You are on page 1of 11

TONGGAK DUA BELAS

Dalam “Seminar Nilai dan Etika” pada 2 Mac 1992, Dato’ Seri Ahmad Sarji telah
menggariskan satu set panduan etika untuk kakitangan awam, yang kini dikenali
sebagai Tonggak Dua Belas. Melalui penghayatan dan praktis Tonggak Dua
diharapkan Perkhidmatan Awam akan menjadi badan yang “cekap dan berkualiti”.

Tonggak Dua Belas adalah penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika
dalam kehidupan manusia. Tonggak Dua Belas perlu menjadi amalan semua
peringkat kakitangan awam disemua peringkat organisasi. Ia merupakan panduan-
panduan, contoh-contoh nilai murni dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu
diamalkan bagi mengelakkan unsur-unsur yang negatif.

Semua tonggak dan conton-contoh yang dikemukakan menekankan aspek-aspek


peribadi seseorang. Ianya didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang
penting akan membentuk peribadi tertentu. Peribadi ini seterusnya akan
mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi.

Sesungguhnya sasaran asal Tonggak Dua Belas ini ialah untuk kakitangan jabatan
awam, namun sektor, swasta juga dapat turut menerimapakainya. Sama ada
sesebuah agensi itu dikategorikan sebagai awam atau swasta, “kecemerlangan”
seperti mana kata YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir, patut menjadi komitmen kita
(http://www.smpke.jpm.my/gn-data/ucapan.pm/1993/931112.txt).

Berikut adalah senarai nilai dalan Tonggak Dua Belas untuk dihayati dan diamalkan
oleh kakitangan awam:

• Menghargai Masa
• Ketekunan Membawa Kejayaan
• Keseronokan Bekerja
• Kemuliaan Kesederhanaan
• Ketinggian Peribadi
• Kekuatan Sifat Baik Hati
• Pengaruh Teladan
• Kewajipan Menjalankan Tugas
• Kebijaksanaan Berhemat
• Keutamaan Kesabaran
• Peningkatan Bakat
• Nikmat Mencipta

1. MENGHARGAI MASA

Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup.
Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian,
masa yang berlalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah
lesap.

Banyak petikan yang boleh diberi untuk mengambarkan nilai masa. Al-
Quran (Surah Al’ –Asr 103: 1-3) memperingati manusia tentang masa.
Dalam semua budaya juga terdapat kata-kata hikmat yang menyentuh
keperihalan mahalnya masa, contohnya “Time and tide wait for no man”. Di
permukaan grandfather clock kerap terdapat peringatan dalam bahasa Latin
iaitu “tempus fugit” , maksudnya, time flies. Peribahasa kita sendiri
mengatakan “masa itu emas”!

Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan masa.
Misalnya apabila membuat sesuatu kerja, “Do it right the first time”, supaya
tidak perlu diulang sekali lagi. Perancangan kerja yang teliti juga akan
menjamin kerja berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian,
antara nilai yang diutamakan dalam menghargai masa ialah:

(i) segerakan tindakan


(ii) tepati masa
(iii) rancang masa dan tugas
(iv) menyelesaikan tugas pada masa yang ditetapkan

Amalan-amalan negatif pula akan mengakibatkan pembaziran masa.


Misalnya mencuri tulang semasa bertugas atau berbual-bual kosong.

2. KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN

Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang


tekun tidak menerima kekalahan. Genggam bara api biar jadi arang, kata
orang tua-tua. Orang Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa
bersama dengan mereka yang sabar (al-Quran Surah Al-Baqarah 2:153

Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. Orang yang


berdisiplin, bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka yang tidak
berdisiplin pula tidak bekerja atau curi tulang semasa mereka sepatutnya
bekerja. Ketabahan diperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar
atau kecil. Setiap halangan adalah cabaran dan bukanya pematah
semangat.

Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikap


“hangat-hangat tahi ayam” tidak boleh dijadikan modal, sebaliknya contohi
semangat “kaizen” (lakukan sesuatu secara berterusan dan
berkesinambungan), seperti yang diamalkan dalam budaya kerja Jepun
(http://www.jpa.gov.my/korporat/perasmi.html). Secara ringkasnya, nilai-nilai
yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan antaranya ialah:

(i) bersemangat gigih dan tekun


(ii) berdisiplin
(iii) dedikasi
(v) cekal
(vi) berpandangan jauh
(vii) inovatif dan kreatif

3. KESERONOKAN BEKERJA

Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membeban dan
membosankan. Penerimaan hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja,
dan semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang
seronok bekerja bersifat proaktif (Covey 1990: 66-94)

Bagi seorang ketua pula, minat dan penghargaan yang ditunjukkan kepada
usaha-usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai-nilai
yang perlu dititik beratkan dlalam mewujudkan keseronokan bekerja ialah:

(i) kerja adalah ibadah


(ii) menghasilkan sesuatu yang berfaedah
(iii) komitmen terhadap kerja
(iv) sedia bekerjasama
4. KEMULIAAN KESEDERHANAAN

Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan,
memilih jalan pertengahan antara dua extremes. Orang Islam telah
diperingatkan bahawa sebaik-baik pekerjaan itu yang sederhana.
Kesederhanaan akan menjamin tidak berlakunya pemborosan. Antara sifat
yang patut diamalkan ialah:

(i) sederhana dalam semua aspek kehidupan


(ii) tidak membazir
(iii) adil dalam tindakan
(iv) bersikap terbuka
(v) berjimat cermat

Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka


menunjuk-nunjuk. Kerapa kali pula mereka ini terdiri daripada golongan
munafik yang suka berpura-pura.

5. KETINGGIAN PERIBADI

Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang, Antara petunjuknya


adalah tutur-kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata
memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia
menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dan tidak
angkuh, boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa
dipelihara. Oleh itu antara sifat ketinggian peribadi seseorang ialah:

(i) bersopan santun


(ii) amanah
(iii) saling hormat-menghormati
(iv) sedia membantu

Sebaliknya, kemudahan peribadi dapat diukur, antara lainnya, daripada


perbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah,
menyalahgunakan kedudukan dan tidak ikhlas dalam segala tindak-
tanduknya.

6. KEKUATAN SIFAT BAIK HATI

Tersangat banyak sifat terpuji pada diri orang yang menghayati nilai ini.
Sebagai ketua dia kaya dengan sifat peri kemanusiaan: simpati, suka
menolong orang bawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam
keputusannya. Salahuddin Al-Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-
pengikutnya dan dikagumi oleh musuh-musuhnya. Pernah dia menangguh
serangan ke atas sebuah kubu orang Kristian, kerana seorang knight sedang
melangsungkan upacara perkahwinannya pada ketika itu. Antara sifat baik
hati yang perlu dipraktikkan ialah:

(i) adil
(ii) sedia menerima teguran
(iii) bertimbang rasa
(iv) prihatin terhadap kebajikan
7. PENGARUH TELADAN

Satu sifat yang dicela pada diri seorang ketua ialah dia yang berkata, “buat
seperti apa yang aku kata, bukan seperti apa yang aku buat”. Ini sama saja
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dalam banyak kes pula,
teladan buruk apabila ditiru, ditiru dengan terlebih buruk lagi!

Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui
teladan. Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada semata-
mata memberi arahan. Oleh itu sifat-sifat yang perlu diamalkan ialah:

(i) berkelakuan baik


(ii) amanah
(iii) telus dalam prosedur
(iv) bermoral tinggi

8. KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS

Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya


menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang
tepat ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggung jawab,
bukan sekadar memenuhi syarat saja.

Dalam Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripada


tanggungjawab. Hukumnya, berdosa. Ada orang yang “mencuri” waktu
pejabat, berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek
dan pinggan-mangkuk. Pendapatan daripada perniagaan sebegini – yang
menggunakan waktu “curi” ini adalah haram. Dalam hal menjalankan tugas
ini, kecekapan dan ke profesionalisme adalah menjadi kayu ukur yang
dikehendaki. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu diamalkan ialah:

(i) bertanggungjawab
(ii) tekun dan sabar
(iii) mengutamakan kerja
(iv) pentingkan kualiti

9. KEBIJAKSANAAN BERHEMAT

Berhemat ertinya berjimat-cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran


adalah dikutuk, dikatakan sahabat syaitan. Dalam kajian yang dibuat di
Amerika tentang mereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu faktor
yang sentiasa terdapat pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam
perbelanjaan mereka, yakni tidak pernah melebihi pendapatan.

Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi.


Misalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakai
pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik
air ditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa
waktu rehat. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi
menjayakan usaha berhemat ialah:

(i) tidak membazirkan harta kerajaan


(ii) bertanggungjawab terhadap harta kerajaan
(iii) menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan
Di samping itu, janganlah pula bakhil. Bakhil ialah enggan mengeluarkan
belanja pada perkara-perkara yang diperlukan. Natijahnya ialah prestasi
akan menurun dan produktiviti terjejas.

10. KEUTAMAAN KESABARAN

Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat


menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam,
kesabaran adalah sifat terpuji.. Lumrah diketahui bahawa tidak ada
kemenangan atau kejayaan tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan
Rasulllah s.a.w., penentangan daripada pembesar-pembesar Quraisy tidak
mematahkan semangat perjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya Islam
diterima dan berkembang.

Demikian juga, jika kita mengkaji sejarah reka cipta, Edison, Bell, Marconi,
Baird dan lain-lain pereka cipta berjaya lantaran kesabaran.

Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif


dan dinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari alternatif-
alternatif. Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu aset,
terutama dalam menghadapi kerenah orang lain. Oleh itu kesabaran dalam
mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan mengambil kira
pemupukan sifat-sifat berikut:

(i) sedia menghadapi tekanan masa dan ruang


(ii) tidak mudah putus asa
(iii) sedia menyahut cabaran
11. PENINGKATAN BAKAT

Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori multiple


intelligences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat

menghasilkan kerja yang bermutu. Muzik ciptaan P. Ramlee hidup segar


hingga ke hari ini kerana muziknya itu adalah cetusan bakatnya.

Bakat jika tidak dipupuk dan dipertingkatkan menjadi sia-sia. Sebaliknya,


jika diperitingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut
menerima faedahnya. Dibawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga
akan turut mendapat keuntungan daripada peningkatan bakat individu-
individu; kejayaan sektor swasta akan mempengaruhi juga sektor awam.

Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat serta
menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan. Idea-idea janganlah disekat,
lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan untuk dikembangkan.
Dalam ucapan YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir sempena perasmian Kompleks
Jabatan Perkhidmatan Awam, beliau menegaskan tentang perlunya
“menajamkan bakat yang sedia ada pada seseorang”
(http://www.jpa.gov.my/korporat/perasmi.html).

12. NIKMAT MENCIPTA

Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea-idea


lateral seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward
de Bono 1990 dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Di jabatan-
jabatan kerajaan banyak tradisi kerja yang boleh digantikan dengan yang
baru. Misalnya, tradisi pegawai atasan mengelak daripada berjumpa dengan
pelanggan. Dalam perbankan, biasanya pelanggan datang ke bank untuk
menyelesaikan urusan, misalnya pinjaman. Tetapi, hari ini ada bank yang
menghantarkan pegawainya untuk mendapatkan tanda tangan piminjam yang
sedang menunggu penerbangan di lapangan terbang

Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau “gila-gila”, akhirnya
diterima dengan baik, misalnya konsep “sekolah dalam taman”. Idea
menerbitkan kereta nasional kita pada masa mula-mula dicadangkan dahulu
telah mentertawakan sesetengah pihak. Tetapi, kini nyatalah idea itu sesuatu
yang hebat.

Disediakan Oleh:

Ahmad bin Hj. Ramli


Cawangan Sumber Manusia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur.