta murid memberi perhatian
terhadap ayat-ayat bercetak tebal yang terdapat dalam perenggan mengikut
kumpulan masing-masing
7 Murid berbincang sesama mereka di dalam kumpulan mengenai ayat-ayat yang
bercetak tebal menurut pemahaman mereka
8 Kemudian, guru bersoal jawab tentang petikan Setiap wakil dalam kumpulan perlu
menyatakan pendapat mereka berkenaan dengan ayat-ayat yang bercetak tebal
9 Apabila sesi soal jawab selesai, guru menerangkan secara ringkas mengenai ayat
tunggal dan ayat majmuk
 Kemudian, murid diminta untuk menyalin kembali ayat-ayat tunggal dan ayat-ayat
majmuk yang terdapat dalam keseluruhan petikan